The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saliza8582, 2020-11-27 12:28:23

Si Luncai Dengan Labunya

Si Luncai Dengan







Labunya









Kredit: Pesanan Tok Ayah

Keceluparan kerap kali mengundang



bencana. Kata pepatah, cakap siang



pandang-pandang, cakap malam dengar-



dengar. Terlajak perahu boleh dibelok,



terlajak kata buruk padahnya. Begitulah



yang terjadi kepada Si Luncai. Akibat


kata-katanya, dia dimurkai oleh raja.



































Apa tidaknya, ketika menghadap raja,



terluncur kata dari mulutnya bahawa muka



raja mirip wajah arwah bapanya. Raja



yang zalim itu terasa dipersendakan.

Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh



disamakan dengan rakyat biasa. Apatah



lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai



yang miskin dan dipandang hina itu. Tanpa



mempertimbangkan perkara ini dengan



adil dan teliti, raja pun menjatuhkan


hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti




dibayar dengan nyawa.Oleh itu, Si Luncai


dihukum bunuh secara dicampakkan ke



tengah laut.











Namun Si Luncai bukan anak



sembarangan. Yang miskin cuma


hartanya, bukan minda dan ketangkasan



fikirannya. Otaknya bergeliga dengan



pelbagai taktik licik untuk menyelesaikan



masalah. Walaupun telah dihukum mati, Si

Luncai tidak panik. Sebelum dia dibawa



dengan sampan untuk dicampakkan ke



tengah laut, dia sempat membeli sebiji



labu besar. Sejak itu dia menangis



berhiba-hiba sambil mengusap-usap labu



itu.



























Selang beberapa ketika, dua orang



pengawal istana pun tiba untuk



melaksanakan hukuman. Dengan senjata


yang lengkap, mereka berdua bersedia




untuk membawa Si Luncai dengan sampan


untuk dihumban ke tengah laut. Menyedari

kedatangan pengawal itu, Si Luncai pun



tambah beria-ia menangis sambil



membelai-belai labunya. Melihat telatah Si



Luncai, dua pengawal kehairanan lalu



bertanya, “Kenapa kamu menangis dan



memeluk labu ini?” Si Luncai pun


menjawab, “Hamba terkenangkan arwah




bapa hamba, bukankah hamba akan


berjumpanya sebentar lagi.”











Melihat perilaku Si Luncai itu, kedua-



dua pengawal berasa kasihan. Mereka pun



membenarkan Si Luncai membawa labu itu


bersama dalam sampan untuk menuju ke



tengah laut. Sewaktu mereka sedang



mengayuh, Si Luncai pun memulakan



strategi untuk menyelamatkan diri. Dia

berkata, “Sebelum hamba mati, bolehkah



tuan hamba berdua menunaikan hajat



hamba?” Seorang daripada pengawal itu



menjawab, “Boleh jika hajat itu tidak



berat.”










Si Luncai gembira seraya berkata,



“Memang tidak berat. Tuan hamba berdua



hanya perlu menyanyi satu lagu untuk



hamba.” “Lagu apa?” tanya kedua-dua



pengawal itu. “Mudah sahaja, pengawal



yang duduk di belakang hamba hendaklah



mengulang kata yang begini, Si Luncai


terjun dengan labu-labunya. Manakala



tuan hamba yang di hadapan pula



membalas, Biarkan, biarkan.” “Baiklah,”



jawab kedua-dua pengawal itu tanpa

mengesyaki apa-apa. Mereka pun sama-



sama menyanyi. “Si Luncai terjun dengan



labu-labunya”. “Biarkan, biarkan”.





Senikata itu dilagukan berulang-ulang


serentak dengan kayuhan sampan.



Semakin lama semakin rancak. Setelah



agak lama, kedua-dua pengawal itu



semakin terleka. Pada saat itulah Si Luncai



pun terjun dari sampan untuk



menyelamatkan diri. Melihat hal itu,



pengawal yang di belakang segera



memberitahu kawannya yang di hadapan,



“Si Luncai terjun dengan labunya!”



Malangnya, pengawal di hadapan terus



menjawab, “Biarkan, biarkan.” Dia


menyangka, pemberitahuan itu masih lagi

sebahagian senikata lagu yang mereka



nyanyikan sebelumnya.




































Setelah Si Luncai jauh berenang



menyelamatkan diri, barulah pengawal


dihadapan itu menyedari kejadian



sebenarnya. Tetapi apa boleh buat, Si



Luncai telah berjaya menyelamatkan diri.



