The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by archelina nicklaus, 2020-06-27 15:35:35

SINTAKSIS: PENERBITAN AYAT

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI

Keywords: PENERBITAN AYAT

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
SEMESTER 2 2019/2020

TUGASAN BERKUMPULAN :

Tatabahasa Pedagogi : Penerbitan Ayat

Disediakan oleh :

Nama No Matrik Program
Eva Nadira Binti Darun D20172080447 ISMP Pendidikan Awal

Muhammad Haziq Bin Kusairi D20172080735 Kanak-Kanak
ISMP Geografi

Mohd Zul Amiran bin Ali D20172080759 ISMP Geografi
Siti Nor Fazlin binti Che Mohamad D20181082559 ISMP Bahasa Melayu

Azmi D20182085165 ISMP Sejarah
Archelina Nicklaus

Kumpulan : C
Nama Pensyarah :
Encik Mohd Ra’in Bin Shaari

1.0 PROSES PELUASAN

Proses peluasan ialah proses penerbitan ayat yang melibatkan penambahan unsur-unsur
dalam ayat baru. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis peluasan, antaranya:

i) Peluasan frasa nama sebagai subjek
ii) Peluasan frasa predikat
iii) Peluasan dengan kata hubung
iv) Peluasan melalui proses komplementasi.

1.1 PELUASAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK
Frasa Nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi iaitu proses
memasukkan ayat relatif sebagai frasa relatif kepada subjek ayat. Proses pemancangan
ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima
pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif “yang”.

Formula
Ayat induk + ayat kecil + (Frasa peluasan)

a)
A1

SP

FN1 A2 adik saya

Budak itu SP

FN FA

Budak itu membaca

b) Proses Relativisasi A
S
P
FN FN
adik saya
Budak yang membaca itu

Ayat (b) ialah ayat pancangan relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Subjek ayat dalam ayat (b) merupakan frasa relatif kepada subjek dalam ayat induk
yang menerima pancangan. Frasa relatif yang beridentiti sama dengan subjek ayat
induk Transformasi relativisasi budak itu boleh digugurkan dan digantikan dengan kata
relatif “yang”. Ayat ini telah mengalami peluasan frasa nama sebagai subjek.

Contoh Bahan Berkonteks

SEOUL: Pelancaran kumpulan telah dijalankan oleh Korea Selatan dan 10 lagi negara lain
melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO). Pelancaran kumpulan itu sebagai menggalakkan kerjasama menentang
diskriminasi dan cabaran sosial lain berpunca daripada wabak COVID-19.

(Berita Harian, Kerjasama Hadapi Cabaran Covid-19, Rabu, 27 Mei 2020)

Ayat perluasa predikat: Pelancaran kumpulan yang telah dijalankan oleh Korea Selatan dan
10 lagi negara lain melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai menggalakkan kerjasama menentang
diskriminasi dan cabaran sosial lain berpunca daripada wabak COVID-19.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/05/693242/kerjasama-hadapi-
cabaran-covid-19

1.2 PELUASAN FRASA PREDIKAT

Frasa Nama ayat yang dipancangkan mesti berfungsi sebagai subjek kepada ayat
pancangan. Ayat yang kedua atau ayat yang dipancangkan itu perlu mengalami proses
pasif.

Formula

Ayat induk + Ayat kecil + ( Frasa Peluasan)

a)

A

SP

FN1 FK

KN1 KK FN2

Ibu mengutip FN
A2

buku buku itu terjatuh

b) Proses relitivisasi A P
FN2
S FK
FN1 KK
KN1

Ibu mengutip buku yang terjatuh itu

Dalam ayat di atas frasa nama budak itu yang berfungsi sebagai subjek dalam
ayat ayat (a) telah dipancangkan ke dalam ayat (b). Frasa ini boleh digugurkan dan
berlaku proses perluasan melalui relativasi dengan menggunakan kata relatif “yang”.

Contoh bahan berkonteks

Mereka dikenal pasti melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case
Detection). Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) itu berjaya mengesan
kes positif cluster daripada ahli keluaga dan rakan kepada kes pertama.

