The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BADR ARIFF (HSB), 2023-09-26 22:00:00

buku manual pop

buku manual pop

1 PANDUAN PRAKTIKAL PEMASANGAN PLASTER KAST No. Tajuk Muka Surat 1 Kata Aluan & Pengenalan 2 2 Keperluan Asas Peralatan Untuk Bilik POP 5 2.1 Kemudahan fizikal bilik 2.2 Peralatan 2.3 Keperluan bahan guna habis 6 3 Kesihatan dan Keselamatan Dalam Bilik POP 7 4 Pra Pemasangan 8 4.1 Persediaan Pesakit - Senarai Semak 9 4.2 Persediaan Troli POP 10 4.3 Pemasangan Kast 11 4.4 Nasihat kepada pesakit yang memakai kast 13 4.5 Teknik membuka POP 14 5 Komplikasi Kast 15 5.1 Gangguan ke atas sirkulasi dan saraf 5.2 Compartment Syndrome 5.3 Kudis Tekanan 16 5.4 Kekakuan Sendi 5.5 Alahan 17 6 Kast bahagian anggota atas (upper limb) 18 6.1 Volar Slab 6.2 Below Elbow Back Slab 20 6.3 Above Elbow POP 22 6.4 Below Elbow POP 25 6.5 Colles' POP 27 6.6 Scaphoid POP 30 6.7 Bennett's POP 33 6.8 U-Slab 37 6.9 Hanging Kast 38 6.10 Smith's POP 40 7 Kast Badan (Body Cast) 41 7.1 Lumbar Jacket 7.2 Minerva Jacket 48 7.3 Shoulder Spica 53 7.4 Lumbar Jacket with 1/2 leg Spica 59 7.5 Hip Spica 7.6 Bilateral Hip Spica 65 8 Kast anggota bahagian bawah (lower limb) 68 8.1 Below Knee Back Slab 8.2 Below Knee POP 69 8.3 Boot POP (BK POP with platform) 70 8.4 Above Knee Back Slab 8.5 Above Knee POP (Full length POP) 8.6 PTB Kast (Sarmiento Kast) 75 8.7 Cylinder Kast 77 8.8 Knee Kast Brace 79 8.9 Talipes Equino Varus Kast 84 2 5 6 7 8 9 10 11 13 14 15 16 17 18 20 22 25 27 30 33 37 38 40 41 48 53 59 65 68 69 70 75 77 79 84


2 KATA ALUAN Terlebih dahulu saya merakamkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Ortopedik, Hospital Melaka Mr. N. Sivapathasundaram yang sudi menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Teknikal Penyediaan Buku POP 2011 biar pun masa yang diperuntukan amatlah singkat. Namun saya percaya jawatankuasa yang dibentuk mampu menterjemahkan objektif mesyuarat teknikal ini dibuat. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran semua para peserta dari seluruh tanah air. Dari Perlis iaitu Hospital Tengku Fauziah hingga ke Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth kita mempunyai wakil untuk duduk dalam Mesyuarat Teknikal ini. Saya secara peribadi berharap dapat berada bersama-sama dengan tuan-tuan dan puanpuan untuk menilai semula Buku Prosedur POP 2001. Saya merasakan edisi 2001 sudah agak lama kalau nak dijadikan sebagai rujukan. Biarpun tiada perubahan besar yang ketara, sekurang-kurangnya, kita telah bersepakat dan bersetuju bahawa rujukan kita kekal relevan pada masa kini. Tuan-tuan/ Puan-puan yang dihormati sekalian. Harapan besar saya ialah, di akhir mesyuarat teknikal ini kita dapat mengeluarkan satu tatacara POP yang terkini, relevan dan diguna pakai di semua premis KKM bahkan dijadikan rujukan oleh institusi pendidikan dalam Kursus Pos Basik Ortopedik atau oleh pihak universiti untuk Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan oleh Open Universiti Malaysia (OUM) atau siapa sahaja. Biarlah diakhir mesyuarat teknikal ini kita mendapat kata sepakat untuk satu-satu keputusan seperti isu ”consent” sebelum prosedur POP. Ini kerana terdapat perbezaan pendekatan oleh sebahagian daripada kita. Begitu juga nasihat atau pendidikan kesihatan kepada pesakit. Saya ber cadang supaya satu ”pamplet” seragam digunakan untuk dijadikan panduan lengkap sebelum pesakit melangkah keluar dari premis kita. Tentu tuan-tuan dan puan-puan juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa kes, yang berkaitan dengan POP berakhir di mahkamah hanya kerana terdapat ruang yang boleh dilihat sebagai kecuaian oleh pihak kita. Kerajaan terpaksa membayar Ex-Gratia dalam  jumlah yang besar kepada pesakit hanya kerana isu-isu berkaitan dengan pemasangan POP.  Akhir nya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur khususnya Jabatan Ortopedik Melaka dan juga kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Ortopedik yang telah menghantar peserta kali ini. Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada ketua jabatan masing-masing kerana berjaya melihat keperluan Mesyuarat Teknikal ini diadakan. Kepada para peserta, penyertaan tuan-puan amat bermakna kepada Perkhidmatan Ortopedik KKM, oleh itu terjemahkan melalui penghasilan Buku Prosedur POP edisi kedua yang lebih baik dan mantap. Dengan harapan itu saya merasmikan Mesyuarat Teknikal Penambahbaikan Prosedur POP 2011, sekian terima kasih. t.t Dato’ Dr. N. Premchandran DIMP. SMP. Ketua Perkhidmatan Ortopedik Kebangsaan, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Perubatan Ortopedik, Hospital Tengku Ampuan Afzan


3 PENGENALAN Plaster of Paris (POP) telah pun digunakan secara meluas untuk merawat kepatahan tulang, sejak turun temurun. Ianya juga digunakan dalam rawatan pemulihan deformities misalnya CTEV dan DDH dan juga rawatan kecederaan tisu lembut. Walaupun terdapat kaedah rawatan melalui pembedahan, namun peratusan pesakit yang memerlukan rawatan secara pemasangan kast masih tinggi. Walaupun terdapat berbagai kaedah pemasangan kast yang telah diamalkan dan telah dibukukan, namun begitu kita perlu mengemaskinikan kaedah pemasangan kast dan mengujudkan satu garis panduan asas teknik pemasangan yang seragam sebagai bahan rujukan. Untuk mencapai tujuan itu kita menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Teknik Pemasangan Kast disertai oleh pelbagai kategori kakitangan yang berpengalaman dalam bidang ini. Garis panduan yang akan menjadi bahan rujukan ini telah dibuat dengan persetujuan umum dari pakar-pakar Ortopedik dan paramedik dari beberapa hospital yang mempunyai perkhidmatan Ortopedik. Bengkel kedua ini telah diadakan pada 9 - 11 Okt. 2011 di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Garis panduan ini adalah komprehensif dan hendaklah diikuti seberapa yang boleh untuk menghasilkan teknik pemasangan yang baik bagi semua hospital-hospital KKM dan untuk mengelakkan dari sebarang komplikasi dalam pemasangan kast. Dengan ini, kita berharap ianya akan dapat membantu dan memberi manafaat kepada mereka-mereka yang bertugas di bilik plaster. Bengkel Penambahbaikan Teknik Pemasangan Kast dianjurkan oleh Jabatan Ortopedik Hospital Melaka kerjasama dengan Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.


4 2. KEPERLUAN ASAS PERALATAN UNTUK BILIK POP 2.1 Kemudahan Fizikal Bilik POP  Berhawa dingin 24 jam  Cukup besar dan selesa - untuk pergerakan troil, kerusi roda dan pesakit  Work top  Sinki dengan plaster trap  Punca air  Kuasa elektrik - plug kuasa dan suis  Exhaust fan / kipas sedut  Lampu yang terang  Lantai yang tidak licin  Saliran air yang balk  Observation bay  untuk 3 - 4 pesakit  Bilik cucian POP  Stor penyimpanan bahan-bahan POP  Tempat pembuangan sisa:  bahan sisa klinikal  bahan tajam  bahan sisa biasa 2.2 Peralatan  Cast cutter / plaster saw  dengan vacuum (jika ada)  Plaster scissors  Stille plaster shears (8")  Plaster spreader  POP stand  Plastering table (flat hard top)   Baldi   Pengalas  Wash basin dengan POP trap  Drip stand  Hip spica board  - untuk hip spica  Side rail  / 2 kayu penyokong - untuk body jacket    X-ray viewer  (minima muat 2 keping x-ray)  Emergency  dan resuscitation set / trolley  - monitoring equipment - Dinamap, ECG machine, pulse oxymeter  2.3 Keperluan Bahan Guna Habis  POP (saiz - 20, 15, 10 cm) - apa-apa yang disediakan oleh KKM  Ortoban (saiz - 15, 7.5,5cm)  Stockinette  Felt  Cotton bandage  Crepe bandage (saiz - 10, 7.5, 5cm)  Plaster tapes (surgical/paper  atau zinc oxide)  Safety pins   Arm sling  Collar dan cuff  Walking platform - optional  (boleh dibuat dengan POP)  Disposable gloves  Mask   Apron


5 3. KESIHATAN DAN KESELAMATAN DALAM BILIK POP Bilik POP hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:  Tempat atau kawasan yang bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman  Tempat yang terang untuk membantu bagi pemeriksaan kulit, luka, kesan jahitan dan sebagainya  Pengaliran udara yang baik  Pakaian perlindungan - mask, apron, dan kasut yang sesuai  Lantai hendaklah kering untuk mengelakkan pesakit dan petugas dari terjatuh  Alat-alat elektrik hendaklah disimpan di tempat kering dan selamat. Patuhilah tatacara keselamatan penggunaan alat-alat elektrik  Memastikan penyelengaraan peralatan sentiasa dijalankan Pesanan / Perhatian ( Untuk Petugas Bilik Plaster)  Setiap prosedur hendaklah dimaklumkan kepada pesakit   Beri privacy  kepada pesakit  Pesakit wanita mesti ada pengiring wanita (chaperon)  Jaga kehormatan pesakit  Pesakit hendaklah dalam keadaan selesa  Dalam kebanyakan prosedur memasang POP memerlukan pasukan sekurang- kurangnya berdua  Kast yang baik adalah kast yang tidak mendatangkan komplikasi kepada pesakit  Jaga keselamatan  Elakkan pembaziran  Rancang sebelum melakukan prosedur  Sediakan keperluan sebelum prosedur  Letakkan alas dibawah anggota yang hendak dilakukan prosedur. Elak dari mengotori pakaian pesakit dan tempat kerja  Letakkan kedudukan peralatan ditempat yang sesuai, tidak jauh dari pesakit agar mudah diambil dan mudah pergerakan  Petugas dan pembantu hendaklah berdiri ditempat yang sesuai agar prosedur dapat dijalankan dengan mudah dan selesa  Baca arahan dengan teliti  Nasihat kepada pesakit selepas prosedur  Kemaskan dan bersihkan bilik pemasangan POP selepas setiap prosedur  Ada banyak perkara lagi yang dapat diperhatikan. Rakan-rakan dapat fikirkan mengikut pengalaman masing-masing.


6 4. PRA PEMASANGAN 4.1 Persediaan Pesakit - Senarai Semak  Arahan bertulis daripada doktor yang merawat pesakit Persetujuan pesakit - consent  (jika perlu) Semak   Nama  Nombor pendaftaran / kad pengenalan  Filem x-ray untuk pesakit dan anggota yang betul  Keadaan kulit (blister/ abrasions/ puncture wounds/ laceration wounds ) Status neurovaskular  Vaskular   Bengkak   Nadi  Warna jejari ( pink / cyanose / pale) Neurologi   Kebas   Pergerakan Beri penerangan dan pengesahan anggota kepada pesakit tentang pemasangan kast Pegawai yang bertugas   Nama  Tarikh dan masa  Tanda tangan dan cop 4.2 Persediaan Troli POP Troli bahagian atas  Ortoban mengikut saiz  POP mengikut saiz  Mask   Tuala  Stockinette dan felt  Spreader  Plaster shear Troil bahagian bawah   Apron / gown   Pengalas  Sarung tangan  Gunting / pisau  Pemotong kast elektrik pengalas lutut (knee rest ) Baldi dan air bersuhu bilik


7 SENARAI SEMAK PEMASANGAN KAST Nama Pesakit: Tarikh: RN: Wad: BIL ARAHAN YA TIDAK ULASAN/CATATAN 1 Arahan bertulis dari doktor 2 Keizinan pesakit (jlka perlu) 3 Semak butiran pesakit: a. Nama yang betul b. Nombor pendaftaran/Kad pengenalan yang betul c. Filem X-ray yang betul 4 Penerangan kepada pesakit tentang prosedur 5 Pengesahan dengan pesakit bahagian anggota yang terlibat untuk pemasangan kast 6 Status peredaran darah: d. Bengkak e. Nadi f. Warna jejari: sila bulatkan Pink Pale Cyanose Black  7 Status neurologi: g. Kebas (sensori ) h. Pergerakan (motor ) 8 Keadaan kulit: i. Blister J. Abrasion wounds k. Puncture wounds 1. Laceration wounds m. Alahan/allergi 9 Jenis kast yang telah di pasang: Nota: sebarang keraguan hendaklah dirujuk kepada pegawai perubatan yang merawat pesakit  ______________________ Pegawai yang Bertugas Masa : ________ (am/ pm) (Nama, cop dan Tandatangan)


