TEKNIK PENULISAN YANG
CEMERLANG
Sebelum menanda, guru perlu beri perhatian
kepada 2 ciri:
luaran karangan
menentukan markah cemerlang, baik atau
memuaskan
dalaman karangan
mengesahkan markah karangan
Rujuk kepada penskoran
SPM KERTAS 1
BAHAGIAN A : BAHAN RANGSANGAN (200-250pp)
CIRI LUARAN:
PEMERENGGANAN
5 perenggan ( pendahuluan, 3 isi, penutup)
Perenggan mesti sama panjang
8-9 baris
Langkau sebaris antara perenggan
BAHAGIAN B: RESPONS TERBUKA (lebih drp 350 pp)
PEMERENGGANAN
7 perenggan ( pendahuluan, 5 isi, penutup)
Perenggan mesti sama panjang
15-16 baris
Langkau sebaris antara perenggan
Penulisan mesti kemas dan bersih
SPM KERTAS 1
CIRI-CIRI DALAMAN:
BAHAGIAN A: BAHAGIAN B:
3 ISI 5 ISI
Mesti ada 2 UM (Ungkapan Menarik) Lebih drp 2 UM:
Peribahasa
• Simpulan bahasa
• Perumpamaan
• Bidalan
• Pepatah
• Kata-kata hikmah
Bukan Peribahasa
Ayat Al Quran
Hadis
Kata-kata Tokoh
Kata-kata Menteri
2 KBT (Kata Berdarjat Tinggi) Lebih drp 2 KBT
SPM KERTAS 1
Guru perlu mengajar murid mencari kata tunjang dalam soalan
kerana ada soalan yang berlapis:
Contoh:
Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak
semakin membimbangkan semua pihak.
Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.
Tema: peranan keluarga
Kata tunjang: pergaulan bebas, merokok dan melepak
membimbangkan masyarakat.
Kesemua kata tunjang perlu ditulis dalam perenggan isi.
INGAT!!!
PERANAN KELUARGA PERLU DIPECAHKAN KEPADA IBU, BAPA,
ADIK-BERADIK, DATUK NENEK, SAUDARA-MARA
SPM KERTAS 1
PENDAHULUAN (BiSSTT)
Ayat Binaan ( ayat penyata-tema soalan
Ayat Sejarah (Pada zaman dahulu, suatu ketika dahulu)
Ayat Semasa (Kini, pada masa sekarang)
Ayat Tokoh
Ayat Tanya
Contoh soalan:
Setiap pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kokurikulum akan
menghadapi pelbagai cabaran.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda ambil
untuk mencapai kecemerlangan tersebut.
SPM KERTAS 1
Tema / dominan: kecemerlangan
(pendahuluan )
Kehendak soalan: Langkah-langkah
yang perlu saya ambil
Tunjang: kecemerlangan, pelajar (saya),
pelbagai cabaran, bidang akademik dan
kokurikulum
Format: umum
SPM KERTAS 1
CONTOH PENDAHULUAN (BiSSTT)
Kecemerlangan merupakan kebolehan dan kemampuan untuk menggunakan
keseluruhan potensi yang ada dalam diri setiap individu. Bagi seseorang
pelajar, kecemerlangan merupakan harapan,keinginan, impian atau satu hala
tuju yang akhir, iaitu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan dan berjaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Namun begitu, adakah kecemerlangan
yang diingini oleh mereka ini senang untuk digapai? Ingatlah bahawa
kecemerlangan bukanlah sesuatu yang hanya boleh dipandang sebelah mata.
Sejak dahulu lagi, kecemerlangan merupakan impian bagi setiap pelajar. Begitu
jugalah pada zaman ini, kecemerlangan dari aspek akademik dan kukurikulum
sentiasa dikejar oleh setiap pelajar yang mempunyai keinginan untuk berjaya.
