The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRAF 3 GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH (191222)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahsusilo26, 2022-12-18 22:27:03

DRAF 3 GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

DRAF 3 GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH (191222)

GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

2.3.25 DAERAH SEMPORNA

BENTUK Tanah pamah yang AKTIVITI Pelancongan
MUKA sedikit berbukit dan EKONOMI Pertanian (Kelapa
BUMI pesisiran pantai UTAMA Sawit & Kelapa)
dikelilingi oleh laut dan DAERAH Perikanan
kepulauan kecil

ETNIK UTAMA DAERAH Bajau, Suluk dan Tidung

TENAGA BURUH (2020)* Penduduk Bekerja : 73,100 orang
Penganggur : 7,800 orang
Jumlah Tenaga Buruh : 80,800 orang

Kadar Pengangguran : 9.6%

PENDAPATAN ISI Penengah : RM3,542
RUMAH (2019)* Purata : RM5,933

BILANGAN KETUA ISI 2,560
RUMAH MISKIN MENGIKUT orang
DATA E-KASIH (2020)*

PAUTAN PEJABAT
PENTADBIRAN
DAERAH

Pejabat Daerah Semporna
https://pdsemporna.sabah.gov.my/

42

* My Local Stats 2020, DOSM


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

2.3.26 BANDAR TAWAU

BENTUK Tanah pamah di AKTIVITI Pertanian (Kelapa
MUKA kawasan persisiran EKONOMI Sawit ,Getah, Kelapa,
BUMI dan berbukit bukau di UTAMA Koko)
kawasan pedalaman DAERAH Perikanan

ETNIK UTAMA DAERAH Bajau, Suluk dan Idahan

TENAGA BURUH (2020)* Penduduk Bekerja : 265,400 orang
Penganggur : 20,400 orang
PENDAPATAN ISI Jumlah Tenaga Buruh : 285,800 orang
RUMAH (2019)*
Kadar Pengangguran : 7.1%
BILANGAN KETUA ISI
RUMAH MISKIN MENGIKUT Penengah : RM4,427
DATA E-KASIH (2020)* Purata : RM6,212

PAUTAN PEJABAT 1,893
PENTADBIRAN orang
DAERAH

Majlis Perbandaran Tawau
https://mpt.sabah.gov.my/

43

* My Local Stats 2020, DOSM


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

2.3.27 DAERAH KALABAKAN

BENTUK Tanah pamah dengan AKTIVITI Pertanian (Kelapa Sawit)
MUKA sedikit bukit bukau EKONOMI Perikanan (Udang Galah)
BUMI UTAMA Perindustrian Papan
DAERAH Lapis

ETNIK UTAMA DAERAH Tidong, Murut dan Lundayeh

TENAGA BURUH (2020)* Penduduk Bekerja : n.a
Penganggur : n.a
Jumlah Tenaga Buruh : n.a

Kadar Pengangguran : n.a

PENDAPATAN ISI Penengah : n.a
RUMAH (2019)* Purata : n.a

BILANGAN KETUA ISI 1,816
RUMAH MISKIN MENGIKUT orang
DATA E-KASIH (2020)*

PAUTAN PEJABAT
PENTADBIRAN
DAERAH

Pejabat Daerah Kalabakan
https://www.sabah.gov.my/pd.klbkn/

44

* My Local Stats 2020, DOSM


3.0
PENGENALAN KEPADA PEJABAT

DAERAH

45


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

3.1 PERANAN PEJABAT DAERAH

PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN AM

Pejabat Daerah memainkan peranan utama sebagai:
- Pusat pentadbiran daerah
- Sumber rujukan masyarakat luar bandar
- Urusan pilihan raya
- Protokol dan istiadat bagi majlis-majlis rasmi di

peringkat daerah
- Mana-mana urusan pejabat dan perkhidmatan

PERANAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
PEJABAT
DAERAH Dari aspek pembangunan, Pejabat Daerah
bertanggungjawab untuk:

- Merancang, melaksana dan memantau
projek-projek pembangunan luar bandar

- Menyelaras projek-projek Kerajaan Persekutuan
- Mengenal pasti infrastruktur awam yang perlu

ditambah baik

PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

Pejabat Daerah juga mempunyai peranan dalam:
- Pentadbiran undang-undang terutama
berkaitan pentadbiran tempatan
- Perlesenan seperti perdagangan, minuman
keras dan senjata api

HAL EHWAL PENDUDUK

Pejabat Daerah mempunyai kewajiban dalam urusan:
- Surat Akuan kelahiran, kematian, perkahwinan
- Banci penduduk

46


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

3.2 STRUKTUR ORGANISASI PEJABAT
DAERAH SECARA UMUM

PEJABAT DAERAH

BAHAGIAN BAHAGIAN
PEMBANGUNAN PENTADBIRAN

Merancang dan menyelaras Menguruskan hal ehwal
pelaksanaan rancangan pentadbiran, kewangan,
pembangunan fizikal dan
masyarakat teknologi maklumat,
perlesenan dan

penguatkuasaan, majlis
keraian dan keselamatan

Unit Unit Unit Unit Lesen &
Pembangunan Pembangunan Pentadbiran Hasil
Fizikal (Projek)
Masyarakat Am

Unit Kewangan

Struktur Organisasi ini adalah secara umum dan mungkin berbeza mengikut keperluan
Pejabat Daerah masing-masing.

47


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

3.3 FUNGSI BAHAGIAN DALAM
PEJABAT DAERAH SECARA UMUM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

1. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan
infrastruktur, kemudahan awam, ekonomi dan sosial;

2. Mengurus peruntukan projek-projek pembangunan;
3. Mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dimajukan;
4. Memastikan setiap pelaksanaan projek dapat disiapkan mengikut skop kerja dan

tempoh masa yang ditetapkan;
5. Menyediakan laporan pemantauan status pelaksanaan projek;
6. Menyediakan dokumen dan mengemukakan tuntutan pembayaran pelaksanaan

kepada pihak yang berkenaan;
7. Menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan projek-projek pembangunan;
8. Menjadi urus setia mesyuarat projek-projek pembangunan;
9. Mengemaskini hal-hal yang berkaitan Sistem E-Kasih;
10. Mengesan pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

BAHAGIAN PENTADBIRAN

1. Bertanggungjawab melancarkan pentadbiran, pembangunan dan kewangan pejabat
secara menyeluruh;

2. Mengurus tadbir hal ehwal pejabat dan pengurusan sumber manusia;
3. Mengurus hal ehwal perkhidmatan pelanggan (orang awam);
4. Menjadi protokol dan perhubungan orang awam termasuk menyambut orang-orang

kenamaan;
5. Menjaga hal ehwal dan keselamatan daerah;
6. Mengendalikan sistem fail pejabat;
7. Memastikan setiap dasar-dasar kerajaan dilaksanakan mengikut garis panduan

yang ditetapkan;
8. Mengemaskini buku rekod perkhidmatan dan Sistem Maklumat Sumber Manusia

(SM2);
9. Menyelaras sistem dan aplikasi kerajaan berkaitan dengan ICT dan sistem

kewangan seperti Sisvot (S3P);
10. Mengurus aset, stor dan mengawal inventori pejabat;
11. Mengurus semua hal-hal yang berkaitan dengan penerimaan dan pembayaran;
12. Menjawab teguran audit;
13. Melaksanakan kerja-kerja Ad-Hoc.

48


4.0
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PIHAK PENGURUSAN
PENTADBIRAN DAERAH

49


4.1
PERANAN PEGAWAI DAERAH

50


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH

PEGAWAI DAERAH mempunyai tanggungjawab seperti yang berikut::

Pengurus Pentadbiran Pejabat dan Kakitangan
● Menyelia kakitangan di Bahagian Pentadbiran berdasarkan skim
perkhidmatan dan peraturan pentadbiran;
● Memberi nasihat atau bimbingan kepada kakitangan di Pejabat Daerah;
● Mengurus latihan dan kursus kakitangan mengikut keperluan dan
kesesuaian;
● Menyelia pengemaskinian dan penyemakan buku perkhidmatan setiap
kakitangan.

Pembangunan Daerah
● Perancang utama projek pembangunan fizikal daerah;
● Memastikan projek pembangunan fizikal berjalan seiring dengan
perancangan;
● Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan pelaksanaan
projek-projek fizikal.

Pengerusi Majlis Pembangunan Sosioekonomi
● Merancang, melaksanakan dan memantau program-program
pembangunan sosio-ekonomi daerah;
● Menjadi perantara yang menyelaras agensi-agensi kebajikan awam dan
swasta dengan golongan miskin di daerah.

Perundangan
● Bertanggungjawab sebagai Ketua Mahkamah Anak Negeri Daerah yang
berperanan mendengar semakan dan rayuan bagi kes yang diputuskan
di Mahkamah Anak Negeri (MAN);
● Berperanan sebagai Majistret Kelas Dua sebagai Ex-Officio Second
Class Magistrate.

51


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH

Ketua Keselamatan Daerah
● Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah;
● Mengurus hal-hal berkaitan dengan keselamatan, pengurusan krisis dan
bencana, serta lain-lain perkara yang mempunyai kaitan dengan
keselamatan dan ketenteraman awam;
● Menjadi Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang
bertanggungjawab untuk melapor sebarang kejadian bencana kepada
Jawatankuasa Bencana Negeri.

Pengerusi Majlis Daerah
● Mengetuai Ahli-Ahli Majlis Daerah dalam urusan pentadbiran dan
pembangunan Majlis Daerah.

Pengurus Kewangan
● Menyelia pemungutan hasil;
● Menyelia perakaunan pejabat;
● Menyelia dan mengawal tawaran seperti sebut harga;
● Memastikan prosedur dan peraturan semasa yang melibatkan
perakaunan atau tatacara kewangan sedia ada dipatuhi;
● Memastikan sistem kewangan Pejabat Daerah diurus dengan teratur,
sistematik dan berhemah;
● Layak menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Pegawai Perlesenan
● Melaksanakan temuduga bagi permohonan lesen perniagaan baru;
● Meluluskan permohonan lesen-lesen yang berkaitan dalam daerah
mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui peraturan dan
garis panduan yang berkuatkuasa.

52


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH

Pemudahcara
● Bekerjasama dengan pemimpin politik (wakil rakyat) untuk memacu
hala tuju pembangunan fizikal dan masyarakat setempat;
● Menjadi penghubung peranan jabatan kerajaan dengan memastikan
kerjasama antara semua kementerian/jabatan Kerajaan Negeri dan
Persekutuan agar dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat;
● Bekerjasama dengan pemimpin kampung untuk membantu penduduk
di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik
sejajar dengan pembangunan negara;
● Pemudahcara sektor ekonomi bersama-sama dengan komuniti
ekonomi dan perniagaan dalam memacu aktiviti ekonomi di daerah
selaras dengan peraturan semasa;
● Kolaborasi keselamatan dalam mewujudkan sinergi antara jabatan dan
agensi penguatkuasa dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan
keamanan di daerah.

Ketua Protokol Daerah
● Mengurus dan menyelaras majlis-majlis rasmi kerajaan di peringkat
daerah.

Pengurus Pilihan Raya
● Boleh dilantik sebagai Pegawai Pengurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) mengikut Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958 untuk membantu
mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu bahagian yang ditetapkan.

53


4.2
PERANAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH

(PENTADBIRAN)

54


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

4.2 PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PENTADBIRAN)

PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PENTADBIRAN) mempunyai tanggungjawab seperti yang
berikut::

Memastikan kerja-kerja PENTADBIRAN Bertindak sebagai Ketua
pentadbiran berjalan dengan Sistem Maklumat Jabatan
Mengurus tugas-tugas
lancar. Protokol Daerah. (CIO).

Bertindak sebagai Pegawai Menghadiri mesyuarat/ Menyediakan dan
Rekod Jabatan. tugas-tugas rasmi di dalam menandatangani surat-surat

dan luar daerah seperti rasmi jabatan semasa
diarah oleh Pegawai ketiadaan Pegawai Daerah.
Daerah.

KEWANGAN

Membantu Pegawai Daerah Mengurus dan membantu Mempunyai kuasa untuk
dalam urusan pungutan Pegawai Daerah mengawal menandatangani baucar
hasil. perbelanjaan pentadbiran pembayaran, LPO, Pesanan
Pembelian Minyak, Buku
jabatan khususnya Vot dan Arahan Kerja (PKA).
perakaunan.

Menyediakan Anggaran Mengurus pelaksanaan Terlibat dalam
Perbelanjaan Perbekalan SM2, e-pay:A3,e-POL dan Jawatankuasa Pengurusan

Jabatan. lain-lain sistem yang Kewangan & Akaun dan
berkaitan. lain-lain.

55


4.3
PERANAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH

(PEMBANGUNAN)

56


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

4.3 PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PEMBANGUNAN)

PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN) mempunyai tanggungjawab seperti yang
berikut:

PERANCANGAN

Merancang pembangunan di peringkat Menyediakan Pelan Pembangunan
daerah berdasarkan strategi Daerah 5 Tahun.
pembangunan negeri.
Membantu Pegawai Daerah
Merancang Pembangunan Pelancongan merancang peruntukan pembangunan
Daerah.
dengan lebih efisien.

PELAKSANAAN

Menyelaras pembangunan infrastruktur, kemudahan awam, ekonomi dan sosial
berlandaskan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk

meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.

Menyelia dan menyediakan senarai projek pembangunan untuk kemudahan atau rujukan
permohonan peruntukan ke dalam sistem maklumat dalam pangkalan data yang lengkap.

Memberi pengesahan waran Melaksanakan pembayaran
peruntukan. baucar projek.

PEMANTAUAN

Memantau perkembangan projek-projek Memantau hal-hal yang berkaitan
pembangunan fizikal yang dilaksanakan. Sistem E-Kasih.

57


5.0
FUNGSI UTAMA PENTADBIRAN

DAERAH

58


5.1
PEMBANGUNAN DAERAH

59


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.1.1 PROSES PEMBANGUNAN FIZIKAL
DAERAH

Pentadbiran daerah bertanggungjawab dalam pembangunan fizikal daerah. Pegawai Daerah
perlu mahir dalam tiga (3) proses seperti yang berikut:

A PERANCANGAN Menjadi perancang utama dalam projek-projek
pembangunan fizikal daerah dan mengenal pasti
potensi projek-projek yang dapat meningkatkan
pembangunan ekonomi daerah.

Sebagai contoh:
● Mengenal pasti potensi lokasi projek

pembangunan yang sesuai.
● Mengurus peruntukan yang diluluskan

dengan baik.
● Menguruskan kemasukan kemudahan asas

seperti air, elektrik dan jalan raya.

B PELAKSANAAN Memastikan projek pembangunan fizikal berjalan
seiring dengan perancangan yang telah dibuat.

Sebagai contoh:
● Memeriksa dan memastikan peraturan kerja

dipatuhi.
● Mengesahkan keperluan perolehan bagi

kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan.

C PEMANTAUAN Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan
pelaksanaan projek-projek fizikal.

Selain itu, Pegawai Daerah juga berperanan
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tindakan
Daerah (JKTD) yang perlu terbuka menerima,
menyiasat dan mengambil tindakan yang
sewajarnya jika terdapat aduan berkaitan
projek-projek yang sedang dijalankan.

60


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.1.2 JENIS PROGRAM PEMBANGUNAN
DAERAH

Pentadbiran daerah berperanan penting dalam merancang, melaksanakan dan memantau
program-program pembangunan di setiap daerah. Antara program-program pembangunan
daerah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dilaksanakan di
setiap daerah adalah:

A
Program-Program Pembasmian Kemiskinan

Pejabat Daerah berperanan sebagai perantara yang menyelaras agensi-agensi
kerajaan dan swasta yang memberi bantuan dengan golongan miskin di daerah yang
ditadbir. Pejabat Daerah bertanggungjawab dalam tiga (3) aktiviti tersebut:

1. Mengenal pasti
● Mengenal pasti individu yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan
kerajaan untuk kelangsungan hidup;
● Membangunkan pangkalan data untuk memudahkan perancangan
penyaluran bantuan kepada yang layak (melalui Sistem E-Kasih).

2. Menyalurkan Bantuan
● Menyalurkan bantuan kepada yang layak seperti rumah melalui Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bakul makanan, bantuan kewangan dan
sebagainya.

3. Memantau
● Memantau secara berterusan agar tiada bantuan yang disalah guna dan
memastikan hanya penerima yang layak mendapat bantuan.

B
Program Pembangunan Kecil Luar Bandar

Pejabat Daerah berperanan melaksanakan program pembangunan prasarana/
kemudahan asas di kawasan luar bandar.

61


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.1.2 JENIS PROGRAM PEMBANGUNAN
DAERAH

C
Program Ameniti dan Ekonomi Desa

Membangunkan kemudahan asas, ekonomi dan sosial di kampung-kampung yang
terpinggir dan jauh dari kawasan pekan secara berperingkat. Menyediakan

kemudahan asas seperti elektrik, air, ameniti sosial, bantuan rumah, aktiviti ekonomi,
pemilikan tanah dan pendidikan.

D
Program Pembangunan Usahawan Desa

Pejabat Daerah berperanan mengenal pasti sumber, potensi dan bakat penduduk
sesebuah kawasan dan menjalankan program-program pembangunan usahawan

untuk membantu mengembangkan potensi perniagaan penduduk.

E
Program Satu Daerah Satu Produk

Pegawai Daerah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
menjalankan program pembangunan ekonomi untuk melonjakkan produk setempat
dengan penggunaan teknologi dan strategi pemasaran terkini yang menyumbang
kepada peningkatan pendapatan kepada masyarakat setempat.

F
Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah

Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada Ketua Isi Rumah (KIR) penduduk
miskin tegar di seluruh Sabah serta menyediakan perumahan kepada keluarga
miskin tegar yang berdaftar dalam sistem E-Kasih/disyor dalam Jawatankuasa

Focus Group Daerah.

62


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.1.2 JENIS PROGRAM PEMBANGUNAN
DAERAH

G
Melaksanakan Program Mini Estet Sejahtera

Program Mini Estet Sejahtera di kawasan-kawasan terpinggir yang berpotensi untuk

membantu membasmi kemiskinan penduduk di sekitarnya melalui kegiatan pertanian
seperti penanaman kelapa sawit, getah, padi dan sebagainya.

H
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

Pejabat Daerah berperanan mengenal pasti program-program latihan dan kerjaya
untuk mengembangkan bakat dan potensi penduduk terutamanya golongan belia serta

mengurangkan kadar pengangguran di daerah yang ditadbir.

I
Program Pembangunan Masyarakat

Pejabat Daerah menyelaraskan Pentadbiran Badan Jawatankuasa Pembangunan
Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sabah dan membangunkan ekonomi dan
kemahiran wanita di kawasan luar bandar.

63


5.2
PERUNDANGAN

64


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2 PERUNDANGAN

Dari segi perundangan, pegawai daerah memiliki dua (2) peranan utama iaitu sebagai:

PEGAWAI
DAERAH

Ketua Mahkamah Majistret Kelas
Anak Negeri Dua
Daerah

65


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH

Secara umumnya, terdapat tiga (3) sistem kehakiman yang berbeza di Sabah iaitu:
a. Sistem Kehakiman Sivil;
b. Sistem Kehakiman Syariah; dan
c. Sistem Kehakiman Anak Negeri Sabah.

Sistem Kehakiman Sivil

Sistem Kehakiman Sistem Kehakiman Mahkamah Rayuan
Syariah Anak Negeri
Pegawai
Sistem Kehakiman Mahkamah Anak Daerah
Mahkamah Anak Negeri Negeri Daerah terlibat
dalam kes
Sabah Mahkamah Anak Negeri
(MAN) yang
diletakkan
di bawah

MAN
Daerah

Sumber : Enakmen Mahkamah
Anak Negeri Sabah 1992.

Sistem Kehakiman Anak Negeri yang wujud di negeri ini telah ditubuhkan secara tidak rasminya pada
Tahun 1881 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). SBUB telah mengiktiraf adat bagi
setiap kumpulan etnik sebagai sebahagian daripada undang-undang dan dinyatakan secara rasminya
dalam Perkara 9 Piagam Diraja.

66


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH

Penubuhan Mahkamah Anak Negeri boleh dilihat di bawah Bahagian II yang selaras dengan
seksyen yang terkandung di dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri (EMAN) 1992. Melalui
peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Anak
Negeri (MAN) di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh menetapkan wilayah bidang
kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan.
Penubuhan Mahkamah Anak Negeri Daerah ini pula tertakluk kepada Seksyen 4 (1) dan Seksyen 4
(2) EMAN. Menurut Seksyen 4 (2), MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH diketuai oleh PEGAWAI
DAERAH dan dibantu oleh dua (2) orang ahli sama ada Ketua-ketua Daerah atau Ketua-ketua Anak
Negeri dalam daerah.
Mahkamah Rayuan Anak Negeri adalah peringkat tertinggi dalam perbicaraan Mahkamah Anak
Negeri yang pula terdiri daripada seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bertindak sebagai presiden
dan dibantu oleh dua (2) orang ahli sama ada Ketua-ketua Daerah atau Ketua-ketua Anak Negeri.