8 4.3 Pemasangan Kast Memeriksa sirkulasi Jadikan amalan memeriksa sirkulasi sebelum dan selepas memasang kast atau sebarang prosedur yang berkaitan kecederaan anggota. Cara memeriksa sirkulasi i. Periksa warna kulit terutama hujung jari (cyanose /pucat : tanda tidak baik) ii. Periksa suhu kulit dengan tangan (sejuk : tanda tidak baik) iii. Gerakkan jari untuk memastikan jika ada kesakitan iv. Periksa untuk kekebasan v. Periksa untuk paralisis vi. Ingat singkatan :- 5P – Pain Pallor Pulseless Paraesthesia Paralysis Ortoban i. Posisi pesakit mengikut prosedur ii. Pasang ortoban samada dari distal ke proximal atau sebaliknya dengan bertindih/overlap 1/3 - 2/3 iii. Paras ortoban mestilah lebih panjang dari paras POP bertujuan untuk lipatan iv. Saiz ortoban mengikut bahagian anggota yang terlibat Padding i. Menggunakan felt atau kepingan ortoban yang berasingan ii. dipasang pada bahagian bonjolan tulang bony prominence untuk mengelakkan luka tekanan iii. Contohnya kedua-dua malleolus, head of fibula, olecranon POP  Posisi pesakit dikekal sebagaimana sebelumnya  Teknik merendam POP :  Bekas hendaklah saiz yang boleh muat untuk merendam gulungan POP  sebelum memasukkan gulungan POP ke dalam bekas merendam -- uraikan hujung gulungan POP lebih kurang 5 inci. Ini adalah untuk memudahkan permulaan menibalut  Rendam POP dengan memasukkan gulungan POP secara menyerong (at an angle) 45º ke dalam bekas sehingga tenggelam kesemuanya  Rendamkan gulungan POP satu persatu  Gelembung udara akan keluar, tunggu sehingga ianya habis keluar baru diangkat gulungan POP dari air  Perah sedikit, jangan terlalu kuat  Boleh mula membalut  Pasang POP samada dari distal ke proximal  atau sebaliknya dengan bertindih /overlap 1 / 3 - 2 / 3  Paras POP mestilah lebih pendek dari paras ortoban - bertujuan untuk lipatan  Saiz POP mengikut bahagian anggota yang terlibat  Jangan tarik POP bandage terlalu ketat (under tension) licinkan POP selepas gulungan pertama  Rendamkan POP dan balut gulungan kedua dan seterusnya   Licinkan/ moulding  POP mengikut bentuk anggota dengan menggunakan tapak tangan, bukannya dengan jari


9  Tambah slab bahagian yang mudah pecah (sendi, pergelangan kaki) - untuk reinforcement  Bersihkan dan selesakan pesakit  Tinggikan bahagian anggota yang terlibat dan biarkan POP kering dalam suhu bilik (tempoh keras):  tempoh keras (setting time): 2 - 4 minit  tempoh kering (drying time): 1 - 3 hari  Tandakan kawasan yang perlu dibuat window atau trimming Perkara-perkara yang perlu diawasi selepas pemasangan POP  Memeriksa semula status neurovaskular   Jangan menggerakkan anggota terlibat sehingga POP keras (2 - 4 minit)  Tinggikan anggota yang terlibat 4.4 NASIHAT KEPADA PESAKIT YANG MEMAKAI KAST DO’S ( PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN )  Pastikan anggota yang dikast didedahkan dalam masa 48-72 jam untuk memastikan ianya kering dan keras.  Anggota yang dikast akan berasa ketat pada mula pemasangan. Tinggikan anggota yang dikast ( tangan-anduh, kaki- bantal)  Gerakkan anggota yang disimen sekerap yang boleh misalnya, gerakkan jari-jari anda dan semua sendi yang tidak dikast beberapa kali pada setiap jam.  Jangan basah atau kotorkan kast anda kerana ia akan menyebabkan kast anda retak dan pecah. DON’T  ( PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN ):  Pada permulaan hari ke 2 dan 3, jangan dedahkan kast anda kepada sebarang benda keras ,benda panas atau air. Ia akan menyebabkan kast anda retak dan kulit anda akan luka/berkudis  Jangan garu kulit yang gatal dengan sebarang objek yang tajam, sudu atau sikat. Ini akan menyebabkan kast retak dan kulit luka. TANDA-TANDA AMARAN :  Kebas /pucat/ sejuk @ kebiruan pada jari tangan dan kaki.  Kesakitan yang keterlaluan @ tidak selesa.  Kast terlalu ketat/ longgar/ retak.  Anggota yang dipasang kast membengkak/cedera.  Pengeluaran cecair yang abnormal dari kast spt nanah atau darah Jika ada salah satu tanda di atas sila datang ke hospital berdekatan dengan segera untuk mendapat rawatan lebih awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada diri anda.


10 4.5 TEKNIK MEMBUKA POP PERALATAN PEMBUKAAN POP  Pemotong kast dengan vacuum  Plaster spreader  Plaster shears  Gunting POP/ pisau  Gunting bandage  Plaster bender   Pensil/ marker  TINDAKAN SEBELUM PEMBUKAAN  Arahan pembukaan kast  Penerangan kepada pesakit mengenai pembukaan kast dan alat alat yang akan digunakan  Kebenaran secara lisan dari pesakit atau penjaga  Memeriksa status POP untuk memilih cara terbaik untuk pemotongan kast  Gariskan tempat yang perlu dipotong dan elakkan dari bonjolan tulang CARA MEMOTONG KAST (PLASTER) DENGAN MENGGUNAKAN CAS T CUTTER .  Menggunakan teknik in and out mengikut garis yang ditanda tanpa diheret atau mengenakan tekanan yang kuat (untuk mengelakkan kulit dari tercedera)  Jangan menekan terlalu dalam dan berhenti apabila rasa lembut  Pemotongan dari hujung ke hujung   Letakkan spreader  dicelah garis potongan (elakkan tulang yang menonjol dan tempat fraktur) dan buka kast   Guntingkan stockinette dan ortoban  Berhati-hati supaya tidak melukakan kulit  Bersihkan pesakit sebelum dihantar balik CARA MEMOTONG KAST (PLASTER) DENGAN MENGGUNAKAN SHE AR  Shear  ditempatkan antara plaster dan padding selari dengan anggota terlibat lalu kast (plaster) dipotong  Selepas plaster dipotong, spreader digunakan untuk merenggangkan POP, kemudian padding digunting untuk membolehkan POP dibuka PERINGATAN Jangan sekali -kali membengkok posisi shear untuk memotong POP kerana kulit pesakit akan tercedera


