The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zabrizabidi, 2023-07-19 06:39:43

175529729-Ucapan-MC-Hari-Kanak2-2013

175529729-Ucapan-MC-Hari-Kanak2-2013

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN INTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2013 TEKS PENGACARA MAJLIS Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuantuan dan puan-puan ke Hari Kanak-kanak Sek Keb Klian Intan Tahun 2013. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan YB PN. SALBIAH BT MOHAMED (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TEMENGGOR) (Cue) YB mengambil tempat. Lagu ‘Negaraku’ akan berkumandang. Hadirin diminta berdiri dan turut sama menyanyi. UCAPAN PROTOKOL (Cue) Apabila YB dan semua dif jemputan duduk Yang Berhormat PN. SALBIAH BT MOHAMED (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TEMENGGOR) Yang Berusaha Puan _______________________________________ Yang dihormati, ________________________________________ Dif-dif jemputan, Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. UCAPAN ALU-ALUAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, kami mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Pn. Salbiah Bt Mohamed (Ahli Dewan


Undangan Negeri Temenggor) ke majlis Hari Kanak-kanak Sek Keb Klian Intan Tahun 2013. Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa, hadir dan memeriahkan majlis ini. Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan ___________________________________untuk melafaz kata mengungkap bicara sepatah dua. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ____________________________atas ucapan sebentar tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan pula Y.B. _______________________________untuk tampil menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Kanak-kanak Tahun 2013. Yang Berhormat dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Y.B. _________________________________________atas ucapan perasmian itu tadi. Seterusnya majlis menjemput ____________________________YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi.


PERSEMBAHAN Bagi meneruskan acara, hadirin akan dihiburkan dengan sebuah tarian yang akan dipersembahkan oleh kanak-kanak prasekolah Sk Klian Intan. Majlis mempersilakan. Persembahan tarian itu tadi di bawah bimbingan Pn Nur Suhaida Bt Khazali. Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin sekalian, Majlis Hari Kanak-kanak Sk Klian Intan diteruskan dengan mempersilakan murid-murid Tahun 5 yang akan mempersembahkan sebuah tarian tradisional. Dipersilakan. Tarian tradisional itu tadi dibimbing dan dilatih oleh Pn. Fauziah Bt Nik Din. Majlis mengucapkan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sekarang, bersama-sama kita saksikan persembahan Nyanyian Solo oleh adik muhammad eizwan daniel bt elias . Dipersilakan. Untuk makluman hadirin, persembahan nyanyian solo itu tadi telah dilatih dan dipimpin oleh Pn Nur Suhaida Sempena Petandingan Bijak Prasekolah peringkat negeri pada__________________ dan telah mendapat saguhati. Majlis mengucapkan terima kasih. PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID BUDIMAN


Para hadirin sekalian, Majlis seterusnya adalah penyampaian Cenderamata untuk murid OKU. majlis mempersilakan Y.B. ________________________________untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh ______________________________, Guru Besar Sk Klian Intan. Majlis mempersilakan. Penerima cenderahati ialah adik Lim Cin Ming… Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan ______________________________Guru Besar Sk Klian Intan untuk menyampaikan cenderamata kepada Y.B. __________________________. Dipersilakan. Terima kasih Yang Berhormat. PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian, Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis Hari kanakkanak tahun 2013 yang diadakan pada hari ini. Selepas ini para jemputan, guru dan pelajar dijemput untuk sesi bergambar di perkarangan bangunan dan kemudiannya ke majlis jamuan yang telah disediakan. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Dengan ini majlis bersurai.


Click to View FlipBook Version