ISI KANDUNGAN
MAKSUD NASIONALISME
Nasionalisme adalah satu ideologi yang
meletakkan negara dan bangsa pada satu taraf
yang tinggi. Nasionalisme juga boleh ditakrifkan
sebagai mencipta dan mempertahankan
kedaulatan negara dengan mewujudkan satu
konsep identiti bersama untuk sekumpulan
manusia.
Para nasionalis menganggap negara adalah
berdasarkan beberapa ‘kesahihan politik’.
Perkara ini berpunca daripada teori romantisme
yang bererti ‘identiti budaya’, berasal daripada
hujah liberalisme yang menganggap kesahihan
politik ini berpunca daripada kehendak rakyat
ataupun gabungan kedua-dua teori.
Pada zaman moden ini, nasionalisme merujuk
kepada amalan politik dan ketenteraan yang
berlandaskan nasionalisme secara etnik serta
keagamaan.
1
TUJUAN NASIONALISME
Secara umumnya tujuan nasionalisme adalah
untuk memberi identiti kepada sesuatu bangsa.
Tujuan nasionalisme adalah untuk
menghilangkan tuntutan yang berlebihan,
dalam kata lain, Ekstremisme daripada individu
atau kelompok yang tinggal di negara tersebut
kepada pemerintah.
Selain itu, bagi menjamin kemahuan dan untuk
mempertahankan warganegara untuk melawan
ancaman luar. Di samping itu, tujuan
nasionalisme ini wujud untuk menumbuhkan dan
meningkatkan rasa cinta terhadap bangsa,
negara serta tanah air dan pada masa yang
sama untuk membangunkan sebuah hubungan
yang harmonis dan rukun negara antara
masyarakat dan individu.
Selain daripada itu, berupaya untuk membina
satu usaha kepada masyarakat untuk
menumbuhkan sebuah semangat untuk berjuang
dan rela berkorban demi negara.
2
BAGAIMANA NASIONALISME
BERKEMBANG DI MALAYSIA?
1. Nasionalisme Awal 2. Perjuangan Golongan
Intelektual
Sebelum Perang Dunia
Kedua, orang melayu sudah
Nasionalisme di Malaysia ini
mula membenci British. Ini
telah diperjuangkan oleh
kerana British telah memberi
golongan intelektual
pentadbiran negeri kepada
berpendidikan agama,
residen yang asalnya
berpendidikan Inggeris dan
dikuasai oleh pembesar
berpendidikan Melayu.
tempatan.
Tokoh intelektual agama
Selain itu, pembesar
seperti Haji Abbas Mohd
tempatan turut digantikan
Tahar dan Sheikh al-Hadi
dengan pegawai British dan
yang meminati gerakan islah
banyak lagi ketidakadilan
menjadikan agama islam
yang berlaku. Oleh itu,
sebagai asas kemajuan dunia
timbulnya perasaan benci
dan akhirat. Bagi
yang mengebu-gebu kerana
menyebarkan fahaman islah,
orang melayu merasakan
madrasah telah ditubuhkan
maruah mereka dipijak-pijak
untuk memberi kesedaran
dan mencabar sistem
tentang kepentingan
tempatan. pendidikan.
Haji Abbas Mohd
Sheikh al-Hadi 3
Tahar
Para pelajar yang belajar di madrasah menunjukkan
pemodenan dan perkembangan dari segi sikap dan
penafsiran terhadap islam. Wanita juga boleh belajar
di madrasah. Untuk lebih meningkatkan semangat
nasionalisme, akhbar dan majalah seperti Al-Imam,
Neracha dan Tunas Melayu diterbitkan.
Manakala, golongan intelektual Inggeris adalah pelajar
dari Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Awalnya,
MCKK ditubuhkan untuk melatih anak bangsawan yang
kemudiannya akan diserap dalam pentadbiran British.
Namun, mereka mengambil kesempatan itu untuk
menuntut hak pendidikan orang Melayu.
Contohnya, Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat
dan Mohammad Eunos Abdullah tuntut British membuka
lebih banyak peluang pekerjaan dan menaiktaraf hidup
orang Melayu di dalam akhbar Utusan Melayu, Warta
Malaya dan Lembaga Malaya.
Seterusnya, golongan intelektual Melayu adalah pelajar
dari Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang kini
dinamakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Disinilah tokoh seperti O.T.Dussek dan Abdul Hadi Abdul
Manan sebarkan kesedaran nasionalisme kepada pelajar
dan melahirkan banyak tokoh penulis yang cekap.
4
Buku yang berkualiti juga dapat dihasilkan untuk
membangkitkan semangat nasionalisme kebangsaan.
Kokurikulum SITC dapat membangkitkan kesedaran kerana
ia mengutamakan mata pelajaran sejarah yang
menceritakan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu.
