1
2 HARI KELUARGA KEDAI KOPI TOK HASHIM 2023 31 OGOS – 2 SEPTEMBER KEMUNTING BEACH RESORT, MELAKA 1. PENGENALAN Hari keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran hari keluarga ini juga merupakan
3 salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa hari keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam hari keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan hari keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
4 2. OBJEKTIF 2.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang. 2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. 2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.
5 3. PERINCIAN PROGRAM 3.1 Tarikh : 31 Ogos – 2 September (Khamis – Sabtu) 3.2 Tempat : Kemunting Beach Resort, Melaka 3.3 Anggaran Bil Peserta : 65 orang 4. TEMA 4.1 Cadangan tema hari keluarga ialah : Santaisantai bersama tersayang 4.2 Cadangan tema baju ialah : 1. Hari pertama - Bebas 2. Hari kedua - Sukaneka
6 Team Paklong – Hijau Team Pakngah – Kuning Team Makyang – Merah Team Pakuda – Biru Team Makteh – Coklat Team Maktam – Ungu Team Paksu – Maroon Team Uncle Muni & The Geng – Kelabu 3. Dinner malam kedua - Pakaian Tradisional 4. Hari ketiga - Sesi bergambar - Hitam & Putih
7 5. PESERTA Semua ahli keluarga Tok Hashim dijemput hadir. 6. AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA KKTH 2023 Penaung : Makyang Pengerusi : Paksu Timbalan Pengerusi : Anis Setiausaha : Surie Bendahari : Baby & Diyar
8 JK Penginapan : Diyar, Baby, Anis & Surie JK Pendaftaran : Anis, Kak Atil, Nurul & Surie JK Pengacara Majlis : Baby & Uncle Muni JK Majlis Ilmu : Paklong & Pak Uda JK Sukan & aktiviti : Baby, Wangi, Anis & Zaim JK Hadiah : Surie, Mimi, Aida & Anis JK Fotografi : Azri, Hafriz, Aina & Nurul JK Teknikal & Peralatan : Zulfa, Aizat & Tarmizi JK Kecemasan : Farhimi, Diyar, Zaim & Ariff JK Makanan: Azrul, Farhimi, Liyana & Azila JK Kebersihan : Jihad, Hafiz, Haikal & Istiqamah Juri (Best dress) : Jihad, Hafiz, Aida & Aina
9 7. TENTATIF PROGRAM 31 Ogos (Khamis) 02.00 ptg - Ketibaan ahli keluarga di Kemunting Beach Resort, Melaka - Check in ( 03.00 ptg ) 04.00 ptg - Solat Asar, minum petang (ditaja oleh Paklong & Maklong), mandi kolam / pantai, riadah. 07.00 mlm - Rehat / urus diri & solat Maghrib 08.30 mlm - Makan malam 09.00 mlm - Santai malam / majlis ilmu / indoor games
10 10.30 mlm - Tidur 1 September (Jumaat) 07.30 pg - Sarapan pagi 08.30 pg - Sukaneka 11.30 pg - Makan tengahari 12.30 ptg - Rehat & solat Jumaat (masjid berdekatan : Masjid Al-Jawahir Pengkalan Balak, 1km drpd resort) 04.00 ptg - Aktiviti bebas / mandi kolam / pantai / riadah/ solat Asar / minum petang (sendiri)
11 07.00 mlm - Solat Maghrib / urus diri 08.00 mlm - Malam Gala KKTH (Pakaian Tradisional) 09.00 mlm - Ucapan daripada Penaung KKTH Family day, Makyang 09.30 mlm - Acara penyampaian hadiah: Pemilihan tema malam gala Sukaneka Pertukaran hadiah Best dress (lelaki, wanita & kanak2) Cabutan bertuah 11.00 mlm - Tidur
12 2 September (Sabtu) 07.30 pg - Sarapan pagi 09.00 pg - Aktiviti bebas 11.00 pg - Berkemas dan bersedia untuk check out 12.00 tgh - Sesi bergambar, bersalaman dan pulang ke destinasi masing masing. 8. MAKANAN (Disediakan pihak resort) Hari pertama - Makan malam Hari kedua - Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam
13 Hari ketiga - Sarapan pagi 9. ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN KUTIPAN: RM 9938.00 ANGGARAN PERBELANJAAN : 1. Penginapan : RM 5048.00 2. Makan : RM 4138.00 3. Sukaneka, hadiah dan lain-lain : RM752
14 10. PENUTUP Dengan terlaksananya hari keluarga pada tahun 2023 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga. PERINGATAN : SETIAP KELUARGA DIKEHENDAKI MEMBAWA HADIAH UNTUK SESI PERTUKARAN HADIAH. PASTIKAN JUGA SETIAP HADIAH DITULIS DENGAN
15 NAMA PEMBERI. BAJET MINIMUM SETIAP HADIAH IALAH RM30. Paklong & Maklong x1 Kak Atil & Family x1 Diyar & Family x1 Nurul & Husband x1 Pakngah & Makngah x1 Zulfa & Family x1 Makyang & Pakyang x1 Baby & Family x 1 Pakuda & Makuda x1 Surie & Family x1 Aizat & Family x1 Makteh & Pakteh x1 Azri & Family x1
16 Maktam x1 Anis & Family x1 Paksu & Family x1 Pahsutan & Family x1 Uncle Muni x1 JUMLAH HADIAH = 18 "JUMPA ANDA DI SANA!!! BERHATI-HATI MEMANDU OK!!!" Disediakan oleh: Setiausaha Family Day KKTH 2023