. Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kurakura. Kura-kura sedang berjalan dengan perlahan
" HA HA HA " Arnab ketawa. "Lambatnya kura-kura berjalan" kata sang arnab dalam hatinya. Arnab pun berjumpa dengan kura-kura lalu berkata " Mahukah kau berlumba dengan ku ?" .
Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Sang Kancil telah menjadi pengadil bagi perlumbaan tersebut.
Perlumbaan tersebut dimulakan dengan sorakkan daripada penyokong kedua-dua peserta.
Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura manakala kura-kura dengan perlahannya melepasi garisan mula.
Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalau ada kelibat Sang Kura-kura di belakangnya.
Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut. Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.
"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memotong aku" , kata Sang Arnab yang baru bangun tidur lalu tergesa-gesa berlari menuju ke garisan penamat.
Apabila Sang Arnab sampai di garisan penamat, Sang Kura-kura sedang menerima ucapan tahniah daripada binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu
Dengan rasa malunya, Sang Arnab beredar daripada kawasan itu kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba.