Sabrynna Lintau Anak Hendry (05DDT21F1078) DDT4 S3 Najmil bin Saperi (05DDT21F1063) DDT4 S3 Afiq (05DDT21F1022) DDT4 S3
TAJUK : SEJARAH PERADABAN DAN TAMADUN DI TANAH MELAYU Objektif • Memahami sejarah peradaban dan tamadun di tanah melayu. • Memahami konsep Peradaban • Mengetahui latar belakang sejarah peradaban dan tamadun • Peradaban dalam kesultanan Melayu Melaka. • Memahami ciri-ciri peradaban dan tamadun di Tanah Melayu
Penghargaan Salam sejahtera, Bersyukur kita kehidrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kami menyampaikan folio ini.Setinggitinggi penghargaan kepada sahabat kumpulan kerana telah membantu dalam menyiapkan folio ini yang bertajuk Sejarah Peradaban dan Tamadun di Tanah Melayu dengan sempurna. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak yang telah memberi tempoh masa yang sesuai untuk menyelesaikan folio ini serta rakan sekumpulan dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Akhir sekali,harapan kami agar segala yang telah kami usahakan dan pelajari kekal diingat dan maklumat yang disampaikan di dalam folio ini dapat difahami dengan mudah dan dapat di beri panduan dan kesedaran dalam setiap individu tentang pentingnya adab dalam pelbagai kaum di Tanah Melayu yang ada pada hari ini dikenali di mata masyarakat sebagai Malaysia yang maju.
Pengenalan -Perkataan tamadun berasal dari Bahasa arab dan digunakan untuk menerangkan maksud ketamadunan.Sebelum kedatangan Islam,perkataan yang digunakan untuk menyampaikan maksud tamadun adalah budaya bernuansa yang bersandarkan kepada keluhuran dan perwatakan nilai. -Tamadun ialah istilah dalam Bahasa Melayu yang biasanya dikaitkan dengan masyarakat bertamadun.Menurut kamus dewan rakyat, masyarakat yang beradab iaitu mempunyai tahap kemajuan tertentu dalam material dan spiritual.
Konsep Tamadun Dan Peradaban Tamadun Melayu -Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.Wilayah ini dikenali sebagai pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu,gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. -Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas.Sebahagian pengkaji menegaskan,pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “Kemelayuan”.”Melayu” dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu,sementara “Kemelayuan” mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”. -Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan Bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan orang Islam di seluruh rantau Alam Melayu.Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam.Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keselururhannya.Pengajaran akidah Islam oleh para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu.Situasi ini bertambah mantap apabila para mubaligh Berjaya menarik minat pemerintahan kesultanan Melayu.Sedikit demi sedikit pemerintahan Melayu beralih kepada kepercayaan Islam.Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin suku kaum Melayu yang pelbagai.Sebagai contohnya,Mrah Silu di Pasai,Sumatera telah menerima akidah Islam.
Konsep Alam Melayu -Perkataan “Melayu” menjadi perbahasa para sarjana tentang asal-usulnya.Secara akademik,pertama kali perkataan Melayu dicatatkan oleh Sejarawan China pada 644M yang menyebutkan sebagai “Melo-yue”.Ada sarjana yang mendakwa ia berasal dari kata Himalaya iaitu tempat bersalji tetapi lebih ramai yang bersetuju ia berasal dari perkataan Jawa,”Mlayu” yang bermaksud berlari atau mengembara,merujuk kepada pergerakan manusia dari Yunan ke Nusantara ribuan tahun dahulu Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan ia berasal dari dua perkataan “Mela” (mula) dan “Yu”(negeri) iaitu Mula Negeri.Andaian lain ialah perkataan “Melayur” yang bermaksud bukit atau tanah tinggi dan “Malaya” dalam Bahasa Tamil yang bermaksud hujan. -Istilah Melayu diertikan sebagai Bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu.Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia,Indonesia,Thailand,Filipina hingga ke Madagaskar.Lebih umum boleh dikatakan merujuk kepada bangsa yang bertutur dengan Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan tinggal di Semenanjung dan Kepulauan Melayu.Dalam konteks Malaysia secara yang sempit,Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mentakrif orang Melayu dan beragama Islam.Dalam pengertian ras, Melayu adalah seluruh penduduk asal Nusantara.
