The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by misbahul munir, 2020-08-29 08:25:42

Sebuah_Novel_Remaja_Pasrah

Sebuah_Novel_Remaja_Pasrah

Malam Mengesot ke Penghujungnya

Tiba-tiba pula Puan Habibah melenting.
“Eh! Tengoklah bang, anak kita ni dah pandai
mengajar kita pula. Ini tidak lain daripada guru
agama tu yang menyuruhnya mengajar kita!”
herdiknya dengan wajah yang merah padam.
“Yati! Aku dah makan garam lebih daripada kau
tau! Tak usah nak ajar-ajar kami. Pergi baca
buku dalam bilik tu. Tak lama lagi kau nak ambil
periksa PMR. Pergi! Suara Puan Habibah begitu
keras. Geram, sambil mengetap bibir.
Haryati begitu kecewa. Akan tetapi, dengan
segera dia bangun lalu berjalan menunduk di
hadapan ibu dan ayahnya, menaiki tangga
menuju kamarnya.
Encik Firdaus mengekori Haryati dengan
matanya, kemudian menoleh ke arah isterinya.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Haryati membuka pintu kamarnya dan
menutup kembali pintu kamar itu perlahan-
lahan. Perasaan kesal menyimpuh hatinya.
Matanya menjamah meja tulisnya. Kemudian
mata itu menjalar pula ke arah peti televisyen.
Dia ingin menenangkan perasaannya.
Kakinya melangkah ke arah televisyen dan
menekan suisnya. Terdapat rancangan muzik
rancak. Seorang penyanyi wanita Inggeris
terkinja-kinja menyampaikan sebuah lagu rock.

46

Pasrah

Dia segera menutup suisnya. Rancangan itu
meracuni hatinya.
Lantas dia melabuhkan punggungnya di
kerusi. Di hadapannya terdapat buku-buku
pelajarannya. Ketika itu jua terngiang-ngiang di
telinganya kata-kata ibunya tadi: “Yati! Aku dah
makan garam lebih daripada kau tau! Tak usah
nak ajar-ajar kami. Pergi baca buku dalam bilik
tu. Tak lama lagi kau nak ambil periksa PMR!”
Dan suara itu terus beralun-alun di
telinganya:
“Tak lama lagi kau nak ambil periksa
PMR!...”
“Tak lama lagi kau nak ambil periksa
PMR!...”
“Tak lama lagi kau nak ambil periksa
PMR!...”
Lantas Haryati mencapai buku Pengajian
Agama Islam Tingkatan 3, membuka dan terus
membacanya.
Malam terus mengengsot ke penghujungnya.

47



Miskin dalam Kemewahan

HARYATI kini dicengkam derita. Sesiapa
sahaja tidak akan mempercayai bahawa
dia sedang menderita. Tinggal di sebuah rumah
yang begitu mewah, dia menderita? Apa yang
tidak ada di dalam rumahnya? Semua ada! Apa
yang dikehendaki semua dapat!
Keluarganya pula orang berada dan
ternama. Sebut saja Encik Firdaus, rata-rata
penduduk di situ mengenalinya. Begitu juga
dengan ibunya. Puan Habibah, isteri Encik
Firdaus, barang kemas sekerat lengan. Subang
berlian tersemat di telinga. Giat pula dalam
badan sosial. Siapa yang tidak kenal Puan
Habibah, terutama sekali golongan wanita yang
gilakan material?

49

Miskin dalam Kemewahan

Sayang sekali anaknya menderita:
menderita jiwa dan perasaannya!
Jika dulu dia agak bebas bergaul dan
bertandang ke rumah rakan-rakannya, kini,
semenjak mendapat amaran daripada ibunya,
apalagi ke surau bersama Natrah!
Akan tetapi ibunya senang pula
mengizinkan jika dia memberitahu untuk belajar
atau bersukan di sekolah. Begitu juga jika dia
ingin belajar di rumah rakan-rakannya. Ternyata
pula Puan Habibah begitu mementingkan
pelajaran dan ilmu pengetahuan dan pergaulan
anaknya itu.
Puan Habibah sedar tanpa ilmu dan
kelulusan, anaknya tidak akan ke mana. Kerana
itu dia rela berkorban apa saja demi memberi
pelajaran sebaik-baiknya kepada Haryati.
Sebaliknya Haryati pula sedar bahawa ilmu
tanpa keimanan tidak akan ke mana. Ilmu dan
keimanan mestilah seimbang, fikir Haryati. Di
samping mengaut seberapa banyak ilmu di dunia,
bekalan di akhirat mestilah juga direbut. Malah
sebaiknya diutamakan kerana di sanalah nanti
tempat yang kekal.
Kerana itulah dia rasa amat menderita dan
terseksa apabila emaknya mengongkong dirinya
daripada mempelajari agama. Dia merasai begitu

50

Pasrah

haus dan dahaga dalam sebuah rumah yang
dipenuhi pelbagai minuman itu. Jiwanya yang
dahaga dan hauskan keimanan. Akan tetapi,
emaknya menyekat aliran sungai keimanan untuk
diteguk sepuas-puasnya. Dia menjadi terseksa
dan menderita!
Petang itu Haryati bersiar-siar di halaman
rumahnya setelah membuat pelajaran di rumah
dan membaca buku-buku pelajaran.
Halaman itu dipenuhi pokok-pokok bunga
dan pokok-pokok perhiasan yang berdaun
rimbun. Seset meja besi yang berbunga indah
terletak di bawah sepohon kayu. Sepatutnya di
situlah dia bersama emak dan ayahnya berbual-
bual sambil menyedut udara petang. Akan tetapi
kerusi-kerusi dan meja itu cuma sebagai
perhiasan. Terbiar begitu saja.
Ibu dan ayahnya jarang sekali
menggunakan kerusi-kerusi dan meja itu. Mereka
lebih menggunakan kerusi dan meja dalam bilik
pejabat atau dalam bilik-bilik mesyuarat. Betapa
keusangan membungkus diri Haryati.
Sambil berjalan, dia memaut bunga-bunga
yang berkembang mekar dan menciumnya. Bunga-
bunga itu juga keusangan daripada belaian ibu
dan ayahnya. Akhirnya dia melangkah ke arah
sangkar burung kakak tua yang terdapat di tengah
halaman pokok-pokok bunga itu.

