DISEDIAKAN OLEH:
PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
PSS SRK LOK YUK LIKAS
1
KERTAS KERJA
RUANG BACAAN SANTAI PUSAT SUMBER SEKOLAH
SRK LOK YUK LIKAS
2021
1.0 PENDAHULUAN
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu peraturan yang dikuatkuasa oleh Kerajaan
untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negara ini. Sehinggalah tempoh PKP tamat,
pengoperasian sekolah telah megalami fasa baru atau norma baharu dengan langkah-langkah
pengoperasian yang lebih ketat. Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali,
maka beberapa langkah keselamatan dan berjaga-jaga hendaklah dipatuhi agar tidak dijangkiti
wabak merbahaya ini serta membendung penularannya. Pusat Sumber Sekolah juga adalah
disarankan untuk mengguna pakai garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selain mengikut Garis
Panduan Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah Pasca Peraturan Kawalan Pergerakan Yang
Disediakan Oleh Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah Persatuan Pustakawan Malaysia.
Oleh kerana saiz PSS SRK Lok Yuk Likas adalah sangat sempit, maka pengoperasian di
dalam PSS ditangguhkan sementara waktu. Tetapi PSS SRK Lok Yuk Likas perlu terus
berinovasi demi memastikan keperluan maklumat murid dapat dipenuhi walaupun berhadapan
kekangan untuk hadir ke PSS secara fizikal. Dengan itu, tercetuslah idea mewujudkan ruang
bacaan di tempat terbuka iaitu di dewan terbuka dengan sedikit pengubahsuaian bagi
menjadikan ruang bacaan tersebut menarik dan dapat digunakan secara optimum oleh semua
warga sekolah. Maka, PSS perlu diurus dengan baik dan teratur samada dari segi penjadualan,
sistem sirkulasi, peralatan, bahan-bahan PdPC serta kemudahan dan perkhidmatan.
2
2.0 RASIONAL
Oleh itu, PSS SRK Lok Yuk Likas memerlukan satu inisiatif proaktif oleh pihak sekolah
untuk mencari lokasi alternatif di kawasan yang terbuka bagi mengelakkan 3S iaitu kawasan
yang sesak, sempit dan bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat agar PSS SRK Lok
Yuk Likas kembali berfungsi seterusnya melonjak menuju kecemerlangan seiring dengan usaha
sekolah ke arah transformasi sekolah abad ke-21.
Sementara itu, Jawatankuasa PSS mengambil inisiatif untuk melaksanakan program
PSS secara maya atau atas talian untuk memperkasakan semula PSS SRK Lok Yuk LIkas
bermula 2021.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan sebuah ruang bacaan PSS di luar PSS yang lengkap dengan kemudahan
asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya di samping lokasi
yang lebih strategik, suasana yang lebih kondusif dan selesa yang akan dapat
membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fungsi sebenar PSS.
3.2 Memperluaskan suasana pembelajaran abad ke-21 selari dengan dasar
pendidikan yang menggalakkan elemen teknologi dalam pembelajaran.
3.3 Memperkasakan jaringan kerjasama dengan Panitia-panitia mata pelajaran dalam
membantu menambah dan meluaskan pengetahuan murid-murid.
3.4 Memastikan PSS mempunyai koleksi yang menepati piawaian, terkini, diurus dengan
cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum oleh seluruh warga sekolah.
3
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menggunakan ruang belakang dewan terbuka sebagai ruang bacaan PSS.
4.2 Berkolaborasi dengan Pusat Akses untuk menyediakan perkhidmatan akses
maklumat menggunakan chrome book.
4.3 Mempunyai capaian internet agar dapat mengoperasikan sistem automasi secara atas
talian
4.4 Mempunyai infrastruktur lengkap seperti pengudaraan dan pencahayaan yang
mencukupi serta berhawa dingin mudah alih agar menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa:
4.5 Mewujudkan ruang pembelajaran yang pelbagai serta boleh diubahsuai untuk
mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta mengikut perubahan kurikulum dan
teknologi seperti:
3.5.1 Ruang Membaca Terbuka
3.5.2 Ruang Diskusi
3.5.3 Ruang Permainan Pembelajaran
3.5.4 Ruang Akses Komputer, Internet dan Wifi Hotspot
3.5.5 Ruang Mentelaah, Penyelidikan dan Koleksi
3.5.6 Ruang Bacaan Riadah Ringan untuk Surat Khabar dan Majalah
3.5.7 Ruang Pembelajaran Santai untuk menonton dan mendengar audio visual
berilmiah
3.5.8 Ruang Pameran Bertema, Buku-buku Terkini dan Karya-karya Agung
4.6 Menggalakkan pembelajaran kendiri melalui capaian sumber maklumat yang banyak
dan pelbagai, seterusnya merangsang pembelajaran dan menghasilkan idea-idea yang
bernas dan pragmatik.
4.7 Mencungkil dan mengasah bakat murid-murid untuk berani berpidato, bercerita,
bersyarah dan lain-lain di sudut pidato sebagai kesinambungan aktiviti pemulihan dan
pengayaan membaca.
4
5.0 SASARAN
Semua guru, murid dan ibubapa SRK Lok Yuk Likas.
6.0 TEMPAT
Ruang belakang dewan Terbuka dan koridor Bilik Guru
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
Julai 2021 - September 2021
Majlis Perasmian akan diadakan selepas ruang ini siap sepenuhnya apabila sesi persekolahan
diadakan secara bersemuka kelak.
8.0 JAWATANKUASA
Jawatankuasa adalah terdiri daripada Jawatankuasa Kerja PSS, Jawatankuasa Nilam Sekolah
dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
9.0 SUMBER KEWANGAN
Bantuan Geran Per Kapita
5
10.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN
Bil. Perkara Butiran Jumlah LPO TUNAI
(RM) (RM) (RM)
1. Stiker banner
-Almari buku 5.49 kaki x 1.37 kaki x 2 set 80 198 132
-Dinding 165
10.79 kaki x 2.59 kaki x 5 720 220
-Meja kecil (3 x 6) dinding 108
-Meja besar 6.53 kaki x 3.31x 6 buah 820 144 168
meja 573
224
1620 786
Bil. Perkara Butiran Jumlah LPO TUNAI
2. Cat kayu 5L (RM) (RM) (RM)
-3 hingga 6 warna RM180 x 3 warna x 2 tin 1080
Atau
3. Wallpaper Almari RM180 x 6 warna x 1 tin 48
4. Rumput tiruan RM12 x 4 gulung 80
5. Upah tukang cat 300
4 meter x 2 meter x RM10 1508
JUMLAH KESELURUHAN 3128
6
11.0 IMPAK
Semoga dengan terlaksananya program inovasi ruang bacaan terancang ini akan
menghidupkan semula budaya suka membaca di kalangan warga sekolah untuk menambah
dan meluaskan ilmu pengetahuan serta mengikut skop pengoperasian pasca perintah kawalan
pergerakan akibat pandemik Covid-19.
Disediakan oleh:
(PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD)
Guru Perpustakaan & Media
SRK Lok Yuk Likas
Tarikh:
Permohonan ini Diluluskan / Tidak Diluluskan
Ulasan :
Disahkan dan diluluskan oleh:
__________________
(ENCIK FO NEE KHEN)
Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas
Tarikh:
7
CADANGAN PELAN LANTAI RUANG BACAAN
Sudut pidato Almari buku
Meja boleh lipat
8
Almari buku
Meja
Meja rendah