The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SRK LOK YUK LIKAS 2022
(Bersemuka)
2.7.2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74241847, 2022-07-01 03:48:38

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SRK LOK YUK LIKAS 2022 (Bersemuka) 2.7.2022

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SRK LOK YUK LIKAS 2022
(Bersemuka)
2.7.2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SRK LOK YUK LIKAS
SESI 2021 & 2022

Tarikh : 2 Julai 2022 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SRK Lok Yuk Likas

0

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

ISI KANDUNGAN

ATUR CARA MAJLIS 1
2
UCAPTAMA PENASIHAT PIBG 3
5-7
UCAPTAMA YANG DIPERTUA PIBG
8
JAWATANKUASA PELAKSANA 9 - 17
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022
JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 18
19-21
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SESI
2021/2022 22 - 24
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022 25

LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2021 BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2021
USUL IBUBAPA BAGI SESI 2021/2022

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023

1

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022
ATUR CARA MAJLIS

7.30 PAGI Ketibaan dan pendaftaran guru-guru dan ibubapa
8.00 PAGI Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku
Bacaan doa
8.30 PAGI Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dijangka bermula

Agenda
❖ Ucaptama dari penasihat PIBG ( Guru Besar En. Fo Nee Khen)
❖ Ucaptama dari YDP PIBG ( En. Md Suhaimi Bin Haji Sapiee
❖ membentang dan menerima minit mesyuarat Agung Tahunan sesi

2021
❖ Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan 2021/2022
❖ Membentang menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG

yang berakhir pada 31 Disember 2021

10.00 PAGI REHAT/ Sarapan Pagi

Menyambung semula sesi mesyuarat .
❖ Pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2022
❖ Pemilihan juru audit dalaman
❖ Hal-hal lain
❖ Ucapan penangguhan

11.30 PAGI Sesi bergambar bersama.
Mesyuarat dijangka selesai.

2

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

UCAPTAMA PENASIHAT PIBG SK LOK YUK LIKAS
ENCIK FO NEE KHEN

Salam sejahtera ,Salam Semangat 0.1.

Syukur kepada Tuhan kerana telah mengizinkan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG sesi 2022 ini dilaksanakan. Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada Yang
Dipertua PIBG En. Md.Suhaimi Bin Sapiee, semua ibubapa dan warga sekolah yang
sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2022 yang diadakan secara
bersemuka kali ini berbanding Mesyuarat Agung Tahun lalu yang telah diadakan atas
talian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG dan seluruh ahli
jawatankuasa PIBG 2021 yang telah banyak memberi buah fikiran dan juga sumbangan
bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah sepanjang tahun 2021
sehingga kini. PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan
pemuafakatan bersama pihak seklolah, SRK Lok Yuk Likas akan menjadi lebih
cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visi sekolah ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah
memberi pelbagai sumbangan kepada sekolah. Tanpa adanya komitmen dan
kerjasama di antara ibubapa, komuniti dan warga sekolah, mustahil untuk kita melakar
usaha demi usaha dalam mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah pelajar dan juga infrastuktur sekolah.

Oleh itu, saya menyeru agar permuafakatan dan kerjasama di antara warga
sekolah dan ibubapa untuk mencari titik persamaan untuk mendidik anak-anak sekolah
ini untuk terus mencapai kecemerlangan. lebih-lebih lagi menerusi program yang akan
dirancang oleh jawatankuasa PIBG bagi sesi akan datang ini. Percayalah, kekuatan
sekolah turut terletak kepada kekuatan PIBG. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Akhir kata, semoga usaha dan gabungan tenaga antara warga sekolah dan
PIBG akan membawa SRK Lok Yuk Likas ke arah peningkatan kualiti dan prestasi dari
semua aspek akan dapat diteruskan. Sekian dan terima kasih.

......................................
( FO NEE KHEN )
Penasihat
Persatuan Ibubapa Dan Guru
SRK Lok Yuk Likas

3

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

UCAPTAMA YANG DIPERTUA PIBG
EN.MD SUHAIMI SAPIEE

Assalamualaikum dan salam hormat.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana di atas Izin-Nya,
maka dapatlah kita berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sesi
2022 pada hari ini. Saya memohon maaf kerana terpaksa menunda mesyuarat Agung
Tahunan PIBG ke hari ini untuk memberikan peluang kepada jawatakuasa pelaksana
untuk bersedia bagi mesyuarat secara bersemuka pada kali ini. Selamat datang dan
terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri
serta berupaya menjalankan satu lagi tanggungjawab dan komitmen kita khususnya
sebagai ibubapa. Alhamdulillah.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi
kerjasama, sokongan dan kepercayaan kepada Jawatankuasa PIBG 2021 untuk
meneruskan penerajuan kepimpinan bagi sesi 2022/2023.

Kita sebagai ibubapa berperanan membantu kecemerlangan dan kemenjadian
anak-anak, tugas ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru semata-mata tetapi
ibubapa juga bertanggungjawab menjalankan pemantauan pembelajaran anak-anak
semasa di rumah. Selain itu, kita juga turut menyahut usaha-usaha yang dibuat oleh
pihak sekolah dari semasa ke semasa dengan mengizinkan anak-anak kita menyertai
aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kita inginkan anak-anak yang bukan bijak
semata-mata, tetapi menjadi generasi yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia
serta mempunyai daya saing yang tinggi untuk berhadapan dengan persekitaran yang
semakin mencabar pada ketika ini.

