The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F6 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIS - EDUP3073 Penulisan Akademik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasrullah09-467, 2022-05-18 05:49:38

F6 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIS - EDUP3073 Penulisan Akademik

F6 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIS - EDUP3073 Penulisan Akademik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIS
000524-05-0501
No. Kad Pengenalan: 2020192340116
Angka Giliran:

Kumpulan/ Unit PISMP F6
PN. KHARSIAH MOHD NOR
Nama Pensyarah:
Tajuk Tugasan Projek: PENULISAN AKADEMIK
12 MEI 2022
Tarikh Penyerahan:

Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada Tarikh:
Pensyarah

KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Langkah-langkah Menguruskan Bilik darjah Mesra Budaya 1
2.1 Susun Atur Kerusi dan Meja 1
2.2 Susun Atur Tempat Duduk 2
2.3 Pencahayaan dan Pengudaraan 3
2.4 Sudut Bacaan 4

3.0 Rumusan 4

Rujukan 5

Penghargaan
Assalamualaikum. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan, limpah
kurnian-Nya, saya telah dapat untuk menyiapkan kerja kursus Budaya dan
Pembelajaran ini. Hasil pertolongan-Nya, saya dapat juga untuk menyiapkan kerja
kursus ini dengan baik walaupun dalam kekangan masa yang amat singkat. Tanpa
keredhaan Allah SWT, pastinya segala kerja yang dilakukan tidak akan
membuahkan hasil.

Seterusnya, sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah Puan
Kharsiah Mohd Nor kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa beliau saya pasti kerja kursus ini
tidak mampu disempurnakan kerana mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran
yang baharu untuk diri saya.

Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu dan bapa saya
yang telah memberi dorongan serta semangat sepanjang saya menyiapkan kerja
kursus ini. InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik untuk tidak
menghampakan harapan mereka.

Akhir kata, saya berharap puan dapat menerima kerja kursus saya dan
membuat penilaian yang sewajarnya ke atas kerja kursus saya ini. Sekian, terima
kasih.

i

1.0 PENGENALAN

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan di
sekolah. Menurut Noriati A.Rashid (2014) juga, persekitaran bilik darjah mesra
budaya melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera dan
juga unsur-unsur emosi. Terdapat juga unsur yang lain iaitu unsur sosial dan
sosiolinguistik. Apabila ketiga-tiga unsur ini digabungkan, maka persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.

Oleh itu, dalam menghadapi situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai
budaya, seseorang guru hendaklah membina satu persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran
dengan baik dan pembelajaran juga dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

2.1 Susun Atur Kerusi dan Meja

Antara langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah bentuk susunan
meja dan kerusi hendaklah disusun secara sama rata iaitu dalam bentuk
bulatan supaya jarak antara murid tidak terlalu jauh dan memudahkan
mereka untuk berinteraksi semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini
kerana, menurut Henley,M (2006), aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan
kemahiran interaksi sosial antara murid. Oleh itu, bentuk dan susunan meja
hendaklah sesuai seperti dalam bentuk bulatan kerana ia akan
mempengaruhi aktiviti berkumpulan murid.

Bukan itu sahaja, menurut Verderber, R.F (2002) juga, murid
hendaklah diberikan peluang untuk bersosial semasa di dalam bilik darjah
supaya mereka dapat memahami emosi rakan sebaya dan memahami emosi
orang lain. Oleh itu, dicadangkan juga agar guru banyak menggunakan
kaedah kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
menggalakkan interaksi sosial antara pelajar. Menurut Syed Ismail bin Syed
Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2010) pula, sekiranya murid dapat
berinteraksi dengan baik di dalam kumpulan, mereka dapat memupuk sikap
bekerjasama, hormat-menghormati, dan saling bertolak ansur antara satu
sama lain dan sikap tersebut dapat memberikan pengalaman pembelajaran
yang mesra dan mewujudkan keharmonian dan keamanan di dalam bilik
darjah.