(Berita Harian, Aktiviti ziarah punca kluster Pangsapuri Cheras, Selasa, 2 Jun 2020)
Ayat perluasan: Mereka dikenal pasti melalui tindakan pengesanan kes secara aktif
(Active Case Detection) yang berjaya mengesan kes positif cluster daripada ahli
keluarga dan rakan kepada kes pertama.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/585202/ativiti-ziarah-aidilfitri-
punca-kluster-pangsapuri-cheras-metrotv

1.3 PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG

Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat dengan
menggunakan kata-kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika dan lain-lain. Setiap
kata hubung itu boleh digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih bagi
menghasilkan ayat terbitan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

"Dia menyatukan semua dan membolehkan kami menjulang trofi. Dia seorang yang
mempunyai karakter, dia begitu bijak." Berita Harian, 26 Jun 2020.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/06/704518/klopp-disifatkan-
kelahiran-semula-pengurus-legenda-liverpool

Ayat asal Proses peluasan

1. Dia menyatukan semua. Dia menyatukan semua dan

membolehkan kami menjulang trofi.
2. Dia membolehkan kami menjulang

trofi.

1.4 PELUASAN MELALUI PROSES KOMPLEMENTASI

Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses komplementasi. Proses
komplementasi menukarkan sesuatu ayat menjadi satu frasa nama dan
memancangkannya pada suatu ayat yang lain bagi menghasilkan ayat terbitan yang
baharu. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan bahawa ia menjalankan siasatan
selektif terhadap isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama dan kenyataan
berbaur perkauman yang disebarkan di media sosial.’ Awani, 2020.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-nafi-jalankan-siasatan-selektif-
isu-penghinaan-terhadap-agama-41312

Ayat asal Proses peluasan

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini 1. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari

menafikan(sesuatu). ini menafikan bahawa ia menjalankan

2. Polis Diraja Malaysia tidak siasatan selektif terhadap isu-isu yang
menjalankan siasatan selektif terhadap melibatkan penghinaan terhadap agama
isu-isu yang melibatkan penghinaan dan kenyataan berbaur perkauman yang
terhadap agama dan kenyataan berbaur disebarkan di media sosial.’

perkauman yang disebarkan di media

sosial

Latihan
1. Apakah yang anda faham tentang Proses Peluasan Ayat

2. Perluaskan ayat dibawah menjadi satu ayat.
i. Pak Atan mencangkul batas. Batas itu berada di belakang rumahnya.

ii. Kami telah mendermakan wang saku kami kepada pengemis itu. Rupanya
pengemis berkaca mata hitam itu telah menipu kami.

iii. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu berakhir pada 9 Jun
2020. PKPB diganti oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

3. Nyatakan maksud bagi Peluasan Frasa sebagai Subjek.

4. Berikan maksud bagi Peluasan Frasa Prediket.
5. Cerakinkan ayat di bawah menjadi dua ayat tanpa mengubah maksud asal.

Kucing yang comel itu kepunyaan saya.
Ayat 1:
Ayat 2:
6. Berikan contoh peluasan dengan kata hubung

Aktiviti

Pen beracun

Proses Peluasan Ayat ini memerlukan murid untuk membina ayat untuk
menguji kefahaman mereka terhadap apa yang telah diajar. Oleh itu, guru harus
membuat aktiviti yang berkonsepkan soal dan jawab.

1. Guru menyediakan soalan yang berkaitan dengan peluasan ayat. Soalan
tersebut dimasukkan ke dalam kotak. Guru juga dikehendaki menyediakan
maker pen dan musik atau radio.

2. Aktiviti dimulakan dengan memainkan musik, selama musik dipasang
maker pen perlu bertukar-tukar tangan diantara murid.

3. Apabila musik berhenti pelajar yang memegang pen tersebut perlu
mencabut soalan dalam kotak beracun dan perlu menjawabnya.

