The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnjihah12, 2022-05-11 09:47:26

E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN

E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN

SUKAN DAN PERPADUAN
ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)

AHLI KUMPULAN 3 (DPM1A)

(A) (B) (A) FATIN NABILA NATASYA BINTI HUSENI
(C) (D) -15DPM21F2001-

(B) NURLIYANA BINTI KAMARUDDIN
- 15DPM21F2007-

(C) NORNAJIHAH BINTI CHE HAT
- 15DPM21F2033-

(D) NUR ARNIDA BINTI MOHD SHARIFF
-15DPM21F2019-

ISI KANDUNGAN

AHLI KUMPULAN
PENGENALAN
MAKSUD SUKAN
DEFINISI SUKMA
DEFINISI SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN
PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
PERANAN ATLET
CONTOH SUKAN YANG MEMUPUK PERPADUAN
BOLA SEPAK
BADMINTON
RAGBI
BOLA JARING
OLAHRAGA
BIODATA DATO LEE CHONG WEI
ADAB BERSUKAN
PERANAN IKON DALAM MEMUPUK PERPADUAN
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah
berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Tuan
Marzuki Bin Sepiaail kerana telah banyak membantu dalam memberi
sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini
dengan sukses sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah jemu memberi Kerjasama
sepanjang proses penghasilan e-folio ini. Akhir sekali, saya ingin menyusun
sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses
membuat e-folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.

PENGENALAN

Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara
kaum.Biarpun berlainan fahaman politik berbeza memalui sukan, kita juga akan menyelami
erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup
membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.Ini merupakan salah satu pengisian ke
arah pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai
bangsa,budaya dan agama. Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai
aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi. Selain itu, sukan juga dapat membentuk
pelajar berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri.

MAKSUD SUKAN

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan
sebagainya. Perbezaan tujuaan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Terdapat pelbagai
jenis sukan, dan kebanyakkan mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai
peserta atupun sebagai penonton. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Sukan fizikal
menggunakan sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan dan kemahiran lain.

DEFINISI SUKMA

➢ Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
Pernyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya
membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. Penubuhan
majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasyar sukan
Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringkat awal. Kemudian
sukma muka diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri. Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain
ataupun penonton.

DEFINISI SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

MENURUT WIKIPEDIA
❑ Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan

sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosialogi ataupun sains kemasyarakatan.
MENURUT IBNU KHALDUN
❑ Asabiyyah menunjuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada
kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial pada asalnya di dalam
konteks “kepuakaan” dan “kesukuan”, tetapi kadangkala digunakan untuk
nasionalisma modern, menyerupai sistem komunalisma. Istilah ibnu Khaldun
secara amnya sama dengan perpaduan.

KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP
PERPADUAN

❑ Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara.
❑ Memupuk semangat patriotism.
❑ Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing.
❑ Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal

rakyat.
❑ Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang

berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara.
❑ Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal

yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara.

PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa
Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain
Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum
Mewujudkan hubungan diplomatic antara sesebuah negara dengan negara lain

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN
PERPADUAN KAUM

Sukan berperanan sebagai alat perpaduan dan dapat menyemarakkan semangat patriotik di
kalangan rakyat

Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah terbuka kepada
mereka yang berminat

Di peringkat sekolah,sukan menjadi aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan.Majlis sukan
sekoah ditubuhkan di peringkat daerah negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti
sukan.

SUKMA memainkan peranan mengerat perpaduan kaum dan hubungan antara negeri kita
sebagai warganegara yang bakal mewarisi negara kita bertanggungjawab untuk memelihara
perpaduan bangsa.

PERANAN ATLET

Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
Bersikap Amanah dan tidak mengamalkan rahsuah
Menghormati pegawai dan pihak lawan
Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri

PERANAN PENONTON

Mematuhi peraturan tempat pertandingan
Memberi sokongan kepada pasukan sendiri
Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan

CONTOH-CONTOH SUKAN
YANG MEMUPUK
PERPADUAN

BOLA SEPAK BADMINTON RAGBI

BOLA JARING

OLAHRAGA

BOLA SEPAK

Bola sepak ialah sukab berpasukan yang paling banyak dimainkan dan
ditonton di dunia,yang dimainkan oleh dua pasukan di mana setiap pasukan
terdiri daripada 11 pemain.Pada sukan SEA 2017,Malaysia pernah menjadi
tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan.Penyokong Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan kepada
pasukan Malaysia.Ini terbukti bahawa sukan bola sepak dapat memberi
perpaduan kepada negara.

BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang
dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan)ataupun dua
pasangan bertentangan (beregu),di mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam
sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Perpaduan yang dapat dilihat dalam sukan badminton ialah masyarakat pelbagai kaum
telah berganding bahu dalam memberi sokongan yang sangat padu
Kepada Dato Lee Chong Wei yang telah mengharumkan nama
Malaysia dalam sukan badminton.

