SEKOLAH LKTP TENANG 2023 UNIT HEM – PENGAWAS DAN DISPLIN REKOD DISPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR MERIT DEMERIT
PENGENALAN MERIT – PENILAIAN POSITIF ATAS KEBAIKAN YANG DILAKUKAN DEMERIT – PENILAIAN NEGATIF ATAS KESALAHAN YANG BERLAKU
PERLAKSANAANNYA • Setiap pelajar akan dibekalkan fail displin pelajar . • Pelajar Tahun 4 Fail Berwarna Merah, Tahun 5 Berwarna Kuning dan Tahun 6 Bewarna Biru • Fail Displin Pelajar mengandungi maklumat pelajar serta rekod sahsiah serta displin. • Tempoh Percubaan selama 3 bulan – September hingga November • setiap pelajar tahap 2 akan diberi markah 50. • Apabila pelajar melanggar peraturan disiplin sekolah, tindakan markah demerit akan dijalankan. • Sebaliknya, apabila pelajar berbuat baik markah merit pula akan ditambahkan kepadanya. • Markah awal 50 automatik bertambah dengan penglibatan pelajar sebagai ketua pengawas, ketua kelas, wakil sekolah – rujuk kandungan merit.
Penyediaan Fail Disiplin Pelajar • Semua pelajar akan disediakan borang merit demerit ( rujuk lampiran A) • Semua maklumat penting perlu diisi oleh pelajar sendiri. • Borang tersebut akan disimpan di dalam satu fail mengikut kelas dan akan disimpan di bilik pengawas/GPK HEM. • Semua maklumat disiplin pelajar adalah rahsia.
Kuasa menentukan mata merit demerit • Semua guru SK LKTP Tenang dan PENGAWAS SEKOLAH diberi kuasa memberikan mata merit demerit kepada pelajar. • Walaubagaimanapun, dalam kes serius, ia perlu dirujuk terus kepada Lembaga Disiplin untuk pemberian mata dan tindakan susulan. • Bagi mata demerit pelajar yang memerlukan tindakan, guru atau pengawas perlu melaporkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut termasuk makluman kepada ibubapa atau penjaga, • Tindakan yang diambil tidak semestinya mengikut kriteria yang ditetapkan. • Ada kalanya budi bicara pihak sekolah digunakan.
Cara perlaksanaan • Guru atau pengawas yang mengesan salah laku pelajar perlu mencatat dalam buku log displin yang akan diberikan kpd setiap pengawas serta diletakkan didalam kelas. • Fail pelajar akan dibuka dan pengawas dikehendaki mengisi butiran yang diperlukan termasuk mendapatkan tandatangan Ketua Guru Displin dan pelajar sendiri. • Mata demerit akan diberikan berdasarkan kod tatacara tindakan Lembaga Disiplin. • Pelajar boleh mengurangkan mata demerit dengan melakukan perkara dalam Amalan Terpuji / Baik
KOD DAN TATACARA TINDAKAN DISIPLIN SK LKTP TENANG BERDASARKAN SISTEM MERIT DEMERIT KOD TINDAKAN 1 Amaran pertama - 10 mata demerit 2 Amaran kedua - 20 mata demerit 3 Amaran ketiga - 30 mata demerit 4 Amaran keras - 40 mata demerit 5 Ibubapa dipanggil - 50 mata demerit 6 Surat Denda Pilihan dikeluarkan.
10 mata TATACARA TINDAKAN DISIPLIN SK LKTP TENANG MENGIKUT PUNGUTAN MATA - Amaran pertama 20 mata - Amaran kedua. Ibubapa/penjaga digalak ke sekolah berbincang. 30 mata - Amaran ketiga. Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah berbincang.Pilihan hukuman diberi. 40 mata - Surat kepada ibubapa/penjaga. Ibubapa menandatangani surat berkelakuan baik. Hukuman pilihan diberi. 50 mata - Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah. Dikenakan tindakan atau diberi peluang kali kedua dengan syarat lebih ketat termasuk menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik kali kedua dan dimasukkan dllam sistem ssdm.