4. Permainan disambung semula setelah pelajar berjaya menjawab soalan.

2.0 PROSES PENGGUGURAN

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang
mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan
demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi
wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama yakni
pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat dan pengguguran
frasa nama yang mendahului frasa relatif. Dalam pada itu terdapat juga pengguguran
tambahan iaitu pengguguran kata nama sebagai inti.

2.1 PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK
Terdapat dua jenis pengguguran dalam pengguguran frasa nama sebagai subjek iaitu :

a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

b) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Sebagai contoh (a), penggguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah iaitu dalam ayat suruhan atau sejenis kata perintah, kata ganti nama orang
kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan, seperti dalam contoh
petikan berikut :

"Kami mahu menamatkan tugasan ini pada Selasa. Ini adalah matlamat utama kami.
Kami berada pada tahap prestasi terbaik ketika ini dan mahu mengekalkan rekod tanpa
kalah kami.” (Berita Harian, 15 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

3. Kami mahu menamatkan tugasan ini 1. Mahu menamatkan tugasan ini pada

pada Selasa Selasa

Bagi contoh (b), pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk iaitu jika terdapat
beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, maka subjek
frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal
ayat majmuk tersebut. Sebagai contoh dapat dilihat dalam petikan berikut:

“Semalam (Rabu) pada jam 11 pagi, kami menjalani ‘Latihan Siber’ pertama,
dengan pasukan dilatih dari jauh. Semua orang bermotivasi, semua orang
melakukannya dengan baik.” (Berita Harian, 19 Mac 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Semua orang bermotivasi 1. Semua orang bermotivasi dan

2. semua orang melakukannya dengan melakukannya dengan baik.

baik

2.2 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Dalam jenis ini, seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian daripadanya, boleh
digugurkan

(a) Pengguguran seluruh frasa predikat
Seperti mana yang telah termaktub, frasa predikat terdiri daripada salah satu yang
berikut :

(1) Frasa Kerja
(2) Frasa Adjektif
(3) Frasa Nama
(4) Frasa Sendi Nama
Jika terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan,
maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
Berikut merupakan contoh (1) frasa kerja yang serupa dalam petikan :

“Penjaring terbanyak, Robert Lewandowski dan Thomas Mueller dijangka kembali
memperkuatkan Bayern selepas terlepas aksi ketika kelab itu menewaskan Borussia
Moenchengladbach 2-1 kerana digantung perlawanan.” ( Berita Harian, 15 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Robert Lewandowski dijangka 1. Robert Lewandowski dan Thomas

kembali memperkuatkan Bayern Mueller dijangka kembali

2. Thomas Mueller dijangka kembali memperkuatkan Bayern

memperkuatkan Bayern

Berikut merupakan contoh (2) frasa adjektif yang serupa dalam petikan :

Ayat asal Proses pengguguran

1. Penjaring terbanyak, Robert 1. Penjaring terbanyak, Robert
Lewandowski Lewandowski dan Thomas Mueller

2. Penjaring terbanyak, Thomas Mueller

Berikut merupakan contoh (3) frasa nama yang serupa dalam petikan: “Bagaimanapun
Bayern akan kehilangan Lewandowski dan Mueller, - kedua-duanya digantung satu
perlawanan.” ( Berita Harian, 11 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Bayern akan kehilangan Lewandowski 1. Bayern akan kehilangan Lawandowski

2. Bayern akan kehilangan Mueller dan Mueller.

Berikut merupakan contoh (4) frasa sendi nama yang serupa dalam petikan:

“Jaringan awal Bayern menerusi Ivan Perisic diimbangi gol babak kedua oleh Danny
da Costa, yang baru dimasukkan tiga minit dalam aksi di Allianz Arena itu.” ( Berita
Harian, 11 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Jaringan awal Bayern menerusi Ivan 1. Jaringan awal Bayern menerusi Ivan

Perisic Perisic dan Danny da Costa

2. Jaringan kedua oleh Danny da Costa

(b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran.
Antaranya:

(a) oleh + FN dalam ayat pasif
(b) Kata bantu yang serupa
(c) FN sebagai objek yang serupa
(d) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

(a) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif

Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh
digugurkan. Contohnya:

"Di Bayern Munich, anda dijangka akan menang. Saya sangat gembira, kami
sangat agresif dan tidak memberikan mereka peluang." ( Berita Harian, 13 Mei
2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Di Bayern Munich, anda dijangka 1. Anda dijangka akan menang.
akan menang.

(b) Pengguguran kata bantu (KB) yang serupa

Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa
adjektif, boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-
ayat yang digabungkan. Contohnya:

"Menukar gol lewat itu menjadi kemenangan yang membolehkan kami menang gelaran
pada Selasa menjadikan saya sangat gembira," ( Berita Harian, 14 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran
1. Membolehkan kami menang gelaran
2. Membolehkan saya gembira 1. Membolehkan kami menang dan
sangat gembira.

(c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.

Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat-ayat yang
digabungkan, objek itu boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang
terakhir, seperti dalam contoh-contoh berikut:

“MUNICH: Bayern Munich meneruskan misi kejuaraan berganda selepas
pendahulu Bundesliga itu mengatasi Eintracht Frankfurt 2-1 pada separuh akhir
Piala Jerman.” ( Berita Harian, 11 Jun 2020)

Ayat asal Proses pengguguran

1. Bayern Munich meneruskan misi 1. Bayern Munich meneruskan misi
kejuaran berganda kejuaraan berganda dan mengatasi
Eintracht Frankfurt
2. Bayern Munich mengatasi Eintracht
Frankfurt

(d) Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna
adjektif
Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja
transitif yang membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja yang sedemikian
termasuklah:

Mempesonakan Menakjubkan Menggembirakan Mendukacitakan Menghairankan
Menghampakan Memilukan Mengghairankan.

Kesemua kata kerja di atas menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh
kata penguat seperti amat, sungguh,sangat, dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh
digugurkan.

Contohnya:

"Di Bayern Munich, anda dijangka akan menang. Saya sangat gembira, kami
sangat agresif dan tidak memberikan mereka peluang." ( Berita Harian, 31 Mei
2020)

Ayat asal Ayat pengguguran

1. Kami sangat agresif dan tidak 1. Sangat agresif dan tidak memberikan

memberikan mereka peluang. mereka peluang.

2.3 PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA
RELATIF

Dalam pengguguran jenis ini, apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat
dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa
yang mendahului frasa relatif itu boieh digugurkan. Kebiasaanya menggunakan kata
hubung relatif yang dan frasa nama yang berada di depan yang boleh digugurkan.
Secara mudahnya, Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku
apabila frasa nama itu di relativisasikan dan digantikan dengan perkataan yang.
Contohnya,

Ayat 1 : Motosikal itu cantik.
Ayat 2 : Motosikal itu pilihan saya.
Ayat 3 : Motosikal yang cantik itu pilihan saya.
Ayat terakhir : Yang cantik itu pilihan saya.

Contoh 1 ;

Ayat 1 Ayat 2 Ayat Gabungan Pengguguran

frasa nama yang

mendahului frasa

relatif

Bomba itu ibu saya Bomba itu Bomba yang Yang memakai baju

memakai baju memakai baju seragam itu ibu

seragam seragam itu ibu saya

saya.

Nani membeli kain Kain itu cantik Nani membeli kain Nani membeli yang

itu yang cantik itu cantik itu

Lelaki tampan itu Lelaki tampan itu Lelaki tampan Yang berkereta

tuning kakak saya berkereta besar yang berkereta besar itu tuning

besar itu tuning kakak saya

kakak saya.

Berdasarkan contoh pertama di atas dapat dilihat , ayat pertama dan ayat kedua
telah digabungkan sehingga menjadi ayat ketiga iaitu ayat yang telah mantap. Sebagai
contoh, bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya. Apabila disebut sebagai
pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif, bermakna perkataan bomba
dalam ayat tersebut boleh digugurkan kerana ia mendahului frasa relatif yang. Hal ini
justeru telah menjadikan ayat tersebut menjadi yang memakai baju seragam itu ibu

saya. Meskipun telah digugurkan, kta masih dapat memahami ayat tersebut. Perkara
yang sama terjadi pada contoh yang kedua dan ketiga di atas.

Contoh 2 :

Mangsa yang berusia 14 tahun di tepi hutan Taman Delima diserahkan kepada
polis.

(Berita Harian Online, 15 Jun 2020)

Berdasarkan petikan diatas dapat kita tafsirkan bahawa ayat pertama adalah
Mangsa berusia 14 tahun di tepi hutan Taman Delima manakala ayat kedua pula ialah
Mangsa diserahkan kepada polis. Maka apabila diterjemahkan menjadi pengguguran
frasa nama yang mendahului frasa relatif, ayat yang terhasil ialah yang berusia 14
tahun di tepi hutan Taman Delima diserahkan kepada polis.

2.4 PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI INTI.

Frasa nama inti yang terbina daripada KN(inti)+ Penerang boleh digugurkan sehingga
tertinggal bahagian penerangnya sahaja.Contohnya

Contoh 1:

Ayat Asal Pengguguran

Kegiatan penyeludupan merugikan Penyeludupan merugikan negara

negara

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan Bersenam boleh menyihatkan badan

badan

Tabiat merokok boleh mengakibatkan merokok boleh mengakibatkan kesihatan

kesihatan terganggu terganggu

Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja dan
walaupun frasa nama seperti kegiatan dan tabiat digugurkan kita masih lagi memahami

inti ayat tersebut. Hal ini demikian kerana frasa nama ini adalah berfungsi sebagai
penerang sahaja.

Contoh 2 :

“Saya difahamkan di daerah ini terdapat kes aktiviti menebang balak secara
haram dilakukan pada waktu malam, selesai menebang mereka akan segera
membawa keluar kayu dari hutan seterusnya ke kilang papan pada awal pagi,”
katanya, disini, hari ini.

(Berita Harian Online, 20 Oktober
2019)

Berdasarkan petikan akhbar diatas, kita dapat melihat satu frasa dimana, terdapat kes
aktiviti menebang balak secara haram dilakukan pada waktu malam. Disini, kita
dapat melihat penerang ada disana iaitu aktiviti. Dalam konteks pengguguran frasa
nama sebagai inti penerang aktviti boleh digugurkan dan ayat masih boleh difahami
sepenuhnya. Misalnya, terdapat kes menebang balak secara haram dilakukan pada
waktu malam.

Latihan.

1. Apakah maksud pengguguran ayat dalam Bahasa Melayu.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________

2. Nyatakan tiga jenis pengguguran yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
i.________________________________
ii._______________________________
iii._______________________________
3.

• Lelaki itu abang saya
• Lelaki itu menolong orang buta.
Berdasarkan ayat di atas, jadikan ia sebagai satu ayat dimana mengalami proses
pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguguran frasa nama sebagai inti ?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
5. Antara yang berikut, manakah ayat yang mengalami pengguguran frasa nama
sebagai ini ?

a. Kegiatan penyeludupan merugikan negara
b. Aktiviti bersenam boleh menyihatkan badan
c. Merokok boleh membahayakan kesihatan

3.0 PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Proses penyusunan semula ialah proses mengubah kedudukan dan struktur asal kepada
kedudukan dan struktur lain dalam ayat baharu. Dalam proses penyusunan semula
terjadi pertukaran, pengguguran, penggantian, atau penambahan kata atau frasa
tertentu. Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat
pasif. Ini bermaksud ayat yang mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi
dan juga ayat songsang. Dalam proses ini ayat akan mengalami perubahan namun
begitu perubahan tersebut tidak mengakibatkan berlakunya perubahan makna ayat asal.
Terdapat tiga proses penyusunan iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek ,
penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat dan penyusunan menjadi ayat
songsang.

