SBP INTEGRASI KUBANG PASU
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN
2021
TAJUK : KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN UTAN AJI
NAMA : NUR NAJIHAH BT MD NIZAR
KELAS : 3 IRSYAD
NAMA GURU : PN. ASMANIZA BT YOP
ISI KANDUNGAN 2
3
PENGHARGAAN 4
PENDAHULUAN 5
OBJEKTIF KAJIAN 6
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 7
PETA KAWASAN KAJIAN 810
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN 8
9
1. KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI KAWASAN KAJIAN 10
2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN
3. KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN 11
12
RUMUSAN
LAMPIRAN
1.0 Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin,
PENGHARGAAN limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja
lapangan Geografi ini hingga selesai. Terima kasih
tidak terhingga kepada guru Geografi saya, Puan
Asmaniza Bt Yop yang telah membimbing,
memberi panduan dan mendorong saya
menyiapkan kerja lapangan ini.
Ucapan terima kasih juga buat ibu saya yang
banyak memberi dorongan, tunjuk ajar dan
bantuan hingga kajian ini selesai. Begitu juga
kepada adik-beradik saya yang sentiasa memberi
dorongan.
Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan
saya yang memberi panduan, dorongan dan
motivasi kepada saya walaupun masing-masing
berjauhan antara satu sama lain akibat pandemik
Covid-19 ini.
2.0 Saya, Nur Najihah Binti Md Nizar, Tingkatan 3
PENDAHULUAN
Irsyad dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Kubang Pasu telah menjalankan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Kegiatan
Ekonomi di Kawasan Utan Aji, Kangar, Perlis.
Saya memilih Utan Aji sebagai lokasi kajian kerana
kawasan tersebut merupakan kawasan tempat
tinggal saya dan ahli keluarga. Hal ini telah
memudahkan usaha saya mengumpul dan
menyusun maklumat yang diperlukan untuk
menyempurnakan kerja lapangan ini.
Kerja lapangan ini telah mengambil masa
seminggu untuk saya selesaikan. Masa yang
diberikan mencukupi untuk saya selesaikan dengan
kerja yang mudah ini.
Saya amat berharap agar kerja lapangan ini
membuahkan hasil. Harapan saya agar saya
mendapat markah yang cemerlang dalam kerja
lapangan ini setelah berkerja keras menyiapkan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
● Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di kawasan Utan Aji,
Perlis
● Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan Utan Aji, Perlis
● Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut
kepada kawasan Utan Aji, Perlis
4.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian ini iaitu Utan Aji, Perlis terletak di antara Bandar Kangar yang menyambungkan ke Kuala
Perlis. Kawasan kajian ini merupakan kawasan petempatan dan premis-premis perniagaan. Di kawasan ini
terdapat banyak petempatan-petempatan penduduk di sini terutamanya kawasan kampung.
Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di Utan Aji ialah bukit-bukau, sungai, hutan dan gunung.
Ciri pandang darat budaya yang terdapat di Utan Aji ialah kawasan perumahan, sekolah, jalan raya,
masjid, bangunan, jambatan, padi sawah dan getah.
Kawasan Utan Aji mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, dan Siam. Agama bagi penduduk di
Utan Aji ialah Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di Utan Aji ialah
mengusahakan tanaman padi, peniaga kedai runcit, gerai-gerai dan pasar malam, mekanik, guru, doktor,
pensyarah dan lain-lain.
Kegiatan ekonomi utama di kawasan Utan Aji ialah mengusahakan tanaman padi. Ramai penduduk
kampung di kawasan ini yang mempunyai tanah mereka sendiri dan menggunakannya untuk menanam padi.
PETA KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah pertama
yang saya gunakan ialah kaedah pemerhatian di kawasan kajian iaitu di Utan Aji. Melalui kaedah
ini, saya dapat memerhati kawasan petempatan dan bangunan-bangunan iaitu tempat kegiatan
ekonomi dijalankan di kawasan Utan Aji.
Seterusnya, saya menggunakan kaedah temu bual dengan menemu bual tiga orang jiran saya
yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Saya bertanyakan serba sedikit tentang kegiatan
ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya.
