The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by archelina nicklaus, 2020-06-27 00:01:20

MORFOLOGI: PENGGOLONGAN KATA

MODUL PEDAGOGI

Keywords: PENGGOLONGAN KATA

TAJUK:
PENGGOLONGAN KATA

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA NO. MATRIK
AIN SYAHIRAH BINTI ZAINAL D20181083410
D20181083997
WAN AIZAQ BIN WAN ZAIN
ADDURY D20181083998
D20182085165
MOHD HAIRUL HAZIMIN BIN ISHAK
ARCHELINA NICKLAUS

KUMPULAN: C

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

1.0 PENDAHULUAN

Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan ataupun menggelompokkan kata
berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk penggolongan kata
ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kata tersebut sama ada dari segi makna,
kesempurnaaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat. Menurut Asmah Hj. Omar
(1968), perkataan-perkataan tidak hanya semata-mata digolongkan berdasarkan kepada
maknanya sahaja tetapi melihat pada fungsi tatabahasanya dengan berdasarkan kepada
fungsi-fungsi perkataan dalam bahasa Melayu dimana ia dibahagikan kepada tiga iaitu
kata namaan, kata kerjaan dan kata tugas. Perkataan juga dimasukkan dalam
penggolongan kata berdasarkan ciri-ciri semantik ataupun makna dimana perkataan
tersebut dimasukkan dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan
tersebut. Umpamanya dalam tatabahasa teradisional kata nama didefinisikan sebagai kata
yang merujuk nama orang atau benda .

Golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif merupakan golongan kata utama iaitu
kata yang dapat menjadi inti frasa dalam prediket ayat. Selain itu ia juga dikenali sebagai
kata leksikal iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang jelas. Ketiga-kita golongan
kata ini juga termasuk dalm las terbuka iaitu berpontensi menambah bilangan kata baharu
yang tidak terhad jumlahnya dimana ia boleh ditambah dan dicipta pada kelas katanya.
Selain tiga golongan kata utama ini tidak terdapat lagi golongan kata yang boleh menjadi
inti bagi mana-mana frasa nama. Oleh itu, perkataan selain 3 golongan kata nama itu, boleh
dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif yang disebut kata tugas yang
bersifat heterogen. Kesimpulannya,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada
empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Menurut Norliza Jamaluddin (2006), usaha penggolongan kata bahasa Melayu pada
peringkat awal dilakukan oleh beberapa orang sarjana barat yang dilakukan sejak awal
abad ke-19. Antara sarjana barat tersebut ialah Marsden (1812), Maxwell (1882) dan
Lewis (1969) menerusi buku-buku tatabahasa yang dihasilkan oleh mereka. Selain itu,
usaha melakukan penggolongan kata juga dilakukan oleh orang-orang melayu menerusi
buku-buku tatabahasa seperti buku Kitab Permulaan Pertuturan Melayu yang dihasilkan
oleh Abdullah Abdul Rahman pada tahun 1911 dan buku Pelita Bahasa Melayu Penggal
1 yang dihasilkan oleh Zainal Abidin Ahmad pada tahun 1940.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjelaskan konsep golongan kata dalam Bahasa Melayu

2.2 Mengaplikasikan contoh-contoh berkonteks golongan kata

2.3 Memuatkan aktiviti dan latihan peneguhan berdasarkan sukatan morfologi tingkatan 1

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 KONSEP PENGGOLONGAN KATA

Istilah golongan kata sama dengan jenis kata, kelas kata atau ketogori kata.
Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan mengelompokan kata berdasarkan
kreteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah
ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh ketegori kata tersebut, iaitu dari segi makna,
keserupaan bentuk, posisi kata, dan fungsinya dalam ayat

3.1.1 Kriteria penggolongan kata

Dalam bahasa melayu, perkataan digolongkan kepada empat golongan iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjekif, dan kata tugas. Perggolongan ini dibuat berdasarkan tiga kriteria,
iaitu kriteria morfologi, semantik dan sintaksis.

Kriteria semantik atau makna juga digunakan untuk menggolongkan perkataan. Katakata
dimasukan ke dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan berkenaan.
Umpamanya, kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat atau benda. Kata
kerja pula sebagai kata yang menunjukkan perbuatan atau tindak laku. Kata sifat ialah
perkataan yang menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan.