3.1 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

Penyusunan semula jenis ini proses menukar ayat yang asalnya ayat aktif transitif
kepada ayat pasif. Transformasi yang berlaku ialah perubahan tempat dan fungsi kata,
iaitu frasa nama yang asalnya objek dalam predikat ayat aktif transitif berubah menjadi
subjek dalam ayat pasif manakala subjek asal dalam ayat aktif transitif dipindahkan ke
bahagian belakang konstituen predikat sebagai keterangan dalam ayat pasif.
Transformasi struktur juga terjadi, iaitu imbuhan frasa kerja aktif dalam ayat aktif
transitif berubah bentuk menjadi imbuhan pasif dalam ayat pasif, iaitu awalan meN-
menjadi di-.

Formula

[ FN (subj) + KK + SN + FN (obj) ]

Contoh 1

SOP yang digariskan kementerian dipatuhi sepenuhnya oleh pihak sekolah.
(Berita Harian Online, 25 Jun 2020)

Berdasarkan contoh yang diambil dalam keratan akhbar menunjukkan telah mengalami
proses penyusunan semula ayat dan terbentuklah ayat pasif iaitu SOP yang digariskan

kementerian dipatuhi sepenuhnya oleh pihak sekolah. Manakala ayat aktif dalam ayat
ini ialah pihak sekolah mematuhi sepenuhnya SOP yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan.

Contoh 2

Ayat aktif : Ali menampar adik
Ayat pasif : Adik ditampar oleh Ali

Berdasarkan contoh di atas menunjukkan bahawa, Ali menampar adik merupakan ayat
aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah adik. Apabila ia di susun semula dan
dipasifkan maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut dimana adik telah
menjadi subjek dalam ayat tersebut. Bukan itu sahaja, setelah ayat dipasifkan kata sendi
nama juga ditambah dia dalam ayat tersebut bagi memenuhi hukum tatabahasa. Di
bawah terdapat gambar rajah pohon bagi memudahkan pemahaman proses penyusunan
semula frasa nama sebagai subjek.

A

S
P

FN FK

KN KK KN
(Ali) (menampar) (adik)

Ali menampar adik
Rajah 1 : Gambar Rajah Pohon Ayat Aktif

A

S
P

FN FK

KN KK FS KN
(Ali) (ditampar)
SN
(oleh) (adik)
Ali ditampar oleh adik

Rajah 2 : Gambar Rajah Pohon Ayat Pasif

3.2 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek

Dalam banyak ayat, terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat
yang mempunyai dua objek. Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.
Objek tepat adalah objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.

Contoh 1

[ FN (subj) + KK + FN (obj) + KS + FN (obj) ]
Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja
Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang berhasrat menghadiahkan seekor kuda jantan
Arab kepadanya.

(Berita Harian Online, 13 Februari 2020)

Berdasarkan contoh petikan yang dipetik dalam akhbar Berita Harian menunjukkan
penggunaan ayat frasa nama sebagai objek. Ayat asal dalam petikan ini ialah Datuk
Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul

Aziz Al Saud, yang berhasrat menghadiahkan seekor kuda jantan Arab kepadanya.
Apabila telah berlaku proses penyusunan semula yang melibatkan frasa nama sebagai
objek, ayat tersebut telah berubah menjadi Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran
Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang berhasrat
menghadiahi kepadanya seekor kuda jantan Arab.

Contoh 2

a) Ayat aktif : Abang menghadiahi adik baju
b) Ayat pasif : Abang menghadiahkan sehelai baju kepada adik.

Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa adik merupakan objek tepat tetapi selepas
dilakukan penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b)
dimana baju pula menjadi objek tepat dan adik menjadi objek sipi. Setelah berlaku
penyusunan semula, kata sendi nama juga ditambah dia dalam ayat tersebut bagi
memenuhi hukum tatabahasa. Di bawah terdapat gambar rajah pohon bagi
memudahkan pemahaman proses penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

A

S
P

FN FK

KN KK KN KN

(Abang) (menghadiahi) (adik) (sehelai baju)

Abang menghadiahi adik sehelai baju
Rajah 3 : Gambar Rajah Pohon sebelum Penyusunan Semula

A

S
P

FN FK

KN KK FN FS
(Abang) (menghadiahkan) (sehelai baju) KS KN

(oleh) (adik)
Abang menghadiahkan seh] elai baju kepada adik

Rajah 4 : Gambar Rajah Pohon selepas Penyusunan Semula

3.3 Penyusunan semula frasa nama melalui ayat songsang

Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan dengan menyongsangkan ayat tersebut.
Predikat akan berubah ke hadapan ayat manakala subjek akan berubah ke belakang
ayat. Maka secara amnya keterangan dalam ayat tersebut akan dikedepankan

Formula [ FN (ketrngan) + FN (subj) + KK ]
Contoh 1

Matahari terbenam di ufuk barat yang indah di pantai Padang Kemunting, Masjid
Tanah.

(Berita Harian Online, 21 Jun 2020)

Berdasarkan petikan yang dipetikan dalam akhbar berita harian itu menunjukkan
bahawa ayat yang melalui ayat songsang. Ayat asal tersebut ialah matahari terbenam di
ufuk barat yang indah di pantai Padang Kemunting, Masjid Tanah. Apbila berlaku
proses penyusunan semula melalui ayat songsang, ayat tersebut menjadi Di pantai
Padang Kemunting, Masjid Tanah, matahari terbanam di ufuk barat yang indah. Ini
bermaksud keterangan telah dikedepankan dalam ayat tersebut. Maka, berlaku
perubahan struktur ayat tersebut.
Contoh 2
(a) Siti bersembang di bawah pokok.
(b) Di bawah pokok Siti bersembang.
Jika perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b), kita akan dapat melihat
kedudukan predikat yang berbeza. Siti bersembang yang berada didepan ayat telah
berubah kedudukannya di belakang ayat. Maka ayat tersebut telah di songsangkan.

Rajah 5 : Gambar Rajah Pohon sebelum disongsangkan

A

S
P

FS FK

KS KAr KN FN FK

(di) (bawah) (pokok) (Siti) (bersembang)

Di bawah pokok Siti bersembang
Rajah 6 : Gambar Rajah Pohon selepas disongsangkan

Latihan Pengukuhan
7. Apakah yang anda faham tentang Proses Penyusunan Semula.

………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………
8. Jelaskan maksud di bawah dan nyatakan formula yang bersesuaian dengan yang

berikut :
i. Frasa nama sebagai subjek

……………………………………………………………………………………
…….……………………………………………………………………………

ii. Frasa nama sebagai objek
…………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

9. Jelaskan maksud proses penyususan semula melalui ayat songsang dan nyatakan
formula yang bersesuaian

………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………

[ FN (ketrngan) + FN (subj) + KK ]

10. Berdasarkan formula di atas, bina dua ayat yang bertepatan dengan formula yang
diberikan.

i.………………………………………………………………………………...
ii. ………………………………………………………………………………....

11. Nyatakan tiga jenis penyusunan semula yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
i. …………………………………...
ii. …………………………………...
iii. …………………………………..

Rujukan
Ahmad Khair,Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Ton Ibrahim,2012. “ Tatabahasa Asas

Edisi Kedua”.Pustaka Salam sdn.bhd

Nik Safiah, Farid M.Onn,Hashim Haji Musa, Abdul Hameed Mhmood,2015.
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Farhani Che Ad (2020), Empat pelajar antara direman bantu kes rogol remaja

perempuan, dilayari daripada

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/700539/empat-pelajar-antara-

direman-bantu-kes-rogol-remaja-perempuan

Mohd Rafi Mama (2020), Cubaan mencuri 34 balak, dilayari daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619619/cubaan-mencuri-34-balak

Prof madya dr abdul halim Abdullah (2020), COVID-19 buka mata warga pendidik,

pelajar, dilayari daripada

https://www.researchgate.net/publication/341379710_COVID-

19_buka_mata_warga_pendidik_pelajar

Ruwaida Md Zain (2020), Seronok, teruja kembali ke sekolah, dilayari daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703728/seronok-teruja-
kembali-ke-sekolah

Hassan Oma (2020), Penyu karah khazanah Laut Melaka, dilayari daripada
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2020/06/702565/penyu-karah-
khazanah-laut-melaka


Click to View FlipBook Version