51

Miskin dalam Kemewahan

Haryati masih ingat lagi ibu dan ayahnya
membelikan burung kakak tua itu ketika
mereka melawat Zoo Negara kira-kira tiga tahun
yang lalu. Betapa riang hatinya ketika itu apabila
dapat bersiar-siar bersama mereka. Burung itu
dibeli oleh ayahnya di luar zoo apabila dia begitu
berminat untuk memilikinya.
Kini burung itu juga dalam keusangan dan
kesepian, terkurung dalam sangkarnya. Haryati
menghampiri sangkar burung kakak tua itu. Dia
melihat seekor burung yang indah dan jinak.
Tiba-tiba dia merasai burung itu adalah dirinya.
Lantas bergemalah monolog dalam jiwanya,
“Kakak tua! Kau juga seperti aku. Makanan
mewah. Tinggal dalam sangkar yang cantik.
Aku juga mewah dan tinggal dalam rumah
yang cantik. Tetapi hidup kita sama-sama
terkurung.”
Haryati menunduk. Terharu.
Angin petang bertiup mesra. Daun-daun
dan ranting kayu melambai-lambai. Beberapa
ekor burung murai terbang bebas dari sepohon
ke sepohon. Berdetak pula monolog dalam diri
Haryati. “Burung-burung! Kau bebas terbang
ke sana ke mari. Tapi aku ...” sekali lagi dia
menunduk, terharu.

52

Pasrah

Kemudian dia melangkah lagi. Dia
menyusur di sepanjang halaman rumahnya
sehingga sampai ke pintu pagar. Dia melihat
pintu pagar itu berkunci. Ibu kuncinya sebesar
lengan. Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Haryati terus menyusur mengikuti pagar
rumahnya sehingga sampai pula di sempadan
rumah jirannya. Di rumah jirannya itu, dia
melihat dua orang anak, seorang lelaki dan
seorang perempuan sedang bermain badminton
dengan ibu bapa mereka.
Betapa terhiris hatinya bila melihat
kemesraan anak-anak tersebut. Mereka bermain
penuh keriangan. Kadang-kadang mereka
ketawa keseronokan apabila anak-anak itu
memukul tepat, sedangkan ibu bapa tidak dapat
membalasnya.
Sekali lagi dia tunduk keharuan.
Tiba-tiba anak perempuan keluarga
tersebut melihat Haryati. Anak itu segera
memanggilnya, “Eh! Yati, marilah kita main
sama-sama!”
“Ya! Marilah Yati!” seru ibunya pula.
Haryati tersenyum sambil menggeleng-
gelengkan kepalanya. Dia melangkah perlahan-
lahan dari situ, masuk ke dalam rumahnya.

53

Miskin dalam Kemewahan

Tidak jauh dari situ kelihatan Salbiah
sedang tekun menyiram pokok-pokok bunga.
Salbiah juga begitu simpati dan terharu melihat
Haryati terbelenggu hidupnya. Dia menarik
nafas panjang, penuh kesalan. Lantas dia
menyambungkan tugas yang diamanahkan
kepadanya, sebagai orang gaji di rumah mewah
yang miskin dengan kemesraan.

54

Membendung Hasrat

L OCENG waktu rehat Sekolah Menengah
Seri Sentosa dibunyikan untuk pelajar-
pelajar tingkatan tiga dan lima. Waktu rehat
sekolah itu dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian kedua untuk tingkatan satu, dua dan
empat. Pembahagian begitu dilakukan untuk
mengelakkan daripada kesesakan membeli
makanan di kantin.
Haryati dengan Natrah bersama-sama
pelajar-pelajar yang lain keluar untuk rehat
bahagian pertama pada pukul 10.20 pagi. Mereka
berdua makan pada sebuah meja di kantin
tersebut. Dua pinggan bihun dan dua biji gelas

55

Membendung Hasrat

mengandungi air sirap terletak di hadapan mereka.
Mereka makan dengan penuh sopan sambil
berbual-bual.
“Kau cuma sekali mendengar ceramah di
surau tu. Kenapa Yati? Tak menarik, ke?” tanya
Natrah setelah menyedut seteguk air sirap utuk
menghilangkan rasa dahaga.
“Bukan tak menarik, Natrah. Tapi ibu aku
melarang,” jelas Haryati secara jujur.
“Dengar ceramah pun tak boleh?” Natrah
ingin menduga.
“Dia takut aku abaikan pelajaran sekolah.”
“Barangkali dia takut kau jadi mangsa
guru agama macam dalam drama Guru Yahya,
tu? Guru itu memperdaya ramai orang
perempuan!” Natrah menyindir sambil tersenyum.
“Tak semua guru agama macam tu, Natrah.
Sebaliknya guru agama itulah yang membimbing
masyarakat kita.”
“Mereka menerapkan nilai-nilai murni
dan keimanan kepada orang ramai,” Haryati
membidas sindiran Natrah tadi.
“Hm! Memang benar banyak faedahnya
belajar agama tu,” tegas Natrah sambil
mengangguk-angguk.
“Aku sedar belajar agama di sekolah saja tak
cukup. Lagipun aku nak belajar baca Al-

56

Pasrah

Quran dengan betul. Sebab itulah aku nak pergi
ke surau,” tegas Haryati.
“Macam mana dengan ibu kau?” tanya
Natrah ragu-ragu.
“Aku rasa taklah berdosa kalau kita
melanggar larangan ibu kita tu untuk tujuan
yang baik, Natrah!” kata Haryati menanam
keyakinan.
“Hm! Aku tak taulah. Tapi macam mana
kau nak keluar dari rumah?”
“Aku ada satu rancangan.”
“Rancangan? Rancangan apa tu?”
Haryati membisikkan sesuatu ke telinga
Natrah. Natrah tersenyum dan mengangguk-
angguk. Ketika itu, loceng berbunyi menandakan
berakhirnya waktu rehat. Haryati dan Natrah
berjalan bersama menuju ke kelas.

* * *

PETANG itu, selepas menyiapkan homework
di rumah dan mengulangkaji pelajaran sejarah,
Haryati menunaikan sembahyang fardu Asar.
Dalam sujud terakhir dia mendoakan sesuatu.
Guru agamanya pernah menyatakan bahawa doa
yang paling diredhai Allah adalah ketika sujud
terakhir, kerana masa itulah kita merendahkan
diri kepada Allah.

57

Membendung Hasrat

Doanya tidak lain dan tidak bukan memohon
restu kepada Allah supaya memberkati hasrat
sucinya untuk menghayati pelajaran agama dan
belajar membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebaik-
baiknya.
Sesudah sembahyang, dia memakai
pakaian sepertimana yang dibisikkan kepada
Natrah di kantin sekolahnya. Dia menanam
tekad, melangkah keluar dari pintu kamarnya
dan menutup pintunya dengan perlahan-lahan.
Melangkahlah dia satu-satu sambil membawa
beg menuruni tangga dengan penuh hati-hati.
Ketika itulah ... ketika dia menjejak kaki di
ruang tamu, tiba-tiba muncul ibunya dari arah
kamarnya, “Hei Yati! Kau hendak ke mana tu?”
tanya Puan Habibah, bernada keras.
Haryati agak terperanjat. Dia tercegat di situ,
sambil mengurut dadanya. “Kami ada group
perbincangan petang ini, mama. Nak bincang
pelajaran Sains dan Matematik,” jelasnya secara
bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Puan Habibah melangkah mendekati Haryati.
Dia memerhati tubuh anaknya itu dari atas ke
bawah. Haryati memakai seluar, baju kemeja
lengan panjang.

