GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
2.29 DAERAH KUALA PENYU
BENTUK Berbukit bukau AKTIVITI Pertanian (Getah,
MUKA terutama di kawasan EKONOMI Kelapa Sawit)
BUMI pesisir pantai UTAMA Perikanan
DAERAH
ETNIK UTAMA DAERAH Kadazan (Tatana), Brunei dan Bisaya
TENAGA BURUH Penduduk Bekerja : 11,000 orang
Penganggur : 900 orang
Jumlah Tenaga Buruh : 11,900 orang
Kadar Pengangguran : 7.9%
PENDAPATAN ISI Penengah : RM2,949
RUMAH (2019) Purata : RM4,275
BILANGAN KETUA ISI 809 orang
RUMAH MISKIN
MENGIKUT DATA E-KASIH
PAUTAN PEJABAT
PENTADBIRAN
DAERAH
Pejabat Daerah Kuala Penyu
https://pdkualapenyu.sabah.gov.my/
Pejabat Daerah Kecil Menumbok
https://www.sabah.gov.my/dkmb/
42
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
2.30 DAERAH SIPITANG
BENTUK Berbukit bukau di AKTIVITI Pembalakan
MUKA kawasan pedalaman. EKONOMI Perindustrian (Minyak
BUMI Tanah pamah di UTAMA & Gas)
kawasan persisiran DAERAH Pertanian (Getah,
Kelapa Sawit, Padi,
Kopi)
ETNIK UTAMA DAERAH Kadayan, Murut dan Lundayeh
TENAGA BURUH Penduduk Bekerja : 18,600 orang
Penganggur : 1,200 orang
Jumlah Tenaga Buruh : 19,800 orang
Kadar Pengangguran : 6.2%
PENDAPATAN ISI Penengah : RM3,944
RUMAH (2019) Purata : RM5,271
BILANGAN KETUA ISI 540 orang
RUMAH MISKIN
MENGIKUT DATA E-KASIH
PAUTAN PEJABAT
PENTADBIRAN
DAERAH
Pejabat Daerah Sipitang
https://pdsipitang.sabah.gov.my/
43
3.0
PENGENALAN KEPADA PEJABAT
DAERAH
44
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
3.1 PERANAN PEJABAT DAERAH
PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN AM
Pejabat Daerah memainkan peranan utama sebagai:
- Pusat pentadbiran daerah
- Sumber rujukan masyarakat luar bandar
- Urusan pilihan raya
- Protokol dan istiadat bagi majlis-majlis rasmi di
peringkat daerah
- Mana-mana urusan pejabat dan perkhidmatan
PERANAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
PEJABAT
DAERAH Dari aspek pembangunan, Pejabat Daerah
bertanggungjawab untuk:
- Merancang, melaksana dan memantau
projek-projek pembangunan luar bandar
- Menyelaras projek-projek Kerajaan Persekutuan
- Mengenal pasti infrastruktur awam yang perlu
ditambah baik
PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN
Pejabat Daerah juga mempunyai peranan dalam:
- Pentadbiran undang-undang terutama
berkaitan pentadbiran tempatan
- Perlesenan seperti perdagangan, minuman
keras dan senjata api
HAL EHWAL PENDUDUK
Pejabat Daerah mempunyai kewajiban dalam urusan:
- Pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan
- Banci penduduk
45
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
3.2 STRUKTUR ORGANISASI PEJABAT
DAERAH SECARA UMUM
PEJABAT DAERAH
BAHAGIAN BAHAGIAN
PEMBANGUNAN PENTADBIRAN
Merancang dan menyelaras Menguruskan hal ehwal
pelaksanaan rancangan pentadbiran, kewangan,
pembangunan fizikal dan
masyarakat teknologi maklumat,
perlesenan dan
penguatkuasaan, majlis
keraian dan keselamatan
Unit Unit Unit Unit Protokol Unit
Pembangunan Pembangunan Pentadbiran Keselamatan
Fizikal (Projek)
Masyarakat
Unit Kewangan Unit Lesen &
Hasil
Struktur Organisasi ini adalah secara umum dan mungkin berbeza mengikut keperluan
Pejabat Daerah masing-masing.
46
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
3.3 FUNGSI BAHAGIAN DALAM
PEJABAT DAERAH SECARA UMUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
1. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan
infrastruktur, kemudahan awam, ekonomi dan sosial.
2. Mengurus peruntukan projek-projek pembangunan.
3. Mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dimajukan.
4. Memastikan setiap pelaksanaan projek dapat disiapkan mengikut skop kerja dan
tempoh masa yang ditetapkan.
5. Menyediakan laporan pemantauan status pelaksanaan projek.
6. Menyediakan dokumen dan mengemukakan tuntutan pembayaran pelaksanaan
kepada pihak yang berkenaan.
7. Menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan projek-projek pembangunan.
8. Menjadi urus setia mesyuarat projek-projek pembangunan.
9. Mengemaskini hal-hal yang berkaitan Sistem E-Kasih.
10. Mengesan pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.
BAHAGIAN PENTADBIRAN
1. Bertanggungjawab melancarkan pentadbiran, pembangunan dan kewangan pejabat
secara menyeluruh.
2. Mengurus tadbir hal ehwal pejabat dan pengurusan sumber manusia.
3. Mengurus hal ehwal perkhidmatan pelanggan (orang awam).
4. Menjadi protokol dan perhubungan orang awam termasuk menyambut orang-orang
kenamaan.
5. Menjaga hal ehwal dan keselamatan daerah.
6. Mengendalikan sistem fail pejabat.
7. Memastikan setiap dasar-dasar kerajaan dilaksanakan mengikut garis panduan
yang ditetapkan.
8. Mengemaskini buku rekod perkhidmatan.
9. Menyelaras sistem dan aplikasi kerajaan berkaitan dengan ICT dan sistem
kewangan seperti Sisvot (S3P).
10. Mengurus aset, stor dan mengawal inventori pejabat.
11. Mengurus semua hal-hal yang berkaitan dengan penerimaan dan pembayaran.
12. Menjawab teguran audit.
13. Melaksanakan kerja-kerja Ad-Hoc.
47
4.0
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PIHAK PENGURUSAN
PENTADBIRAN DAERAH
48
4.1
PERANAN PEGAWAI DAERAH
49
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH
Berikut merupakan antara peranan penting Pegawai Daerah dari aspek pentadbiran daerah:
Pengurus Pentadbiran Pejabat dan Kakitangan
● Menyelia kakitangan di Bahagian Pentadbiran berdasarkan
skim perkhidmatan dan peraturan pentadbiran apabila
diperlukan atau sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi setiap
kakitangan;
● Memberi nasihat atau bimbingan kepada kakitangan di Pejabat
Daerah;
● Mengurus latihan dan kursus kakitangan mengikut keperluan
dan kesesuaian terutamanya yang dikendalikan oleh Jabatan
Pembangunan Sumber Manusia (JPSM);
● Menyelia pengemaskinian dan penyemakan buku
perkhidmatan setiap kakitangan sekali setiap tiga (3) bulan.
Pembangunan Daerah
● Perancang utama projek pembangunan fizikal daerah;
● Memastikan projek pembangunan fizikal berjalan seiring
dengan perancangan;
● Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan pelaksanaan
projek-projek fizikal.
Pembangunan Sosio-ekonomi
● Merancang, melaksanakan dan memantau program-program
pembangunan sosio-ekonomi daerah;
● Menjadi perantara yang menyelaras agensi-agensi kerajaan
dan swasta yang memberi bantuan dengan golongan miskin di
daerah.
50
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH
Berikut merupakan antara peranan penting Pegawai Daerah dari aspek pentadbiran daerah:
Perundangan
● Bertanggungjawab sebagai Ketua Mahkamah Anak Negeri
Daerah berperanan untuk mendengar semakan dan rayuan
bagi kes yang diputuskan di Mahkamah Anak Negeri (MAN);
● Berperanan sebagai Majistret Kelas Dua sebagai Ex-Officio
Second Class Magistrate.
Ketua Keselamatan Daerah
● Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
Daerah;
● Mengurus hal-hal berkaitan dengan keselamatan, pengurusan
krisis dan bencana, serta lain-lain perkara yang mempunyai
kaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam;
● Menjadi Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang
bertanggungjawab untuk melapor sebarang kejadian bencana
kepada Jawatankuasa Bencana Negeri.
Pengerusi Majlis Daerah
● Mengetuai Ahli-Ahli Majlis Daerah dalam urusan pentadbiran
dan pembangunan Majlis Daerah.
51
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH
Berikut merupakan antara peranan penting Pegawai Daerah dari aspek pentadbiran daerah:
Pengurus Kewangan
● Menyelia pemungutan hasil;
● Menyelia perakaunan pejabat;
● Menyelia dan mengawal tawaran seperti sebut harga;
● Memastikan prosedur dan peraturan semasa yang melibatkan
perakaunan atau tatacara kewangan sedia ada dipatuhi;
● Memastikan sistem kewangan Pejabat Daerah diurus dengan
teratur, sistematik dan berhemah;
● Layak menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah.
Pegawai Perlesenan
● Menghadiri Mesyuarat Lembaga Perlesenan;
● Melaksanakan temuduga bagi permohonan lesen perniagaan
baru;
● Meluluskan permohonan lesen-lesen yang berkaitan dalam
daerah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan
melalui peraturan dan garis panduan yang berkuatkuasa.
Pemudahcara
● Bekerjasama dengan pemimpin politik (wakil rakyat) untuk
memacu hala tuju pembangunan fizikal dan masyarakat
setempat;
● Menjadi penghubung peranan jabatan kerajaan dengan
memastikan kerjasama antara semua kementerian/jabatan
Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar dapat
menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat;
● Bekerjasama dengan pemimpin kampung untuk
membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi
mendapatkan kehidupan yang lebih baik sejajar dengan
pembangunan negara;
● Pemudahcara sektor ekonomi bersama-sama dengan
komuniti ekonomi dan perniagaan dalam memacu aktiviti
ekonomi di daerah selaras dengan peraturan semasa;
● Kolaborasi keselamatan dalam mewujudkan sinergi
antara jabatan dan agensi penguatkuasa dalam menjaga
keselamatan, ketenteraman dan keamanan di daerah.
52
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.1 PERANAN PEGAWAI DAERAH
Berikut merupakan antara peranan penting Pegawai Daerah dari aspek pentadbiran daerah:
Ketua Protokol Daerah
● Mengurus dan memberi khidmat nasihat protokol, istiadat, atur
cara rasmi bagi program-program peringkat kebangsaan,
negeri dan daerah;
● Mengurus dan menyelaras majlis-majlis rasmi yang melibatkan
pihak Istana Negeri dan Pejabat Ketua Menteri Sabah;
● Menyelaras segala peruntukan majlis keraian peringkat daerah.
Pengurus Pilihan Raya
● Boleh dilantik sebagai Pegawai Pengurus oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengikut Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya
1958 untuk membantu mengendalikan pilihan raya dalam
sesuatu bahagian yang ditetapkan.
53
4.2
PERANAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PENTADBIRAN)
54
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.2 PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PENTADBIRAN)
Umumnya, Pegawai Daerah dibantu oleh PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PENTADBIRAN) dan
PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN).
Berikut merupakan antara senarai tugas PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PENTADBIRAN):
PENTADBIRAN
Menyelia, mengawasi dan Mengurus hal ehwal Menjadi Urus Setia
mengawal kerja-kerja perkhidmatan, kemajuan Mesyuarat berkaitan dengan
pentadbiran pejabat,
kerjaya, kebajikan dan Penyelarasan dan
kehadiran bekerja semua disiplin semua kakitangan. Pentadbiran Pejabat.
pegawai dan kakitangan.
Bertindak sebagai Ketua Bertindak sebagai Pegawai
Mengurus tugas-tugas Sistem Maklumat Jabatan Rekod Jabatan.
Protokol Daerah.
(CIO).
Menghadiri mesyuarat/ Menyediakan dan
tugas-tugas rasmi di dalam menandatangani surat-surat
dan luar daerah seperti rasmi jabatan semasa
diarah oleh Pegawai ketiadaan Pegawai Daerah.
Daerah.
55
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.2 PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PENTADBIRAN)
Selain itu, PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PENTADBIRAN) juga bertanggungjawab dalam skop
Kewangan dan Ad-Hoc seperti yang berikut:
KEWANGAN
Membantu Pegawai Daerah Mengurus dan membantu Mempunyai kuasa untuk
dalam urusan pungutan Pegawai Daerah mengawal menandatangani baucar
hasil. perbelanjaan pentadbiran pembayaran, LPO, Pesanan
Pembelian Minyak, Buku
jabatan khususnya Vot dan Arahan Kerja (PKA).
perakaunan.
Menyediakan Anggaran Mengurus pelaksanaan Terlibat dalam
Perbelanjaan Perbekalan SM2, e-pay:A3,e-POL dan Jawatankuasa Pengurusan
Jabatan. lain-lain sistem yang Kewangan & Akaun dan
berkaitan. lain-lain.
AD-HOC
Tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari
masa ke masa
Sebagai contoh:
Menggantikan tugas Pegawai Daerah sebagai
Majistret Kelas Dua (II) Ex-Officio apabila
ketiadaannya.
56
4.3
PERANAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PEMBANGUNAN)
57
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
4.3 PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(PEMBANGUNAN)
PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN) mempunyai tanggungjawab seperti yang
berikut:
Merancang pembangunan Menyediakan Pelan Menyelaras pembangunan
di peringkat daerah Pembangunan Daerah 5 infrastruktur, kemudahan
berdasarkan strategi awam, ekonomi dan sosial
Tahun. berlandaskan dasar-dasar
pembangunan negeri.
Membantu Pegawai yang ditetapkan oleh
Menyelia dan menyediakan Daerah merancang Kerajaan Negeri dan
senarai projek peruntukan pembangunan Persekutuan untuk
dengan lebih efisien. meningkatkan pendapatan
pembangunan untuk dan taraf hidup penduduk.
kemudahan atau rujukan
membuat permohonan Merancang Pembangunan
Pelancongan Daerah.
peruntukan ke dalam
sistem maklumat dalam
pangkalan data yang
lengkap.
Melaksanakan pembayaran Memberi pengesahan
baucar projek. waran peruntukan.
58
5.0
FUNGSI UTAMA PENTADBIRAN
DAERAH
59
5.1
PEMBANGUNAN DAERAH
60
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.1 PEMBANGUNAN DAERAH
Pejabat Daerah bertanggungjawab dalam pembangunan fizikal daerah yang ditadbirnya. Oleh
itu, untuk membangunkan daerah melalui projek-projek dengan efektif, Pegawai Daerah perlu
mahir dalam tiga (3) proses seperti yang berikut:
Menjadi perancang utama dalam projek-projek
pembangunan fizikal daerah dan mengenal pasti
potensi projek-projek yang dapat meningkatkan
pembangunan ekonomi daerah.
1 PERANCANGAN Sebagai contoh:
● Mengenal pasti potensi lokasi projek
pembangunan yang sesuai.
● Mengurus peruntukan yang diluluskan
dengan baik.
● Menguruskan kemasukan kemudahan asas
seperti air, elektrik dan jalan raya.
2 PELAKSANAAN Memastikan projek pembangunan fizikal berjalan
seiring dengan perancangan yang telah dibuat.
Sebagai contoh:
● Memeriksa dan memastikan peraturan kerja
dipatuhi.
● Mengesahkan keperluan perolehan bagi
kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan.
3 PEMANTAUAN Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan
pelaksanaan projek-projek fizikal.
Selain itu, Pegawai Daerah juga berperanan
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tindakan
Daerah (JKTD) yang perlu terbuka menerima,
menyiasat dan mengambil tindakan yang
sewajarnya jika terdapat aduan berkaitan
projek-projek yang sedang dijalankan.