11 5. KOMPLIKASI KAST  Gangguan ke atas sirkulasi dan saraf (circulatory and nerve impairment )  Kudis tekanan  Kekakuan sendi   Alahan 5.1 Gangguan ke atas sirkulasi dan saraf Sebab-sebab   Bengkak  Pemasangan kast yang ketat  Tekanan ke atas saluran darah dan saraf yang berdekatan dengan kulit Tindakan  Beritahu doktor dengan segera  Tinggikan anggota yang di pasang plaster  Galakkan pergerakan hujung jari  Split  POP sehingga kulit terdedah (dari hujung ke hujung)  Pemerhatian rapi ke atas status neurovascular 5.2 Compartment Syndrome Tanda-tanda  Kesakitan yang kuat dan meningkat yang tidak setanding dengan kecederaan  Sakit pada pergerakan pasif di bahagian anggota yang terlibat  Kebas-kebas (Pin and needles /numbness)  Kelemahan otot  Bengkak yang berlebihan (tense)  Kekuatan nadi semakin lemah (feeble) Tindakan  Kast di bivalve dan dibuka  Pemeriksaan rapi status neurovaskular anggota tersebut   Jika Compartment Syndrome didiagnoskan atau disyaki - EMERGENCY FASCIOTOMY  patut dijalankan 5.3 Kudis Tekanan Sebab-sebab  Teknik pemasangan POP yang tidak betul  Tiada padding yang mencukupi pada bahagian tulang yang menonjol  POP ketat atau longgar  Benda asing dalam POP Pencegahan  Amalan teknik pemasangan POP yang betul  Nasihat yang jelas kepada pesakit Tanda-tanda Awal  Burning / blister like pain  Kepanasan setempat   Berbau   Demam  POP bertukar warna (staining )


12 Tindakan  Open window 5.4 Kekakuan Sendi Walaupun kekakuan sendi selalunya merupakan satu daripada kesan sampingan keatas rawatan POP Tanya boleti menjadi satu komplikasi didalam keadaan berikut :   Jangkamasa follow-up yang terlalu lama Pencegahan  Pendekkan masa pemakaian POP  Nasihat kepada pesakit Tindakan  Fisioterapi selepas POP dibuka 5.5. Alahan Sebab-sebab  Pesakit alah kepada kandungan plaster  Riwayat alahan Tindakan  Beritahu doktor  Buka POP dengan segera  Pemasangan semula kast dari jenis yang lain (synthetic fiber )


13 6.0 KAST BAHAGIAN ANGGOTA ATAS (UPPE R LIMB) 6.1 Volar S lab (Ventral) Ialah slab yang dipasang pada bahagian anterior   tangan. Opsyen 1 : Slab yang dipasang pada bahagian anterior tangan dari hujung jari hingga 2 jari distal antecubital dalam posisi wrist joint dorsiflex 45°, MCPJ flexion 90° dan interphalangeal joint  pada kedudukan extension (Gambarajah A). Gambarajah A Indikasi : Selepas extensor tendon repair. Opsyen 2 : Slab yang dipasang pada bahagian anterior tangan dari DIPJ  hingga 2 jari distal antecubital dalam posisi wrist joint dorsiflex 45°, MCPJ flexion 90° dan interphalangeal joint  pada kedudukan extension (Gambarajah B). Gambarajah B Indikasi :  Kepatahan tulang metacarpal (stable/undisplace 2 nd ,3rd & 4th metacarpal ). Keperluan :   POP – I0cm atau 15cm mengikut saiz tangan  Ortoban 15cm  Crepe bandage / cotton bandage - 7. 5 cm atau 10 cm   Arm sling


14 Pasukan :   Berdua Posisi pesakit :  Duduk atau berbaring. Prosedur :  Ukur panjang POP yang dikehendaki.  Susun lapisan POP sebanyak 10 hingga 12 lapisan untuk dijadikan slab (Gambarajah C). Gambarajah C Gambarajah D Potong slab pada bahagian base of thumb seperti separuh bulatan untuk memudahkan pergerakan ibu jari (Gambarajah D). Gambarajah E. Rendam slab kemudian letak diatas bentangan ortoban dengan hujung ortoban yang berlebihan dilipat keatas. (Ortoban mestilah beberapa sentimeter panjang dan lebar daripada slab). Pasang slab di tangan pesakit dengan menggunakan creape bandage / cotton bandage. Catatan ; Cock-up Volar slab pergelangan tangan pada kedudukan dorsiflex 45°. MCP joint 90° flexion. Interphalangeal  joint pada kedudukan extension. Selepas extensor tendon repair  – slab hingga hujung jari. Kepatahan metacarpal – Slab hingga DIPJ.


15 6.2 B elow Elbow B ack S lab ( B/E s lab) Definisi Below elbow back slab adalah merupakan slab yang dipasang pada bahagian  posterior  (dorsal ) tangan.Bermula dari Metacarpal bone hingga ke radial head  Indikasi  Dislocation DRUJ .-sementara  Distal End Radius / Ulna Fracture.(undisplaced) Keperluan   POP – 10cm ( 2 roll) 12 lapisan  Ortoban 10cm atau 15cm  Crepe bandage – 7.5cm atau 10cm   Arm sling Pasukan  2 orang. Posisi pesakit  Duduk atau berbaring Penyediaan slab  Ukur panjang POP yang dikehendaki  1 gulung ortoban size 10cm atau 15cm. Cara pemasangan slab  Terangkan tatacara prosedur kepada pesakit.  Posisikan pesakit.   Pasang ortoban dengan cara simple spiral 2/3 dari distal ke proximal  tangan pesakit.  Rendam POP dan letakkan pada tangan pesakit.  Balutan crepe bandage pada tangan pesakit dalam posisi neutral.


16 6.3 Above E lbow POP ( A/E POP) Definasi Ialah POP yang dipasang dari bawah MCP joint hingga middle  – arm dengan ibu jari bebas Indikasi  Fraktur di bahagian forearm. Contoh: D/E mid-shaft, P/3rd  Radius/ulna (fraktur radius ulna)   Fraktur humerus. Coth: ' Supracondylar Humerus'  Keperluan  Stockinette - atas pilihan  Orthoban saiz 7.5cm - 2 gulung  POP saiz 10cm - 4 atau(hingga) 6 gulung (mengikut saiz pesakit) Pasukan  Bertiga ( minimum 2 orang ) Posisi Pesakit  Pesakit duduk atau berbaring ( mengikut keadaan pesakit ) Cara memasang  Pembantu berdiri berhadapan dengan pesakit dan memegang tangan pesakit , dengan satu tangan memegang ibu jari dan sebelah tangan lagi memegang jari kedua hingga keempat.  Anterior view Posterior view Lateral view


