The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Kali Pertama 2018 by Flipping Mode

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd62506, 2018-10-31 12:12:22

Mesyuarat Kali Pertama 2018 by Flipping Mode

Mesyuarat Kali Pertama 2018 by Flipping Mode

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI ST. DAVID
BUKIT BARU, MELAKA

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 27 Disember 2017
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Bilik Media, SMKTSD.

Guru yang tidak hadir:

1. Pn. Hjh. Kamariah binti Embot (bersebab)
2. En. Muhd Ridzuan Efandy bin Muhd Hanapiah (bersebab)
3. Pn. Nurul Jannah binti Mat Yusop (bersebab)
4. Pn. Sri Hani bte Mohamad Ali (bersebab)
5. Pn. Umi Nadrah binti Hussein (bersebab)

1. Ucapan pengerusi mesyuarat:

1.1 Tuan Pengetua mengucapkan selamat pagi dan selamat kembali bagi memulakan
tugas kepada semua guru yang hadir pada pagi ini setelah lima minggu bercuti.

1.2 Tuan Pengetua mengalu-alukan dan memperkenalkan dua orang guru baharu.
Iaitu Pn. Nurul Huda binti Abdul Wahab dan En. Low Sin Kee, kedua-duanya
dari SMK. Durian Daun.

1.3 Tuan Pengetua mengingatkan bahawa LADAP kali pertama akan diadakan pada
minggu berikutnya apabila sesi persekolahan bermula.
Tindakan : Semua guru

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas:

Pencadang : En. Zahari bin Ahmad
Penyokong : Cik Siti Norraen binti Baharim.

2 a) Perkara berbangkit.

2.1 Tuan Pengetua memberitahu berkenaan terdapat seorang guru yang tidak
menyerahkan Buku Kemajuan Murid kepada para pelajar bagi Peperiksaan
Akhir Tahun 2017. Diingatkan kepada guru-guru yang belum berbuat demikian
agar dapat menyerahkan kepada para pelajar sebelum 02 Januari 2018.

2.2 Termasuk juga kertas jawapan pelajar harus diserahkan kepada semua pelajar
agar mereka tahu akan kelemahan mereka dan boleh diperbaiki untuk
peperiksaan yang akan datang.

2.3 Diingatkan agar semua Perancangan Strategik harus diserahkan kepada GPK
mengikut bidang masing-masing.

1

2.4 Bagi e-Rancangan Harian akan ditaklimatkan oleh Pn. Noraini binti Md. Isnin
dan Pn. Razian binti Yacob pada esok hari iaitu 28 Disember 2018.

2.5 Diingatkan untuk para guru yang terlibat, termasuk guru tingkatan 1 dan
peralihan (termasuk guru pembantu) serta wakil PIBG untuk pendaftaran para
pelajar tingkatan 1 pada 29 Disember 2018.
Tindakan : Semua guru

3. Amanat & Taklimat Tn. Pengetua:

3.1 Berkenaan isu Cikgu Azizan. Di mana para pelajar bermasalah disiplin (hisap
gam & buli) dan guru menggunakan tangan sebagai tindakan/hukuman.

3.2 Tugas pertama kita sebagai guru adalah mendidik. Mendidik secara holistik
termasuk mendidik moral, nilai sejagat dan nilai kemanusiaan dalam diri para
pelajar.

3.3 Apa yang kita harapkan ialah kemajuan para pelajar. Para pelajar berjaya
menjadi seorang manusia yang berguna.

3.4 Contohnya mendidik para pelajar agar menjaga kebersihan kelas, menasihati
para pelajar untuk memenuhkan ruang papan kenyataan di belakang kelas.
Selain itu, menasihati murid supaya tidak masuk dari pintu belakang kelas.
Masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru.

3.5 Tn. Pengetua juga mengingatkan dalam VLE Frog, terdapat 18 cara memahami
petikan, selain terdapat cara belajar & teknik menjawab soalan.

3.6 Diingatkan juga berkenaan pekeliling bil. 10 1968 & 1975 bahawa semua guru
adalah guru disiplin. Bersama-sama mencari cara mencegah disiplin pelajar.
Berganding bahu membetulkan masalah disiplin murid. Sebagai contoh
mengambil tindakan kepada murid yang suka memaki di dalam kelas.

3.7 Sentiasa menjaga keselamatan murid pada setiap masa termasuk pada waktu
terluang. Walau di mana jua kita berada asal di dalam sekolah.

3.8 Seharusnya kita menegur murid yang melakukan kesalahan, jika perlu marah,
kita hendaklah marah. Contohnya sekiranya ada murid yang memanjat tembok
penghadang sekolah di kaki lima kelas.

3.9 Juga sekiranya guru-guru terlibat dengan sebarang aktiviti sekolah seperti
membawa para pelajar dalam aktiviti lawatan di luar sekolah.

