The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SDAR Kali ke - 44, Tahun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by milahmuda, 2023-06-23 05:54:23

Buku Laporan AGM ke - 44

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SDAR Kali ke - 44, Tahun 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU KALI KE-44, TAHUN 2023 SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI – 12 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN TUN ABDUL RAZAK, SDAR


ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1 FALSAFAH DAN KAEDAH-KAEDAH PIBG 3 - 4 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 5 - 6 3 ATUR CARA MAJLIS 7 4 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2023 8 - 9 5 SENARAI NAMA DAN ALAMAT AJK PIBG 2021/2023 10 - 11 6 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 12 - 13 7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-43 14 - 34 8 LAMPIRAN 35 9 USUL DAN CADANGAN Rujuk lampiran 10 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2021/2023 37 - 38 11 LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN 2022 39 - 60


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 3 FALSAFAH DAN KAEDAH-KAEDAH


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan Kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah. Petikan dari: Buku Manual Operasi PIBG Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Kaedah-kaedah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (Pindaan 1983) Kaedah B : Maksud-maksud dan tujuan-tujuan persatuan 1. Maksud-maksud persatuan : a. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan itu. b. Untuk membantu menambah usaha sekolah atau institusi pendidikan bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. c. Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan para ibu bapa di sekolah atau institusi pendidikan itu berunding antara satu sama lain, cara-cara memperbaiki taraf anak-anak mereka pada amnya. 2. Tujuan-tujuan persatuan : a. Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan itu memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan pendidikan mereka. b. Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka sama ada di rumah, di sekolah atau institusi pendidikan itu. c. Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan dari segi jasmani, emosi, kerohanian dan intelek.


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 5 NOTIS MESYUARAT AGUNG


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 6 Ruj kami:PIBGSDAR 100-1( 54 ) Tarikh : 10 Jun 2023 21 Zulkaedah 1444 H Kepada, Semua Ibu bapa / Penjaga / Guru, Sekolah Dato’ Abdul Razak, Jalan Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri Sembilan. Dato’ Seri / Dato’/ Datin / Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-44 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 09.00 Pagi Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SDAR 3. Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Segala kerjasama dari pihak tuan / puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………………. (SYAZWANI BINTI RAZALI) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Dato’ Abdul Razak


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 7 ******************************************************************************************* AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Pengetua SDAR 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG SDAR dan Pembentangan Laporan Aktiviti hingga Mei 2023 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 4. Membentang dan menerima Laporan Kewangan hingga Mei 2023 5. Pembentangan Usul dan Cadangan 6. Pembubaran JK PIBG sesi 2021/2023 serta pelantikan JK PIBG sesi 2023/2025 7. Ucapan Penangguhan ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SDAR KALI KE-44 Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 09.00 Pagi Tempat : Dewan Tun Abdul Razak 9.00 pagi: - Pendaftaran 9.15 pagi: - Nyanyian lagu Negaraku - Bacaan doa - Ucapan Pengetua SDAR - Ucapan Yang Dipertua PIBG SDAR dan Pembentangan Laporan Aktiviti hingga Mei 2023 - Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43. - Pembentangan Laporan Kewangan hingga Mei 2023. - Pembentangan Usul dan Cadangan 12.30 t/hari: - Pembubaran JK PIBG sesi 2021/2023 dan pelantikan JK PIBG bagi sesi 2023/2025 - Penyampaian sijil dan cenderamata. - Ucapan Penangguhan oleh YDP Baru. 1.30 t/hari: - Majlis bersurai.


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 8 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2023


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 9 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN 2021-2023 Penasihat : En. Mohd Noor Hakim Bin Ismail Yang Dipertua : Tn. Hj Zulkippli Bin Haron Naib Yang Dipertua : En. Mohammad Bin Hashim Setiausaha : Pn. Syazwani Binti Razali Penolong Setiausaha : Pn. Nur Ayuni Binti Mustapa Bendahari : Cik Azlinda Binti Arshad Penolong Bendahari : Pn. Siti Zaharah Binti Mohd Said Ahli Jawatankuasa : Pn.Siti Roshimah Binti Asir Ahli Jawatankuasa (T2) En. Mohammad Razi Bin Azmi Ahli Jawatankuasa (T2) Pn. Nor Farah Ziana binti Ahamad Nor Ahli Jawatankuasa (T3) En. Mohd Firdaus bin Che Amat Ahli Jawatankuasa (T3) En. Ahmad Sobri bin Mansor Ahli Jawatankuasa (T4) Dr. Mohd Fahrurazi bin Othman Ahli Jawatankuasa (T4) En. Wan Mohd Silmi bin Mohd Yaacob Ahli Jawatankuasa (T5) En. Md Fakarudin bin Ab Rahman Ahli Jawatankuasa (T5) Pn. Jaja Roseliza binti Hussein Ahli Jawatankuasa (TU5) En. Azmi bin Ismail Ahli Jawatankuasa (TU5) Pn. Mazni Binti Ramly Ahli Jawatankuasa (Guru) En. Muhamad Yusof Bin Muhamad Fauzi Ahli Jawatankuasa (Guru) Cik Nur Izzati Binti Zulkifly Ahli Jawatankuasa (Guru) En. Mohd Al Faani Bin Mokhtar Rudin Ahli Jawatankuasa (Guru) En. Muzzammil Bin Zulkefley Ahli Jawatankuasa (Guru) Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Aida Suzilawati Binti Abd Kadir : En. Muhammad Fazrul Aizat Bin Amree