RAGBI

Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan.
Ia dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap
pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak,melontor,atau membawa bola sehingga
mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau
menyentuh di belakang garisan lawan.
Pasukan yang memungut mata paling banyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang bagi perlawanan ini.

Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai bangsa
memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat
dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan
masyarakat dalam menyahut konsep Satu Malaysia.

BOLA JARING

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa
sentuhan yang berasal dari Amerika Syarikat yang
menyerupai bola keranjang.Permainan bola jaring
merupakan sukan yang dimainkan dikalangan
wanita.Perkembangan dan pembangunananya
yang pesat telah meletakkan sebagai salah satu
sukan bertaraf antarabangsa yang diminati
khasnya di negara-negara Komanwel.

Permainan bola jaring
dapat membina negara
bangsa dengan
memantapkan
perpaduan negara dan
integrasi nasional.

OLAHRAGA

Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang
terdiri daripada beberapa acara sukan
yang berasaskan pergerakan semula jadi
seperti berlari,melompat,melempar,dan
berjalan kaki secara bersaingan

Melalui sukan olahraga,kita dapat
berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak
mengira umur ,bangsa mahupun
agama.Ini akan memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat
untuk terus Bersatu padu dalam
pertandingan yang dianjurkan.

BIODATA DATO LEE CHONG
WEI

NAMA : LEE CHONG WEI
TARIKH LAHIR : 21 OKTOBER 1982
TEMPAT LAHIR : PENANG,MALAYSIA
KERJAYA : PEMAIN BADMINTON KESEORANGAN
LELAKI

Dalam sukan Olimpik Beijing, Dato Lee Chong Wei
mengharumkan nama Negara dengan memenangi
pingat perak dalam sukan badminton.

ADAB BERSUKAN

Niat untuk menjaga kesihatan tubuh badan
dan mengeratkan silaturrahim kerana Allah.

Memakai pakaian yang menutup aurat .

Menjaga percakapan ketika bersukan dan
mengelakkan berkata buruk.

Tidak berlaku pencampuran antara lelaki dan
perempuan.

PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama negara, peranan ikon sukan
juga boleh juga dilihat dari perspektif lain antaranya dari perspektif perpaduan kaum.Adanya
perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi
dengan peminat tempatan.Mereka ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan
agama.Ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya hampir separuh
keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat yang memakai jersi harimau Malaya , tidak ada rasa
kekok di antara mereka walaupun dating dari berbilang bangsa.

Dalam membangunkan prestasi sukan , ia sekali gus dapat memaparkan usaha memupuk
penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik.Sukan adalah
penjanan dalam mempertahankan keharmonian , kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Negarta ini dibawah prinsip satu Malaysia.

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

Di peringkat individu,sukan menyumbangkan kepada pembentukan sahsiah
positif,kesedaran diri dan berdaya saing ,peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di
antara pelbagai kaum,peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti peningkatan
semangat kesukarelaan,penyertaan,Kerjasama dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa ,sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan Kerjasama
antarabangsa,peningkatan ketahanan dan daya saing dan peningkatan kecemerlangan dan
imej negara.

KESIMPULAN

Setelah beberapa minggu, kami telah bekerja keras untuk menyiapkan e-folio ini
dan kami juga telah bersusah payah mencari maklumat berkaitan sukan ini,dengan
aktiviti bekerja secara berkumpulan kami telah mencuba sedaya upaya dengan
berkongsi pendapat masing-masing.Dengan adanya semangat berkumpulan kami
saling bertolak ansur dan Bersatu padu kerana “Bersatu kita teguh , bercerai kita
roboh.Kami juga seperti “bagai aur dengan tebing” kerana telah bekerjasama dan
bertungkus rumus untuk menyiapkan e-folio ini.

Berdasarkan kajian yang telah saya laksankan , sukan merupakan aspek yang
penting untuk memupuk perpaduan antara kaum.Selain itu, sukan juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim.Sukan juga dapat menyihatkan tubuh badan
seseorang dan mencerdaskan minda.

RUJUKAN

https://anyflip.com/bpfaa/oree/basic?msclkid=9bf3c590d0dc11ecac526da0838aac6f

https://nadz.my/biodata-lee-chong-wei/?msclkid=d1919357d0dd11ec98f7dd3d0ed0d673

https://online.fliphtml5.com/xfhik/tpxm/?msclkid=51665d18d12611eca671419f25451927#p=1

https://prezi.com/s6sm93ojshjx/peranan-ikon-sukan-dalam-memupuk-kesepaduan-sosial-dalam-
kal/?msclkid=24e9fb7cd12811ec9cb83971868432dc

https://anyflip.com/bpfaa/oree/basic?msclkid=1eb72277d12911ecae446b801238862a


Click to View FlipBook Version