Akhir kata, kepada pihak sekolah, teruskan komitmen dan usaha untuk
memantapkan prestasi anak-anak, Insya-Allah kami di pihak ibubapa akan menyokong
usaha tersebut bersama-sama. Titik persamaan akan menjadi kekuatan kita, manakala
titik perbezaan pula akan kita perhalusi dan ikhtiharkan segala solusinya secara
bermusyawarah. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

........................................
(MD SUHAIMI HJ SAPIEE)
Yang Dipertua PIBG Sesi 2021
SK Lok Yuk Likas

4

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK LOK YUK LIKAS

SESI 2022

PENASIHAT : EN. FO NEE KHEN (GURU BESAR)
YANG DIPERTUA PIBG : EN MD SUHAIMI HJ SAPIEE
NAIB YANG DIPERTUA : PN NORMALAH BT RASIK
SETIAUSAHA : PN ELVINA BINTI THOMAS
NAIB SETIAUSAHA : CIK ROSINAH BT MINJI
BENDAHARI : PN EVALINA LIEW
PEN. BENDAHARI : PN RUZITA BINTI IBRAHIM

PROTOKOL DAN SAMBUTAN :

GURU BESAR & BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
YDP EN MD SUHAIMI HJ SAPIEE
EN. ALI AZMAN BIN IRSHAD
PN RUZITA BINTI IBRAHIM

JURU ACARA
1. CIK SABTIA BT MATLIN

BACAAN DOA
1. USTAZ FAISAL BIN ISHAK

PENCATAT MINIT & JAWATANKUASA:
1. USTAZAH SAHRIDAH LOKMAN
2. PN AMITA LUNTID
3. PN NOOR AZREEN BINTI MOHD YUSOFF
4. PN MERA HIDAYAWATI BINTI RAJAN
5. USTAZAH HAYATI ISTIQOMAH BINTI HJ JALIDAR

PENDAFTARAN:
1. PN CHIN BIN SYIU @ ROSE
2. PN CORINA S BINTING
3. CIK BRENDA VINCENT
4. CIK LAU SIEW HUONG

BUKU PROGRAM
1. PN ELVINA THOMAS
2. CIK ROSINAH MINJI
3. PN NOORAIDAH BINTI HJ AHMAD
4. PN RATNI ERMA SURYA BINTI AHMAD SAMAD

5

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

TEKNIKAL
1. PN HAJAH SITTI NADIRAH BT MOHD SALLEH
2. PN JEN LEE SHEE ZEE
3. EN HISHAM BIN ESMAIL
4. EN DZUL AZHAR

JURUGAMBAR
1. EN AUGUSTINE JUSTIN LANAK
2. PN LILIAN BINTI TOKUYUK
3. PN SURYAMEGAWATI BINTI HJ SUTAJIL
4. EN MAZRAN BIN KOLTIN
5. EN M. MALIK BIN AG RASIN

PERALATAN DAN PA SISTEM
1. EN NORJAIN BIN MAHALI
2. USTAZ SALEHUDIN BIN OTHMAN
3. EN JUHARI SAHAT

BACKDROP/ BANNER
1. PN EVALINA LIEW
2. PN SALIZA BINTI ALI
3. PN CHAK KAM FUNG
4. PN EUPHRASIA CHONG PAI SU

PERSEDIAAN DAN MENGEMAS DEWAN
1. PN DAYANG ROHANA BINTI AMAT
2. PN ROSYATI BINTI MUJARI@ SUJARI
3. PN DAYANNATY D. LAGGANG
4. PN SHANTYRIVER ELITY SULAIMAN
5. PN SHARONE J. OYUNINI
6. PN ANGOLAH CHONG
7. PN NORSUHAILAH BINTI HJ AWANG OSMAN
8. CIK NORZAILAH BINTI HJ AWANG OSMAN
9. CIK HAJAH LYDIA WATI BINTI AJAMAIN
10. PN CICELIA @ CECILIA A. L KIONG @ BAKIONG
11. PN TINGLAN @ JUSTINA BINTI ONGKOMOR

6

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

JAMUAN
1. PN ROZIAH BINTI MAZLAN (K)
2. PN NORHAZLYNDA BINTI ASAAD
3. PN DAYANG AFSAH BINTI HJ MOKSIN
4. PN LO BITT FUI@ NANCY
5. PN BELINDA DAVIDS @ MARIA
6. PN NORISAH @ ANISAH BINTI HJ ANAM
7. PN ZULAILAH BINTI RAHIM
8. PN MALINI MASANGKU
9. PN SALWA BT SHAMSUDDIN
10. PN MARNI BT JASLI

KEBERSIHAN
1. PN KALSUM BINTI SALIM
2. PN IRENE JUSTINE
3. Pekerja Pembersihan Sekolah

7

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA (PIBG)
SK LOK YUK LIKAS
SESI 2021

PENASIHAT : EN. FO NEE KHEN

YANG DIPERTUA : EN. MD SUHAIMI BIN HJ

SAPIEE NAIB YANG DIPERTUA : PN NORMALA BINTI RASIK

SETIAUSAHA : PN ELVINA THOMAS

NAIB SETIAUSAHA : CIK ROSINAH BT MINJI

BENDAHARI : PN. EVALINA LIEW

NAIB BENDAHARI : PN RUZITA BT IBRAHIM

JURU AUDIT : PN HJH SALIZA BT ALI

EN. MUJAHIDIEN BIN BAHAR

AJK IBUBAPA:
PN SALWA BT SAMSUDIN

PN. MARNI BT JASLI
EN. MOHD DZUL AZHAR
EN. ALI AHMAD BIN IRSHAD
EN. M MALIK AG RASIN
PROF MADYA DR HASMADI ( TELAH BERPINDAH)

AJK GURU:
EN. NORJAIN BIN MAHALI
PN. SURYAMEGAWATI BT SUTAJIL
PN TINGLAN @JUSTINA BT ONGKOMOR
PN NOORAIDAH BT AHMAD
EN AUGUSTINEJUSTIN LANAK
PN EUPHRASIA CHONG PAI SU