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 10 SENARAI NAMA DAN ALAMAT AJK PIBG 2021/2023 SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN BIL NAMA ALAMAT NO.TEL EMEL 1. En. Mohd Noor Hakim bin Ismail Rumah Pengetua, Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-9504423 [email protected] 2. Tn. Hj Zulkippli Bin Haron No.8, Jln Gunung Tahan U11/1d, Bukit Bandaraya, 40170 Shah Alam, Selangor 012-2612430 [email protected] 3. En. Mohammad Bin Hashim No.2, Jln Pm2, Tmn Pandan Maju, Lorong Pandan, 75250 Melaka 019-6216677 Mohdhashim@daibochi. com 4. Pn. Syazwani Binti Razali Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 013-6241482 syazwanierazali1993 @gmail.com [email protected] 5. Pn. Nur Ayuni Binti Mustapa Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-3668210 nur.ayuni.mustapa@gm ail.com [email protected] 6. Cik Azlinda Binti Arshad Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 011-10640428 [email protected] [email protected] 7. Pn Siti Zaharah Binti Mohd Said Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 012-6560270 [email protected] om [email protected] 8. Pn. Siti Roshimah Binti Asir No. 1, Jalan SP 1/8, 42610 Bandar Saujana Putra, Selangor. 019-8322933 [email protected] om 9. Mohammad Razi Bin Azmi No. 11 Jalan Tropika 4, Taman Tropika, 43000 Kajang, Selangor. 019-3033188 razie6115451@yaho o.com 10. Pn. Nor Farah Ziana binti Ahamad Nor A-05-06 , Opal Residensi, Jalan Baiduri Bulan 7/28 , Seksyen 7 , 40000 Shah Alam,Selangor 013-3875530 norfarah.ahamadnor@g mail.com 11. En. Mohd Firdaus B Che Amat No. 17, Jalan Cerdik 2, Taman Universiti, 43000, Kajang , Selangor 012-3407185 mohdfirdaus.cheamat@ petron.com.my 12. En. Ahmad Sobri Bin No 2, Jln Warisan Bestari 012-3752407 [email protected]


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 11 Mansor 11, Tmn Warisan Bestari, 43800 Dengkil, Selangor 13. Dr. Mohd Fahrurazi bin Othman NO 55, Jalan Pulau Lumut, U10/76, Alam Budiman, 40150 Shah Alam, Selangor. 019-3371442 fahrurazi.othman@gmail .com 14. En. Wan Mohd Silmi Bin Mohd Yaacob 22 Jalan Suadamai 2/3 Bandar Tun Hussein Onn 43200 Cheras Selangor 019-2132682 [email protected] om 15. En. Md Fakarudin Bin Ab Rahman 136 Jalan Dillenia 4, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. 019-2790046 [email protected] [email protected] om 16. Pn. Jaja Roseliza Hussein 8, Jln Setia Indah U13/12J, Setia Indah 12, Setia Alam 40170 Shah Alam Selangor 017-3710405 [email protected] 17. En. Azmi Bin Ismail 77, Jalan Mantau Indah 2/2, Taman Mantau Indah 2, 70300, Seremban 018-9107992 [email protected] m [email protected]. my 18. Pn. Norhafizah Binti Muhamad (Pk Pentadbiran) Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 012-6309592 [email protected] m 19. En Noorshahriman Pearl Bin Hashim (PK HEM) Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-6264766 [email protected] 20. Pn. Noraishah Binti Sharif (Pk Kokurikulum) Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 012-9171732 noraishahsharif@gmail. com 21. Pn. Mazni Binti Ramly Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-6325301 [email protected] [email protected] 22. En. Muhamad Yusof Bin Muhamad Fauzi Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 010-4260746 [email protected] [email protected] 23. Cik Nur Izzati Binti Zulkifly Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-3316489 [email protected] [email protected] 24. En. Mohd Al Faani Bin Mokhtar Rudin Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 019-4485430 [email protected] m 25. En. Muzzammil Bin Zulkefley Sek. Dato’ Abdul Razak, Sg.Gadut, 71450 Seremban 017-2427536 [email protected] m


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 12 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 13 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN TARIKH : 24 Jun 2023 (Sabtu) MASA : 9.00 Pagi TEMPAT : Dewan Tun Abdul Razak, SDAR JAWATANKUASA KERJA SETIAUSAHA : Pn. Syazwani Binti Razali BENDAHARI : Cik Azlinda Binti Arshad JK SAMBUTAN & PROTOKOL JK PENDAFTARAN Pn Zarina binti Abd. Samad Pn Sazazila binti Abdullah En Nordin bin Ahmad En Mohd Azmi bin Sakimin En Mohd Al Faani bin Mokhtar Rudin Pn Nor Adlina binti Omaruddin Pn Nor Afida binti Mohd Yunus JK KESELAMATAN & LALULINTAS JK PERSIAPAN TEMPAT En Mohd Shahabudin bin Harun En Mohd Fadzli bin Rosli En Muhammad Yusof bin Muhammad En Ahmad Busra bin Mohd Zain JK BUKU LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG JK SISTEM SIARAYA & TAYANGAN VIDEO Cik Nur Izzati binti Zulkifly Pn Siti Nurhidayah binti Mohd Yunus En Muhamad Adila Musa bin Md Raus Pn Ramlah binti Muda En Mohammad Naqiuddin bin Mohd Borhan JK JAMUAN JK BACKDROP Pn Mazni binti Mohd Ramly Pn Hanani binti Harun Pn Khafifah binti Asri En Ahmad Sobri bin Mansor En Muhammad Fazrul Aizat bin Amree JK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI JK KEBERSIHAN & KECERIAAN En Wan Muhammad Taufik bin Wan Yusof Pn Sakinah binti Abdullah Pn Siti Hajar binti Kemat PENCATAT MINIT JK SIJIL & CENDERAHATI Pn Noraini binti Salleh Pn Farah Nadia binti Asmady Pn Nurul Hashida binti Ahmad Pn Siti Zaharah binti Mohd Said Pn Herzanila binti Mohd Selamat Cik Salwana binti Othman BACAAN DOA PENGACARA MAJLIS En Akmal Farhan bin Saharudin Cik Nabila Soraya binti Mohd Ayob JK FOODTRUCK & PAMERAN JK PERSEMBAHAN En Muzammil bin Zulkefley En Kamarul Faisham bin Hadi Cik Norhayati binti Mamat En Mohd Amirul Azwan bin Hamzah