4.0 Di samping itu, turut menjaga kebajikan murid. Tamsilnya murid-murid tiada
pen, tidak membawa buku, kasut mereka tidak pernah berbasuh. Sekiranya
guru-guru rasa para pelajar tersebut memerlukan bantuan, carilah bantuan
untuk murid-murid tersebut.

4.1 Diingatkan kepada empat orang guru kaunseling agar memberikan nama
kepada pihak disiplin untuk pelajar yang memerlukan bantuan.

4.2 Sekiranya ada guru yang membawa pelajar ke luar sekolah, pastikan
permohonan untuk duit makan pelajar. Misalnya terdapat pelajar yang wakil
sekolah untuk satu-satu pertandingan.

4.3 Diingatkan juga agar mengutamakan para pelajar dalam apa jua keputusan
yang kita buat. Contohnya dalam membantu murid-murid yang bermasalah. Hal
ini demikian kerana, ‘Murid adalah pelanggan kita.’ Hal ini disebabkan,
sekolah akan dipersalahkan sekiranya keputusan yang dibuat tanpa

2

mengutamkan para pelajar.
4.4 Apa yang paling penting, jalankan tugas dan buat keputusan demi kepentingan

perkhidmatan. Lihat kepentingan murid-murid dahulu, baru kepentingan diri
sendiri. Misalnya dalam pembelian stok barangan panitia dengan berhemah,
termasuk pembelian yang bernilai. Di mana ‘kualiti tinggi, harga rendah.’

Tindakan : Semua guru

4 Diingatkan berkenaan 10 perkara:

4.1 Hanya ketua Jabatan sahaja yang boleh meluluskan permohonan CRK. Juga
sekiranya guru-guru meninggalkan kawasan sekolah, haruslah memberi tahu
pihak pentadbir dan mengisi Buku Keluar yang terdapat di pejabat sekolah. Hal
ini penting memandangkan apa juga yang berlaku di luar sekolah dalam waktu
bertugas rasmi adalah di atas tanggungjawab Ketua Jabatan. Contohnya
kemungkinan berlaku kemalangan, kes ragut, di rompak dan sebagainya. Hal
ini mungkin membolehkan guru-guru dikenakan tindakan tatatertib sekiranya
ingkar arahan.

4.2 Diingatkan juga agar memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya tidak
hadir atau lambat datang ke sekolah. Hal ini kerana untuk memudahkan relief
yang disediakan oleh pihak pentadbir. Misalnya sekiranya guru-guru terlibat
dengan temujanji klinik dan kursus. Harus ditulis pada papan putih dan tidak
perlu memberi tahu pengetua. Hanya memberitahu Dr. Ravi, CC atau Mr. Tam
atau GPK Koku atau salah seorang GKMP.

4.3 Guru-guru perlu ikut waktu bekerja. Sekiranya waktu berada di sekolah mesti
berada di sekolah.

4.4 Sementalahan itu, etika berpakaian haruslah dijaga, guru-guru perlu berpakaian
yang sesuai. Berkasut kulit dan jangan berselipar, hal ini demikian kerana takut
pihak JPN berkunjung dan pihak pentadbir akan ditegur. Selain itu, baju batik
pada setiap hari Khamis. Manakala, baju PJ dan kasut sukan waktu PJ kecuali
sewaktu menggantikan waktu PJ. Sekiranya pakai t-shirt mestilah berkolar dan
berseluar sukan. Diingatkan kepada guru-guru PJ agar jangan hanya setiap hari
di padang perlu juga buat PK. (Pendidikan Kesihatan) di kelas.
Tindakan : Semua guru

4.5 VLE & I-Think, di mana KPM telah melonggarkan tarikh untuk semua guru di
luar talian bagi menyiapkan e-pembelajaran ini. Terdapat lapan jenis peta
pemikiran yang sesuai diaplikasikan untuk subjek Sejarah & Geografi.

4.6 Guru-guru diminta untuk mengisi Rancangan Harian di dalam Frog VLE.
Terdapat guru-guru yang tidak menyiapkan RH yang terdapat dalam VLE
dalam tahun ini. Guru-guru terbabit boleh disabitkan kesalahan di bawah
perkeliling tahun 1996 dan boleh didenda.

4.7 Diingatkan agar guru-guru bekerja secara berpasukan, berkerjasama,
berkolaboratif dan selalu bertanya sekiranya tidak tahu. Diharapkan dapat
saling bantu membantu antara satu sama lain. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.’ Singkirkan
sikap mendiamkan diri dan pentingkan diri sendiri. Juga, jangan jadi
penunggang namun sama-sama menyumbang idea & tenaga untuk kebaikan
bersama.

3

4.8 Guru-guru juga diingatkan agar mengikut loceng sekolah, bukannya mengikut
masa jam di tangan sendiri. Hal ini demikian kerana, loceng masih belum
berbunyi, namun sesetengah pelajar sudah menunggu di hadapan pintu pagar
sekolah.

