ISU-ISU PERKAHWINAN
DAN
PEMBUBARAN PERKAHWINAN
NAMA: NOOR AQIL SHAKIR NOOR AZMAN
NO. PENDAFTARAN: B12SSK20F053
PENSYARAH: NUR AZMAH BINTI MOHAMAD SALEH
1 | P a g e
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1 PENDAHULUAN 4 - 5
PENDAPATAN ULAMA
2 TENTANG PERKAHWINAN 6 - 9
KANAK-KANAK
3 NIKAH MUTAH DI MALAYSIA 9 - 13
4 HUKUM PERNIKAHAN DI
LUAR NEGARA TERUTAMA 14 - 18
DI THAILAMD
5 TALAK BAIK 19 - 22
2 | P a g e
6 HUKUM LIAN DAN 22 - 24
IMPLIKASINYA
7 PENUTUP 24 - 25
3 | P a g e
PENDAHULUAN
Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang
terbentuk antara lelaki dan perempuan yang
berlandaskan syariat Islam melalui lafaz akad nikah
yang sah bagi menjalani sebuah kehidupan
berumahtangga iaitu sebagai suami isteri.
Pensyaratan perkahwinan dalam Islam bertujuan
untuk melahirkan dan mengembangkan zuriat dengan
cara yang halal sebagai suatu penyambung keturunan
dan mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat.
Perkahwinan suatu bentuk hubungan manusia yang
paling agung kerana menuntut adanya tanggungjawab
secara timbal balik di antara kedua belah pihak suami
ataupun isteri dan merupakan suatu perjanjian.
4 | P a g e
Perkahwinan merupakan suatu akad atau perjanjian
yang tidak hanya sekedar merapatkan hubungan dua
pihak secara individual antara suami dan isteri dapat
mempererat hubungan antara keluarga pihak suami
dan keluarga pihak isteri. Ikatan perkahwinan antara
kedua belah pihak boleh menggunakan nama Allah
SWT sebagai penguat ikatan tersebut. Oleh kerananya,
perkahwinan disebut juga sebagai mithaqan ghalizan
atau ikatan yang sangat kuat.
5 | P a g e
PENDAPATAN ULAMA TENTANG
PERKAHWINAN KANAK-KANAK
Hukum perkahwinan kanak-kanak hendaklah
mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan di
dalam sebuah negara.
Justeru melihat kepada kaedah maslahah, istihsan,
sad az-zara’ie, zuruf
serta adat, sewajarnya tidak
dibenarkan perkahwinan di bawah umur menurut
undang-undang. Pengecualian hanya boleh dibenarkan
bagi kes-kes tertentu sahaja setelah menepati syarat-
syarat yang ketat dan diperakui oleh pihak mahkamah.
Sebuah isu dan reality setempat dan keadaan
persekitaran perlu diambil kira dalam mengemukakan
6 | P a g e
pendapat dan hukum. Kerajaan boleh dan perlu
menggubal undang-undang yang lebih meraikan
dan menggabungkan antara nas
maqasid syariah
syarak serta maslahah, yakni institusi keluarga yang
penuh belas kasihan dan cinta.
yang
Justeru di bawah prinsip siyasah syari’iyyah
telah dibahaskan, kerajaan berkuasa untuk
menetapkan polisi mengehadkan umur minimum
perkahwinan kerana ia termasuk di bawah kategori
(mengikat perkara yang harus
taqyid al-mubah
dengan suatu maslahat) bagi menegakkan keadilan
dan bukanlah bertujuan untuk mengharamkan apa
yang Allah SWT halalkan.
Pihak kerajaan negeri Selangor dan Majlis Agama
Islam Selangor yang mahu menaikkan had umur
7 | P a g e
minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.
Terdapat juga cadangan untuk mewaibkan hakim
untuk mengarahkan kanak-kanak menjalani beberapa
kursus kekeluargaan khas, menghadiri sesi kaunseling
yang dikendalikan oleh kaunselor daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat serta menjalani pemeriksaan
perubatan yang dikendalikan oleh pegawai berubatan
hospital kerajaan.
Isu ini bukan lah termasuk dalam perkara tsawabit
yang tidak boleh berubah seperti akidah, solat, dan
seumpamanya. Ia termasuk di bawah perkara al-
(cabang) yang
mutaghayyirat iaitu perkara furuk
boleh berubah dengan mengambil kira situasi semasa
dan tempat. Contohnya, dalam kes perkahwinan
remaja yang sudah terlanjur dan khuatir mengandung
luar nikah yang boleh menyebabkan anak tersebut
8 | P a g e
ternafi nasabnya
NIKAH MUTAH DI MALAYSIA
Nikah mut’ah atau sigheh adalah perkahwinan bagi
tempoh masa tertentu yang menurut Mazhab Syiah
adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan
dan selepas itu ikatan perkahwinan terlerai.
Contohnya seorang lelaki melakukan berkahwin dgn
9 | P a g e
akad nikah seperti “Aku berkahwinimu selama satu
bulan atau satu tahun.” Kemudian, wanita itu
menjawab, “Aku terima.” Itu adalah takrif
perkahwinan muta’a menurut jumhur ulama.
Perkahwinan ini hanya dibolehkan pada masa
peralihan jahiliyah kepada Islam ketika zina menjadi
perkara yang biasa dalam masyarakat. Bagi mazhab
Sunni, perkahwinan ini adalah tidak sah dan haram
dilakukan
Pada pandanganm mazhab Sunni, ia dinyatakan
oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah.
sebagai haram
Bab ini yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh,
ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang
pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk
perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak
10 | P a g e
berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan
fahaman “seks bebas” di kalangan penganut-
penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah
meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-
8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal
kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram
kepada orang yang jahil tentangnya.
Berikut tatacara menjalankan mut’ah iaitu:-
1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan
2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan
seorang perempuan
3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan
perempuan pelacur sekalipun
4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan
itu bersuami atau tidak
5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang
tidak tertipu iaitu 10 tahun
11 | P a g e
6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu
besar, hanya memadai dengan segenggam
gandum atau segenggam makanan atau buah
tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari
satu dirham
7. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2
bulan, sebulan, seminggu atau sehari
8. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas
kepada empat orang sahaja
9. Dengan seseorang perempuan beberapa kali.
Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang
telah melakukan mut’ah dengannya walaupun
beberapa kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-
1000 sekalipun
10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran
dan tidak memberi sebahagian daripada
maskahwin mengikut keadaan hari atau masa
keengganan perempuan bergaul dengan lelaki
12 | P a g e
yang mengadakan aqad mut’ah dengannya.
Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk
10 hari dan menentukan maskawhinnya sebanyak
RM100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan
yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak
memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka
bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran
maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika
perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki
tersebut selama 5 hari, maka lelaki itu perlu
membayar RM50.00 sahaja.
13 | P a g e
HUKUM NIKAH LUAR NEGARA DAN DI
THAILAND
Nikah sempadan merujuk kepada perkahwinan
yang dilakukan di luar negara. Antara yang paling
popular adalah di Thailand. Khususnya di Songkhla,
Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani. Namun
hakikatnya, mereka yang memilih untuk berkahwin di
luar sempadan sebenarnya mencari masalah yang
lebih besar terutama apabila mereka pulang ke
Malaysia.
14 | P a g e
Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak
tidak kira di mana sahaj ia berlaku akan menjadi sah
jika semua rukun dan syarat nikah dipenuhi.
Pernikahan di luar negara juga perlu dipastikan
beberapa aspek dan kriteria, antaranya tempat akad
nikah yang diiktiraf oleh negara berkenaan.
Selain hukum-hakam agama, pasangan yang
memilih untuk bernikh di luar negara sebenarnya
perlu melihat pelbagai implikasi lain yang berkait
dengan undang-undang. Hukum nikah di luar negara
mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan misalnya
jarak tempat berlaku akad nikah dengan tempat
tinggal wali bermastautin hendaklah melebihi dua
marhalah (92 kilometer) untuk melayakkan
menggunakan perkhidmatan wali hakim yang diiktiraf
oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan
15 | P a g e
oleh mereka yang telah ditauliahkan sebagai wali
hakim.
Punca berlaku ‘Nikah Thailand’ ialah apabila tidak
mendapat restu ibu bapa adalah factor utama kenapa
berlakunya “Nikah Thailand”. Sabda Rasulullah SAW
bermaksud “Redha Allah bergantung pada redha
kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada
murka kedua-dua ibu bapa.” (Hadis Riwayat Hakim).
Justeru sebelum membuat apa-apa keputusan,
pastikan setiap perbuatan terutama dalam soal
pernikahan diiringi dengan keredaan daripada ibu
bapa.
Selain itu berpoligami ianya sama ada pihak lelaki
tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun
kerana pihak keluarga wanita tidak bersetuju. Ada
16 | P a g e
juga lelaki yang “belum bersedia” memberitahu isteri
pertamanya dan terdapat banyak lagi sebab musabab
di dalam kategori ini.
