The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis.sofia1717, 2022-02-05 10:08:33

Tarian tradisional terengganu (1)

Tarian tradisional terengganu (1)

TARIAN TRADISIONAL TERENGGANU

ULEK MAYANG



U L E K M
A Y A N G

TARIAN TRADISIONAL TERENGGANU










ANIS SOFIA THALAHA




Penerbit UiTM
Universiti Teknologi MARA

Kampus Kedah
08400 Merbok, Kedah

Kedah Darulaman
2022

Cetakan pertama 2022,
Oleh FPM Publishing, Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai

Petani,08400 Merbok, Kedah Malaysia



Hak cipta terpelihara 2022 Fakulti Pengurusan Maklumat.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun samada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit UiTM
Cawangan Kedah, Malaysia.

1

ISI KANDUNGAN







Sejarah Ulek Mayang.....................................2
Lagenda Ulek Mayang....................................3-4
Konsep Tarian Ulek Mayang...........................5
Persiapan Tarian............................................6-7
Peralatan muzik.............................................8
Pakaian Penari...............................................9-10
Lirik Nyanyian................................................11-12
Mitos & Kepercayaan....................................13-14
Tokoh Dalam Tarian Ulek Mayang................15-19
Penutup........................................................20
Rujukan.........................................................21

Sejarah Ulek Mayang




Tarian Ulek Mayang adalah sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Tarian
ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Omar (1839-1879) . Tarian ini
lazimnya ditarikan oleh sepuluh hingga 15 orang penari untuk memuja Tuan
Puteri Tujuh Beradik. Mayang pinang adalah medium utama yang digunakan
dalam tarian ini. Tarian Ulik Mayang berentak lemah gemalai serta diiringi
nyanyian berpantun.

Terdapat pendapat yang mengatakan tarian ini berasal dari tanah seberang

iaitu Kepulauan Jawa dan ada yang berpendapat ia berasal dari pulau yang

berhampiran dengan kepulauan Jawa. Pada ketika dahulu, Ulek Mayang dicipta

sebagai ritual masyarakat di Kepulauan Jawa sebagai aktiviti perubatan. Namun

kini, tarian Ulek Mayang lebih kepada bersifat sebuah seni tari. Keindahan seni

tari Ulek Mayang dapat dilihat dari segi senikata lirik lagu, pakaian yang

dikenakan, serta alat muzik digunakan. 2

Lagenda Ulek Mayang




Lagenda setempat menyatakan tarian Ulek Mayang berasal dari peristiwa sekumpulan
nelayan yang keluar menangkap ikan di laut. Namun ketika di laut, ribut yang sangat kuat
melanda dan telah menyebabkan perahu nelayan-nelayan tersebut dipukul ombak dengan
sangat teruk. Hal ini telah mengakibatkan semua nelayan tersebut jatuh ke dalam laut dan
terkapai-kapai untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Nelayan-nelayan tersebut telah dihanyutkan oleh arus laut dan mereka terdampar di
tepi pantai . Sejurus kemudian, seorang demi seorang nelayan kembali sedarkan diri
kecuali seorang dari mereka masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka percaya
bahawa rakan mereka itu berada di alam lain dan jasadnya sahaja yang terdampar di situ.
Nelayan-nelayan tersebut menggunakan khidmat bomoh untuk menyedarkan dan
mengembalikan rakan mereka yang masih pengsan itu.

Bomoh yang mengubati nelayan yang masih tidak sedarkan diri itu mendapati nelayan
itu telah dipukau oleh semangat laut selepas dibacakan mantera. Semangat laut tersebut
merupakan puteri yang mendiami alam lain yang ingin menguji kumpulan nelayan
tersebut. Puteri tersebut telah tertarik oleh salah seorang dari kalangan mereka serta

3nelayan yang masih tidak sedarkan diri itu telah terperangkap dan berada di alam bunian.