17  Siku hendaklah sentiasa dibengkokkan dalam keadaan 90°.  Posisi tangan dalam kedudukan supination, neutral ataupun pronation bergantung kepada kedudukan fraktur. Contoh: fraktur mid-shaft  diletakkan dengan tangan di kedudukan neutral Pemasangan ortoban pada tangan pesakit:  Lubangkan ATAU KOYAKKAN SEDIKIT ortoban lebih kurang 5cm dari hujung  PASANGKAN ORTOBAN PADA CELAH IBU JARI  Mulakan membalut ortoban dari distal (MCPJ ) ke proximal (paras siku) dan dari bahagian dalam ke luar (medial ke lateral )   Balut ortoban dari melebihi MCP joint  hingga hampir ke paras axilla.  Pemasangan POP ( saiz yang sesuai )


18  Rendam POP  Mula membalut POP dari MCP joint dari dalam kesisi, jangan melampaui hujung orthoban,mengikut arah pemasangan orthoban.  Balut di antara ibu jari dan jari telunjuk (1 st  web space) dalam bentuk figure of 8  dan kecilkan ke 2 cm bila melalui bahagian web space  Terus membalut hingga hampir kesiku (jangan terlalu rapat dengan lipatan siku). Moulding dan licinkan POP agar lapisan dalam padat dan tidak kasar selepas setiap gulungan.  Letakkan sedikit gulungan ortoban dalam lipatan siku  Balut gulungan kedua seperti gulungan pertama. Jika tangan besar boleh gunakan gulungan ketiga  Sambung gulungan hingga paras bahu, bawah ortoban. Lipatkan hujung ortoban kedalam sebelum lapisan POP terakhir  Ampu POP sehingga set/keras untuk mengelak keretakan pada POP  Memeriksa sirkulasi dihujung jari  ANTARA POSISI TANGAN UNTUK AEPOP


19 Prone Position (Distal ) Supine Position (Proximal ) Neutral Position (Mid Shaft) Pasang arm sling


20 6.4 B elow Elbow POP (B /E POP) Definasi POP dipasang dari 'MCP Joint'  hingga 2 cm dari sendi siku. Indikasi  Carpal bone fraktur  Ulnar Styloid fraktur . Keperluan  POP 10cm  Ortoban 7.5cm   Arm sling  Stockinette (optional ) Pasukan  3 orang ( Applicator, traction and counter-traction) Minimum 2 orang. Posisi Pesakit  Duduk atau baring.  Sendi pergelangan tangan pada neutral position Cara memasang  Pasangkan stockinette mengikut saiz yang telah diukur.  Balut ortoban 1 cm melepasi MCP joint hingga sendi siku  Rendam POP dan balut mulai dari wrist joint dengan arch balutan dari dalam ke luar. Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan balutan POP hendaklah tidak melepasi MCP joint  Balut tapak tangan sebanyak 2 kali melalui web space pertama (antara ibu jari dan jari telunjuk). Teruskan balutan hingga 2 cm dari sendi siku. Jangan melepasi hujung ortoban  Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin  Lipat hujung ortoban sehingga nampak knuckle dan palmar crease di bahagian distal. Juga lipatkan bahagian proximal sehingga 2 cm dari sendi siku.  Ulangi membalut POP dengan gulungan yang kedua mengikut cara yang sama  Sebelum POP keras, mould POP mengikut bentuk tangan dan di waktu yang sama licinkan POP. Dengan cara ini lapisan POP akan padat  Pasang arm sling


21 Below elbow POP  Anterior View Below Elbow POP Posterior View  6.5 Colles' POP Definasi POP dipasang dari 'MCP Joint'  hingga 2 cm dari sendi siku. Sendi pergelangan tangan (Wrist ) berkedudukan 'palmar flexion'  dan 'ulna deviation'  Indikasi   Kepatahan Colles' Keperluan  POP 10 cm sebanyak 2 gulung  Ortoban 7.5cm sebanyak 1 gulung   Arm sling Pasukan  2 orang


22 Posisi Pesakit  Propped up atau baring. Sendi pergelangan tangan di posisi 'palmar flexion (20˚- 30˚), 'ulna deviation (15˚) dan ’ pronation (20˚) Cara memasang  Satu tangan pembantu memegang ibu jari pesakit dalam keadaan fully extended manakala tangan yang lain memegang jari-jari pesakit yang lain dengan mengekalkan traction  Balut ortoban 1 cm melepasi MP joint  hingga 2 cm dari sendi siku  Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari dalam ke luar menghala ke distal Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan tidak melebihi ortoban  Balut tapak tangan dan melalui 1 St web space antara ibu jari dan jari telunjuk sebanyak 2 kali. Teruskan balutan ke arah proximal hingga 3 cm dari sendi siku. Jangan melepasi hujung ortoban  Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin disamping mengekalkan 3 point moulding.  Lipat hujung ortoban. Palmar crease dan knuckles hendaklah boleh dilihat  Untuk gulungan POP kedua, balut dengan cara yang sama dan cuma sekali sahaja balutan melalui 1 st web space jumlah keseluruhan, 3 lapisan POP melalui 1 st web space  Pastikan kedudukan pergelangan tangan pesakit sentiasa dalam posisi  palmar flexion dan ulnar deviation  Pasang arm sling Perhatian: Untuk pemasangan lapisan akhir, pastikan pesakit boleh actively extend  ibu jari


23 Post POP X-ray ( Pandangan Lateral dan AP) Position dalam Colles Cast - 'palmar flexion (20˚ -30˚), 'ulna deviation (15˚) dan ’pronation (20˚) Pandangan Dorsal


24 Pandangan Lateral 6.6 S caphoid POP Definasi POP dipasang dari 'MCP Joint ' hingga 2 cm dari sendi siku dan membaluti ibu jari hingga ke IPJ (interphalengeal joint  ) Di mana:  Wrist  dalam keadaan sedikit 10-15 darjah  dorsiflexion  Ibu jari dalam keadaan abduksi, fleksi dan bertentangan dengan jari telunjuk(index )  IPJ bebas  `Radial deviation'  Posisi ‘glass holding ’


25 Indikasi   Fraktur scaphoid  Keperluan  POP 10cm X 2 gulung  Ortoban 7.5cm X 1 gulung   Arm sling  Stockinnette saiz 7.5cm Pasukan  2 orang. Posisi Pesakit  Duduk atau baring. Kedudukan tangan pesakit glass holding position  seperti di dalam definasi di atas Cara memasang   Sarungkan stockinnette  ke bahagian anggota terlibat iaitu 1cm melepasi MCP  joint  sehingga ke paras siku. Stockinnette juga dipasang ke bahagian ibu jari.  Pembantu hendaklah memegang bahagian ibu jari (dalam keadaan fleksi 45 darjah pada IPJ) dan tiga jari (tidak termasuk jari kelingking) dalam keadaan glass holding position  Untuk ibu jari - Balut ortoban 1 cm melepasi MCP joint  hingga 2 cm dari sendi siku. Balut ortoban di sekeliling ibu jari hingga ke hujungnya  Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari dalam ke luar menghala ke distal dan tidak melebihi ortoban. Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka  Balut tapak tangan melalui web space pertama (antara ibu jari dan jari telunjuk) sebanyak 2 kali. Teruskan balutan sehingga melingkari ibu jari. Pastikan POP tidak melepasi interphalangeal joint  ibu jari  Teruskan balutan menghala  proximal   hingga 3 cm dari sendi siku dan jangan melepasi hujung ortoban. Palmar crease dan knuckles hendaklah boleh dilihat  Di waktu yang sama mould   POP supaya lapisan luar POP licin. Lipat hujung stockinnette berserta ortoban.  Ulangi membalut POP dengan gulungan yang kedua mengikut cara yang sama  Sebelum POP keras, mould  POP mengikut bentuk glass holding  position dan di waktu yang sama licinkan POP terutama pada hujung ibu jari. Dengan cara ini lapisan POP akan padat   Pasang arm sling 


26  Xray menunjukkan fraktur tulang scaphoid Posisi tangan Lateral View Posisi tangan Anterior View Ibu jari dalam keadaan o pposition dengan jari telunjuk (glass holding position) Wrist dalam keadaan sedikit 10-15 darjah dorsiflexion Lateral View wrist dalam keadaan sedikit dorsiflexion Posisi tangan Pemasangan ortoban


27 Lapisan pertama pop Leteral view Anterior view 6.7 Bennett’s cast (POP) Definasi. POP dipasang dari Interphalengeal Joint (mid proximalphalange) hingga ke 3 -4 cm dari sendi siku Di mana.  Wrist dalam keadaan normal  Ibu jari dalam kedudukan abduksi (hand shake position)   Sendi interphalengeal bebas Indikasi:  Fraktur di bahagian base I st   metacarpal  ( cth: Bennett's fracture dan Rolando fracture ) Keperluan  POP 10cm sebanyak 2 gulung


28  Orthoban 7.5cm sebanyak 1 gulung   Arm sling Pasukan  2 orang Posisi Pesakit  Duduk atau baring (mengikut keadaan pesakit). Sendi pergelangan tangan pada neutral position dan ibu jari pada abduction and extension (hand shake position) Cara memasang   Balut orthoban 1 cm melepasi MCP joint  hingga 4 cm dari sendi siku  Padding tambahan diletak pada bahagian yang fraktur


29  Pembantu menarik ibu jari pesakit dalam posisi abduction and extension serta memegang jari kedua hingga jari keempat pesakit dalam keadaan hand shake  position  Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari dalam ke luar. Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan tidak melebihi orthoban  Balut tapak tangan dan melalui web space pertama antara ibu jari dan jari telunjuk sebanyak 2 kali. Teruskan balutan melingkari ibu jari sehingga middle proximal  phalange.  Teruskan balutan menghala proximal  hingga 4 cm (anggaran 4 jari) dari sendi siku. Jangan melepasi hujung orthoban  Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin.  Lipat hujung orthoban. Palmar crease dan knuckles hendaklah boleh dilihat  Ulangi membalut POP dengan gulungan yang kedua mengikut cara yang sama


30  Sebelum POP set, hendaklah menekan bahagian yang fraktur dengan hujung ibu  jarinya hingga POP set Di waktu yang sama ibu jari pesakit mesti dikekalkan dalam posisi abduction and extension sehingga POP set  Catatan: Kita memerlukan POP yang agak lembap bagi memanjangkan masa POP set   Pasang arm sling  Posterior view


31 6.8 U-Slab Slab dipasang bermula dari bawah axilla melalui bawah siku dan naik ke atas hingga ke pangkal leher. Indikasi   Kepatahan Humeral . Keperluan   POP – I0cm atau 15cm ikut saiz tangan  Ortoban 15cm  Crepe bandage/ cotton bandage 7.5cm atau I0cm  Collar& cuff  Stokinnet  ( jika dibekalkan)  Anterior view


32 Pasukan   Bertiga Cara menyediakan U-slab  Sukat Ukur panjang slab dari paras bawah ketiak melalui siku ke atas melampaui  ACJ hingga sempadan pangkal leher. dan bahu  Bentangkan Lapiskan POP 10-12 lapisan( mengikut saiz yang diukur ), POP berlapis-lapis lebih kurang 8 hingga 10 lapis dan serta lebarkan bahagian atas bahu. Posisi pesakit  Pesakit sebaik-baiknya dalam keadaan duduk dengan siku dibengkokkan sebanyak 90 degree lebih mudah  Pembantu pertama berdiri di hadapan pesakit dengan memegang tangan sambil siku pesakit dibengkokkan Cara memasang U-slab  Rendamkan slab lapisan POP yang telah dibentangkan  Bentangkan slab atas ortoban  Masukkan slab yang telah dibentangkan di atas ortoban ke dalam stokinnet.  Letakkan slab bermula dari bawah ketiak melalui siku dan naik ke atas melampaui paras bahu  Pembantu kedua memegang slab dalam posisi  Balut slab menggunakan crepe bandage/ dari siku hingga ke bahu   Pasangkan collar & cuff  Untuk mengelakkan bandage terjatuh pasangkan elastoplas dari siku ke paras bahu (optional ). 6.9 Hanging K as t Definasi Ialah above elbow POP dengan bahagian proximal  terletak 2 jari melebihi dari tempat kepatahan, tangan dalam posisi neutral, siku bengkok 90° dan ditambah dengan collar & cuff . Pergelangan tangan boleh juga dibebaskan, tidak diliputi oleh POP. (Nota: Untuk kes wrist  drop POP perlulah meliputi sehingga sendi pergelangan tangan). Indikasi   Kepatahan humerus shaft  (distal half ). Keperluan


33  POP 10cm  Ortoban 7.5cm  Collar & cuff  Penyangkuk atau tali  Stockinnet (optional) Team  Minimum 2 orang. Posisi Pesakit  Pesakit sebaik-baiknya duduk namun bergantung pada keselesaan dan tahap kecederaan .  Pembantu berdiri di depan pesakit sambil mengampu siku dan tangan pesakit Bahagian pemasangan POP  2 cm dari pergelangan tangan sehingga 2cm atas daripada kepatahan. Cara memasang Hanging Kast   Pasang stokinnet  (optional) dan balut dengan ortoban.  Rendam POP dan balut.  pasangkan penyangkuk 2 cm dari hujung POP (distal ).  Habiskan pemasangan lapisan terakhir POP   Ikatkan collar and cuff  melalui penyangkuk tadi. Pesakit dinasihatkan agar meletakkan kedudukan tangan dalam keadaan posisi yang tergantung Hanging Kast  - wrist  bebas


34 Hanging Kast  - meliputi sendi wrist  6.10 SMITH'S POP Definasi POP dipasang dari MCPJ  hingga ke mid arm dengan sendi pergelangan tangan dalam kedudukan supinated dorsiflexion manakala sendi siku pada kedudukan 90º flexion Indikasi   Fraktur Smith Keperluan  Stockinette  Ortoban 7.5cm sebanyak 2 gulung  POP saiz 10cm sebanyak 4 gulung Pasukan  2 orang Posisi Pesakit  Duduk atau baring mengikut keadaan pesakit .