Hantaran yang terlalu tinggi misalnya RM20,000
dari pihak perempuan walhal pendapatan lelaki Cuma
RM2,000 sebulan. Permintaan hantaran yang terlalu
tinggi menyebabkan si lelaki tidak mampu untuk
menunaikannya. Lantas mereka memilih untuk
bernikah di luar negara sahaja kerana tidak mendapat
persetujuan dari pihak keluarga wanita
Undang-undang pernikahan yang rumit menjadi
factor pasangan Islam di Malaysia memilih untuk
bernikah di selatan Thailand. Pasangan yang bernikah
di luar negara bakal berdepan dengan masalah seperti
kesasihan status pernikahan mereka. Ramai yang telah
17 | P a g e
bernikah di selatan Thailand tidak mendaftarkan
pernikahan mereka di mana-mana pejabat agama
Islam di Malaysia. Setiap pasangan perlu
mendaftarkan pernikahan mereka bagi mendapatkan
sijil nikah agar pernikahan mereka dilindungi di
bawah undang-undang Malaysia.
Undang-undang yang dijalankan bukan untuk
mengalakkan orang ramai berkahwin di sempadan
tetapi untuk memastikan mereka yang berkahwin di
sempadan mendaftarkan pernikahan mereka bagi
memudahkan urusan pada masa depan.
18 | P a g e
TALAK BAIN
Talak Bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami
kepada isterinya di mana apabila terlafaznya talak
tersebut, suami tidak boleh rujuk kembali dengan
isteri. Suami hanya boleh merujuk dengan bekas
isterinya apabila isterinya berkahwin dengan lelaki
lain (suami baru). Mereka telah bersama (bersetubuh)
dan kemudian isteri ini diceraikan oleh suami baru
tanpa paksaan sesiapa dan hanya melalui kerelaan
hatinya sendiri.
Apabila tamat tempoh iddahnya, bekas suami
pertama boleh menikah kembali dengan bekas isteri
dengan akad nikah yang baru dan membayar mas
kahwin yang baru.
19 | P a g e
Talak Bain terbahagi kepada dua iaitu Talak Bain
Sugra dan Talak Bain Kubra.
Bain Sugra
Bain Sugra berlaku apabila pasangan berkahwin
bercerai sebelum melakukan persetubuhan dan
bercerai melalui khulu’. Suami tidak boleh rujuk isteri
semasa iddah tetapi boleh mengahwini isteri dengan
akad dan mas kahwin yang baharu
ialah lafaz cerai yang dilafazkan suami keatas
Khulu’
isterinya dengan mendapat gentian yang berikan oleh
isteri atas sebab suami bersetuju menceraikan isteri.
Khulu’ hendaklah dengan kerelaan hati isteri dan
bukan paksaan daripada mana-mana pihak.
20 | P a g e
Hukum Khulu’ adalah harus bagi isteri yang tidak
tahan lagi bersama suaminya tas sebab-sebab tertentu
yang boleh membawa kemudaratan ke atas isteri.
Namun hukumnya adalah makruh jika isteri meminta
cerai dari suami tanpa apa-apa sebab yang
munasabah.
Bain Kubra
Bain Kubra berlaku apabila pasangan telah bercerai
dengan talak tiga. Pasangan ini tidak boleh dirujuk
atau bernikah semula buat selama-lamanya,
melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan
mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika
ditakdirkan isteri ini berpisah atau suami keduanya
itu meninggal dunia, barulah suami pertamanya
berhak menikahi bekas isterinya ini.
21 | P a g e
HUKUM LIAN
22 | P a g e
Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia
akan dikenakan hukuman qadlif, jika ia tidak dapat
membuktikan tuduhan dengan membawa 4 orang
saksi. Dalam keadaan ini suami boleh menggunakan
acara li’an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya.
Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah
bersumpah secara li’an mengikut hukum syarak di
hadapan Hakim Syarie, dalam hukumannya. Hakim
Syarie akan memerintahkan mereka farak dan
23 | P a g e
dipisahkan dan tinggal berasingan selama-lamanya.
PENUTUP
Perkahwinan dalan Islam adalah lebih mudahh dan
ringkas berbanging berkahwin mengikut adat-adat
terdahulu yang ada kalanya bertentangan dengan
akidah Islam. Adalah lebih baik bagi umat Islam di
24 | P a g e
Malaysia mengutamakan kaedah Islam berbanding
adat melayu kerana ini merupakan cara Rasulullah
S.A.W
25 | P a g e