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 14 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-43


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 15 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-43 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK TEMPAT : Dewan Tun Abdul Razak, SDAR TARIKH : 26 Jun 2022 (Ahad) MASA : 9.00 Pagi KEHADIRAN : 240 Orang 1.0 Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua SDAR (En. Mohd Noor Hakim Bin Ismail) 1.1 En Mohd Noor Hakim Bin Ismail, pengetua SDAR mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 yang diadakan secara bersemuka setelah 2 tahun negara dilanda pandemik Covid-19. 1.2 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga kerana banyak membantu sekolah menangani isu-isu pandemik dan program-program sekolah. Pihak pengurusan dan guru-guru akan cuba mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah dan meminta agar ibu bapa memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam menuju ke arah memajukan dan meningkatkan kecemerlangan SDAR. 1.3 Pengetua memaklumkan pelajar Tingkatan 5 2021 merupakan pioneer batch untuk silibus KSSM. Pelajar-pelajar ini amat terkesan dengan wabak Covid-19 bermula dari Tingkatan 4 dengan hanya menghadiri kelas secara talian sebanyak 242 hari. Kekangan pelajar dan guru dalam mengharungi situasi ini ditambah dengan masalah peranti sewaktu PdPR dan situasi semasa di mana mereka hanya mempunyai 222 hari sahaja sesi bersemuka bersama guru. Pengalaman yang pertama ini telah memberi input kepada pihak sekolah dalam mempersiapkan pelajar Tingkatan 5 2022 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 16 1.4 Pengetua mengucapkan tahniah kepada Batch Meranti 2021 kerana telah berjaya memperoleh 1.92 dalam gred purata sekolah dan 32 orang pelajar mendapat kesemua A dan seorang mendapat kesemua A+ dan pelajar ini layak untuk memohon biasiswa JPA. Pengetua memaklumkan beliau sering mengingatkan pelajar agar sentiasa bersedia dalam pembelajaran kerana untuk memperoleh biasiswa yang berprestij, pelajar perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya 8A untuk peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan. Persediaan ini tidak tertakluk kepada pelajar Tingkatan 5 sahaja malahan perlu bersedia seawal Tingkatan 1. Tambahan lagi dengan pengumuman KPM mengenai pemansuhan PT3 telah memberikan cabaran kepada pihak sekolah untuk menyediakan pelajar ke arah peperiksaan SPM yang merupakan peperiksaan arus perdana yang menentukan kesediaan para pelajar. 1.5 Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merencanakan program kecemerlangan untuk Tingkatan 5 dan untuk menjadi cemerlang perlu melibatkan pelbagai aspek. Pelajar Tingkatan 1 dan 2 akan banyak dilihat dari segi pengurusan diri di SBP di mana pelajar perlu berdikari. 1.6 Pengetua juga memaklumkan pihak sekolah sentiasa bersedia untuk mengawal penyakit berjangkit dalam kalangan pelajar dengan mewujudkan kaunter CAC (Covid-19 Assesment Centre) untuk menerima sebarang aduan atau makluman mengenai kesihatan pelajar. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG, En Azmi Bin Ismail yang merupakan petugas kesihatan di HTJ atas bantuan dalam menangani isu-isu kesihatan di sekolah. 1.7 Pengetua menyeru kepada ibu bapa dan penjaga agar bekerjasama dengan pihak sekolah agar patuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan KPM. Contohnya seperti telefon pintar, vape, waktu pulang ke asrama). Dalam proses hendak meningkatkan kecemerlangan pelajarpelajar ini, pengetua juga mengharapkan ibu bapa dapat menghormati guruguru kerana pendidikan anak-anak ini adalah bermula dari rumah. Pihak sekolah mendidik pelajar dengan peraturan, disiplin dan segala ilmu yang ada


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 17 dan memohon agar ibu bapa juga sama-sama menasihati anak-anak supaya mematuhi peraturan sekolah. 1.8 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini dan atas segala sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah. 2.0 Ucapan alu-aluan YDP PIBG 2021/2023 (Tn. Hj. Zulkippli Bin Haron) 2.1 YDP PIBG, Tn Hj Zulkippli Bin Haron selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru dan AJK PIBG yang hadir secara fizikal dan juga mengikuti mesyuarat ini secara langsung melalui pautan Zoom. Beliau juga berterima kasih kepada AJK PIBG (guru dan ibu bapa) atas persediaan mengadakan mini karnival dan pameran dari Jabatan Penjara Seremban. 2.2 YDP PIBG memaklumkan seramai 240 orang ibu bapa dan guru yang hadir secara fizikal dalam mesyuarat ini dan lebih 100 orang ibu bapa yang hadir secara atas talian. YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang sangat aktif memberikan maklum balas tentang setiap perkembangan dan usul-usul yang dicadangkan oleh ibu bapa. PIBG akan cuba merealisasikan setiap permintaan atau cadangan daripada ibu bapa bergantung kepada situasi sekolah dan peraturan KPM. 2.3 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa dan penjaga Tingkatan 5 2021 (Meranti 1721) kerana telah berjaya meningkatkan pencapaian sekolah dalam SPM 2021 di mana keputusan pada tahun 2021 melonjak naik berbanding keputusan SPM pada tahun 2020. 2.4 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan PIBG 2021 dengan kutipan 100% (yuran kecemerlangan, yuran akademik dan yuran kokurikulum). Ibu bapa yang tidak