Daerah Alam Melayu -Seluruh Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu,Indonesia dan Filipina adalah daerah Melayu.Daerah-daerah ini terpisah hari ini keran kedatangan penjajag Barat.Takrif ini selari dengan definisi Encyclopedia Britainica Vol.14 yang menyebutkan “The Malay Archipelago, also known as Malaysian and East Indies contain in the largest group of island in the world consisting of more 3,000 islands of Indonesia dan 7,000 islands and unnamed rocks of Philippines group.The New Guinea island is arbitrary included in the Malay Archipelagi.” -Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh negara Indonesia,Filipina,Brunei,Singapura dan Malaysia.Sedang di Thailand,wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di selatan Bangkok.Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk Kawasan Melayu.Di sebelah Utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di laut China, termsuk IndoChina hingga ke kepulauan Solomon di selatan.Dari Barat,ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji.Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpunan Melayu dan menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu.
Perluasan Wilayah dan Pengembangan Islam -Di samping manfaat politik dan ekonomi,perluasan jajahan takluk Melaka dalam membentuk empayar ini turut memberi manfaat kepada perluasan pengaruh Islam.Ia berlaku dalam beberapa bentuk.Pertama, pertabalan sultan-sultan dari kalangan putera Melaka yang menjadi negeri tersebut wilayah Islam seperti Sultan Abdul Jamil di Pahang, Sultan Abdullah di Kampar dan Sultan Muzaffar Shah di Perak.Kedua, peng-Islaman raja-raja seperti yang berlaku di kota Mahligai di mana Raja Siam di situ, Cau Seri Bangsa, telah memeluk Islamn dan diberi nama Sultan Ahmad Shah oleh Sultan Melaka.Ketiga, merapat hubungan dengan kerajaan Islam sedia ada melalui perkahwinan seperti perkahwinan Suktan Mahmud Sha dengan Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah Raja Kelantan.Dan keempat, penaungan ke atas negeri-negeri yang meminta perlindungan seperti Pattani dan Kedah. -Perluasan wilayah ini juga telah memberi manfaat terhadap proses dakwah Islamiyah yang berkembang pada abad ke-14 dan 15M.Negeri-negeri seperti Kedah,Kelantan,Terengganu dan Jawa dikatakan telah menerima Islam sebelum Melaka terus bangkit sebagai kuasa politik Islam sebagaimana peranan Pattani dalam pendididkan Islam misalnya.Sedangkan negeri-negeri lain masih beragama Hindu-Buddha,walau mulai menerima pengaruh Islam, telah mula didakwahkan.Dengan penaklukan ini,seluruh semenanjung hingga ke Singgora telah dapat di-Islamkan.
Ciri-ciri peradaban masyarakat melayu lama -Masyarakat Melayu lama sememangnya telah mempunyai peradaban.Hal ini akan dapat dibuktikan melalui kajian mengenai ciri-ciri peradaban masyarakat Melayu lama berdasarkan teks sejarah Melayu Sulalatus Salatin. Apabila memperkatakan tentang masyarakat, sudah tentu sesuatu masyarakat itu akan dilihat dan dinilai dari aspek kehidupannya sama ada telah mencapai ketamadunan.Ciri-ciri tamadun yang wujud dalam sesuatu masyarakat itu kemudiannya akan mebentuk tamadun yang pada akhirnya akan mewujudkan peradaban.Oleh itu, ciri-ciri peradaban tersebut akan dilihat dalam masyarakat Melayu lama khususnya gambaran kehidupan masyarakat yang dapat dilihat dan dibuktikan melalui teks Sejarah Melayu Sulalatus Salatin.
