1 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JANA JALAN JANA MULIA 5 34600 KAMUNTING PERAK. BUKU PERATURAN SEKOLAH
2 PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk MuridMurid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Guru Besar hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Guru Besar-Guru Besar hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
3 ISI KANDUNGAN Kata-kata Aluan Pelan Sekolah Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misi Sekolah Visi Sekolah Ikrar Murid Lagu Sekolah Disiplin A Definisi Disiplin B Matlamat Disiplin C Prinsip-prinsip Asas Disiplin Etika Murid A Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri B Tanggungjawab murid terhadap keluarga C Tanggungjawab murid terhadap rakan D Tanggungjawab murid terhadap sekolah E Tanggungjawab murid terhadap masyarakat F Tanggungjawab murid terhadap agama G Tanggungjawab murid terhadap negara Penguatkuasa Peraturan Kuasa Menghukum PANDUAN PERATURAN SEKOLAH 1. Pakaian 2. Rambut 3. Perhimpunan 4. Kebersihan 5. Kawasan sekolah 6. Sakit 7. Kawasan yang dilarang 8. Kebersihan Sampah Kantin Bilik Darjah
4 Tandas 9. Keselamatan Beratur Waktu Balik Makmal Bilik-bilik Khas 10. Pelawat 11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas 12. Ketua Murid dan Pengawas 13.Waktu Sembahyang 14.Waktu Rehat 15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan 16. Bayaran Yuran Tambahan 17. Kerosakan Harta Benda Sekolah 18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)
5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. VISI DAN MISI
6 IKRAR MURID BAHAWA KAMI, Murid-murid SK Taman Jana berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa. Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara. DISIPLIN A. DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Murid dan Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai: “…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” B. MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.
7 C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut: • keadilan dan layanan sama rata • pertimbangan minat dan keperluan murid • kebebasan – tertakluk kepada undang-undang • amalan menghormati seseorang individu • perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis • perpaduan masyarakat dan Negara ETIKA MURID • Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri • Tanggungjawab murid terhadap keluarga • Tanggungjawab murid terhadap rakan • Tanggungjawab murid terhadap sekolah • Tanggungjawab murid terhadap masyarakat • Tanggungjawab murid terhadap agama • Tanggungjawab murid terhadap negara A. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri • Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental. • Bersopan santun, jujur dan amanah. • Menghargai masa dan menepati masa • Berjimat cermat • Bersifat sederhana dan tidak sombong • Sabar dan bertolak ansur • Menghormati hak asasi orang lain • Berani dan cekal hati • Bersikap dedikasi • Bersifat berdikari • Bersifat rajin dan berusaha B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga • Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa • Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga • Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral
8 • Menjaga nama baik sekolah C. Tanggungjawab murid terhadap rakan • Menghormati rakan • Tolong menolong antara rakan D.Tanggungjawab murid terhadap sekolah • Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah • Menghormati guru-guru • Belajar dengan bersungguh-sungguh • Menaikkan imej sekolah • Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi • Bekerjasama di antara satu sama lain • Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah E. Tanggungjawab murid terhadap Masyarakat • Tolong menolong dan bekerjasama • Menghormati orang-orang yang ebih tua • Boleh bertolak ansur • Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain • Bersifat sederhana dan tidak sombong • Rasa kesefahaman dan sabar • Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan • Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia F. Tanggungjawab murid terhadap agama • Taat kepada perintah Allah (Tuhan) • Mempertahankan kesucian agama • Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari G. Tanggungjawab murid terhadap Negara • Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara • Mematuhi undang-undang • Mengamalkan konsep Rukunegara • Menjaga kemudahan-kemudahan awam • Menjaga dan menaikkan imej negara
9 PENGUATKUASA PERATURAN Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturanperaturan sekolah. KUASA MENGHUKUM Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh guru besar. GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 1. KEHADIRAN KE SEKOLAH 1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN 7.20 PAGI HINGGA 1.30 PETANG 1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. 1.3 Kehadiran murid akan dicatat pada waktu pertama pembelajaran / sebelum waktu rehat jika hari hujan lebat. 1.4 Murid-murid yang tidak dapat ke sekolah oleh sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa/ penjaga atau surat akuan doktor (cuti sakit). Tanpa dokumen tersebut murid itu dianggap ponteng dan tindakan berikut akan diambil. 1.4.1 Tidak hadir 3 berturut-turut, surat amaran pertama akan dihantar. 1.4.2 Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat amaran kedua akan dihantar 1.4.3 Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat tindakan memotong nama murid berkenaan akan dihantar kepada ibu/bapa /penjaga. Salinanya dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 1.5 Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani atau sukan hendaklah disokong dengan surat akuan doktor atau surat akuan daripada waris. 1.6 Kelas tambahan/gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan rasmi dan kehadiran adalah wajib.
10 1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu masa persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas Harian dan guru darjah. Hanya perkara-perkara yang difikirkan perlu sahaja dibenarkan. 1.8 Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital semasa persekolahan hendaklah mengisi borang Rawatan Hospital dari pejabat sekolah. Dapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas. 1.9 Murid yang hendak keluar dari bilik darjah semasa pembelajaran sedang berjalan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru tersebut dan bawa bersama Kad Kebenaran Keluar. Hanya dua orang murid dibenarkan keluar dalam satu masa. Murid yang keluar tanpa kad kebenaran akan diambil tindakan. 1.10 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa tujuan semasa pembelajaran sedang berjalan. 2. PAKAIAN 2.1 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sepanjang murid-murid berada di Sekolah. Waktu menghadiri kelas tambahan, gerak kerja sekolah atau mengikuti Lawatan sekolah. 2.2 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 3.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 3.1 Murid lelaki: 3.1.1 Seluar panjang berwarna biru tua. 3.1.2 Baju putih lengan pendek. 3.1.3 Kasut kanvas berwarna hitam bertali/ ‘Zap on’ dan sarung kaki hitam. 3.1.4 Tali leher sekolah. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang yang lebarnya antara 2.0 cm dan 2.5 cm. kepala tali pinggang hendaklah sama besarnya dengan lebar tali pinggang. 3.1.5 Kopiah jika dipakai berwarna hitam sahaja. 3.1.6 Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
11 3.2 Murid perempuan: 3.2.1 Baju kurung berwarna putih. 3.2.2 Kain sarung/skirt berwarna biru tua 3.2.3 Kain tudung kepala berwarna putih dan tidak berfesyen. 3.2.4 Kasut kanvas hitam bertali / ‘Zap on’ dan sarung kaki hitam. 3.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan kepada semua murid. Lencana hendaklah ditampal pada sebelah kiri baju. Bagi murid perempuan lencana hendaklah ditampal pada kain tudung. 3.4 Barang kemas dan perhiasan tiruan dilarang dipakai ke sekolah. 3.5 Pakaian pengawas sekolah bagi murid lelaki: 3.5.1 Kasut kanvas dan sarung kaki berwarna hitam. 3.5.2 Kemeja berwarna biru muda berlengan panjang dan seluar panjang warna biru tua serta vest biru tua. 3.5.3 Tali Leher berwarna biru tua. 3.6 Pakaian pengawas sekolah bagi murid perempuan: 3.6.1 Kasut kanvas dan sarung kaki berwarna hitam. 3.6.2 Baju kurung warna biru muda dan kain sarung berwarna biru tua. 3.6.3 Baju kemeja warna biru muda dan kain kipas belakang berwarna biru tua dan vest biru tua. 3.6.4 Tudung biru muda. 3.7 Pakaian pengawas perpustakaan (pustakawan)bagi murid lelaki: 3.7.1 Kasut kanvas dan sarung kaki berwarna hitam 3.7.2 Kemeja berwarna putih berlengan panjang dan seluar panjang warna biru tua. 3.7.3 Tali Leher berwarna maroon. 3.8 Pakaian pengawas perpustakaan (pustakawan)bagi murid perempuan: 3.8.1 Kasut kanvas dan sarung kaki berwarna hitam. 3.8.2 Baju kurung warna putih dan kain sarung berwarna maroon. 3.8.3 Tudung berwarna maroon. 3.9 Pakaian Pendidiakan Jasmani/Sukan 3.9.1 Murid-murid hendaklah memakai baju T Sekolah atau rumah sukan berlengan
12 pendek dan berseluar sukan warna biru tua. Murid perempuan berseluar sukan Panjang warna biru tua dan digalakkan memakai baju berlengan panjang. 3.9.2 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap atau yang berbentuk luar biasa semasa berada di padang. 3.10 Pakaian Badan Beruniform/Persatuan/ Kelab 3.10.1 Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 4 POTONGAN RAMBUT DAN KUKU 4.1 Murid lelaki mestilah sentiasa berambut pendek dan kemas, serta berkuku pendek dan bersih. 4.2 Di bahagian belakang: rambut tidak melebihi garisan bawah cuping dua telinga 4.3 Di bahagian depan: rambut tidak menutup garis tengah dahi 4.4 Di bahagian sisi: rambut tidak menyentuh telinga, ‘side burn’tidak melebihi garis hidung. 4.5 Di bahagian atas: rambut tidak melebihi 15cm Panjang 4.6 Murid perempuan yang berambut melebihi paras bahu hendaklah diikat dengan riben berwarna hitam/ biru tua supaya kemas, serta berkuku pendek dan bersih. 5 HARTA BENDA SEKOLAH 5.1 Murid-muri mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : • Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng • Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng • Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik • Tandas hendaklah diguna dengan betul • Cermin tingkap jangan dipecahkan • Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir • Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, Makmal Sains hendaklah digunakan dengan baik. 5.2 Harta benda sekolah adalah hak milik sekolah. Jika didapati sengaja dirosakkan, murid atau kumpulan yang berkenaan hendaklah membayar ganti rugi dan akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
13 6 BUKU SPBT/RUJUKAN/BACAAN TAMBAHAN 6.1 Buku SPBT adalah hak kepunyaan Kementerian, hanya dipinjamkan kepada murid- murid untuk jangkamasa setahun. 6.2 Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan 6.3 buku-buku tersebut sepanjang masa berada dalam jagaannya. 6.4 Semua murid dikehendaki membalut buku-buku tersebut dengan plastik lutsinar. 6.5 Murid-murid dilarang menconteng, mengotor dan merosakkan buku-buku yang dipinjamkan. Sekiranya ini berlaku, pihak sekolah berhak mengambil semula buku-buku tersebut. 6.6 Jika didapati ada murid merosak, mengotor atau menghilangkan buku-buku pinjaman maka murid mesti mengganti buku yang baru atau membayar harga buku tersebut. Kegagalan mengganti atau membayar akan menyebabkan penggantungan pinjaman untuk tahun berikutnya. 6.7 Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjamkan apabila diarahkan Guru Besar atau guru SPBT. 7. TATATERTIB 7.1 Murid-murid mestilah bangun memberi hormat apabila guru atau pelawat masuk ke kelas dan memberi ucapan `Assalamualaikum`. Begitu juga apabila mereka keluar, murid-murid hendaklah bangun dan mengucapkan `terima kasih`. Bagi guru/pelawat bukan Islam, berikan ucapan mengikut masa. 7.2 Sekiranya murid lewat memasuki kelas, ketuk pintu dahulu dan tunggu kebenaran masuk sebelum menuju ke tempat duduk. Terangkan kepada guru sebab-sebab kelewatan. 7.3 Semua murid dilarang membuat bising semasa ketiadaan guru. 7.4 Semasa pertukaran waktu antara satu muridan dengan satu muridan lain, muridmurid hendaklah berada dalam keadaan senyap dan bersedia untuk muridan berikutnya. 7.5 Murid-murid mestilah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru dan muridan yang diajar. 7.6 Apabila hendak bercakap, angkat tangan dan tunggu kebenaran guru untuk bercakap. Apabila bercakap, berdiri dengan sopan dan jangan memasukkan tangan ke dalam poket atau bercekak pinggang. 7.7 Murid dilarang membuat bising ketika meninggalkan bilik darjah untuk rehat dan balik.
14 7.8 Kipas angin dan lampu hendaklan ditutup apabila hendak meninggalkan bilik darjah. 7.9 Murid dilarang berada di dalam kelas semasa waktu rehat. 7.10 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah atau melakukan kegiatan yang boleh merosakkan harta benda sekolah. 7.11 Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah atau beg plastik yang disediakan. 8. PERHIMPUNAN SEKOLAH 8.1 Perhimpunan khas sekolah diadakan setiap minggu pada hari Isnin selama 30 minit. Kehadiran guru dan murid adalah diwajibkan. 8.2 Perhimpunan harian bermula 7.15 pagi hingga 7.25 pagi. Semua murid diwajibkan hadir. 8.3 Pada hari perhimpunan, murid dikehendaki berada di tempat perhimpunan lebih awal (10 minit) dari masa yang ditetapkan. 8.4 Semasa berada di tempat perhimpunan, murid mestilah senyap. 8.5 Semua murid mestilah berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Perak dan Lagu sekolah. 8.6 Semua murid mesti memberi perhatian yang sepenuhnya kepada ucapan dan pengumuman yang disampaikan Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Bertugas dan guru-guru lain. 9. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 9.1 Bilik Darjah 9.1.1 Kebersihan bilik darjah menjadi tanggungjawab murid-murid. 9.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas. 9.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias dengan bahan-bahan akademik. 9.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun dengan teratur. Suis lampu dan kipas mesti ditutup. 9.1.5 Murid-murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi atau meja atau perabot antara kelas kecuali dengan kebenaran guru. 9.2 Kawasan sekolah 9.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 9.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
15 9.2.3 Murid-murid diingatkan supaya tidak meludah di merata-rata tempat. 9.2.4 Menconteng dinding sekolah dengan sebarang bahan adalah satu kesalahan. 9.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah seperti membuang sampah dan sebagainya. 9.3 Tandas Sekolah 9.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul, menjaga kebersihannya serta dilarang membuang sebarang benda yang tidak sepatutnya ke dalam lubang tandas. 9.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan. 9.4 Papan Kenyataan 9.4.1 Sebarang kenyataan yang hendak ditampal atau ditulis mesti mendapat kebenaran guru terlebih dahulu. 9.4.2 Hanya gambar atau maklumat yang sesuai sahaja yang ditampal. 9.4.3 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti ditanggalkan. 9.4.4 Semua murid mesti menghargai, menghayati dan mempraktik segala maklumat yang ada di papan kenyataan. 9.5 Harta Benda Sekolah 9.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber dan di mana- mana sahaja dalam kawasan sekolah. 9.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru. 9.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti. 10. KAWASAN LARANGAN 10.1 Murid-murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mesti berada di tempat yang ditetapkan mengikut masa yang ditentukan. 10.2 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan iaitu Bilik Guru, Pejabat, Tandas Guru, Tempat Letak Kereta/Basikal, Makmal Sains dan Bengkel. 10.3 Murid-murid juga dilarang berada, memasuki atau melalui kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan larangan. 10.4 Murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri mereka jika memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran.
16 11. KANTIN 11.1 Bacalah doa makan sebelum makan. Setiap murid mesti makan di kantin dan kawasan yang ditetapkan sahaja. 11.2 Murid-murid wajib berbaris ketika membeli makanan/minuman dan tidak menjerit atau membuat bising. 11.3 Selepas digunakan, semua bekas makanan/minuman mesti dari luar kawasan sekolah. 11.4 Setiap murid sekolah hendaklah mengamalkan adab sopan yang baik ketika makan atau minum. 11.5 Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman semasa waktu belajar. 12. SENARAI SALAHLAKU BERAT Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat di mana tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah boleh diambil. 12.1 Menjadi ahli pertubuhan haram. 12.2 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat. 12.3 Memukul guru, kawan dan orang lain. 12.4 Melanggar peraturan sekolah 12.5 Merosakkan harta benda sekolah. 12.6 Merosakkan harta murid lain atau guru dengan sengaja. 12.7 Mencuri dan memeras ugut. 12.8 Menghisap rokok dan mengambil dadah. 12.9 Berjudi atau minum arak. 12.10Membantah hukuman guru meskipun telah diberi amaran sebanyak 3 kali. 12.11Bongkak dan tidak menghormati Guru Besar, guru-guru dan orang lain. 12.12Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan kekacauan dan perpecahan kaum. 12.13 Melanggar peraturan dan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat dan serius. 13. TINDAKAN TATATERTIB • Nasihat/Kaunseling • Menghubungi ibu bapa/penjaga • Rotan 1 kali/ 2 kali/ 3 kali • Gantung persekolahan (tidak melebihi 14 hari) • Buang sekolah • Laporan kepada pihak polis
17 14. KOKURIKULUM Semua murid Tahap 2 wajib mengambil bahagian dalam tiga (3) aktiviti berikut: 14.1 Kelab/ Persatuan Akedemik 14.2 Pasukan Beruniform/ Pakaian Seragam 14.3 Sukan/Permainan Penyertaan di atas adalah mempunyai syarat-syarat berikut: • Kedatangan adalah wajib pada hari yang ditetapkan. • Setiap murid mesti berpakaian mengikut aktiviti yang disertai. • Murid-murid tidak dibenarkan menjalani kegiatan tanpa guru penasihat. 15 PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN 15.1 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah walaupun peperiksan berakhir lebih awal kecuali mendapat arahan Guru Besar. 15.2 Peraturan peperiksaan wajib dipatuhi. 16 KESELAMATAN MURID 16.1 Keselamatan murid menjadi tanggungjawab murid-murid sendiri. 16.2 Murid-murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan /kelab/ permainan dan aktiviti dalam bilik darjah /bilik sains dan bengkel. 16.3 Kemalangan akibat kecuaian sendiri bukanlah tangungjawab pihak sekolah. 17 PERTUKARAN SEKOLAH 17.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran /kehendak ibu bapa atau penjaga 17.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR), ibu/bapa/ penjaga hendaklah memastikan Pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat. 18 KEDAI BUKU 18.1 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku sekolah mestilah berbuat demikian pada waktu yang telah ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru. 19 BAYARAN TAMBAHAN 19.1 Semua bayaran tambahan hendaklah dijelaskan pada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 20 HAL-HAL LAIN
18 20.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan ke sekolah. 20.2 Semua murid adalah dilarang menjual alatan permainan, makanan dan apa sahaja barangan di kawasan sekolah. KESALAHAN DAN HUKUMAN KESALAHAN RUJUKAN TINDAKAN GURU BESAR Ponteng sekolah P. Ikhtisas Bil. 6/1975 1.Rotan 2.Gantung sekolah Memukul Guru Besar/Guru/Kakitangan sekolah P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1. Gantung sekolah 2.Buang sekolah Bertumbuk P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1. Rotan dan berdamai 2.Gantung sekolah 3.Buang sekolah Merosak harta kerajaan/sekolah P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan dan ganti 2.Gantung sekolah 3.Buang sekolah Mencuri P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan dan pulang balik/ganti 2.Gantung sekolah 3.Buang sekolah Memeras ugut. Mengancam Guru Besar, guru, kakitangan atau murid P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Gantung sekolah 2.Buang sekolah Sengaja merosakkan harta Guru Besar, guru, kakitangan atau murid P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan 2.Gantung sekolah 3.Buang sekolah Berjudi P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan 2.Gantung sekolah 3.Buang sekolah Membantah hukuman guru setelah amaran P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan 2.Gantung sekolah Bersikap bongkak P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Nasihat 2.Rotan 3.Gantung sekolah
19 Menimbulkan perkara sensitif yang boleh membawa kepada pergaduhan kaum P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Nasihat 2.Rotan 3.Gantung sekolah Berkelakuan tidak sopan seperti: i) mengedar/melihat video lucah atau melakukan perbuatan tidak sopan pada pendapat Lembaga Disiplin Sekolah ii) bertindak sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik sekolah atau Kementerian Muridan Malaysia P. Ikhtisas Bil. 9/1975 1.Rotan dan rujuk guru agama/moral/kaunseling kepada Guru Agama /Kaunseling 2.Buang sekolah Langgar tatatertib atau cuba menangkis peraturan Budi bicara Guru Besar dan Lembaga Disiplin Sekolah 21 RAMBUT 21.1 RAMBUT MURID LELAKI 21.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk . 21.2 Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah) 21.3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai
20 21.2RAMBUT MURID PEREMPUAN 21.2.1 Rambut murid perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu. 21.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas 21.2.3 Hanya reben berwarna hitam/biru tua sahaja dibenarkan. 21.2.4 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen mengikut tafsiran sekolah. 22. PERHIMPUNAN 22.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi. 22.2 Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai 7.15 pagi.
21 22.3 Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan. 22.4 Murid-murid dilarang berbual semasa perhimpunan. 23 KEBERSIHAN DIRI 23.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri. 23.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. 23.3 Murid tidak dibenarkan bersolek. 24 KAWASAN SEKOLAH MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 24.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”. 24.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. 24.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. 24.4 Dalam masa belajar, Murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugastugas lain yang tidak penting. 24.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 24.6 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan. 24.7 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau murid yang bertugas. 24.8 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, penolong kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh murid. 25 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 25.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas. 25.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 25.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
22 mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. 25.4 Untuk tinggal di bilik rawatan murid-murid mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 25.5 Guru bertugas akan menghubungi ibu bapa untuk penghantaran murid ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 26 KAWASAN YANG DILARANG • Tempat letak kenderaan guru • Kawasan tangki septik • Bilik Guru • Bilik Peperiksaan • Kawasan Tangki Air 27 KEBERSIHAN Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997 27.1 Tong Sampah 27.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 27.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 27.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. 27.2 Kantin Sekolah 27.2.1 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah. 27.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin. 27.2.3 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat- tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. 27.3 Bilik Darjah 27.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 27.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 27.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
23 27.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi. 27.4 Tandas 27.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 27.4.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 27.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 28 KESELAMATAN Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002 28.1. Beratur 28.1.1 Semua murid mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas. 28.1.2 Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain. 28.1.3 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke manamana tempat. 28.2. Waktu balik 28.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan. 28.2.2 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 28.2.3 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan. 28.2.4 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 28.2.5 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. 28.3. Makmal 28.3.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. 28.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
24 28.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan. 28.3.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal. 28.3.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan. 28.3.6 Murid dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas. 28.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat. 28.4. Bilik-bilik khas 28.4.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel , pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. 28.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. 28.4.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. 28.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. 29 PELAWAT 29.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. 29.2 Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan murid. 29.3 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan. 29.4 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. 29.5 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 30. TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS 30.1 Murid yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. 30.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir pada hari ketiga untuk murid yang tidak hadir ke sekolah secara berturutturut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturutturut.
25 30.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya murid tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut. 30.4 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi murid yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. 30.5 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17)) 30.6 Murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Guru Besar atau Penolong kanan . Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi. 31 KETUA MURID DAN PENGAWAS 31.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar dengan kerjasama guru-guru. 31.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas. 31.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. 31.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. Sifat-sifat Kelayakan Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. Lain-lain kelayakan : - bertanggungjawab dengan sepenuhnya - berwibawa dan bekerjasama - rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan - jujur dan berakal - menepati masa Tugas-tugas pengawas a. Mereka hendaklah menolong Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan, semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. b. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani dan bilik alat pandang dengar supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.
26 c. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. d. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan Murid-murid. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid. Sekiranya ada murid melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. 32 WAKTU SEMBAHYANG Waktu sembahyang zohor adalah mengikut sekolah masing-masing. 33 WAKTU REHAT Waktu rehat Tahap 1 : 9.30 – 10.00 Waktu rehat Tahap 2 : 10.30 – 11.00 34 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN a. Apabila loceng isyarat dibunyikan, Murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) b. Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain c. Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ. d. Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera. e. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. f. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya. 35 BAYARAN TAMBAHAN Bayaran tambahan adalah berdasarkan Keputusan Mesyuarat Agong PIBG dan kelulusan JPN.
27 36 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : (a)Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng (b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng (c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik (d) Tandas hendaklah diguna dengan betul (e) Cermin tingkap jangan dipecahkan (f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir (g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik. 37 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) Setiap murid diwajibkan menyertai: a) satu pasukan berunifom b) satu persatuan/kelab atau lebih c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih. a. Seseorang murid dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai. b. Murid –murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. c. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. d. Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 38 KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut dan jambang. 2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru-guru atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
28 6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 11. Makan dan minum di dalam bilik darjah. 12. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) 15. Lewat ke sekolah. 16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 21. Mengganggu kawan. 22. Mengganggu guru. 23. Lewat masuk kelas. 24. Mengotorkan kelas. 25. Tidak duduk setempat. 26. Berada dalam kawasan larangan. 27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.. 29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 30. Membuang sampah merata-rata. 31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 34. Memakai cermin mata berfesyen. 35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah . 36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 37. Membawa telefon bimbit dan MP3.
29 KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 8. Menconteng pada harga benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau. 5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan. 6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 8. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, 14. majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 15. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 16. Mencabul kehormatan guru / murid. 17. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 18. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 19. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 20. Mengintai murid lelaki / perempuan. 21. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 22. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
30 23. Membawa atau menggukanan bahan letupan. 24. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 25. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 26. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 27. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 28. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 29. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Muridan. 30. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi persekolahan. 31. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 32. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 33. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 34. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 35. Melakukan hubungan yang dicurigai. 36. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu: 1. TINGKAH LAKU JENAYAH 1. Mendera dan mencederakan. 2. Bertindak ganas dan mencederakan. 3. Memeras ugut. 4. Bergaduh. 5. Mencuri. 6. Menipu atau memperdayakan. 7. Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid. 8. Menyalahgunakan dadah. 9. Khalwat. 10. Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 11. Menyertai kumpulan kongsi gelap.
31 2. TINGKAHLAKU LUCAH 1. Mencarut. 2. Berdua-duaan. 3. Becumbu-cumbuan. 4. Melihat / membaca bahan lucah. 5. Melukis / menujlis bahan lucah. 6. Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 7. Besubahat dalam perbuatan sumbang. 8. Berpakaian tidak senonoh. 3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL 1. Tidak mahu bergaul. 2. Merosakkan hartabenda individu / sekolah. 3. Membuat bising. 4. Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 5. Mengganggu orang lain. 6. Menulis dan menconteng bangunan. 7. Membuang sampah merata-rata. 8. Mendendam / hasat dengki / cemburu. 9. Memaki hamun. 10. Sombong , bongkak dan biadap. 4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR. 1. Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 2. Meniru tandatangan orang lain. 3. Bercakap bohong. 4. Mengubah markah yang dicatat oleh guru. 5. Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. 6. Menganiaya sesame rakan. 7. Tidak amanah. 8. Mengampu. 9. Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 10. Mengambil barang orang lain tanpa izin. 11. Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. 12. Berdolak-dalik. 13. Membuat kerja tanpa keikhlisan diri. 5 TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN 1. Berbahasa kasar. 2. Tidak menghormati guru. 3. Menghisap rokok. 4. Berambut panjang. 5. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
32 6. Lalai dan cuai terhadap muridan. 7. Mempermain / memperlekehkan guru. 8. Selalu lewat. 9. Suka bertengkar. 10. Pakaian tidak sesuai.
33 Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas 1. Pakaian Seragam : - SPI Bil. 12/1978 - SPI Bil. 14/1976 - SPI Bil. 3/1983 - SPI Bil. 8/1985 - SPI Bil. 3/1992 - SPI Bil. 6/1993 - SPI Bil. 2/1993 - SPI Bil. 9/1975 2. Kesihatan Murid : - SPI Bil. 2/1982 - SPI Bil. 6/1998 3. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 4. Keselamatan : - SPI Bil. 8/1988 - SPI Bil. 8/1999 - SPI Bil. 7/2000 5. Kesihatan : - SPI Bil. 4/1989 - SPI Bil. 1/1996 6. Ponteng : - SPI Bil. 6/1995 7. Sekolah Selamat : - SPI Bil. 4/2002 8. Kuasa Merotan : - SPI Bil. 7/2003 9. Disiplin/Peraturan Sekolah : - SPI Bil. 9/1975 10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan : - SPI Bil. 13/2007 11. Larangan Membawa Telefon Bimbit : - SPI Bil. 1/2006 12. Potongan Rambut Murid : - SPI Bil. 2/1976 13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok : - SPI Bil. 4/1997 14. Peraturan Tatatertib : - SPI Bil. 8/1968 - SPI Bil. 6/1968 - SPI Bil. 11/1972 - SPI Bil. 9/1975 15. Penyalahgunaan Dadah : - SPI Bil. 7/1975 16. Kempen Anti Merokok : - SPI Bil. 1/1983 17. Mengenakan Hukuman Biasa : - SPI Bil. 8/1983 18. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah : - SPI Bil. 7/1986
34 PENGAKUAN SETIA MURID Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid SK TAMAN JANA telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, ________________________ ( ) PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang bernama…………………………….................................................... yang belajar di SK TAMAN JANA telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga