The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan diwujudkan bagi memberi panduan kepada tenaga pengajar tentang kaedah menghasilkan video dengan mudah. Teknik penghasilan video berlatar belakangkan skrin hijau ditunjukkan di dalam buku ini bagi membantu mereka yang ingin membuat video melibatkan skrin hijau bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uidmpsis01, 2022-11-14 01:38:53

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan

Buku Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan diwujudkan bagi memberi panduan kepada tenaga pengajar tentang kaedah menghasilkan video dengan mudah. Teknik penghasilan video berlatar belakangkan skrin hijau ditunjukkan di dalam buku ini bagi membantu mereka yang ingin membuat video melibatkan skrin hijau bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Keywords: video,produksivideo,greenscreen,skrinhijau,pembentangan,tutorial,psis

TEKNIK MUDAH
MENGHASILKAN
VIDEO PEMBENTANGAN

MOHAMAD FAIZ BIN JAMALUDIN
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL GHAFAR

MUHAMMAD SYAMIL BIN ROZMI

TEKNIK MUDAH
Menghasilkan VIDEO PEMBENTANGAN

PENERBIT

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

HAKCIPTA TERPELIHARA

Terbitan Pertama 2022

Hakcipta Terpelihara.
Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun termasuklah elektronik,mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohamad Faiz Jamaludin, 1984-

TEKNIK MUDAH MENGHASILKAN VIDEO PEMBENTANGAN / MOHAMAD FAIZ

BIN JAMALUDIN, MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL GHAFAR, MUHAMMAD

SYAMIL BIN ROZMI,

Mode of access: Internet

eISBN 978-967-2860-34-1

1. Digital video.

2. Video recordings--Production and direction.

3. Interactive videos.

4. Government publications--Malaysia.

5. Electronic books.

I. Muhammad Syafiq Abdul Ghafar, 1991-.

II. Muhammad Syamil Rozmi, 1991-. III. Judul.

006.696 Diterbitkan oleh
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg Air Tawar

Selangor
No. Tel : 03 3280 6200
No. Fax : 03 3280 6400
Laman web : http://psis.mypolycc.edu.my/

ISI 1 PRAKATA
KANDUNGAN 2 EDITOR
3 LATAR BELAKANG
4 RASIONAL
5 IMPAK
6 BAB 1 : PENGENALAN
7 BAB 2 : PERSEDIAAN
8 BAB 3 : TEKNIK RAKAMAN
9 BAB 4 : TEKNIK SUNTINGAN
10 R U M U S A N

PRAKATA Perkembangan pesat teknologi dalam pendidikan
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
pembangunan banyak aplikasi, laman sesawang dan video
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan video multimedia merupakan kaedah
alternatif yang dapat menggantikan pembelajaran secara
bersemuka dan konvensional. Video multimedia dapat
disampaikan secara dalam talian dan boleh dimuat naik
dan dimuat turun secara percuma. Secara amnya, video
merupakan kaedah penyampaian yang efektif dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penghasilan buku Teknik Mudah Menghasilkan Video PDP
ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada masyarakat
terutamanya ahli akademik, pensyarah, guru dan
mahasiswa yang berminat untuk menghasilkan video PDP
yang mana ia boleh digunapakai sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran atau projek akhir bagi tujuan
penceritaan serta penerangan berkaitan sesuatu perkara.

EDITOR MUHAMMAD SYAFIQ BIN
ABDUL GHAFAR

KETUA UNIT
UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MOHAMAD FAIZ MUHAMMAD SYAMIL

BIN JAMALUDIN BIN ROZMI

KETUA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT, PEGAWAI MULTIMEDIA DAN SUMBER
MULTIMEDIA DAN SUMBER POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

LATAR
BELAKANG

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Latar Belakang

TEORI KOGNITIF
PEMBELAJARAN MULTIMEDIA

Penggunaan video pembelajaran dikaitkan Menurut Moreno & Mayer (2002), berdasarkan
dengan teori kognitif pembelajaran multimedia kepada teori kognitif pembelajaran multimedia,
yang diperkenalkan oleh Mayer (2001). manusia mempunyai saluran auditori dan visual
untuk memproses maklumat dan memori secara
serentak.

Menerusi teori ini, Moreno & Mayer (2002) menyatakan bahawa terdapat tiga anggapan seperti berikut:
Terdapat dua saluran berasingan (auditori dan visual) untuk memproses maklumat.
Setiap saluran mempunyai kapasiti yang terhad; dan
Pembelajaran merupakan aktiviti yang aktif melibatkan proses penapisan, pemilihan, penyusunan dan
mengintegrasikan maklumat.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Latar Belakang

PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN VIDEO

TINJAUAN 1 Pembelajaran menerusi video boleh diaplikasikan secara ‘synchronous’ dan ‘asynchoronous’ dimana video ‘synchoronous’ dapat memaparkan 01
interaktiviti dan berlangsung pada masa nyata manakala video ‘asynchronous’ membolehkan pelajar untuk menonton pada bila-bila
masa yang ditentukan berdasarkan kepada keperluan pembelajaran (Geri, 2016).

