PPK O7 LAMPIRAN 3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI
MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/ TAHUN 2020
Tarikh : 30 Disember 2019
Masa : 8.30 petang
Tempat : Bilik Seminar SMKTSR
Pengerusi : Pn.Badariah Binti Bakar
Kehadiran :
1. Badariah Binti Bakar ( Pengetua )
2. Norashimah Bt Bhujang ( PK Tadbir & Kurikulum)
3. Jeevajothi A/P Nagalingam (PK Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Sariah Husain (PK Kokurikulum)
5. Gooi Ai Wei (Guru Kanan Pendidikan Khas)
6. Hasnah Ahmad @ Abdullah (Guru Kanan Teknik Vokasional )
7. Nazrul Hazirah Allaudin ( Guru Kanan Bahasa )
8. Rahimah Binti Yusof ( Guru Kanan Sains & Math )
9. Nazlina Binti Md Noor ( Guru Kanan Kemanusiaan )
10. Ahmad Faiza @ Muhammad Sharif Bin Amir (Kaunselor )
11. Ahmad Subhi Marzuki Bin Che Ab Razab (Kaunselor )
12. Noorul Hamimah Bt Che Ahmad (Kaunselor )
13. Ahla Najwa Binti Mohd Amin
14. Azlina Rohaidawaty Binti Taslim
15. Azrina Binti Azman
16. Amir Haniff bin Abdullah
17. Edni Shareeen Binti Mohd Farouk
18. Erniza Binti Yusof
19. Elizabeth anak Jampan
20. Fatin Nabila Binti Mohamad g
21. Fatin Syuhada Binti Mohd Zainy
22. Hasnah Binti Mohd
23. Herita Binti Ahmad
24. Isnie Binti Endut
25. Khairun Nizam Bin Esmail @ Ismail
26. Maisara Binti Morshed
27. Mariam Asyiqin Binti Mohd Adenan
28. Masnora Binti Mat Yasin
29. Mohamad Fadhil Bin Che Musa
30. Mohd Izwan Bin Mustafa Kamal
31. Mohd Lutfi Bin Mohd Raffi
32. Mohd Zaim Bin Zainal Adnan
33. Mohd Afiq b. Alamshah
34. Naaimah Binti Yaakub
35. Nadia Asyiqin Binti Shabudin
36. Najwa Farhanna Binti Mohd
37. Nor Asiah Bt Japri
1
PPK O7 LAMPIRAN 3
38. Norashikin Hani bt Kamarulzaman
39. Nor Azam Bin Kassim
40. Nor Fatin Binti Mamat
41. Norfazlina Binti Mohd Fauzi
42. Norlisa Binti Abdullah
43. Norsyamila Binti Nawam
44. Nuratikah Binti Mohd Norwawi
45. Nur Hayati Binti Razali
46. Nur Zafiqah Binti Ahmad Ros
47. Nurul Akmal Binti Ramli
48. Nurul Hazeeda Binti Mohd Azim
49. Roseziana Binti Mohamad Zaki
50. Rosnani Binti Zakaria
51. Ruszita Binti Abdul Halim
52. Shahrul Azrie b. Abdullah
53. Sharifah Ammelia Bt Syed Abu Bakar
54. Siti Nursyifa Binti Muhamad Pisol
55. Siti Zawiyah bt Mohamad ali
56. Siti Zuriana Binti Zaidi
57. Suzana bt Salamon
58. Tengku Noor Hafizah Binti Tengku Mohamed
59. Tuan Khuzaimah bt Tuan The
60. Tuti Iliana bt Shukri
61. Wan Maslinda Wati Binti Wan Mohamed
62. Yusmalizai Binti Yusof
63. Zainon Binti Khalid
64. Zariyani Binti Yahaya
Tidak Hadir:
1. Mohd Hairi bin.Dollah ( Urusan Peribadi)
2. Narimah binti Rozan ( Mesyuarat )
3. Izyan Binti Mat Dan ( Cuti Bersalin)
4. Noorul Sallma binti Zakaria ( Urusan Peribadi)
5. Nor Suhaiza binti Ibrahim ( Cuti Bersalin)
Urus Setia/Setiausaha : ( Setiausaha 1 )
( Setiausaha 2)
1. Zubaidah bt Mohamad Noor ( Setiausaha 3)
2. Pisfaliley Binti Ali
3. Nurul Hafizah Binti Abdul Rashid
2
PPK O7 LAMPIRAN 3
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama sepanjang 2019. Juga
sekalung tahniah atas beberapa kejayaan sepanjang 2019. Pengerusi mengharapkan pada 2020
agar terus ada peningkatan dan maju jaya dengan penuh integriti.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Pn Sariah bt Husain selaku PK
kokurikulum yang baru menggantikan Pn. Nor Hafiza Kamisan yang berpindah ke SMK. Seri
Pantai. Ucapan Selamat datang juga ditujukan kepada Pn Elizabeth anak Jampang yang baru
bertugas dari SMK. Tinggi Setapak. Selain itu, pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak
sekolah akan kehilangan seorang guru interim iaitu Cik Tuan Khuzaimah Tuan Teh kerana akan
berhenti dan mendapat pekerjaan lain.
1.3 Pengerusi memetik ucapan Menteri Pendidikan menyatakan Menteri Pendidikan Datuk
Maszlee Malik, dalam pendidikan perlu ada 3 elemen iaitu; `Love, Mutual Respect & Happinest’
1.4 Guru-guru diingatkan tentang profil hierarki gred mereka danguru-guru harus melaksanakan
tugasan mengikut hierarki gred berkenaan.
1.5 Pengerusi memaklumkan intervensi yang ingin dibuat pada 2020 di sekolah ini harus
berdasarkan empat asas iaitu;
i. ‘ data driven’- program dirancang dan dianalisa serta memberi makna
ii. ‘ High Impact’- hanya program yang memberi impak peningkatan pencapaian murid
dan mengecilkan jurang pencapaian
iii. Keupayaaa Tinggi- hanya program yang mampu dilaksanakan
iv. PAK 21- PdPc yang memberikan ruang untuk melaksanakan prinsip 4K iaitu
komunikasi,kolaboratif,kritis,kreatif dan penerapan nilai murni.
1.6 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menyumbangkan tenaga
melakukan perubahan bagi menghadapi sesi 2020 dan sepanjang 2019 yang lalu.Antara
perubahan tersebut ;
i. Pembaikpulih Loceng Sekolah- En. Subhi dan En. Amir
ii. Video Flipped Classroom- Pn. Hasnah Ahmad & semua guru
iii. Penanaman Rumput di padang- En. Mohd. Hairi dan En. Fadhil
iv. Bilik Guru- En. Subhi dan Kelab Staf 2019
v. Ubahsuai Bilik UBK- En. Subhi & Semua Kaunselor
vi. Tander Baru Kantin- Pn. Jeevajothi
vii. Bilik Disiplin- Pn. Edni Shareen
vii. Bilik Pengawas-Pn . Hazeeda
ix. Bilik Kokurikulum- Pn. Maisarah
3
PPK O7 LAMPIRAN 3
1.7 Pengerusi juga memaklumkan bahawa semua Guru Kanan Mata Pelajaran telah membuat
semakan ke atas Blok Bangunan di bawah pengawasan masing-masing semasa cuti penggal.
Tindakan: Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Pencadang : Pn. Azrina Azman
Disokong: Pn. Mariam Asqikin Mohd. Adenan
Tindakan: Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 5.1 Penyediaan bahan MMI – daripada maklum balas didapati MMI Sejarah dan
GKT Tingkatan 4 belum dihantar oleh Panitia berkaitan.
Tindakan: Ketua Panitia Sejarah & Penyelaras MMI Tingkatan 4
3.2 Perkara 5.3 Modul Guru Cuti Bersalin bagi guru yang berkaitan mohon disiapkan segera.
Tindakan : Pn. Noorul Salma,Pn. Nor Suhaiza,Pn. Nor Hafizah
serta Ketua Panitia terbabit
3.3 Perkara 6.2.2 Pengurusan dan penyediaan Fail Peribadi- PK HEM meminta guru tingkatan
dan penyelaras tingkatan bagi 2020 menyusun dan menempatkan fail berkenaan segera.
Tindakan: Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN
4.1 PENGURUSAN PENTADBIRAN
4.1.1 Bilangan Kakitangan Guru-Pengetua memaklumkan bilangan guru ialah seramai
74orang orang, iaitu 62 guru wanita dan guru lelaki 12orang.
4.1.2. Naratif Baharu Amalan Pendidikan-Pengetua menerangkan bahawa Orientasi
pendidikan kini berasakan perkembangan murid bukan lagi peperiksaan. Oleh itu guru-
guru perlu tahu perubahan corak pedagogi, pembangunan kapasiti guru, pengurusan
pendidikan dan keberhasilan.
4.1.3 Nota Pengarah BPSH –Pengetua menjelaskan bahawa Pengarah BPSH mengingatkan
guru-guru tentang beberapa perkara iaitu;
i. Jangan mencipta isu-isu sensitif: perlu respons segera.
ii. Semua tindakan mesti mengikuti SOP
iii. Buang sikap ego dalam menyelesaikan masalah: Gunakan win-win situation/
4
PPK O7 LAMPIRAN 3
Musyawarah.
iv. Back to Basic : Murid Belajar dan Guru Mengajar & Membimbing
v. Program dan aktiviti mesti ada PDC/PLOC (plan-do-check-action & plan-lead-
organize-control)
vi. Keutamaan guru adalah membantu murid.
vii Setiap tindakan perlu melihat implikasi nilai dan tingkahlaku
ix Kerja berdasarkan kapasiti yang ada.
Tindakan: Makluman
4.1.4 Pengurusan Integriti- Pengetua telah membacakan 9 akur janji perkhidmatan awam yang
patut diketahui oleh kakitangan awam serta 5 ciri pekerja yang jujur dan amanah iaitu;
i.. tidak akan datang datang lewat
ii. memalsukan laporan kehadiran
iii. mengetik kad perakam waktu orang lain
iv. keluar pejabat tanpa kebenaran
4.1.5 Perihal Kehadiran dan Keberadaan Berimpak- Pengetua mengharapkan kehadiran guru
ke kelas,perhimpunan, aktiviti kokurikulum,mesyuarat, majlis sekolah dan dialog prestasi tepat
pada masa yang ditetapkan.
4.1.6 Peringatan Sebagai Penjawat Awam- Pengetua mengingatkan semua guru tentang
beberabeberapa perkara berikut;
i. Salah guna media sosial dan Internet (Polisi Keselamatan Siber KPM Versi 1.0
Keberhutangan tidak melebihi 60% ( Peraturan- peraturan Pegawai Awam-
Kelakuan & Tatatertib 1993)
ii. Gangguan Seksual:fizikal,tutur kata, gerak badan ( Peraturan- peraturan Pegawai
Awam-Kelakuan &Tatatertib 1993)
iii. Jangan memberi atau menerima hadiah : hamper,percutian dll (PP Bil 3/2018,SPI
Bil 3/1998,SPIKPM 5/2008)
iv. Kebenaran ke luar negara : Pengisian borang Lampiran A dan Insurans
v. Penggunaan telefon bimbit : Dalam kelas dan mesyuarat rasmi (Surat Ketua
vi. Pengarah Keselamatan Kerajaan 31 Jan 2019)
vii. Dilarang secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam tanpa kebenaran
viii. Menggunakan Sijil Sakit Palsu & meniru Sijil sakit. (P.U.(A)395/1993 Surat
ix. JPA(S)TT 343 Jld 2 (67) 2010)
x. Waktu rehat guru: gunakan untuk menyemak latihan,PLC dll (SPI Bil 3/1981)
xi. Etika Berpakaian : Tidak memakai yang ketat,sendat,singkat,perlu memakai
tanda
xii. nama dan kasut bertutup.(SPP Bil.1 Tahun 2006/SPP Bil 12008/Pekeliling
xiii. Perkhidmatan Bil 2 1985/Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993)
Tindakan: Makluman
5
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.1.7 Pengurusan Kurikulum - Pengetua mengingatkan semua guru agar ambil tahu tentang 10
perkara di bawah pengurusan kurikulum iaitu;
i. KPI sekolah dan Panitia masing-
ii. Pengurusan Panitia-merangkumi Minit Mesyuarat,Kewangan,perancangan dan
aktiviti panitia, PLC
iii. Peperiksaan- pada tahun2020 harapan beliau agar boleh lebih berkualiti dalam
penyediaan soalan dan tiada ralat. Penandaan dan analisa serta intervensi yang tepat.
iv. Buku Rekod Mengajar/Fail Rekod Mengajar-menulis RPH sebelum pdpc
(Pekeliling Iktisas Bil 3/1999)
v. Jadual Waktu- Guru mohon akur dengannya dan prihatin dengan relief/guru ganti
vi. PBS- Guru dimohon perkasakan 4P semasa melaksanakan PBD
vii. KBAT dan STEM- dirancang dan guru jelas dengan konsepnya
viii.PAK 21- Guru mengaplikasikannya dalam PdPc
ix. Pelaksanaan KSSM- Guru prihatin dengan perubahan dan DSKP KSSM
x. Bahan MMI-Guru menyediakan bahan MMI jika tiada di sekolah.