Definisi semantik ini membolehkan seperti orang, rumah dan kereta digolongkan sebgai
kata nama kerana ia jelas merupakan nama. Perkataan duduk, tidur dan pukul pula dari segi
semantik ialah kata kerja kerana pekataan tersebut menunjukan perbuatan manakala kecil,
pandai dan kuat merupakan kata adjektif kerana ia menjelaskan sifat bagi sesuatu.

3.1.2 Perbezaan Antara Golongan Kata Dengan Fungsi Perkataan

Setiap perkataan ada golongannya. Misalnya, perkataan sekolah ialah kata nama,
namun dalam frasa bas sekolah, perkataan sekolah ialah kata nama yang berfungsi sebagai
penerang kepada perkataan bas.

Perkataan guru tergolong dalam kata nama. Dalam frasa menjadi guru, perkataan guru
ialah kata nama yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja menjadi. Untuk contoh
lain, perkataan serdahana merupakan salah satu sifat yang baik, perkataan serdahana
berfungsi sebagai kata nama dan sebagai subjek ayat. Oleh itu, setiap perkataan ada
golongannya dan fungsinya dan mungkin berbeza dalam ayat yang berbeza.

3.1.3 Golongan Kata Nama

Kata nama ialah perkataan yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat
dan nama perkara atau konsep. ( Nik Safiah Karim et al.,. 1994:97; Abdullah Hassan
1994:4). Ia merupakan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
nama. Golongan kata nama terdiri daripada sejumlah perkataan yang boleh menjadi inti
bagi binaan frasa nma. Dari segi makna, kata nama ialah perkataan yang merujuk kepada
nama bagi orang, tempat, benda, binatang atau konsep, sama ada yang bernyawa atau tidak
bernyawa, konkrit atau abstrak. kata nama. Golongan kata nama boleh dikelompokkan
berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan ( Arbak Othman 1981:33;Nik
Safiah Karim et al.,. 1994:97).

3.1.3.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk keada sesuatu yang khusus. Penuisan
kata nama khas mestilah merujuk kepada sesuatau yang khusus. Penulisan kata nama khas
mestilah dimulai dengan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagi kepada dua jenis,
iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup
dibahagikan kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nma khas hidup
bukan manusia

3.1.3.2 Kata Nama Am

Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada
sesuatu nama secara khusus. Kata nama am boleh dibahagi kepada kata nama am hidup
dan kata nama am tak hidup

Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am manusia dan bukan
manusia. Manakala bagi kata nama am tak hidup pula terbahagi kepada dua iaitu institusi
dan bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi terdiri daripada abstrak dan
konkrit.

3.1.3.3 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama sama ada kata
nama atau kata nama am. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada tiga golongan, iaitu
kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti
nama tunjuk boleh dipecahkan kepada kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama
tunjuk tempat, dan kata ganti nama tunjuk hal. Kata ganti nama diri boleh dibahagikan
kepada kata ganti nama tanya, dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang
terdiri daripada kata ganti nama dari orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua,
dan kata ganti nama diri ketiga.

3.1.4 Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang membawa makna perbuatan. Ia menjadi inti bagi
binaan frasa kerja. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai
beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan
(Nik Safiah Karim et al.,. 1994:139). Kata kerja juga terdiri daripada perkataan yang
boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa kerja. Dari segi makna, kata kerja ialah
perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan terjadi sesuatu perbuatan
atau keadaan terjadinya sesuatu. Kata kerja dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu
kata kerja aktif dan kata kerja pasif.

3.1.4.1 Kata Kerja Aktif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat
dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja
aktif tak transitif boleh berdiri sendiri dalam binaan ayat apabila dapat menjadi inti bagi
binaan frasa kerja. Kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja kerana
memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja.

3.1.4.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut. Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan pelengkap. Kata
kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
kata kerja aktif tak transitif aktif bepelengkap dan kata kerja aktif berpenerang.

3.1.4.3 Kata Kerja Aktif Transitif

Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif yang
terhasil melalui proses perubahan ayat aktif kepada ayat positif.

3.1.5 Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat (Abdullah Hassan 1993:127) Ia adalah
perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri
daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata
adjektif dapat dibahagi kepada sembilan jenis berdasarkan maknanya dan hubungannya
dengan perkataan lain dalam frasa. Antara jenis kata adjektif ialah sifat, cara, warna,
ukura, jarak, bentuk, waktu, perasaan dan pancaindera.
3.1.6 Kata Tugas

Kata Tugas adalah satu perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau
tugastugas lain. Berdasarkan tugas-tugas tersebut, maka Kata Tugas dapat dijeniskan
kepada kata hubung, kata seru, kata tanya, kata nafi, kata perintah, kata pangkal ayat, kata
bantu, kata penguat, kata pemeri dan sebagainya.

