Pak Pandir
Membeli Lembu
Kredit: Pesanan Tok Ayah
Pada zaman dahulu kala, tinggal
sepasang suami isteri di sebuah
kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan
nama suami nya Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta
tolong suaminya untuk membeli
lembu. Suaminya bertanya pada
isterinya," Bagaimana rupa lembu tu
Andeh?" Isterinya pun menjawab, “Rupa
lembu itu senang saja. Ia bertanduk dan
makan rumput."
Pak Pandir pun berjalan di keliling
kampung mencari lembu. Sedang dia
berjalan, dia terlihat seorang hamba Allah
sedang menyabit rumput dengan
menggunakan sabit.
"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak
Andeh," fikirnya sendirian.
Dia pun menghampiri orang itu. “Saya
hendak beli lembu ditangan saudara itu."
Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di
tangan orang itu.
“Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang
itu.
“Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada
saya. Saya mahu membelinya," kata Pak
Pandir bersungguh-sungguh.
Kerana bersungguh-sungguh benar
Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itu
pun bersetuju.
"Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir
memberi semua duit yang diberi oleh Mak
Andeh tadi.
“Tapi duit apa banyak sangat ni?"
orang itu bertanya kebingungan. Pak
Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia
terus mengikat sabit tersebut dengan tali
dan ditarik pulang, seperti menarik lembu.
Setibanya di halaman rumah, Pak
Pandir pun memanggil isterinya, “Mak
Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli."
Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma
mendengar suara Pak Pandir merasa
sukacita.
“Cepat dia dapat beli lembu. Sudah
boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak
Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap
hendak melihat lembu yang dibawa pulang.
“Ha! Mana dia lembu yang awak
katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku
beli dengan semua duit yang engkau beri
itu," sambil Pak Pandir menunjukkan
kepada sabit yang diikat dengan tali itu.
Mak Andeh menepuk-nepuk kepala.
"Habis duit simpanan aku," keluh Mak
Andeh.
Moral:
1. Kita hendaklah membantu orang yang
memerlukan bantuan.
2. Kita mestilah bersungguh-sungguh
melakukan perkerjaan supaya pekerjaan
kita menjadi lebih mudah.
3. Kita hendaklah mempercayai orang
sekeliling kita dan sentiasa bantu mereka
ketika jika mereka salah.