1

Seterusya, menurut Wong Kiet Wah (2016), interaksi sosial yang
berlaku dalam kumpulan juga meningkatkan penguasaan linguistik dan
bahasa dalam diri kanak-kanak. Ini sejajar dengan teori behaviouris B.F.
Skinner yang menyatakan penguasaan sesuatu bahasa merupakan hasil
daripada interaksi individu dengan persekitarannya. Oleh itu, bentuk dan cara
susunan meja secara berkumpulan sangat mempengaruhi murid kerana
daripada cara susunan itu dapat mewujudkan satu interaksi yang positif yang
boleh membawa kepada peningkatan kemahiran sosial dan bahasa dalam
diri murid.

Selain itu, langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah jarak
antara satu meja dengan meja yang lain hendaklah mempunyai ruang yang
sesuai dan tidak terlalu sempit. Hal ini demikian kerana, jarak dan ruang yang
sempit itu akan mengakibatkan kecederaan kepada murid sekiranya mereka
tersungkur atau terjatuh. Menurut Hall,C (2000) juga, keselamatan pelajar di
dalam bilik darjah adalah amat penting bagi mewujudkan bilik darjah yang
mesra budaya. Oleh itu, jarak antara meja murid hendaklah diberi perhatian
oleh guru bagi menjamin keselamatan murid di samping dapat mewujudkan
keselesaan kepada mereka dalam melakukan sebarang aktiviti di dalam bilik
darjah kerana menurut Jones, K (1995), ruang bilik darjah yang luas dapat
memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid
kerana mereka bebas bergerak dengan selesa semasa melakukan sebarang
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Susun Atur Tempat Duduk

Seterusnya, langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah guru
hendaklah membahagikan bilangan murid yang lemah dan murid yang
cemerlang secara seimbang dalam setiap kumpulan. Hal ini kerana, menurut
Lemlech, J.K (1988), gabungan pelbagai tahap kecerdasan dalam satu
kumpulan pelajar dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih baik.
Contohnya, semasa melakukan aktiviti berkumpulan, murid yang cemerlang
boleh membantu murid yang lemah. Oleh itu, murid yang lemah tidak akan
berasa terpinggir dan mereka akan saling memahami dan belajar untuk
menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing tanpa mengira
perbezaan dan budaya.

Selain itu, guru hendaklah bijak merancang kaedah
pengajaran dan bahan bantu mengajar. Menurut Smaldino (2008), bahan

2

bantu mengajar yang baik hendaklah bersifat mesra pengguna iaitu sesuai
dengan umur murid supaya semua murid dapat menggunakan bahan
tersebut untuk pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran akan menjadi lebih
efektif. Dalam masa yang sama, guru hendaklah mengelakkan melakukan
perbandingan antara murid kerana berdasarkan teori Erik Erikson, perkara ini
boleh menyebabkan murid berasa kurang yakin dan rendah diri. Oleh itu,
guru perlu mengetahui bahawa setiap murid mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing.

Seterusnya, langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah
meja guru ditempatkan berdekatan dengan meja murid dan menyusun tempat
duduk murid mengikut tahap pencapaian mereka. Contohnya, murid yang
memerlukan perhatian guru perlu ditempatkan berdekatan dengan meja guru
dan murid yang mudah hilang perhatian dan lambat memahami isi pelajaran
perlu diletakkan di hadapan kelas. Hal ini bertujuan supaya guru dapat
memberi lebih perhatian terhadap murid yang lemah dan bermasalah untuk
dibimbing kerana menurut Vygotsky, L.S (1986), pembelajaran kanak-kanak
dapat mencapai tahap optimum jika mereka berpeluang berinteraksi dan
dibimbing oleh orang dewasa. Apabila guru dapat memberi sepenuh
perhatian kepada murid ini, ia akan menimbulkan motivasi dalam diri murid
tersebut untuk lebih berusaha dan menggalakkan berlakunya perubahan
tingkah laku kerana menurut Woolfolk, A (2005), motivasi dapat mengawal
tingkah laku pelajar. Bukan itu sahaja, jarak antara meja guru dan murid yang
dekat dapat memudahkan guru membuat penilaian terhadap murid yang
mempunyai pelbagai daya pemikiran dan kecerdasan melalui penglibatan
mereka dalam pembelajaran melalui pemerhatian.