Tontonan video bersifat fleksibel dan mengikut kesesuaian masa pelajar serta memaparkan stail pengajaran secara perlahan-lahan

TINJAUAN 2 dan berperingkat mengikut langkah demi langkah berbanding dengan pengajaran di dalam kelas (Brecht, 2012). Pembelajaran

02menerusi video membolehkan pelajar mendapat maklum balas daripada rakan menerusi strem video (Swager, 2008).
Kewujudan peralatan mudah alih seperti telefon pintar dan laptop tanpa wayar pada masa kini menjadikan pembelajaran menggunakan video
TINJAUAN 3 mudah dicapai. Kewujudan jaringan internet adalah faktor penyumbang utama dalam penghasilan portal pembelajaran video yang boleh

03diakses oleh guru (Hall & Wright, 2007). Kandungan pembelajaran menerusi video memberikan peluang kepada pembelajaran tanpa

mengira masa dan tempat (Carmichael, 2018).

TINJAUAN 4 Penerangan secara visual menerusi video dapat memudahkan pelajar untuk memahami dan mengingat konsep pembelajaran yang kompleks
(Chtouki et al., 2012). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, video dapat memberikan fokus kepada pelajar menerusi emosi yang

04dibawa dan kebolehannya untuk mengilustrasikan sesuatu teknik secara visual dan mudah difahami (Rossafri et al., 2014).

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Latar Belakang

KEBAIKAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN VIDEO

* Woolfitt Terdapat beberapa kebaikan yang dikenalpasti menerusi penggunaan video dalam pembelajaran. Antara kebaikannya menurut
(2015) Woolfitt (2015) adalah seperti berikut:

* Brown Akses kepada kandungan video terhadap populasi pelajar tanpa had.
(2020) Kos yang murah, masa yang lebih efisien dan memberikan keseronokkan kepada pelajar.
Memberikan kebebasan masa dalam kelas kepada pembelajaran interaktif.

Menurut Brown (2020), antara manfaat video dalam pembelajaran dalam kelas adalah seperti berikut:
Video mudah diterima oleh pelajar.
Dapat memberikan stimulus kepada aktiviti pembelajaran.
Video memberikan informasi yang lebih banyak.
Aspek penglibatan pelajar.
Integrasi maklumat dunia luar ke dalam kelas.
Video lebih fleksibel.
Video mudah difahami.
Video memberikan pengalaman kepada pelajar.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Rasional

RASIONAL

Memberi panduan kepada tenaga pengajar tentang kaedah
menghasilkan video dengan mudah

Menggalakkan tenaga pengajar untuk menghasilkan video
Pengajaran dan Pembelajaran yang kreatif untuk menarik
minat pelajar.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Impak

Kemahiran dan nilai 01 IMPAK
tambah setiap Tenaga
Pengajar dapat Mewujudkan satu inovasi
ditingkatkan.
03yang dapat membantu pihak

Sekolah / Institut Pengajian
Tinggi dalam menyesuaikan
keadaan dalam norma baharu.

Dapat menarik minat pelajar 02 Menjadi bahan rujukan
tentang subjek/kursus yang
diajarkan dalam bentuk video 04bagi pihak luar yang
tersebut
ingin membangunkan
video sendiri

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 1 : Pengenalan

BAB 1 :

LIGHTS, CAMERA

PENGENALANACTION !!

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 1 : Pengenalan

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Penggunaan media di dalam pendidikan akan memudahkan pemahaman
pelajar dengan lebih mendalam dan mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2012).

Elemen multimedia, khususnya video, telah digunakan dengan pelbagai
cara bagi menyokong pembelajaran pelajar. Video ditakrifkan sebagai
media yang mempersembahkan audio dan grafik secara serentak
(Shephard, 2003).

Aplikasi multimedia memainkan peranan penting dalam memberikan ciri-
ciri interaktiviti yang menarik. Penggunaan elemen multimedia dalam
pembelajaran masa kini merupakan keperluan dan kemestian untuk
memperbaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
(Nayef, 2015).

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 1 : Pengenalan

KAEDAH PENDIDIKAN

Pembelajaran secara dalam talian menerusi penggunaan video telah
mengalami peningkatan berikutan perkembangan teknologi
telekomunikasi masa kini (Obagah & Brisibe, 2017).