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 18 berkemampuan untuk menjelaskan sumbangan tersebut telah dibantu melalui tajaan daripada beberapa pihak dan beliau mengharapkan supaya PIBG dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak 100% pada tahun 2022. 2.5 YDP PIBG meminta agar semua ibu bapa menyokong usaha dan prosedur yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk pengawalan wabak yang sedang menular di samping menyentuh aspek kerohanian yang perlu diutamakan dalam penerapan dalam diri anak-anak oleh ibu bapa. Guru-guru dan pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai perkara bagi memenuhi keperluan rohani anak-anak SDAR. 2.6 YDP PIBG membentangkan perbandingan pencapaian keputusan peperiksaan SPM SDAR dari tahun 2008 hingga 2021 (tempoh 14 tahun) serta perbandingan GPS SDAR dengan SBP yang lain (rujuk lampiran). PIBG menyerahkan perancangan untuk meningkatkan keputusan SPM kepada pihak sekolah dan mengharapkan ada perubahan dari segi strategi berbanding strategi yang lepas. 2.7 YDP PIBG memaklumkan telah diadakan Program Bicara Hati ke Hati bersama-sama ibu bapa dan pelajar Tingkatan 4 yang bertujuan untuk mengurangkan kes buli dan juga beberapa salah laku dalam kalangan pelajar. YDP PIBG meminta ibu bapa dan guru-guru agar tidak menyokong perbuatan anak membawa telefon bimbit ke sekolah. Galakan daripada ibu bapa dan guru juga menyebabkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Juga dengan salah laku disiplin dengan membawa barang terlarang seperti vape telah dapat dikesan oleh pihak sekolah. 2.8 YDP PIBG memaklumkan akan diadakan lantikan AJK Tingkatan 1 dalam kalangan ibu bapa Tingkatan 1 dalam mesyuarat pada kali ini dan memohon agar ada wakil seorang ibu dan seorang bapa dalam AJK tersebut. YDP PIBG juga memaklumkan setiap AJK PIBG mempunyai kumpulan KSIB bagi membantu PIBG sebagai penggerak segala aktiviti, sumbangan dan perancangan bagi kemajuan pelajar. Pihak sekolah juga telah melantik


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 19 penyelaras dalam kalangan guru bagi setiap tingkatan untuk berhubung dengan AJK PIBG atau KSIB mengenai segala aktiviti dan makluman pelajar. 2.9 YDP PIBG mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah, guruguru, AJK PIBG atas kerjasama dan sumbangan sepanjang tahun 2021 sehingga kini. PIBG akan terus menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. 3.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 3.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 oleh Setiausaha PIBG, Pn. Fizzy Sherani Binti Mohd Izhar. 3.2 Perkara 4.1 – YDP PIBG memaklumkan cadangan bayaran PIBG bagi tahun 2022 telah ditolak oleh pihak JPNS kerana ianya perlu melalui AGM pada tahun 2022. Usul baru mengenai bayaran PIBG akan dibentangkan sebentar lagi. 3.3 Perkara 4.3 – Pengetua memaklumkan pihak sekolah telah memohon peruntukan daripada KPM bagi tujuan pembelian loker namun pada tahun 2022 tiada peruntukan pembelian aset diberikan oleh KPM. 3.4 Perkara 4.5 – Pengetua memaklumkan untuk mewujudkan aliran Sains Sosial, pihak sekolah perlu memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu kuota guru subjek dan kemampuan sekolah itu sendiri seperti fasiliti dan tenaga pengajar. Sekiranya dilaksanakan, jadual pengajaran guru akan dirombak dan akan memberi tekanan kepada guru Prinsip Perakaunan, Pn Noraishah Binti Sharif kerana beliau merupakan PK Kokurikulum di mana waktu pengajaran beliau adalah terhad. Tambahan lagi, sekolah juga tidak mempunyai guru opsyen Ekonomi Asas. Minit mesyuarat telah diterima dan disahkan: Dicadangkan oleh : En. Mohd Ramzan Bin Yusof Disokong oleh : En. Azmi Bin Ahmad Ithanin


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 20 4.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 2021 4.1 Cik Azlinda Binti Arshad selaku Bendahari PIBG SDAR membentangkan Penyata Kewangan PIBG dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. (rujuk lampiran) 4.2 Bendahari memaklumkan jumlah keseluruhan kewangan PIBG pada tahun 2021 adalah sebanyak RM 641,370.49 dan jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 392,563.66. Baki wang pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM 248,838.83. 4.3 Bendahari juga memaklumkan jumlah keseluruhan kewangan PIBG pada 1 Januari 2022 hingga 30 April 2022 adalah sebanyak RM 25,790.15 untuk bahagian PIBG sahaja. 4.4 YDP PIBG memaklumkan pada bahagian kewangan PIBG, terdapat akaun tumpang sebanyak RM 90,000.00. Wang ini merupakan wang yang disumbangkan untuk pembinaan gelanggang bola keranjang baharu oleh SDARA. Kini hanya menunggu status pelaksanaan pembinaan gelanggang tersebut oleh SDARA. Sekiranya dana tidak mencukupi, gelanggang tersebut akan dibaiki menggunakan peruntukan yang ada. 4.5 En. Mat Rodzi bertanyakan mengenai status majalah sekolah tahun 2021. Pn. Noraishah selaku PK Kokurikulum memaklumkan majalah sekolah tahun 2021 masih dalam proses cetakan dan AJK Majalah telah mula dalam proses penghasilan majalah sekolah tahun 2022. 4.6 En. Mat Rodzi juga bertanya mengenai peratusan perbelanjaan tahun 2021 yang mempunyai lebih 1% iaitu 101%. Bendahari mengambil maklum dan akan menyemak semula penyata kewangan tersebut. 4.7 Penyata kewangan PIBG bagi tahun 2022 telah diterima dan disahkan. Dicadangkan oleh : En. Mat Rodzi Bin Kadir Disokong oleh : En Shahrizan Adzham Bin Ahmad 5.0 Pembentangan Usul dan Cadangan 5.1 Pengusul pertama, En. Wan Mohd Silmi Bin Mohd Yaacob (Anak : Wan Muazzam Syahmi Bin Wan Mohd Silmi – 4H) mencadangkan Majlis Makan


