LAGENDA MAHSURI AHMAD SASHWANI AZMI NADIAH ISMAIL SITI RODIAH AB RAHIM NURUL BALKIS ABDUL RAHMAN
Mahsuri merupakan seorang gadis yang sangat cantik. Dia telah berkahwin dengan Kelana.
Wan Mahora sentiasa cemburu akan Mahsuri dan menyimpan rasa dendam di hati kerana kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri.
Kedamaian hidup Mahsuri bakal berubah apabila seorang pendatang di pulau Langkawi bernama Deramang datang ke kampung itu. Suatu hari, Wan Mahora ternampak Deramang sedang bercakap dengan Mahsuri.
Wan Mahora memberitahu penghulu tentang hubungan Mahsuri dengan Deramang. Penghulu berasa marah dan mengiring para penduduk menangkap Mahsuri.
Wan Mahora memberitahu penduduk kampung bahawa Mahsuri tidak setia terhadap suaminya. Wan Mahora memfitnah Mahsuri mempunyai hubungan dengan Deramang. Dato Pekermajaya abang ipar Mahsuri termakan hasutan isterinya.
Mahsuri telah diikat di sebuah batang pokok. Penduduk kampung amat kesian dengan nasib Mahsuri
Mahsuri mengatakan dirinya tidak bersalah. Dia menyumpah pulau Langkawi untuk tidak tenteram selama tujuh keturunan. Mahsuri ditikam oleh Dato Pekermajaya dengan menggunakankeris Mahsuri. Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih kerana tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi.
Penyesalan sudah tidak berguna dan Langkawi telah menerima bahana. Sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan kemudiannya. Jangan iri hati terhadap kelebihan orang lain Jauhi fitnah Pengajaran: 1. 2.