61
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.1 PEMBANGUNAN DAERAH
Pejabat Daerah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berperanan
penting dalam merancang, melaksanakan dan memantau program-program pembangunan
di daerah yang ditadbir. Terdapat beberapa program-program pembangunan daerah di bawah
KPLB yang dilaksanakan di setiap daerah di Sabah seperti berikut::
1
Program-Program Pembasmian Kemiskinan
Pejabat Daerah berperanan sebagai perantara yang menyelaras agensi-agensi
kerajaan dan swasta yang memberi bantuan dengan golongan miskin di daerah
yang ditadbir. Pejabat Daerah bertanggungjawab dalam tiga (3) aktiviti tersebut:
1. Mengenal pasti
● Mengenal pasti individu yang kurang bernasib baik dan memerlukan
bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup;
● Membangunkan pangkalan data untuk memudahkan perancangan
penyaluran bantuan kepada yang layak (melalui Sistem E-Kasih).
2. Menyalurkan Bantuan
● Menyalurkan bantuan kepada yang layak seperti rumah melalui Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bakul makanan, bantuan kewangan
dan sebagainya.
3. Memantau
● Memantau secara berterusan agar tiada bantuan yang disalah guna dan
memastikan hanya penerima yang layak mendapat bantuan.
Sumber : 62
● Hala Tuju Sabah Maju Jaya:
Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.1 PEMBANGUNAN DAERAH
2
Program Pembangunan Kecil Luar Bandar
Pejabat Daerah berperanan melaksanakan program pembangunan prasarana/
kemudahan asas di kawasan luar bandar.
3
Melaksanakan Program Kampung Sejahtera
Membangunkan kemudahan asas, ekonomi dan sosial di kampung-kampung yang
terpinggir dan jauh dari kawasan pekan secara berperingkat. Menyediakan
kemudahan asas seperti elektrik, air, ameniti sosial, bantuan rumah, aktiviti ekonomi,
pemilikan tanah dan pendidikan.
4
Program Pembangunan Usahawan Desa
Pejabat Daerah berperanan mengenal pasti sumber, potensi dan bakat penduduk
sesebuah kawasan dan menjalankan program-program pembangunan usahawan
untuk membantu mengembangkan potensi perniagaan penduduk.
Sumber : 63
● Hala Tuju Sabah Maju Jaya:
Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.1 PEMBANGUNAN DAERAH
5
Program Satu Daerah Satu Produk dan Penggunaan Teknologi
Terkini (Golongan Usahawan)
Pegawai Daerah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) menjalankan program pembangunan ekonomi untuk melonjakkan produk
setempat dengan penggunaan teknologi dan strategi pemasaran terkini yang
menyumbang kepada peningkatan pendapatan kepada masyarakat setempat.
6
Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah
Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada Ketua Isi Rumah (KIR) penduduk
miskin tegar di seluruh Sabah serta menyediakan perumahan kepada keluarga
miskin tegar yang berdaftar dalam sistem E-Kasih/disyor dalam Jawatankuasa
Focus Group Daerah.
7
Melaksanakan Program Mini Estet Sejahtera
Program Mini Estet Sejahtera di kawasan-kawasan terpinggir yang berpotensi untuk
membantu membasmi kemiskinan penduduk di sekitarnya melalui kegiatan pertanian
seperti penanaman kelapa sawit, getah, padi dan sebagainya.
Sumber : 64
● Hala Tuju Sabah Maju Jaya:
Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.1 PEMBANGUNAN DAERAH
8
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
Pejabat Daerah berperanan mengenal pasti program-program latihan dan kerjaya
untuk mengembangkan bakat dan potensi penduduk terutamanya golongan belia
serta mengurangkan kadar pengangguran di daerah yang ditadbir.
9
Program Pembangunan Masyarakat
Pejabat Daerah menyelaraskan Pentadbiran Badan Jawatankuasa Pembangunan
Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sabah dan membangunkan wanita luar bandar
melalui kursus seperti Kursus Kemahiran Jahitan.
Sumber : 65
● Hala Tuju Sabah Maju Jaya:
Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025
5.2
PERUNDANGAN
66
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2 PERUNDANGAN
Dari segi perundangan, pegawai daerah memiliki dua (2) peranan utama iaitu sebagai:
PEGAWAI
DAERAH
5.2.1 5.2.2
Ketua Mahkamah Majistret Kelas
Anak Negeri Dua
Daerah
67
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH
Secara umumnya, terdapat tiga (3) sistem kehakiman yang berbeza di Sabah iaitu:
i. Sistem Kehakiman Sivil;
ii. Sistem Kehakiman Syariah; dan
iii. Sistem Kehakiman Anak Negeri Sabah.
Sistem Kehakiman Sivil
Sistem Kehakiman Sistem Kehakiman Mahkamah Rayuan
Syariah Anak Negeri
Pegawai
Sistem Kehakiman Mahkamah Anak Daerah
Mahkamah Anak Negeri Negeri Daerah terlibat
dalam kes
Sabah Mahkamah Anak Negeri
(MAN) yang
diletakkan
di bawah
MAN
Daerah
Sumber : Enakmen Mahkamah
Anak Negeri Sabah 1992.
Sistem Kehakiman Anak Negeri yang wujud di negeri ini telah ditubuhkan secara tidak rasminya pada
Tahun 1881 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). SBUB telah mengiktiraf adat bagi
setiap kumpulan etnik sebagai sebahagian daripada undang-undang dan dinyatakan secara rasminya
dalam Perkara 9 Piagam Diraja.
68
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH
Penubuhan Mahkamah Anak Negeri boleh dilihat di bawah Bahagian II yang selaras dengan
seksyen yang terkandung di dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri (EMAN) 1992. Melalui
peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Anak
Negeri (MAN) di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh menetapkan wilayah bidang
kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan.
Penubuhan Mahkamah Anak Negeri Daerah ini pula tertakluk kepada Seksyen 4 (1) dan Seksyen 4
(2) EMAN. Menurut Seksyen 4 (2), MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH diketuai oleh PEGAWAI
DAERAH dan dibantu oleh dua (2) orang ahli sama ada Ketua-ketua Daerah atau Ketua-ketua Anak
Negeri dalam daerah.
Mahkamah Rayuan Anak Negeri adalah peringkat tertinggi dalam perbicaraan Mahkamah Anak
Negeri yang pula terdiri daripada seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bertindak sebagai presiden
dan dibantu oleh dua (2) orang ahli sama ada Ketua-ketua Daerah atau Ketua-ketua Anak Negeri.
Secara ringkasnya, berikut merupakan Struktur Mahkamah Anak Negeri:
69
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.1 KETUA MAHKAMAH ANAK
NEGERI DAERAH
Bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri (MAN) mempunyai 15 perkara
yang termaktub dalam Seksyen 6 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992
yang meliputi kes yang timbul daripada pelanggaran undang-undang atau
adat anak negeri seperti tuntutan waris, pertunangan, perkahwinan,
perceraian, pengambilan anak angkat dan kes lain yang melibatkan adat
resam di daerah masing-masing.
Pegawai Daerah sebagai Ketua Mahkamah Anak Negeri Daerah berperanan untuk
mendengar semakan dan rayuan bagi kes yang diputuskan di MAN.
Selain itu, berikut merupakan tugas pentadbiran daerah dalam Unit Mahkamah Anak Negeri Daerah:
1. Menyelaras pendaftaran kes-kes di Mahkamah Anak Negeri Daerah.
2. Mendaftar kes dan membuka doket bagi setiap kes baru dan mengurus semua proses
pendaftaran.
3. Merekodkan keputusan/hukuman ke dalam buku daftar.
4. Mengatur jadual kes mahkamah dan berbincang/berhubung dengan Pegawai Daerah
dalam segala urusan mahkamah.
5. Menyediakan laporan bulanan dan dikemukakan kepada Pegawai Daerah (jika perlu).
6. Menyediakan rekod rayuan bagi kes yang telah ditetapkan tarikh pendengaran untuk
korum Mahkamah Anak Negeri Daerah.
7. Merekodkan dan menyusun fail-fail dengan kemas dan teratur serta memantau dan
mengawal pergerakan fail.
8. Mengendalikan Proses Jadual Tiga.
70
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA
Selain menjadi ketua dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah, Pegawai Daerah juga mempunyai
peranan penting dalam MAJISTRET KELAS DUA.
DEFINISI MAJISTRET
Seksyen 3 Enakmen Tafsiran dan Fasal Am
● “Pegawai Daerah di Negeri Sabah dilantik untuk memegang kuasa sebagai seorang
Majistret yang mana diberikan melalui pewartaan Kerajaan Negeri.”
Majistret ex officio:
● “Mereka yang memangku ataupun memegang jawatan sebagai Majistret”
PEGAWAI DAERAH SEBAGAI MAJISTRET KELAS DUA
Akta Interpretasi 1948 dan 1967
● District Officer means the officer for the time being in administrative charge of a district,
by whatever name called;
● Pegawai Daerah adalah merujuk kepada pegawai yang pada sesuatu masa mengetuai
pentadbiran di daerah, dengan apa gelaran sekalipun. Pegawai Daerah melaksanakan
tugas sebagai Majistret di daerah bertugas mendengar permohonan reman, perbicaraan,
pemberian jaminan, akuan berkanun.
● Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk
menjadi Majistret Kelas Dua.
71
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA
Berikut merupakan bidang kuasa MAHKAMAH MAJISTRET KELAS DUA:
Bidang Jenayah
Kuasa
Mahkamah Seksyen 88 Akta Mahkamah Rendah 1948
Majistret ● Seorang Majistret Kelas Dua hendaklah hanya
Kelas Dua mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan
yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak
melebihi 12 bulan bagi mana-mana kesalahan atau
yang boleh dihukum dengan denda sahaja.
Seksyen 89 Akta Mahkamah Rendah 1948
● Majistret Kelas Dua boleh menjatuhkan apa-apa
hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang:
i. Tidak melebihi enam (6) bulan penjara;
ii. Denda yang tidak melebihi RM1,000.00; ATAU
iii. Apa-apa hukuman yang menggabungkan salah
satu hukuman yang disebut terdahulu.
Sivil
Seksyen 92 Akta Mahkamah Rendah 1948
● Seorang Majistret Kelas Dua hendaklah hanya
mempunyai bidang kuasa membicarakan tindakan atau
guaman asal daripada jenis sivil yang plaintiff bertujuan
untuk mendapatkan kembali hutang atau tuntutan
jumlah tertentu wang yang kena dibayar oleh
defendan, dengan atau tanpa bunga, yang tidak melebihi
RM3,000.00.
72
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA
Perbezaan Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua mengikut Akta Mahkamah Rendah
1948 (Akta 92):
Mahkamah Majistret Kelas Perbezaan Mahkamah Majistret Kelas Kedua
Pertama
Pelantikan Majistret Kelas Pertama Pelantikan Pelantikan Majistret Kelas Kedua adalah
adalah mengikut Seksyen 77 dan 78. Dan mengikut Seksyen 79.
Kelayakan pula adalah tertakluk kepada
Seksyen 78A. Kelayakan
Bidang kuasa dirujuk kepada Seksyen Bidang Bidang kuasa dirujuk kepada Seksyen
85. Kuasa 88. Seorang Majistret Kelas Dua
Seorang Majistret mempunyai bidang Jenayah hendaklah hanya mempunyai bidang
kuasa untuk membicarakan segala kuasa untuk membicarakan kesalahan
kesalahan yang tempoh maksimum yang tempoh maksimum pemenjaraan
pemenjaraan yang diperuntukkan oleh yang diperuntukkan oleh undang-undang
undang-undang yang tidak melebihi 10 tidak melebihi 12 bulan bagi mana-mana
Tahun pemenjaraan atau yang boleh kesalahan atau yang boleh dihukum
dihukum dengan denda sahaja dan dengan denda sahaja.
kesalahan di bawah seksyen 392 dan 457
Kanun Keseksaan.
Hukuman yang dijatuhkan adalah
Menurut Seksyen 87, seorang Majistret tertakluk kepada Seksyen 89. Majistret
boleh menjatuhkan apa-apa hukuman Kelas Dua boleh menjatuhkan apa-apa
yang dibenarkan oleh undang undang hukuman yang dibenarkan oleh
yang tidak melebihi: undang-undang yang tidak melebihi:
i. Lima (5) tahun pemenjaraan; i. Enam (6) bulan penjara;
ii. Denda sebanyak RM10,000.00; ii. Denda sebanyak RM1,000.00; ATAU
iii. Sebat sebanyak 12 kali; ATAU iii. Apa-apa hukuman yang
iv. Apa-apa hukuman yang menggabungkan salah satu hukuman
menggabungkan mana-mana yang disebut terdahulu.
daripada hukuman yang disebut
terdahulu.
Membicarakan segala tindakan dan Bidang Membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan
guaman daripada jenis sivil jika amaun Kuasa amaun tidak melebihi RM3,000.00 mengikut
yang dipertikaikan atau nilai perkara itu Sivil Seksyen 92.
tidak melebihi RM25,000.00 mengikut
Seksyen 90.
Majistret ini juga mempunyai bidang 73
kuasa mendengar dan memutuskan
rayuan apa-apa keputusan prosiding
daripada jenis sivil bagi Mahkamah
Penghulu mengikut Seksyen 91.
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.2.2 MAJISTRET KELAS DUA
Secara ringkasnya, berikut merupakan peranan Pegawai Daerah dalam Pentadbiran Kehakiman
sebagai Majistret Kelas Dua :
Peranan Pegawai
Daerah sebagai
Majistret Kelas Dua
01 02 03
Menyaksikan suratcara Bertindak sebagai Menjalankan
seperti Surat Akuan Pendaftar Mahkamah Perbicaraan Ringkas
Berkanun, Power of Majistret Daerah dan
Attorney dan Surat bagi kes berkaitan
Perjanjian. menandatangani Majistret Kelas Dua.
dokumen-dokumen dan
suratcara perbicaraan.
04 05
Menyemak dan Pegawai Daerah sebagai Ex-Officio Second
mendengar Class Majistret untuk menjalankan tugas-tugas
permohonan Perintah berikut:
Tahanan (Remand
Warrant) dan i. Mendengar Sebutan Kes sewaktu
meluluskan ketiadaan majistret;
permohonan perintah ii. Menandatangani Perintah Tahanan;
Lunatic Warrant. iii. Mengesahkan surat-surat
akuan,surat-surat sumpah, surat-surat
perjanjian dan sebagainya.
Selain itu, berikut merupakan tugas pentadbiran daerah dalam Unit Majistret Kelas Dua:
a. Mengatur segala urusan Mahkamah bagi memudahkan kelancaran persidangan Mahkamah.
b. Menyediakan Cause List sebelum Mahkamah bersidang.
c. Mengurus dan mengemaskini fail-fail di Unit Mahkamah Anak Negeri Daerah dengan
memasukkan surat dan maklumat terkini ke dalam fail yang berkaitan serta menyediakan
folio fail dengan kemas dan teratur.
d. Mengendalikan pelupusan doket-doket (jika perlu).
74
5.3
PENTADBIRAN KAMPUNG
75
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.3 PENTADBIRAN KAMPUNG
Pegawai Daerah berperanan sebagai ketua dan penghubung kerjasama antara Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung dalam mewujudkan satu
pentadbiran kampung yang cekap dan sistematik.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Pegawai Daerah
Kampung (JKKK)
Pegawai Daerah
Berikut merupakan antara tanggungjawab JKKK: berperanan sebagai
● Mentadbir dan mengurus kampung-kampung; ketua dan
● Membuat perancangan dan pelaksanaan projek atau pemudahcara bagi
menghubungkan
program di kampung; kerjasama antara
● Menggerakkan penglibatan komuniti setempat dan JKKK dan Ketua
membantu menyalurkan sebarang permasalahan Kampung dalam
atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan mewujudkan satu
berkaitan isu-isu yang timbul; dan pentadbiran kampung
● Mempunyai peranan dalam aspek kebajikan dan hal yang cekap dan
ehwal wanita, kebudayaan dan agama, kemudahan
dan kesihatan, pendidikan dan pembangunan efektif.
ekonomi kampung.
Ketua Kampung
Ketua Kampung adalah ketua adat dan pemimpin komuniti.
Masalah-masalah di perkampungan seperti masalah tanah,
pergaduhan, kerosakan tanaman dan apa-apa yang berkaitan
dengan adat perlu diselesaikan oleh Ketua Kampung.
76
5.4
PENGURUSAN BENCANA
77
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.1 JENIS-JENIS BENCANA
Bencana merupakan suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan
urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan
kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan
memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Bencana dapat diklasifikasikan
dengan beberapa jenis. Antara jenis-jenis bencana ialah :
Jenis-Jenis
Bencana
01 02 03
Bencana Maritim Bencana Udara Kemalangan Kimia,
Radiologi dan
Nuklear
04 05
Bencana Jerebu Bencana Wabak Penyakit
Berjangkit,Pandemik atau
Kemalangan Biologi
78
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA
Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga (3) peringkat pengurusan
seperti berikut:
Jawatankuasa
Pengurusan
Bencana
Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa
Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Bencana Bencana
Bencana Pusat Negeri (JPBN)
(JPBP) Daerah (JPBD)
JPBN dipengerusikan
JPBP dipengerusikan oleh oleh YB. Setiausaha JPBD dipengerusikan
Menteri yang dilantik oleh Kerajaan Negeri/Ketua oleh Pegawai Daerah.
YAB Perdana Menteri atau Manakala Ketua Polis
Setiausaha
YAB Timbalan Perdana Kementerian Wilayah Daerah sebagai
Menteri atau Menteri Yang Komander Operasi
dilantik oleh YAB Perdana Persekutuan dan Bencana dan Pegawai
Kesejahteraan Bandar. Bomba Daerah sebagai
Menteri. Pengarah Timbalan Komander
Keselamatan Dalam Negeri Ketua Polis Negeri Operasi Bencana.
sebagai Komander
dan Ketenteraman Awam Operasi Bencana dan
Polis Di Raja Malaysia Pengarah Bomba
(PDRM) sebagai Komander Negeri sebagai
Operasi Bencana dan Timbalan Komander
Operasi Bencana.
Timbalan Ketua Pengarah
Operasi Jabatan Bomba 79
dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) sebagai Timbalan
Komander Operasi
Bencana.
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.3 TAHAP PENGURUSAN BENCANA
Tahap Pengurusan Bencana adalah bergantung kepada penilaian Jawatankuasa Pengurusan
Bencana di peringkat Daerah, Negeri atau Pusat. Penilaian tersebut hendaklah berdasarkan
elemen-elemen seperti berikut:
Elemen-elemen Kompleksiti dan magnitud
Penilaian Tahap
Kemusnahan dan kerosakan
Pengurusan Kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan
Bencana
kelengkapan
Kepakaran
Bantuan
Tempoh masa tindak balas
80
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.4 MEKANISME PENGURUSAN
BENCANA
Merujuk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 (Semakan Semula): Dasar
dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Bencana hendaklah dikendalikan mengikut
tahap-tahap seperti berikut:
Tahap
Pengurusan
Bencana
Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Bencana Bencana Bencana
Tahap I Tahap II Tahap III
Pengurusan dan Pengurusan dan Pengurusan dan
pengendalian kejadian pengendalian kejadian pengendalian kejadian
bencana yang berlaku bencana yang berlaku bencana yang berlaku
di sesuatu kawasan melebihi daripada satu melebihi daripada satu
daerah di negeri yang
dan ianya dapat sama yang memerlukan negeri atau bersifat
ditangani dengan kompleks yang
penggemblengan memerlukan
berkesan oleh sumber di Peringkat
agensi-agensi yang Negeri dengan bantuan penyelarasan dan
daripada Peringkat Pusat penggemblengan
terlibat di dalam sumber di Peringkat
pengurusan bencana di yang terhad. Pusat atau dengan
Peringkat Daerah sama bantuan luar negara.
ada tanpa bantuan luar
atau dengan bantuan
luar yang terhad.
81
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA DAERAH(JPBD)
Bil. Keahlian Ahli
1. Pengerusi: Pegawai Daerah
2. Ahli-ahli: Ketua Polis Daerah
3. Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah
4. Pegawai Kesihatan Daerah
5. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
6. Pegawai Jabatan Alam Sekitar Daerah
7. Wakil Angkatan Tentera Malaysia
8. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah/Wakil Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia
9. Setiausaha Majlis Perbandaran/Daerah
10. Pegawai Pertahanan Awam Daerah
11. Wakil Jabatan Meteorologi Malaysia
12. Pegawai Penerangan Daerah
13. Pegawai Pelajaran Daerah
14. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya
15. Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran
16. Pegawai RELA Daerah
17. Wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri
82
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA DAERAH(JPBD)
Bil. Keahlian Ahli
18.
19. Pengurus Telekom Malaysia Daerah
20.
21. Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah/Wakil
22. Pengurus Syarikat Bekalan Elektrik Negeri
23.
24. Turut Hadir: Wakil Pengarah/Pengurus Jabatan/Syarikat Bekalan
25. Setiausaha: Air Negeri
Wakil Pengurus Jabatan Penerbangan Awam
Negeri/Daerah
Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri/Pejabat
Tourism Malaysia Negeri
Penghulu/Penggawa Mukim
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung
Setiausaha Keselamatan Daerah, Majlis
Keselamatan Negara (MKN) Daerah
83
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD
01 Melaksanakan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala
tuju dalam mengendalikan sesuatu bencana di peringkat daerah.
Mengutamakan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana
02 melalui semua agensi kerajaan di Peringkat Daerah secara
berkesan.
Melaksanakan dan memantapkan penyampaian Sistem Amaran
03 Awal Bencana secara berkesan kepada agensi kerajaan dan
orang awam.
Melaksanakan latihan pengurusan bencana yang bersepadu
04 antara agensi kerajaan dari semasa ke semasa bagi memenuhi
tahap kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi bencana.
Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan
05 Kesedaran Awam di Peringkat Daerah dalam usaha menjadikan
masyarakat lebih berdaya tahan dalam menghadapi bencana.
84
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD
Menubuhkan Kumpulan Kerja yang bertanggungjawab kepada
JPBD bagi melicinkan pengurusan bencana di tempat kejadian.
Kumpulan Kerja terlibat adalah seperti berikut:
● Kumpulan Kerja Kawalan Keselamatan diterajui oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM);
● Kumpulan Kerja Mencari dan Menyelamat diterajui oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
06 ● Kumpulan Kerja Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan
diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
● Kumpulan Kerja Kebajikan diterajui oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM);
● Kumpulan Kerja Sokongan Logistik diterajui oleh Jabatan
Kerja Raya (JKR);
● Kumpulan Kerja Pengurusan Media diterajui oleh Jabatan
Penerangan; dan
● Kumpulan Kerja Teknikal dan Pakar diterajui oleh agensi
pakar bagi sesuatu bencana yang berlaku.
07 Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian bagi tujuan taksiran
kerugian dan pemulihan yang diakibatkan oleh bencana.
08 Mengangkat cadangan bantuan ihsan atau bantuan pemulihan,
sekiranya perlu kepada Kerajaan Negeri.
09 Menentukan operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara
lancar dan berkesan.
85
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD
10 Mengenalpasti dan menubuhkan pusat-pusat pemindahan dan
pangkalan hadapan.
Memantapkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan
11 Keselamatan Kampung/Taman dalam melaksanakan
penyelarasan dan tindak balas awal terhadap kejadian bencana.
Merancang dan melaksanakan Program Pencegahan,
12 Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan di Peringkat
Daerah.
Mewujudkan dan mengemaskini profil kawasan berisiko bencana
13 di Peringkat Daerah tujuan perancangan pembangunan dan
tindak balas bencana.
Mewujudkan pangkalan data mengenai peralatan, kelengkapan
14 dan senarai kepakaran di Peringkat Daerah yang diperlukan
dalam pengurusan bencana.
86
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.4.6 BIDANG TUGAS JPBD
Menubuhkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) secepat
15 mungkin selepas sesuatu kejadian bencana dan mengaktifkannya
termasuk mewujudkan sistem perhubungan dengan Pos Kawalan
Tempat Kejadian (PKTK).
Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan Bencana seperti
menentukan bantuan logistik dan mengambil alih (requisition)
16 peralatan/jentera yang diperlukan secara sementara kepunyaan
Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan
badan-badan sukarela serta orang perseorangan semasa operasi
Tindak Balas Bencana.
Menentukan bantuan yang komprehensif seperti kebajikan,
17 makanan, tempat tinggal, kesihatan, perlindungan dan
keselamatan kepada mangsa dan anggota penyelamat.
Memastikan post-mortem dilakukan selepas sesuatu bencana
18 bagi tujuan memperakukan penambahbaikan terhadap sistem
pengurusan bencana yang dilaksanakan.
Menyediakan laporan mengenai pengendalian dan pengurusan
19 bencana yang berlaku meliputi aspek operasi mencari dan
menyelamat serta bantuan kecemasan dan pemulihan yang
diberikan kepada mangsa-mangsa.
87
5.5
PENGURUSAN PEROLEHAN
88
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.5.1 KATEGORI PEROLEHAN
Perolehan Kerajaan adalah proses memperoleh bekalan, perkhidmatan dan kerja dengan
membelanjakan wang awam mengikut tatacara yang ditetapkan dalam peraturan kewangan yang
berkuat kuasa.
Perolehan Kerajaan dibahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
Bil. Kategori Definisi
1. Kerja Perolehan kerja melibatkan kerja-kerja pembinaan seperti bangunan,
lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak kawasan, empangan
air dan kerja perparitan serta juga merangkumi kerja-kerja sivil,
mekanikal dan elektrikal.
2. Bekalan Perolehan bekalan merangkumi barangan atau peralatan yang
dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program, aktiviti atau projek
kerajaan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan
pejabat.
3. Perkhidmatan Perolehan perkhidmatan merupakan khidmat tenaga manusia atau
kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu kerja yang
boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu:
i. Perkhidmatan Perunding - meliputi perunding pembangunan
fizikal dan bukan fizikal.
ii. Perkhidmatan Bukan Perunding - meliputi perkhidmatan
seperti pengendalian kursus, penyenggaraan dan pembaikan,
pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan,
pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.
Sumber : 89
● Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia PK 1.1
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.5.2 OBJEKTIF PEROLEHAN
OBJEKTIF Memastikan perolehan
PEROLEHAN dilaksanakan dengan cekap.
Mematuhi undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan serta
mengikut amalan tadbir urus
yang baik
(Good Governance Practices).
Mematuhi prinsip-prinsip
perolehan dan sentiasa
memastikan perolehan yang
dilaksanakan menguntungkan
kerajaan.
Sumber : 90
● Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia PK 1.1
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN DAERAH
5.5.3 PUNCA KUASA PEROLEHAN
Punca kuasa untuk melaksanakan perolehan adalah berpunca daripada akta-akta atau peraturan
seperti yang berikut:
Akta Tatacara Kewangan 1957
(Disemak 1972)
Arahan Perbendaharaan :
AP 166- AP 300
BAB B - III (Tatacara Perolehan Bekalan,
Perkhidmatan dan Kerja)
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Surat-surat pekeliling Kerajaan Negeri yang
sedang berkuatkuasa
91