Bomoh tersebut telah bertarung dengan puteri bunian tersebut untuk mengembalikan
roh nelayan tersebut ke alam nyata. Puteri tersebut telah menyeru satu persatu kakaknya
sehinggalah puteri keenam untuk bertarung dengan bomoh tersebut. Sedang pertarungan
antara bomoh dan puteri-puteri tersebu
t menjadi semakin sengit, muncullah Puteri
ketujuh iaitu puteri paling sulung. Bomoh tersebut telah memohon kepada puteri ketujuh
agar membebaskan roh nelayan tersebut. Menurut lagenda, puteri tujuh adalah yang
paling cantik rupanya, bijaksana dan paling kuat. Puteri tujuh lantas memerintahkan
puteri-puteri yang lain iaitu adik-adiknya agar menghentikan perbuatan mereka lalu
bersenandung :

"Aku tahu asal usulmu",
"Biarlah yang laut pulang ke laut dan yang darat pulang ke darat"

Pertarungan tersebut akhirnya dihentikan. Namun, terdapat syarat yang harus
dimaterai iaitu puteri-puteri tersebut hendaklah dijamu dengan pulut kuning dalam
upacara semah iaitu sebuah upacara memberi makan jin di laut. Masyarakat ketika itu
mengamalkan upacara ini lantaran kedatangan Islam belum bertandang lagi ke Negeri
Terengganu pada ketika itu.

4

Konsep Tarian Ulek Mayang




Pada tahun 1980-an, Ulek Mayang mengalami tempoh "suram" apabila pihak
berkuasa mengharamkan penggunaan mantera asal Ulek Mayang. Perbahasan dan
akibatnya mantera tersebut didapati bercanggah dengan ajaran Islam, kerana ia
mempunyai unsur-unsur merujuk perkara yang dianggap khurafat. Muzik itu juga
merupakan ciptaan pencipta kerana tiada muzik dalam persembahan asal, dan hanya
mantra itu dibaca semasa upacara penyembuhan. Oleh yang demikian, Ulek Mayang
versi semasa terhasil daripada imaginasi penciptanya yang menjadikan jampi itu sebagai
lagu.

5

Persiapan tarian




Asas penting yang perlu dilihat sebelum acara tarian adalah kelayakan
kumpulan penari itu sendiri. Kebanyakan penari tarian Ulek Malayang adalah
terdiri dari golongan belia. Bagi melancarkan acara tarian ini, pemegang mayang
hendaklah terdiri dari orang yang mempunyai semangat dan keberanian yang jitu.
Faktor ini disokong kerana mayang dapat dihidupkan oleh penari yang memiliki
keberanian serta semangat yang kuat sahaja. Sepanjang proses menghidupkan
mayang, penari tersebut tidak akan sedarkan diri dan akan bangun menari dengan
sendirinya serta mayang pada tangan penari tersebut dikatakan seperti ianya
hidup mengikut lenggok tarian penari tersebut.

Terdapat seorang guru yang mahir dalam bidang ini akan mengawasi
sepanjang tarian ditarikan. Nyanyian umbuk akan dinyanyikan sejurus aktiviti
menghidupkan mayang dijalankan.

6

Persembahan tarian Ulek Mayang dimulai dengan pembentukan bulatan oleh
para penari. Pada tengah bulatan penari tersebut ada penari pemegang mayang
serta seorang dari penari tersebut aka
n mengetuai nyanyian dan ia akan diikuti
oleh yang lain. 'Adi' adalah julukan nama buat ketua yang mengetuai nyanyian
tersebut.

Persembahan tarian ini dimulakan dengan empat penari lelaki dalam keadaan
tidak sedarkan diri, manakala salah seorang daripada mereka memegang mayang.
Setersunya, satu suara latar akan menyanyikan lagu Ulek Mayang dan diserunya
Puteri Dua. Selepas kedatangan Puteri Dua yang menari-nari di belakang penari
lelaki tersebut, diseru pula Puteri Empat, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Apabila
Puteri Tujuh keluar, lagu menghalau dan menghantar penunggu akan dinyanyikan.
Secara keseluruhannya, jumlah penari Ulik Mayang adalah seramai 11 orang yang
terdiri daripada empat lelaki dan tujuh perempuan.

7

Peralatan muzik




Selari era Ulek Mayang yang telah berlalu, versi moden ritual Ulek Mayang
dipimpin oleh alat muzik yang berbeza. Selaras dengan perubahan yang dilakukan
oleh pengamal Ulek Mayang, alat muzik telah ditambah untuk memberi nafas baru
kepada bentuk seni. Alat muzik menjana suasana yang memukau dan memberi
inspirasi kepada semangat tujuh puteri. Alat ini terdiri daripada akordion, viola,
reban kecil/besar atau gendang silat, gitar dan gong.