58

Pasrah

“Kalau kau nak belajar tu, belajar
bersungguh-sungguh. Jangan buat kerja lain
pula!” kata Puan Habibah sambil memandang
tepat-tepat wajah Haryati. “Anak gadis macam
kau ni, macam-macam boleh berlaku sekarang
ini tau!” dia memberi amaran.
Haryati berusaha menenangkan
perasaannya. “Ala mama ni tak percaya kat Yati
pula. Yati nak pergi belajar la,” katanya dengan
penuh manja. “Yati pergi dulu ya, mama?” dia
meminta izin
“Hm! Pergilah, tapi jangan balik lewat tau!”
pesan Puan Habibah.
Haryati tersenyum dan mengangguk-angguk.
Dia segera menuju ke pintu, memakai kasut
lantas berjalan keluar dari rumahnya.
Puan Habibah menuju ke muka pintu.
Matanya mengekori anaknya sehingga hilang di
sebalik selekoh. Ibu mana tidak bimbang
melepaskan gadis manis keluar dari rumah
seorang diri? Tanya Puan Habibah dalam
hatinya.
Matahari petang sedang berarak
cahayanya di dada langit.

59



Menunaikan Kewajipan

S EPERTI petang-petang yang lain, matahari
lembut menyebarkan cahayanya di sekitar
rumah-rumah di Taman Anggerik Desa. Udara
kampung bertiup segar membelai pohon buah-
buahan yang subur dan menghijau. Burung-
burung berkicauan riang di dahan-dahan kayu.
Ah! Begitu damai suasana desa Kelapa
Condong ketika petang itu. Desa itu dinamakan
Kelapa Condong kerana begitu banyak pokok-
pokok kelapa yang condong di sekitar kampung
tersebut. Di situ tanah berpasir dan agak
lembut menyebabkan pokok-pokok kelapa
tumbuh mencondong.

61

Menunaikan Kewajipan

Di desa itulah letaknya rumah Natrah.
Rumah itu sebuah rumah kayu, bahagian
bawahnya berdindingkan simen. Di hadapannya
terdapat sebuah pintu masuk dan pada dindingnya
terdapat beberapa jurai cermin jendela.
Haryati menuju ke rumah tersebut. Jarak
rumahnya dengan rumah Natrah cuma kira-kira
satu kilometer, di luar perumahan Taman
Anggerik Desa. Cuaca pada petang itu lembut,
tidak pula terasa panas mahupun meletihkan.
Dia berjalan masuk ke halaman rumah Natrah.
Ketika dia hendak membuka mulut untuk
memanggil Natrah, tiba-tiba dia terdengar suara
ayah Natrah mengucap “Allahhuakbar!”. Dia
terhenti di situ. Menerusi celah cermin jendela,
dia dapat melihat ayah, ibu, Natrah dan dua
orang adiknya sedang sembahyang jemaah Asar,
berimamkan ayahnya.
Sebentar kemudian dia mendengar suara
ayah Natrah memberi salam, mengakhiri
sembahyang Asar mereka. Dia melihat beberapa
orang di antara mereka bangun dari tempat
sembahyang. Ketika itulah dia memberi salam.
“Assalamualaikum!” serunya sambil menjengok
ke dalam.
“Waalaikumussalam!” terdengar suara
Natrah menjawab salamnya di dalam rumah.

62

Pasrah

Kemudian muncul Natrah di muka pintu. “Eh!
Yati, jemputlah masuk,” pelawanya dengan riang.
Haryati menanggalkan kasutnya di muka
pintu dan melangkah masuk. Dia bersalaman
dengan ibu Natrah, Mak Jahara.
“Apa khabar, makcik?” sapanya.
“Khabar baik, nak. Yati nak belajar agama di
surau tu?” tanya Mak Jahara, tersenyum.
“Ya makcik. Saya nak belajar baca
Al-Quran. Sebelum itu saya nak bincang
pelajaran sekolah dengan Natrah,” jelas Haryati.
Mak Jahara mengangguk-angguk, “Makcik
nak ke dapur. Belajarlah dengan Natrah tu, ya
nak.”
“Baiklah makcik,” ujar Haryati.
Natrah keluar membawa buku-buku
pelajarannya ke ruang tamu. “Pelajaran apa
yang cikgu suruh kita buat di rumah tadi, Yati?”
tanya Natrah sambil memilih buku-bukunya.
Mereka sama-sama duduk di kerusi rotan
berhampiran dinding. Di situ terdapat seset
kerusi rotan untuk tetamu.
“Kau dah lupa?” tanya Haryati kembali,
menduga.
“Ada dua tiga pelajaran yang cikgu suruh.
Tak tau mana satu yang kita nak buat dulu,” jelas
Natrah.

63

Menunaikan Kewajipan

“Kita buat Matematik. Pelajaran tu penting.
Kalau tak lulus, hm! Tak bernilailah sijil PMR
kita nanti! Tegas Natrah.
“Kita belajar bukan untuk mendapat sijil
saja, kan?” tanya Natrah kembali.
“Yalah! Kita belajar untuk sempurnakan
hidup kita. Pelajaran Matematik tu berguna
untuk mengira barang-barang keperluan hidup
kita nanti,” jelas Haryati.
Natrahtersenyumdanmengangguk-angguk.
Dia telah membuka buku teks Matematik
dan menemui latihan yang telah ditetapkan oleh
guru mereka untuk dibuat di rumah.
Mereka berdua begitu tekun membuat latihan
yang telah ditetapkan oleh guru mereka untuk
dibuat di rumah.
Mereka berdua begitu tekun membuat latihan
tersebut. Apabila terdapat sesuatu kesulitan,
mereka akan berbincang bersama-sama sehingga
mendapat jawapannya.
Kemudian mereka menyiapkan latihan mata
pelajaran Sains dan Geografi. Demikian juga, di
mana-mana yang mereka kurang fahami, mereka
berbincang.
Ketika mereka tengah sibuk belajar itu,
Mak Jahara membawa sedulang minuman dan
sepinggan pisang goreng untuk mereka.

64

Pasrah

“Eh! Makcik ni bersusah-susah pula,”
Haryati berbahasa.
“Hm! Susah apalah nak. Pisang itu pun
bukan kami beli. Dah banyak yang berbuah di
kebun kami tu. Minumlah ya,” pelawa Mak
Jahara pula.
“Terima kasih, makcik,” ujar Haryati.
Sambil minum dan makan pisang goreng
itu, mereka terus membuat latihan pelajaran-
pelajaran tersebut. Sehingga selesai mereka
mempelajari dan membuat pelajaran sekolah itu
barulah rancangan kedua yang telah mereka
persetujui di sekolah tadi mereka lakukan.
“Pakaian tu kau bawa?” tanya Natrah,
memastikan rancangan mereka sambil
mengemaskan buku-buku pelajarannya.
Haryati mengangguk.
“Kalau begitu mari masuk ke bilik aku untuk
menyalin pakaian tu,” ajak Natrah.
Haryati menuruti Natrah masuk ke dalam
bilik itu. Haryati menyalin pakaian yang dibawa
dari rumah. Itulah sebenarnya rancangan
mereka. Setelah itu mereka keluar dari bilik
Natrah. Haryati memakai baju kurung dan skaf
menutupi kepalanya. Begitu juga Natrah.
Dalam ruang tamu, Pak Harun, ayah Natrah
sedang membaca majalah agama Utusan Kiblat

65

Menunaikan Kewajipan

bertulisan jawi. Dia duduk pada sebuah kerusi
setelah minum petang di dapur sebentar tadi.
“Kami pergi dulu, pakcik,” kata Haryati
kepada Pak Harun.
Pak Harun mendongak memandang wajah
Haryati. Dia agak kagum melihat anak gadis
itu memakai baju kurung dan berskaf. Dia
tersenyum dan mengangguk-angguk.
“Belajar baik-baik ya, nak. Pelajaran agama
itulah menjamin hidup kita di dunia dan akhirat,”
pesan Pak Harun begitu ikhlas.
“Terima kasih pakcik,” ujarnya sambil
menganggukkan kepalanya.
“Kami pergi ya ayah,” Natrah meminta izin.
“Hm! Pergilah. Lepas belajar di surau tu
terus pulang ke rumah,” pesan Pak Harun.
“Ya ayah,” Natrah membuat pengakuan.
“Assalamualaikum!” ucap Natrah pula
kepada Pak Harun.
“Waalaikummusalam!” jawab Pak Harun,
tersenyum dan mengangguk-angguk.
Haryati dan Natrah melangkah keluar.
Mereka terus berjalan melalui sebatang jalan
menuju ke surau.
“Aku sungguh sedih melihat sikap ibu
dan ayahku, Natrah,” Haryati meluahkan
perasaannya ketika mereka berjalan.

66

Pasrah

“Kenapa Yati?” tanya Natrah ingin tahu.
“Setahu aku, mereka sayangkan kau. Kau
hidup mewah. Apa saja yang kau hendak semua
dapat,” sambung Natrah, membuat telahan.
“Kau lihat di luar saja aku hidup mewah.
Tapi sebenarnya aku miskin.”
“Kau miskin? Eh! Pelik tu!”
“Aku miskin dengan kasih sayang. Ayah
dan emak aku miskin dengan keimanan. Kaulah
yang kaya, Natrah!”
“Aku kaya kata kau?” tanya Natrah agak
terperanjat.
“Ya! Kau kaya!” tegas Haryati. “Kasih
sayang ibu bapa kau dapat. Kau selalu bermesra
dengan ayah, emak dan adik-adik kau tu. Kau
sembahyang bersama-sama, makan bersama-
sama. Bila aku masuk ke rumah kau, aku terasa
sejuk. Allah memberkati seluruh keluarga kau.”
Natrah mengangguk-angguk. “Setiap
keluarga cara hidupnya lain, bergantung pada
ibu bapa masing-masing. Bersabarlah Yati. Kan
sabar itu sebahagian daripada iman?” pujuk
Natrah.
Haryati termenung memikirkan kata-kata
Natrah tadi. Boleh jadi benar juga pendapat
Natrah tu, kata hati kecilnya. Dan dia mengangguk-
angguk.

67

Menunaikan Kewajipan

Mereka telah sampai ke surau.
Pelajaran agama di surau itu terdapat dua
sesi. Sesi pertama kanak-kanak belajar membaca
dan memahami isi kandungan Al-Quran. Sesi
kedua pelajaran agama untuk kaum perempuan
di sekitar kampung tersebut.
Haryati dan Natrah melangkah masuk ke
dalam. Sepuluh orang kanak-kanak sedang
bersiap-siap membaca Al-Quran. Ustazah Hamidah
duduk di hadapan mereka. Dia tersenyum
apabila melihat Haryati dan Natrah masuk.
“Ustazah,Yati datang untuk belajar membaca
Al-Quran,” beritahu Natrah pada Ustazah
Hamidah setelah mereka duduk bersimpuh di
hadapannya.
“EloklahYati,” ujar Ustazah Hamidah dengan
lembut dan mesra. “Di sekolah tu saya nampak
Yati bersungguh-sungguh memberi perhatian
ketika saya mengajar. Belajarlah Yati, terutama
Al-Quran tu kerana di dalamnya terkandung
mukjizat yang tidak ternilai harganya.”
“Benar ustazah. Saya sungguh tertarik
mengikuti pengajaran ustazah di sekolah
terutama tentang kewajipan ibu bapa terhadap
anak-anaknya. Saya juga ingin belajar membaca
dan mempelajari kandungan Al-Quran tu,”
tegas Haryati pula.

68

Pasrah

“Kalau begitu bukalah Al-Quran tu. Cuba
baca surah pertama ‘Alif lam mim’, kata Ustazah
Hamidah. Dia telah bersedia mengajar Haryati,
Natrah dan kanak-kanak yang lain membaca
surah masing-masing.
Belajarlah Haryati dengan begitu tekun
membaca dan menghayati isi Al-Quran. Betapa
murni dan damai hatinya ketika melafazkan kata-
kata hikmat daripada Allah yang benar-benar
suci dan abadi.
Sesekali Ustazah Hamidah menegur pada
bacaan atau sebutannya yang salah. Haryati
terus membaca dan membaiki sebutannya. Dan
dia terus berazam untuk mendekatkan dirinya
kepada Allah.
Suara kanak-kanak membaca Al-Quran
kedengaran begitu murni di sekitar surau itu.

