The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geografi Widad

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Widad Shafie, 2021-11-02 22:34:17

Kerja Lapangan Geografi

Kerja Lapangan Geografi Widad

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

ALOR SETAR, KEDAH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

KAJIAN TENTANG GUNA TANAH
(PERTANIAN) DI KAMPUNG PERMATANG

IBUS, KEDAH

NAMA : WIDAD BINTI SHAFIE
TINGKATAN : 3 HASANAH
NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI

Bil. Isi Kandungan Halaman

1. Jadual Kerja 3
4
2. Penghargaan 5
6
3. Pendahuluan 7
8
4. Objektif Kajian
9-12
5. Kawasan Kajian
13
6. Kaedah Kajian 14
15
7. Hasil Kajian

● Peta lakar Kampung Permatang Ibus
● Faktor mempengaruhi guna tanah
● Kesan guna tanah terhadap alam sekitar
● Cadangan usaha mengatasi kesan guna tanah

8. Rumusan

9. Rujukan

10. Lampiran

2

JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1. 7/9/2021 Menerima soalan dan panduan pelaksanaan kajian.

2. 11/9/2021 Tajuk : Kajian guna tanah di Kampung Permatang Semasa waktu
14/9/2021 Ibus. PDPR
3.
12/10/2021 Taklimat tentang kajian.
4. 26/10/2021
29/10/2021 Mula merangka isi kandungan, penghargaan dan Luar waktu PDPR
5. pendahuluan.
6. 30/10/2021
3/11/2021 Mengumpul maklumat tentang kawasan kajian di
7. dalam internet.
8.
Merangka objektif kajian dan kawasan kajian.

Waktu petang, keluar membuat pemerhatian di Luar waktu PDPR
kawasan kajian serta mengambil beberapa keping
gambar sebagai bukti lampiran. Semasa waktu
PDPR
Guru memberi tunjuk ajar untuk melukis peta lakar
kawasan kajian.

Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan
Kampung Permatang Ibus mengenai taburan guna

tanah serta dibimbing oleh guru mata pelajaran.

Guru membimbing kelas tentang format laporan kerja Semasa waktu
lapangan seperti rumusan, rujukan dan lain-lain. PDPR

Menghuraikan dan menentukan satu jenis guna tanah Luar waktu PDPR
utama, faktor guna tanah, kesan-kesan terhadap alam
sekitar serta cadangan usaha untuk mengatasi
masalah tersebut.

Membuat rumusan serta menyediakan beberapa Luar waktu PDPR
keping gambar untuk dijadikan sebagai lampiran.

Membuat penambahbaikan.

Menghantar kerja lapangan Geografi kepada guru. Luar waktu PDPR

3

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Maktab Mahmud Alor
Setar, Puan Zaiton binti Ismail kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan
yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,
Puan Asiah binti Asmuni yang telah memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat
sepanjang kajian dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya dan ahli keluarga
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
lapangan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan terima
kasih kepada penduduk setempat yang sudi memberi kerjasama yang baik kepada saya
semasa kajian dijalankan.

4

PENDAHULUAN

Saya, Widad binti Shafie merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud
Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk Kajian Guna Tanah (Pertanian) di Kampung Permatang Ibus,
Mukim Kangkong, Alor Setar, Kedah. Tujuan saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini
merupakan tempat tinggal saya dan mudah untuk saya membuat pemerhatian. Ekoran itu,
kawasan ini memudahkan lagi kajian saya.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian
tentang guna tanah ini.
Saya juga telah menemu ramah beberapa orang penduduk kampung yang terpilih untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian dengan tepat di
samping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan menghuraikan
kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Penduduk kampung telah memberi kerjasama dengan baik. Oleh itu, bertambah mudah dan
cepat kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal saya ini disiapkan. Data dan
maklumat juga sudah direkod.

5

OBJEKTIF KAJIAN

(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan
kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di
kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut.

6

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya di Kampung Permatang Ibus. Kampung Permatang Ibus merupakan
kampung yang terletak di Simpang Empat, Mukim Kangkong, Alor Setar, Kedah. Negeri
Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara Malaysia, merupakan sebuah negeri yang terkenal
sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi
terbesar, yang menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.
Jarak mutlak dari kampung ini ke pusat bandar ialah kira-kira 15 kilometer. Jarak relatif
pula lebih kurang 20 minit.
Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah tanah pamah. Ciri-ciri pandang darat fizikal yang
terdapat di kampung ini seperti Sungai Kangkong, hutan nipah, padang dan tanah lapang.
Ciri-ciri pandang darat budaya yang terdapat di kampung ini pula seperti sawah padi,
petempatan, kilang, jambatan dan sekolah.
Secara keseluruhannya, guna tanah di kawasan Kampung Permatang Ibus adalah lebih
kepada guna tanah pertanian. Kebanyakan kawasan di kampung ini diliputi oleh sawah padi.
Kegiatan pertanian ini adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber pendapatan
kepada penduduk setempat.

7

KAEDAH KAJIAN

Terdapat tiga kaedah kajian yang telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan
kajian ini disiapkan dengan mudah dan cepat. Antaranya :

1. Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan Simpang Empat Kangkong
ini untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan ini.
Maklumat ini juga membantu saya dalam melukis peta lakar.

2. Melayari Internet
Dengan melayari internet, banyak info dan maklumat yang saya perolehi. Tambahan
pula dengan keadaan dunia yang dilanda pandemik Covid-19, makin susah untuk
keluar mencari info-info, jadi dengan melayari internet bertambah mudah dan cepat
kajian ini disiapkan.

3. Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu kajian ini tidak berjaya dilaksanakan. Oleh itu,
saya mendapat banyak bimbingan daripada guru mata pelajaran Geografi, Puan Asiah
yang banyak memberi bimbingan.

8

Peta Lakar Kampung Permatang Ibus

9

HASIL KAJIAN

Faktor Mempengaruhi Guna Tanah Pertanian
Jenis guna tanah utama di kawasan Kampung Permatang Ibus ini ialah pertanian. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi guna tanah pertanian di kawasan ini ialah :-

● Bentuk Muka Bumi
Jenis tanah pamah sesuai ditanami padi manakala kawasan beralun sesuai untuk
penanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan yang terletak di pinggir laut pula sesuai
ditanam dengan pokok kelapa.

● Jenis Tanah
Ini juga mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan. Contoh, jenis tanah
aluvium sesuai ditanam padi sawah manakala tanah laterit yang bersaliran baik sesuai
ditanami getah. Tanah gambut pula sesuai ditanami nanas dan tanah beris (campuran
tanah liat dengan pasir) sesuai ditanam kelapa dan gajus.

● Cuaca (Iklim)
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu cuaca panas dan hujan sepanjang tahun.
Jenis tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit, koko yang sesuai ditanam di merata
tempat.

10

Kesan Guna Tanah Pertanian Terhadap Alam Sekitar
Guna tanah didefinisikan sebagai kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh manusia untuk
mengubah landskap ruang tanah tersebut. Berikut diantara kesan guna tanah pertanian yang
menjejaskan alam sekitar :-

● Pencemaran Udara dan Jerebu
Pertanian melibatkan pembakaran terbuka untuk penyediaan tapak pertanian.
Contohnya, ladang tebu, pembakaran jerami padi dan tapak pertanian pindah.
Kejadian ini menyebabkan bacaan IPU meningkat di sesetengah tempat.

● Pencemaran Air, Tanah dan Udara
Disebabkan oleh aktiviti penyemburan racun serangga, penggunaan baja kimia yang
menyebabkan berlakunya hujan asid pada skala yang kecil. Tambahan pula, racun
serangga dan baja kimia menyebabkan pencemaran air yang sekaligus mengancam
hidupan akuatik.

● Kemusnahan Sumber Alam
Kepelbagaian biodiversiti seperti kepelbagaian spesies flora dan fauna diancam
kepupusan. Ia memusnahkan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat semula
jadi yang dijadikan tapak pertanian. Ini juga boleh mengganggu kestabilan kitaran
hidrologi, penggunaan hutan untuk dijadikan sebagai tapak pertanian telah
mengurangkan proses transpirasi tumbuhan menyebabkan kehilangan kawasan
tadahan air, mengurangkan kadar susupan dan edaran air tanah dan seterusnya
menjejaskan sumber air kepada sungai, paya, tasik dan sebagainya.

11

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Pertanian
Di sini terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi kesan-kesan guna tanah tersebut.
Antaranya :-

● Menggunakan Kaedah Kawalan Biologi
Kawalan biologi ialah menggunakan haiwan pemangsa untuk mengawal serangga
perosak jadi penggunaan racun perosak dan baja kimia akan berkurang . Dengan ini,
pencemaran alam akan dapat diatasi. Selain itu, kesihatan manusia dan haiwan juga
terpelihara.

● Mengadakan Aktiviti Gotong-Royong
Untuk mengurangkan masalah perparitan tersumbat, banjir kilat, sampah, pembiakan
nyamuk aedes dan banyak lagi, aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat
perlu dilaksanakan supaya kesan guna tanah ini dapat dibendung.

● Memperkasa Sistem Undang-Undang Sedia Ada
Kemerosotan alam sekitar akibat aktiviti pertanian merupakan masalah yang serius
kerana melibatkan aktiviti pembukaan tanah dan sebagainya. Terdapat pelbagai dasar
dan akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia khususnya mengawal aktiviti
pertanian. Sebagai langkah pencegahan, pihak berwajib perlu memperkasa sistem
undang-undang sedia ada seperti Jabatan Alam Sekitar.

12

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapat merumuskan bahawa terdapat
beberapa kebaikan dan juga keburukan kesan daripada guna tanah di kawasan kajian saya.
Antara kebaikan daripada kesan guna tanah yang saya dapati adalah dengan aktiviti
pertanian ini, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat, lebih 50% peluang pekerjaan terdapat di sektor pertanian khususnya di negara
yang sedang membangun. Dengan aktiviti pertanian ini, para petani dan pesawah
memperoleh sumber pendapatan. Sumber pendapatan rakyat hasil dari kegiatan pertanian
untuk menyara hidup seharian dan juga sumber pendapatan negara hasil dari eksport
hasil-hasil pertanian. Selain itu, banyak bahan mentah untuk industri berasaskan pertanian.
Contohnya, industri memproses padi untuk menjadikan beras dan industri memproses
hasil-hasil getah untuk menjadikan barangan getah seperti tayar,sarung tangan getah dan
sebagainya. Aktiviti pertanian juga dapat memajukan sektor industri peringkat ketiga
(tertier). Industri pengangkutan membawa hasil-hasil pertanian kepada industri perniagaan
untuk mengeksport dan mengimport bahan-bahan mentah kepada industri insurans. Akhir
sekali, kelebihan guna tanah di kawasan kajian saya adalah dapat memajukan kawasan luar
bandar. Kemudahan yang lengkap untuk kawasan pertanian, ladang-ladang, pusat
pertumbuhan/pengumpulan untuk mewujudkan bandar-bandar baru.

Namun terdapat juga keburukan hasil daripada kesan guna tanah di kawasan kajian saya ini.
Antaranya, berlaku pencemaran hasil daripada aktiviti pertanian ini. Antara pencemaran
yang berlaku ialah pencemaran udara dan air. Pencemaran ini mesti dikawal agar tidak
memberi kesan negatif kepada masyarakat setempat. Hidupan flora dan fauna juga amat
terkesan dengan aktiviti pertanian yang dilakukan manusia.

Selain daripada mengenal pasti kesan-kesan guna tanah, saya juga dapat mempelajari
langkah-langkah untuk membuat kajian secara sistematik iaitu dengan menggunakan kaedah
kajian yang sepatutnya. Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah pemerhatian,
mengedarkan borang soal selidik, dan internet. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari
cara melukis peta lakar dengan betul. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti jenis guna
tanah yang terdapat di kawasan kajian saya. Saya juga dapat menghuraikan faktor-faktor
yang mempengaruhi guna tanah, kesan-kesan guna tanah terhadap alam sekitar dan
cadangan usaha dalam mengatasi masalah tersebut.

Kesimpulannya, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari. Saya sangat berterima kasih
kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semestinya ilmu ini
sangat berguna untuk saya dan boleh digunakan pada masa akan datang.

13

RUJUKAN

● Buku Teks Geografi Tingkatan 3

● Orang sumber
Shafie bin Ismail, 50 tahun, 110A Kampung Permatang Ibus, Alor Setar, Kedah.

● Internet
https://www.permohonan.my/kerja-kursus-geografi-pt3-2018-contoh-jawapan/
http://paddykelantan.blogspot.com/p/baru.html
http://biotechodpt.blogspot.com/2015/01/kawalan-biologi-dalam-pertanian-dan.html
https://myagri.com.my/2016/03/jenis-jenis-tanah-pertanian/

14

LAMPIRAN

Gambar menunjukkan beberapa kawasan di Kampung Permatang Ibus

15


Click to View FlipBook Version