3. Perjuangan Melalui Persatuan
Golongan-golongan intelektual telah menubuhkan
persatuan pula dalam mengembangkan nasionalisme di
Malaysia. Contohnya, Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Persaudaraan Sahabat
Pena.
Pada tahun 1926, KMS telah ditubuhkan oleh Tengku Abdul
Kadir dan Mohammad Eunos Abdullah di Singapura. Tujuan
penubuhannya adalah untuk memberi kesedaran kepada
orang Melayu tentang pentingnya pendidikan di peringkat
tinggi. Ahli KMS juga memohon agar orang Melayu
mendapat kedudukan dalam pentadbiran.
Pada tahun 1939, KMM telah ditubuhkan oleh Ibrahim bin
Haji Yaakob. Beliau juga merupakan seorang wartawan
akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Ahlinya berjuang melalui
akhbar itu dalam menentang British dengan menghasilkan
gagasan Melayu Raya yang menyeru orang Melayu ‘bangun
sebagai satu bangsa yang bertamadun dan sopan di tanah
airnya’.
5
Objektif penubuhannya adalah untuk meningkatkan taraf
pendidikan bangsa melayu dan mewujudkan perpaduan
dalam kalangan pemuda melayu. Semasa perang dunia
kedua, KMM pernah bekerjasama dengan Jepun bagi
menghalau British dari tanah melayu.
4. Malayan Union
Pada tahun 1946, Malayan Union telah ditubuhkan oleh
pihak British. Penubuhannya meletakkan tanah melayu
sepenuhnya dalam naungan British. Mengikut pentadbiran
tersebut, Sultan-Sultan Melayu kehilangan kuasa dan
kedaulatan terhadap negeri masing-masing kerana hanya
terhad kepada hal berkaitan adat istiadat dan agama Islam
dalam negeri sahaja.
Prinsip Jus Soli yang diperkenalkan memberi hak
kewarganegaraan yang saksama kepada bangsa-bangsa
yang lain.
Oleh itu, orang melayu menentang dengan kuat agar
Malayan Union dihapuskan. Lalu, Malayan Union digantikan
dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kesannya, penubuhan Malayan Union meningkatkan dan
menyemarakkan semangat patriotisme untuk menuntut
kemerdekaan dari penjajah.
6
Situasi semasa demonstrasi terhadap Malayan Union
di Tapah
7
CABARAN YANG MENGHALANGI
SEMANGAT NASIONALISME DI
MALAYSIA PADA MASA KINI
Terdapat beberapa cabaran yang mencegah pelaksanaan
semangat nasionalisme di Malaysia:
Sikap masyarakat yang
Terpengaruh dengan
mementingkan diri sendiri Budaya Barat
Ini kerana masyarakat tidak
Walaupun Malaysia sudah
menghiraukan perkara lain
bebas merdeka, tidak lagi
akibat daripada urusan
dijajah oleh kuasa barat,
harian mereka yang sibuk.
dalam tidak sedar mereka
Mereka menganggap perkara
sebenarnya sudah mula
yang paling penting dalam
menguasai kita. Mereka tidak
hidup mereka adalah
lagi menjajah dengan kuasa
mencari cara untuk
mahupun peperangan yang
menambahkan pendapatan
melibatkan pertumpahan
mereka. darah, sebaliknya dengan
pengaruh budaya yang
Hal ini dilakukan untuk
dibawa ke negara kita.
mendapatkan masa depan
Budaya barat banyak
yang dapat dijamin dan
mempengaruhi golongan
mengurangkan perhatian
remaja serta pemikiran
mereka kepada hal-hal lain.
mereka.Mereka akan
Secara tidak langsung
mengikut gaya hidup,
menyebabkan semangat
berpakaian serta aktiviti lain
nasionalisme semakin pudar
yang mendorong kepada
dalam kalangan masyarakat. gejala sosial yang serius dan
membahayakan. 8
Kurang Menghayati
Perjuangan Tokoh-tokoh
Tempatan
Generasi kini kurang
Pengaruh Media Massa serta
menghayati semangat
Media Cetak
nasionalisme kerana
mereka tidak merasai
Medium yang menyampaikan
kepayahan hidup dan
maklumat, berita seperti media
pengorbanan para pejuang
cetak, media massa dan juga
dahulu demi mencapai
laman sesawang yang
kemerdekaan. menyebarkan berita palsu juga
merupakan halangan memupuk
Masyarakat tidak
semangat nasionalisme di
mengenang jasa tokoh-
Malaysia.
tokoh terdahulu. Malaysia
kita yang aman dan
Ini kerana dalam zaman
makmur ini hasil daripada
teknologi ini, banyak medium di
segala usaha mereka demi
laman sesawang yang telah
menuntut kemerdekaan.
disalahgunakan oleh individu
Tokoh-tokoh tempatan
yang tidak bertanggungjawab
kurang dikenali di kalangan
bagi memburukkan martabat
masyarakat walaupun telah
negara, dan memecah
banyak berjasa kepada
belahkan kaum. Mereka
negara. membuat fitnah dengan
sewenang-wenangnya, kerana
mereka tahu tiada siapa akan
dapat mengambil tindakan
yang tegas terhadap mereka.
