The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliezaghazali85, 2022-04-20 00:13:28

PANDUAN IBADAT PUASA RAMADHAN

PANDUAN IBADAT PUASA RAMADHAN

Maksud Ramadhan

 Ramadhan ialah bulan ke 9 dalam kalendar Islam

yang memberi maksud panas yang sangat terik.

 Sempena dengan maksudnya, diharapkan
ramadhan akan membakar dan melebur segala
kekotoran dan dosa orang yang berpuasa dan
mengisi bulan barakah ini dengan pelbagai amalan
mulia.

 Adalah diharapkan sebaik sahaja tamatnya
ramadhan, orang yang berpuasa akan kembali
bersih dari dosa seolah-olah umpama bayi yang
baru dilahirkan.

Puasa

Amalan wajib di Bulan Ramadhan

 Maksud puasa dari segi istilah syarak ialah menahan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula
daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat berpuasa.

 Dalil disyariatkan supaya berpuasa :

yang bermaksud “ wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu sebelum
kamu, supaya kamu bertaqwa.

 Ibadah puasa dalam syariat Islam difardhukan pada hari Isnin, 10
Syaaban tahun kedua hijrah. Baginda Rasulullah SAW sempat
berpuasa Ramadhan selama 9 tahun. Sebelum itu, ibadat puasa
telahpun diamalkan dalam kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang
sezaman dengan Rasulullah SAW.

SYARAT WAJIB PUASA

 Beragama Islam
 Baligh
 Berakal
 Suci daripada haid dan nifas
 Mampu melaksanakan puasa

SYARAT SAH PUASA

 Islam
 Mumaiyiz
 Suci daripada haid dan nifas
 Bukan pada hari-hari yang diharamkan

berpuasa .

RUKUN PUASA

 Niat
 Menahan diri daripada melakukan perkara

yang membatalkan puasa

Niat Puasa Sebulan ( Ramadhan )
Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama
Ramadan.
Niatnya adalah:

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah
Taala

Niat Puasa Harian Ramadhan
Jika menggunakan niat ini, kita perlu berniat setiap malam.
Niatnya adalah:

Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana
Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu
bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

MEREKA YANG DIBOLEHKAN
MENINGGALKAN PUASA

Perkara-Perkara Sunat Dalam Ibadah Puasa
1. Menyegerakan berbuka puasa
2.Memulakan berbuka puasa dengan buah tamar. Jika
tiada, bolehlah digantikan dengan air. Jika tiada juga,
boleh digantikan dengan juadah manis yang lain.
3.Membaca doa sekurang-kurangnya:

Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa ala rizkika
aftortu
Maksudnya:
Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada
Engkau aku beriman dan

4. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
5.Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir,
berselawat dan membuat amal kebajikan.
6.Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak
yang kurang bernasib baik.
7.Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang
tidak membawa manfaat.
8.Jika berhadas besar, mandi junub dilakukan lebih awal,
iaitu sebelum masuknya waktu subuh.

HIKMAH BERPUASA DAN HIKMAH
RAMADHAN

 Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok
dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa
tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini
dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri
terhadap Allah SWT.

 Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan
Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada,
terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan
berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan
bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama
Islam.

HIKMAH BERPUASA DAN HIKMAH
RAMADHAN

 Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu
taat kepada Allah, justeru akan lahir pula
ketenangan jiwa dan ketakwaan.

 Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses
berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa
penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan
manusia dapat diatasi.

 Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai
separuh daripada kesabaran.

HIKMAH BERPUASA DAN HIKMAH
RAMADHAN

 Kedatangan Ramadhan ada keistimewaan kerana
dianjurkan ibadah solat tarawikh. Disamping itu
diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan
yang mampu sebagai satu kewajipan membantu individu
muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.

 Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat
menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, Daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

 Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan (semata-mata kerana Allah),
diampunkan dosa-dosanya yang lalu

 — Hadis riwayat al-Bukhari

HIKMAH BERPUASA DAN HIKMAH
RAMADHAN

 Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-
pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta
dirantaikan syaitan.

 Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat
penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk
menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.

 Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang
padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik
daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran
pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang
menghidupkannya dengan amal ibadah.


Click to View FlipBook Version