4.1.8 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)-Pengetua mengingatkan guru-guru bahawa;
4.1.8.1 Semua guru adalah guuru disiplin (rujuk: SPI Bil 10/200) dan tertakluk di bawah frasa
undang-undang `In Loco Parentis’.
4.1.8.2 Guru perlu memastikan aspek 4K iaitu Keselamatan,Kebersihan,Kesihatan dan
Kebajikan murid. Jika berlaku kecemasan ikutlah prosedur dan beritahu segera kepada pengetua
untuk tindakan lanjut.
4.1.8.2 Berkaitan APDM pula guru bertanggungjawab terhadap kehadiran murid dan maklumat
murid serta ketepatan data murid.
4.1.8.3 Bagi hukuman murid ikut prosedur terutama buang sekolah iaitu 3:7:10 dan guru lelaki
diingatkan agar jangan menyentuh murid perempuan dalam tindakan mereka secara fizikal.
4.1.8.4 Bagi gejala buli pula guru diminta mengenal pasti unsur dan perubahan sikap murid
4.1.8.5 Keracunan Makanan-Guru-guru diingatkan agar tiada aktiviti jualan makanan selain di
kantin dan koperasi untuk elakkan keracunan makanan.
4.1.8.6 KPI Kaunseling-Kaunselor diminta memperkasakan aktiviti kaunseling Kelompok dan
Individu
4.1.9 Penguurusan Kokurikulum- pengetua menyatakan pada 2020 aktiviti kokurikulum akan
diadakan pada Rabu , waktu petang. Guru-guru diminta mengetahui KPI ,ambil berat takwim,modul atau
aktiviti dirancangkan serta aspek kehadiran dan keselamatan semasa melaksanakan aktiviti.
4.1.10 Kewangan- Pengetua mengingatkan agar semua guru mematuhi prosedur kewangan dengan
membuat perancangan atau belanjawan dan kertas kerja. Guru juga diingatkan agar membuat rekod
keluar masuk barangan yang dibeli menggunakan PCG serta menurut tatacara pengurusan aset.
Tindakana : Makluman
4.1.11 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)-)-Pengetua telah menyentuh 2
perspektif penting atau sasaran Mikro dalam PPPM iaitu;
6
PPK O7 LAMPIRAN 3
i. Kualiti Sekolah (daripada pelbagai aspek)
ii. Kualiti Kemenjadian Murid (secara holistik)
Oleh itu,untuk merealisasikan sasaran mikro ini,guru-guru mesti berubah daripada zon selesa dan antara
tindakan yang meningkatkan kualiti guru antaranya mengubah rutin harian dari segi aspek penampilan
diri ,kaedah pdpc dan interaksi rakan sejawat.
4.1.12 Rutin yang perlu dilaksanakan sepanjang 2020 oleh guru- Pengetua telah menyatakan
beberapa perkara seperti berikut;
i. Laluan Kenderaan masuk- jika guru-guru datang sebelum jam 7.00 pagi boleh melalui
pintu pagar hadapan. Selepas Jam 7.00 pagi,masulah ikut pintu belakang.
ii. Kehadiran Guru- Semua guru mesti hadir sebelum 7.20. Selepas 7.20 dikira lewat.
Pemantauan kehadiran oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran.
iii. Pemansuhan Telegram Keberadaan dan APDM – Untuk memaklumkan
ketidakhadiran,MC,CRK, para guru perlu maklumkan terus kepada Pengetua dan beliau akan
memaklumkan kepada pengurusan relief. APDM pemantauan terus oleh PK HEM dan Penyelaras
Tingkatan dan Pengetu.
iv. Waktu Perhimpunan dan keberadaan Guru- 7.20 pagi perhimpunan dan semua guru
perlu berada di tapak perhimpunan.
v. Pengambilan Kehadiran Murid –guru tingkatan sila ambil kehadiran di tapak
perhimpunan dan diminta ‘key in’ terus ke sistem APDM . APDM mesti dikemas kini sebelum
jam 9.00 pagi setiap hari.
vi. Pergerakan Murid ke Kelas- mereka akan mula bergerak jam 7.27 dan guru mata
pelajaran pertama akan bergerak bersam-sama murid.