9
KESAN DARIPADA SEMANGAT
NASIONALISME DI MALAYSIA
Dari Segi Politik
Penambahan orang Melayu dan Malayan Civil Service
(MCS) hasil daripada gesaan kerajaan untuk
meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran
British.Dasar desentralisasi telah mengembalikan
kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
yang tercabar disebabkan pembentukan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu.
Hasilnya, orang Melayu mula berani bersuara dan
persatuan peringkat negeri tertubuh Kelab bacaan
dan drama ditubuhkan hasil daripada nasionalisme di
China. Sekolah juga telah banyak terbina dan bahasa
Mandarin digunakan untuk menggantikan dialek yang
lain. Sekitar 1930-1950, ramai masyarakat India telah
lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait
Born". Mereka lebih mementingkan perpaduan dan
mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu.
Seterusnya, kesan daripada nasionalisme, British mula
berwaspada dan apabila gerakan nasionalisme.
Sebagai contoh, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob,
Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam
ditangkap dan dipenjarakan di Singapura. Mereka
telah dibebaskan oleh Jepun pada 1942.
10
KESAN DARIPADA SEMANGAT
NASIONALISME DI MALAYSIA
Dari Segi Ekonomi
Kaum Muda menggesa orang Melayu untuk
memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi. Ini
membawa kepada pertubuhan persatuan kebajikan
Al-Jamiah Al-Khairiah di Singapura yang berjaya
membangkitkan semangat berniaga.
Seterusnya, hasil daripada penekanan British
terhadap sistem pendidikan pada tahap rendah telah
menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup.
Za'ba tokoh nasionalis sering membangkitkan isu
tersebut dan menyedarkan para guru tentang
kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa
Inggeris.
Bukan sahaja itu, akhbar bahasa Inggeris seperti The
Malay Mail dan The Malaya Tribune telah
mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu
melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat
sokongan dari Persekutuan guru-guru melayu Selangor
dan persatuan negeri.
Surat khabar 'The
Malaya Tribune'
11
KESAN DARIPADA SEMANGAT
NASIONALISME DI MALAYSIA
Dari Segi Sosial
Tuntutan untuk mendapatkan pendidikan telah
mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk
belajar di madrasah dan sekolah Melayu. Kesedaran
ini membawa kepada penulisan dan mereka
penghasilan majalah sendiri.
Lepasan SITC telah meningkat dan ramai daripada
mereka terutama sekali wanita berkhidmat sebagai
guru untuk meningkatkan taraf pendidikan
masyarakat. Guru wanita iaitu Ibu Zain telah
menerbitkan majalah Bulan Melayu yang menulis
berita tentang kemajuan pendidikan wanita. Beliau
juga mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu
pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita.
Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan
persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. Sebagai
contoh EEC Thuraisingam, Presiden Malayan Rubber
Estate Owner Association yang membantu
meningkatkan perusahaan getah.
Masyarakat Cina meminta penimbangan kerajaan
British untuk terlibat dalam jawatankuasa kerajaan.
Tan Cheng Lock, anggota Majlis Perundangan Negeri-
negeri Selat (SSLC) menuntut penyediaan dana untuk
12
belajar dan kebajikan masyarakat Cina terjaga.
RUANG PATRIOTIK
PANTUN
SAJAK
Bunga kebangsaan Bunga Raya,
Maaf aku bukan Sungguh menawan warna merah,
pejuang, Hari Kemerdekaan kita gembira,
Tapi akan kucoba Bebas Malaysia daripada
mempertahankan apa penjajah.
yang mereka tinggalkan,
Tidak malukah kamu Sangat terbilang nama Malaysia,
dengan mereka yang Melahirkan pelbagai tokoh dan
terkorban, wira,
Hanya demi masa depan Bersama kita kibarkan bendera,
yang kamu sia-siakan. Tanda sayang akan negara.
Wahai anak muda, Jalur Gemilang berkibar megah,
Bangkitlah berjuang Simbol perpaduan negara dan
bersama, bangsa,
Berjuang demi Hari Kemerdekaan disambut
mempertahankan tanah meriah,
air kita, Moga negara sentiasa aman dan
Dari terus dijajah oleh bahagia.
mereka yang durjana.
Pelbagai bangsa dan budaya,
Perpaduan menjadi tunjang
utama,
Bersatu rakyat berjaya negara,
Aman sejahtera Malaysia
selamanya.
