The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rujukan perlembagaan BKI Sharp

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mr.nije2012, 2023-03-14 09:27:18

Perlembagaan BKI Sharp

Rujukan perlembagaan BKI Sharp

Keywords: law,perlembagaan,undang-undang

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN ISLAM SHARP SUNGAI PETANI (BKI SHARP)


i KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT 1 Nama Persatuan 1 2 Alamat Tempat Urusan 1 3 Lambang Persatuan 1 4 Objektif Persatuan 1 5 Keahlian 1 6 Permohonan Keahlian 2 7 Hak-Hak Ahli 2 8 Kewajipan Ahli 2 9 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli 2 10 Yuran 3 11 Pentadbiran 3 12 Mesyuarat Agong 3 13 Mesyuarat Agong Khas 4 14 Jawatankuasa 4 15 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 5 16 Pemeriksa Kira-Kira 5 17 Kewajipan-Kewajipan Pegawai 5 18 Sumber Kewangan 6 19 Pindaan Perlembagaan 6 20 Pembubaran 6 21 Akta 6


1 BADAN KEBAJIKAN ISLAM SHARP SUNGAI PETANI, KEDAH (BKI SHARP) =================================================== Fasal 1 Nama Nama Pertubuhan ini ialah BADAN KEBAJIKAN ISLAM SHARP SUNGAI PETANI, KEDAH (BKI SHARP). Selepas ini disebut sebagai Persatuan) Fasal 2 Alamat Tempat Urusan (1) Alamat dan tempat urusan Persatuan ialah 926, Jalan BPJ 3/20, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darulaman.atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dan semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah 926, Jalan BPJ 3/20, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darulaman. (2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Fasal 3 Lambang Persatuan (1) Keterangan lengkap mengenai lambang Persatuan adalah seperti lampiran A. Fasal 4 Objektif Persatuan Objektif persatuan ini adalah :- (1) Merapatkan ukhuwah tali persaudaraan dan keharmonian mahabbah di antara pekerja Islam S&O Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Sharp Sungai Petani, Kedah) (2) Membantu dengan sedaya upaya dan seikhlas hati di dalam urusan kebajikan kakitangan yang beragama Islam Sharp Sungai Petani, Kedah. (3) Menghidupkan budaya membantu selaras dengan tuntutan Islam. (4) Memenuhi tuntutan fardhu kifayah.


2 (5) Menjalankan khidmat sosial dan kemasyarakatan dalam meningkatkan imej Sharp Sungai Petani. Fasal 5 Keahlian (1) Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 sehingga 60 tahun yang menjadi kakitangan tetap Sharp Sungai Petani dan beragama Islam sahaja. (2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebabsebabnya. (3) Tiap-tiap pemohon yang pemohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran yuran bulanan yang pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli. (4) Keahlian boleh terhenti atas keadaan mana-mana yang berikut : (a) Hilang kewarganegaraan, atau (b) Hilang keupayaan dari segi mental, atau (c) Diisytiharkan bankrap, atau (d) Disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah, atau (e) Dibuang daripada kerja. Fasal 6 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli (1) Ahli yang berhenti bekerja dari Sharp Sungai Petani secara langsungnya ia juga diberhentikan sebagai ahli Persatuan. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. (3) Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. (4) Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melalui mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. (5) Seseorang ahli Persatuan yang terlucut kewarganegaraannya atau terlibat dengan apa jua aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara maka dengan sendirinya ia terlucut sebagai ahli Persatuan.


3 Fasal 7 Yuran (1) Yuran: (a) Yuran bulanan RM 2.00 (Ringgit Malaysia : Dua Sahaja) (b) Yuran bulanan hendaklah dibayar secara bayaran tunai. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh tujuh (7) hari awal tiap-tiap bulan. (c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran bulanan semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. Fasal 8 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat, tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Mac tiap-tiap tahun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:-


4 a) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan dalam tempoh satu tahun yang lalu. b) Menerima lapuran Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi setahun yang lalu. c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang. d) Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya empat belas (14) hari sebelum mesyuarat agung tahunan diadakan suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta dengan penyata kirakira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar Persatuan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :- a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli biasa yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempuh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasat 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka Mesyuarat Agung Khas tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dan tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat ltu.