Sekiranya masih melanggar disiplin sekolah, tindakan berikut akan diambil. • Surat pertuduhan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga setelah mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah diadakan. • Pelajar diberi tempoh 14 hari menjawab dan sekiranya gagal menghantar jawapan dan tempoh tersebut, pelajar dianggap tidak mahu membela diri dan kesnya akan dipertimbangkan berasaskan keterangan yang ada pada Jawatankuasa Disiplin Sekolah. • Atau Setelah menerima jawapan pertuduhan, Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan meneliti segala butiran jawapan samada menerima atau menolak rayuan. • Jika alasan relevan, tindakan lain akan dicadangkan. • Jika tidak, kes tersebut akan dibawa ke PPD/JPN dengan cadangan buang sekolah (bagi kes berat)
Kes-kes rayuan /Kes khas • Bagi kes-kes rayuan / kes khas pihak pentadbir kita: • Guru Besar, Penolong Kanan Satu, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko- Kurikulum, Kaunselor pelajar dan AJK Lembaga Disiplin adalah panel yang akan mengendalikan kes rayuan.
MATA DEMERIT BAGI PONTENG • Ponteng Sekolah ditakrifkan sebagai tidak hadir ke kelas sepanjang waktu persekolahan biasa berturut –turut tanpa sebarang sebab atau tanpa surat pengesahan dari doktor atau ibubapa /penjaga.Tindakan yang diambil adalah seperti berikut: Bil. Bil. Hari Ponteng Mata Demerit Tindakan 1 3 30 Amaran/nasihat dan kerja amal 2 4 40-50 Ibubapa/penjaga dipanggil 3 6 60-70 Ibubapa dipanggil dan pelajar membuat perjanjian 4 8 80-100 Ibubapa dipanggil, perjanjian akhir, amaran keras dibuat dan digantung sekolah 5 11 Ke atas Melebihi 100 Dicadangkan untuk dibuang sekolah
ATUR CARA TINDAKAN DISIPLIN (PINDAAN) 8.2 Semua kes disiplin, di sekolah yang dialami oleh pelajar mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada kaunselor sekolah untuk penyiasatan dan menentukan punca sesuatu masalah. 8.3 Terpulang kepada kaunselor sekolah untuk menentukan sama ada seorang pelajar itu perlu dikenakan tindakan disiplin atau tidak 8.4 Sekiranya kaunselor mendapati masalah pelajar ini boleh diatasi dengan mengadakan kaunseling individu berterusan, kaunselor mestikan mengaturkan jadual perjumpaan dan pemantauan untuk pelajar ini. 8.5 Sekiranya kaunselor berpendapat seorang pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin, pelajar ini akan dihantar ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan bersesuaian dengan kesalahan dilakukan. 8.6 Tugas kaunselor ialah menyiasat punca masalah dan tugas lembaga disiplin mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kaunselor. Ini untuk mengurangkan beban guru disiplin yang didapati mengambil masa yang lama untuk menjalankan penyiasatan sehingga terpaksa meninggalkan kelas sedangkan tugas penyiasatan dan menentukan punca masalah ialah tugas kaunselor sekolah. 8.7 Justeru itu, hanya untuk kes-kes di mana pelanggaran peraturan sekolah dilakukan secara terang-terangan dan ada saksi sahaja akan terus diambil tindakan oleh Lembaga disiplin. 8.8 Untuk semua tindakan yang dikenakan, sila rujuk Pekeliling Yang berikut: 8.8.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001 – Semua Guru Adalah Guru Disiplin 8.8.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003 – Kuasa Guru Merotan Murid 8.9 Guru adalah diingatkan bahawa sistem ini bukanlah jalan penyelesaian terakhir terhadap masalah yang dihadapi. Oleh itu sebaik-baiknya cuba atasi masalah tersebut dengan cara lain dahulu.