8

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOK YUK LIKAS
PS 12122, 88823 KOTA KINABALU
SABAH

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SRK LOK YUK LIKAS
TAHUN 2021

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2021
HARI
MASA : SABTU
TEMPAT : 8.30 – 11.00 PAGI

: KEDIAMAN MASING-MASING

KEHADIRAN :

A) Kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG

1. En. Foo Nee Khen (Penasihat PIBG SRK Lok Yuk Likas)

2. En.Md Suhaimi Bin Sapiee (Yang Dipertua PIBG SRK Lok Yuk Likas)

3. En. Amirhad Bin Yunus (Naib Yang Dipertua PIBG)

4. Cik Sabtia Bt Matlin (Setiausaha)

5. Cik Rosinah Minji (Naib Setiausaha)

6. Pn. Evalina Liew Li Se (Bendahari)

7. Ustazah Hjh Saliza Bt Hj. Ali (Juruaudit)

8. Pn Suryamegawati Bt Sutajil (Ahli Jawatankuasa)

9. En Norjain Bin Mahali (Ahli Jawatankuasa)

10. En. Awang Basri Bin Lajsikan @ Lasikan (Ahli Jawatankuasa)

11.En. Mohd Faizal Bin Marjus (Ahli Jawatankuasa

12. En. Parasin Oinung (Ahli Jawatankuasa)

13. Ustaz Faisal Bin Ishak (Ahli Jawatankuasa)

14. Ustaz Salehudin Bin Othman (Ahli Jawatankuasa)

15. Pn Zulailah Rahim (Ahli Jawatankuasa)

16. Pn. Dayang Rohana Binti Amat (Ahli Jawatankuasa)

B) Kehadiran Ibu Bapa:
Rujuk lampiran A

C) Kehadiran Guru:
Rujuk lampiran B

9

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

AGENDA
1.0 Ucaptama Penasihat PIBG SRK Lok Yuk Likas

1.1 En Fo Nee Khen selaku Guru Besar mengalu-alukan kedatangan
semua AJK yang hadir ke Mesyuarat Tahunan PIBG kali ini.

1.2 Beliau mengharapkan agar semua AJK yang dilantik dapat terus
memberikan komitmen kepada gerak kerja PIBG.

1.3 Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibubapa yang telah
memberikan sumbangan kepada pihak sekolah demi usaha dalam mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

1.4 Beliau menyeru agar permuafakatan dan kerjasama di antara warga
sekolah ibubapa dan guru dapat dieratkan menerusi program yang
akan dirancang dan berharap pelaksanaan program yang dirancang itu
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 Ucaptama Yang Dipertua PIBG SRK Lok Yuk Likas

2.1 En. Md Suhaimi bin Sapiee selaku YDP PIBG sesi 2019/2020
mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir pada
mesyuarat pada kali ini.

2.2 Beliau menekankan bahawa komitmen sebagai ibubapa dan guru adalah amat
penting dalam menjayakan sesuatu program samada dijalankan secara online
ataupun bersemuka dan bukan kehadiran semata-mata.

2.3 Antara komitmen sebagai ibubapa adalah dengan membayar yuran PIBG.
Dengan adanya yuran inilah semua sumbangan keraian & penghargaan dan
bantuan musibah dapat disalurkan.

2.4 Beliau menyeru semua ibubapa dan guru agar berganding bahu bagi
mempertingkatkan pencapaian sekolah, kurikulum, kokurikulum serta
sahsiah anak-anak. Semoga komitmen dapat diteruskan ,dikekalkan
dan ditambahbaik untuk kecemerlangan sekolah pada tahun yang
mendatang.

3.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2019

3.1 Cik Sabtia Bt Matlin membentangkan minit mesyuarat Agung Tahunan sesi 2019
yang telah diadakan pada 9 Mac 2019 bertempat di Dewan Terbuka SRK Likas
pada jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari.

3.2 En. Ahmad bin Sudin mencadangkan agar minit mesyuarat sesi 2019
disahkan dan disokong oleh En. Dzulkernain bin Kan Sapong.

4.0 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti
4.1 Cik Sabtia Bt Matlin membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2019 dan 2020.Penglibatan Pibg sepanjang tahun
2019 dan 2020 adalah meliputi Program Kecemerlangan
akademik,Kokurikulum,Kebajikan dan Khidmat Bantu,Pembangunan Sahsiah
Modul Insan dan juga Pengurusan PIBG.
4.2 Tayangan video sekitar program yang telah berjaya dilaksanakan dan
sumbangan yang telah diserahkan kepada pihak sekolah sepanjang
10

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

tahun 2019 & 2020.

5.0 Membentang ,Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan (Berakhir 2019 dan
Laporan Kewangan 2020 )

5.1 Pn. Evalina Liew Li Se telah membentangkan penyata kewangan berakhir
2019 dan Laporan Kewangan 2020.

5.2 En. Md Suhaimi bin Sapiee menambah bahawa sumbangan mesin adalah satu
daripada PIBG dan dua daripada Lembaga Pengurusan Sekolah. Beliau juga
memaklumkan tentang sumbangan tablet sebanyak 7 buah kepada pihak sekolah
untuk program Super Brain yang telah dilaksanakan semasa Pdpr 0.2.

5.3 Tuan Guru Besar, En. Fo Nee Khen memaklumkan bahawa sebanyak 5
buah tablet telah diberikan kepada para pemenang dan berbaki 2 buah
tablet lagi.

6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019 dan Penyerahan Tugas Kepada
Jawatankuasa 2021

6.1 En. Md Suhaimi bin Sapiee memohon maaf kepada semua sepanjang beliau
memegang jawatan YDP. Beliau berterima kasih kepada AJK , ibubapa dan
guru yang memberi sokongan dan kerjasama kepada beliau untuk menjayakan
semua program demi kecemerlangan semua anak-anak murid .