4.9 Guru-guru diminta untuk masuk ke kelas dengan lebih awal iaitu sebelum
pukul 07:40 pagi. Bergerak dengan lebih awal iaitu dua, tiga minit lebih awal
sebelum loceng berbunyi. Selain itu, sekiranya diberikan relief, tolong periksa
betul-betul kelas yang akan dimasuki dan waktu relief tersebut, terutama waktu
ujian & peperiksaan.

5.0 Guru-guru juga diminta menjaga percakapan di hadapan murid kerana terdapat
kompelin daripada ibu bapa yang mengatakan terdapat guru-guru yang
menghina anak-anak mereka. Terdapat guru yang memarahi murid-murid
dengan menyebut bapa mereka. Kebetulan bapa mereka telah meninggal dunia
Contohnya, “ ayah kamu tak ajar kamu kah?.”

5.1 Diingatkan agar guru-guru lebih berhati-hati sewaktu berbicara di bilik guru,
menjaga pertuturan kerana ramai pelajar yang keluar masuk ke bilik guru.
Takut mereka terdengar perbualan guru-guru mengenai murid-murid.

5.2 Selain itu, bilik guru adalah tempat guru berehat dan menyiapkan kerja-kerja
yang belum selesai. Oleh itu, guru-guru perlu lebih berhati-hati terutamanya
sewaktu meletak barangan masing-masing. Hal ini kerana terdapat kes murid
datang ke tempat guru dengan niat menukar markah mereka apabila terdapat
guru-guru yang meletakkan kertas jawapan peperiksaan tanpa disimpan pada
tempat yang lebih selamat & berkunci.

5.2 Para guru juga diingatkan mengenai isu-isu sensitif seperti isu perkauman,
agama & sebagainya. Diharapkan lebih berhati-hati & tidak mengutarakan
isu-isu tersebut.
Tindakan : Semua guru

5. Taklimat daripada Penolong Kanan 1, Dr. M. Ravindran a/l Munisamy:

5.1 Penolong Kanan 1 mengingatkan agar buku Pengurusan & Pentadbiran
diambil di pejabat sekolah.

5.2 Guru-guru diingatkan agar menyemak maklumat masing-masing pada muka
surat 1 dalam buku Pengurusan & Pentadbiran.

5.3 Lihat takwim pada muka surat 6, masih lagi kosong, memandangkan KPM
masih belum memasukkan dalam portal untuk maklumat tersebut.

5.4. Pada muka surat 22, terdapatnya waktu persekolahan bagi tahun 2018. Waktu
yang tertera adalah sama dengan tahun lepas. Diharapkan guru-guru peka
dengan masa-masa tersebut.

5.5 Jadual Guru Bertugas pada muka surat 24-26. Diingatkan kepada semua guru,
nama pertama yang mempunyai simbol (K) merupakan ketua untuk minggu
tersebut.

5.6 Manakala, pada muka surat 29, terdapatnya cadangan untuk pengawasan bagi
Peperiksaan SPM tahun 2018. Bagi guru-guru yang mempunyai kekangan
bolehlah berjumpa dengan Dr. Ravi.

5.7 Pada muka surat 33, terdapatnya senarai penyelaras, guru tingkatan &

4

pembantu guru tingkatan untuk tahun 2018. Diharapkan guru-guru saling
bekerjasama untuk menjalankan tugas dan guru pembantu lebih peka
terutamanya sewaktu mencatat kehadiran setiap hari.
5.8 Seterusnya, pada muka surat 40, terdapatnya senarai Jawatankuasa Majalah
Sekolah untuk tahun 2018, memandangkan pada tahun lepas jawatankuasa ini
direhatkan untuk satu tahun.
5.9 Selanjutnya, pada muka surat 51, dilampirkan senarai Jawatankuasa
Pembestarian Sekolah untuk tahun 2018. Guru-guru diminta merujuk senarai
jawatankuasa tersebut.
6.0 Senarai Ketua Panitia mengikut bidang masing-masing pada muka surat 56-57.
Guru-guru diminta untuk menambahkan nama Pn. Nik Nor Ellyna Sahari yang
merupakan Ketua Panitia Sains Menengah Atas kerana nama beliau tertinggal.
6.1 Kelas tambahan akan bermula selepas sukan sekolah dan para pelajar wajib
hadir untuk kelas tambahan ini. Waktu kelas tambahan ini akan dimasukkan
dalam jadual waktu kelas & jadual waktu persendirian guru-guru.

Tindakan : Semua guru

6. Hal-hal lain:

6.1 Diingatkan kepada semua guru kelas agar masuk ke kelas masing-masing
bermula 07:40 hingga 09:10 pagi pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

6.2 Selanjutnya, penilai untuk guru-guru akan ditampal & dipaparkan di depan bilik
Dr. Ravi pada bulan Januari nanti.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh; Disemak oleh,

........................................... .....................................
(EN. ASMI BIN MD JAIS) (DR. M. RAVINDRAN)
Guru bertugas mingguan. GPK. 1,
SMK. Tinggi St. David. SMK. Tinggi St. David.

5


Click to View FlipBook Version