3.1.6.1 Ciri-ciri Kata Tugas

Kata tugas dapat dikenali berdasarkan kriteria berikut:

1. Kata tugas tidak berfungsi sebgai unsur inti bagi frasa.
2. Hamper semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan kebanyaknnya

tidak boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata major
3. Kata tugas merupakan kelas kata yang tertutup

Kata tugas tidak berdiri sendiri dengan sebagai ayat minimal tanpa bantuan

perkataan lain.

3.2 MENGAPLIKASIKAN CONTOH-CONTOH BERKONTEKS
GOLONGAN KATA

Rajah keratan akhbar digital Sinar Harian pada 17 Mei 2020

Berdasarkan keratan akhbar digital tersebut, terdapat beberapa jenis
penggolongan perkataan yang terdiri daripada keempat-empat jenis penggolongan
iaitu kata nama, kata tugas, kata kerja dan kata adjektif.

3.2.1 Kata Nama

Setiap ayat yang terdapat di dalam petikan rajah tersebut mengandungi kata nama am,
kata nama khas dan kata ganti nama. Kata nama yang terdapat pada petikan akhbar di
atas boleh dibahagi kepada tiga jenis kata nama tersebut.

1. Kata nama khas- Nik Safiah Karim et.al (2008), menyataka kata nama ialah bentuk
kata yang merujuk khusus orang, tempat atau benda. nama sesuatu benda khusus dan

ejaannya berpangkalkan huruf besar. Contohnya, perkataan Malaysia yang merujuk
nama sebuah negara.

2. Kata nama am- Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), kata nama am ialah
perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya.. Sebagai
contoh kata nama khas yang ada dalam keratan seperti perkataan kemiskinan, garis,
golongan, segmen, negara, realiti, dan usaha.

3. Kata ganti nama–Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.
Sebagai contoh, perkataan mereka dan kita merujuk kepada kata ganti nama diri
manakala perkataan ini ialah kata ganti nama tunjuk.

3.2.2 Kata Kerja

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah Karim et al. : 2008), kata kerja
sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

1. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut
untuk melengkapkan maksudnya. Contoh frasa kerja yang mengandungi kata kerja
transitif ialah:

- Tahap garis kemiskinan yang paling rendah di Malaysia tidak mempamerkan
golongan yang paling memerlukan

- Malaysia sebagai sebuah negara yang kononnya telah mencapai kemajuan
besar

- …dalam usaha membasmi kemiskinan.

2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut
untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh frasa kata kerja tak transitif di dalam
petikan ialah:

- ….golongan yang paling tidak memerlukan.
- …mereka yang kurang bernasib baik.

3.2.3 Kata Adjektif

Kata adjektif atau dikenali sebagai kata sifat merujuk kepada kata yang
menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu perkara. Kata sifat terdapat sembilan jenis
iaitu

a. Kata adjektif sifatan atau keadaan
b. Kata adjektif warna
c. Kata adjektif ukuran
d. Kata adjektif bentuk
e. Kata adjektif waktu
f. Kata adjektif jarak
g. Kata adjektif cara
h. Kata adjektif perasaan
i. Kata adjektif pancaindera

Contoh perkataan adjektif yang terdapat di dalam petikan akhbar digital tersebut,
hanya terdapat 3 kata adjekitf iaitu rendah, besar dan ketara. Perkataan rendah dan
besar tergolong dalam kata adjektif ukuran di mana ia adalah kata yang menyatakan
ukuran kata nama. Perkataan ketara pula tergolong pada kata adjektif sifatan kerana ia
memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Tambahan
pula, untuk mengenal pasti kata-kata adjektif tersebut adalah dengan kewujudan kata
tersebut yang disertai oleh kata penguat dan digambarkan seperti berikut:

Kata Penguat + Kata Adjektif

• …paling rendah…
• …sangat ketara.

3.2.4 Kata Tugas

Kata tugas merupakan satu golongan perkataan yang kehadirannya dalam ayat
penting kerana mendukung sesuatu tugas sintaksis. Kata tugas juga tidak berfungsi
sebagai inti dalam frasa predikat. Kata tugas dibahagi kepada 16 jenis tetapi hanya
terdapat beberapa jenis kata tugas sahaja yang wujud di dalam petikan di mana ia
merangkumi seoerti berikut.

a. KATA HUBUNG –

Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. Contoh perkataan kata hubung di
dalam petikan ialah dan, yang dan namun.

b. KATA PANGKAL AYAT-

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh perkataan kata pangkal ayat di
dalam petikan ialah “Umumnya…”.

c. KATA BANTU-
Kata bantu merupakan jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari
aspek waktu atau ragam. Contoh perkataan kata bantu di dalam petikan ialah telah dan
masih.

d. KATA PENGUAT –
Kata penguat perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh perkataan kata
penguat yang terdapat dalam petikan ialah paling, kurang dan sangat. Kata penguat
terdiri daripada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan, belakang dan bebas. Perkataan
paling dan kurang tergolong dalam kata penguat hadapan dan perkataan sangat
tergolong dalam kata kata penguat bebas kerana kedudukannya bebas diletak sama ada
di hadapan atau di belakang kata adjektif.

e. KATA NAFI –
Kata nafi ialah perkataan untuk menafi perkataan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (Nik Safiah Karim et al.: 2008) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur
nafi frasa-frasa predikat iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa adjektif dan Frasa Sendi
Nama. Contoh perkataan kata nafi di dalam petikan ialah perkataan tidak dan
digunakan untuk menafikan frasa kerja sebagai predikat seperti
“…tidak mempamerkan golongan yang paling memerlukan.”
f. KATA PEMERI -

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh perkataan kata nafi di dalam petikan ialah
adalah. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama.
g. Kata sendi nama –
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dalam ayat. Contoh perkataan kata sendi nama di dalam petikan ialah
di, sebagai, dalam dan pada.

h. KATA BILANGAN –
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan
yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama (Nik Safiah Karim et al.: 2008). Kata
bilangan yang terdapat di dalam petikan ialah sebuah yang merujuk kepada perkara
yang besar seperti di dalam petikan- “…sebuah negara..”

i. KATA PENEKAN
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan. Contoh perkataan kata penekan yang terdapat dalam petikan
ialah Umumnya, hakikatnya dan kononnya.

j. KATA ADVERBA
Menurut Asmah Haji Omar, (2008; 2009) melihat kata adverba sebagai penerang
kepada kata kerja pada predikat ayat, atau dengan kata lain, kata ini berfungsi pada
ajung ayat dalam struktur Subjek-Predikat-Objek-Ajung. Kata adverba merupakan kata
yang memberi keterangan kepada keseluruhan ayat dari segi cara, masa dan tempat.
Contoh kata adverba di dalam petikan ialah baik dan besar. Ciri kata adverba pada
kedua-dua perkataan ini merupakan kata adverba yang asalnya kelas kata lain
berdasarkan fungsi (penerang) dan posisi ayat seperti berikut:

- …segmen-segmen mereka yang kurang bernasib baik.
- …Malaysia sebagi sebuah negara yang kononnya telah mencapai kemajuan

besar…

3.3 AKTIVITI DAN LATIHAN PENEGUHAN
AKTIVITI 1: Pengambilan Makanan Yang Seimbang
1. Berbekalkan gambar di bawah, murid dikehendaki membincangkan ‘Mengapa

pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat.’ di dalam kumpulan.
2. Kemudian, guru akan mengarahkan murid untuk berdiri di tempat masing-masing.
3. Guru mewajibkan setiap murid memetik satu kata sifat beserta jenis kata adjektif

yang terkandung di dalam perbincangan kumpulan mereka sebelum ini.
4. Murid yang berjaya memikirkan jawapan dibenarkan duduk manakala pelajar yang

tidak berjaya akan tetap berdiri.
5. Aktiviti soal jawab ini tamat apabila semua murid berjaya duduk.

PIRAMID
MAKANAN

Soalan: Gambar di atas menunjukkan kuantiti pengambilan makanan yang seimbang.
Berdasarkan gambar, senaraikan kata sifat beserta jenis kata adjektif.

LATIHAN 1:
i. Nyatakan jenis-jenis Kata Adjektif.

a)

b)

c)

d)

e)

f)

g)

h)

i)

ii. Warnakan perkataan dibawah yang tergolong dalam kata sifat.

Pada waktu senja, sawah Atuk kelihatan cantik dihiasi dengan
cahaya matahari yang kekuning-kuningan. Sebentar lagi, sawah Atuk akan
diselubungi oleh kegelapan malam. Atuk tetap mengerjakan sawah itu
walaupun ayah telah berkali-kali melarangnya, disebabkan ayah kini telah
berkhidmat sebagai doktor disalah sebuah klinik di Pekan yang tidak jauh
dari kampung ini. Kata Atuk sawah itulah yang banyak berjasa
membantunya dalam memberi makan minum kepada ayah sehingga ayah
berjaya. Tidak mungkin Atuk membiarkan rumput panjang memusnahkan
kehidupan padi sawah.

iii. Kenalpasti jenis kata adjektif pada perkataan yang dicondong.
a) Adik nampak comot setelah mengunyah coklat itu

b) “Kamu akan kesejukan jika tak bawah baju tebal” kata ibu.

c) Budak perempuan yang mempunyai mata bundar itu sering menangis.

AKTIVITI 2: Kebaikan Amalan Bergotong-royong.
1. Guru membahagi-bahagikan murid kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi

satu isi berdasarkan gambar di bawah dan dibekalkan kertas mahjung dan maker pen.
2. Guru mengarahkan agar murid membuat satu peranggan mengenai isi dengan

memuatkan sekurang-kurangnya 10 kata kerja.
3. Kata kerja perlu di highlight dan dibentangkan kepada ahli kumpulan yang lain.
4. Aktiviti selesai apabila pembentangan murid tamat.

Mengeratkan Mewujudkan
hubungan suasana yang
silaturahim
harmoni

Menjimatkan Meringankan
masa beban

Soalan guru: Berdasarkan gambar di atas, murid dikehendaki membina satu isi satu
peranggan dengan memasukkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

LATIHAN 2:
i. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Perkataan ke…an dalam ayat di bawah manakah yang menunjukkan
perbuatan?

a) Filem yang kami tonton di pawagam itu menyeramkan.

b) Kemalangan jalan raya yang tertera di berita itu mengerikan.

c) Coklat yang jatuh ke lantai itu menyebabkan adik menangis tak henti-henti.

d) Gotong-royong mendirikan masjid itu selesai tepat pada waktunya.

2. Perlantikan ahli pengakap baru sedang .

a) dimulakan c) dilangsungkan
b) bermula d) mula

3. Adik tak henti-henti dari tadi.

a) menangis c) tertangisi

b) menangisi d) ditangisi

4. Walaupun kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan

petang, namun mereka tidak pernah .

a) Bergantung c) mengemis

b) meminta-minta d) berputus asa

5. Shifa dan keluarganya di kampung.

a) menetap c) asal

b) tinggalkan d) berasal

ii. Bina tiga ayat Kata Kerja Tak Transitif Tidak berpelengkap.

a)
b)
c)

iii.

tersenyum terpaku tersandar terduduk

Isi tempat kosong menggunakan perkataan di atas.

a) Abang di tepi dinding.

b) Kakak seketika setelah membaca surat itu.

c) Ayah melihat kecantikan kereta itu.

d) Nenek sendirian di tingkap.

AKTIVITI 3: Peraturan Dalam Bengkel

1. Murid-murid dibawa ke bengkel kemahiran hidup, murid diberi masa untuk
membaca arahan peraturan di dalam bengkel serta mempraktikkannya
sepanjang berada di dalam bengkel.

2. Setelah tamat masa yang diberikan murid-murid dikehendaki memutarkan
roda impian, kemudian guru mengarahkan murid untuk memetik perkataan
dalam gambar di atas.

3. Murid dikehendaki membuat satu peraturan berdasarkan gambar dengan
menggunakan jenis-jenis kata yang mereka peroleh dengan memutar roda
impian.

4. Aktiviti selesai dalam masa yang ditetapkan oleh guru.

Kata Pembenda Kata Nafi, Kata

Kata Adverba, Kata Pameri, Kata
Hubung, Kata Sendi Pembenar.

Nama

JENIS KATA TUGAS
Kata Arah, Kata

Kata Seru, Kata Bilangan, Kata
Perintah, Kata Penekan

Bantu.

Kata Pangkal Ayat,
Kata Penegas, Kata

Penguat

LATIHAN 3:
i. Apakah definisi bagi Kata Tugas?

ii. Bina satu ayat menggunakan Kata Penguat dan Kata Penegas.
a) Kata penguat:

b) Kata penegas:
iii. Bina satu ayat menggunakan Kata penekan dengan betul.

iv. Dalam setiap ayat dibawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut kemudian tulis jawapan yang betul pada ruang yang
disediakan.

a) Dari saya surat itu dikembalikan.

b) Terpancar kesedihan dari muka nenek itu mengenangkan anak-anaknya
yang tidak kunjung tiba.

c) “Di antara duit atau keluarga, saya lebih mengutamakan keluarga” balas Pak
Teh.

AKTIVITI 4: Apakah itu Novel Koronavirus (Covid-19)?
1. Guru mengarahkan murid untuk membuat beberapa kumpulan. Guru menyediakan

pelekat nota yang berwarna-warni dan diagihkan kepada kumpulan yang terbentuk.
2. Setiap kumpulan menghantar lima ahli untuk memetik satu kata nama am dan satu kata

nama khas. Jawapan tersebut hendaklah ditulis pada pelekat nota dan ditampal pada
gambar yang berdekatan dengan perkataan yang telah dipetik. Ahli kumpulan yang lain
dibenarkan membantu ahli kumpulan mereka.
3. Apabila guru menyebut perkataan “beku” murid perlu berhenti bergerak. Jika guru
menyebut perkataan “cair”, murid dibenarkan untuk bergerak.
4. Permainan selesai apabila setiap ahli kumpulan berjaya meletak pelekat nota pada
gambar.
5. Hadiah akan diberi kepada ahli kumpulan yang cepat menampal jawapan yang betul.

Soalan untuk guru: Berdasarkan Gambar yang tersebut, senaraikan Kata Nama Am dan
Kata Nama Khas.
LATIHAN 4:
i. Nyatakan 2 jenis Kata Nama Am abstrak.

a)

b)

ii. Bulatkan jawapan yang betul.
1. Perkataan manakah yang menunjukkan Kata Nama Khas?

a) Hang Lekiu c) Meja bulat

b) Kerusi roda d) Baju merah

2. Yang manakah tidak benar mengenai Kata Ganti Nama?

a) Kata Ganti Nama tunjuk c) Kata Ganti Nama am

b) Kata Ganti Nama diri d) Kata Ganti Nama tak tentu

3. Yang manakah benar mengenai Kata Ganti Nama tunjuk?

a) Kata Ganti Nama hal c) Kata Ganti Nama ketiga

b) Kata Ganti Nama abstrak d) Kata Ganti Nama tanya

iii. Bina satu ayat menggunakan Kata Ganti nama diri ketiga.

iv. Betulkan kesalahan kata nama khas pada ayat berikut dan tulis semula dengan

ayat yang betul.

1. Gunung kinabalu terletak di sabah.

Salah Sebab kesalahan Ayat pembetulan

2. Mereka dibawakan ke klinik kesihatan Pekan tongod untuk dirawat.

Salah Sebab kesalahan Ayat pembetulan

3. Kain tenunan puan Tarena amatlah cantik.

Salah Sebab kesalahan Ayat pembetulan

v. Gantikan perkatan dicondong dengan Kata Nama Ganti diri yang betul.

Salah Betul

“Semoga kami bertemu lagi,” kata Saleh
kepada wanita itu.

“Saya berjanji akan bertemu kita nanti”

“Kami diwajibkan lulus dalam

peperiksaan ini,” ujar ketua kelas kepada
rakan sekelasnya.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, aspek penggolongan kata amat jelas penting dalam Bahasa Melayu. Banyak
perkara dan konsep perlu digambarkan dengan jelas melalui penggunaan penggolongan kata
yang sesuai seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Oleh itu, sebagai
pengguna Bahasa Melayu kita perlulah mengambil tahu tentang penggolongan kata supaya
dapat menjaga kesempurnaan dan keindahan Bahasa Melayu serta dapat memartabatkan
Bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa-bahasa lain.

5.0 BIBLIOGRAFI
Norliza Jamaluddin (2011) Sedekat Penggolongan Kata Bahasa Melayu: Kertas kerja untuk

Persatuan Penulis Budiman. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abdullah Hassan (1992). Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Nik Safiah Karim, farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. (edisi kelima). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Norliza, H. (2011). Analisis kata sifat bahasa melayu berdasarkan data korpus
berkomputer/Norliza Hj. Jamaluddin (Doctoral dissertation, University of Malaya
Sinar Harian. (17 Mei 2020). Kemiskinan multidimensi dalam era Covid-19, 10.

6.0 LAMPIRAN




Click to View FlipBook Version