35  Sendi pergelangan tangan di posisi supinated  dan dorsiflexion dan sendi siku pada kedudukan 90° flexion Cara memasang  Cara pemasangan POP Smith adalah sama dengan cara pemasangan POP  Above Elbow   Cuma perbezaannya adalah sendi pergelangan tangan dalam keadaan dorsiflexion dan sendi siku pada kedudukan 90°   Pasang arm sling  SMITH'S POP - 'forearm' posisi `supination' 7. KASTING BADAN (BODY CA STING) 7.1 Lumbar Jacket  Definasi Sejenis kast yang dipasang di badan untuk immobilisasi bahagian torakolumbar yang meliputi: BAHAGIAN DEPAN kast yang mula dari mid /top sternum hingga symphysis pubis. BAHAGIAN BELAKANG dari sisi bawah tulang scapula hingga ke tulang coccyx. BAHAGIAN SISI 7.5cm dari axila hingga meliputi Iliac Crest . Indikasi  fraktur tulang belakang (torakolumbar)


36  rawatan konservatif untuk scoliosis  selepas pembedahan spinal Keperluan  bergantung kepada posisi pesakit semasa pemasangan body jacket  meja body kast (spica table)-untuk posisi supine   meja Risser untuk scoliosis-untuk posisi supine  dua kayu penyokong 1.5m -untuk pesakit yang boleh berdiri  bangku- untuk pesakit duduk  POP (20cm POP) - 6 hingga 10 gulung  POP (15cm POP) - 6 hingga 10 gulung (untuk slab)  Ortoban (15 cm)  Stockinette/ T-shirt  Felt (non adhesive)  Gamgee Pasukan  Sekurang-kurangnya 3 orang Posisi Pesakit  berdiri dengan memegang dua kayu penyokong dan lebarkan jarak kaki selari dengan bahu  duduk diatas bangku (untuk pesakit yang tidak boleh berdiri)  berbaring (terlentang atau meniarap) diatas meja body kast  Cara Pemasangan  Pesakit memakai dua lapisan stockinette/ T-shirt dari bahu hingga ke lipatan peha ( groin)  Letak felt di tempat-tempat tekanan iaitu ASIS, iliac crest  , bahagian spina hingga ke coccyx   Letak gamgee meliputi bahagian depan pangkal tulang rusuk dan abdomen  Balut badan dengan ortoban (kemas dan padat)  Sediakan 4 slab dengan menggunakan POP size 15cm untuk dipasang di bahagian sisi (kiri dan kanan), depan dan belakang  Rendamkan gulungan POP size 20cm dan mula balutan POP samada dari atas atau bawah mengikut prinsip balutan POP  POP slab diletak di tempat-tempat yang ditentukan dan sambung balutan POP  Moulding dijalankan sebelum kast set pada bahagian atas iliac crest dengan bahagian sisi luar ibu jari (lateral aspect of the thumb) agar tidak mengelongsor ke bawah  Potong (trim) POP mengikut bentuk seperti di gambarajah bawah. Trimming  harus dilakukan dengan pesakit dalam posisi duduk


37 Langkah 1 Slab Langkah 2 Padding at iliac crest  Langkah 3 Padding at ribs and iliac crest


38  Anterior View Posterior View Langkah 4 Application of ortoban  Anterior View  Langkah 5 Application of POP  Anterior View


39 Langkah 6 Application of Anterior & Posterior slab Lateral View


40  Anterior Slab Posterior Slab Langkah 7 Application of both lateral slab Langkah 8 Moulding at both Anterior view of cast iliac crest Lateral view Anterior view


41 Posterior View of Body Kast Lateral View of Body Kast  Complete application of slab • Open window  di bahagian abdomen boleh dibuat untuk keselesaan pesakit PERHATIAN KHAS SEMASA PEMASANGAN  Pesakit mesti memandang lurus dan jangan tunduk  posisi lengan tidak melepasi paras bahu  Gulungan POP jangan ditarik hanya digulung semasa dipasang terutamanya pada dada  Untuk pesakit wanita :  tanggalkan baju dalam  letakkan dua gamgee bahagian payudara selepas memasang stockinette  felt atau gamgee yang diletakkan di bahagian payudara perlu dikeluarkan selepas pemasangan body kast   pastikan pesakit hanya dialihkan selepas POP keras (set) PEMERIKSAAN  Keselesaan pesakit  Tentukan tiada tekanan pada bahagian tulang yang menonjol ( pressure point )


42  Tiada masalah pernafasaan  Tiada geseran dan tekanan pada kawasan axila  Jangan abaikan sebarang aduan pesakit 7.2 Minerva J acket (Modified) Definasi Sejenis kast yang dipasang meliputi kepala dan badan untuk immobilisasi bahagian servikal dan torasik yang meliputi: BAHAGIAN ANTERIOR  Daripada mandible hingga meliputi bahagian bawah sternum BAHAGIAN POSTERIOR  Meliputi bahagian oksiput hingga bahagian lumbar Indikasi  Kecederaan cervical spine Keperluan  Ortoban 15cm dan 10 cm  Stockinette  POP 15cm dan 10cm


43  Felt  (mengikut keperluan) Penyediaan slab  Anterior slab gulungan POP 10 cm atau 15cm bergantung kepada saiz pesakit 6 lapisan daripada dagu kanan hingga ke sternum Posterior slab gulungan POP 10 cm atau 15cm bergantung kepada saiz pesakit 6 lapisan daripada oksiput hingga ke kawasan lumbar Transverse slab gulungan POP 10 cm atau 15 cm 4 lapisan di setiap hujung dipotong supaya bercabang Headpiece slab gulungan POP 10 cm dipotong dua menjadi 5 cm setiap satu satu gulungan tadi akan diguna untuk dibuat slab Garland slab (slab di bahu) 10 cm slab, 3 lapisan di setiap bahu (moulding over both shoulder ) Pasukan  Sekurang- kurangnya 3 orang Posisi Pesakit  samada duduk atau berbaring bergantung kepada status neurologi pesakit. CARA PEMASANGAN  Dudukkan pesakit diatas kerusi dengan kedua-dua tangannya memegang kayu penyokong jika pesakit tiada “neurological deficit ” dan seorang pembantu memegang kepala pesakit dalam kedudukan neutral.   Pasangkan stokinette mengikut keperluan  Ortoban dipasang di bahagian posterior melepasi kawasan oksiput hingga melepasi kawasan lumbar  Di bahagian anterior ortoban dipasang bermula di bawah bibir mulut hingga ke pusat   Gunakan ortoban bersaiz 15 cm untuk membalut bahagian toraks hingga mengelilingi bahagian leher berbentuk figure of eight   Ortoban 15 cm juga digunakan untuk menutup kedua-dua belah bahu


44   Gunakan ortoban 10 cm bagi membalut kepala di bahagian dahi tidak meliputi kening kedua-dua belah  Felt dipasang dibahagian bony prominences di bahagian oksiput, bawah dagu dan bahu  Minta pesakit menggigit cotton bandage bersaiz sederhana. Ini bertujuan bagi membolehkan pesakit membuka mulut selepas selesai pemasangan kast  Seorang pembantu memegang kepala pesakit dalam keadaan neutral  bagi tujuan iminobilisasi semasa pemasangan kast   Rendamkan posterior slab dan lekatkan di bahagian posterior  dari oksiput hingga ke bahagian lumbar  Seterusnya rendamkan anterior slab dan lekatkan di bahagian anterior  dari dagu hingga ke sternum  Tranverse slab dipasang di bahagian dagu dengan dua cabang, satu melalui di hadapan telinga dan satu di bahagian belakang telinga di kedua-dua belah telinga  Potong POP saiz 15cm kepada dua bahagian, satu bahagian digunakan untuk membuat slab bagi mengelilingi dahi hingga ke bahagian belakang kepala dan satu bahagian lagi digunakan untuk membalut slab di bahagian kepala tersebut  Gunakan POP saiz 10 cm atau 15 cm untuk membalut bahagian torak dan gunakan POP saiz 10 cm untuk membalut bahagian leher, bahu dan toraks dalam bentuk figure of eight   Garland slab yang menggunakan POP saiz 10 cm dipasang pada kedua-dua belah bahu  Gunakan POP saiz 10 cm atau 15 cm untuk membalut keseluruhan kast yang telah dipasang sebanyak antara 3 hingga 4 lapisan sebagai reinforcement  Lipat semua ortoban di semua hujung POP  Gulungan POP saiz 10 cm digunakan sebagai balutan terakhir bagi tujuan menutup ortoban yang telah dilipat  Bagi pesakit-pesakit yang menggunakan Stryker-bed  dan dipasang dengan Skull Tongs, pemasangan Minerva Jacket  dimulakan dari bahagian anterior  kemudian pesakit diterbalikkan ke kedudukan prone dan bahagian  posterior  kast dipasang. Kemudian kedua dua bahagian itu dicantumkan dengan balutan POP bagi menyempurnakan pemasangan tersebut   Keluarkan cotton bandage dari mulut pesakit dan periksa sama ada pesakit dapat membuka dan menutup mulut tanpa masalah PERHATIAN KHAS SEMASA PEMASANGAN MINER VA J ACK ET   Pembantu yang memegang kepala pesakit ketika prosidur dilakukan hendaklah memastikan kepala pesakit berada di dalam keadaan neutral dan tidak bergerak semasa proses pemasangan dilakukan


45  Memastikan jarak antara kening dan slab bahagian dahi lebih kurang 2cm.  Pastikan kedua-dua belah tangan pesakit dapat memegang kepalanya bagi memastikan bahawa kedua-dua belah bahu dapat diabduksikan sepenuhnya PEMERIKSAAN SELEPAS PEMASANGAN KAST  Keselesaan pesakit hendaklah diutamakan  Tentukan tiada tekanan pada bahagian tulang yang menonjol ( pressure point )  Tiada masalah pernafasan  Tiada geseran dan tekanan pada kawasan axila dan bahagian telinga  Pastikan pesakit boleh membuka mulut selepas pemasangan kast  Jangan abaikan sebarang aduan pesakit  MINER VA J ACK ET


46 MINERVA JACKET


47 Pandangan Posterior Pandangan Anterior Pandangan Lateral 7.3  Shoulder Spica Definasi Kast yang dipasang untuk menstabilkan sendi bahu. Ianya meliputi bahagian tangan yang terlibat hingga MCPJ dan seterusnya dilebarkan ke bahagian badan meliputi dari bahagian pertengahan bahu sehingga ke axila bertentangan dan seterusnya menutupi bahagian badan hingga ke iliac crest  Indikasi   Fraktur neck of humerus  Shoulder dislocation   Fraktur upper third of humerus (comminuted)  Kecederaan ligamen  Selepas pembedahan sendi bahu Uika perlu) Keperluan Peralatan  Stockinette untuk badan dan tangan  Ortoban 15 cm; 7 gulung


48  Ortoban 10 cm; 3 gulung  POP saiz 15 cm; 4 gulung  POP saiz 10 cm; 3 gulung  POP slab 10 cm; 3 gulung  Felt Pasukan  2-3 orang. Posisi  Pesakit berdiri dengan memegang sebelah tangan yang terlibat  Tapak tangan yang terlibat dalam posisi prone   Abduction of shoulder 60 °  Flexion of shoulder  (ke hadapan) 30°  Kedudukan siku dalam posisi flexion 90° Cara Pemasangan  Sendi bahu mestilah dalam kedudukan 60° abduction dan mid-rotation untuk dimobilisasi serta sendi siku dalam kedudukan 90°  Stockinette dipasang dibahagian badan dan lengan yang terlibat Langkah 1 Pemasangan stockinette dan kedudukan tangan pesakit


49 • Pasangkan extra padding/felt di bahagian bonjolan tulang sepertiacromion process, iliac  crest , sendi siku dan radioulnar styloid  Langkah 2 Kedudukan padding pads bonjolan tulang


50 Langkah 3 Pasangkan ortoban pada bahagian yang terlibat meliputi MCPJ, mid-shoulder  terns ke bahagian axila yang tidak terlibat dan seterusnya kedua-dua belah iliac crest  Langkah 4 Penyediaan slab  Sediakan sekurang-kurangnya 4 slab  Tangan - POP 10 cm; 1-2 gulung, panjangnya mengikut lengan pesakit   Anterior axila - POP 15 cm; 2 gulung, panjangnya diukur dari siku melalui axila sehingga iliac crest   Bahu - POP 10 cm; 2-4 gulung, panjangnya diukur dari axila bertentangan melalui anterior  trunk ke bahu terlibat Seterusnya ke axila dan melalui posterior trunk  dan bersambung di axila bertentangan (figure-of-eight)  Abdomen slab - POP 15 cm ; 2-3 gulung, panjangnya mengelilingi abdomen pesakit


Click to View FlipBook Version