8

Pakaian penari




Menurut tokoh budaya di negeri Terengganu dan mereka yang terlibat dengan
persembahan Ulik Mayang, tidak ada pakaian yang khusus untuk penari dalam
tarian ini. Ilham pakaian Ulek Mayang ini diinspirasikan dari pakaian gamelan yang
bercirikan baju pendek serta kain yang dipakai adalah kain sarung benang emas
yang melambangkan kebesaran puteri tersebut.

Penari memperagakan selendang berwama kuning, bengkung bertatah dan
mahkota pada bahagian kepala penari yang membawa watak puteri. Warna yang
digunakan pada pakaian penari adalah kuning, hijau dan merah yang mempunyai
simbol-simbol tertentu dalam adat istiadat orang Melayu. Bagi penari lelaki yang
membawa watak bomoh dan nelayan pula kebiasaannya memakai kostum yang
sama seperti nelayan ketika turun ke laut.

9

10

Lirik nyayian




Ulek mayang ku ulek Puteri empat berbaju serong
Ulek dengan jala jemala Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Ulek mayang diulek Puteri empat berselendang kuning
Ulek dengan tuannya puteri
Umbok mayang diumbok
Ulek mayang diulek Umbok dengan jala jemala
Ulek dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri enam berbaju serong

Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri dua berbaju serong Puteri enam bersubang gading
Puteri dua bersanggol sendeng Puteri enam berselendang kuning
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok
Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala
Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek
Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh
Ulek dengan puterinya empat
11

Puteri tujuh berbaju serong 12
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading

Puteri tujuh berselendang kuning

Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri



Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri



Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Mitos dan Kepercayaan




Tarian Ulek Mayang tidak dapat lari dari keunikan mitos dan kepercayaannya
yang tersendiri. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di negeri Terengganu
berpegang pada kepercayaan mitos tentang unsur mistik yang dimiliki oleh tarian
dan lagu Ulek Mayang ini. Kepercayaan animisme yang menjadi pegangan
masyarakat dahulu telah melahirkan sebuah upacara ritual tentang semangat roh
kehidupan rohani serta fizikal. Amalan ini telah merealisasikan seni gerakan tarian
sepanjang upacara tarian Ulek Mayang berlangsung.

Terdapat pendapat yang menyatakan pulut kuning dipersembahkan dalam
acara tarian itu bagi mengzahirkan ucapan terima kasih kepada tujuh puteri.
Penggunaan pulut kuning pada zaman sebelum kedatangan Islam sinonim dengan
amalan upacara ritual kepada semangat alam yang menjaga masyarakat pada ketika
itu. Di negeri Terengganu, penggunaan pulut kuning dalam tarian Ulek Mayang
adalah bagi mendapat jaminan dari tujuh puteri akan keselamatan para nelayan
sepanjang berada di lautan.

13

14

Tokoh dalam tarian Ulek Mayang




15

Wan Salmah Wan Sulaiman

Seniwati Wan Salmah binti Wan Sulaiman atau lebih dikenali
sebagai jolokan Mami merupakan penggiat seni yang termahsyur
di Terengganu. Beliau bergerak aktif sebagai penari Gamelan,
penyanyi, pelakon, dan puisi. Beliau merupakan penyanyi asal
lagu tradisional Terengganu iaitu Ulik Mayang.

Beliau dilahirkan pada tanggal 16 September 1944 di Kampung
Tiong, Kuala Terengganu. Beliau terlibat dengan kegiatan seni
semenjak di sekolah rendah lagi semasa belajar di Sekolah
Rendah Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Beliau diberi tunjuk
ajar oleh Cikgu Aziz dan mengembangkan penglibatan seni
beliau di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.

Seterusnya, beliau menyertai Kelab Belia Darul Ehsan dan
penglibatan beliau menjadi lebih aktif. Beliau pernah terlibat
dengan drama televisyen dan radio. Beliau merupakan salah
satu penggerak SUKTRA ketika penubuhannya pada tahun 1974.

16

Beliau telah berjaya membawa tarian Gamelan Melayu ke peringkat
antarabangsa dengan mengadakan persembahan di Frankfurt, Milan,
Amsterdan dan Zurich. Beliau juga telah berjaya mewakili Malaysia ke
Festival Seni Asean Kali ke-9 di Hong Kong pada tahun 1984 dan
menyertai Promosi Penggalakan Pelancongan ke Negara Eropah pada
tahun 1988.