5 FASAL 9. JAWATANKUASA (1) Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Jawatankuasa Persatuan hendaklah dilantik bagi tempoh setiap dua (2) tahun. (a) Seorang Pengerusi (b) Seorang Timbalan Pengerusi (c) Seorang Setiausaha (d) Seorang Bendahari (e) Sepuluh (10) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa (2) Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihan dua (2) tahun sekali akan dijalankan secara mengundi oleh ahliahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan, mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan kegiatan-kegiatan pada tahuntahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali dalam tempoh tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Jawatankuasa tujuh (7) hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya mesyuarat Jawatankuasa diadakan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah(1/2) daripada Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkenaan yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapat kelulusan daripada jawatankuasa secara pengedaran surat perkeliling. Syarat-syarat mengenainya adalah seperti berikut : (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Jawatankuasa. (b) Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan


6 (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat-surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa. (8) Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calon demikian tidak ada atau menolak jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawaipegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. la boleh menggantung atau memecat jawatan pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam menjalankan pekerjaan, curang, tidak cekap dan engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 10. KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI PERSATUAN (1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. (2) Timbalan Pengerusi hendaklah membantu tugas-tugas Pengerusi dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. la bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti Nama, Alamat, Tarikh Lahir, No.Kad Pengenalan, Pekerjaan, Nama Dan Alamat Majikan. la hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa enam puluh (60)


7 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan atau setelah berakhirnya tahun kewangan pada 31 Disember mengemukakan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966. (5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan dan ia hendaklah menyediakan dan menyimpan semua penyata kewangan Persatuan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. (6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11. KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah perbelanjaan pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan. Walau bagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Persatuan ini terlibat dengan aktiviti mengutip Mengutip derma daripada orang awam untuk tujuan Persatuan dengan persetujuan Mesyuarat Agung serta tertakluk kepada pengesahan daripada Pendaftar Pertubuhan dan kebenaran pihak-pihak berkuasa berkenaan diperolehi terlebih dahulu. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia; Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam Bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa dan akaun bank mestilah di atas nama Persatuan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai ganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Persatuan. (4) Perbelanjaan sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan yang tidak melebihi daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh dilakukan dengan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Persatuan. Sementara perbelanjaan sebanyak RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) dan ke atas tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kelulusan atau kebenaran Mesyuarat Agung. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta penyata kewangan, bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dibawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diauditkan itu hendaklah dikemukakan untuk


8 diluluskan oleh Mesyuarat Agung berikutnya dan salinan hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli dan ditempat urusan Persatuan. (6) Persatuan boleh mendapatkan harta alih dan tidak alih untuk tujuan Persatuan ini dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (7) Tahun kewangan Persatuan ini bermula daripada 01hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember pada tiap-tiap tahun. FASAL 12. JURUAUDIT (1) Dua (2) orang yang bukannya Jawatankuasa Persatuan, boleh dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan dan kunci kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengauditkan penyata kewangan dan kunci kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA (1) Harta yang tidak boleh dialih bagi Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan. (2) Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh dijual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.


9 FASAL 14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa bolehlah memberi tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak di ubah oleh Mesyuarat Agung. FASAL 15. PENASIHAT / PENAUNG (1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik menyatakan persetujuan secara bertulis. FASAL 16. LARANGAN (1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditaksirkan dalam Jadual 1 dan 2 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 adalah dilarang kepada ahli Persatuan. (2) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. (3) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan. (4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan, 1966 tidak boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. (5) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan di dalam Persatuan, menjadi penasihat atau pekerja Persatuan, jika ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9A, Akta Pertubuhan, 1966. (6) Persatuan ini dilarang menganjur dan melaksanakan apa-apa aktiviti selain daripada yang tercatat di dalam tujuannya. ASAL 17. PINDAAN UNDANG-UNDANG (1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk megubah atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


10 FASAL18. PEMBUBARAN (1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran ltu. ………………………………… ……………………………………. Nama : Ahmad Nizam Bin Ibrahim Nama : Ahmad Tajuddin Bin Hamid Jawatan: Setiausaha Jawatan: Pengerusi


Click to View FlipBook Version