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 21 Malam PIBG pada tahun 2022 dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi program Lockerthon dan membaiki gelanggang bola keranjang. Maklum balas Pengetua memaklumkan pembelian loker melalui central contract dimana kosnya agak tinggi berbanding dengan pembelian biasa. Selain daripada loker, pihak sekolah juga perlu mengambil kira keperluan untuk pembelian tilam, bantal, meja dan kerusi pelajar yang telah rosak. Maka, dengan melalui PIBG ini, pihak sekolah tidak terikat dengan sistem kewangan kerajaan bagi pembelian aset kemudahan pelajar. YDP PIBG juga memaklumkan hasil kutipan daripada Majlis Makan Malam ini akan dibahagikan kepada beberapa keperluan yang dinyatakan seperti pembelian loker, membaiki gelanggang bola keranjang dan beberapa keperluan yang lain. Majlis ini juga akan diadakan di Dewan SDAR kerana kosnya lebih murah. Usul disokong oleh : En Nor Azmi Bin Ahmad Ithnain (Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat) Pencadang kedua, Dr Ahmad Fahrurazi Bin Othman (Anak : Muhammad Firdaus Bin Mohd Fahrurazi – 3BH) mencadangkan aktiviti kutipan dana dilaksanakan dengan mengadakan program Golf Amal dengan kerjasama SDARA. Maklum balas : YDP PIBG bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan Program Golf Amal sebagai salah satu kaedah mengumpul dana. (Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 22 5.2 Pencadang ketiga, Cik Azlinda memohon ahli mesyuarat menyokong usul bagi cadangan sumbangan PIBG yang terbaharu. (rujuk jadual dan justifikasi pada jadual di bawah) Maklum balas YDP PIBG memaklumkan kenaikan tersebut adalah berdasarkan keperluan pelajar terutama penapis air dan peningkatan jaringan wifi. Penapis air akan ditambah sebanyak 5 unit di asrama dengan bayaran sebanyak RM12.00 (setiap pelajar) untuk setahun. Bayaran ICT pula telah dinaikkan sebanyak RM 10.00 berdasarkan pertambahan 800 Mbps dan penggunaan internet sudah mencapai tahap maksimum kerana guru-guru dan pelajar menggunakan iPad. Unifi juga telah di pasang di kuarters guru. Penyelenggaraan telah dilaksanakan namun kerana banyak kerosakan maka, ia mengambil masa agar semua pelajar mendapat rangkaian 5Mbps bagi setiap peranti. Maka, untuk menambahkan lagi kuota wifi, YDP mencadangkan agar bayaran sebanyak RM10.00 dinaikkan kepada RM 15.00 untuk menampung 1600 Mbps untuk pemasangan tambahan unifi di blok akademik sahaja. Cik Azlinda memaklumkan dengan pertambahan amaun unifi pada sumbangan PIBG, maka sumbangan PIBG yang terkini mengikut setiap tingkatan adalah seperti jadual di bawah :


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 23 Usul disokong oleh : En. Mohd Ramzan Bin Yusoff (Usul diterima oleh ahli mesyuarat) 5.3 Pencadang kelima, En Amir Shah mencadangkan penapis air di asrama dapat ditambah baik kerana air cepat kehabisan dan mengambil masa pelajar menunggu air penuh. Penapis air ini dicadangkan untuk ditambah atau dibeli dengan kapasiti yang lebih besar. Maklum balas Rujuk kepada maklum balas 5.4 (Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat) 5.4 Pencadang keenam, En. Mohd Faizul Bin Ismail mencadangkan agar pihak sekolah dapat menambah bilangan kipas di dalam dorm. Maklum balas Pengetua memaklumkan untuk menambah bilangan kipas dalam dorm kelulusan JKR diperlukan dan rewiring di dorm perlu dilakukan. Namun, sumbangan daripada ibu bapa untuk menggantikan kipas yang rosak (sekiranya ada) sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, kipas berdiri /


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 24 cooler tidak dibenarkan dibawa ke dorm. 5.5 Pencadang ketujuh, Pn Nur Ezdiani Binti Mohamed mencadangkan agar diadakan satu sesi focus group discussion bersama pelajar oleh moderator (fasilitator atau guru) yang "favourite" atau guru dari luar. Juga cadangan dengan membuka ruang untuk ibu bapa memberi sumbangan dalam ruang/had yang dibenarkan. bukan sekadar wang, tetapi juga dalam bentuk lain. Contohnya dalam aspek kesihatan, motivasi, pengurusan kewangan, dan lainlain. Mungkin, slot ceramah 1 jam boleh dibuka kepada ibu bapa yang berkelayakan untuk membantu memberi awareness secara percuma kepada pelajar untuk topik berkenaan. Maklum balas Pengetua memaklumkan personal tutor atau guru luar hanya boleh hadir ke sekolah ketika waktu outing atau waktu melawat sahaja. Sebarang cadangan mengenai program untuk pelajar, hendaklah disertai dengan kertas kerja dan susunan program yang dicadangkan perlu melalui penyelaras tingkatan terlebih dahulu. (Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat) 5.6 Pencadang kelapan En Muhammad Rifdi Asmad mencadangkan agar waktu rehat satu sesi untuk menengah rendah dan satu sesi untuk menengah atas diadakan untuk mengelakkan kesesakan di kantin. Maklum balas Pengetua memaklumkan waktu rehat bagi pelajar adalah seperti yang berikut: Waktu rehat bagi pelajar menengah rendah: 10.00 pagi – 10.30 pagi Waktu rehat bagi pelajar menengah atas: 11.00 pagi – 11.30 pagi


