The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saliza8582, 2020-11-27 11:12:31

Sang Kambing Dengan Buaya

Sang Kambing










dengan Buaya











Kredit: Pesanan Tok Ayah

Sang Kambing dan rakan-rakannya tinggal



di sebuah pandang rumput yang luas.



Mereka sangat gembira kerana di padang



rumput tersebut terdapat rumput yang



segar untuk dimakan.

Pada suatu hari, cuaca panas pun tiba.



Rumput yang terdapat di padang itu



menjadi kering dan layu. Sang Kambing



berasa sangat sedih dan lapar kerana



semua rumput yang terdapat di padang



itu sudah habis dan hampir mati kelayuan.



Sang Kambing berasa sangat lapar.

Sang Kambing pun berjalan-jalan untuk



mencari kawasan padang rumput yang



baru. Tiba-tiba, Sang Kambing terjumpa



sebauh padang rumput yang sangat



cantik. Rumput di padang itu sangat segar



dan banyak. Namun begitu, Sang Kambing



terpaksa menyeberangi sebatang anak



sungai untuk ke padang rumput itu.



Kelakuan Sang Kambing itu sebenarnya



sedang diperhatikan oleh Sang Buaya



yang tinggal di dalam sungai tersebut.

Tidak jauh daripada tempat Sang Kambing



berdiri, terdapat seekor Sang Kancil



sedang mencari makanan. Sang Kancil



terkejut apabila melihat Sang Buaya



sedang berenang di hadapannya dalam



keadaan yang mencurigakan.

Sang Buaya terus berenang untuk



menghampiri Sang Kambing untuk



memakannya. Sang Kambing tidak



menyedari bahawa dirinya sedang



diperhatikan oleh Sang Buaya. Tiba-tiba



Sang Buaya terus menerkam Sang



Kambing. Sang Kambing sangat terkejut



dan cuba melarikan diri.

Pada masa yang sama, Sang Kancil terus



berlari ke arah Sang Kambing untuk



menyelamatkannya daripada dimakan oleh



Sang Buaya. Sang Kancil melemparkan



sebatang ranting ke arah Sang Buaya.

Ranting itu mengenai mulut dan mata



Sang Buaya dan menyebabkan Sang Buaya



berasa sakit dan melarikan diri. Sang



Kambing berasa lega dan berterima kasih



kepada Sang Kancil kerana



menyelamatkannya. Setelah itu, Sang



Kambing meminta diri untuk pulang.

Sang Kambing menceritakan kepada



rakan-rakannya peristiwa dia



diselamatkan oleh Sang Kancil dan padang



rumput segar yang ditemuinya di



seberang sungai itu. Ketua kumpulan Sang



Kambing pun berbincang cara untuk



mereka menyeberangi sungai ke padang



rumput itu tanpa dimakan oleh Sang

Buaya. Perbincangan mereka menemui



jalan buntu.






















































Akhirnya, mereka meminta pertolongan



daripada Sang Kancil kerana Sang Kancil



terkenal dengan tipu muslihatnya



mengalahkan haiwan yang lebih besar.



Sang Kancil pun berbincang dengan

kumpulan Sang Kambing dan dia telah



berjaya menemui jalan penyelesaiannya.














































Sang Kancil menyuruh Sang Kambing



membahagikan kumpulan mereka kepada



dua kumpulan kecil. Satu Kumpulan berada



di sebelah kiri hulu sungai dan sebaliknya



kumpulan yang lain di sebelah kanan hulu.

Setiap kumpulan perlu bergilir-gilir



menyeberangi sungai tanpa berpatah



balik.


















































Sang Kancil mengingatkan kumpulan Sang



kambing supaya sentiasa bekerjasama



agar rancangan ini tidak gagal. Sang



Kambing dan rakan-rakannya pun

melakukan rancangan Sang Kancil itu.



Sang Buaya dan rakan-rakannya berusaha



mengejar Sang Kambing ke kanan dan ke



kiri sungai sehingga mereka kepenatan.














































Tanpa disedari oleh Sang Buaya, Sang



Kambing dan rakan-rakannya telah



berjaya menyeberangi sungai itu. Sang



Buaya berasa sangat marah kerana telah

diperdayakan oleh Sang Kambing



manakala Sang Kambing dan rakan-



rakannya berasa sangat gembira kerana



telah berjaya menyelamatkan diri mereka



dan dapat menikmati rumput segar di



padang itu.










Moral:





i. Kita hendaklah menanamkan



semangat berpasukan.



ii. Kita hendaklah berani mengambil



risiko.



iii. Muafakat membawa berkat.


Click to View FlipBook Version