Kecanggihan peralatan telefon pintar dan peralatan digital yang lain
seperti iPad, kamera digital dan sebagainya dengan kehadiran ciri-ciri
alat perakam video yang boleh dimuat naik secara langsung ke sistem
pelayan ataupun storan maya (Woolfitt, 2015), telah menjadi salah satu
pemangkin kepada penggunaan video sebagai alat penyampai yang
berkesan.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

BAB 2 :

LIGHTS, CAMERA

PERSEDIAANACTION !!

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PERALATAN
ASAS YANG
DIPERLUKAN

Untuk menghasilkan video, terdapat beberapa
peralatan asas yang diperlukan. Ini untuk
memastikan sesi rakaman video tersebut dapat
berjalan dengan lancar dan teratur.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PERALATAN

KADMSELRACDAMSLERR/AK/AMMIREROARMLIERSRSOCRALEMSESR/A /
KACAMMEREARAVIPDHEOON/EKAMERA TELEFON PINTAR

Alat rakaman video adalah peralatan yang utama dalam penghasilan
video PdP. Untuk menghasilkan video, anda boleh menggunakan alat
rakaman seperti Kamera DSLR, Video Kamera, Kamera Mirrorless
atau Kamera Telefon Pintar.

Untuk mendapatkan hasil video yang cantik dan jelas, anda perlu
setting resolution video kepada minimum Full HD (1920 x 1080).

PERALATAN

LAVALIER MICROPHONE

Penggunaan Lavalier Microphone atau dikenali dengan 'Clip Mic'
dalam penghasilan video adalah penting. Ini kerana, audio yang jelas
akan menjadikan hasil video yang berkualiti dan menarik. Pelajar juga
akan mudah memahami isi kandungan yang ingin disampaikan.

Anda juga boleh menggunakan shotgun microphone sebagai
alternatif. Sekiranya tidak mempunyai bajet yang mencukupi,
mikrofon yang ada pada earphone juga boleh digunakan.

Earphone

Shotgun Microphone

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PERALATAN

TRIPOD

Tripod adalah salah satu peralatan bagi rakaman video yang perlu
anda ada. Dengan menggunakan tripod, rakaman video anda akan
menjadi stabil dan tidak bergegar.
Sekiranya anda merakam video menggunakan kamera smartphone,
anda perlu ada aksesori tambahan iaitu pemegang smartphone untuk
di sambungkan tripod plate

Pemegang Smartphone

PERALATAN

GREEN SCREEN BACKDROP

Penggunaan green Screen adalah bertujuan untuk membolehkan
latarbelakang bagi orang yang membuat pembentangan dapat di
tukar kepada latarbelakang yang pelbagai, mengikut kesesuaian yang
diinginkan.

Latarbelakang hijau Latarbelakang ditukar

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PERALATAN

CAMERA LIGHTING

Lighting memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil
rakaman video yang cantik dan jelas. Sekiranya rakaman video dibuat
dalam keadaan kurang pencahayaan, hasil rakaman video tersebut
akan menjadi kurang jelas, gelap dan berbutir (grainy)

Hasil video jelas

Hasil video mempunyai
noise /grainy

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PERISIAN
YANG
DIPERLUKAN

Untuk menghasilkan sesuatu video PdP, perisian suntingan video adalah penting untuk
memboleh bahan video yang dirakam dapat di sunting mengikut keperluan yang telah
dirancang.
Dengan menggunakan perisian suntingan video juga membolehkan anda menambah kesan
khas, transition dan tambahan lagu.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

CONTOH PERISIAN
SUNTINGAN VIDEO

Sony Vegas
Final Cut Pro
Adobe Premiere Pro
Corel Video Studio
Pinnacle Studio
Wondershare Filmora
Windows Movie Maker

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

3 PERINGKAT

LIGHTS, CAMERA

PEMBVAIDNEGOUNANACTION !!

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

3 PERINGKAT PEMBANGUNAN VIDEO

1.Pre Production
2. Production
3.Post Production

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

1 - PRE PRODUCTION

Menentukan ahli kumpulan yang terlibat dalam proses pembangunan video
(Videographer, video editor, script writer, director, presentor dan sebagainya)
Brainstorming idea bersama dengan ahli kumpulan, berbincang tentang topik apa yang
ingin di sampaikan kepada penonton dan tajuk apa yang ingin di gunakan.
Menentukan panjang durasi video.
Menentukan kaedah rakaman video. Adakah rakaman secara kendiri atau mendapatkan
bantuan kepakaran dari team multimedia.
Menentukan bajet untuk prop atau alatan-alatan sokongan dalam penyampaian
pembentangan (Sekiranya ada)
Menentukan pakaian yang ingin digunakan semasa pembentangan. (Elakkan pakaian
berwarna hijau kerana semasa proses suntingan, warna hijau tersebut akan dihilangkan).
Menentukan bahasa yang akan digunakan semasa pembentangan. (Elakkan bahasa rojak)
Membuat skrip bagi pembentangan
Membuat storyboard yang lengkap

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

1 - PRE PRODUCTION

Menentukan lokasi rakaman video. Sekiranya melibatkan lokasi di sekitar outdoor,
perlu ke lokasi tersebut dan lihat kesesuaian rakaman dari segi cuaca dan waktu
yang sesuai. Sekiranya melibatkan rakaman di dalam studio, buat tempahan terlebih
dahulu.
Menentukan lagu latar yang akan digunakan bagi keseluruhan video
Menentukan perisian suntingan video yang akan digunakan. (Perisian percuma atau
perisian berbayar)
Menentukan imej/gambar yang akan digunakan dalam video tersebut sebagai
sokongan terhadap penyampaian video.
Menentukan animasi yang akan digunakan dalam video tersebut (sekiranya ada)
Menentukan aspect ratio bagi video anda (16 :9 atau (4: 3)
Menentukan resolution bagi hasil keluaran video tersebut (720p, 1080p, 4k)
Menentukan camera orientation bagi video (Landscape atau potrait)
Menentukan camera shot, angle dan movement bagi video.

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

2 - PRODUCTION

Membuat tetapan pada video kamera mengikut kesesuaian
Membuat tetapan bagi pencahayaan di lokasi rakaman
Membuat tetapan bagi wireless audio microphone
Membuat rakaman video berdasarkan storyboard yang telah dirancang
Memuat naik video footage rakaman ke dalam hard disk
Mengsingkan bahan multimedia mengikut susunan yang teratur

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

3 - POST PRODUCTION

Membuang latar belakang hijau pada video footage
Membuang hingar (noise) yang ada dalam video footage
Memotong bahagian video dibahagian awal, tengah dan belakang yang tidak perlu
Memasukkan plain background image
Membuat susunan video mengikut storyboard
Memasukkan background music
Memasukkan animation text
Memasukkan image
Memasukkan video intro dan outro logo
Membuat Video rendering

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

PENULISAN SKRIP

Isi kandungan skrip sesuatu video pembentangan perlulah jelas, ringkas dan tidak
meleret. Ini kerana skrip yang terlampau meleret akan membuatkan durasi video
pembentangan tersebut menjadi panjang membosankan orang yang menonton.

Dalam penulisan skrip bagi video pembentangan, perlu ada 3 elemen penting berikut
iaitu :

Pengenalan
Isi kandungan
kesimpulan

CONTOH SKRIP

Teknik Mudah Menghasilkan Video Pembentangan
Bab 2 : Persediaan

STORYBOARD

Story board adalah gambaran mengenai bagaimana video
anda akan dihasilkan

KENAPA STORYBOARD DIPERLUKAN ?

Untuk menyampaikan idea kepada orang lain
Membantu merancang dari satu scene ke scene seterusnya
Sebagai senarai semak bagi keseluruhan projek video
Proses kerja penghasilan video lebih kemas dan teratur

CONTOH
STORY
BOARD

Video yang hendak digunakan semasa Intro dimasukkan dalam ruangan ini. Nama fail
berserta penerangan perlu dinyatakan untuk memudahkan editor dalam proses suntingan
video.

Voice over, background music atau apa-apa audio yang digunakan semasa scene 1 di masukkan dalam
ruangan ini. Nama fail berserta penerangan perlu dinyatakan untuk memudahkan editor membuat
suntingan video.

On-Screen Text -
Text yang hendak dipaparkan

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

Video animasi dari biteable
digunakan sebagai video
background. (00.01 - 00.04)
adalah bermaksud, video yang
akan digunakan adalah dari
saat pertama hingga saat
keempat.

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 3 : Teknik Rakaman

BAB 3 : TEKNIK

LIGHTS, CAMERA

RAKAMANACTION !!

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

CAMERA

LIGHTS, CAMERA

ORIENTATIONACTION !!

orientasi potret CAMERA ORIENTATION
lebih tinggi

daripada lebarnya.
Orientasi landskap
lebih lebar daripada
ketinggiannya

Camera orientation yang terbaik untuk rakaman video adalah dengan menggunakan landscape orientation. CAMERA ORIENTATION
Ini kerana, landscape orientation dapat merakam sebanyak mungkin bahagian terbaik bagi pemandangan,
persekitaran dan keadaan sekeliling

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

VIDEO

LIGHTS, CAMERA

RESOLUTIONACTION !!

VIDEO RESOLUTION

VIDEO RESOLUTION

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

ASPECT RATIO

LIGHTS, CAMERA
ACTION !!

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

ASPECT RATIO

Teknik Mudah Menghasilkan Video PdP
Bab 2 : Persediaan

CAMERA

LIGHTS, CAMERA

COMPOSITIONACTION !!






Click to View FlipBook Version