Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
Disediakan oleh:
Nama: MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIS
000524-05-0501
No. Kad Pengenalan: 2020192340116
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit PISMP F6
Nama Pensyarah: PN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
Tajuk Tugasan Projek: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 21 OGOS 2021
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada Tarikh:
Pensyarah
Kandungan Muka Surat
Penghargaan i
1.0 Pengenalan 1
2.0 Isu-isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah Di Dalam Bilik 1
Darjah
3.0 Model Beyond Discipline Alfie Kohn 3
4.0 Rumusan 5
Rujukan 6
Lampiran 8
Penghargaan
Assalamualaikum. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan,
limpah kurnian-Nya, saya telah dapat untuk menyiapkan kerja kursus Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini. Hasil pertolongan-Nya, saya dapat juga untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan baik walaupun dalam kekangan masa yang
amat singkat. Tanpa keredhaan Allah SWT, pastinya segala kerja yang dilakukan
tidak akan membuahkan hasil.
Seterusnya, sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah Pn Nor Rul
Azlifah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat sepanjang
saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa beliau saya pasti kerja kursus ini tidak
mampu disempurnakan kerana mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang
baharu untuk diri saya.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya di IPGKBM ini kerana mereka banyak menyumbang idea-idea serta
bahan-bahan kepada saya untuk dijadikan rujukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa mereka pastinya saya tidak mampu menyiapkan kerja yang diberikan ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah
memberi dorongan serta semangat sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.
InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik untuk tidak menghampakan harapan
mereka.
Akhir kata, saya berharap puan dapat menerima kerja kursus saya dan
membuat penilaian yang sewajarnya ke atas kerja kursus saya ini. Sekian, terima
kasih.
i
1.0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan tempat yang paling banyak murid menghabiskan masa untuk
menimba ilmu. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa bilik darjah merupakan
tempat yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh
sebab itu, murid berhak untuk belajar di dalam kelas yang mempunyai keadaan yang
kondusif.
Keadaan yang kondusif bukan sahaja merujuk kepada keadaan fizikal kelas
tetapi termasuk juga tingkah laku murid di dalam kelas. Tingkah laku buruk
sebahagian murid akan mengganggu fokus murid-murid yang lain. Oleh yang
demikian, guru haruslah mengurus disiplin murid dengan berkesan untuk membina
keadaan bilik darjah yang kondusif.
2.0 ISU-ISU SEMASA TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK
DARJAH
Isu-isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang dibincangkan merupakan
isu-isu yang dinyatakan oleh Puan Noliza Md Isa yang merupakan seorang Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah. Isu tingkah
laku pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) juga dibincangkan kerana
proses tersebut melibatkan bilik darjah virtual.
Antara isu-isu semasa tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang
dinyatakan ialah terdapat murid yang mengganggu rakan ketika guru proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Isu ini boleh dikaitkan secara
langsung dengan masalah buli. Hal ini demikian kerana menurut Junainor Hassan,
Salleh Abd Rashid, Suliadi Firdaus Sufahani dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz (2016),
Olweus (2001) menyatakan bahawa buli ialah buatan tingkah laku agresif yang
dilakukan kepada orang lain secara sengaja. Beliau juga menyatakan pembuli
bertujuan menunjukkan kuasa dan keupayaan untuk menundukkan orang lain. Di
dalam bilik darjah, murid yang suka mengganggu rakan sering menyasarkan murid
yang pasif atau pendiam. Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon dan Zurhana
Muhamad (2008) menyenaraikan beberapa faktor buli dalam kalangan murid.
Antaranya ialah kurang didikan ibu bapa, terpengaruh dengan media, berfikir
membuli akan memberi nilai status yang tinggi dan keliru antara tindakan agresif dan
asertif. Murid yang diganggu akan mengalami kesan yang paling mendalam.
Antaranya ialah kemurungan, masalah kesihatan dan akademik merosot. Dalam
1
situasi ini, guru mestilah tidak membiarkan murid tersebut terus mengganggu murid
yang lain atas alasan kanak-kanak sememangnya nakal. Hal ini demikian kerana
gangguan tersebut merupakan tanda awal pembulian.
Seterusnya, antara isu-isu semasa tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah yang dinyatakan ialah murid membuat bising ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Isu ini berbeza dengan isu yang pertama. Isu
yang pertama hanya melibatkan beberapa orang murid iaitu pelaku dan mangsa
yang disasarkan. Isu membuat bising pula melibatkan keseluruhan bilik darjah.
Perkara ini boleh dikaitkan dengan murid hilang tumpuan di dalam kelas. Buktinya,
menurut Manisah Mohd Ali dan Norizza Sahal (2016), Haraway (2012) menyatakan
bahawa apabila pemahaman terhadap konsep-konsep akademik terjejas, perkara ini
akan merangsang kanak-kanak untuk bertingkah laku mengganggu di dalam bilik
darjah. Kesannya, apabila murid hilang tumpuan ketika sedang belajar, mereka akan
membuat bising dan mengganggu keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Alis Bin Puteh (2008) menyatakan bahawa kajian menunjukkan
terdapat 80% guru menjalankan proses PdP mereka secara tidak berkesan. Oleh
yang demikian, guru mestilah memainkan peranan yang penting untuk mencari
penyelesaian bagi menjalankan proses PdP yang berkesan dengan menguruskan
disiplin murid di dalam kelas supaya tiada murid yang membuat bising semasa
proses PdP sedang berlangsung dan mengganggu murid-murid yang lain.
Seterusnya, isu-isu semasa tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Antara tingkah laku
bermasalah paling ketara yang dinyatakan ialah murid tidak masuk ke kelas dan
tidak menghantar latihan. Perbincangan ini sudah mengetepikan murid yang tidak
berkemampuan untuk membeli peranti atau murid yang sering mengalami masalah
internet dan hanya melibatkan murid yang berkemampuan. Menurut laporan akhbar
Berita Harian oleh Anwar Patho Rahman dan Mohd Nasaruddin Parzi (2020), Mohd
Azizee Hasan, Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyatakan
bahawa isu utama penyertaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
talian amat rendah adalah kerana masalah disiplin murid. Kesan daripada masalah
tingkah laku bermasalah ini ialah murid akan ketinggalan dalam pelajaran. Isu ini
ialah isu baharu yang timbul apabila pandemik Covid-19 melanda dunia pada awal
tahun 2020. Oleh yang demikian, guru mestilah mencari penyelesaian atau alternatif
yang terbaik bagi mengatasi isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang
tidak pernah dialami atau berlaku sebelum ini.
2
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa gangguan murid terhadap rakan ketika
proses PdP dan murid membuat bising di dalam bilik darjah merupakan antara isu-
isu semasa tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Isu tingkah laku
bermasalah iaitu tidak masuk ke kelas dan tidak menghantar latihan merupakan isu
baharu pengajaran dan pembelajaran di rumah yang timbul pada era Covid-19. Satu
persamaan antara ketiga-tiga isu tersebut ialah kesemuanya melibatkan pengurusan
disiplin di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru mestilah mencari jalan terbaik
untuk mengatasi masalah tingkah laku ini.
3.0 MODEL BEYOND DISCIPLINE ALFIE KOHN
Konsep Model Beyond Discipline Alfie Kohn ini menekankan pembentukan bilik
darjah sebagai satu komuniti. Model ini mencadangkan keadaan atau suasana di
dalam bilik darjah haruslah dapat menjadikan murid berasa disayangi dan mereka
menyayangi antara satu sama lain. Perbincangan ini akan menganalisis dan
memberikan justifikasi Model Beyond Discipline Alfie Kohn sebagai penyelesaian
kepada isu-isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang telah dinyatakan.