69



Kepentingan Hidup Di Dunia dan
Akhirat

S ELESAI belajar membaca Al-Quran petang
itu Haryati terus berjalan pulang ke rumahnya.
Dia berjalan melalui sebuah lorong di
pinggir kawasan perumahan Taman Aggerik
Desa. Lorong itu begitu tenang dan damai. Di
kiri kanannya terdapat pokok-pokok kelapa,
rambutan, mempelam dan ciku subur menghijau.
Udara yang segar daripada pepohon hijau
itu menjamah tubuhnya.
Cita-cita dan pengharapannya kini mulai
tercapai. Hasratnya untuk belajar membaca
Al-Quran dan menghayati kandungannya telah

71

Kepentingan Hidup Di Dunia dan Akhirat

berjaya dilakukannya meskipun secara sembunyi-
sembunyi. Apakah dia berdosa menghayati
pelajaran agama secara berselindung itu?
Oh Tuhanku! Ampunilah aku sekiranya
maksud hamba-Mu ini tidak Kau redhai. Begitu
permohonan Haryati ketika menuju ke rumahnya.
Dan dia terus melangkah sambil membimbit beg
menuju ke rumahnya.
Ketika dia menjejak kaki dalam kawasan
perumahan itu, tiba-tiba hatinya berdebar-debar.
Dia khuatir kalau-kalau ibunya mengetahui
tujuan sebenarnya dia keluar petang itu. Apakah
yang akan berlaku terhadapnya? Kebimbangan
mencengkam hatinya.
Oh! Tuhanku lindungilah hamba-Mu yang
ingin menghayati agama-Mu yang mulia dan
maha agung ini. Sekali lagi dia berdoa dan
memohon restu. Dia sedar, sebagai seorang
anak gadis yang lemah seperti dirinya, tidak ada
tempat yang lain selain daripada Allah untuknya
memohon perlindungan. Memang sebenarnya
pada Allahlah kita wajib meminta pertolongan,
tegas hatinya.
Akhirnya dia memasuki perkarangan
rumahnya. Perasaannya kian berdebar-debar.
Namun dia cuba tabah dan cekal menghadapi
sebarang kemungkinan kerana sebenarnya dia

72

Pasrah

bertujuan baik, bukan melakukan sesuatu kesalahan.
Kenapa pula kita mesti takut pada kebenaran?
Begitulah keyakinan yang cuba disemaikan
dalam sanubarinya.
Dia menanggalkan kasut secara berhati-hati
di muka pintu. Dengan lafaz ‘Bismillah’ dia
melangkah masuk.
“Baru pulang Yati?” tiba-tiba muncul
pertanyaan itu dalam ruang tamu.
Haryati tersentak. Dia amat terperanjat.
Akan tetapi bila dilihat suara itu bukan datang
daripada ibunya, perasaannya kembali tenang.
Haryati mengurut-ngurut dadanya.
Suara itu dari Salbiah yang baru muncul di
ruang tamu.
“Mama dan papa belum pulang lagi, kak?”
tanya Haryati kelegaan.
Salbiah mengangguk-angguk dan
tersenyum.
“Terperanjat Yati tadi. Yati ingatkan mama,”
jelasnya mengorak senyum.
“Adik Yati pergi ke surau tu?” tanya Salbiah
menduga.
“Ya kak! Mula-mula belajar di rumah Natrah,
lepas tu barulah kami ke surau,” jelasnya, minta
simpati.

73

Kepentingan Hidup Di Dunia dan Akhirat

“Baguslah dik. Belajarlah sungguh-
sungguh ilmu dunia dan akhirat tu, barulah
sempurna hidup kita,” Salbiah menyokong dan
menunjukkan simpati.
“Macam kakak, tak pernah tinggal
sembahyang, kan?” tegas Haryati.
Salbiah mengangguk-angguk. “Ya dik. Kita
mesti sembahyang kerana sembahyanglah tiang
agama kita.”
“Yati kesallah kak. Emak dan ayah tak
kenal tikar sembahyang pun,” Haryati
menyampaikan perasaan kesalnya.
“Kita tak boleh tuduh begitu, dik. Mana
tau kalau mereka sembahyang dalam bilik tu,”
Salbiah cuba menasihati adik angkatnya. “Eh!
Cepatlah adik naik. Kejap lagi baliklah emak
dan ayah adik tu,” gesanya.
“Baiklah, kak!” ujar Haryati, lantas
menaiki tangga, menuju ke kamarnya.

* * *

DAN hari-hari berikutnya Haryati terus
berkunjung ke rumah Natrah. Selepas berbincang
pelajaran sekolah, lantas mereka ke surau. Haryati
menyambung bacaan Al-Quran di samping
mempelajari maksud ayat-ayat suci itu. Ternyata

74

Pasrah

kini Haryati begitu mudah membaca dan
menghayatinya.
Ustazah Hamidah amat bangga kerana
muridnya memberi perhatian yang seimbang
terhadap pelajaran di sekolah dan pengetahuan
agama. Dia percaya Haryati akan menjadi
seorang murid yang baik dan berjaya dalam
pelajaran dan hidupnya.
Demikian juga Natrah. Selain mendapat
bimbingan pelajaran agama di surau itu, dia
mendapat bimbingan pula di rumahnya.
Keluarganya begitu memberi perhatian terhadap
pelajarannya di sekolah dan pengamalan ibadat
di rumahnya.
Kini, dua orang rakan sekelas dan
sehaluan itu menjadi harapan guru-guru di
Sekolah Menengah Seri Sentosa. Ramai di
antara guru-guru mereka mengharapkan keduanya
menjadi murid terbaik dalam keputusan
peperiksaan PMR nanti. Mereka bukan saja
dapat mengharumkan nama sekolah itu tetapi
hidup mereka juga akan sempurna dan terjamin.
Pelajar-pelajar di sekolah itu juga
diwajibkan menyertai dua bidang kokurikulum.
Pertama, dalam pasukan beruniform. Kedua
dalam mana-mana badan akademik. Haryati dan
Natrah sama-sama memilih Puteri Islam sebagai

75

Kepentingan Hidup Di Dunia dan Akhirat

badan beruniform dan Persatuan Agama Islam
sebagai badan akademik.
Oleh sebab itu, di mana sahaja mereka
berada, mereka akan kelihatan bersama-sama,
mengikuti latihan kokurikulum bersama dan
belajar pelajaran agama di surau juga bersama-
sama. Ternyata kini persahabatan keduanya
seperti aur dengan tebing atau lebih tegas lagi
seperti isi dengan kuku.
Demikianlah perhubungan kedua-dua orang
gadis yang menyedari kepentingan hidup di
dunia dan akhirat.

76

Akhirnya Terguling Juga

B EBERAPA minggu menjelang... Petang itu
Puan Habibah pulang ke rumahnya dengan
perasaan yang amat jengkel. Mukanya merah
padam. Dia menutup pintu kereta Proton Saga
berwarna biru air laut itu sekuat hati. Berdegum
bunyinya.
Salbiah segera meluru ke arah pintu untuk
menyambut kepulangannya. Dia bersedia untuk
membawa barang-barang yang dibawa pulang
oleh Puan Habibah. Akan tetapi tidak ada
barang-barang itu apabila dijenguk dalam kereta
tersebut.
“Kau dah masak, Salbiah?” tanya Puan
Habibah dengan suara yang agak keras.

77

Akhirnya Terguling Juga

“Saya dah masak, mak encik,” jawabnya
agak gusar dan khuatir. Dia melihat riak Puan
Habibah kurang baik petang itu.
“Masakkan air. Petang ini, aku nak mandi
air panas,” begitu perintah Puan Habibah sambil
melangkah masuk ke ruang tamu. Mukanya
bagaikan udang dibakar.
“Baik, mak encik,” kata Salbiah dengan
penuh sopan dan hormat.
“Pergilah! Buat apa terhegeh-hegeh di
sini!” Puan Habibah mengherdik bila dilihatnya
Salbiah masih tercegat di situ.
Salbiah menunggu di situ kiranya Puan
Habibah ingin menyuruh hal-hal lain yang akan
dikerjakannya. Bila diherdik begitu, dia segera
menuju ke ruang dapur.
Puan Habibah menghempaskan punggung ke
kerusi empuk. Berdebam bunyinya. Mulutnya
digetap, menahan perasaan marah. Menarik nafas
panjang-panjang. Ternyata dia amat marah dan
penuh kecewa.
“Haryati di mana, Salbiah?” teriaknya
melepas geram.
Suaranya jelas kedengaran di dapur. Salbiah
segera bergegas ke ruang tamu, “Adik Yati
belum pulang lagi, mak encik.”

78

Pasrah

“Yalah! Dia ke mana?” herdik Puan Habibah
pula.
“Di ... dia ke rumah kawannya, mak
encik,” jawab Salbiah agak terketar-ketar.
“Kawannya tu siapa? Di mana ha?”
“Sa ... saya tak tau, mak encik.”
“Kau tak tau ke, pura-pura tak tau ha?”
marah Puan Habibah semakin menyinga.
“Saya benar-benar tak tau, mak encik.”
“Apa yang kau tau ha?” bentak Puan
Habibah. Mukanya diangkat ke arah Salbiah.
Menjuih mulutnya. “Sudah! Pergi ke dapur tu.
Lekas masakkan air!” herdiknya.
Sekali lagi Salbiah melangkah ke dapur.
Di fikirannya berligar seribu tanda tanya. Dia
percaya Puan Habibah mengalami sesuatu
masalah yang agak berat kerana itulah dia yang
tidak bersalah menerima sasarannya pula.
Perkara begitu memang pernah dialaminya.
Sebagai orang gaji dia mestilah bersabar,
fikirnya.
Tindakan yang bijaksana adalah
mendiamkan diri dan menuruti saja apa
kehendak mak enciknya itu. Dia tahu bahawa
dia tidak bersalah. Apabila sejuk dan hilang
kemarahannya, Puan Habibah akan kembali baik
kepadanya. Buat apa dia berkecil hati. Kesabaran

79

Akhirnya Terguling Juga

itu tanda orang yang beriman, begitu keyakinan
Salbiah.
“Salbiah! Dah pukul berapa sekarang ha?”
menjerit pula Puan Salbiah di ruang tamu.
Sekali lagi Salbiah berkejar ke ruang tamu.
Dia melihat jam di dinding. Jam itu terletak
di belakang Puan Habibah. “Pukul lima, mak
encik,” jelasnya sambil menunggu apa pula
sasaran yang akan diterimanya.
“Dah pukul lima. Pak encik kau tu tak
pulang-pulang lagi ha!” begitu bentak Puan
Habibah pula.
Sebagai seorang yang begitu patuh dan
taat, Salbiah segera pula menuju ke dapur. Oh!
Tuhan, lindungilah hamba-Mu yang daif ini,
doanya di dalam hati. Saat-saat begitu hendaklah
kita mengingati Allah, fikirnya.
Puan Habibah memang tidak sangka perkara
itu boleh berlaku. Memang tidak diduganya.
Siapa juga akan marah dan kecewa jika sesuatu di
dalam genggaman tiba-tiba dirampas orang. Siapa
yang tidak kesal dan kecewa ha? Bentaknya di
dalam hati. Dia menumbuk-numbuk kerusi
empuk itu berulang-ulang kali, melepas geram.
Di layar fikirannya masih tergambar lagi
peristiwa yang tidak diduga itu berlaku. Berlaku

80

Pasrah

dengan tiba-tiba ...

* * *

DEWAN MESYUARAT dalam bangunan
Persatuan Perempuan di bandar K itu, dipenuhi
ahli-ahlinya seramai lebih lima ratus orang. Hari
itu diadakan mesyuarat agung tahunan. Beberapa
orang ternama termasuk Menteri Besar, dijemput
hadir dalam mesyuarat itu.
Sebentar tadi Menteri Besar telah berucap
panjang sebelum merasmikan mesyuarat
tersebut. Beliau menyatakan perasaan bangga
dan berterima kasih kepada Persatuan Perempuan
di kota K kerana begitu aktif menjalankan
aktivitinya.
“Saya mendapat tahu puan-puan telah
menjalankan pelbagai kegiatan untuk kepentingan
ahli-ahli seperti mengadakan kelas jahitan,
menggubah bunga, kelas aerobik dan kelas
masak-memasak. Kegiatan-kegiatan tersebut
tentulah sedikit sebanyak dapat menambah
pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli persatuan
ini,” begitulah ucapan Menteri Besar.
“Sungguhpun begitu, pada pendapat saya,
Persatuan ini sepatutnya dapat menjalankan

81

Akhirnya Terguling Juga

kegiatan yang lebih bermanfaat dan lebih
berfaedah kepada masyarakat dan negara,”
sambung Menteri Besar yang berbadan tegap,
memakai baju Melayu dan bersongkok.
“Kegiatan meningkatkan pelajaran kepada
ahli-ahli dan anak-anak ahli misalnya patut juga
dijalankan. Kegiatan ini akan menaik taraf lagi
kehidupan rakyat khususnya di kalangan puan-
puan.”
“Bangsa kita juga amat kurang
menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Saya percaya pihak puan-puan dapat merancang
menubuhkan sebuah koperasi atau apa-apa
badan perniagaan supaya dapat membimbing
ahli-ahli dalam lapangan ini, di samping dapat
pula menambahkan kewangan persatuan dan
kewangan ahli-ahli.”
“Dalam zaman moden dan serba
membangun ini kita tidak mahu golongan wanita
semata-mata mementingkan keindahan, kecantikan
dan kemegahan diri. Negara berkehendakkan
bangsa kita merebut segala peluang untuk
meningkatkan taraf hidup seperti wanita-wanita
di negara Barat, Jepun dan Korea.”
“Mereka begitu memberi perhatian
kepada pembangunan bangsa dan negaranya

82

Pasrah

selain daripada pembangunan itu sendiri!”
demikian antara lain saranan Menteri Besar
dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu.
Sesungguhnya saranan itulah salah satu
faktor sehingga tergulingnya jawatan Ketua
Persatuan Perempuan bandar K dalam mesyuarat
agung tersebut.
Sebelum ini memang para jawatankuasa
berkali-kali bersuara agar Persatuan itu
menjalankan aktiviti yang lebih memberi manfaat
dan faedah kepada ahli, masyarakat dan negara.
Akan tetapi setiap suara dan saranan itu ditentang
atau diabaikan oleh Ketua Persatuan tersebut.
Ketuanya begitu memberi perhatian dan
ghairah sekali mengadakan kelas-kelas dan
pameran-pameran gubahan bunga, jahitan dan
masak-memasak. Kegiatan-kegiatan itu memang
menjadi minat dan kesukaannya. Sesuai sebagai
isteri seorang jutawan yang ingin kepada
kecantikan dan keagungan.
Hari itu ketua tersebut telah digulingkan
meskipun sebelumnya dia begitu berusaha untuk
mengekalkan kedudukannya. Pelbagai cara
diusahakannya, sehingga ada di antara ahli-ahli
itu yang disuapkan dengan wang!
Akan tetapi akhirnya dia terguling juga.

83

Akhirnya Terguling Juga

Dan ketua itu tidak lain dan tidak bukan
adalah Puan Habibah!
Betapa kekecewaan dan kemarahan membelit
dan meramas-ramas hatinya.

84

Terlantar Jua Di Persimpangan

K ETIKA jam di dinding berdenting sekali,
menunjukkan pukul lima setengah petang,
terdengar bunyi enjin kereta berhenti di bawah
anjung rumah batu dua tingkat itu. Kereta itu
berhenti di sebelah kereta Proton Saga. Kereta
itu lebih besar dan indah. Kereta volvo berwarna
putih.
Keluar Encik Firdaus sambil membimbit
beg kulit berwarna hitam. Dia menutup pintu
kereta itu dengan agak kasar. Setelah
menanggalkan sepatunya, dia melangkah masuk
sambil melonggarkan tali lehernya.

85

Terlantar Jua Di Persimpangan

“Abang memang tak bertimbang rasa
langsung. Minta tolong pun tak boleh diharap!”
begitu ledakan kata-kata meletup daripada mulut
Puan Habibah. Dia masih terbenam di kerusi.
Wajahnya bengis seperti harimau lapar.
Ketika itu Encik Firdaus hendak
menegurnya, tiba-tiba kata-kata itu pula
diterimanya. Dia menjadi panik dan tercegat-
cegat di hadapan Puan Habibah.
“Apa yang kau cakap ni, Bibah? Menuduh
aku tak tentu fasal ha?” herdik Encik Firdaus.
“Bukankah saya minta tolong daripada abang
dulu. Sekarang, beginilah jadinya!” bentak
Puan Habibah, meluahkan perasaan kesalnya.
“Habibah! Aku baru balik dari mesyuarat
juga. Penat kau tau? Bukan nak layan dengan
baik. Menuduh yang bukan-bukan pula!”
“Abang tau tak, apa yang dah jadi pada saya
ha?”
“Eh! Manalah aku tau!” bentak Encik
Firdaus sambil menghempaskan punggungnya
ke kerusi. “Apa yang dah berlaku pada kau ha?”
dia menjegil ke arah Puan Habibah. Mendesak.
Ingin tau.
“Saya tidak terpilih lagi menjadi ketua
Persatuan Perempuan tu. Hm! ... hm! ... hm!”
dan dia menangis tersedu-sedu. Mukanya
disembam ke kerusi.

86

Pasrah

“Eh! Macam mana awak boleh tidak dipilih
tu ha?” Encik Firdaus agak terperanjat. Dia
begitu bersimpati terhadap isterinya. Begitu
banyak masa dan tenaga telah dikorbankan oleh
isterinya untuk persatuannya itu. Tiba-tiba dia
disingkir. Dia digulingkan. Mengapa? Pertanyaan
itu menghantui fikirannya.
“Kerana abanglah! Abang langsung tidak
tolong berkempen untuk saya. Memujuk
isteri rakan-rakan abang tu!” Puan Habibah
menghempaskan perasaan kesalnya.
Memang benar dia tidak melakukan
permintaan isterinya itu. Bukan mudah untuk
mempengaruhi orang sekarang, apa lagi golongan
wanita yang tidak begitu rapat perhubungan
dengannya, fikir Encik Firdaus. Kalau lelaki
bolehlah diusahakan, menyogok wang misalnya.
“Sekarang dah terlepaslah peluang saya tu,
bang!” perasaan kecewa meragut hati Puan
Habibah pula.
Ya! Memang akan terlepas pula suatu
peluang istimewa untuk isterinya itu, akui Encik
Firdaus dalam hatinya. Peluang itu memang
terbuka kepada isterinya jika dia terpilih
menjawat jawatan Ketua Persatuan Perempuan
itu: Dia telah dicalonkan untuk dianugerahkan
Pingat Jasa Kebaktian atau PJK.

87

Terlantar Jua Di Persimpangan

Pingat itu sangat diharap-harapkan oleh orang
perjuangan seperti Puan Habibah. Jika pingat itu
diperoleh maka akan terpampanglah di dadanya.
Betapa berbangganya dia bila menghadiri majlis
jamuan negeri itu.
Oh! Harapannya telah hancur dan berkecai!
“Bukan kau saja yang menerima nasib
malang hari ini, Bibah. Aku juga senasib
dengan kau!” Encik Firdaus pula menghamburkan
perasaan kekecewaannya. Puan Habibah segera
mengesat air matanya bila mendengar kata-kata
suaminya tadi.
“Apa pula yang berlaku pada abang ha?”
tanya Puan Habibah, sambil menjamah wajah
suaminya dengan penuh simpati.
“Aku pula tidak dipilih sebagai Ketua
Pengarah Syarikat Usahasama Eksport Papan
Lapis tu!”
“Peluang abang untuk mendapat bonus
sebanyak sepuluh ribu ringgit tu macam mana?”
“Macam mana lagi, melepaslah!”
“Sepuluh ribu ringgit terlepas begitu saja?
Oh! Memang malang nasib kita bang!” perasaan
kesal dan kecewa terasa meramas dan membelit-
belit hati Puan Habibah.
Sebenarnya dia begitu mengharap-harapkan
wang itu untuk menukarkan kerusi set rumahnya

88

Pasrah

yang dianggap telah ketinggalan zaman. Dia
ingin membeli seset kerusi antik, berukir-ukiran
yang diperbuat daripada kayu jati. Kerusi itu
pernah dilihatnya di rumah seorang rakannya
yang diimport dari Indonesia. Kecewa benar
dia bila mendengar suaminya tidak lagi terpilih
sebagai Ketua Pengarah syarikat itu.
“Habis, abang sebagai apa sekarang?”
pertanyaan itu amat membimbangkannya, takut
kalau-kalau suaminya sudah tidak berkuasa lagi
dalam syarikat tersebut.
“Sebagai Ahli Lembaga Pengarah sajalah!”
jawab Encik Firdaus sambil menongkat dagu,
penuh kesal.
Kalau terpilih juga sebagai Ahli Lembaga
Pengarah senanglah hatinya. Elaun bulanannya
sudah agak mewah, sampai lima ribu ringgit
sebulan, cukuplah. Fikir Puan Habibah. Dia
menarik nafas kelegaan.
Ketika itulah tiba-tiba muncul Haryati di
muka pintu ...
“Heiii Yati! Kau berulang alik ke surau itu
ya? Memang anak tak boleh diharap. Macam
papanya juga!” Puan Habibah mengherdik dan
memandang tajam ke arah Haryati.
Haryati menunduk. Dia ketakutan dan
amat bimbang sambil memeluk begnya erat-

89

Terlantar Jua Di Persimpangan

erat. Namun dia bersedia menghadapi seribu
kemungkinan. Bukankah ketabahan itu penawar
kebimbangan? Begitu keyakinan yang tertanam
kukuh di hatinya.
“Ingat Yati! Ini amaran mama yang terakhir.
Kalau kau pergi juga, mama akan hukum kau
cukup-cukup. Pergi salin pakaian tu!” Puan
Habibah mengancam anaknya. Matanya
membulat ke arah Haryati. Bibirnya diketap,
penuh amarah.
Haryati mengatur langkah perlahan sekali
sambil menunduk penuh sopan. Akhirnya dia
berlari naik tangga menuju ke kamarnya.
Dia menghempaskan tubuhnya ke katil
lantas menangis teresak-esak. Sejauh mana dia
cuba menenangkan perasaannya, namun
kepiluan dan kesedihan menyelimuti jua hatinya.
Seorang anak gadis yang begitu lemah-lembut
dan berazam untuk membina dirinya mendekatkan
diri kepada Allah, berasa amat tersinggung
apabila ibu dan keluarga sendiri tidak menyedari
hakikat kesempurnaan hidup sebenarnya.
Oh! Betapa malang hidupnya dalam
sebuah keluarga yang begitu mewah dengan
kebendaan akan tetapi miskin pula dengan
keimanan, demikian dia menyesali nasibnya.
Oh! Tuhan lindungilah hamba-Mu yang lemah

90

Pasrah

ini. Berikanlah kekuatan kepadaku untuk
menyedarkan kealpaan kedua-dua ibu bapaku
terhadap-Mu, begitulah harapan dan doa yang
ikhlas dan penuh bertanggungjawab.
Matahari telah bersembunyi di sebalik
tabirnya. Malam menjelma jua. Di luar kamar Yati
terdengar suara cengkerik, merupakan muzik
alam mendendangkan irama sejagat. Ketika itu
jua terdengar suara azan berkumandang sayup-
sayup dari arah surau Kampung Kelapa
Condong. Di situlah dia mendapat pendidikan
keagamaan.
Lantas dia bangun bersalin pakaian, menuju
ke kamar mandi.
Sebentar kemudian berdirilah seorang anak
gadis memakai kain telekung, menghadap Tuhan
yang Maha Esa dengan penuh khusyuk dan
tawaduk.

91



Tuhan Beserta Orang yang Sabar

S ALBIAH begitu tekun menyiapkan hidangan
malam itu. Seperti biasa, seperti malam-
malam lainnya, dia menghidangkan makan
malam sepenuhnya di atas meja makan. Lauk-
pauk dan nasi telah diceduk ke dalam pinggan.
Cuma menunggu pak encik dan mak enciknya
menjamah hidangan.
Orang gaji yang begitu tekun dan cekap
mengendalikan masakan dan menyelenggarakan
rumahtangga di rumah yang serba mewah itu,
menyebabkan Puan Habibah begitu selesa dan
jarang sekali memasak dan menyelenggarakan
rumahnya. Dia lebih menumpukan perhatian di
luar daripada dalam rumahnya sendiri.

93

Tuhan Beserta Orang yang Sabar

Kurang sekali masanya diperuntukkan
untuk rumahtangganya. Dia memberi
kepercayaan sepenuh-penuhnya kepada Salbiah.
Bertuah benar dia mendapat orang gaji yang
begitu tekun dan ikhlas pula mengendalikan
rumahtangganya.
Lima tahun yang lalu dia mengambil
Salbiah bekerja di rumahnya. Salbiah adalah
anak yatim piatu setelah kematian ibu
dan bapanya di kampung. Ibu dan bapa Salbiah
meninggal dunia seorang demi seorang kerana
menghidap penyakit yang serupa iaitu demam
malaria. Ketika itu penyakit tersebut begitu
menular di kampungnya.
Salbiah amat bertuah kerana semenjak kecil
lagi dia diasuh dan dididik oleh kedua-dua
ibu bapanya dengan ilmu dunia dan akhirat.
Seorang guru di kampungnya telah mengajarnya
membaca Al-Quran dan beribadat. Begitu juga
kedua-dua ibu bapanya sangat taat mengerjakan
amal ibadat.
Asuhan itulah yang tersemai di jiwanya
sehingga dia diambil bekerja di rumah Encik
Firdaus sekarang. Dia juga amat bersyukur
kerana diambil bekerja di situ. Jika tidak entah
di mana hidupnya terbuang.

94

Pasrah

Ketika Haryati dilahirkan, Encik Firdaus
agak bimbang kerana belum mendapat orang gaji
dan pengasuh yang baik di rumahnya. Sebelumnya
sudah beberapa orang gaji diambil bekerja, tetapi
tidak kekal lama kerana layanan Puan Habibah
terlalu kasar, maklumlah anak tunggal seorang
hartawan.
Setelah Salbiah bekerja di rumah mereka,
betapa bahagianya mereka kerana beliau
begitu pandai melayani rumahtangga serta dapat
menjadi pengasuh yang baik terhadap Haryati.
Saban hari anak itu dijaga dan diasuh dengan
sempurna oleh Salbiah. Kerana itu jua Haryati
begitu betah dengannya.
Encik Firdaus sendiri berasal dari
kampung. Kampung Padang Melati, di daerah
utara Negeri P. Di situlah juga tinggal Salbiah
bersama keluarganya. Dia kenal baik dengan
keluarga Salbiah. Kerana itulah dia mengambil
Salbiah tinggal bersama-samanya apabila kedua-
dua ibu bapanya meninggal. Kebetulan pula
ketika itu orang gaji di rumahnya telah melarikan
diri.
Dia amat kesal di atas tindakan orang gajinya
yang terakhir itu. Orang gajinya itu bukan saja
tidak memberitahu mereka ketika meninggalkan
rumahnya, malah beberapa utas barang kemas

95


Click to View FlipBook Version