The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraidahpahmi, 2020-04-13 15:03:48

1.1 Strategi Penyelesaian Masalah

1.1 Strategi Penyelesaian Masalah

Peranti Interaksi Aplikasi

Kehidupan tanpa gajet?
Adakah semua ini dapat membantu manusia menyelesaikan masalah?
Adakah ianya berkekalan untuk 6-7 tahun akan datang?

Strategi Penyelesaian Masalah
• Apa itu masalah?
• Penyelesaian masalah?

Keperluan Penyelesaian Masalah Berstrategi

• Hidup kita tak pernah takde masalah
• Perlu diatasi
• Sebab masalah menghalang kita mencapai sesuatu
• Masalah mganggu kelancaran / keselesaan
• Jadi – memerlukan strategi yang baik utk selesaikan

Mengapa perlunya strategi dalam
penyelesaian masalah ?

1. Meningkatkan kemahiran berfikir
2. Membantu pengembangan sesuatu konsep
3. Mewujudkan komunikasi dua hala
4. Menggalakkan pembelajaran kendiri

PENYELESAIAN MASALAH SEBAGAI PROSES MENGKAJI BUTIRAN
SESUTAU MASALAH UNTUK MENDAPATKAN SATU PENYELESAIAN

• Komputer boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah
• Namun, cara penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi haruslah jelas
• Pembangunan aplikasi komputer berkait rapat dengan strategi penyelesaian

masalah
• Seseorang perlu menguasai strategi penyelesaian masalah supaya dapat

memahami masalah dengan mudah bagi mendapatkan strategi yang terbaik

• Pemikiran komputasional membolehkan kita memahami masalah yang
dihadapi dan membangunkan penyelesaian yang munasabah apabila
kita menghadapi masalah yang kompleks



DEFINISI PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran Komputasional (CT) merupakan proses penyelesaian
masalah yang memerlukan usaha memecahkan sesuatu masalah
kepada komponen yang lebih kecil (Decompose), cuba mengekstrak
idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction),
mengenali corak (Pattern) yang membolehkan perancangan
penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan
yang kurang releven supaya meningkatkan keberkesanan
proses penyelesaian masalah tersebut

Individu perlu menggunakan pemikiran logikal bagi mengenalpasti
maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian
mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan
keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan
keboleh laksanaan prosedur tersebut

CONTOH 1: AISKRIM

Anda ingin membeli aiskrim ‘scoop’ yang
mempunyai susunan 3 perisa sama seperti
gambar disebelah

Penyataan manakah yang paling sesuai semasa
memesan aiskrim tersebut?

1. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Bluebery dan Strawbery
2. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Strawbery dan Bluebery
3. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Coklat dan Bluebery
4. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Keterangan:

Perkara yang paling utama mesti dinyatakan yang terakhir, sebagaimana
perisa aiskrim yang paling atas (dan mungkin perisa yang paling kita gemari)
hendaklah dinyatakan yang terakhir semasa memesan aiskrim yang kita
kehendaki.

Susunan adalah penting; jika kita memesan aiskrim dalam susunan berbeza,
maka kita akan mendapat aiskrim ‘scoop’ yang berbeza perisanya.

Oleh yang demikian, pemikiran komputasional menerusi teknik peniskalaan
(abstraction) dan pengitlakan (generalization) boleh memudahkan kita
Menyusun langkah penyelesaian masalah mengikut susunan dan ketetapan
yang sesuai.

Satu perkara utama dalam pembelajaran sains komputer adalah kepentingan
susunan penyelesaian yang tepat dan memahami kehendak orang lain terhadap
kaedah penyelesaian yang dikemukakan

TEKNIK PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
1. Teknik Leraian (Decomposition)
2. Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
3. Teknik Peniskalaan (Absraction)
4. Algoritma (Algorithms)



TEKNIK LERAIAN (DECOMPOSITION)

• Memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil dan terkawal
• Membantu memecahkan masalah yg kompleks kpd bahagian yang

mudah diuruskan

CONTOH :
• Memahami cara sesebuah basikal berfungsi.
• Mengenalpasti fungsi bahagian tumbuhan
• Menamakan bahagian-bahagian dalam sebuah kamera digital SR

Memahami cara sesebuah
basikal berfungsi.

LATIHAN.