Secara ringkasnya, berikut merupakan Struktur Mahkamah Anak Negeri:

67


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH

Bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri (MAN) mempunyai 15 perkara
yang termaktub dalam Seksyen 6 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992

yang meliputi kes yang timbul daripada pelanggaran undang-undang atau
adat anak negeri seperti tuntutan waris, pertunangan, perkahwinan,

perceraian, pengambilan anak angkat dan kes lain yang melibatkan adat
resam di daerah masing-masing.

Pegawai Daerah sebagai Ketua Mahkamah Anak Negeri Daerah berperanan untuk
mendengar semakan dan rayuan bagi kes yang diputuskan di MAN.

Selain itu, berikut merupakan tugas pentadbiran daerah dalam Unit Mahkamah Anak Negeri Daerah:

i. Menyelaras pendaftaran kes-kes di Mahkamah Anak Negeri Daerah.
ii. Mendaftar kes dan membuka doket bagi setiap kes baru dan mengurus semua proses

pendaftaran.
iii. Merekodkan keputusan/hukuman ke dalam buku daftar.
iv. Mengatur jadual kes mahkamah dan berbincang/berhubung dengan Pegawai Daerah

dalam segala urusan mahkamah.
v. Menyediakan laporan bulanan dan dikemukakan kepada Pegawai Daerah (jika perlu).
vi. Menyediakan rekod rayuan bagi kes yang telah ditetapkan tarikh pendengaran untuk

korum Mahkamah Anak Negeri Daerah.
vii. Merekodkan dan menyusun fail-fail dengan kemas dan teratur serta memantau dan

mengawal pergerakan fail.
viii. Mengendalikan Proses Jadual Tiga.

68


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA

Selain menjadi ketua dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah, Pegawai Daerah juga mempunyai
peranan penting dalam MAJISTRET KELAS DUA.

DEFINISI MAJISTRET

Seksyen 3 Enakmen Tafsiran dan Fasal Am
● “Pegawai Daerah di Negeri Sabah dilantik untuk memegang kuasa sebagai seorang
Majistret yang mana diberikan melalui pewartaan Kerajaan Negeri.”

Majistret ex officio:
● “Mereka yang memangku ataupun memegang jawatan sebagai Majistret”

PEGAWAI DAERAH SEBAGAI MAJISTRET KELAS DUA

Akta Interpretasi 1948 dan 1967
● District Officer means the officer for the time being in administrative charge of a district,
by whatever name called;
● Pegawai Daerah adalah merujuk kepada pegawai yang pada sesuatu masa mengetuai
pentadbiran di daerah, dengan apa gelaran sekalipun. Pegawai Daerah melaksanakan
tugas sebagai Majistret di daerah bertugas mendengar permohonan reman, perbicaraan,
pemberian jaminan, akuan berkanun.
● Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk
menjadi Majistret Kelas Dua.

69


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA

Berikut merupakan bidang kuasa MAHKAMAH MAJISTRET KELAS DUA:

Bidang Jenayah
Kuasa
Mahkamah Seksyen 88 Akta Mahkamah Rendah 1948
Majistret ● Seorang Majistret Kelas Dua hendaklah hanya
Kelas Dua mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan
yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak
melebihi 12 bulan bagi mana-mana kesalahan atau
yang boleh dihukum dengan denda sahaja.

Seksyen 89 Akta Mahkamah Rendah 1948
● Majistret Kelas Dua boleh menjatuhkan apa-apa
hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang:
i. Tidak melebihi enam (6) bulan penjara;
ii. Denda yang tidak melebihi RM1,000.00; ATAU
iii. Apa-apa hukuman yang menggabungkan salah
satu hukuman yang disebut terdahulu.

Sivil

Seksyen 92 Akta Mahkamah Rendah 1948
● Seorang Majistret Kelas Dua hendaklah hanya
mempunyai bidang kuasa membicarakan tindakan atau
guaman asal daripada jenis sivil yang plaintiff bertujuan
untuk mendapatkan kembali hutang atau tuntutan
jumlah tertentu wang yang kena dibayar oleh
defendan, dengan atau tanpa bunga, yang tidak melebihi
RM3,000.00.

70


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA

Secara ringkasnya, berikut merupakan peranan Pegawai Daerah dalam Pentadbiran Kehakiman
sebagai Majistret Kelas Dua :

Peranan Pegawai
Daerah sebagai
Majistret Kelas Dua

A B C

Menyaksikan Bertindak sebagai Menjalankan
suratcara seperti Surat Pendaftar Mahkamah Perbicaraan
Majistret Daerah dan Ringkas bagi kes
Akuan Berkanun, berkaitan Majistret
Power of Attorney dan menandatangani Kelas Dua.
dokumen-dokumen dan
Surat Perjanjian. suratcara perbicaraan.

D E

Menyemak dan Pegawai Daerah sebagai Ex-Officio Second
mendengar Class Magistrate untuk menjalankan
tugas-tugas berikut:
permohonan Perintah
Tahanan (Remand i. Mendengar Sebutan Kes sewaktu
Warrant) dan ketiadaan majistret;
meluluskan
ii. Menandatangani Perintah Tahanan;
permohonan perintah iii. Mengesahkan surat-surat
Lunatic Warrant.
akuan,surat-surat sumpah, surat-surat
perjanjian dan sebagainya.

71


5.3
PENTADBIRAN KAMPUNG

72


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.3 PENTADBIRAN KAMPUNG

Pegawai Daerah berperanan sebagai ketua dan penghubung kerjasama antara Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung dalam mewujudkan satu
pentadbiran kampung yang cekap dan sistematik.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Pegawai Daerah
Kampung (JKKK)
Pegawai Daerah
Berikut merupakan antara tanggungjawab JKKK: berperanan sebagai

● Mentadbir dan mengurus kampung-kampung; ketua dan
● Membuat perancangan dan pelaksanaan projek atau pemudahcara bagi
menghubungkan
program di kampung; kerjasama antara
● Menggerakkan penglibatan komuniti setempat dan JKKK dan Ketua

membantu menyalurkan sebarang permasalahan Kampung dalam
atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan mewujudkan satu
berkaitan isu-isu yang timbul; dan pentadbiran kampung
● Mempunyai peranan dalam aspek kebajikan dan hal yang cekap dan
ehwal wanita, kebudayaan dan agama, kemudahan
dan kesihatan, pendidikan dan pembangunan efektif.
ekonomi kampung.

Ketua Kampung

Ketua Kampung adalah ketua adat dan pemimpin komuniti.
Masalah-masalah di perkampungan seperti masalah tanah,
pergaduhan, kerosakan tanaman dan apa-apa yang berkaitan
dengan adat perlu diselesaikan oleh Ketua Kampung.

73


5.4
PENGURUSAN BENCANA

74


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.1 JENIS-JENIS BENCANA

Bencana merupakan suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan
urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan
kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan
memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Bencana dapat diklasifikasikan
dengan beberapa jenis. Antara jenis-jenis bencana ialah :

Jenis-Jenis
Bencana

A B C

Bencana Maritim Bencana Udara Kemalangan Kimia,
Radiologi dan
Nuklear

D E

Bencana Jerebu Bencana Wabak Penyakit
Berjangkit,Pandemik atau

Kemalangan Biologi

75


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA

Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga (3) peringkat pengurusan
seperti berikut:

Jawatankuasa
Pengurusan
Bencana

Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa
Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Bencana Bencana
Bencana Pusat Negeri (JPBN)
(JPBP) Daerah (JPBD)
JPBN dipengerusikan
JPBP dipengerusikan oleh oleh YB. Setiausaha JPBD dipengerusikan
Menteri yang dilantik oleh Kerajaan Negeri/Ketua oleh Pegawai Daerah.
YAB Perdana Menteri atau Manakala Ketua Polis
Setiausaha
YAB Timbalan Perdana Kementerian Wilayah Daerah sebagai
Menteri atau Menteri Yang Komander Operasi
dilantik oleh YAB Perdana Persekutuan dan Bencana dan Pegawai
Kesejahteraan Bandar. Bomba Daerah sebagai
Menteri. Pengarah Timbalan Komander
Keselamatan Dalam Negeri Ketua Polis Negeri Operasi Bencana.
sebagai Komander
dan Ketenteraman Awam Operasi Bencana dan
Polis Di Raja Malaysia Pengarah Bomba

(PDRM) sebagai Komander Negeri sebagai
Operasi Bencana dan Timbalan Komander
Operasi Bencana.
Timbalan Ketua Pengarah
Operasi Jabatan Bomba 76
dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) sebagai Timbalan

Komander Operasi
Bencana.


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.3 TAHAP PENGURUSAN BENCANA

Tahap Pengurusan Bencana adalah bergantung kepada penilaian Jawatankuasa Pengurusan
Bencana di peringkat Daerah. Penilaian tersebut hendaklah berdasarkan elemen-elemen
seperti berikut:

Elemen-elemen Kompleksiti dan magnitud
Penilaian Tahap
Kemusnahan dan kerosakan
Pengurusan Kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan
Bencana
kelengkapan
Kepakaran

Bantuan

Tempoh masa tindak balas

77


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.4 MEKANISME PENGURUSAN
BENCANA

Merujuk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 (Semakan Semula): Dasar
dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Bencana hendaklah dikendalikan mengikut
tahap-tahap seperti berikut:

Tahap
Pengurusan

Bencana

Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Bencana Bencana Bencana
Tahap I Tahap II Tahap III

Pengurusan dan Pengurusan dan Pengurusan dan
pengendalian kejadian pengendalian kejadian pengendalian kejadian
bencana yang berlaku bencana yang berlaku bencana yang berlaku
di sesuatu kawasan melebihi daripada satu melebihi daripada satu
daerah di negeri yang
dan ianya dapat sama yang memerlukan negeri atau bersifat
ditangani dengan kompleks yang
penggemblengan memerlukan
berkesan oleh sumber di Peringkat
agensi-agensi yang Negeri dengan bantuan penyelarasan dan
daripada Peringkat Pusat penggemblengan
terlibat di dalam sumber di Peringkat
pengurusan bencana di yang terhad. Pusat atau dengan
Peringkat Daerah sama bantuan luar negara.
ada tanpa bantuan luar
atau dengan bantuan

luar yang terhad.

78


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA DAERAH(JPBD)

Bil. Keahlian Ahli
1. Pengerusi:
Pegawai Daerah
2. Ahli-ahli: Ketua Polis Daerah

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah

Pegawai Kesihatan Daerah
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
Pegawai Jabatan Alam Sekitar Daerah
Wakil Angkatan Tentera Malaysia
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah/Wakil
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Setiausaha Majlis Perbandaran/Daerah
Pegawai Pertahanan Awam Daerah
Wakil Jabatan Meteorologi Malaysia
Pegawai Penerangan Daerah
Pegawai Pelajaran Daerah
Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya
Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran
Pegawai RELA Daerah
Wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri

79


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA DAERAH(JPBD)

Bil. Keahlian Ahli

2. Ahli-ahli: Pengurus Telekom Malaysia Daerah

3. Turut Hadir: Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah/Wakil
4. Setiausaha: Pengurus Syarikat Bekalan Elektrik Negeri

Wakil Pengarah/Pengurus Jabatan/Syarikat
Bekalan Air Negeri

Wakil Pengurus Jabatan Penerbangan Awam
Negeri/Daerah

Pengarah Kementerian Pelancongan
Negeri/Pejabat Tourism Malaysia Negeri

Penghulu/Penggawa Mukim

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah

80


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD

1 Melaksanakan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala
tuju dalam mengendalikan sesuatu bencana di peringkat daerah.

Mengutamakan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana

2 melalui semua agensi kerajaan di Peringkat Daerah secara

berkesan.

Melaksanakan dan memantapkan penyampaian Sistem Amaran

3 Awal Bencana secara berkesan kepada agensi kerajaan dan

orang awam.

Melaksanakan latihan pengurusan bencana yang bersepadu

4 antara agensi kerajaan dari semasa ke semasa bagi memenuhi

tahap kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi bencana.

Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan

5 Kesedaran Awam di Peringkat Daerah dalam usaha menjadikan

masyarakat lebih berdaya tahan dalam menghadapi bencana.

81


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD

Menubuhkan Kumpulan Kerja yang bertanggungjawab kepada
JPBD bagi melicinkan pengurusan bencana di tempat kejadian.
Kumpulan Kerja terlibat adalah seperti berikut:
● Kumpulan Kerja Kawalan Keselamatan diterajui oleh Polis

Diraja Malaysia (PDRM);
● Kumpulan Kerja Mencari dan Menyelamat diterajui oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);

6 ● Kumpulan Kerja Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan
diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
● Kumpulan Kerja Kebajikan diterajui oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM);
● Kumpulan Kerja Sokongan Logistik diterajui oleh Jabatan
Kerja Raya (JKR);
● Kumpulan Kerja Pengurusan Media diterajui oleh Jabatan
Penerangan; dan
● Kumpulan Kerja Teknikal dan Pakar diterajui oleh agensi
pakar bagi sesuatu bencana yang berlaku.

7 Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian bagi tujuan taksiran
kerugian dan pemulihan yang diakibatkan oleh bencana.

8 Mengangkat cadangan bantuan ihsan atau bantuan pemulihan,
sekiranya perlu kepada Kerajaan Negeri.

9 Menentukan operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara
lancar dan berkesan.

82


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD

10 Mengenalpasti dan menubuhkan pusat-pusat pemindahan dan
pangkalan hadapan.

Memantapkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan

11 Keselamatan Kampung/Taman dalam melaksanakan

penyelarasan dan tindak balas awal terhadap kejadian bencana.

Merancang dan melaksanakan Program Pencegahan,

12 Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan di Peringkat

Daerah.

Mewujudkan dan mengemaskini profil kawasan berisiko bencana

13 di Peringkat Daerah tujuan perancangan pembangunan dan

tindak balas bencana.

Mewujudkan pangkalan data mengenai peralatan, kelengkapan

14 dan senarai kepakaran di Peringkat Daerah yang diperlukan

dalam pengurusan bencana.

83


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD

Menubuhkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) secepat

15 mungkin selepas sesuatu kejadian bencana dan mengaktifkannya
termasuk mewujudkan sistem perhubungan dengan Pos Kawalan
Tempat Kejadian (PKTK).

Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan Bencana seperti
menentukan bantuan logistik dan mengambil alih (requisition)

16 peralatan/jentera yang diperlukan secara sementara kepunyaan
Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan
badan-badan sukarela serta orang perseorangan semasa operasi
Tindak Balas Bencana.

Menentukan bantuan yang komprehensif seperti kebajikan,

17 makanan, tempat tinggal, kesihatan, perlindungan dan

keselamatan kepada mangsa dan anggota penyelamat.

Memastikan post-mortem dilakukan selepas sesuatu bencana

18 bagi tujuan memperakukan penambahbaikan terhadap sistem

pengurusan bencana yang dilaksanakan.

Menyediakan laporan mengenai pengendalian dan pengurusan

19 bencana yang berlaku meliputi aspek operasi mencari dan
menyelamat serta bantuan kecemasan dan pemulihan yang
diberikan kepada mangsa-mangsa.

84


5.5
PENGURUSAN PEROLEHAN

85


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.1 OBJEKTIF PEROLEHAN

OBJEKTIF Memastikan perolehan
PEROLEHAN dilaksanakan dengan cekap.

Mematuhi undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan serta

mengikut amalan tadbir urus
yang baik

(Good Governance Practices).

Mematuhi prinsip-prinsip
perolehan dan sentiasa
memastikan perolehan yang
dilaksanakan menguntungkan

kerajaan.

86


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.2 DASAR PEROLEHAN

Berikut merupakan antara dasar perolehan yang relevan dan berkaitan untuk dipertimbangkan
semasa melakukan mana-mana perolehan:

Dasar Keutamaan kepada
Syarikat Bumiputera

DASAR Dasar Penggunaan
PEROLEHAN Bahan/Barangan dan
Perkhidmatan Tempatan

Dasar Barangan Import
melalui Kaedah Free on

Board (FOB)

Dasar Perolehan Hijau
(Government Green
Procurement, GCP)

Garis Panduan Mengenai
Penyelarasan

Penggunaan dan
Perolehan Kemudahan
Peralatan Teknologi Baru

di Agensi Kerajaan

87


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.2 DASAR PEROLEHAN

A Dasar Keutamaan kepada Syarikat Bumiputera

Syarikat Bumiputera hendaklah memenuhi kriteria seperti yang berikut:

i. Sekurang-kurangnya 51% pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dan
pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan
Bumiputera;

ii. Sekurang-kurangnya 51% daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh
Bumiputera;

iii. Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan
jawatan-jawatan penting lain (keyposts) hendaklah dipegang oleh Bumiputera;

iv. Sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja hendaklah terdiri daripada Bumiputera;
v. Pengurusan kewangan hendaklah dikuasai oleh Bumiputera; DAN
vi. Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan

penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 sehingga
RM100,000 hendaklah dipelawa di kalangan syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan.

B Dasar Penggunaan Bahan/Barangan dan
Perkhidmatan Tempatan

Bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh
Kementerian/Jabatan dalam perolehan masing-masing. Kementerian/Jabatan adalah
bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan memastikan penggunaan bahan, barangan dan
perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan seperti peraturan yang ditetapkan. Bahan
atau barangan tempatan adalah bahan atau barangan yang dibuat dan/atau dikeluarkan oleh
pengilang tempatan melalui aktiviti pengilang.

Pengimportan untuk kategori bahan atau barangan yang sama dengan bahan atau barangan
tempatan hanya boleh dipertimbangkan jika:

i. Tidak terdapat gred atau kelas tertentu buatan tempatan; ATAU
ii. Bahan atau barangan tersebut tidak boleh diganti dengan bahan atau barangan yang

lain; ATAU
iii. Berlaku kekurangan bekalan pada peringkat Nasional.

88


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.2 DASAR PEROLEHAN

C Dasar Barangan Import melalui Kaedah Free on
Board (FOB)

Matlamat dasar perolehan barangan import kerajaan adalah untuk mengurangkan pembayaran
tak ketara dan aliran wang keluar serta meningkatkan penglibatan industri pengangkutan,
insurans dan penggunaan pelabuhan tempatan.

Melalui kaedah FOB, agensi hendaklah mensyaratkan di dalam dokumen sebut harga/tender
bahawa tawaran harga hendaklah berdasarkan harga FOB atau kaedah-kaedah lain yang
seumpama seperti Ex Works (EXW) dan Free Carrier (FCA) di mana perkara-perkara berkaitan
pengangkutan dan insurans diuruskan oleh agensi bermula dari tempat barangan diterima.
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga/petender tidak
akan dipertimbangkan.

D Dasar Perolehan Hijau
(Government Green Procurement, GGP)

GGP merujuk kepada perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja di sektor kerajaan dengan
mengambil kira kriteria dan standard alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber
semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar
dan sumber semulajadi yang berpunca daripada aktiviti manusia.

Agensi hendaklah bersiap sedia ke arah pelaksanaan GGP dengan mempertimbangkan
pemahaman dan pengetahuan semua pegawai agensi berkaitan Inisiatif Hijau selaras
dengan perkembangan semasa. Sebagai persediaan awal, agensi boleh mengenal pasti
bidang-bidang perolehan kerajaan yang bersesuaian untuk pelaksanaan GGP di agensi
masing-masing.

89


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.2 DASAR PEROLEHAN

Garis Panduan Mengenai Penyelarasan
E Penggunaan dan Perolehan Kemudahan

Peralatan Teknologi Baru di Agensi Kerajaan

Kerajaan telah memutuskan supaya penggunaan kemudahan dan peralatan teknologi diselaras
dan dikawal bagi mengelakkan pertindihan yang membazirkan. Perkara ini dapat dilaksanakan
melalui langkah-langkah yang berikut:

i. Menggalakkan agensi kerajaan berkongsi menggunakan kemudahan dan peralatan atau
mendapatkan perkhidmatan kemudahan dan perkhidmatan dari agensi Kerajaan yang
lain;

ii. Mengawal perolehan baru kemudahan dan peralatan untuk mengurangkan pertindihan
perolehan antara agensi kerajaan; DAN

iii. Mewujudkan satu pangkalan data inventori kemudahan dan peralatan teknologi baru
sebagai pusat rujukan untuk tujuan penyelarasan dan kawalan.

Sesuai dengan langkah-langkah tersebut, Kerajaan telah memutuskan supaya:
i. Diwujudkan mekanisme penyelarasan penggunaan kemudahan dan peralatan teknologi
baru antara agensi Kerajaan;
ii. Dikawal perolehan kemudahan dan peralatan teknologi baru secara sistematik bagi
mengelakkan pertindihan yang membazir; DAN
iii. Agensi Kerajaan digalakkan menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi baru
yang ada dengan optimum.

90


GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH

5.5.3 PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN

AKAUNTABILITI AWAM

1 Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan
secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan
yang ditetapkan.

DIURUSKAN SECARA TELUS

2 Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang
dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum
serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

NILAI FAEDAH YANG TERBAIK

3 Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang

terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

SAINGAN TERBUKA

4 Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada

semua pihak yang layak bersaing.

ADIL DAN SAKSAMA

5 Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan
dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar
dan peraturan yang ditetapkan.

91


Click to View FlipBook Version