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 25 5.7 Pencadang kesembilan, En Hakimi Mohd Zain mencadangkan agar membaik pulih atau menukar 4 telefon wakaf di bawah Blok D, kerana bunyi/suara serta sambungan talian tidak jelas apabila digunakan. Maklum balas PIBG akan memberi 4 buah telefon wakaf yang baharu bagi menggantikan telefon yang sedia ada. (Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat) 5.8 Pencadang kesepuluh, Pn Nur Sakinah Dzulkifly mencadangkan agar pihak sekolah mengatasi masalah berikut : Mohon untuk mengatasi: a. Masalah lalat b. Tandas yang rosak perlu diperbaiki c. Kekurangan air minuman (drinking water dispenser facility Maklum balas a. Pengetua memaklumkan bahawa Masalah lalat adalah daripada ladang ayam yang berada berdekatan di sekolah. Pihak kantin dan dewan makan perlu memantau kebersihan. PIBG juga akan membantu pihak sekolah sekiranya memerlukan peralatan seperti perangkap lalat elektrik. b. Pihak sekolah telah memohon peruntukan bagi membaiki tandas pelajar dan guru. PIBG juga memaklumkan untuk membantu serba sedikit dalam kerja pembaikan tandas sementara menunggu peruntukan daripada kerajaan. c. Rujuk pada maklum balas usul 5.4


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 26 5.9 Pencadaang ke sebelas, En Mohd Badli Mahmud mencadangkan agar pihak sekolah membuat pembaikan dan penggantian penutup longkang dan grill manhole yang hilang dan rosak sepanjang jalan ke asrama. Cadangan ini boleh dilaksanakan dengan mengutip dana wakaf bagi projek ini. Maklum balas Pihak sekolah ambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan (Usul diterima) 5.10 Pencadang kedua belas, Pn Natasha Halid mencadangkan agar pihak sekolah dapat menambah bilangan kemudahan penapis air di setiap tingkat bangunan asrama jika bersesuaian. Maklum balas Rujuk maklum balas pada usul 5.4 (Usul diterima)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 27 5.11 Pencadang ketiga belas, En Anas Nur Saifuddin Bin Omar mencadangkan agar pihak sekolah mengatasi masalah berikut : a. Tambahkan water dispenser berasaskan air beralkali kerana dispenser RO Water Coway) lambat prosesnya tadahannya. b. Perbaiki kemudahan wifi dan internet sekolah c. Perbaiki kemudahan telefon wakaf d. Perbaiki kemudahan di dorm seperti kipas, tandas dan tempat tinggal e. Kekerapan waktu perniagaan koperasi dan kantin. f. Giatkan cashless di SDAR. g. Baiki kemudahan bilik dobi dan gosok baju. Maklum balas a. Rujuk maklum balas pada usul 5.4. b. Rujuk maklum balas pada usul 5.4 c. Rujuk jawapan pada usul 5.8 d. Rujuk jawapan pada usul 5.8 dan 5.9b e. Pengetua memaklumkan koperasi dalam proses untuk menjual makanan pada waktu malam selepas prep dan tambahan untuk memberi Vending Machine untuk kemudahan pelajar membeli makanan/minuman. f. Pihak sekolah akan menghubungi bank bagi menambah terminal cashless untuk kemudahan pelajar menggunakan kad debit. g. Ironing board yang lama akan digantikan dengan yang baru dan tahan lasak. (Usul diterima)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 28 5.12 Pencadang keempat belas, En Harris Ong Bin Mohd Jeffery Ong mencadangkan agar mempelbagaikan lagi aktiviti menjana ekonomi PIBG SDAR untuk meningkatkan dana kewangan. Maklum balas YDP PIBG memaklumkan bahawa PIBG akan mengadakan program Majlis Makan Malam PIBG 2022 untuk tujuan mengumpul dana. Terdapat juga cadangan untuk mengadakan Program Golf Amal bersama-sama dengan SDARA. (Usul diterima) 5.13 Pencadang kelima belas, Pn Haslinda Ibrahim mencadangkan makanan di dewan makan sangat pedas dan mohon pihak sekolah untuk meneliti tentang perkara ini kerana ada pelajar yang sakit perut dan tonsil apabila makan makanan yang pedas. Maklum balas Pihak sekolah ambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan. (Usul diterima dan akan dibincangkan) 5.14 Pencadang keenam belas En Mohd Mokhtar mencadangkan agar pihak sekolah untuk membuat program ala tahfiz di mana setiap murid perlu hafal juzuk amma dan doadoa tertentu terutama pada waktu cuti sekolah, mewajibkan setiap murid sembahyang berjemaah di surau terutama semasa tidak ada aktiviti penting di samping mengadakan program-program yang boleh menguatkan lagi akidah setiap individu. Maklum balas Pengetua memaklumkan sekolah telah mengadakan satu program yang bermula dari Tingkatan 1 sahaja iaitu Program Smart Huffaz di bawah peruntukan SGE. Program ini adalah program terbuka (tidak wajib) yang boleh disertai oleh pelajar Tingkatan 1. Program ini dibimbing oleh ustaz yang dijemput dari luar di mana pelajar akan dibimbing untuk menghafaz Al-Quran mengikut juzuk. Sijil akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menghafal setiap satu juzuk. (Usul diterima)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 29 5.15 Pencadang ketujuh belas, Pn Mazni Binti Baharin mencadangkan agar pihak sekolah perhalusi cara-cara outing bulanan dengan menyediakan tempat outing seperti Aeon Seremban 2 dan kemudahan pengangkutan sekolah untuk ke lokasi tersebut. Maklum balas Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini. (Usul diterima dan akan dibincang) 5.16 Pencadang kelapan belas, En Mohd Zaimi Bin Yusoff mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan “steam iron” untuk kemudahan pelajar. Kewajarannya: a. Menjimatkan masa b. Lebih mesra pengguna dan dapat mengelakkan pakaian daripada rosak c. Lebih praktikal dan selamat. d. Meletakkan SDAR setingkat lebih tinggi dari sudut penyediaan fasiliti berbanding SBP lain. Maklum balas Pengetua memaklumkan tidak semua pelajar mahir menggunakan steam iron dan akan menjadi mudah rosak. Tambahan pula, kosnya yang agak tinggi. (Usul tidak dipersetujui) 5.17 Pencadang kesembilan belas, En Hasmawi Hassan mencadangkan agar pihak sekolah memberi perhatian terhadap rangkaian internet agar lebih stabil kerana ia masih sama walaupun selepas baik pulih. Maklum balas Rujuk maklum balas usul 5.4 (Usul diterima)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 30 5.18 Pencadang kedua puluh, En Zafrul Azmi Osman mencadangkan : a. Penambahbaikan di asrama untuk keselesaan pelajar seperti; laundry room dan locker besi SETIAP blok asrama tiada lagi locker kayu. b. Sentiasa terurus dan berfungsi dengan baik untuk emergency response di asrama akibat wabak yang melanda, persediaan anak-anak dalam agama dan kemanusiaan dengan penerapan nilai-nilai jati diri, tatasusila dan kemasyarakatan. Maklum balas YDP PIBG memaklumkan hasil kutipan melalui program Majlis Makan Malam PIBG 2022 yang akan diadakan kelak akan diagihkan untuk pembelian locker yang baharu di asrama. (Usul diterima) 5.19 Pencadang kedua puluh satu, En Mohamad Anizam Bin Abdullah mencadangkan : a. Tambah payphone guna kad untuk setiap blok untuk elakkan smartphone dari dibawa ke asrama.