6.2 Ajk Pibg sesi 2019 telah dibubarkan secara rasmi pada pukul 9.48 pagi.

6.3 Cik Sabtia Bt Matlin mempengerusikan semula majlis dengan membentangkan
analisis undian pemilihan AJK sesi 2020/2021. Jumlah undian sebanyak 316
dan 25 adalah undi rosak.

6.4 Secara keseluruhan, majoriti hasil undian AJK sesi 2020/2021 masih berpihak
kepada
En. Md Suhaimi bin Sapiee sebagai YDP dengan undian sebanyak 258
undian ,diikuti oleh Pn. Normalah bt Rasik sebagai Naib YDP sebanyak 128
undian.

6.5 Jawatan setiausaha disandang oleh Pn. Elvina Bt. Thomas (121 undian) dan
dibantu oleh Cik Rosinah Minji (157 undian) sebagai Naib Setiausaha. Manakala
Pn. Evalina Liew ( 294 undian) dipilih sebagai Bendahari dan dibantu oleh Pn.
Ruzita Bt Ibrahim (161 undian) sebagai Naib Bendahari.

6.6 AJK di kalangan ibubapa ialah Prof. Madya Dr Hasmadi, 210 undian,Pn. Salwa
bt Shamsudin, 212 undian, Pn Marni bt Jasli, 207 undian, En Mohd Dzul Azhar,
141 undian, En Ali Azman bin Irshad, 139 undian dan En. M. Malik Ag. Rasin,
130 undian. Ajk di kalangan guru akan dipilih oleh pihak sekolah.

7.0 Pemilihan Juru Audit Dalaman

7.1 Cik Sabtia Bt Matlin menyerahkan agenda pemilihan juru audit kepada
YDP PIBG yang baru iaitu En. Md Suhaimi bin Sapiee.

7.2 En. Md Suhaimi memaklumkan bahawa tugas juru audit adalah
menyemak semua resit-resit yang diserahkan oleh bendahari selaras
dengan perbelanjaan kewangan yang telah digunakan.

11

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

7.3 Guru Besar,En Fo Nee Khen mencadangkan agar jawatan juru audit

sebelum ini dikekalkan sahaja kepada Ustazah Saliza binti Ali dan En
Mujahidien Bin Bahar. Cadangan disokong oleh En. Sh. Galpam bin
Sarip Agap dan dipersetujui sebulat suara ahli mesyuarat.

8.0 Hal-hal Lain

8.1 En. Md Suhaimi bin Sapiee memaklumkan bahawa wang kutipan
untuk kegunaan AGM 2020 adalah sebanyak RM1750 (Ringgit
Malaysia Satu Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Sahaja) tetapi tidak
dapat dijalankan disebabkan situasi pandemik Covid 19. Beliau
mencadangkan supaya wang tersebut diapungkan dahulu samada
dpulangkan semula kepada ibubapa atau dmasukkan ke dalam tabung
PIBG atas nama AGM 2020.

8.2 En. Parasin Oinung setuju untuk menjadikan wang tersebut sebagai
sumbangan dan disokong oleh En. Sh Galpam bin Sarif Agap dan Pn
Jainah Petrus. En. Md Suhaimi membuat keputusan untuk
memulangkan semula wang kutipan tersebut dalam tempoh sebulan
bermula hari ini 25 September 2021 hingga 30 Oktober 2021. Wang
tersebut automatik akan dimasukkan ke dalam tabung setelah tamat
tempoh yang diberikan.

8.3 En. M.Malik Ag. Rasin dan majoriti ibubapa sebulat suara bersetuju
atas cadangan tersebut dan beliau turut mencadangkan agar wang
tersebut digunakan untuk murid-murid yang terkesan akibat Covid 19.

8.4 En Md Suhaimi memberi memaklumkan bahawa pihak sekolah memang amat
prihatin terhadap anak-anak murid yang terkesan akibat Covid 19.

8.5 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima wang
zakat sebnayak RM 30,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) daipada
Pusat Pungutan Zakat Sabah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustazah
Saliza binti Ali kerana telah menguruskan perkara ini dengan mengagihkan
RM200 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) setiap seorang murid yang layak.
Begitu juga dengan Lembaga Pengurusan Sekolah yang telah mengagihkan
bantuan bakul makanan pada bulan Jun 2020.

8.6 8.6 En. Md Suhaimi memaklumkan bahawa AJK PIBG tahun lalu tidak dapat
melaksanakan usul mengupah pekerja untuk mengawal lalulintas dihadapan
sekolah disebabkan beberapa risiko yang akan dihadapi oleh pihak sekolah.

8.7 8.7 En. M. Malik mencadangkan agar melantik pengawal keselamatan sekolah untuk
mengawal pergerakan anak-anak murid semasa menyeberang jalan.

8.8 8.8 En. Md Suhaimi menjelaskan bahawa tugas mengawal lalulintas adalah diluar
bidang tugas pengawal keselamatan yang mana tugas mereka terhad di dalam
kawasan sekolah.

12

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

8.9 En. Dzulkernain mencadangkan agar melantik anggota Rela yang bertugas
mengikut masa yang tetentu. Ini kerana anggota Rela mempunyai insuran dan

tidak ada risiko di pihak sekolah.

8.10 En. Sh Galpam memaklumkan bahawa punca kesesakan jalanraya di hadapan
sekolah adalah disebabkan dari laluan masuk ke sekolah SJKC.

8.11 En. Md Suhaimi memberi respon bahawa beliau telah pun maklum akan perkara
tersebut dan akan memohon kerjasama daripada DBKK dan akan memanjangkan
isu tersebut ke perringkat Ajk untuk di ambil tindakan lanjut.

8.12 En. Dzulkernain mengajukan soalan berkaitan tentang penerimaan dua dos
vaksin kepada guru-guru.

8.13 Guru Besar memberi respon bahawa pihak sekolah amat mengambil serius akan
isu penerimaan suntikan vaksin. Beliau juga memahami kerisauan ibubapa untuk
membenarkan anak-anak turun ke sekolah. Seramai 49 orang guru telah
menerima dua dos vaksin dan seorang tidak dapat menerima atas nasihat doktor
disebabkan masalah kesihatan. Pekerja kantin seramai 4 orang telah menerima
suntikan vaksin dan seorang lagi belum menerima suntikan tersebut. Guru Besar
telah memberikan nasihat dan tidak akan membenarkan pekerja tersebut masuk
ke dalam kawasan sekolah. Semua pekerja pembersihan sekolah dan pengawal
telah menerima suntikan vaksin masing-masing.

8.14 En. Sh. Galpam bertanya samaada kawasan sekolah dilakukan sanitasi apabila
sesi persekolahan dibuka dan beliau mencadangkan wang kutipan AGM
digunakan untuk membeli peralatan sanitasi tersebut secara berkala.

8.15 Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah 100% mengikuti SOP yang telah
ditetapkan oleh KPM. Pekerja pembersihan ada membuat pembasmian kuman
setiap kali peralihan sesi pagi dan petang. Beliau juga memaklumkan bahawa
hanya 50% daripada murid yang akan dibenarkan turun ke sekolah apabila sesi
persekolahan dibuka kelak iaitu kumpulan A belajar secara bersemuka dan
kumpulan B belajar secara pdpr. Pihak sekolah juga akan dibekalkan kit Covid
19 untuk membuat pengesanan awal kepada murid-murid. Pihak sekolah juga
akan sentiasa memaklumkan info terkini tentang pengoperasian sekolah di dalam
group PIBG dan Whatsapp kelas.

8.16 En. Sh Galpam mengutarakan isu berkaitan penggunaan paip untuk anak-anak
murid mencuci tangan apabila masuk ke dalam kawasan sekolah. Beliau khuatir
banyak tangan yang menyentuh kepala paip tersebut dan boleh menyebabkan
jangkitan virus. Perlu ada penambahbaikan samada menyediakan paip automatik
atau melantik seseorang yang akan membuka dan menutup paip tersebut.

8.17 En. Md Suhaimi memberi respon bahawa perkara tersebut akan dipanjangkan ke
peringkat mesyuarat AJK.

8.18 En. Md Suhaimi berharap agar guru-guru dapat melaksanakan pdpr secara online
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Fikirkan cara dan pendekatan yang sesuai

13

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

agar murid rasa seronok mengikuti pdpr sekiranya ada kekangan internet. Beliau
mengucapkan tahniah kepada Sir Ian yang konsisten membuat google meet untuk
kelas BI dan anaknya seronok belajar.

8.19 En. M. Malik mengutarakan pertanyaan tentang kemudahan peralatan atau laptop
untuk diberikan kepada murid yang layak. Guru besar memaklumkan bahawa
pihak sekolah ada membuat permohonan tetapi belum ada maklumat daripada
JPN.

8.20 En. Dzulkernain mencadangkan agar guru-guru dapat memberikan link atau
video pengajaran awal kepada anak-anak murid untuk mengelakkan ibubapa
menjadi kelam-kabut.

8.21 Pn. Jainah Petrus menyuarakan pandangan bahawa pembelajaran secara online
memang setiap hari ada sahaja masalah. Oleh itu, penghantaran tugasan tidak
dapat dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.

8.22 En. Panso @ Mohd Nazrie bin Aliudin mencadangkan PDPR menggunakan
modul.

8.23 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang pdpr berlangsung dengan mengambil kira
mengurangkan bebanan ibubapa, guru dan anak-anak. Pihak sekolah juga telah
mengambil inisiatif pdpr mengikut fasa iaitu fasa 1 pdpr berasaskan PBL, fasa 2
pdpr berasaskan Super Brain, fasa 3 berasaskan PBD Panitia dan fasa terakhir
iaitu fasa 4 pdpr berasaskan modul. Ini adalah untuk memastikan aktiviti dapat
dijalankan dengan berkesan. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sebarang
cadangan atau pandangan untuk penambahbaikan dan pemurnian dalam setiap
usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan pembangunan sekolah.

8.24 Pn. Charmilyn binti Amat mencadangkan tentang pembelian makanan di kantin
menggunakan e-pay. Sebagai contoh, ibubapa akan membayar RM30 kepada
pihak kantin dan memilih menu yang disediakan untuk tempoh sebulan dan
murid hanya menyebut nama sahaja sekiranya ingin membeli makanan dan tidak
perlu membayar.

8.25 En Suhaimi menyokong penuh cadangan tersebut untuk digunapakai di SRK Lok
Yuk, Likas.

8.26 Ustaz Mohd Jaaffar selaku Penolong Kanan Kokum memaklumkan bahawa
aktiviti kokum sekolah masih berjalan sepertimana arahan daripada KPM. Beliau
menzahirkan rasa sedikit kecewa di atas penglibatan anak-anak murid yang
kurang memberansangkan. Mungkin disebabkan tidak ada bimbingan secara
langsung daripada guru. Namun begitu, semua pihak kena akur bahawa semua
aktiviti pembelajaran dilaksanakan secara maya.

8.27 Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada adik Nurul Nabihah binti
Syahruddin yang telah berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan catur
peringkat daerah dan negeri. Nurul Nabihah juga berjaya dalam senarai 10

14

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

pemain terbaik. Syabas diucapkan kepada kedua ibubapanya En. Syahruddin dan
isteri yang memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada anaknya.