13
RUANG SANTAI
14
CERPEN
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bukit Tabur,
Kuala Lumpur menjadi santapan mata di pagi hari
yang indah dan nyaman. Terdapat tiga orang rakan
sebaya yang telah berkumpul untuk menghadiri aktiviti
kemerdekaan.
“Wah, cantiknya pemandangan! Ramai orang pula”
kata Iffah sambil memerhati keadaan sekeliling.
“Jom! Program dah nak mula. Bawa beg elok-elok,
jangan hilang!” Pesan Mei Ling kepada Iffah dan Savi.
“Baik,” balas mereka berdua.
Mereka bertiga bersama-sama mula mendaki Bukit
Tabur sebaik sahaja aktiviti itu dimulakan. Bendera
Jalur Gemilang berkibaran di setiap tangan para
peserta. Penuh semangat mereka mendaki tanpa
penat.
Setelah beberapa jam mendaki bukit, akhirnya para
peserta tiba di puncak Bukit Tabur. Gambar dirakam
beramai-ramai untuk dimasukkan ke dalam akhbar.
Tambahan pula, aktiviti tersebut turut dirakamkan
untuk disiarkan di televisyen seperti Berita Tv3 dan
lain-lain.
15
“Seronok tak aktiviti hari ni? “soal Savi ketika dalam
perjalanan pulang ke rumah.
“Mestilah seronok Vi!” Jawab Iffah dan Mei Ling
serentak.
“Dalam aktiviti tadi kami kan dapat tengok bagaimana
masyarakat kami yang berbilang kaum ini bekerjasama
dan memberi bantuan kepada orang yang tidak dapat
mendaki ke atas”,” kata Iffah.
“Ya, bukan itu je lah, saya juga nampak ada beberapa
pak cik membantu untuk mengutip sampah yang
terdapat ketika di puncak bukit tu,” kata Mei Ling.
“Saya berasa sangat bangga sebagai rakyat Malaysia
lah, tetapi melalui aktiviti ini saya dapat perasan
bahawa setiap masyarakat telah menggunakan cara
yang berlainan dalam memupuk semangat
nasionalisme dan ini menyebabkan saya berasa
gembira kerana yang dibantu juga akan membawa
semangat ini dan menerusi semangat ini pada masa
datang,” Savi menjawab.
“Betul tu,” jawab Iffah dan Mei Ling.
“Lusa nak pergi Dataran Merdeka pula, mesti lagi
seronok sebab dapat menyambut kemerdekaan
bersama rakyat Malaysia dan pejuang negara kan?”
kata Mei Ling.
16
“Inilah pengorbanan kita terhadap negara walaupun
tak besar mana pengorbanan tu. Yang penting, kita
kena bersemangat untuk menyambut bagi memupuk
rasa syukur kerana kita dapat hidup di negara yang
aman atas pengorbanan para pejuang negara yang
mendapatkan kemerdekaan negara dan bergaul
dengan rakan sebaya yang berbilang kaum ni” jelas
Iffah panjang lebar. Dan suara gelak dan kisah-kisah
nasionalisme telah menjadi bahan bualan mereka
sepanjang masa pulang ke rumah masing-masing.
17
Kesimpulan
Kesimpulannya, semangat
nasionalisme sangat penting di
dalam sesebuah negara. Ini
kerana ia dapat menjamin
kedaulatan negara. Dengan
adanya semangat nasionalisme,
rakyat dapat mengukuhkan jati
diri masing-masing. Semangat
ini juga mewujudkan wira-wira
yang sanggup berkorban untuk
negara dan bangsa. Oleh itu,
ayuhlah sama-sama kita
menjaga tanah air yang tercinta
ini agar tidak dijajah lagi pada
masa depan.
18
Penghargaan
Kami merupakan pelajar subjek
Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara
Malaysia, Kedah ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majalah kenegaraan
malaysia sesi 2022 ini. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Shahrol Aman bin Ahmad selaku
pensyarah kenegaraan malaysia kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada kami
semua. Tidak dilupakan juga kedua ibu
bapa dan rakan-rakan kami yang
menyokong dari segi masa dan mental
dalam menyiapkan majalah ini.
_ Terima kasih semua _
19
Rujukan:
https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingk
atan-4/sejarah-t4-bab-2-7
http://mohammadia5193.blogspot.com/2015/07/
3.html?m=1
https://hermanzaini.wordpress.com/nota-ting-
5/bab-2-nasionalisme-di-malaysia-sehingga-
perang-dunia-kedua/
https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/10/
cabaran-nasionalisme_31.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasionalisme
https://katadata.co.id/intan/berita/61cf1cc8ea8
23/tujuan-nasionalisme-dan-contohnya-di-
kehidupan-sehari-hari
https://hot.liputan6.com/read/4622776/apa-
itu-nasionalisme-simak-pengertian-tujuan-dan-
bentuk-bentuknya-yang-harus-dipahami
20