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 31 b. Upgrade sistem Wifi di SDAR. Jika perlu tambah perkhidmatan dari operator lain dan kos bayaran bulanan boleh dimasukkan dalam yuran PIBG. c. Minta Bank Rakyat kemaskini sistem dan alat payment dan di Koop dan kantin. Sekarang terdapat kad debit dari bank selain Bank Rakyat tidak boleh digunakan. d. Kaji semula SOP untuk balik semula ke asrama dari outing/balik bermalam/balik dari cuti panjang. e. Sediakan perkhidmatan bas SDAR untuk pergi-balik antara sekolah dan stesen keretapi/komuter. Guna semasa outing/balik bermalam/balik cuti panjang. Maklum balas : a. Terdapat 10 buah payphone yang ada di sekolah dan masih berfungsi dengan baik. b. Kos bayaran bulanan wifi telah dimasukkan dalam sumbangan PIBG 2022. c. Sistem terminal di Koperasi dan Kantin kini boleh digunakan mana-mana kad debit bank yang lain. d. Pihak sekolah sentiasa mengambil maklum mengenai transportation pelajar pulang bermalam sebagai persediaan pengangkutan ke terminal bas, dan stesen KTM komuter. e. Jawapan maklum balas pada usul 5.20e (Usul diterima) 5.20 Pencadang kedua puluh dua, Pn Shiela Binti Sharif mencadangkan kelas tuition dan kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 5 diadakan untuk memberikan persediaan yang rapi sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Maklum balas Rujuk pada usul 5.6 (Usul diterima)


24 JUN 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 32 6.0 Hal-hal lain. 6.1 Pengetua memaklumkan bahawa beliau banyak menerima permohonan untuk membawa anak pulang seperti menghadiri Hari Keluarga, majlis perkahwinan, kenduri, konvokesyen dan umrah adalah tidak dibenarkan kerana tertakluk kepada peraturan sekolah berasrama penuh. Begitu juga sekiranya pelajar terlibat dengan aktiviti sukan atau kelab di luar yang bukan di bawah KPM. Permohonan tersebut tidak boleh diluluskan kerana ia tertakluk di bawah budi bicara pengetua. Lebih-lebih lagi melibatkan program aktiviti luar yang sangat lama sehingga ketinggalan pelajaran. peraturan sekolah berasrama penuh. Cuti sakit yang diperoleh daripada doktor hanya membenarkan pelajar tidak hadir ke sekolah namun untuk dibawa pulang ke rumah adalah mengikut budi bicara pengetua. 6.2 Pengetua juga memaklumkan kesediaan anak-anak untuk hidup di asrama juga perlu dititikberatkan kerana tidak semua pelajar sesuai hidup di asrama. Pelajar yang enggan atau dipaksa tinggal di asrama cenderung untuk melakukan pelbagai masalah di sekolah. Pihak sekolah khuatir akan tindakan drastik yang bakal dilakukan oleh pelajar yang mengalami tekanan ketika duduk di asrama. 6.3 Pengetua juga mengharapkan agar ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menerima hakikat tentang sikap anak di sekolah. Sekolah juga telah mengenal pasti terdapat pelajar yang mempunyai ciri-ciri autism. Walaupun kaunselor di sekolah adalah kaunselor yang terlatih, professional dan berdaftar, namun kaunselor tidak ada hak untuk merujuk pelajar tersebut ke bahagian psikiatri melainkan ibu bapa sahaja. Begitu juga sekiranya anak mengalami penyakit kronik, diminta untuk tidak merahsiakan tahap kesihatan anak tersebut daripada pengetahuan pihak sekolah.