1. Leraikan masalah dalam aktiviti menggosok gigi.

2. Menamakan fungsi sesebuah kamera DSRL
3. Mengenalpasti fungsi bahagian tumbuhan

TEKNIK PENGECAMAN CORAK
(PATTERN RECOGNITION)

• Mencari persamaan (smilarities) antara masalah dan dalam masalah
• setelah dileraikan masalah yg komplek kpd yg kecil – ini akan

membantu dalam mengenalpasti persamaan atau corak yg ada
pada setiap bahagian masalah yg kecil tu

CONTOH :

• Kita nak tau cara basikal berfungsi.
• Ciri basikal –ada dua roda yg berputar, hendal yg menentukan arah

tuju, pedal utk gerakkan basikal & rantai yang menyambungkan kepada
tayar utk berputar

• Jadi, kita blh melukis gambar basikal berdasarkan ciri tersebut
• Dalam pemikiran komputasional – ciri dikenal pasti sbg corak
• Cuma yg berbeza secara spesifik ialah warna, saiz
• Dengan mengikut corak & mengabaikan ciri spesifik, kita akan dapat

menyelesaikan masalah tentang basikal

TEKNIK PENISKALAA
(ABSTRACTION)

• Penikalaan penting supaya dapat menjana penyelesaian yg tepat
kpd masalah yg dihadapi

CONTOH :
• untuk menghasilkan sebuah basikal, kita perlu meniskalaan antara

ciri umum & ciri spesifik
• ciri umum  dua roda, hendal, pedal, rangka
• ciri spesifik  bakul, roda kecil, loceng, warna

• jadi, kita hendaklah abaikan ciri spesifik utk hasilkan sebuah model
basikal



• Setelah mendapat model kepada masalah, kita boleh mgunakan
corak tersebut utk melukis basikal dan juga membina algoritma
utk menyelesaikan masalah yg dihadapi

MODEL ialah perwakilan masalah atau idea umum masalah yg
Hendak diselesaikan.

Contoh : Model basikal dan fungsi yg terbentuk selepas proses
penikalaan

TEKNIK ALGORITMA
(ALGORITHMS)

• Membangunkan penyelesaian langkah demi langkah terhadap
masalah yg dihadapi

• Mematuhi peraturan utk menyelesaikan masalah

• Algoritma merupakan satu PELAN (set langkah arahan) untuk
menyelesaikan masalah

• Dalam algortima, setiap arahan dikenal pasti dan susunan
pelaksanaannya dijalankan seperti dirancang

• Algortima juga digunakan sbg titik mula rekaan program komputer
dalam bentuk CARTA ALIR & PSEUDOKOD

CONTOH : Mula
OUTPUT “Mempunyai dua roda yg berputar?”
INPUT “Ya”
OUTPUT “Hendal utk mengusai hala tuju?”
INPUT “Ya”
OUTPUT “Pedal dan rantai utk menggerakkan basikal?”
INPUT “Ya”
OUTPUT “Ini adalah sebuah basikal”
Tamat

LATIHAN
Tulis pesudokod utk membina model penyelesaian aktiviti
Menggosok gigi

KESIMPULAN

• Pemikiran Komputasional mbolehkan kita merancang perkara yang
hendak dilaksanakan oleh komputer dengan tepat

• Sebagai contoh : anda hendak pergi ke Jabatan Pendidikan Perak
dari Simpang Pulai, anda perlu merancang perjalanan yg harus
diambil, iaitu mengikuti jalan yg terdekat dan kurang kesesakan
lalu lintas  jadi anda menggunakan apps WAZE atau GOOGLE MAP

 anda masukkan destinasi dan apps akan berikan

cadangan laluan

• Jadi, merancang perjalanan ialah Pemikiran Komputasional dan
mengikut arahan langkah demi langkah ialah Pengaturcaraan

LATIHAN AKTIVITI

Anda ditugaskan mengadakan Kempen Mengurangkan Bil Elektrik
di rumah. Justifikasikan ciri-ciri Pemikiran Komputasional dalam
menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yg diberikan

1. Leraikan masalah peningkatan bil elektrik
2. Kenal pasti ciri-ciri yg terdapat dan bina corak penggunaan atau

pembaziran elektrik di semua tempat di rumah
3. Meniskalakan ciri-ciri yg hendak dijadikan model dan ciri spesifik

yg hendak diketepikan
4. Jelaskan dgn ringkas langkah demi langkah penyelesaian yg

diambil utk menyelesaikan masalah tersebut

TAMAT


Click to View FlipBook Version