Antara pencapaian beliau dalam bidang seni adalah dinobatkan sebagai
Pelakon Wanita Terbaik Terengganu pada 1972, dikurniakan Pingat Jasa
Kebaktian (PJK) juga pada tahun yang sama, dikurniakan Pingat Pangkuan
Negara pada tahun 1979, dikurniakan Anugerah Khidmat Cemerlang
Negeri Terengganu pada tahun 1987, Anugerah Khas Juri Tokoh Budaya
Terengganu pada tahun 1991, Ahli Mahkota Terengganu pada 1992 dan
Tokoh Seni Budaya Terengganu pada tahun 2016.

17

Haji Ramli Ibrahim

Haji Ramli Ibrahim, adalah penggiat seni yang dihormati di
Kampung Pasir Panjang, Terengganu serta merupakan salah
seorang artis Ulek Mayang yang paling aktif sehingga kini. Beliau
adalah salah seorang tokoh Ulek Mayang yang mahir baik sebagai
penyanyi dan penari. Haji Ramli Ibrahim telah menyanyi sejak
sekolah rendah lagi. Beliau memenangi Piala Juara R. Azmi pada
awal 1960-an dan pada 1998 memenangi Piala Juara P. Ramlee
anjuran UMNO cawangan Dewan Undangan Negeri Ladang. Pada
tahun 1973, beliau terlibat dalam bidang seni iaitu Orkestra RTM
Pantai Timur (RTM Kuala Terengganu, kini Terengganu FM).
Beliau memulakan kerjayanya sebagai penari dan penyanyi lewat
dalam bidang seni.

Pada tahun 1975 beliau menjadi pemain gitar Agmelan dan
kemudian mula menulis lirik untuk lagu-lagu yang ditulis oleh
Zamani Taha, Ramli Muda, dan Md Dzarif Ismail. Boleh dikatakan
majoriti lirik ciptaan SUKTRA adalah karya seni Haji Ramli
Ibrahim. Beliau menubuhkan Parti Tarian dan Muzik Terengganu
(SUKTRA) pada 1980-an.

18

Penyertaan aktif beliau dalam bidang seni memberi peluang 19
kepada Haji Ramli Ibrahim mengembangkan bakat beliau secara
meluas dengan mewakili Terengganu dan Malaysia di dalam dan

luar negara. Beliau menyertai bahagian dalam Festival Kesembilan
Seni di Hong Kong pada tahun 1984, Kempen Tahun Melawat
Malaysia di Eropah seperti di Frankfurt, Paris, London,
Amsterdam, Milan, dan Zurich pada November hingga Disember
1998, dan pelancaran Penerbangan Malaysia(MAS) ke
Johannesburg pada 1992.

Haji Ramli juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Belia dan
Sukan serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan
sepanjang 35 tahun beliau berkhidmat. Antara anugerah yang
diperoleh oleh beliau adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) oleh Kementerian Belia dan Sukan (1978 dan 2003),
Anugerah Pingat Lama Berjawatan (PLB) oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (2004),
Anugerah Tokoh Sejarah Lisan 2012 oleh Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu, dan Tokoh Pendokong Seni
Terengganu (2015) oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri
(JKKN) Terengganu.

Penutup




Kini, Ulek Mayang asli telah diubah suai oleh pengamal seni
Terengganu dengan menghapuskan segala unsur khurafat yang
bercanggah dengan Islam. Malah lirik lagu Ulek Mayang juga telah
dikemas kini mengikut idea tarian. Lagu-lagu itu tidak lagi
mengandungi jampi-jampi yang dilarang oleh Islam untuk
mematuhi keadaan sekarang. Gaya tarian dan perwatakannya juga
adalah hasil imaginasi kreatif artis untuk mencipta Ulek Mayang
sebagai tarian tradisional Malaysia.

20

Rujukan




Mohd Affandi. (2018). Wan Salmah Wan Sulaiman. Dirujuk pada November 20, 2021 dari
https://ganupedia.com/2018/09/wan-salmah-wan-sulaiman/



Siti Mardiah. (2015). Seni Tari Ulek Mayang Masyarakat Melayu. Dirujuk pada
November 17, 2021 dari https://www.scribd.com/doc/284113281/Seni-Tarian-Ulik-
MayangMasyarakat-M elayu-doc

21


Click to View FlipBook Version