The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PROGRAM PSS SRKLYL 2021 NORMA BAHARU 14 JUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74241847, 2021-07-21 09:18:59

KERTAS KERJA PROGRAM PSS SRKLYL 2021 NORMA BAHARU 14 JUN 2021

KERTAS KERJA PROGRAM PSS SRKLYL 2021 NORMA BAHARU 14 JUN 2021

KERTAS
KERJA

Disediakan oleh:
CIKGU NOORAIDAH BINTI AHMAD
Guru Perpustakaan & Media
PSS SRK Lok Yuk Likas

1

KERTAS KERJA
PROGRAM PUSAT SUMBER SEKOLAH NORMA BAHARU

SRK LOK YUK LIKAS
2021

1.0 PENDAHULUAN
Sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum
menunjukkan penurunan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan),
Datuk Dr Radzi Jidin. Lanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan
negeri masing-masing.

Oleh itu, sebagai menyahut usaha murni pihak sekolah agar Pusat Sumber Sekolah
diperkasakan bermula Penggal Kedua Persekolahan 2021, Unit Jawatankuasa Pusat
Sumber Sekolah telah merancang dua aktiviti yang akan diadakan sepanjang PdPR
berlangsung. Program ini menjadi program norma baharu memandangkan belum pernah
dilaksanakan sebelum ini. Maka, ia disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Program Pusat Sumber Sekolah Norma Baharu ini terbahagi kepada dua iaitu
Program Nilam dan Program TV PSS. Maklumat lanjut berkaitan kedua-dua program ini
akan diterangkan dengan lebih lanjut di bahagian pelaksanaan.

2

2.0 RASIONAL
Keadaan kes Covid-19 yang saban hari semakin naik amat membimbangkan. Namun
pihak sekolah perlu kekal proaktif dan sentiasa mencari inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan muird-murid dalam pelbagai bidang.

Salah satu aktiviti yang dirancang ialah program Pusat Sumber Sekolah Norma
Baharu semasa PdPR yang terbahagi kepada dua sub-program iaitu Program Nilam PSS
dan Program TV Pendidikan PSS.

3.0 MATLAMAT
3.1 Program Nilam

3.1.1 Murid akan menjadikan amalan membaca sebagai satu tabiat yang
bermula dari rumah.

3.1.2 Ibubapa akan memberi galakan agar murid suka membaca.
3.1.3 Murid akan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni

yang dipelajari daripada bahan bacaan yang telah dipilih dengan baik.

3.2 Program TV Pendidikan PSS
3.2.1 Sebagai satu alternatif lain kepada murid yang menghadapi masalah
peranti atau internet di rumah.
3.2.2 Murid dapat menimba banyak ilmu pengetahuan melalui rancangan
DidikTV KPM.
3.2.3 Murid dapat belajar seperti berada di dalam kelas sebenar untuk mata
pelajaran tertentu mengikut jadual DidikTV KPM.

3

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan murid suka membaca.

4.2 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai budaya membaca meskipun berada dalam rumah.

4.3 Memberi kefahaman kepada murid bahawa ilmu boleh ditimba melalui
pembacaan tidak kira masa, tempat dan keadaan.

5.0 SASARAN

Semua guru, murid dan ibubapa SRK Lok Yuk Likas.

6.0 TEMPAT

Rumah masing-masing

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

14 Jun 2021 - PdPR 2021 tamat (sekolah dibuka semula secara bersemuka)

CADANGAN TARIKH MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Kategori Bilangan Bilangan Cadangan Penyampaian
Minggu Bulan Sijil & Hadiah
Minggu 1 - 4 1 27.7.2021
(14.6.2021 - 9.7.2021) 4
Bulan Jun 17.8.2021
Minggu 5 - 8 41
(12.7.2021 - 13.8.2021) 21.9.2021
Bulan Julai 41
Minggu 9 - 12 19.10.2021
(16.8.2021 - 10.9.2021) 41
Bulan Ogos 16.11.2021
Minggu 13 - 16 41
(20.9.2021 - 15.10.2021) 25 /26.11.2021
Bulan September 20 minggu 5 bulan
Minggu 17 - 20
(18.10.2021 - 12.11.2021) Minggu Akhir November
Bulan Oktober
Jumlah Minggu / Bulan
Ikon PSS 2021

4

8.0 CARA PELAKSANAAN
8.1 PROGRAM NILAM
1. Program NILAM Rak Buku Maya akan dijalankan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat

dari pukul 7-8 pagi. Ianya melibatkan murid SK Lok Yuk Likas dari tahun 1 hingga 6.

2. GPM akan menyediakan bahan bacaan secara flipbook / rak buku maya pada hari
Isnin (Nilam Bahasa Melayu) dan Rabu (Nilam Bahasa Inggeris). Manakala pada hari
Jumaat adalah bacaan Nilam bebas menggunakan bahan bacaan masing-masing di
rumah samada fizikal mahupun digital.

3. Selain itu, pada hari Isnin & Rabu kuiz secara atas talian mengenai bahan bacaan
turut disertakan. Murid perlu menjawab kuiz tersebut bagi menguji kefahaman murid
tentang bahan bacaan yang telah dibaca.

4. Borang Nilam melalui platform Goggle Form juga perlu diisi oleh murid setiap kali
selepas membaca.

5. Bagi menghargai usaha dan kesungguhan murid-murid menjayakan program ini,
maka diadakan pencarian pemenang mingguan, bulanan dan seterusnya ikon Pusat
Sumber Sekolah 2021. Kriteria calon pemenang adalah murid bagi setiap tahun, yang
menjawab soalan kuiz dengan tepat, mengisi borang secara lengkap dan terbaik serta
konsisten. Pengumuman pemenang akan diumumkan pada setiap hari Isnin.