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 33 6.4 Pengetua juga memaklumkan akan mengeluarkan satu surat untuk menyeragamkan pakaian sukan untuk pelajar mewakili rumah masingmasing. Pakaian tersebut bercorak one off yang hanya perlu dibeli sekali sahaja. Pengetua memaklumkan pelajar tidak dibenarkan mereka atau menempah t-shirt pasukan atau t-shirt rumah tanpa kebenaran pengetua. 6.5 En Suhaimi (AJK PIBG Upper 5 2021) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada mereka sepanjang berada dalam jawatankuasa PIBG dan mewakili ibu bapa batch Meranti 1721 sangat menghargai apa yang telah pihak sekolah dan PIBG berikan kepada anak-anak Meranti 1721. 6.6 Pn Noor Haslinda (AJK PIBG Upper 5 2021) mengharapkan agar ibu bapa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dan seterusnya anak-anak Tingkatan 5 2022 akan dapat memecah rekod SPM 2011. 7.0 Pemilihan AJK Tingkatan 1 2022/2023 7.1 Pengetua mengumumkan pencalonan AJK Tingkatan 1, 2022/2023 Pn Siti Roshimah Binti Asir (Anak – Adam Qayyum Bin Rajap 1RK) dan En Mohd Razi (Anak – Mohd Khairun Razi 2Z & Mohd Amirul Razi 1UO) sebagai AJK PIBG Tingkatan 1 dan membuka cadangan kepada ahli mesyuarat untuk menambah pencalonan. Mesyuarat bersetuju untuk melantik Pn Siti Roshimah dan En Mohd Razi sebagai AJK PIBG Tingkatan 2022/2023. 8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 Tn. Hj. Zulkippli bin Haron sebagai YDP PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan PIBG akan terus beriltizam untuk bekerjasama dengan semua ibu bapa untuk membangkitkan SDAR ke peringkat lebih tinggi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.54 tengah hari.


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 34 Disediakan oleh: Disemak oleh: (FIZZY SHERANI BINTI MOHD IZHAR) (TN.HJ. ZULKIPPLI BIN HARON) Setiausaha, PIBG YDP PIBG Sekolah Dato’ Abdul Razak Sekolah Dato’ Abdul Razak


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 35 LAMPIRAN


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 36 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44, TAHUN 2023 RUJUK PADA LAMPIRAN


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 37 SENARAI KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 38 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2022/2023 BIL. NAMA JAWATAN M1 M2 M3 M4 JUM. 1. EN. MOHD NOOR HAKIM BIN ISMAIL PENASIHAT / / / / 4/4 2. TN. HJ ZULKIPPLI BIN HARON YDP / / / / 4/4 3. EN. MOHAMMAD BIN HASHIM NAIB YDP X / / / ¾ 4. PN. SYAZWANI BINTI RAZALI SETIAUSAHA / / / / 4/4 5. PN. NUR AYUNI BINTI MUSTAPA PEN. SETIAUSAHA / / X X 2/4 6. CIK AZLINDA BINTI ARSHAD BENDAHARI / / / / 4/4 7. PN SITI ZAHARAH BINTI MOHD SAID PEN. BENDAHARI / / / / 4/4 8. PN. SITI ROSHIMAH BINTI ASIR AJK / X X X ¼ 9. EN. MOHAMMAD RAZI BIN AZMI AJK / / X X 2/4 10. PN. NOR FARAH ZIANA BINTI AHAMAD NOR AJK / / / X 3/4 11. EN. MOHD FIRDAUS BIN CHE AMAT AJK / / / / 4/4 12. EN AHMAD SOBRI BIN MANSOR AJK / / / / 4/4 13. DR. MOHD FAHRURAZI BIN OTHMAN AJK / / / / 4/4 14. EN. WAN MOHD SILMI BIN MOHD YAACOB AJK / / / X 3/4 15. EN MD. FAKARUDIN BIN AB RAHMAN AJK / X / / 3/4 16. PN JAJA ROSELIZA BINTI HUSSEIN AJK / X X X 1/4 17. EN AZMI BIN ISMAIL AJK / / X X 2/4 18. PN. MAZNI BINTI MOHD RAMLY AJK / / / / 4/4 19. EN. MUHAMMAD YUSOF BIN MUHAMAD FAUZI AJK / / / X 3/4 20. CIK NUR IZZATI BINTI ZULKIFLY AJK / X / X 2/4 21. EN. MOHD AL FAANI BINTI MOKHTAR RUDIN AJK / / / / 4/4 22. EN MUZAMMIL BIN ZULKEFLEY AJK X X X / 1/4 Turut dijemput 20. PN. NORHAFIZAH BINTI MUHAMAD (PK PENTADBIRAN) / / / 3/3 21. EN. NOOR SHAHRIMAN PEARL BIN HASHIM (PK HEM) / / / / 4/4 22. PN. NORAISHAH BINTI SHARIF (PK KOKURIKULUM) X / / X 2/4


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 39 LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2022 RUJUK PADA LAMPIRAN


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 40


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 41


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 42


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 43


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 44


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 45


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 46


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 47


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 48


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 49


24 JUN 2023 \ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SDAR KALI KE-44, TAHUN 2023 50


Click to View FlipBook Version