Petempatan kekal -Kewujudan petempatan yang kekal merupakan Langkah awal perkembangan sesebuah masyarakat bertamadun.Hal ini disebabkan melalui petempatan yang kekal, sesebuah masyarakat itu mula melangkah ke hadapan bagi menumpukan kepada aktiviti pertanian, ekonomi, politik dan social yang lebih berkesan.Kelahiran sesebuah peradaban banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan petempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi bagi kelangsungan hidup seharian.Sebagai contoh,factor lokasi seperti ini yang merujuk kesesuaian factorfactor geografi dilihat telah menggalakkan kemunculan tamadun Melaka di pesisir Selat Melaka.Perkembangan petempatan yang kekal juga telah menyebabkan struktur kehidupan masyarakat dahulu atau masyarakat lama menjadi lebih tersusun dan sistematik.Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan melalui petempatan manusia nomad sebaliknya telah tinggal menetap di sesuatu tempat atau Kawasan yang amat bersesuaian dengan kehidupan mereka seperti cuaca,iklim,sumbersumber semulajadi tanah yang subur dan sumber air yang banyak yang mudah diperoleh.
Kualiti Kehidupan -Kualiti kehidupan ini merupakan system kekeluargaan yang teratur bagi menjamin kehidupan yang berkualiti.Masyarakat melayu dalam sesebuah tamadun akan memastikan kehidupan mereka menjadi lebih baik dari satu tahap ke satu tahap.Masyarakat melayu pada masa itu menjalani kehidupan yang sederhana di luar bandar dan juga di bandar. -Di luar bandar mereka akan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan bagi menjamin tahap kualiti kehidupan yang lebih baik manakala masyarakat Melayu yang tinggal di Kawasan bandar pula mempunyai banyak peluang pekerjaan seperti melakukan aktivit perniagaan melalui perdagangan dengan negara luar bagi menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesebuah masyarakat Melayu. Kualiti kehidupan ini merupakan keingonan untuk meningkatkan tahap kemajuan dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
Kesimpulan Tanah Melayu, yang terletak di kawasan Asia Tenggara, mempunyai sejarah peradaban dan tamadun yang kaya. Sejarah ini melibatkan pelbagai pengaruh dan pencapaian dari pelbagai budaya dan peradaban yang berinteraksi dengan wilayah ini sepanjang berabad-abad. Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mencapai pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang. Negara ini telah mengukuhkan sistem pendidikan, infrastruktur moden, industri, dan sektor pelancongan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Selain itu, Malaysia juga menghargai warisan budaya dan kepelbagaian etniknya. Pelbagai suku kaum dan agama seperti Melayu, Cina, India, dan etnik pribumi lainnya terus menyumbang kepada perkembangan seni, muzik, tarian, dan kesusasteraan Malaysia. Pada masa kini, Malaysia terus maju sebagai negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam hubungan diplomatik serantau. Sejarah peradaban dan tamadun di Tanah Melayu telah membentuk identiti negara ini yang unik dan pelbagai budayanya yang kaya.
Rujukan • https://www.lembagaperadabanmelayu.org/uploads/1/1/7/5/11752418/sejarah_perkemban gan_tamadun_melayu-_arof.pdf • https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awr1QOrMjnNkDjoB5PnjPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAz QEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1685323596/RO=10/RU=https%3a%2f%2fperadaban.um.e du.my%2findex.php%2fPERADABAN%2farticle%2fdownload%2f5150%2f2960/RK=2/RS=hfE1r mKUK7eXu_dxFDB21dfFr_g- • https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx.usoj3NkgIMANqfjPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAzQE dnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1685323688/RO=10/RU=https%3a%2f%2feditormalaysia.com %2f20868%2f/RK=2/RS=Skh39xyQT_tXUP.TNzOj.fxVIl0- • https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx.usoj3NkgIMAQqfjPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAzcEd nRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1685323688/RO=10/RU=https%3a%2f%2fms.wikipedia.org%2f wiki%2fSejarah_orang_Melayu/RK=2/RS=cu39HxOcfjvYjukJ_RP6r_YYz2o-