8.28 Ustaz Mohd Jaaffar juga menyarankan bahawa setiap murid perlu ada pakaian
seragam unit beruniform masing-masing. Hasil dapatan beliau, masih ramai
murid yang tidak memiliki pakaian seragam unit beruniform . Beliau akan
berbincang dengan AJK PIBG mencari penyelesaian terbaik untuk isu tersebut.

8.29 En. Jeffery Bin Kassim meluahkan rasa bimbang mengenai isu haiwan atau objek
berbahaya yang boleh menggugat keselesaan warga sekolah.Beliau
mencadangakan diadakan gotong-royong sebelum sekolah dibuka untuk
membersihkan kawasan sekolah terutama di dalam meja murid-murid.

8.30 En. Sh. Galpam mencadangkan agar guru-guru memakai pakaian PPE covid 19
bagi tujuan pertolongan kecemasan sekiranya berlaku kejadian sesak nafas di
kalangan murid. Dikhuatiri ada guru – guru yang tidak berani untuk mendekati
murid.

8.31 En. Dzulkernain memohon agar Ajk memperkenalkan diri agar dikenali
terutamanya muka-muka baru.

8.32 Ajk baru memperkenalkan diri masing-masing.

9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua diatas
kepercayaan yang diberi kepada beliau dan barisan Ajk 2021.
9.2 EEn. Md Suhaimi menyarankan ibubapa untuk menghubungi beliau
atau mana-mana Ajk Pibg sekiranya ada isu yang timbul di sekolah
untuk dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat Ajk.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.53 pagi.

Dicatat oleh (Pencatat 1), Dicatat oleh (Pencatat 2),

(Pn Sahridah Bt Lokman) ( Pn. Malini Masangku )
SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

(Rosinah Minji) (Md.Suhaimi Sapiee) (Foo Nee Khen)
Naib Setiausaha PIBG 2021 YDP PIBG 2021 Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas

15

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

Kehadiran Ibubapa: Lampiran A
41. Pn. Judy Mariana Undoh
1. En. Ahmad Bin Sudin 42. Pn. Juliana Jaludin
2. En. Anizan Bin Mohd Haris 43. Pn. Katiah Binti Ongikal
3. En. Anuar Bin Mamol @ Mamul 44. Pn. Lena Melanei Jibit
4. En. Asdi @ Mohd. Faizal Bin Hussin 45. Pn. Lina Binti Umbus
5. En. Dzulkernain Bin Kan Sapong 46. Pn. Mahani Binti Mohamad Noh
6. En. Ejap Bin Latang 47. Pn. Mariana Binti Jaludin
7. En. Jaffar Ibrahim 48. Pn. Marwa Binti Sapruddin
8. En. Jasrin Medeh 49. Pn. Mazidah Binti Watta
9. En. Jeffery Bin Kassim 50. Pn. Melania Farrah Dina H Durai
10. En. Lamsrah Bin Jakir 51. Pn. Michele Natalinda Mojilip
11. En. M. Malik Ag. Rasin 52. Pn. Muryani Binti Samlun
12. En. Madzaidin Bin Jaiman 53. Pn. Myrie Melissa Mydin
13. En. Mohd Hafizul Bin Shul 54. Pn. Nayana Binti Masih
14. En. Mohd Pazi Bin Johari 55. Pn. Noor Ainna Abd Hamid
15. En. Mohd Roslie Bin Awang 56. Pn. Noralizah Binti Ali Usop
16. En. Mufti bin Ibrahim 57. Pn. Norbani binti Mouren
17. En. Muhd Nurhafiz Bin Husin 58. Pn. Norjanah Binti Dayoh
18. En. Roger Duanis 59. Pn. Norsita Binti Salleh
19. En. Rosman Maarof 60. Pn. Norzimah Binti Mohamed Nun
20. En. Shaiful Azian Bin Pea 61. Pn. Nur Jurain Binti Jamal
21. En. Boby Ayanto Bin Kasim 62. Pn. Nurasykin Binti Ali
22. En. Yum Maren Bin Basri 63. Pn. Nurfarhana Ginsawat Abdullah
23. En. Sh Galpam Bin Sarif Agap 64. Pn. Prisca Kinsik
24. Pn. Adela Erica Stephen 65. Pn. Rohani Binti Aronni
25. Pn. Afy Fonny Binti Bacle 66. Pn. Rusni Binti Ambar
26. Pn. Aminah Binti Yussof 67. Pn. Sabariah Binti Segara
27. Pn. Aslizah Binti Lamkasah 68. Pn. Shafinaz Binti Naim
28. Pn. Aziemah Binti Pakar 69. Pn. Siti Aisa Binti Nadi
29. Pn. Charmilyn Binti Amat 70. Pn. Siti Norintan Binti Jumain
30. Pn. Cynthia Ak Stephen 71. Pn. Stephanie Lagan
31. Pn. Dayangku Salfarina Binti Pg Ahm 72. Pn. Suriati Binti Nadi
32. Pn. Faridahariani Binti Mansud @ Ma 73. Pn. Vivian Wahdi Augustine
33. Pn. Faujiah Binti Hj. Ismail 74. Pn. Viviana @ Hazureen Binti Ag Harun
34. Pn. Fredolina Pulasong 75. Pn. Wanie Binti Rodrigo
35. Pn. Haniza Binti Busu 76. Pn. Williana Binti Tosing
36. Pn. Harayati Binti Labudi 77. Pn. Willzah Binti Raimin @ Raimain
37. Pn. Hasnah abd Ghani 78. Pn. Winnie Koh
38. Pn. Jainah Binti Petrus 79. Pn. Norhamidah Binti Jarimal @ Safri
39. Pn. Jamiah Binti Rejikan
40. Pn. Joan Sibin 16

