The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-12227563, 2021-11-07 19:49:11

CERPEN KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

PDPR BM 811

CERPEN KUIH
BAKUL LIMAU
MANDARIN

Cikgu Nor Ashikin binti
Abdullah

AKTIVITI Murid membaca sinopsis
PDPR cerpen.
Daripada sinopsis tersebut,
i) Murid dapat menyatakan
TIGA latar masyarakat.
ii) murid dapat LIMA soalan
objektif.

SINOPSIS

Sim Pau amat gembira apabila mengetahui anaknya, Lim Meng
akan pulang ke rumah untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
Namun, si ayah, Lim Pooi tidak membenarkan Lim Meng menjejak
kaki ke rumah itu lagi. Bagi Lim Pooi, kehadiran Lim Meng
mendatangkan nasib malang kepada keluarganya. Buktinya sejak
Lim Meng lahir, perniagaannya lingkup, banyak kecurian berlaku,
hidupnya tidak tenang, dan anak lelakinya, Lim Foong mati Ketika
berusaha menyelamatkan Lim Meng yang hampir mati lemas. Sejak
peristiwa itu, dia telah menghalau Lim Meng keluar dari rumah.

SINOPSIS

Oleh sebab tidak tahan dengan sikap ego suaminya, Sim Pau
menceritakan perkara yang sebenar. Lim Meng pernah ternampak Lim
Foong mencuri duit di kedai, tetapi apabila dimaklumkan, Lim Pooi
bukan sahaja tidak mempercayainya malahan merotan Lim Meng. Lim
Foong mencuri kerana mahu berjudi. Sebagai peniaga yang tamak, Lim
Pooi tergamak menyorokkan gula di dalam stor di belakang kedai Ketika
harga gula naik. Malah barang-barang yang dijual dinaikkan harga
sesuka hati. Sesiapa yang berhutang dengannya akan dikenakan faedah.
Hal ini menyebabkan penduduk kampung tidak mempercayainya lalu
tidak mahu datang ke kedainya lagi. Akibatnya, perniagaan Lim Pooi
merosot.

SINOPSIS

Menurut Sim Pau lagi, Lim Foong meninggal dunia bukan
kerana berusaha menyelamatkan Lim Meng, sebaliknya mahu
bersembunyi daripada orang yang mengejarnya untuk menagih
hutang akibat kalah judi. Lim Foong yang hampir lemas cuba
diselamatkan oleh Lim Meng tetapi gagal. Kebetulan Sudin berada
disitu lalu menyelamatkan Lim Meng yang hampir lemas, namun
gagal menyelamatkan Lim Foong. Penerangan Sim Pau amat
menyentak hati Lim Pooi. Dia baru menyedari kesilapannya.

SINOPSIS

Lim Pooi berasa menyesal dan begitu mengharapkan
kepulangan Lim Meng. Dalam penantian itu, Lim Pooi jatuh sakit.
Apabila Lim Meng pulang, Sim Pau begitu gembira, manakala Lim
Pooi tidak lagi memarahi anaknya. Sim Pau mahu Lim Meng
bersama-samanya membuat kuih bakul kerana esok Tahun Baharu
Cina. Lim Pooi pula bergegas dengan motosikalnya untuk membeli
limau mandarin, air kotak, dan kacang goreng.

LATIHAN

PRAKTIS MULUS MUKA SURAT 68

Berdasarkan keseluruhan cerpen, nyatakan latar masyarakat yang diperoleh berdasarkan huraian
yang diberikan.

HURAIAN LATAR MASYARAKAT

Lim Pooi tergamak menyorokkan barang untuk meraih
keuntungan apabila barang yang disimpan naik harga

Lim Pooi tidak menerima penerangan isterinya bahawa
Lim meng tidak bersalah dan sebagai ayah dia tidak boleh
menghukum anak.

Sim Pau amat menyayangi anaknya, Lim Meng yang telah
dihalau oleh suaminya namun masih mengharapkan
suaminya menerima anaknya semula kerana anaknya
tidak bersalah.

PRAKTIS PT3

MUKA SURAT 68

1. Apakah reaksi spontan Lim Pooi apabila dimaklumkan anaknya akan
pulang untuk menyambut Tahun Baharu Cina?
A. Hanya duduk membantu di kerusi malas
B. Menolak mentah-mentah cadangan isterinya.
C. Tidak membenarkan anaknya menjejakkan kaki di
rumahnya.
D. Menerima hasrat kepulangan anaknya walaupun tidak begitu
ikhlas.

2. Alasan yang berikut menjadi penyebab Lim Pooi tidak
menerima kepulangan anaknya, kecuali
A. perniagaannya muflis
B. banyak kecurian berlaku

C. seorang anaknya meninggal dunia

D. kehilangan ramai rakan perniagaannya

3. Lim Pooi mengungkapkan kata-kata, “Anak aku dah
meninggal dunia.” Ungkapan tersebut menggambarkan
perasaan Lim Pooi masih.

A. sedih

B. marah

C. geram

D. risau

4. Nyatakan kesudahan sikap Lim Pooi berdasarkan cerpen
“Kuih Bakul Limau Mandarin”.
A. Lim Pooi menerima kepulangan anak dengan rasa
gembira.
B. Sim Pau memujuk anaknya bersabar melayan
kerenah ayahnya.
C. Lim Pooi tetap tidak mahu menerima kepulangan
Lim Meng.
D. lim Meng tetap berdegil mahu pulang walaupun dilarang.

5. Pada pendapat anda, mengapakah Lim Meng mahu pulang
ke pangkuan keluarganya?
A. mahu mendapat harta pusaka
B. mengetahui hati ayahnya boleh pujuk

C. ingin mengambil alih perniagaan bapanya

D. mahu memulihkan hubungan dengan keluarganya

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version