KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU Disediakan oleh : Ainin Wafa BMMB 1104
KONSEP KESUSASTERAAN Menurut kamus Menurut tokoh Menurut Bahasa Melayu Konteks pendidikan
Siti Hajar Abdul Azizi (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa maksud huruf atau buku indah. Dari segi makna umum pula sastera ini bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. MENURUT TOKOH MENURUT KAMUS Kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Dalam Bahasa Melayu, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan atau mengajar. Kata dasar tra- pula merujuk kepada alat. Jadi, jika digabungkan dua kata dasar ini akan membentuk sastra yang bermaksud alat mengajar. Awalan su- bermaksud baik atau indah manakala imbuhan ke- dan anbermaksud secara menyeluruh iaitu segala yang tertulis, bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik, hal 2) MENURUT BAHASA MELAYU
Menurut konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu dan berunsurkan keindahan serta kehalusan. Karya ini termasuklah novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional. Unsur-unsur ini penting untuk mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. MENURUT KONTEKS PENDIDIKAN
JENIS KESUSASTERAAN MELAYU Jenis Naratif Jenis Bukan Naratif
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), naratif bermaksud cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dan lain-lain. Kesusasteraan jenis naratif ini merupakan karya yang mengandungi perkembangan plot iaitu bahan sastera yang mengisahkan tentang peritiwa yang mempunyai unsur watak, masa berlaku dan merupakan karya yang berkronologi. Kesusasteraan melayu bagi jenis naratif ini merupakan karya yang disampaikan secara lisan dan diceritakan dari satu generasi ke satu generasi. Jenis Naratif
Sastera jenis bukan naratif ini dapat diistilahkan sebagai suatu karya yang disampaikan tanpa berunsurkan mana-mana kisah atau peristiwa dalam penyampaian sastera tersebut. Antara contoh sastera jenis bukan naratif : - pantun - gurindam - seloka dan lain-lain; Jenis Bukan Naratif
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan Melayu Moden Kesusasteraan Melayu Tradisional
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL Sastera melayu tradisional adalah antara bentuk sastera Melayu yang tertua. Mula dihasilkan sejak tahun 1800 lagi. Unsur bagi penyampaian sastera melayu tradisional ini bersifat khayalan dan sering disampaikan secara lisan. Puisi dan prosa tergolong dalam sastera melayu tradisional. Contoh prosa tradisional seperti penglipur lara, cerita asal usul dan cerita jenaka. Contoh puisi tradisional pula seperti peribahasa, pantun, syair, seloka dan nazam.
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Kemunculan sastera melayu moden ini bertujuan memudahkan proses membezakan aliran sastera dan perkembangan pemikiran masyarakat yang kreatif dan efisien. Sastera melayu moden ini terbahagi kepada tiga iaitu cerpen, novel dan sajak. Novel merupakan elemen di bawah prosa moden. Sajak pula merupakan elemen di bawah puisi moden.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU Sastera melayu perlu mempunyai ciri-ciri yang baik supaya dapat menghasilkan kesan yang positif kepada pembaca. Antara ciri kesusasteraan melayu ialah dari segi keindahan gaya bahasa yang digunakan dan memenuhi beberapa syarat iaitu kesempurnaan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur. Penggunaan bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan karya yang dihasilkan. Ciri seterusnya ialah pengalaman atau karya seni yang perlu ada supaya pembaca boleh memahami dan menghayati setiap karya yang dihasilkan oleh pengkarya.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU Penghargaan daripada pembaca melalui pembacaan karya ini boleh dikategorikan sebagai pengalaman seniyang baik untuk pengkarya sastera. Pengalaman dalam penghasilan karya juga merupakan ciri penting untuk menghasilkan penulisan yang lebih menarik melalui beberapa elemen yang dapat menjadi tarikan buat pembaca. Melalui karya yang mempunyai kandungan yang berkonsepkan imaginasi ini juga dapat menimbulkan perasaan atau emosi kepada pembaca serta menghidupkan jalan penceritaan sesebuah karya.
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Alat kawalan sosial dalam kehidupan harian Alat pendidikan Instrumen perpaduan Hiburan Dakwah Medium protes dan kritikan sosial
ALAT PENDIDIKAN Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1957. Mata pelajaran ini bertujuan membolehkan para pelajar menjiwai unsur serta nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kewarganegaraan, kebudayaan serta menanam perasaan cinta akan negara. Mata pelajaran ini juga mampu menunjukkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera serta menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.