Pelajar-pelajar yang juga merupakan golongan remaja semestinya akan
menghadapai pelbagai cabaran untuk memperoleh kecemerlangan yang
diingini. Dr. Haji Muhd Fadzilah Kamsah penceramah tersohor di Malaysia
dalam bidang kecemerlangan diri pernah berkata bahawa usia remaja ialah usia
emas di mana mereka akan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dari
pelbagai aspek kehidupan. Oleh sebab itu, pelbagai langkah perlu saya ambil (
kehendak soalan ) untuk menangani cabaran tersebut bagi mencapai
kecemerlangan diri kerana menurut peribahasa Arab, “Jika anda mahu
membuat sesuatu, anda akan cari jalan dan bukannya alasan.” Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil bagi menangani cabaran dalam
bidang akademik dan kokurikulum?
SPM KERTAS 1
ISI (JACONHUS / JAHUCONS):
Ayat Jawapan
Ayat Contoh
Ayat Huraian
Ayat Simpul (Penegasan ayat jawapan/isi)
CONTOH:
Satu daripada langkah yang dapat dilakukan untuk menangani
cabaran bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik ialah saya
(pelajar) perlulah sentiasa memberikan sepenuh perhatian terhadap
guru yang sedang mengajar di bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Hal ini perlu diambil berat kerana cabaran utama ketika guru
sedang mengajar ialah saya sukar untuk fokus atau memberikan
perhatian terhadap pengajaran guru. Aspek ini perlu diutamakan
kerana tumpuan merupakan medium pembentukan yang utama untuk
menjamin kefahaman seseorang.
SPM KERTAS 1
SAMBUNGAN…
Namun begitu, hal ini bukanlah hanya merangkumi pembelajaran
dalam bidang akademik semata-mata malahan dalam kegiatan
kokurikulum. Sebagai contoh, saya akan memberikan fokus dalam
bidang akademik dalam sestaiap sesi pembelajaran dan pengajaran
guru. Dalam bidang kokurikulum pula , saya akan memberikan
tumpuan kepada guru di luar bilik darjah bagi membolehkan saya
berjaya ketika melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya,
“ilmu ialah kuasa,” menurut Francis Bacan. Oleh hal yang demikian,
perhatian terhadap pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru tidak
sepatutnya saya anggap remeh dan mudah kerana kecemerlangan
diri di sekolah menjamin masa depan saya. Tegasnya, saya
seharusnya memberikan sepenuh tumpuan kepada guru agar tidak
menyesal di kemudian hari ibarat peribahasa Melayu, iaitu sudah
terhantuk baru nak tengadah.
SPM KERTAS 1
PENUTUPAN (TESEHASIM)
Ayat Tegasan
Ayat Seru/Ajakan
Ayat Harapan
Ayat Simpul (Kesimpulan)
CONTOH:
Perbincangan tentang mauduk cabaran remaja dalam
bidang akademik dan kokurikulum telah meniti puncaknya.
Oleh itu, perubahan tingkah laku dan pemikiran ke arah yang
positif amat penting dalam memberi hala tuju yang betul dan
baik dalam kehidupan kita / saya / remaja.
SPM KERTAS 1
SAMBUNGAN…
Selaras dengan perkembangan dunia moden hari ini, banyak
cabaran telah memberi implikasi dalam hidup mereka
termasuklah aspek sosiologi dan psikologi. Keadaan ini
memberi impak secara menyeluruh dalam hidup remaja.
Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa amat diperlukan
dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh remaja abad ke-
21. Kegagalan untuk menghadapi polemik ini secara rasional
dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa
hadapan sebagai masyarakat yang lemah dan tidak mampu
bersaing dalam arus persada globalisasi kini. Sebagai
kesimpulannya, remaja merupakan aset negara yang amat
penting dan bakal memimpin negara pada masa hadapan. Oleh
sebab itulah mereka perlu bijak menangani cabaran tersebut
seperti peribahasa pernah disebut, memalu (memukul) ular
dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak.
TERIMA KASIH