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

Lampiran B

Kehadiran Guru:

1. En. M Herman Hj. Yubing ( BK )
2. Pn. Florence Sapai
3. En. Mohamad Jaaffar B. Mohd Yusoff
4. Pn. Frederica Tingka
5. Pn. Amita Luntid
6. En. Agustine Justin Lanak
7. Pn. Berlinda Davids @ Maria
8. Cik Brenda Vincent
9. Pn. Cecilia Bakiong
10. Pn. Chak Kam Fung
11. Pn. Chin Bin Syiu @ Rose
12. Pn. Corina S. Binting
13. Pn. Dayang Afsah Binti Hj. Moksin
14. Pn. Dayannaty D. Laggang
15. Pn. Euphrasia Chong
16. Pn. Irene Justine
17. Pn. Jumida Binti Tamaruddin
18. Pn. Kalsum Salim
19. Cik Lau Siew Huong
20. Pn. Lo Bitt Fui @ Nancy
21. Cik Lydia Wati Binti Hj. Ajamain
22. Pn. Malini Masangku
23. Pn. Noor Azreen Binti Md Yusoff
24. Pn. Norhazlynda Binti Asaad
25. Pn.Norisah @ Anisah Binti Hj Anam
26. Pn. Nooraidah Ahmad
27. Pn. Norsuhailah Binti Hj. Awang Osman
28. Cik Norzailah Binti Hj. Awang Osman
29. Pn. Rosyati Binti Mujari @ Sujari
30. Pn. Roziah Binti Mazlan
31. Pn. Sahridah Binti Lokman
32. Pn. Shantyriver Elity Sulaiman
33. Pn. Sherone J Oyunini
34. Pn. Sitti Nadirah Binti Hj. Mohd. Salleh
35. Pn. Tinglan @ Justina Bte Ungkomor @ Ongkomor

17

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

LAPORAN AKTIVITI DAN PENGLIBATAN PIBG 2021/2022

BBIL

PROGRAM CATATAN

1. KECEMERLANGAN AKADEMIK Oktober 2021
1. Program Tebugar Februari
2. Mapec 2022

2. KO-KURIKULUM

1. Sukarelawan Kejohanan Merentas Jun 2022
Desa 2022

3.

KEBAJIKAN,KHIDMAT BANTU DAN
PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

1. Sumbangan Prihatin Kepada Warga Jul – Nov
sekolah yang dijangkiti Covid19
November
2. Menaik taraf Gallery Walk 2021
3. Pembelian PA Sistem Sekolah Jan 2022
4. Pembelian Mikrofon Wireless untuk Mac 2022

Dewan Terbuka

4. Jun 2022
PENGURUSAN PIBG

1.Mesyuarat Jawatankuasa

18

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2021

BAKI 2020 JUMLAH 7336.18

Wang Masuk 2021 JUMLAH 26050.00
SUMBANGAN PIBG 2021 JUMLAH 261.30
KEUNTUNGAN BANK JUMLAH
SUMBANGAN KETIDAKHADIRAN AGM 2020 1650.00
27961.30
Wang Keluar 2021
TRANSISI TAHUN 1/2021 625.00
RESIT SUMBANGAN PIBG 360.00
2 BUAH E-COND EVO SUPER KING OUTDOOR AC 5400.00
SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA PESAKIT C19 2900.00
COWAY 1504.80
TEBUGAR 200.00
PRINT BANK STATEMENT (2 KALI) 20.00
GALLERY WALK 1937.45
PA SYSTEM 5056.70
MAPEC 2328.00
WIRELESS MICROPHONE DEWAN SKLYL 481.70

BAKI 2020 20813.65
WANG MASUK 2021
7336.18
WANG PIBG 2021 27961.30
PERBELANJAAN 2021 35297.48

35297.48
20813.65
14483.83

19

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

PERAKUAN YANG DIPERTUA, BENDAHARI DAN JURUAUDIT PIBG
TERHADAP AKAUN PIBG BAGI SESI 2021

Persatuan Ibubapa dan Guru SRK Lok Yuk Likas 2021
Kenyataan Oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG,
Kami, Md.Suhaimi Bin Hj Sapiee dan Evalina Liew Li Se, dua orang daripada
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) Lok Yuk, Likas sesi 2021 menyatakan bahawa pada
pendapat ahli jawatankuasa, penyata pendapatan dan perbelanjaan yang
dibentangkan telah disediakan untuk memberi gambaran yang sebenar dan
saksama mengenai kedudukan PIBG pada sesi 2021 bagi tahun kewangan
berakhir pada tarikh tersebut sejajar dengan piawaian perakaunan.
Bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG 2021,

20

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU(PIBG) SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN (SRK) LOK YUK ,LIKAS
2021

Laporan terhadap penyata pendapatan dan perbelanjaan:

1. Kami telah mengaudit Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan PIBG
SRK Lok Yuk Likas bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Pihak
pengurusan bertanggungjawab terhadap Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan ini. Tanggungjawab kami adalah mengaudit dan
memberi pendapat terhadap penyata tersebut.

2. Pengauditan telah dilaksanakan berpandukan piawaian pengauditan
yang diluluskan. Piawaian tersebut mengkehendaki pengauditan
dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang
munasabah sama ada penyata pendapatan dan perbelanjaan adalah
bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan
itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti
yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang
mencukupi dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

3. Pada pendapat kami, penyata pendapatan dan perbelanjaan ini
memberi gambaran yang sebenar dan saksama terhadap kedudukan
kewangan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk Likas pada
31 Disember 2021. Rekod perakaunannya telah diselenggarakan
dengan teratur dan kemaskini.