2.3 Pencahayaan dan Pengudaraan

Seterusnya, antara langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah
menambah baik pencahayaan dan pengudaraan. Menurut Burden (1994),
pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amat penting untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Haliza Hamzah dan
Joy (2009) pula, cuaca yang panas dan lembap akan menyebabkan murid
berasa cepat mengantuk, bosan dan tidak selesa. Hal ini akan menyebabkan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
terganggu kerana menurut Hasfarina Abas (2012), suasana dalam bilik darjah
yang kurang selesa akan menimbulkan masalah disiplin. Contohnya, apabila
murid sudah tidak dapat memberikan perhatian terhadap pengajaran guru,

3

mereka akan mengganggu rakan-rakan yang lain dan boleh menyebabkan
pergaduhan dan sebagainya. Menurut Savage, T.V (1999), perkara seperti ini
akan membuatkan pengajaran terbantut kerana guru perlu mengambil masa
pengajarannya untuk menghalang masalah disiplin pelajar berkenaan.

2.4 Sudut Bacaan

Seterusnya, antara langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya ialah
guru menyediakan sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani untuk
memberikan keselesaan kepada murid dan memberi suasana seolah-olah
mereka berada di rumah. Hal ini menyebabkan murid berasa sangat selesa
dan selamat. Ia juga memberikan emosi yang seronok kepada murid untuk
pergi ke sudut bacaan kerana dekorasinya yang menarik perhatian murid dan
sangat ceria. Menurut Lemlech, J.K (1988), bilik darjah yang ceria dapat
menarik perhatian murid dan memberikan keseronokan kepada murid untuk
terus berada di dalamnya. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk
cintakan ilmu dan membaca dalam diri murid.

Guru juga boleh membuat peraturan di bilik darjah bagi penggunaan
ruangan ini. Contohnya, guru menetapkan peraturan bahan bacaan tidak
boleh dibawa keluar daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di
atas rak, dan buku yang rosak harus diganti. Hal ini dapat mengelakkan
berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan. Menurut Levin, J dan
Nolan, J.F (2004), peraturan bilik darjah adalah penting untuk menjadikan
murid lebih berdisiplin. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru perlu
mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana guru menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin bilik darjah. Oleh itu,
suasana yang aman dan mesra di dalam bilik darjah dapat diwujudkan.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dibuat dalam sesebuah bilik
darjah untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Banyak aspek yang perlu
dititikberatkan dalam menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya seperti aspek
fizikal bilik darjah, pedagogi guru, sosiemosi murid, dan sebagainya. Oleh itu, untuk
menjadi bakal guru yang cemerlang hendaklah mengambil tahu dan cakna terhadap
situasi dan keadaan bilik darjah serta sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada
untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

4

RUJUKAN
Burden. (1994). Methods for effective teaching. Allyn & Bacon.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hall, C. (2000). Growing safe schools-it takes a community!. University of Akron.

Hasfarina Abas. (2012). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-
guru Sekolah Menengah Daerah Segamat. Tesis Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia.

Henley, M. (2006). Classroom management: A proactive approach. Pearson Prantice
Hall.

Jones, K. (1995). Simulations: A handbook for teachers and trainers. Kogan Page.

Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: Methods and techniques for
elementary and secondary teachers (2nd ed.). New York: Longman Inc.

Levin, J & Nolan, J.F (2004). Principle of classroom management: A professional
decision Making model. Allyn & Bacon.

Nizam Yatim. (2016). Guru punca masalah disiplin. Utusan Online. Diakses pada Mei
10, 2022, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-punca-
masalah-disiplin-1.377449

Noriati A. Rashid. (2014). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar.

Savage, T.V. (1999). Teaching self-control through management and discipline. Allyn
& Bacon.

Smaldino, Lowther & Rusell. (2008). Instructional technology and media for learning.
Pearson Education.

5

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Asas kepimpinan &
perkembangan professional. Multimedia Berhad.

Verderber, R.F. (2002). Communicate! (10th ed.). Clark Baxter.
Vygotsky, L.S. (1986). Thought and language. MIT Press.
Wong Kiet Wah. (2016). Perkembangan kanak-kanak. Oxford Fajar.
Woolfolk, A. (2005). Educational Psychology (9th ed). Allyn & Bacon.

6


Click to View FlipBook Version