ALAT PENDIDIKAN Kesusasteraan Melayu berperanan sebagai cabang ilmu yang boleh berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu pada peringkat sekolah. Pada peringkat pengajian tinggi pula pelajar didedahkan dengan ilmu dalam pelbagai teknik penulisan ilmiah, rencana, penulisan kreatif serta mendapat pendedahan tentang dunia penerbitan dan penyiaran. Sastera Melayu menekankan tujuan dalam membina insaniah bagi kehidupan manusia yang bertepatan dengan konsep membina 'modal insan' bagi melahirkan pemimpin yang bermoral. Karya sastera seperti sajak, novel, puisi dan sebagainya mempunyai fungsi sebagai alat pendidikan.
INSTRUMEN PERPADUAN Pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Melayu menjadi matlamat penting dalam bidang pendidikan. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa sastera penting bagi mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya hidup dalam keadaan aman dan bersatu padu. Beliau juga berpendapat bahawa sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabatkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sastera juga mampu melahirkan pemikiran masyarakat terutamanya remaja ke arah pemikiran kritis supaya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari pelbagai aspek.
ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Sastera merupakan alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Perkara ini dikatakan sebegitu melalui cerita-cerita rakyat iaitu masyarakat diberitahu tentang perkara yang dibolehkan dan tidak boleh dilakukan. Contohnya : Cerita rakyat ini akan menjadi kesan dari umur kanak-kanak hingga dewasa. - jika derhaka kepada ibu bapa, individu tersebut mendapat balasan seperti Si Tanggang - Jika berangan-angan tinggi tanpa usaha akan disamakan dengan Mak Jenin - Bijak seperti Sang Kancil
ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Bagi cerita lagenda, tokoh merupakan peranan penting dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Tokoh diibaratkan seperti seorang yang gigih, berjasa serta gagah dalam mempertahankan sesuatu perkara. Pendengar yang menghayati jalan penceritaan yang melibatkan tokoh ini akan timbul rasa cinta dan tidak putus asa untuk mempertahankan negara daripada ancaman negara luar. Maka, cerita lagenda dapat membentuk anggota masyarakat supaya menjadi manusia yang mempunyai wawasan dalam hidup.
MEDIUM PROTES DAN KRITIKAN SOSIAL Karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia yang saling berkait antara satu sama lain. Dalam sesebuah komuniti masyarakat, terdapat pelbagai watak mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya. jadi, kesusasteraan berfungsi untuk mempengaruhi perbuatan manusia yang bertujuan untuk menegur, mengkritik serta menyampaikan mesej. Ini disebabkan oleh sastera merupakan rakaman kehidupan yang menyelongkar kehidupan realiti dan akan mempengaruhi pemikiran, melahirkan pertimbangan serta tindakan manusia.
HIBURAN Karya hiburan akan mampu melahirkan keseronokan kepada pembaca. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan serta irama yang indah. Mendengar syair merupakan hiburan bagi sesetengah pihak kerana mereka dapat melepaskan stres atau tekanan kerja melalui karya-karya hiburan. Karya hiburan kebiasaannya berbentuk santai dan tidak memerlukan pemikiran pada tahap yang tinggi kerana hanya menyentuh isu yang ringan. Unsur hiburan juga dapat dilihat dalam cerita jenaka seperti Pak Kaduk tetapi cerita ini juga sarat dengan mesej serta pengajaran buat para pembaca. Jadi, karya-karya hiburan ini merupakan medium hiburan buat masyarakat terutamanya masyarakat zaman dahulu.
DAKWAH Sastera yang mempunyai unsur dakwah ini bertujuan menyampaikan pesanan daripada Allah SWT melalui ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran. Sastera berunsur dakwah ini akan membincangkan tentang kemurnian dan kesucian agama Islam supaya mendapat daya tarikan daripada pembaca tidak kira agama atau bangsa. Karya yang dihasilkan juga perlu memberi kesan yang positif dan mendalam kepada para pembaca seperti rasa keinsafan. Sastera yang dihasilkan perlu menekankan peranan al-tajwih yang bermaksud membimbing dan al-ta'dib yang bermaksud mendidik. Melalui peranan ini, pengkarya dapat membimbing pembaca ke arah yang lebih sempurna.
ASPEK MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL Pertuturan Pemikiran Perlakuan Gaya hidup
Pemikiran ialah proses yang melibatkan minda untuk mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu melalui idea-idea yang dijana serta membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi mendapatkan keputusan serta menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang terbaik. Seterusnya, pemikiran juga melibatkan pengimbasan kembali terhadap proses yang telah dilalui. PEMIKIRAN PERTUTURAN Aspek pertuturan amat mementingkan kesantunan iaitu berbudi pekerti dalam setiap percakapan supaya tidak menimbulkan salah faham. Awang Sariyan (2007) mendefinisikan takrifan ini sebagai penggunaan bahasa yang baik, beradab, sopan dan menunjukkan peribadi mulia serta penghormatan kepada pendengar.
Menurut Kamus Dewan (1984), perlakuan ialah suatu perbuatan. Masyarakat Melayu juga merupakan masyarakat yang mempunyai tingkah laku yang baik dalam setiap perkara yang mereka lakukan. PERLAKUAN GAYA HIDUP Menurut Kamus Dewan (1984), gaya hidup didefinisikan sebagai cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan. Melalui gaya hidup ini akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu seperti agama kesenian, adat istiadat, sistem kekeluargaan dan pengalaman nilai-nilai murni.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL
AKAL BUDI DALAM PANTUN Menurut Ungku Azizi (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan. Pantun berfungsi untuk menyampaikan pemikiran serta perasaan. Terdapat pantun yang mempunyai dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun ini juga merupakan pengungkapan yang mempunyai pembayang dan maksud tidak kira bentuk fizikalnya. Pantun dikatakan lebih berkualiti jika ada pembayang yang sentiasa menyanjung alam sebagai manifestasi masyarakat Melayu. Pantun sesuai dengan jiwa masyarakat Melayu melalui keperibadian orang Melayu yang sentiasa menitikberatkan kesenian serta kebudayaan sendiri.
CONTOH PANTUN Buai laju-laju, Sampai pohon sena, Apa dalam baju, Sekuntum bunga Cina. Pantun ini berperanan sebagai lagu yang digunakan oleh kebanyakan ibu bapa atas tujuan menidurkan anakanak mereka. Limau manis dari seberang, Bawa budak dalam perahu, Hitam manis hatiku sayang, Anak siapa aku tak tahu. Pantun ini menceritakan tentang cinta antara wanita cantik yang terpikat oleh seorang lelaki.
AKAL BUDI DALAM SYAIR Syair merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan juga Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985), syair berasal daripada perkataan Arab iaitu sy'ir yang bermaksud puisi atau sajak. Syair diperkenalkan serta diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 atas tujuan mengajar agama Islam. Pada mulanya, syair hanya digunakan secara meluas di Nusantara untuk penyebaran ajaran tasawuf dan juga bertujuan sebagai medium untuk bercerita. Syair merupakan karya kreatif lisan genre puisi tradisional dan bernilai dari segi ilmu penulisan untuk sesebuah syair yang dihasilkan.
CONTOH SYAIR PERAHU Inilah gerangan suatu madah, Mengarangkan syair terlalu indah, Membetulkan jalan tempat berpindah, Di sanalah I'tikaf di perbetul sesudah. Wahai muda, kenali dirimu, Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, Ke akhirat jua kekal diammu.
AKAL BUDI DALAM SELOKA Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Menurut Harun Mat Piah (1989), terdapat 2 naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka iaitu teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24, 000 rangkap). Seloka ini berbentuk pepatah, perumpamaan atau bidalan yang mempunyai unsur jenaka, gurau senda, sindirian dan ejekan. Kebanyakan seloka ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris bagi satu rangkap serta seloka juga hampir sama dengan pantun dan syair.
CONTOH SELOKA Anak dipijak daging dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak Gunting makan di hujung Pak Pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan.
AKAL BUDI DALAM GURINDAM Gurindam dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu menerusi bahasa Tamil 'yaitu kirindam' yang bermaksud perumpamaan. Bentuk gurindam adalah terikat yang terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir 'a' , 'a' . Gurindam kebiasaannya berbentuk nasihat, pengajaran, kebenaran serta perasaan cinta. Gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran (Kamus Dewan 1984). Menurut Za'aba (1965) gurindam merupakan sejenis syair melarat yang tetap rangkapnya serta isinya mengandungi fikiran yang bernas dan dinyanyikan.
CONTOH GURINDAM Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat