The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazliana, 2022-10-25 02:39:21

RONA TINTA EDISI 2022

RONA TINTA EDISI 2022

NAMA PROGRAM : HELLO! CAREER: CREATE A BETTER FUTURE
TARIKH : 17 JUN 2022
TEMPAT/PLATFORM : DALAM TALIAN (CISCO WEBEX)
BILANGAN PESERTA : 180 ORANG
PERSON IN CHARGE : SUTINA BINTI JUNOS

Program ini dirangka dengan hasrat dapat menyediakan ruang kepada para mahasiswa untuk
melihat lanskap dunia pekerjaan dari sudut pandang seorang majikan. Disamping itu, program
ini juga bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa yang bakal menjadi
pemain industri (industry player). Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian
menggunakan saluran Cisco Webex. Program ini dilaksanakan menggunakan kaedah
ceramah/perkongsian pengalaman. Sesi perkongsian telah diberikan oleh panel jemputan
yang terdiri daripada wakil industri.

Secara amnya, objektif program adalah seperti berikut:

a. Memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan keperluan dan trend dunia
pekerjaan masa kini.

b. Menjalin hubungan antara majikan dan universiti.
c. Meningkatkan kesediaan mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Pihak fakulti memberikan
kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Penyertaan dari pelajar Fakulti
Pengurusan dann Perniagaan adalah memberangsangkan. Pengisian yang diberikan oleh
penceramah adalah baik dan menepati jangkaan pihak penganjur. Penyampaian penceramah
juga amat baik, santai dan mudah difahami oleh peserta.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif penganjuran. Program ini juga
telah mendapat maklumbalas yang baik dari para peserta. Sokongan yang baik dari pihak
fakulti amat membantu dalam melancarkan perjalanan program ini.

45


46


NAMA PROGRAM : WEBINAR ANTARABANGSA: PERANAN MAHASISWA
DALAM MEMACU EKONOMI MELALUI KEUSAHAWANAN
TARIKH
TEMPAT/PLATFORM : 30 JUN 2021
BILANGAN PESERTA
PERSON IN CHARGE : APLIKASI ZOOM
: 427 ORANG

: SUTINA BINTI JUNOS

Pelaksanaan Webinar Antarabangsa: Peranan Mahasiswa Dalam Memacu Ekonomi Melalui
Keusahawanan ini dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan
Negeri Sembilan, Kampus Rembau dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM
Cawangan Negeri Sembilan dan Mahasiswa Universitas Hasyim Asy'ari (UNHASY) Tebuireng
Jombang, Indonesia dimana ianya merupakan program perkongsian antara panel yang
diwakili oleh pelajar kedua – dua buah universiti dalam membincangkan peranan mahasiwa
dalam memacu ekonomi melalui keusahawanan.

Secara amnya, objektif program adalah seperti berikut:

a. Untuk mewujudkan platform wacana kepada warga pelajar dari dua negara serumpun
agar dapat membincangkan isu-isu yang relevan dengan senario keusahawanan di
kalangan pelajar yang memacu perkembangan ekonomi kedua – dua buah negara
secara tidak langsung.

b. Memberi lebih pendedahan dan kefahaman kepada mahasiswa tentang peranan dalam
memacu ekonomi melalui keusahawanan.

c. Memberi penekanan bahawa keusahawanan boleh memangkin kepada perkembangan
ekonomi sesebuah negara

d. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada mahasiswa tentang keadaan semasa
ekonomi kedua – dua buah negara.

e. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga pelajar UiTM dan UNHASY

Sesi pendaftaran peserta dan kemasukan tetamu VIP bermula pada pukul 8.30 malam – 9.00
malam. Program bermula dengan Ucapan Pengerusi majlis, slot bacaan doa, sesi tayangan
montaj program dan Slot Perasmian oleh YBhg Prof Dr Yamin Yasin. Sesi webinar bermula
pada pukul 9.15 dimana slot perbincanga di ambil alih oleh moderator dan 4 orang panel
dimana 2 orang panel pelajar dari UiTM dan 2 orang panel pelajar dari UNHASY, Indonesia.

Setiap panel membincangkan isu-isu yang relevan dengan senario keusahawanan di
kalangan pelajar yang memacu perkembangan ekonomi kedua-dua buah negara secara tidak
langsung. Seramai 427 orang peserta menghadiri program ini. Program tamat pada pukul
11.00 dan diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar.

Secara keseluruhan, program ini berjalan lancar dengan lancar. Program ini dilihat sebagai
sesuatu yang wajar diteruskan pada masa akan datang, berdasarkan keperluan penilaian dan
pembangunan kemahiran para pelajar.

47


48


NAMA PROGRAM : VIDEO PITCHING COMPETITION 2.0 – CREATIVITY
UNLEASHED
TARIKH
TEMPAT/PLATFORM : 23 MEI 2021 – 7 JUN 2021
BILANGAN PESERTA
PERSON IN CHARGE : VIRTUAL COMPETITION (VIDEO)
: 61 ORANG

: SUTINA BINTI JUNOS

Pelaksanaan aktiviti Video Pitching Competition 2.0 – Creativity Unleashed ini diadakan
bertujuan untuk menambahkan dan meningkatkan pemahaman pelajar melalui penghasilan
video kreatif mengenai topik berdasarkan Kategori Pekerjaan yang telah ditetapkan dimana
ianya terkandung di dalam kursus Creative and Critical Thinking (MGT315. Selain daripada
itu, dengan adanya pertandingan ini, ianya dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk
menghasilkan video kreatif secara individu. Disamping itu, program ini juga dilaksanakan
sebagai sebahagian pemarkahan pelajar di dalam aspek penilaian berterusan kursus
MGT315 sebanyak 20%. Pertandingan ini di adakan secara virtual di mana pelajar
dikehendaki menghantar video kepada pihak penganjur dan video pelajar akan diadili oleh
pihak juri.

Secara amnya, objektif program adalah seperti berikut:

a. Program in diadakan untuk menambahkan dan meningkatkan pemahaman pelajar
melalui penghasilan video mengenai topik berdasarkan Kategori Pekerjaan yang telah
ditetapkan dimana ianya terkandung di dalam kursus Creative and Critical Thinking
(MGT315).

b. Untuk meningkatkan kebolehan pelajar untuk menghasilkan video kreatif secara
individu.

c. Program ini juga sedikit sebanyak diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja
cemerlang di bidang akademik malah aktif dalam bidang kurikulum dan aktiviti
tambahan, serta kreatif didalam menghasilkan tugasan yang diberikan.

Tarikh Penghantaran Video oleh pelajar adalah pada 23 Mei – 27 Mei 2021 dimana pelajar
diminta memuatnaik video di YouTube Channel dan Google Drive. Tarikh penjurian adalah
pada 30 Mei – 6 Jun 2021 di mana setiap juri diberikan sebanyak 6 buah video untuk di nilai
berdasarkan rubrik pemarkahan yang ditetapkan. Setelah selesai menilai juri dikehendaki
menghantar markah penilaian melalui email kepada pihak penganjur. Tarikh pengumuman
pemenang adalah pada 7 Jun 2021 dan dimaklumkan melalui kumplan WhatsApp kelas
masing-masing.

Secara keseluruhan, program berjalan lancar walaupun dalam sedikit kekangan masa.
Program ini dilihat sebagai sesuatu yang wajar diteruskan pada masa akan datang,
berdasarkan keperluan penilaian dan pembangunan kemahiran para pelajar.

49


50


NAMA PROGRAM : VIDEO PITCHING “EXPRESS YOURSELF CREATIVELY”
TARIKH : 27 DISEMBER 2021 – 11 JANUARI 2022
TEMPAT/PLATFORM : VIRTUAL COMPETITION (VIDEO)
BILANGAN PESERTA : 81 ORANG
PERSON IN CHARGE : MASRUL HAYATI KAMARULZAMAN

Subjek MGT315 adalah subjek yang dapat membina keyakinan diri dalam diri pelajar serta
membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif. Pelaksanaan program Video Pitching
Competition – “Express Yourself Creatively” melibatkan seramai 81 orang pelajar yang
mengambil kod kursus MGT315. Program ini diadakan bertujuan untuk menambah dan
meningkatkan pemahaman pelajar melalui penghasilan video kreatif mengenai topik
berdasarkan 3 kategori iaitu Pekerjaan, Hobi dan Sukan yang telah ditetapkan dimana ianya
terkandung di dalam kursus Creative and Critical Thinking (MGT315). Selain daripada itu,
dengan adanya pertandingan ini, ianya dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk
menghasilkan video kreatif secara individu. Disamping itu, program ini juga dilaksanakan
sebagai sebahagian pemarkahan pelajar di dalam aspek penilaian berterusan kursus
MGT315 sebanyak 20%.

Pertandingan ini telah diadakan secara maya di mana pelajar dikehendaki menghantar video
mereka berdasarkan kategori yang ditetapkan kepada pihak penganjur dan video pelajar akan
diadili dan dijuri oleh pihak panel penilai yang terdiri daripada para pensyarah Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan. Para pelajar telah diberi masa selama dua belas hari (12)
bermula 27 Disember 2021 sehingga 11 Januari 2022 untuk menghasilkan video mereka
dengan kreatif. Setelah proses penghantaran video oleh para pelajar selesai, video akan
diagihkan kepada panel penilai untuk diberi markah mengikut kepada rubric pemarkahan yang
telah disediakan. Mengikut kepada perancangan asal, program pengumuman dan
penyampaian hadiah akan dijalankan pasa 13 Januari 2022, akan tetapi program terpaksa
ditangguhkan akibat daripada musibah banjir yang melanda negara dan telah mendapat
arahan daripada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk menangguhkan semester untuk
memberi ruang kepada para pelajar yang terlibat dengan banjir agar berehat dan bertenang.

Program pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang video ini akhirnya telah
berjaya dilaksanakan melalui medium Google Meet pada 31 Januari 2022. Melalui
perlaksanaan program video pitching ini, dapat dilihat bahawa para pelajar mempunyai idea
yang bernas, kreatif dan inovatif dalam penghasilan video yang menarik. Bukan itu sahaja,
pelajar juga dapat dilihat mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi- aplikasi mobil yang
menarik serta canggih yang dapat menghasilkan video yang berkualiti. Dengan kemajuan
teknologi, para pelajar haruslah cekap menggunakan aplikasi dan juga perisian agar mampu
bersaing bersama graduan dari universiti dalam dan luar Negara.

51


52


NAMA PROGRAM : BIG STAGE ENT300: BUSINESS MODEL CANVAS
(BMC) VIDEO PITCHING COMPETITION
TARIKH
TEMPAT/PLATFORM : 24 JANUARI – 1 FEBRUARI 2022
BILANGAN PESERTA
PERSON IN CHARGE : VIRTUAL COMPETITION (VIDEO)
: 96 ORANG

: DR. ASMA’ RASHIDAH IDRIS

Pelaksanaan program Big Stage ENT300: BMC Video Pitching Competition melibatkan
seramai 96 orang pelajar yang mengambil kod kursus ENT300. Program ini diadakan
bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Business Model Canvas (BMC)
melalui penghasilan video pitching berdasarkan tiga (3) kategori rancangan perniagaan
(Kategori Produk, Perkhidmatan, Makanan dan Minuman). Selain itu, ianya dapat mengasah
bakat pelajar dalam menghasilkan video yang kreatif, memupuk minat dan keyakinan bakal
graduan dalam bidang keusahawanan. Disamping itu, program ini juga dilaksanakan sebagai
sebahagian pemarkahan pelajar di dalam aspek penilaian berterusan kursus ENT300.

Pertandingan ini telah diadakan secara maya di mana pelajar dikehendaki menghantar video
mereka berdasarkan kategori yang ditetapkan kepada pihak penganjur dan video pelajar akan
diadili dan dijuri oleh pihak panel penilai yang terdiri daripada para pensyarah daripada 3
kampus iaitu Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau. Pelajar diberi
tempoh 2 hari iaitu pada 24 hingga 25 Januari 2022 untuk proses penghantaran video. Proses
penjurian pula bermula pada 31-1 Februari 2022. Setelah proses penghantaran video oleh
para pelajar selesai, video akan diagihkan kepada panel penilai untuk diberi markah mengikut
kepada rubrik pemarkahan yang telah disediakan. Mengikut kepada perancangan asal,
program pengumuman dan penyampaian hadiah akan dijalankan pada 4 Februari 2022.

Program pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang video ini akhirnya telah
berjaya dilaksanakan melalui medium Google Meet pada 4 Februari 2022. Program ini
memberi impak yang positif kepada pelajar yang mana dapat memahami BMC dengan lebih
baik dan dapat mengaplikasikan BMC di dalam perancangan perniagaan seterusnya
menghasilkan perancangan perniagaan yang baik. Di samping itu, program ini telah
mendedahkan pelajar kepada penyediaan perancangan perniagaan serta memberi garis
panduan yang jelas untuk diaplikasikan di dalam dunia perniagaan yang sebenar. Kelebihan
kepada pelajar bukan sahaja kepada pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan sahaja
bahkan memberi tambah nilai dan pendedahan terhadap pelajar yang bukan dari latar
belakang atau bidang/pengkhusuan pengurusan dan perniagaan.

53


54


NAMA PROGRAM : PROGRAM PEMANTAP AKADEMIK PELAJAR 2022 SIRI 1

(OLEH FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU)

TARIKH : 31 JANUARI 2022 & 3-4 FEBRUARI 2022

TEMPAT/PLATFORM : PLATFORM CISCO WEBEX DAN GOOGLE MEET

BILANGAN PESERTA : 1,574 PELAJAR

PERSON IN CHARGE : SUTINA JUNOS & MOHD AZLAN ABD MAJID

Program Pemantap Akademik Pelajar 2022 Siri 1 oleh Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah diadakan secara dalam talian iaitu
menerusi platfoprm Cisco Webex dan Google Meet. Program ini adalah amat diperlukan
terutama dalam subjek yang sukar supaya dapat memberikan panduan dan khidmat nasihat
terutama dari sudut subjek dan tips untuk menjawab soalan penilaian akhir. Disamping itu,
program ini dianjurkan adalah untuk mengurangkan masalah pelajar tercicir dan kegagalan
supaya pelajar dapat bergraduat dalam masa yang ditetapkan (Graduate on time).

Program ini disertai oleh pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) dan Diploma
Pengajian Perbankan (BA119). Ia merangkumi subjek Mikroekonomi (ECO 162) = 129 pelajar,
Makroekonomi (ECO211) = 184 pelajar, Asas Kewangan (FIN 242) = 161 pelajar, Analisis
Kewangan (FIN320) = 47 pelajar, Pengurusan Pelaburan (FIN358) = 403 pelajar, Pengurusan
dan Perniagaan (MGT321) = 59 pelajar, Pengurusan Operasi (MGT345) = 236 pelajar,
Perniagaan Antarabangsa (MGT361) = 225 pelajar dan Asas Pemasaran (MKT243) = 130
pelajar.

Program ini juga diadakan sebagai slot ulangkaji untuk persediaan menghadapi
peperiksaan/penilaian akhir. Ia juga dilaksanakan untuk meningkatkan semangat di kalangan
pelajar untuk belajar bersungguh–sungguh bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang
dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

55


LAPORAN KELAB DBS

JUN 2021 – JUN 2022


DBS META: GAMING AND STUDYING

Pada 4 Jun 2021, ahli Kelab DBS telah Program DBS META ini dibahagikan kepada
menjalankan program “DBS META: GAMING dua sub-program iaitu Study Segmen dan
AND STUDYING” yang telah berlangsung di diikuti dengan Gaming Segmen.
platform akaun Instagram Live DBS sendiri
iaitu @DBSrembau bagi sesi April - Jun 2021. Dalam sub-program pertama iaitu Study
Program ini telah berlangsung selama 1 jam 30 Segmen, Fazril Farhan berkongsi pengalaman
minit iatu pada jam 9 hingga 10.30 malam sebagai pemain Malaysia dalam permainan atas
bersama tetamu jemputan Fazril Farhan bin talian dan pada masa yang sama beliau juga
Mohammad Fikri. Dalam tempoh masa aktiviti belajar sepenuh masa. Beliau bijak mengatur
berlangsung, mahasiswa diberi pendedahan masa untuk belajar dan bermain permainan atas
tentang cara yang betul untuk membahagikan talian.
masa di antara pelajaran dan permainan video
atas talian. Selain itu, mahasiswa dapat Bagi sub-program yang kedua iaitu Gaming
mengetahui bagaimanakah cara yang betul Segmen, Fazril Farhan menceritakan
untuk menghilangkan ketagihan untuk bermain bagaimana dia mampu berjaya hingga ke tahap
permainan video atas talian. Akhir sekali, ini. Beliau dapat menjana pendapatan melalui
memberi pengetahuan kepada mahasiswa permainan atas talian dengan memasuki
bagaimana cara untuk menjana pendapatan pertandingan yang dianjurkan oleh badan-
melalui permainan video atas talian. Mahasiswa badan NGO.
boleh menyertainya menggunakan telefon
bimbit mereka atau komputer riba.

56


DBS SHOW 2.0: STRATEGIES FOR
SUCCESS

Pada 11 Jun 2021, ahli kelab DBS telah Program DBS META ini dibahagikan kepada
menjalankan program “DBS SHOW 2.0: dua sub-program iaitu Business Segmen dan
STRATEGIES FOR SUCCESS” yang telah diikuti dengan Lifestyle Segmen.
berlangsung di platform akaun Instagram Live
DBS sendiri iatu @dbsrembau bagi sesi April - Dalam sub-program pertama iaitu Business
Jun 2021. Program ini telah berlangsung selama Segmen, Puan Nur Liyana berkongsi
2 jam iaitu pada jam 9 hingga 11 malam pengalaman sebagai pengasas kepada jenama
bersama tetamu jemputan Nur Liyana binti Leeyanarahman sehingga jenama tersebut
Abdul Rahman. Dalam tempoh masa aktiviti dikenali ramai. Puan Liyana memberikan tips
berlangsung, mahasiswa diberi pendedahan kepada mahasiswa yang ingin membuka
tentang strategi- strategi yang digunakan bagi perniagaan agar lebih berkembang maju.
membina sesebuah perniagaan di kalangan
mahasiswa. Selain itu, program ini juga Bagi sub-program yang kedua iaitu Lifestyle
mendedahkan kaedah pemasaran yang Segmen, Puan Liyana menceritakan tentang
digunakan dalam perniagaan fesyen terkini bagaimana beliau dapat menghadapi liku-liku
iaitu merujuk kepada perniagaan dan cabaran dalam dunia perniagaan. Beliau
Leeyanarahman Collection untuk menarik juga menceritakan mengenai kepayahan beliau
minat para pelanggan. Di samping itu, tetamu mencari kualiti kain yang sesuai bagi
jemputan juga berkongsi dengan para menghasilkan pakaian yang bermutu dan
mahasiswa tentang kunci asas kejayaan dalam berkualiti.
sesbuah perniagaan.

57


CAREER TALK

Career Talk merupakan acara yang pertama Latar belakang Puan Zuliana sangat menarik
kalinya berlangsung pada 18 Jun 2021. dan membuatkan pelajar tertarik untuk
Program ini dijalankan pada pukul 8.30 hingga menonton program ini dengan lebih lanjut.
10.30 malam. Platform yang digunakan ialah Dalam program ini, ia terbahagi kepada 2
Google Meet dan YouTube Live. Julung segmen iaitu Spa Business Segmen dan juga
kalinya kami menjemput seorang pensyarah di Study or Business? Mana Lagi Penting.
UiTM Kampus Rembau iaitu Puan Zuliana
Zoolkefli untuk menjayakan program pada Dalam Spa Business, Puan Zuliana
malam itu. Moderator malam itu merupakan menerangkan bagaimana dia menjalankan
saudara Faez Farhat dari DBS Rembau dan perniagaan spa. Beliau membina perniagaannya
merupakan Exco Protokol. Semua pelajar yang dari bawah sehinggalah dia berjaya seperti
menyertai program itu dapat banyak manfaat sekarang. Spa Segmen juga mengajar pelajar
dan informasi dari Puan Zuliana. Beliau dengan bahawa banyak perkara boleh dilaksanakan
personaliti yang sangat unik dan senang dengan pada satu masa. Sebagai contoh, Puan Zuliana
pelajar memberikan impak yang sangat bagus sendiri merupakan seorang pensyarah dan juga
pada malam itu. Keseluruhan program pada seorang usahawan. Segmen yang kedua pula
malam itu berjalan lancar dan pelajar sangat menerangkan kepada pelajar bahwa kita perlu
menyukai program sebegitu dan ingin ianya membahagikan masa dengan sebaik mungkin
diulang semula. sebagai seorang pelajar.

58


ANNUAL GENERAL MEETING 2021

AGM 2021 merupakan acara yang dinantikan AGM 2021 menerangkan acara pada semester
setiap semester oleh ahli kelab Diploma in tersebut dan juga Ahli Majlis Tertinggi dan
Business Society. Acara ini berlangsung pada Exco baru pada semester tersebut.
11 April 2021. Acara ini dijalankan pada pukul
8.30 sehingga pukul 10.30 malam. DBS Terdapat 5 program pada semester lepas yang
Rembau menggunakan platform Google Meet telah diterangkan oleh saudara Aqeef selaku
untuk pelajar semester 1 dan YouTube Live moderator pada malam itu. Keseluruhan acara
untuk keseluruhan pelajar DBS. Acara AGM berjalan dengan lancar dan terdapat sesi suai
2021 ini diwajibkan untuk semua pelajar kenal bersama pelajar semester 1. Pemakluman
semester 1 bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang tarikh dan waktu temuduga kepada
tentang penubuhan kelab, ahli kelab dan juga pelajar yang ingin berganding bahu untuk
takwim kelab untuk semester tersebut. menjadi ahli kelab DBS Rembau juga telah
dinyatakan semasa program berlangsung.

59


SEMBANG MOREH: MILIK SIAPAKAH
MALAM YANG LEBIH BAIK DARI
1000 BULAN?

Pada 29 April 2021 jam 9:30 malam telah
berlangsungnya satu majlis gilang-gemilang
dari pihak DBS yang dinamakna Sembang
Moreh - Milik Siapakah Malam Yang Lebih
Baik Dari 1000 bulan. Tetamu jemputan iaitu
Cik Fatin Nabila yang sangat peramah dan
menjawab segala spekulasi masyarakat dan
soalan yang diberi dengan sangat lancar dan
mudah difahami. Majlis ini disemarakkan lagi
dengan balasan perbualan tetamu jemputan
juga pengacara majlis yang sangat peramah
menjadikan majlis ini menarik dan berbaloi
dihadiri. Program ini merupakan program
pengisian kearah keagamaan yang sesuai
dengan semua tahap umur serta bersempena
dengan bulan Ramadhan.

60


THE DBS SHOP

Pada 19 Mei sehingga 9 Jun 2021 telah
berlangsung program The DBS shop. Program
ini merupakan pertandingan video paling
kreatif dan menarik mengenai barang
perniagaan yang dijual oleh mahasiswa UiTM
Rembau. Program ini mendapat sambutan
hangat daripada para mahasiswa kerana ianya
menawarkan hadiah bagi termpat pertama,
kedua dan ketiga. Tidak dilupakan 10 individu
juga akan mendapat hadiah saguhati. Program
ini dapat membantu para pelajar untuk menjana
pendapatan serta meraih keuntungan dalam
perniagaan yang mereka jalankan apabila
terdapat orang luar melihat video mereka.
Selain itu, ianya membuka lebih banyak
peluang perniagaan untuk dikenali oleh para
pelajar UiTM Kampus Rembau.

61


SUAI KENAL DBS

Pada 22 Oktober 2021, Diploma Business Society telah menjayakan sebuah majlis “ Suai Kenal DBS”
yang dianjurkan untuk kesemua pelajar UITM. Majlis ini berlangsung dengan menggunakan platform
Google Meet dan juga YouTube Live. Acara dimulakan dari jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Program
ini telah berjalan dengan jayanya dan diberikan sambutan yang cukup hangat oleh semua mahasiswa
dan mahasiswi UiTM Kampus Rembau. Program Suai Kenal DBS inu merupakan program di mana
pelajar dapat mengenali semua ahli yang terlibat dalam Diploma Business Society dan memperkenalkan
jawatan yang telah disandang oleh para mahasiswa dan mahasiswi. Program ini sangat membantu para
pelajar untuk merapatkan hubungan silaturahim tanpa mengira latar belakang masing-masing.

62


THE DBS SHOW 3.0 Pada 19 November 2021 Diploma Business
Society telah menjayakan sebuah majlis “The
DBS Show 3.0. Majlis ini berlangsung dengan
menggunakan platform seperti Instagram Live.
Acara dimulakan pada jam 8.30 sehingga 10.30
malam. Majlis telah berjalan dengan jayanya
dan diberikan sambutan yang cukup hangat
oleh semua mahasiswa dan mahasiswi UiTM
Kampus Rembau. Program The DBS Show 3.0
adalah program dimana pelajar dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang
perniagaan, kerana terdapat tetamu jemputan
yang berkongsi sedikit sebanyak tentang cara
dan kebaikan memulakan perniagaan. Semua
mahasiswa dan mahasiswi serta exco kelab
turut terlibat bagi menjayakan program ini.
Program ini sangat membantu para pelajar
untuk mengenali lebih mendalam tentang
perniagaan.

63


MAJLIS ANUGRAH DEKAN

Pada 8 Disember 2021, ahli kelab DBS telah
mengadakan program ‘Majlis Anugerah Dekan’
menerusi Aplikasi YouTube Live bagi sesi
Oktober – Disember 2021. Program ini
berlangsung pada pukul 8.30 sehingga 10.30
malam. Majlis Anugerah Dekan ini diadakan
bagi meraikan kecemerlangan para pelajar yang
telah berjaya mendapatkan GPA 3.50 dan ke
atas. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa
persembahan daripada artis undangan iaitu
Daniesh Suffian dan persembahan daripada
para pelajar iaitu mantan exco DBS dan seorang
pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian
Media. Selain itu, program ini juga diadakan
supaya hubungan silaturrahim diantara para
pelajar dan pensyarah dapat dieratkan lagi
antara satu sama lain.

64


DBS EXCO REQUIREMENTS

Pada 14 hingga16 Disember 2021, kelab DBS
telah melaksanakan proses temuduga bagi
pencarian exco baharu. Pendaftaran adalah
pada 6 Disember sehingga 13 Disember 2021.
Ianyanya terbuka kepada pelajar Diplona
Pengurusan dan Perniagaan yang mempunyai
bakat terpendam serta sikap kepimpinan yang
tinggi. Temuduga ini telah berlangsung melalui
aplikasi Google Meet pada pukul 9 malam.
Calon-calon telah ditemuduga oleh ahli Majlis
Tertinggi tentang latar belakang mereka, sebab
mereka ingin memasuki kelab DBS dan apakah
sumbangan yang boleh diberikan kepada kelab
DBS sekiranya terpilih. Seramai 20 orang
pelajar mendaftar dan hanya 12 orang pelajar
sahaja yang berjaya dicalonkan dalam kelab
DBS. Terdapat pelbagai portfolio di dalam
kelab DBS yang ditawarkan. Antaranya,
multimedia, tugas-tugas khas, protokol,
publisiti dan teknikal.

65


ANNUAL GENERAL MEETING 2022

Pada 8 April 2022, Diploma Business Society
telah melaksanakan Annual General Meeting
bagi tahun 2022. Majlis ini berlangsung dengan
menggunakan platform Google Meet dan juga
YouTube Live. Acara dimulakan dengan
bacaan doa dan di rasmikan oleh pensyarah
penasihat DBS iaitu Puan Nor’Azurah Md
Kamdari. Acara ini berlangsung dengan
jayanya dan diberikan sambutan yang cukup
hangat oleh semua pelajar yang terlibat.
Program Annual General Meeting DBS ini
adalah program wajib dilaksanakan setiap
tahun dimana pelajar dapat mengenali semua
Exco yang terlibat dan turut memperkenalkan
jawatan yang telah disandang oleh mahasiswa
dan mahasiswi.

66


SEMBANG MOREH 2.0

Pada 22 April 2022 jam 930 malam telah
berlangsungnya satu majlis bertema keagamaan
anjuran DBS yang dinamakan Sembang Moreh
- 10 Ramadhan Terakhir. Majlis ini berjalan
dengan sangat lancar dan seperti yang
dirancang. Tetamu jemputan iaitu PU Yeop
yang sangat peramah dan menjawab segala
persoalan yang diberi dengan jelas dan mudah
difahami. Majlis ini disemarakkan lagi dengan
balasan perbualan tetamu jemputan juga
pengacara majlis menjadikan majlis ini sangat
bermanfaat. Pengisian program kearah
keagamaan ini sangat sesuai terutama
bersempena dengan bulan Ramadhan.

67


THE DBS SHOW 4.0

Pada 13 Mei 2022, DBS telah menganjurkan Program DBS Show ini dibahagikan kepada
program “DBS Show 4.0” yang telah dua sub-program iaitu Business Segmen dan
berlangsung di platform Instagram Live DBS diikuti dengan Lifestyle Segmen.
sendiri iatu @dbsrembau bagi sesi Oktober
2021 hingga Mac 2022. Program ini telah Dalam sub-program pertama iaitu Business
berlangsung selama 2 jam iatu pada jam 8.30 Segmen, tetamu jemputan iaitu Cik Tiya
hingga 10.00 malam bersama tetamu jemputan memberi sedikit pengalaman yang dihadapi
Cik Nur Fatihah Kamal atau lebih dikenali oleh beliau sepanjang menjalankan
sebagai Tiya Kamal. Dalam tempoh masa perniagaannya iaitu menjual brownies. Pada
aktiviti berjala , mahasiswa diberi pendedahan sesi ini juga, beliau turut berkongsi strategi
tentang cara untuk membezakan kerjaya dan dalam mempromosikan produk untuk kekal
cita-cita. Hal ini kerana tajuk yang dibicarakan dikenali oleh pengguna.
adalah “CAREER or DREAM?” Program ini
merupakan salah satu cara untuk mendidik Bagi sub-program yang kedua iaitu Lifestyle
mahasiswa supaya terus menceburkan diri Segmen, Cik Tiya telah berkongsi gaya
dalam bidang perniagaan menerusi Diploma kehidupannya sebagai seorang ‘content creator’
Business Society Rembau. Di samping itu dan juga sebagai pemilik perniagaan. Beliau
program ini juga memberi peluang kepada para turut berkongsi teknik untuk yakin pada diri dan
pelajar untuk menyertai dengan mudah kerana berkongsi pandangannya terhadap orang yang
ianya dijalankan di atas talian. memandang rendah kepada pekerja sambilan di
mana perkara ini dapat membuka minda dan
fikiran anak muda untuk mengubah cara
mereka berfikir terhadap sesuatu perkara.

68


MAJLIS ANUGERAH DEKAN

Pada 10 Jun 2022, kelab DBS telah
mengadakan program ‘Majlis Anugerah
Dekan’ menerusi Aplikasi YouTube Live
bagi sesi Oktober 2021 – Mac 2022
bersama-sama dengan ahli kelab
D’Bankers. Program ini berlangsung pada
pukul 8.30 sehingga 10.30 malam. Majlis
ini diadakan bagi meraikan kecemerlangan
para pelajar yang telah berjaya
mendapatkan GPA 3.50 dan keatas. Bukan
itu sahaja, terdapat juga beberapa
persembahan daripada artis undangan dan
persembahan daripada para pelajar iaitu
daripada Kelab Ragenda dan Peers. Selain
itu, program ini juga diadakan supaya
hubungan silaturrahim diantara para pelajar
dan pensyarah dapat dieratkan lagi diantara
satu sama lain.

69


3RD LINGO Program ini memberi manfaat kepada peserta
kerana dapat menambah ilmu pengetahuan
dalam Bahasa Korea dan juga Bahasa Jepun.
Terdapat banyak ayat-ayat asas yang dapat
dipelajari semasa program berlangsung.

Pada 28 dan 29 Mei 2022, DBS telah
mengadakan satu program yang bertajuk “3rd
Lingo Event” di mana ianya merupakan
program yang membicarakan bahasa asing
yang telah dikongsi oleh tetamu jemputan.
Bahasa yang diketengahkan di dalam program
ini ialah Bahasa Korea dan Bahasa Jepun.
Program ini berlangsung selama 2 hari di
platform Google Meet dari jam 8.30 hingga
10.30 malam. Memandangkan program ini
mempunyai dua bahasa yang berlainan maka
pada hari Sabtu, program dimulakan dengan
Bahasa Korea bersama Cik Natasya yang juga
seorang “social influencer” di Malaysia yang
gemar membuat “content” mengajar Bahasa
Korea. Para peserta dapat mempelajari
beberapa ayat asas dalam Bahasa Korea
sepanjang program ini berlangsung.

Seterusnya, ialah Bahasa Jepun yang
berlangsung pada hari Ahad 29 Mei 2022 di
mana tetamu jemputan ialah Dr. Faridah Pardi,
juga merupakan salah seorang pensyarah
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM
Rembau. Beliau fasih berbahasa Jepun kerana
pernah melanjutkan pelajaran di negara Jepun.

70


LAPORAN KELAB D’BANKERS

JUN 2021 – JUN 2022


SOSIOEKONOMI INDONESIA & MALAYSIA DI ERA PANDEMIK (SIRI 3) :
PERINDUSTRIAN PANDEMIK) D’BANKERS CLUB PERINDUSTRIAN PANDEMIK

Program ini telah dijalankan pada 29 Oktober 2021 melalui platform Zoom dan YouTube Live. Ianya
merupakan program kolaborasi antara dua buah universiti dari dua buah negara yang dilakukan secara
berterusan iaitu sebanyak empat kali bersamaan lapan jam. Program Perindustrian Pandemik ini
merupakan siri ketiga bagi program yang telah berlangsung di bawah tajuk utama program kami iaitu
“Sosioekonomi Indonesia & Malaysia di Era Pandemik”. Kelab D’Bankers Rembau bersama pelajar
Universiti Hasyim Asy’ari mengadakan program tersebut bagi mendedahkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dan Universiti Hasyim Asyari tentang
kesan yang dialami oleh kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam sektor perindustrian
sebelum dan selepas negara-negara tersebut dilanda wabak penyakit Covid-19. Program “Perindustrian
Pandemik” ini memperincikan secara mendalam tentang kesan terhadap industri di antara kedua-dua
negara. Setiap industri mempunyai kesan tersendiri akibat pandemik sama ada ia memberi kesan yang
baik dan sebaliknya terhadap negara-negara yang terlibat. Bagi melancarkan perkongsian tersebut,
orang panel penceramah dijemput bagi mewakili kedua-dua universiti iaitu mahasiswa UiTM Kampus
Rembau, Farhan Firdaus Haqim dan mahasiswi Universiti Hashim Asy’ari, Nofi Khofifah Safitri untuk
membentangkan tentang kesan terhadap industri dalam kedua-dua negara.
Objektif dari program ini adalah memberi pendedahan berkenaan dengan situasi ekonomi terkini di
antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Selain itu, mengeratkan silaturrahim dalam kalangan
pelajar dari kedua-dua buah universiti. Termasuk juga, supaya dapat mendedahkan kepada masyarakat
khususnya para pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan ekonomi secara umum.Untuk sesi ketiga bagi
program ini , ia telah membincangkan mengenai kesan terhadap sektor perindustrian bagi kedua-dua
negera sebelum dan selepas berlakunya pandemik Covid-19. Pendedahan tentang perindustrian
pandemik ini adalah berdasarkan perubahan ekonomi di antara Malaysia dan Indonesia.
Kesimpulannya, Program kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia ini amat menarik dan bermanfaat
untuk semua golongan masyarakat tidak kira pelajar atau pensyarah. Program ini memberi banyak
impak positif dan memberi ilmu pengetahuan mengenai keadaan semasa negara kita dan di negara jiran.
Diharapkan supaya kami dapat menganjurkan lagi program seperti ini pada masa akan datang.

71


72


SOSIOEKONOMI INDONESIA & MALAYSIA DI ERA PANDEMIK (SIRI 4):
PARADIGMA INDUSTRI PENJAGAAN KESIHATAN

Program ini telah berlangsung pada 24 Disember 2021 melalui platform Zoom dan YouTube Live.
Ianya merupakan program kolaborasi antara dua buah universiti dari dua buah negara yang dilakukan
secara berterusan iaitu sebanyak empat kali bersamaan lapan jam. Program ini merupakan siri keempat
kepada program yang telah berlangsung di bawah tajuk utama program kami iaitu “Sosioekonomi
Indonesia & Malaysia di Era Pandemik”. Kelab D’Bankers Rembau bersama pelajar Universiti Hasyim
Asy’ari mengadakan program tersebut bagi mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dan Universiti Hasyim Asyari tentang kesan-kesan
Covid-19 yang dihadapi terhadap prestasi syarikat-syarikat bagi kedua-dua negara iaitu Malaysia dan
Indonesia dalam industri penjagaan kesihatan sebelum dan semasa negara-negara tersebut dilanda
wabak penyakit Covid-19. Oleh itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan
penerangan tentang prestasi syarikat ketika pandemic Covid-19 dan asas dalam menganalisis prestasi
syarikat terhadap orang ramai. Sehubungan dengan itu, dua orang panel penceramah dijemput terdiri
daripada mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu Syahira Zettysofea Binti Abdul Samad dan
University Hasyim Asy’ari iaitu Murti Rahayu Utami bagi membincangkan dengan lebih lanjut
berkenaan perbezaan bagi kedua-dua negara terhadap industri penjagaan kesihatan.
Selain itu , objektif program ini adalah memberi pendedahan untuk mengkaji kesan Covid-19 terhadap
prestasi syarikat dalam industri penjagaan kesihatan, mendedahkan kepada masyarakat khususnya para
pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan asas menganalisis prestasi syarikat dalam membuat keputusan
semasa pelaburan. Sekaligus , mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar dari kedua-dua buah
universiti. Di dalam program sesi ke-empat ini ia membincangkan tentang perbezaan prestasi terhadap
industri penjagaan kesihatan di dalam kedua-dua negara sebelum dan semasa berlakunya pandemik. Di
samping memberi pendedahan tentang industri penjagaan kesihatan adalah berdasarkan perubahan
prestasi syarikat di antara Malaysia dan Indonesia.
Kesimpulannya, program ilmuan seperti ini sudah tentu memberi banyak kebaikan kepada pelajar
termasuk pensyarah. Program ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan pelajar mengenai
ekonomi di dalam negara malah dapat mengembangkan lagi pemikiran kita untuk sentiasa cakna dengan
keadaan ekonomi di negera jiran.

73


74


BANKING : WHERE WE BELONG?

“BANKING: WHERE WE BELONG?” ini merupakan salah satu program bual bicara telah dianjurkan
oleh D’Bankers Club pada 26 Jun 2021 melalui platform YouTube Live untuk memberi pendedahan
yang lebih banyak kepada para pelajar khususnya kepada pelajar-pelajar jurusan perbankan dengan
lebih mendalam. Buat julung kalinya, sesi bual bicara “BANKING : WHERE WE BELONG?” ini akan
disertai oleh tiga ahli panel iaitu Cik Nurul Fara Yantie binti Shamsuddin, Encik Azizi Bin Nor Azmi
dan Cik Nurul Aliya Binti Muhamad Asril. Program ini turut dianjurkan sebagai platform yang sesuai
bagi para pelajar untuk mendapat lebih pengetahuan tentang hala-hala tuju yang boleh diambil sebagai
graduan diploma pengajian perbankan, dari segi kerjaya mahupun penyambungan pengajian ke tahap
yang seterusnya. Di samping itu, pelbagai aktiviti serta sesi soal jawab dijalankan sepanjang sesi temu
bual ini.
Di samping itu, objektif bagi program ini adalah supaya dapat memberi pendedahan yang lebih banyak
kepada mahasiswa tentang jurusan Pengajian Perbankan, memberi bayangan tentang kerjaya-kerjaya
yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Pengajian Perbankan. Seterusnya, memberi pendedahan
kepada mahasiswa-mahasiswa tentang bidang yang boleh diceburi untuk menyambung tahap pengajian
yang seterusnya. Selain itu, di dalam program ini juga memberi pelbagai informasi mengenai jurusan
perbankan serta tips kepada pelajar mengenai bidang kerjaya yang dikongsikan oleh ahli-ahli panel
jemputan.
Kesimpulannya, program ini memberi banyak manfaat kepada pelajar untuk mempelajari lebih dalam
mengenai dunia perniagaan. Mereka juga dapat mengambil peluang ini bertanyakan sedikit sebanyak
kepada panel apa yang mereka ingin ketahui bagaimana untuk menyambung pelajaran lebih tinggi.
DIharapkan program seperti ini dapat menjadi contoh dan manfaat kepada semua

75


76


PROGRAM MICROSOFT EXPOSURES

Program Microsoft Exposures ini merupakan program yang menggunakan platform social media kelab
D’Bankers iaitu Instagram dan YouTube sebagai medium untuk menayangkan video-video berkaitan
Microsoft agar boleh dipelajari oleh pelajar UiTM yang masih ramai tidak mahir menggunakannya.
Setiap minggu bermula minggu ketiga hingga minggu kesepuluh setiap exco-exco kelab D’Bankers
perlu menyediakan satu video berkaitan Microsoft yang berdurasi 1 hingga 3 minit dan akan dimuatnaik
didalam IGTV bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswa UiTM berkaitan
penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel dan lain-lain.
Objektif bagi program ini adalah supaya dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa-mahasiswa UiTM
dalam penggunaan Microsoft dan memudahkan mereka menyiapkan tugasan pembelajaran, memberi
ruang kepada ahli persatuan untuk menyuarakan idea-idea bernas dan berkongsi ilmu pengetahuan.
Akhir sekali, ianya juga dapat memastikan platform social media D’Bankers UiTM Rembau kekal aktif
dan penuh dengan isikandungan yang bermanfaat kepada ramai orang. Setiap video akan post pada
setiap hari Sabtu.
Setiap ahli exco memegang tanggungjawab bagi memastikan agar program tersebut dapat berlajar
dengan lancar. Sebagai contoh, Exco Publisiti perlu menyedia poster untuk program dan Exco
Multimedia akan memuat naik poster di Instagram seminggu sebelum program bermula. Selain itu,
setiap Exco yang telah ditugaskan perlu menyediakan video berdurasi 1-3 minit dan membuat hantaran
di Telegram D’Bankers. Exco Publisiti pula akan menyediakan ‘thumbnail’ untuk setiap video dan Exco
Multimedia pula memuat naik video yang telah disediakan mengikut minggu yang ditugaskan kepada
exco-exco terlibat pada hari Sabtu.
Kesimpulannya, program ini memberi banyak informasi dan tips kepada semua pelajar dalam
memanfaat kemudahan microsoft yang sedia ada . Hal ini supaya dapat menjadikan pelajar lebih celik
IT dan dapat menggunakan teknologi sebaik mungkin serta prefessional.

77


78


TIKTALK STUDENTS’ FINANCIAL KNOWLEDGE

Kelab D’Bankers buat julung kalinya menganjurkan program seperti ini agar dapat memberi
pengalaman yang baharu kepada majlis tertinggi, exco dan ahli kelab. Program ini telah berlangsung
pada 18 Jun 2021 melalui aplikasi Zoom. Tiktalk Students Financial Knowledge yang telah
disampaikan oleh Encik Mohamad Fairuz Izwan Bin Basri yang merupakan pegawai bank dari
MAYBANK dan juga merupakan seorang ‘Tiktokfamous’ di laman sosial Tiktok dengan tandapagar
#FinanceGuru #TiktokGuru dan juga #BankerGuru. Program ini dianjurkan bagi memberikan lebih
banyak informasi tentang kewangan dan perbankan kepada mahasiswa. Hal ini sedikit sebanyak dapat
membantu mahasiswa dan mahasiswi dalam membina dan mengawal kewangan di usia muda. Di
samping itu, sesi soal jawab turut dijalankan.
Antara objektif bagi program ini adalah bagi mendedahkan ilmu berkenaan kepentingan kewangan
dalam kalangan mahasiswa. Selain itu , ia juga dapat mempertingkatkan kefahaman mahasiswa
mengenai kepentingan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang baik dapat mendidik pelajar
agar tidak mudah boros dan menggunakan duit yang ada kepada sesuatu yang tidak berfaedah. Di
samping itu program ini juga diadakan bagi melahirkan mahasiswa yang bijak dan mampu
mengaplikasikan pengurusan kewangan dengan teknik yang betul. Sekaligus dapat mewujudkan
mahasiswa yang peka terhadap punca masalah pengurusan kewangan dan cara mengatasi masalah
tersebut. Program ini dijalankan secara temu bual antara panel dan moderator serta kami mengadakan
sesi soal jawab bersama penonton yang hadir.
Kesimpulannya, program ini memberi impak yang besar kepada pelajar mahupun pensyarah dalam
menambahkan ilmu pengetahun mengenai pengurusan kewangan yang baik. Selain itu, pelajar juga
dapat mengaplikasikan tips – tips yang diberikan dalam kehidupan seharian.

79


80


MAJLIS SUAI KENAL D’BANKERS CLUB

Program Majlis Suai Kenal bersama Kelab D’bankers ini merupakan salah satu program yang telah
dirancang khusus oleh Ahli Jawatankuasa Kelab D’bankers setiap kali bermula semester baharu. Ianya
telah berlangsung sebanyak dua kali iaitu pada 15 Oktober 2021 dan 16 Mei 2022. Program Majlis Suai
Kenal ini dianjurkan bagi memberi pendedahan tentang organisasi dan kewujudan Kelab D’bankers
kepada para pelajar baharu. Selain itu, program ini juga telah dilaksanakan bagi memperkenalkan ahli-
ahli Kelab D’Bankers serta jawatan yang disandang oleh setiap ahli. Di samping itu, program seperti
ini dijalankan bagi mewujudkan suasana yang mesra di kalangan ahli kelab bersama pelajar. Tambahan
pula, program ini bertujuan membincangkan aktiviti tahunan yang akan dijalankan sepanjang semester
berlangsung serta memberi ruang kepada sesi soal jawan antara pelajar-pelajar baharu dengan AJK
Kelab dan mereka akan menjelaskannya secara terperinci dan lebih mendalam mengenai Kelab
D’Bankers.
Seterusnya adalah, bagi objektif program ini adalah ia merupakan salah satu titik permulaan bagi
mahasiswa dan mahasiswi dalam mewujudkan dan memupuk sikap bekerjasama serta mengamalkan
konsep kekeluargaan antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan antara pelajar-pelajar baharu dengan AJK Kelab D’Bankers. Kemudian, ianya dapat
mengalakkan penglibatan setiap pelajar-pelahar baharu unruk mengambil bahgian dalam aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang. Barisan AJK Kelab juga diperkenalkan kepada
semua pelajar khususnya pelajar semester baharu serta memberi pendedahan awal kepada para pelajar
mengenai UiTM khususnya Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Program tersebut berlangsung dan dimulakan dengan ucapan daripada barisan VIP kemudian diadakan
kuiz ringkas bagi menarik perhatian para pelajar. Penerangan logo serta pembentangan takwim aktiviti
juga dilaksanakan supaya pelajar lebih peka mengenai aktiviti yang akan kami jalankan. Kemudian,
bermulalah sesi pengenalan Ahli Jawatan Kuasa D’Bankers kepada para pelajar dan penerangan fungsi-
fungsi serta tugas yang dilaksanakan oleh setiap exco.
Kesimpulannya, aktiviti suai kenal ini amat penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar
mengenai kewujudan Kelab D’bankers. Hal ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada mana –
mana pelajar untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang kepimpinan serta bersedia untuk
menjalankan tanggngjawab.

81


82


PROGRAM PENCARIAN EXCO D’BANKERS CLUB

Program temuduga ini dijalankan pada setiap semester bagi pencarian ahli-ahli baharu kelab D’Bankers.
Hal ini bertujuan bagi menguatkan organisasi kelab dan menaikkan lagi nama kelab D’Bankers ini
terutamanya dari kalangan pelajar baharu. Program ini juga sekaligus dapat memberi peluang kepada
pelajar yang ingin menceburi bidang kepimpinan dan menunjukkan kredibiliti mereka sebagai seorang
mahasiswa. Selain itu, para pelajar yang menyertai kelab ini secara tidak langsung akan terdedah kepada
cara-cara untuk bekerjasama serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi antara satu sama lain dalam
satu kumpulan sekaligus dapat menerapkan sifat keyakinan diri yang lebih tinggi. Di samping itu,
program ini telah dijalankan oleh barisan majlis tertinggi kelab D’Bankers untuk menemu bual pelajar
yang hadir pada sesi tersebut supaya hanya yang terbaik akan dipilih dan direkrut untuk menjadi ahli
baharu kelab ini.
Objektif bagi program ini adalah bagi menambah ahli baharu dalam kelab D’Bankers serta memberi
peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi bidang kepimpinan. Selain itu, ia juga
dilaksanakan bagi menambah dan memperbaiki tenaga kerja kelab D’Bankers supaya dapat
memudahkan urusan dan memperkukuhkan lagi organisasi yang sesia ada. Di samping itu, dapat
melatih pelajar agar menjadi seorang yang lebih berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab dalam
memikul amanah yang diberikan. Majlis tersebut berlangsung mengikut ketetapan dan jadual bagi
setiap exco.
Kesimpulannya, program ini merupakan sebuah program yang wajib dilaksanakan oleh kelab pada
setiap semester agar dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berjiwa kepimpinan dan
professional dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

83


ANNUAL GENERAL MEETING 2022

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) merupakan agenda tahunan rasmi yang akan dilaksanakan oleh
setiap persatuan dan organisasi. Pada tahun 2022, program ini telah dijalankan pada 12 Januari 2022.
Program ini menjadi satu platform bagi pihak kelab untuk melantik dan memperkenalkan jawatankuasa
baharu persatuan. Agenda ini juga dijalankan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas
sumbangan yang telah diberikan oleh ahli jawatankuasa terdahulu kerana berjaya membawa nama
D’Bankers Club dengan cemerlang. Seterusnya, hubungan silaturrahim antara ahli dan para penasihat
dapat diperkukuh dan dieratkan lagi melalui pertukaran pendapat dan idea dalam memajukan persatuan
D’bankers Club ini.
Objektif bagi program ini adalah bagi menyusun dan memperkemas struktur organisasi persatuan bagi
menjamin kelancaran pengurusan dalaman persatuan. Selain itu, ianya juga melibatkan proses melantik
dan memperkenal barisan jawatankuasa persatuan kepada semua ahli persatuan khususnya ahli baharu.
Kemudian, terdapat ruang kepada ahli persatuan untuk menyuarakan pandangan, idea-idea bernas serta
kritikan bagi tujuan memperbaiki kualiti pentadbiran persatuan. Program ini juga mampu untu
mewujudkan platform asas bagi mahasiswa melibatkan diri dalam pengurusan organisasi di samping
membina nilai kepimpinan dan permuafakatan serta dapat menerapkan kesefahaman dan mengeratkan
hubungan silaturrahim antara ahli persatuan dan penasihat.
Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar mahupun penasihat dalam
mengeratkan ukhwah dengan saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga
dapat memberi motivasi kepada ahli persatuan agar sentiasa berusaha dengan gigih dan setiasa bekerja
keras bagi menaikkan nama Kelab D’Bankers dengan cemerlang.

84


85


INVESTMENT TALK

Investment Talk yang telah berlangsung pada 21 Mei 2022 melalui platform Google Meet ini
merupakan sebuah program yang dapat membantu para pelajar untuk mempelajari dan menadalami
bidang pelaburan yang sebenar. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar untuk
mempelajari teknik-teknik penting dalam melakukan sesuatu pelaburan bagi memperoleh sebuah
keuntungan. Pada era masa kini, bidang pelaburan merupakan bidang yang dapat menarik minat para
pelajar untuk menceburuinya. Dengan kemudahan teknologi yang semakin berkembang pesat pada
masa kini, mudah untuk para pelajar di usia muda mula mengambil langkah dan terjebak dengan sistem
pelaburan yang ada di Malaysia. Oleh itu, program Investment Talk ini juga diadakan untuk
membimbing para pelajar untuk mengenali sistem pelaburan dan kebaikkannya pada masa akan datang.
Disamping itu, objektif bagi program ini adalah dapat memberi pendedahan tentang pelaburan kepada
pelajar. Selain itu, dapat mendidik pelajar dan generasi muda mengenai teknik – teknik penting
mengenai pelaburan. Seterusnya, ianya diharap untuk dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan
tentang dunia pelaburan sekaligus dapat membantu pelajar untuk menjana pendapatan melalui
pelaburan. Program ini dimulai dengan pengenalan mengenai pelaburan oleh panel jemputan yang
dilakukan secara bual bicara dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama panel dan penonton.
Kesimpulannya, program ini amat memberi kesan kepada para pelajar untuk mula bergiat dalam bidang
pelaburan yang tidak asing lagi di Malaysia dan di negara luar. Oleh itu, para pelajar hendaklah sentiasa
mencari ilmu walau dalam bidang apa pun yang kita mahu ceburi supaya menjadi seorang pelajar yang
berpengetahuan tinggi dan tidak mudah untuk ditipu.

86


87


LAMAN SANTAI


KAMPUS REMBAU, ANDA TUNGGU SAYA DATANG!

AHMAD AZMAN BIN MOHAMAD RAMLI

Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
[email protected]

PENGENALAN

Penulisan ini adalah merupakan perkongsian ringkas pengalaman penulis berulang alik selama kira-kira
dua tahun menunggang motosikal daripada rumah di Klang, Selangor ke tempat kerja di Universiti
Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Jumlah jarak perjalanan ialah sejauh
kira-kira 232 kilometer pergi dan balik. Lebuhraya yang digunakan ialah North-South Expressway Central
Link (ELITE), Shah Alam Expressway (KESAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan. Pengalaman ini berlaku di
sekitar tahun 2017 sehingga tahun 2019. Diharap melalui perkongsian ringkas ini, ia akan dapat dijadikan
sebagai salah satu sumber motivasi kepada para pembaca untuk terus menjadi insan yang lebih tabah
menghadapi sebarang cabaran dalam menempuh perjalanan kehidupan di dunia ini. Untuk memudahkan
lagi pembacaan, penulis bahagikan perkongsian pengalaman ini kepada lima segmen kecil seperti yang
dibincangkan di bawah.

BANGUN DI AWAL SUBUH

Kebiasaannya pada hari-hari bekerja, penulis akan bangun tidur seawal pukul empat pagi kerana dikejutkan
oleh bunyi jam loceng yang setia berkhidmat tanpa jemu. Kadang kala bunyi salakan anjing jiran dan suara
anak-anak penulis yang mengigau juga boleh menyedarkan penulis daripada tidur. Ketika penulis bangun,
anak-anak dan isteri penulis masih tidur dengan lenanya. Ketika waktu begini, penulis boleh melihat
pelbagai posisi tidur anak-anak. Ada yang terlentang, ada yang mengiring. Kaki si adik berada di atas muka
si abang. Kepala si abang di atas lengan si adik. Pelbagai ragam tidur mereka. Sungguh melucukan. Buku-
buku sekolah anak-anak pula kadang-kadang masih bersepah-sepah di atas lantai dan di atas meja. Sisa
makanan dan pinggan mangkuk makan malam kadang-kadang masih kelihatan di atas meja makan.

Tanpa berlengah lagi, di awal subuh yang hening ini, ketika ahli keluarga masih diulit mimpi indah, penulis
melaksanakan tugasan pertamanya pada hari itu iaitu mencuci pinggan mangkuk yang kotor, mengemas
meja makan dan buku sekolah anak-anak yang berselerak di atas meja dan lantai. Selepas selesai tugasan
ini, penulis akan segera ke bilik air untuk mandi membersih diri. Memang terasa amat dinginnya air apabila
menyirami tubuh di awal subuh sebegini. Terasa sahaja ingin kembali ke katil menyambung tidur. Namun,
penulis merasakan seolah-olah Kampus Rembau seperti memanggil-manggil dan tidak sabar menunggu
penulis datang. Maka keadaan ini telah menyebabkan penulis lebih bersemangat menyelesaikan mandian.

KELENGKAPAN MENUNGGANG MOTOSIKAL

Selepas mandi membersih diri, penulis memakai pakaian kerja. Untuk mengurang kedinginan awal subuh
di lebuhraya, penulis mengenakan pakaian tambahan iaitu baju sejuk dan sarung tangan. Untuk
keselamatan, penulis memakai baju sejuk yang berwarna cerah untuk menjadikan penulis mudah dilihat
oleh pengguna kenderaan lain. Di sebab penulis menggunakan motosikal yang mempunyai gear dan klac
atau tuil pencengkam, penulis terpaksa memakai kasut kulit untuk memudahkan kaki menyungkit untuk

88


menukar-nukar gear motosikal. Sekiranya penulis menggunakan kasut yang kurang sesuai seperti selipar
atau kasut capal, ia boleh menyebabkan kaki penulis luka atau melecet terkena besi pedal shift motosikal.
Sarung tangan pula perlu di pakai untuk mengurang kesejukan tangan akibat kederasan hembusan angin
ketika menunggang serta untuk membolehkan tangan penulis menggenggam erat pendikit tangan
motosikal.

Penulis menggunakan topi keledar full face kerana ia berkesan mengurangkan ketidakselesaan pada muka
akibat daripada kederasan hembusan angin dan habuk yang berterbangan semasa menunggang. Semasa
hujan pula, ia dapat melindungi muka daripada kebasahan. Topi keledar ini juga dapat mengurangkan bunyi
bising daripada kenderaan dan tiupan angin ketika menunggang. Bagaimanapun, ketika waktu panas terik,
topi keledar ini juga boleh menyebabkan kepala penulis berpeluh kepanasan. Namun, seperti kata
peribahasa “alah bisa tegal biasa”, lama-kelamaan penulis dapat menyesuaikan diri dengan semua cabaran
ini. Satu lagi kelengkapan yang penulis sediakan ialah tali getah. Fungsinya ialah untuk mengikat kuat beg
penulis di atas tempat duduk belakang motosikal supaya tidak terjatuh semasa penulis menunggang.

MOTOSIKAL

Penulis menggunakan motosikal berjenama Yamaha MT09 untuk berulang alik daripada rumah ke tempat
kerja. Hanya jika cuaca buruk sahaja penulis akan menggunakan kereta. Motosikal jenama Yamaha MT09
adalah merupakan motosikal jenis berkuasa tinggi. Maksud motosikal jenis berkuasa tinggi ialah motosikal
itu mempunyai kapasiti enjin sebanyak 250cc dan ke atas. Motosikal jenama MT09 ini mempunyai kapasiti
enjin sebanyak 847cc. Disebabkan kapasiti enjinnya yang tinggi, penulis sentiasa berhati-hati apabila
menunggangnya. Hal ini kerana kelajuannya sangat tinggi. Kelajuan motosikal ini dikatakan boleh
mencecah lebih daripada 200 kilometer sejam. Bagaimanapun penulis tidak pernah menunggang pada
kelajuan setinggi ini kerana risau terhadap risiko kemalangan dan kesalahan jalan raya. Berat motosikal ini
pula ialah kira-kira 193 kilogram. Memang penulis mengakui rasa agak sukar menyorong motosikal ini
disebabkan keberatannya. Motosikal ini juga memerlukan penggunaan minyak petrol, penyelenggaraan
enjin dan kadar cukai jalan yang lebih tinggi dibandingkan dengan motosikal bukan berkuasa tinggi.

Berdasarkan pengalaman penulis, antara kelebihan menunggang motosikal berkuasa tinggi seperti jenama
MT09 ini ialah penunggang merasa lebih selesa dan selamat menunggang kerana motosikal ini lebih stabil
dan lancar ditunggang terutamanya apabila melibatkan jarak perjalanan yang jauh dan tempoh perjalanan
yang lama. Contoh kestabilan dan keselesaan tersebut ialah penulis merasai kurangnya gegaran terhadap
badan motosikal akibat tiupan angin kencang sepanjang perjalanan. Motosikal juga tidak mudah
“membuang” atau tergelincir apabila melalui jalan yang licin, tidak rata dan berselekoh. Hal ini disebabkan
saiz tayarnya yang lebih besar daripada motosikal bukan berkuasa tinggi. Tangki minyaknya yang
berkapasiti besar juga menyebabkan penunggang tidak perlu kerap berhenti mengisi minyak di stesyen
minyak di tepi lebuhraya. Motosikal MT09 juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan
brek anti kunci (ABS) pada kedua-dua rodanya dan sistem kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dilaras
mengikut keadaan jalan raya, menjadikan tunggangan lebih meyakinkan dan lebih selamat kepada
penunggang.

89


GAMBAR 1: Motosikal Yamaha MT09 yang penulis gunakan

KESIHATAN

Sepanjang menunggang motosikal berulang alik daripada Klang ke Rembau, penulis pernah sekali
mengalami demam yang agak teruk. Hampir seminggu penulis terlantar di rumah. Mungkin hal ini
disebabkan oleh hembusan udara dingin di awal subuh di lebuhraya yang menghentam badan penulis
sewaktu menunggang motosikal. Mungkin juga disebabkan panahan sinaran matahari petang yang kadang-
kadang sangat terik membakar badan penulis sewaktu menunggang balik ke rumah. Keperitan ini ditambah
lagi dengan kelembapan dan kekotoran ke atas badan penulis disebab curahan air hujan dan habuk yang
berterbangan dari persekitaran di lebuh raya. Sesungguhnya itulah antara keperitan yang perlu dihadapi
oleh setiap penunggang motosikal di lebuhraya. Bagaimanapun syukur kepada Allah, setelah beberapa
minggu berlalu, penulis merasakan badan penulis sudah semakin tahan menghadapi cabaran-cabaran
sebegini. Cuma rasa keletihan badan dan minda akibat menghadapi perjalanan jauh setiap hari bekerja di
lebuh raya memang tidak boleh dielak. Keletihan ini telah menyebabkan apabila sampai sahaja ke rumah,
penulis akan segera membersih diri, mendirikan solat, makan malam dan tidur awal. Keadaan ini dirasa
agak menyedihkan kerana penulis tidak dapat bermesra lama dengan anak-anak serta membantu mereka
menyiapkan tugasan sekolah. Keletihan melampau ini juga mungkin telah menjadi punca yang
menyebabkan penulis kadang-kadang bermimpi dalam tidur sedang menunggang motosikal di atas
lebuhraya!

DI ATAS LEBUH RAYA

Pengalaman ditimpa hujan lebat dan tiupan angin kencang di lebuh raya adalah merupakan perkara biasa
bagi seorang penunggang motosikal. Walaupun penulis memakai baju hujan, sebahagian air hujan tetap
dapat menembusi baju hujan dan mengenai tubuh. Kebiasaannya sekiranya hujan tersebut tidak disertai
petir, penulis akan meneruskan perjalanan tanpa henti sehinggalah sampai ke rumah. Bagaimanapun,
sekiranya terdengar bunyi petir atau terlihat petir menyambar, penulis akan segera memberhentikan
motosikal dan berlindung di tempat yang selamat di mana-mana tempat perhentian di tepi lebuhraya.

90


Penulis juga kadang-kadang terkena curahan air lopak di atas lebuhraya akibat dilanggar kenderaan lain.
Objek-objek yang boleh membahayakan pengguna kenderaan seperti sisa-sisa getah tayar kenderaan,
serpihan besi, kayu, batu dan tin minuman adalah merupakan pemandangan biasa di atas permukaan
lebuhraya. Kadang-kadang pernah objek-objek di atas lebuhraya ini melantun dilanggar oleh kenderaan
lain dan melayang mengenai tubuh penulis yang sedang menunggang. Bagaimanapun syukur kepada Allah
objek tersebut agak kecil dan tidak mencederakan penulis. Lubang-lubang, lopak-lopak dan lain-lain
kerosakan pada permukaan lebuhraya juga kerap diperhatikan oleh penulis. Sesungguhnya keadaan ini
sangat merbahaya kepada pengguna lebuhraya, terutamanya kepada penunggang motosikal. Pengguna
kenderaan yang tidak mematuhi peraturan lebuh raya seperti memecut amat laju sentiasa menjadi ancaman
kepada penulis dan lain-lain pengguna lebuhraya. Kejadian kemalangan yang menimpa pengguna
lebuhraya juga adalah merupakan pemandangan biasa kepada penulis. Kebiasaannya apabila berlaku sahaja
kemalangan, akan berlakulah kesesakan kenderaan di lebuhraya. Kadang-kadang kemalangan ini boleh
menyebabkan kesesakan sehingga berkilometer jaraknya. Bagaimanapun, penunggang motosikal seperti
penulis kebiasaannnya tidak terjejas teruk dengan kesesakan ini kerana penunggang akan segera beralih
menggunakan laluan kecemasan di tepi lebuhraya untuk meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun keseronokkan menunggang motosikal di lebuhraya selalunya dapat mengatasi kerisauan
terhadap ancaman-ancaman atau permasalahan seperti yang diterangkan di atas. Apabila sedang
menunggang, penulis akan merasai suatu ketenangan dan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-
kata. Hanya penunggang itu sendiri yang dapat merasainya. Apabila sedang menunggang, penulis juga
sentiasa memerhati keindahan alam di persekitaran lebuhraya. Contohnya penulis dapat melihat sendiri
keindahan cahaya kemerah-merahan matahari di ufuk timur menjelang matahari terbit. Begitu juga penulis
dapat melihat sendiri suasana keindahan cahaya lembayung merah dan ungu matahari waktu hampir
terbenam di ufuk barat. Kesemua pemandangan ini telah menambahkan lagi rasa kerdilnya penulis terhadap
kuasa Allah yang tiada sempadan.

KESIMPULAN

Orang bijak pandai menyatakan, “experience is the teacher of all things”. Sehubungan dengan itu, penulis
menganggap kisah suka duka pengalaman menunggang motosikal sejauh kira-kira 232 kilometer setiap hari
bekerja selama kira-kira 2 tahun adalah merupakan memori indah seumur hidup yang telah lebih
mematangkan penulis untuk terus sabar dan yakin menempuh perjalanan kehidupan yang masih berbaki di
dunia ini. Sekarang penulis sudah berpindah rumah ke Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi
masih bertugas di Kampus Rembau. Disebabkan faktor umur yang semakin meningkat, penulis sekarang
menggunakan kereta ke tempat kerja. Bagaimanapun, jasa murni motosikal penulis bernama Yamaha MT09
yang setia membawa penulis tanpa jemu ke Kampus Rembau dahulu tetap dikenang sehingga ke akhir
hayat. Kampus Rembau, anda tunggu saya datang!

91


Click to View FlipBook Version