NAMA : MOHAMAD IKMAL HARIS BIN MOHD SHARUDDIN NO K/P : 060118080435 KELAS : BAHASA MELAYU 2 TAJUK : ISU KESANTUNAN BERBAHASA DI MEDIA SOSIAL NAMA PENSYARAH : ENCIK JEFRI BIN JAFFAR
ISU KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DI MEDIA SOSIAL
PENGENALAN 01 02 Menurut Awang Sariyan dalam bukunya Santun Berbahasa Siri Kedua (DBP, 2015:3), kesantunan bahasa secara umum merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
DEFINISI KETIDAKSANTUNAN Ketidaksantunan merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, atau perbuatan yang tidak beradab, tidak sopan, dan tidak menghormati norma sosial atau budaya yang diterima dalam sesuatu masyarakat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti: 1.BAHASA KASAR: Menggunakan kata-kata kesat, menghina, atau sindiran yang boleh menyakiti perasaan orang lain. 2.TINGKAH LAKU BIADAP: Berkelakuan kurang ajar, tidak menghormati orang lain, atau tidak mematuhi etika sosial. 3.KURANG RASA HORMAT: Tidak menghargai perasaan, pendapat, atau hak orang lain dalam komunikasi atau interaksi sosial.
ISU KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DI MEDIA SOSIAL
GAYA KESANTUNAN PENGURUSAN AIR MUKA BAHASA SAPAAN PANTUN PERIBAHASA BAHASA KIASAN BAHASA TERBALIK
1. BAHASA KIASAN Bahasa terbalik tergolong dalam salah satu daripada jenis ragam bahasa. Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang Melayu dalam menyatakan maksud tertentu secara tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku. Bahasa terbalik adalah bahasa yang menggunakan perkataan berakas atau terbalik daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Bahasa terbalik juga adalah bahasa yang berlawanan daripada yang dikatakan itu. Bahasa ini mestilah difahami oleh orang yang mendengar bahasa tersebut. Sekiranya orang yang mendengarnya tidak memahami maksud bahasa tersebut, mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya.
2. BAHASA TERBALIK Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Sebagai contoh ialah ungkapan "manisnya seperti lautan madu". Ini ialah contoh kiasan yang menyebutkan bandingan secara langsung. Dalam contoh ini sifat manis itu secara langsung dibandingkan dengan lautan madu. Contoh-contoh lain bahasa kiasan yang menyebutkan bandingan ialah : "Matanya merah seperti sebiji saga" dan "Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu". Unsur perbandingan dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "seperti" dan "bagai".
3. Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi serta mempunyai maksud yang tertentu. Bidalan , Pepatah, Ayat atau kelompok kata yang tetap susunan dan mempunyai makna tertentu (Kamus Dewan Bahasa) 4. Pantun Gaya kesantunan pantun merujuk kepada cara penyampaian pantun yang penuh adab, sopan, dan beretika, sesuai dengan nilai budaya dan norma masyarakat. Gaya ini menekankan penggunaan bahasa yang indah, berlapik, serta tidak menyinggung perasaan pendengar atau pembaca.
5. Bahasa Sapaan Bahasa sapaan merupakan penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai konteks semasa berkomunikasi bertujuan untuk menjaga air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain. 6. Pengurusan Air Muka Pengurusan air muka dalam kesantunan berbahasa merujuk kepada usaha menjaga kehormatan, harga diri, dan maruah seseorang semasa berkomunikasi, sama ada dalam lisan atau tulisan. Konsep ini penting dalam masyarakat yang mementingkan adab dan tata susila, seperti di Malaysia.
Kesantunan Berbahasa Dalam Sistem Bahasa Dari segi binaan kata, seseorang perlu memilih kata-kata yang sopan dan sesuai dengan situasi. Sebagai contoh, dalam perbualan rasmi, panggilan hormat seperti tuan, puan, encik, cik, saudara dan saudari perlu digunakan bagi menunjukkan rasa hormat kepada lawan bicara. Selain itu, elakkan penggunaan kata-kata kesat atau kasar yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Dalam binaan ayat, penggunaan ayat yang tersusun dengan baik akan membantu dalam penyampaian mesej yang jelas dan tidak mengelirukan. Sebagai contoh, jika ingin meminta bantuan, lebih sopan untuk mengatakan "Jika tidak keberatan, bolehkah saudara membantu saya?" berbanding "Tolong buat sekarang!" yang kedengaran kasar dan kurang beradab.
CONTOH KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DI MEDIA SOSIAL
TIKTOK Berdasarkan contoh komen tersebut, terdapat ketidaksantunan pada bahagian komen yang telah dilontar oleh salah seorang pengguna aplikasi tersebut. Ketidaksantunan tersebut ialah perkataan “8481” iaitu merujuk kepada perkataan “BABI”. Pengguna tersebut melontarkan komen sedemikian bertujuan ingin bertanya tentang trend yang semakin tular di media sosial. Namun ayat yang digunakan agak kurang sopan.
FACEBOOK Berdasarkan contoh komen tersebut, terdapat ketidaksantunan pada bahagian komen yang telah dilontar oleh salah seorang pengguna aplikasi tersebut. Pengguna tersebut menggunakan perkataan “bodoh” yang agak kurang sopan. Perkataan tersebut secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada orang yang menerima komen tersebut. Perkataan tersebut boleh diubah kepada perkataan yang lebih sopan agar penerima dapat menerima teguran tersebut tanpa terasa dengan perkataan itu.
TWITTER (X) Sama seperti contoh sebelum ini, salah seorang pengguna telah melontarkan komen yang agak kurang sopan dengan menggunakan perkataan “gila”. Walaupun perkataan itu digunakan dengan betul tetapi dari segi maksud ayatnya agak kurang sopan
1. Ibu Bapa Ibu bapa dan keluarga berperanan dalam mendidik anak-anak mengenai kepentingan kesantunan dalam komunikasi atas talian. Ibu bapa perlu memberikan bimbingan kepada anak-anak sejak kecil tentang cara menggunakan media sosial secara berhemah. Mereka juga perlu memantau aktiviti anakanak dalam talian bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam perbualan yang tidak beretika. Selain itu, ibu bapa harus menjadi contoh teladan dengan menunjukkan cara berkomunikasi yang baik di media sosial agar anak-anak dapat mencontohi tingkah laku yang positif. 2. Individu Individu memainkan peranan penting dalam memastikan kesantunan dalam komunikasi di media sosial. Setiap pengguna perlu mengamalkan etika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan serta mengelakkan komen yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Sebelum memuat naik sesuatu atau meninggalkan komen, seseorang harus berfikir secara matang bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak sahih atau berbentuk provokasi. PERANAN UNTUK MENGATASI ISU INI
ISU KESANTUNAN BERBAHASA
Isu Bahasa Berdasarkan contoh gambar disebelah, berlaku kecelaruan bahasa. Dalam ayat tersebut digabungkan perkataan bahasa Melayu dan perkataan bahasa Inggeris. Hal ini sering berlaku dalam pertuturan dan penulisan akibat pelbagai faktor seperti pengaruh bahasa asing, kelalaian penutur, serta perkembangan teknologi dan media sosial. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan atau menyukarkan kefahaman pembaca.
Penggunaan bahasa lucah semakin popular di alam maya, terutamanya di laman media sosial. Fenomena ini menyumbang kepada pencemaran bahasa Melayu kerana bahasa lucah sering digunakan tanpa kawalan, sama ada dalam komen, hantaran, atau perbualan dalam talian. Bahkan, penggunaan bahasa seperti ini boleh menyebabkan seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan yang disiarkan di platform seperti Facebook, blog, dan lain-lain. Isu Bahasa
Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja dan mahasiswa dalam komunikasi harian mereka. Bahasa ini hanya difahami dalam kalangan mereka sendiri dan sering digunakan ketika berinteraksi. Penggunaannya yang meluas dikatakan boleh mencemarkan kebakuan bahasa Melayu standard. Isu Bahasa
Cara Mengatasi Isu Bahasa Masalah kecelaruan bahasa, bahasa lucah, dan bahasa slanga boleh diatasi melalui pendidikan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Sekolah perlu menekankan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam pembelajaran agar pelajar memahami kepentingan bahasa baku. Selain itu, media massa harus memainkan peranan dengan menyiarkan kandungan yang menggunakan bahasa yang sopan dan sesuai untuk tontonan umum. Pengguna media sosial juga perlu lebih bertanggungjawab dalam berkomunikasi dengan mengelakkan penggunaan bahasa lucah atau kasar yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan bahasa untuk tujuan penghinaan atau penyebaran kebencian. Ibu bapa pula harus menjadi contoh dengan menggunakan bahasa yang baik di rumah dan memantau penggunaan bahasa anak-anak di media sosial.
Implikasi Terhadap Masyarakat Ketidaksantunan berbahasa boleh menjejaskan keharmonian masyarakat apabila penggunaan bahasa kasar atau menghina mencetuskan perselisihan faham. Selain itu, nilai kesopanan dan budaya semakin terhakis jika masyarakat terbiasa dengan bahasa yang tidak beradab. Kesannya, individu yang menjadi mangsa kata-kata kesat boleh mengalami tekanan emosi dan kehilangan keyakinan diri. Kualiti komunikasi juga merosot apabila penggunaan bahasa yang tidak sopan menyebabkan salah faham. Selain itu, imej bahasa Melayu turut terjejas jika ia tidak digunakan dengan penuh kesantunan. Oleh itu, semua pihak perlu mengamalkan komunikasi yang beradab bagi memelihara keharmonian dan martabat bahasa.
Pada zaman kini, kesantunan berbahasa dalam masyarakat semakin terhakis akibat pengaruh media sosial, kurangnya kesedaran, dan perubahan gaya komunikasi. Ramai yang menggunakan bahasa kasar, sindiran, atau kata-kata kesat tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Namun, masih terdapat individu yang mengekalkan adab dalam pertuturan, terutama dalam komunikasi formal dan profesional. Kesantunan berbahasa penting kerana ia mencerminkan nilai budaya, menjaga keharmonian sosial, mengelakkan konflik, serta memperkukuh hubungan antara individu. Dalam dunia digital, penggunaan bahasa yang santun juga dapat mengelakkan salah faham dan memperkasa komunikasi yang lebih berkesan. RUMUSAN
SEKIAN TERIMA KASIH