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU JENAYAH D1.1 Berjudi 5 D1.2 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas 5 D1.3 Memeras ugut 5 D1.4 Membuli/ mencederakan murid lain. 5 D1.5 Membawa senjata berbahaya 5 D1.6 Mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain 5 D1.7 Membakar 5 D1.8 Bergaduh dengan murid lain 5 D1.9 Membawa dan bermain mercun di sekolah 5
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU LUCAH / TIDAK SENONOH D2.1 Bercumbu-cumbuan 5 D2.2 Berkhalwat 5 D2.3 Berdua-duaan / bercinta dalam kawasan sekolah. 5 D2.4 Mengintai pelajar perempuan@lelaki/menyentuh pelajar perempuan@lelaki dengan niat serong 5 D2.5 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah 5 D2.6 Melukis gambar-gambar / menulis kata-kata lucah 5
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI D3.1 Berambut panjang untuk lelaki / fesyen seperti punk/ skin head atau fesyen lain yang bercanggah dengan peraturan sekolah/KPM. 2 D3.2 Berkuku panjang 2 D3.3 Memakai pakaian seragam tidak mengikut peraturan sekolah / tiada lencana 2 D3.4 Baju kurung tidak dikancing 2 D3.5 Seluar sekolah berfesyen 2 D3.6 Rambut berekor 2 D3.7 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah) 2 D3.8 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah 2 D3.9 Tidak memakai baju PJ sekolah semasa waktu PJ 2 D3.10 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) 'Tuck-In' 2 D3.11 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai 2 D3.12 Tidak memakai tag nama / tali leher / lencana sekolah 2 D3.13 Tidak memakai pakaian seragam mengikut Persatuan pada hari Rabu 2
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT MEMAKAI BARANG PERHIASAN/ MENGHIASKAN DIRI D4.1 Mewarnakan kuku 2 D4.2 Mewarnakan rambut 2 D4.3 Mencabut bulu kening 2
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT MEMBAWA BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam 2 D5.2 Gambar-gambar tidak sopan 2 D5.3 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah 2 D5.4 Gula-gula getah (chewing gum)/ makanan ringan (junk food) 2
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA D6.1 Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran 2 D6.2 Datang lewat ke sekolah kali pertama* 2 D6.3 Ponteng perhimpunan 2 D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah 2 D6.5 Makan/berada di kantin pada waktu PdP 2 D6.6 Lewat masuk kelas 2 D6.7 Keluar masuk kelas semasa sesi P&P berjalan 2 D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima 2 D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran 2 D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran 2 D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran 2 D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu /cuti sekolah tanpa kebenaran 2 D6.13 Berada di tandas lebih 10 minit semasa PdP 2 D6.14 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas 2
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU KURANG SOPAN D7.1 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 5 D7.2 Berkelakuan kasar terhadap rakan 2 D7.3 Berbahasa kesat / kasar 2 D7.4 Mengedar/menyimpan rokok 5 D7.5 Menghisap rokok 5 D7.6 Menganggu pengajaran dan pembelajaran 1 D7.7 Tidak menghormati / membantah / mencabar arahan guru 2 D7.8 Tidak menghormati / membantah / mencabar arahan pengawas 2 D7.9 Tidak menghormati lagu kebangsaan / negeri 2 D7.10 Menyimpan pemetik api / mancis 2 D7.11 Meletakkan basikal di kawasan yang tidak dibenarkan dalam sekolah 1 D7.12 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah 1 D7.13 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada 1 D7.14 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa/emak dengan tujuan menghina 1
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU MUSNAH/ ANTI SOSIAL D8.1 Merosakkan harta benda sekolah 5 D8.2 Merosakkan harta benda Guru Besar/ guru-guru 5 D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi / Stor SPBT 5 D8.4 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah 2 D8.5 Mengotorkan kelas 5 D8.6 Conteng dinding / papan notis / papan hitam / papan tulis / sudut m/p dan mana-mana bangunan sekolah 2 D8.7 Conteng buku teks / buku latihan 1 D8.8 Conteng / tulis perkataan / gambar lucah / kesat di atas buku teks / buku latihanbuku laporan akademik 1 D8.9 Merosakkan harta murid lain 1 D8.10 Memusnah dan merosakkan buku teks, buku latihan, buku kehadiran/catatan harian. 2 D8.11 Sengaja mengganggu kelas/ sekolah 1 D8.12 Bergaduh dengan guru/ murid pengawas sekolah 5
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh 1 D9.2 Menyebarkan maklumat / berita yang boleh menyebabkan pergaduhan 1 D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan 1 D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa 1 D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah 1 D9.6 Menipu melibatkan wang 2 D9.7 Tidak memberi salam / tidak berdiri semasa guru masuk / keluar bilik darjah 1 D9.8 Membohong 1 D9.9 Mengguna atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah/ makmal tanpa kebenaran 1
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT PONTENG D10.1 Ponteng kelas (termasuk kelas luar sidang) 2 D10.2 Ponteng sekolah 2 D10.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah 2 D10.4 Ponteng aktiviti kokurikulum 2 D10.5 Ponteng ujian bulanan 2 D10.6 Ponteng peperiksaan 2 D10.7 Keluar dari kelas tanpa kebenaran/ keluar dari kelas melebihi 5 minit tanpa sebab 2
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU MEMCEMAR ALAM SEKITAR D11.1 Membuang sampah merata-rata. 2 D11.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah. 1 D11.3 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan oleh pihak sekolah. 1
SENARAI PERLAKUAN NEGATIF YANG DICATAT SEBAGAI DEMERIT TINGKAH LAKU/ TABIAT BURUK D12.1 Tidak membawa buku teks/ buku latihan dan lain-lain keperluan belajar 1 D12.2 Tidak menyiapkan kerja kursus/ latihan/ kerja rumah 1 D12.3 Membuat bising dalam kelas 1 D12.4 Mengganggu kawan/ guru 2 D12.5 Makan/ minum dalam kelas tanpa kebenaran 1 D12.6 Tidak duduk setempat 1 D12.7 Ponteng sekolah berterusan selama 30 hari atau secara berkala selama 60 hari dalam 1 sesi persekolahan 1 D12.8 Mengotorkan kelas 1
SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT SEBAGAI MERIT KOD PERLAKUAN POSITIF MERIT Pengawas/Pusat Sumber/Koperasi/PRS B1.1 Ketua Pengawas/Pusat Sumber/Koperasi/PRS 5 B1.2 Pen. Ketua Pengawas 3 B1.3 Pengawas Sekolah 2 B1.4 PRS/PPS/Koperasi/Stor Sukan 2 B1.5 Ketua kelas 2 B1.6 Pen. Ketua Kelas 2 B1.7 AJK Kelas 1
SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT SEBAGAI MERIT Unit Beruniform B2.1 Ketua Unit 2 B2.2 Pen. Ketua Unit 1 B2.3 Setiausaha / Bendahari 1 B2.4 Ahli Jawatankuasa 1
SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT SEBAGAI MERIT Persatuan/Kelab/Rumah Sukan B3.1 Peringkat Kebangsaan/Negara 10 B3.2 Peringkat Negeri 8 B3.3 Peringkat Daerah 5 B3.4 Peringkat Sekolah 2 B3.5 Peringkat Persatuan/Kelab/Rumah Sukan 2
SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT SEBAGAI MERIT Tindakan Sahsiah B4.1 Bertugas dalam Sukan/ Permainan/ Badan Beruniform/ Kelab/ Persatuan 2 B4.2 Memberi maklumat sehingga tertangkap pencuri atau pesalah 2 B4.3 Membantu dalam meleraikan pergaduhan 2 B4.4 Menjumpai barang/duit dll, menyerahkan kepada sekolah 2 B4.5 Menolong Guru Besar/Guru secara sukarela 2 B4.6 Berkelakuan baik dalam kelas – 3 bulan tanpa kesalahan dalam fail disiplin kelas 2
SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT SEBAGAI MERIT Lain- lain Mata Merit B5.1 Membersihkan alatan seni yang telah digunakan 1 B5.2 Menyusun kerusi sebelum pulang 1 B5.3 Menyusun kerusi selepas menggunakan di bilik khas 1 B5.4 Membantu guru menutup pintu 1 B5.5 Salam / Ucapan salam 1 B5.6 Bantu guru simpan barang 1 B5.7 Bantu guru ambil barang 1 B5.8 Menutup kipas dan lampu setelah digunakan 1 B5.9 Menyusun kerusi sebelum rehat 1 B5.10 Membuang sampah dalam tong sampah 1 B5.11 Memadam papan tulis 1 B5.12 Menyusun kasut 1 B5.13 Membaca doa sebelum dan selepas makan 1 B5.14 Patuh arahan guru dengan baik 1 B5.15 Mengemas alatan tulis selepas digunakan 1 B5.16 Mendirikan solat subuh 2
Sekian…terima kasih #kitajagakita #muafakatberkat #feltencool