6. Rak Buku Maya (Bahan Fiksyen dan Bukan Fiksyen)
https://anyflip.com/bookcase/lxvwt

7. Rak Buku Maya (Akhbar)
https://anyflip.com/bookcase/lqkcx

5

8.2 TV PENDIDIKAN PSS

1. Program TV Pendidikan PSS akan dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat mengikut
jadual DidikTV KPM dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam. Ianya melibatkan
murid SK Lok Yuk Likas dari tahun 1 hingga 6.

2. Ianya sebagai satu alternatif kepada murid yang mempunyai masalah peranti atau
masalah capaian internet. Melalui rancangan berjadual yang telah disusun khas oleh
KPM, maka murid tetap boleh menimba banyak ilmu pengetahuan melalui siaran
program TV Pendidikan ini.

3. GPM akan mengapungkan jadual setiap hari (tertakluk kepada jadual KPM) sebelum
pukul 7 pagi ke setiap kelas.

4. Murid-murid boleh menonton mengikut masa kesesuaian masing-masing di rumah.
Ianya boleh ditonton melalui saluran:
@107atau https://www.tonton.com.my/live/ntv7
@TV Okey atau https://myklik.rtm.gov.my/tv/3
@Astro 601 atau
https://www.youtube.com/c/astrotutortv/playlists
@ http://eduwebtv.moe.edu.my/

5. Murid perlu menonton sekurang-kurangnya satu rancangan atau lebih.

6. Selepas menonton, murid perlu mengisi borang kehadiran menonton melalui
platform Goggle Form.

7. Bagi menghargai usaha dan kesungguhan murid-murid menjayakan program ini,
maka diadakan pencarian pemenang mingguan, bulanan dan seterusnya ikon Pusat
Sumber Sekolah 2021. Kriteria calon pemenang adalah murid bagi setiap tahun, yang
mengisi borang secara lengkap dan terbaik, konsisten serta komited. Pengumuman
pemenang akan diumumkan pada setiap hari Isnin.

6

9.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : CIKGU FO NEE KHEN (Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI: CIKGU HERMAN BIN HJ YUBING (PK1)

NAIB PENGERUSI 1 : CIKGU FLORENCE SAPAI (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 2 : CIKGU MOHAMMAD JA’AFFAR BIN MOHD YUSOFF(PK Kokum)

NAIB PENGERUSI 3 : CIKGU FREDERICA TINGKA (PK Petang)

SETIAUSAHA : CIKGU NOORAIDAH BINTI HJ AHMAD

PEN. SETIAUSAHA : CIKGU EVALINA LIEW LI SE

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELIA PEMENANG: CIKGU HAJAH LYDIA WATI BINTI HJ AJAMAIN

: CIKGU DG AFSAH BINTI HJ MOKSIN

SIJIL : CIKGU LAU SIEW HUONG

HADIAH : CIKGU ELVINA THOMAS

PUBLISTI : CIKGU HAJAH SITTI NADIRAH BINTI HJ MOHD SALLEH

AJK : SEMUA KETUA PANITIA

: SEMUA GURU KELAS

: AJK PIBG

10.0 SUMBER KOLABORASI

Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

Semua Panitia Mata Pelajaran

Semua Guru Kelas

Semua Ibu Bapa dan Murid

11.0 SUMBER KEWANGAN
Bantuan Geran per Kapita Pusat Sumber

7

12.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran (RM) Jumlah
1. PROGRAM NILAM (RM)
120 sijil x7
Pemenang Mingguan 40
(Tahun 1 - 6) x 20 minggu 30 sijil + trofi 210
(6 x 5 = 30)
Pemenang Bulanan 40
(Tahun 1 - 6) x 5 bulan 120 sijil x7 210
100
2. PROGRAM TV PENDIDIKAN PSS 30 sijil + trofi 100
Pemenang Mingguan (6 x 5 = 30) RM700
(Tahun 1 - 6) x 20 minggu
Pemenang Bulanan 1 sijil + trofi + x 100
(Tahun 1 - 6) x 5 bulan buku x 100

3. TOKOH IKON PSS 2021 1 sijil + trofi +
Tahap 1 buku
Tahap 2
302 sijil
JUMLAH KESELURUHAN 30 trofi
2 trofi utama
Buku-buku

8

13.0 IMPAK

Semoga dengan terlaksananya program pusat sumber norma baharu ini, amalan
tabiat membaca dan mencintai ilmu dapat dipupuk di kalangan semua warga sekolah
walaupun negara kita sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Selain itu, Pusat
Sumber Sekolah dapat berfungsi sebagai pusat penjana pembentukan masyarakat yang
berilmu, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Seterusnya,
peralihan paradigma pembelajaran alaf baharu di tempat baharu ini juga akan dapat
memberikan impak positif kepada kreativiti dan fleksibiliti pusat sumber sekolah ke arah
abad ke-21.

Disediakan oleh:

….…………………………………..
(NOORAIDAH BINTI AHMAD)
Guru Perpustakaan & Media
SRK Lok Yuk Likas
Tarikh: _____________

Ulasan Guru Besar:
Permohonan ini Diluluskan / Tidak Diluluskan

Disahkan dan diluluskan oleh:

……………………………….
(FO NEE KHEN)
Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas
Tarikh: _____________

9

14.0 LAPORAN BERGAMBAR

Iklan Program Nilam

Contoh pautan Nilam Isnin
http://shorturl.at/fyEMT

Contoh pautan Nilam Rabu
http://shorturl.at/vANZ6

Contoh pautan Nilam Jumaat
http://shorturl.at/vFJXZ

10

Iklan Program TV Pendidikan PSS

Contoh jadual DidikTV KPM

Contoh jadual Slot Program TV
Pendidikan KPM

11


Click to View FlipBook Version