Model Beyond Discipline Alfie Kohn mampu mengatasi tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah dengan membina persekitaran saling menghormati
antara satu sama lain. Hal ini akan dapat mengatasi tingkah laku murid yang sering
mengganggu rakan di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid mempunyai
perasaan hormat antara satu sama lain. Alfie Kohn (2006) dalam buku beliau
menyatakan kajian yang dijalankan oleh Child Development Project (CDP)
menunjukkan bahawa murid di sekolah yang mempunyai persekitaran komuniti
mempunyai kecenderungan untuk prihatin terhadap orang lain serta lebih
berkemampuan untuk menyelesaikan konflik. Oleh yang demikian, sangat jelas
menunjukkan bahawa Model Discipline Alfie Kohn mampu menghasilkan murid yang
prihatin terhadap satu sama lain dan mampu menyelesaikan konflik antara mereka.
Tambahan lagi, isu murid mengganggu rakan di dalam bilik darjah ini berkait secara
langsung dengan buli. Menurut Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail dan
Amelia Mohd Noor (2019), dapatan kajian yang dilakukan Young dan Meteraud
(2014) menunjukkan bahawa majoriti guru melabel murid dengan perkataan seperti
‘bodoh’, ‘bermasalah’ dan ‘tidak cekap’. Salah satu strategi membentuk komuniti
pembelajaran ialah bina hubungan antara murid dengan guru. Oleh yang demikian,
guru boleh mengelak daripada mereka sendiri melakukan buli tanpa menyedarinya.
Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran saling menghormati yang diwujudkan oleh
3
Model Beyond Discipline Alfie Kohn ternyata berkesan untuk mengatasi isu tingkah
laku murid mengganggu rakan ketika proses PdP sedang berlangsung.
Seterusnya, Model Beyond Discipline Alfie Kohn mampu mengatasi tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan menjadikan murid lebih bersemangat
untuk belajar. Hal ini demikian kerana isu tingkah laku bermasalah iaitu membuat
bising di dalam kelas berkait rapat dengan tumpuan murid di dalam kelas. Keadaan
kelas yang membuatkan murid berasa selamat dan selesa hasil daripada
pembentukan bilik darjah sebagai satu komuniti akan menjadikan murid lebih
bersemangat untuk belajar justeru mereka akan lebih memberi perhatian ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Perkara ini dibuktikan
oleh Alfie Kohn (2006) yang menyatakan kajian CDP juga menerangkan bahawa
mengambil masa untuk membentuk kanak-kanak mengambil berat terhadap satu
sama lain boleh memberi kesan terhadap semangat murid dalam pembelajaran
akademik. Bagi melestarikan lagi suasana di dalam kelas, guru boleh melaksanakan
pembelajaran berpusatkan murid bagi menyalurkan tenaga murid di tempat yang
betul. Menurut Manish Kishore Kumar (2016), pembelajaran berpusatkan murid
memberi peluang kepada murid untuk bercakap dan mendengar secara bermakna,
menulis, membaca isi kandungan, idea, isu dan menzahirkan kebimbangan kepada
subjek yang diajar. Hal ini bertepatan dengan salah satu strategi membentuk
komuniti pembelajaran iaitu penglibatan aktif murid dalam proses PdP. Oleh itu,
jelaslah Model Beyond Disciplne Alfie Kohn dapat menjadikan murid lebih
bersemangat untuk belajar sekali gus mengatasi masalah murid membuat bising
ketika proses PdP.
Seterusnya, Model Beyond Discipline Alfie Kohn mampu mengatasi tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih fleksibel. Perkara ini akan dapat mengatasi isu tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah pada era Covid-19 iaitu murid tidak masuk kelas
dan tidak menghantar latihan yang diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana Alfie
Kohn (2006) menyatakan adalah lebih baik jika murid diberikan peluang untuk
memilih pilihan kegemaran mereka daripada beberapa pilihan yang disenaraikan
kerana lebih baik jika murid dapat mengundi daripada diarahkan apa yang perlu
dilakukan. Beliau juga menceritakan seorang guru memberitahu beliau bahawa
moral murid-murid guru tersebut meningkat dengan mendadak apabila guru tersebut
mula untuk membenarkan murid-murid membaca atau menulis dalam apa jua
kedudukan yang mereka pilih iaitu duduk, berdiri atau baring di mana sahaja di
dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pada era Covid-19 ini, dengan teknologi
4
yang semakin canggih, guru perlulah mempelbagaikan medium pengajaran supaya
pembelajaran lebih fleksibel. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pelbagai
aplikasi untuk membantu PdPR seperti Discord, Telegram, Google Site, Podcast dan
sebagainya. Kesannya, murid mempunyai pilihan dan boleh memilih medium
kegemaran mereka serta mereka tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu,
jelaslah bahawa Model Beyond Discipline Alfie Kohn mampu mengatasi isu tingkah
laku bermasalah pada era Covid-19 dengan menjadikan PdP lebih fleksibel.
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa Model Beyond Discipline Alfie Kohn
merupakan model disiplin yang terbukti berupaya untuk mengatasi pelbagai isu
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Pendekatan model ini yang
memfokuskan untuk membina suasana bilik darjah sebagai satu komuniti dapat
menghasilkan murid yang menghormati satu sama lain, menjadikan murid lebih
semangat untuk belajar dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel.
4.0 RUMUSAN
Guru memainkan peranan yang paling penting untuk menghasilkan suasana bilik
darjah yang kondusif. Murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah bukan sahaja mengganggu murid yang lain malahan seluruh bilik darjah.
Namun yang demikian, Model Beyond Discipline Alfie Kohn menunjukkan guru tidak
seharusnya menyalahkan murid semata-mata tetapi melihat kepada mengapa
mereka melakukannya dan menggunakan pendekatan yang lebih harmoni.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah yang boleh dikenal pasti dan Model Beyond Discipline Alfie Kohn yang
memperkenalkan konsep bilik darjah sebagai satu komuniti merupakan model
disiplin yang mampu mengatasi masalah-masalah tersebut walaupun tanpa
menawarkan ganjaran atau hukuman.
5
RUJUKAN
Alfie Kohn. (2006). Beyond discipline: from compliance to community. ASCD
Publications.
Alis Bin Puteh. (2008). Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah luar
bandar: satu kajian kes di Kubang Pasu, Kedah. Conference: Seminar
Pendidikan UTM. Universiti Utara Malaysia.
Anwar Patho Rahman., & Mohd Nasaruddin Parzi. (2020). Hanya 20-30 peratus
murid ikuti PdP dalam talian. Berita Harian Online. Diakses pada 19 Ogos
2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703364/
hanya-20-30-peratus-murid-ikuti-pdp-dalam-talian.
Azizi Yahaya., Sharin Hashim., Yusof Boon., & Zurhana Muhamad. (2008). Tip
menangani buli di sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Junainor Hassan., Salleh Abd Rashid., Suliadi Firdaus Sufahani., & Mohd Kasturi
Nor Abd Aziz. (2016). Buli di kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar:
kajian kes di kawasan felda utara Kedah-Perlis, Malaysia. Jurnal Psikologi
Malaysia, 30(1), 113-125.
Manish, K. K. (2016). Challenges of implementing student-centered strategies in
classrooms. International Research Journal of Engineering and Technologies
(IRJET), 3(12), 1224-1227.
Manisah Mohd Ali., & Norizza Sahal. (2016). Itervensi meningkatkan tumpuan dalam
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia,
41(1), 1-6.
6
Nor Junainah Mohd Isa., Mohd Sobri Ismail., & Amelia Mohd Noor. (2019). Masalah
buli dalam kalangan murid: apakah kata guru?. Jurnal Perspektif, 11(2), 1-14.
7
LAMPIRAN
Tangkap layar temu ramah bersama Pn Noliza Binti Md Isa, GPK Hal Ehwal Murid
SK Kuala Pilah
8