21

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

SENARAI USUL / CADANGAN IBU BAPA BAGI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2022

BIL PENCADANG USUL TINDAKAN CATATAN
USUL MAKLUMBALAS
1. PK 1/
Abdullah Abd Kawalan KPBM KPBI
2 Latif
lalulintas- mohon
Anak:
Afiq Aiman pihak pengawal
Abdullah 6B
mengawal anak-
Sadam bin
Jasmil anak semasa

Anak: melintas jalan
Putri
Humairah Saudah Akademik
6H
pendedahan

awal anak-anak

kepada program

public speaking bagi

menambahkan

keyakinan diri anak

dimulakan sejak

tahun 1 lagi

3 Johanif Kuin Tong sampah

Anak: menyediakan

Elsa Natalie tong sampah diluar

5B kawasan sekolah

bagi memudahkan

murid membuang

sampah

4. JEFFERY BIN PIBG PIBG
KASSIM
Anak: melakukan lawatan
Mohd Izyan
Jimmy 6K penanda aras ke

sekolah yang

mempunyai

pengurusan PIBG

untuk memudahkan

pengurusan PIBG

SRK Lok Yuk

5. Ahmad Akademik Guru
Kamal Kelas
Anak: Aktiviti dalam
Siti Amanda KP
Alisha 4M kelas- mohon guru PSV

untuk berkongsi

sekurang-kurangnya

1 minggu lebih awal

berkaitan dengan

aktiviti di dalam

22

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

kelas terutamanya
berkaitan PSV yang
perlu membeli dan
menyediakan bahan
pdp

6 Muhamad Jika ada cara

Ridzuan untuk memudahkan

Anak: atau mengurangkan

kesesakan jalan

Putra syafik depan sekolah

3H semasa ibubapa

mengambil dan

menghantar anak

dari/ ke sekolah

7 MD SUHAIMI Kantin PKHEM

Anak: Sekolah PKKO
PK1
MOHAMMAD Keperluan

BIN MD SUHAIMI untuk mendapatkan

5H pengiktirafan BESS

KKM, keperluan

kepada status

Halalan Toyyiban

Infrastuktur

Keperluan

untuk menaik taraf

bilik komputer untuk

keggunaan murid/

kelas belajar

komputer untuk

murid

Ko kurikulum

perkasakan

badan beruniform

dan aktiviti badan

berunidorm dan

berdaftar dibawah

badan negeri

8 ADNAN BIN Buku teks

SEBIT menyelaraskan

Anak: pembawaan buku

Nurul Illyana teks ke sekolah agar

binti Adnan 5K murid tidak

keberatan dengan

23

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

beban buku teks
yang dibawa setiap
hari ke sekolah

9 AGNES BINTI Kokurikulum

JASMIL cadangan

Anak membuat aktiviti ko

Mohd Adry kurikulum pada

bin Abdullah 5K waktu pagi sebelum

memulakan kelas

10 Fairuz binti Kantin

Abu Bakar menyediakan

Anak: makanan dalam

Nur Aiydriana tapau/ bento beserta

Qayrina minuman dengan

2M harga yang

berpatutan dengan

kaedah bayaran

harian atau bulanan

bagi membekalkan

nutrisi yang lengkap

kepada murid-murid

11 Guru besar Akademik
EN FO NEE
DLP Dual
KHEN
Language Program

perlu ada

persetujuan ibubapa

untuk membuka

kelas DLP dan murid

perlu cukup

sehingga 1 kelas.

(30-40 orang murid)

Infrastuktur

pencerahan

Penyelengaraan TV.

pemasangan TV

sekolah telah

dilaksanakan pada

Mac 2021 dan

mempunyai tarikh

luput selama 3 tahun

sahaja dan berakhir

pada 2023.

Dicadangkan

kutipan

24

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

sebanyak RM10-

RM20 untuk satu

keluarga bagi

menampung

penyelangaraan

( maintanence ) TV.

Dana
pembangunan untuk
menampung
perbelanjaan
pembangunan
bangunan pusat
sumber sekolah

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA (PIBG)
SK LOK YUK LIKAS
SESI 2022 / 2023

Penasihat : En. Fo Nee Khen

Yang Di Pertua : En. Md Suhaimi Bin Hj Sapiee

Timbalan Yang Di Pertua : Pn. Normala Binti Rasik

Setiausaha : Pn Elvina Thomas

Timbalan Setiausaha : Cik Rosinah Binti Minji

Bendahari : Pn. Evalina Liew

Timbalan Bendahari : Pn. Ruzita Bt Ibrahim

Juruaudit :

25

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

AJK 2022/2023

WAKIL IBU BAPA WAKIL GURU

Pn. Salwa Bt Samsudin En. Norjain Bin Mahali
Pn. Marni Bt Jasli
Pn. Suryamegawati Bt Sutajil
En. Mohd Dzul Azhar Pn. Tinglan @ Justina Bt
En. Ali Ahmad Bin Irshad Ongkomor
Pn. Nooraidah Bt ahmad
En. M Malik Ag Rasin
En. Augustine Justin Lanak

Pn. Euphrasia Chong Pai Su

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
UCAPAN TERIMA KASIH DITUJUKAN
DENGAN PENUH IKHLAS KEPADA :

◼ ENCIK MD SUHAMI BIN HJ. SAPIEE
YDP PIBG SK LOK YUK LIKAS SESI 2021/2022

◼ EN. FO NEE KHEN
GURU BESAR SK LOK YUK LIKAS

◼ SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

◼ AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
SESI 2021/2022

◼ SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK LOK YUK LIKAS

◼ SELURUH WARGA SK LOK YUK LIKAS

DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN
SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
SK LOK YUK LIKAS SESI 2021/2022

26


Click to View FlipBook Version