Mereka pun pulang tanpa memberitahu



raja hal sebenarnya. Apa tidaknya, jika



silap perhitungan, mereka pula akan

dihukum. Si Luncai yang telah selamat



daripada lemas, lari menyembunyikan diri.



Namun dalam hatinya menyimpan dendam



yang sangat mendalam kepada raja yang



zalim dan angkuh itu. Setiap hari dia



memikirkan bagaimanakah caranya untuk


membalas dendam. Padanya, raja adil




raja disembah, raja zalim, raja disanggah.


Setelah beberapa hari lamanya, barulah



Si Luncai mendapat idea.











Pada hari yang terpilih itu, Si Luncai



pun mengenakan baju serba putih lengkap


dengan serbannya sekali. Imej yang



dibinanya adalah imej orang alim lagi



warak. Setelah itu dia pun dengan



beraninya pergi ke istana raja. Melihat Si

Luncai datang, terkejutlah seisi istana,



kerana tidak menyangka yang Si Luncai



telah ‘hidup’ kembali. Raja pun keluar dan



terjadilah pertemuan baginda dengan Si



Luncai buat kali kedua.










“Apa yang terjadi kepada kamu?”



tanya baginda. “Alhamdulillah, patik



sekarang telah insaf, patik akan menjadi



orang alim. Patik tidak perlukan apa-apa



lagi dalam hidup ini.” “Apa yang terjadi



kepada kamu?” “Patik telah sampai ke



alam arwah dan bertemu dengan arwah-


arwah orang yang telah mati, termasuk



arwah ayah patik dan almarhum ayahanda



Tuanku.” “Almarhum ayahanda Beta?



Bagaimana gerangannya di sana?”

“Ampun, Tuanku. Almarhum sangat



dukacita kerana perbuatan Tuanku.”





“Apa yang beta lakukan?” “Entahlah,



almarhum cuma berdiam diri. Katanya


Baginda ingin bertemu sendiri dengan



Tuanku untuk memberi nasihat,” kata Si



Luncai. “Bagaimana, bolehkah Beta



bertemu ayahanda Beta?” “Masakan tidak,



hamba yang hina ini pun boleh, apalagi



Tuanku yang mulia.”










Si Luncai tersenyum dalam hatinya.



Perangkapnya sudah mengena. Raja yang



zalim tapi bodoh itu akan berjaya



ditipunya.

“Bagimanakah cara?” tanya raja. “Begini …



Tuanku hendaklah masuk ke dalam laut



dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu



pun begitu juga. Di dasar lautlah akan



berlaku pertemuan itu nanti.”










Tanpa berfikir panjang, raja pun



bersetuju. Pendek cerita, raja pun dibuang



ke laut di dalam peti yang berlubang.



Apalagi, air pun masuk dan raja pun mati



lemas. Si Luncai lari menyembunyikan diri



dan tidak diketahui lagi keadaan dan



nasibnya selepas itu.

Kesimpulan:











Apa yang boleh kita pelajari daripada



kisah Si Luncai ini? Selain daripada



keburukan akibat keceluparan berkata-


kata, cerita yang sarat dengan unsur



satira ini penuh dengan sindiran dan



pengajaran yang sangat tajam dan



menusuk hati. Si Luncai adalah ‘gambaran’



orang bawahan yang berdepan dengan



kezaliman atasannya. Walaupun tanpa



kuasa dan senjata, Si Luncai berjaya



mengalahkan raja berbekalkan minda,



keberanian dan kemahuan.

Cerita ini juga mengisahkan



bagaimana akibat buruk yang boleh



menimpa rakyat jika diperintah secara


zalim oleh seorang pemerintah yang ego



dan dungu. Pemerintah yang begini bukan



sahaja berpotensi memporak-perandakan



negara bahkan akhirnya memakan diri



sendiri. Orang yang boleh ditipu hanya



orang yang dungu. Orang yang boleh



digertak, hanya orang yang banyak salah.



Si Luncai tahu itulah hakikat raja yang



sedang dihadapinya. Dan kita mesti



membuktikan bahawa kita lebih cerdik dan



lebih baik dengan memantapkan ilmu, amal


dan bertaubat. Tidak ada jalan pintas ke

syurga. Biarlah Si Luncai terjun dengan



labu-labunya!





Moral:




i. Kita hendaklah bijak menggunakan



akal bagi menyelesaikan sesuatu



masalah.



ii. Kita hendaklah berusaha



bersungguh-sungguh untuk mencapai



kejayaan.



iii. Kita janganlah menyimpan dendam



terhadap sesiapa pun kerana ia akan



menimbulkan permusuhan.


Click to View FlipBook Version