Akhir sekali, kaedah kajian yang saya gunakan ialah merujuk bahan sumber iaitu sumber
Internet daripada tiga buah laman sesawang dan sebuah blog yang berkaitan dengan kerja
lapangan Geografi ini.
6.0 HASIL KAJIAN
KEGIATAN EKONOMI UTAMA YANG ADA DI KAWASAN UTAN AJI
Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan di
kawasan Utan Aji ialah mengusahakan tanaman
padi. Hal ini kerana ramai penduduk di kawasan
ini yang mempunyai tanah persendirian yang
luas dan mereka menggunakannya untuk
menanam padi agar dapat menjana pendapatan
mereka.
Gambar menunjukkan kegiatan ekonomi
utama di kawasan Utan Aji
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI
TERSEBUT DI KAWASAN UTAN AJI
Gambar menunjukkan tanih aluvium yang menjadi Gambar menunjukkan saliran sungai yang menjadi
faktor yang mempengaruhi kegiatan penanaman faktor yang mempengaruhi kegiatan penanaman
sawah padi di Utan Aji sawah padi di Utan Aji
Antara faktor yang mempengaruhi kegiatan Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi
ekonomi tersebut di kawasan Utan Aji ialah kegiatan ekonomi di kawasan Utan Aji ialah
kawasan kajian mempunyai banyak tanih aluvium. saliran yang baik. Hal ini kerana dengan
Hal ini dapat memudahkan petani untuk adanya pengaliran yang baik maka kegiatan
menanam sawah padi dengan menggunakan penanaman sawah padi juga dapat dijalankan
tanih aluvium ini. Contohnya, sekitar Kampung dengan baik. Contohnya, sungai yang terdapat
Sentua, Utan Aji yang mempunyai banyak tanah di Utan Aji mengalirkan aliran air ke
aluvium yang digunakan untuk menanam padi. kawasan-kawasan sawah padi.
KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI TERSEBUT DI
KAWASAN UTAN AJI
Gambar menunjukkan peningkatan taraf hidup yang menjadi Gambar menunjukkan kemajuan ekonomi negara yang menjadi
kepentingan kegiatan penanaman sawah padi di Utan Aji kepentingan kegiatan penanaman sawah padi di Utan Aji
Antara kepentingan kegiatan eonomi tersebut di Selain itu, kepentingan ekonomi tersebut di
kawasan Utan Aji adalah meningkatkan taraf kawasan Utan Aji adalah dapat meningkatkan
hidup penduduk. Hal ini kerana mereka yang ekonomi negara kita. Hal ini kerana negara kita
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seprti boleh memperoleh pendapatan daripada cukai
penanaman padi ini dapat menjana pendapatan dan keuntungan aktiviti penanaman sawah
mereka sendiri. Contohnya, mereka dapat padi yang dijalankan. Contohnya, beras dari
menampung kos perumahan yang selesa. hasil penanaman sawah padi dapat dijual dan
mendapat keuntungan kepada negara.
7.0 RUMUSAN
Berdasarkan kerja lapangan Geografi ini, saya mendapati kegiatan penanaman sawah
padi di kawasan Utan Aji amat penting kerana dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan
meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Kegiatan penanaman sawah padi di kawasan
Utan Aji menjadi kegiatan ekonomi utama di sini kerana mempunyai tanih aluvium dan
saliran yang baik. Oleh itu, objektif kajian yang saya jalankan ini tercapai dengan baik.
Tidak banyak cabaran yang saya hadapi sepanjang kajian ini dilakukan antaranya ialah
masalah Internet untuk mencari sumber bahan dan masalah pandemik ini yang tidak
membenarkan keluar rumah. Jadi, sumber yang didapati hanya daripada pemerhatian
sepanjang saya tinggal di sini.
Kajian yang saya lakukan kali ini memuaskan hati saya kerana saya dapat siapkan
dalam masa yang singkat walaupun hanya berpandukan sumber yang ada. Bagi
pelaksanaan kajian yang akan datang saya akan menambahbaik dari segi penambahan
sumber yang lebh banyak dan ketepatan isi yang lebih baik.
8.0 LAMPIRAN
Gambar kawasan Utan Aji yang dipenuhi Gambar sungai yang mengalirkan air
sawah padi ke kawasan sawah padi