vii. Rutin Murid di Kelas - Murid diminta memberikan salam dan doa, guru pula perlu
mengira bilangan murid dan memastikan kebersihan kelas.
viii. Kelas Pelajar Lelaki sahaja- Ahli mesyuarat dimaklumkan kelas 1B,2B,3B,1S,2S dan
3S semua murid ialah lelaki. Jadi guru-guru perlu merancang pedagogi yang sesuai dengan
keadaan ini.
ix. Solat Berjemaah- murid-murid akan bersoalat berjemaah di surau mengikut tingkatan
yang telah ditetapkan mengikut hari iaitu;
a. Tingkatan 1- Selasa
b. Tingkatan 2 – Isnin
c. Tingkatan 3- Khamis
d. Semua Tingkatan – Rabu (Aktiviti Koko )
7
PPK O7 LAMPIRAN 3
x. Masa Guru ‘Thumb In dan Thumb Out’- Para guru diingatkan pada Isnin, selasa,
Khamis 2.30 petang. Rabu Jam 4.30,Jumaat 12.30.
xi. Meninggalkan sekolah pada waktu bertugas- guru-guru pastikan mendapat
kebenaran pengetua.
Tindakan : Makluman
4.1.13 STEM dalam konteks PdP- Pengetua juga telah menerangkan beberapa perkara tentang Stem
antaranya;
i. Stem sebagai bidang pembelajaran- meliputi 8 mata pelajaran iaitu
Sains,Kimia,Fiszik,Biologi,Matematik, Sains Komputer,Kejuruteraan dan TVET.
ii. Stem sebagai Pakej Mata pelajaran- ada 4 pakej melibatkan STEM iaitu Pakej Sains
Tulen,Pakej Sains Tulen Dan MPEI, Sains Tulen dan Agama,Sains dan Sains Tambahan.
iii. STEM sebagai Pendekatan Pdpc-Pengaplikasian oleh guru kemahiran dan nilai stem
untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
iv. 7 ciri pdpc STEM iaitu melibatkan murid dalam;
1. penerokaan dan inkuiri terbuka
2. kerja berpasukan
3. aplikasi kemahiran proses reka bentuk baharu
4. tambah baik produk
5. apliksai kemahiran STEM
6. memerlukan murid memberi jawapan dan justifikasi
7. Peningkatan kepekaan murid terhadap masalah/isu dunia
Tindakan: Makluman
4.1.14. Tatacara Melaksanakan Tugas- Pengetua meminta semua guru melakukan tatacara ini agar
membuahkan hasil yang hebat dan membawa kita keluar dari zon selesa.
1. Meneliti- segala data dan maklumat
2. Mengkaji- punca dan permasalahan
3. Mengenal pasti-program yang sesuai
4. Melaksanakan-tempat,personalia,masa yang bersesuaian)
5. Menilai- refleksi daripada program/aktiviti/tindakan
4.1.15 Harapan- Pengetua mengharapkan pada 2020 ini SMK. Taman Seri Rampai akan menjadi hebat
dengan Slogan’ Kita Boleh’ dan #teamworkingiseverything.
Tindakan : Maklum,an
8
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.2 PEMBENTANGAN KURIKULUM- Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum (PKI)
4.2.1 Ucapan Selamat Datang - Penolong Kanan 1 mengucapkan selamat datang kepada semua guru
dan berharap guru-guuru berlapang dada menerima senarai tugasan pada tahun 2020.
Tindakan : Makluman
4.2.2 Buku Pengurusan- Ahli mesyuarat dimaklumkan buku pengurusan sudah dicetak tetapi untuk
pentadbir sahaja bagi menjimatkan kos. Guru-guru boleh memuat turun melalui Apps dan links yang
diberikan untuk rujukan.
Tindakan : Makluman
4.2.3 Pengurusan Pdpc-PKI menyatakan kurikulum aspek yang penting dan pdpc mesti berpusatkan
murid. Guru-guru diminta membimbing murid seperti membuat nota dan sebagainya. Perkara asas seperti
RPT dan RPH mesti disiapkan pada minggu 1 dan semestinya guru-guuru telah ada ‘softcopy’ perkara
tersebut.
Tindakan: Makluman
4.2.4 Hantaran 1 Buku Rekod Mengajar dan Fail Rekod Mengajar- PKI meminta dihantar untuk
semakan pertama pada 10 Januari 2020.
Tindakan: Semua Guru
4.2.5 Bilangan Latihan dan Buku Latihan- Pki mengingatkan semua guru agar tahu bilangan latihan
yang diberi dan selari dengan KPI paniitia.
Tindakan: Semua Guru
4.2.6 Semakan Latihan Murid- PKI memaklumkan perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum oleh Ketua Paniitia setelah dianalisa dan diberi markah sama ada
cemerlang,baik,sederhana atau lemah. Perkara semakan buku pada tahun 2020 akan menjadi fokus
utama.
Tindakan: Semua Guru
4.2.7 Pencerapan Guru-PK1 memaklumkan pada tahun ini akan ada 2 kali pencerapan dan guru –guru
boleh merujuk agihan pencerap dan tarikh di dalam buku pengurusan.Konsepnya pada tahun ini
berbentuk bimbingan. Beberapa orang pencerap baru juga telah dilantik iaitu Pn. Zainon Khalid,Pn.
Zubaidah Mohd Noor,Pn. Azlina Rohaidawaty Taslim .
Tindakan: Makluman
4.2.8 Pentaksiran Bili Darjah (PBD)- PKI menjelaskan aspek ini akan diperkasakan dan guru-guru
diminta mengisi borang atau rekod pencapaian murid dan dibuat pos mortem berdasarkan data terkumpul
bagi mencapai sasaran penguasaan 50% lulus semua mata pelajaran sekurang-kurangnya bagi tingkatan 1
dan 2.
Tindakan: semua Guru
9
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.2.9 Jadual Waktu Induk dan Jadual Guru Ganti- PK 1 memberitahu bahawa pada tahun ini Pn.
Hasnah Ahmad adalah Penyelaras Jadual Guru dan Jadual Waktu Induk. Jadual waktu pada tahun ini
memakan masa selama 40 minit bagi satu waktu. Maksimum ada guru yang mendapat 25 waktu dan
minimum ada yang 15 waktu berdasarkan pemberatan tugas masing-masing. Setiap hari pula ada 10
waktu sahaja dari jam 7.30 sehingga 2.30 petang.
Tindakan: Makluman
4.2.10 LADAP- PK1 memaklumkan pada tahun ini setiausaha LADAP ialah Pn. Isnie Endut. Ada 4
bidang LADAP yang utama iaitu Kurikulum,HEM,Koko dan PPKI. KPI LADAP pada tahun ini adalah
seperti berikut;
i. 5 hari berkursus sebelum bulan Jun 2020.
ii. PLC Wajib 15 mata kredit melibatkan taklimat dan bengkel
iii. Pembacaan Buku-Wajib 2 buah buku setiap guru-guru-guru sila berikan ulasan kepada SU
LADAP.
Tindakan: Makluman
4.2.11 e-SPLG- PK1 mengingatkan guuru-guru bahawa pengisian nya adalah tanggungjawab guru
sendiri memastikan perkara ini. Setiap guru WAJIB mengumpul 42 mata kredit minimum. Guru-guru
diminta merujuk senarai mata kredit dalam E-SPLG bagi mendapatkan perinciannya.
Tindakan: Makluman
4.2.12 Program MMI- Guru-guru mesti memastikan bahan-bahan MMI disediakan dan digunakan
dengan berkesan. Isikan borang pemantauan penggunaan bahan relief yang ada disediakan bersekali
dengan buku pemantauan kelas. Guru-guru perlu memberikan bahan relief yang telah disediakan jika
menggantikan guru yang tidak ada. Guru-guru berkaitan pula perlu menyemak bahan relief yang telah
dibuat oleh murid sewaktu ketiadaanya Perkara ini akan dibantu pemantauannya oleh penyelaras
tingkatan seperti berikut;
1. Tingkatan 1 : Pn. Hazeeda Mohd azim
2. Tingkatan 2 : En. Muhammad afiq b Alamshah
3. Tingkatan 3: Pn.Sharifah Ammelia Syed Abu Bakar
4. Tingkatan 4 : Pn. Norashikin Hani Kamarulzaman
5. Tingkatan 5 : Pn. Ruzita Abd. Hamid
Tindakan: Makluman
4.2.13 Keberadaan Guru-Penolong Kanan 1 memaklumkan pada 2019 masalah kelewatan guru agak
meruncing pada 2019. Pada 2020 lewat akan dikira sekiranya melebihi 7.20. Teguran secara lisan akan
dibuat sebanyak 2 kali dan surat peringatan serta surat penjelasan akan diberikan jika tidak berkesan.
4.2. 14 Sijil Sakit dan Cuti Rehat Khas (CRK)- surat pengesahan /sijil sakit mesti melalui PK 1 dan
dikemukakan dalam tempoh 2 hari sahaja. Jika tidak diterima,surat peringatan akan dikeluarkan. Bagi
CRK kebenaran hanya oleh Pengetua. Oleh itu guru-guru perlu merancang awal. Guru-guru perlu
memberitahu pengetua jika berlaku kecemasan dan dapatkan jawapan dahulu. Mohon guru-guru isikan
ke dalam HRMIS berkaitan CRK.
10
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.2.15 Peperiksaan- Penolong Kanan menyatakan berlaku rombakan dalam AJK dan mohon rujuk Buku
pengurusan. Pada 2020 Peperiksaan dalaman hanya ada peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun sahaja. Ujian Bulanan ditiadakan. Peperiksaan Awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ada 2
fasa seperti tahun 2019 iaitu ;
i. Fasa 1: 05-14 Oktober 2020
ii. Fasa II : 2- 19 November 2020
Tindakan: Semua Guru
4.2.16 Program Peningkatan Akademik- Penolong Kanan 1 menyatakan bahawa pada tahun ini ada
beberapa program akademik yang akan berlangsung sejak Januari sehingga Oktober antaranya yang
utama;
i. Juara SPM dan Tingkatan 4
ii. Hari Penentapan Target
iii. Program Kelas Tambahan
Tindakan: Makluman
4.3 PELAPORAN HAL EHWAL MURID (HEM)-Penolong Kanan HEM
4.3.1 Tugasan Unit HEM-Penolong Kanan HEM menyatakan Setiausaha HEM ialah Pn. Nurul akmal
Hassan. Pada tahun 2020 dimaklumkan ada banyak rombakan besar dalam Unit HEM dan guru –guru
diminta merujuk buku pengurusan. Antaranya yang utama ialah Ketua Guru Disiplin ialah Pn. Edni
Shareen Ahmad Farouk menggantikan En. Nor Azam Kassim.
Tindakan: Makluman
4.3.2 Program dan aktiviti HEM 2020 – Beliau menyatakan aktiviti juga hampir sama seperti 2019
antaranya Program Jom Ke Sekolah, Ziarah Cakna dan banyak lagi. (Rujuk Buku Pengurusan )Program
Disiplin pada tahun ini berfokus kepada data berkaitan ;
a. buli (fizikal & mental)
b. Jenayah( berat/ringgan)
c. Ponteng ( sekolah atau Kelas)
Tindakan: Makluman
4.3.3 ‘Touch Point’ HEM 2020 – PK HEM menjelaskan perkara ini antaranya adalah melebelkan semua
kelas dan menyediakan kerusi dan meja menjelang bukaknya Sesi 2020. Senarai nama murid bagi
tingkatan 1,2,3 dan 5 sudah selesai dikemas kini untuk kegunaan 2020. Selain itu kelas-kelas juga telah
dibersihkan dan dimop serta cermin tingkap dilap oleh pekerja pembersihan.
Tindakan: Makluman
4.3.4 Susunan Bilik Darjah- Penolong Kanan HEM meminta guru agar dapat mengaplikasikan susunan
bilik darjah mengikut konsep PAK- 21. Guru-guru tingkatan diminta memilih AJK yang dapat membantu
guru kelas.
Tindakan: Makluman
11
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.3.6 Pengurusan Disiplin- Penolong Kanan HEM meminta guru-guru kelas agar mengemaskini data
dalam SSDM setiap bulan. Selain itu semua guru diminta memasukkan dalam rekod SSDM amalan baik
yang dilakukan oleh murid-murid sekurang-kurangnya 60 amalan baik sepenggal bagi setiap guru.
4.3.7 Kuasa Merotan- Penolong Kanan HEM menyatakan guru yang mengenakan tindakan merotan
dan sebarang tindakan disiplin perlu menuruti SOP yang ditetapkan dan rekodkan. Hukuman Gantung
dan buang sekolah hanya terletak ditangan Pengetua sahaja. Ibu bapa perlu dimaklumkan melalui surat
berdaftar dan surat panggilan berdaftar.
Tindakan: Ketua Guru Disiplin dan semua Guru
4.3.8 Peraturan Tambahan- jika ada peraturan tambahan yang dibuat ,pihak guru disiplin perlu
mewara-warakan. Selain itu semua guru ialah guru disiplindan diminta mengisi buku kawalan kelas dan
perlu menandatanganinya. Setiausaha disiplin akan melihat catatan ini dan mencatatkan kesalahan serta
memanjangkan agar tindakan segera dapat dilaksanakan. Guru tingkatan diminta memastikan buku
kawalan atau buku pemantauan kelas ini dihantar ke pejabat setiap hari selepas waktu persekolahan.
Tindakan: Setiausaha HEM dan Guru Tingkatan
4.3.9 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Kupon Makanan Yayasan Wilayah Persekutuan-
Dimaklumkan oleh PK HEM pada tahun ini ada 20 orang murid mendapat bantuan RMT daripada aliran
perdana dan 6 orang daripada PPKI.
Tindakan: Makluman
4.3.10 Kebajikan Murid- Penolong Kanan HEM meminta guru kebajikan Pn. Salma supaya
mendapatkan senarai nama murid miskin selewat-lewatnya 20 Januari 2020 dengan kerjasama guru-guru
tingkatan untuk disalurkan pelbaagai bantuan kewangan misalnya Bantuan Awal Persekolahan.
Tindakan : Guru Kebajikan dan Guru tingkatan
4.3.11 Unit PPDa- Penolong Kanan HEM menyatakan PPDa masih di bawah Pn. Herita Ahmad. Pada
tahun ini sekolah kita masih berkolaboratif dengan agensi luar seperti PDRM dan AAD bagi membasmi
gejala ini. Selain menambah baik Laluan PPDa ,maklumat tentang anti rasuah juga perlu ditambah.
Tindakan: Guru PPDa
4.3.12 Kesihatan dan Keselamatan- Penolong Kanan HEM memaklumkan tahun ini di bawah Cik Siti
Zawiyah Mohd Ali. Borang –borang Kesihatan seperti suntikan HPV dan Thalesemia serta ujiannya
perlu dikemaskini. Wabak Denggi dan Skuad Combi perlu diperkasakan. Selain itu Latihan Kebakaran
pula di bawah Pn. Fatin Suhada dan En. Amir.
Tindakan: Guru Kesihatan dan Keselamatan
4.3.13 Kantin dan Kedai Buku- Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa pada tahun ini sekolah
kita mendapat petender baharu bagi kantin iaitu SH Cahaya Enerprise . Kedai buku masih syarikat yang
sama iaitu Pristine Pinpoint (M) Sdn . Bhd. Yang masih berbaki 1 tahun
12
PPK O7 LAMPIRAN 3
4.3.14 Perancangan Strategik HEM- Penolong Kanan HEM menyatakan KPI HEM pada tahun 2020
adalah;
1. Meningkatkan Kehadiran Murid- sebanyak 0.2% kepada 86.65 daripada 86.45%
2. Menurunkan salah laku disiplin sebanyak 0.04%
3. PPDa- Sifar Ujian Urin
4. SSDM-peningkatan pengisian Amalan Baik oleh setiap guru iaitu 60 kes bagi 2 penggal
5. Pengeluaran Surat Amaran berkaitan Kehadiran mematuhi SOP
4.3.15 Penggunaan Pas Keluar dan Masuk Kelas- pada tahun 2020 penggunaan pas ini akan
dikuatkuasakan semula.Mana-mana guru yang tiada pas mohon memberikan nama kepada Pn. Liza di
pejabat untuk dibuat baharu.
Tindakan: Guru Baharu dan guru yang tiada pas
4.3.16 Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)- di dalam kelas jika guru-guru ada menyentuh tema
berkaitan PPDa,semasa Pdpc atau ada melakukan aktiviti berkaitan PPDa mohon hantar laporan atau
RPH kepada Setiausaha Ppda –Pn. Herita.
Tindakan : Semua guru
4.3.17 Persiapan Hari Pertama Persekolahan- Penolong Kanan HEM menyatakan perhimpunan akan
diadakan di dewan. Penyelaras tingkatan mohon berada di kantin untuk pendaftaran murid baharu. Guru-
guru disiplin harap bersedia selewat-lewatnya 7.05 pagi.
Tindakan: Guru Disiplin dan PenyelarasTingkatan
4.4. PEMBENTANGAN KOKURIKULUM-Penolong Kanan Kokurikulum
4.4.1 Ucapan Terima Kasih- Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada
setiausaha kokurikulum kerana telah menyediakan slaid bagi pembentangan kerana beliau masih baharu
di sekolah ini dan tidak mengetahui perancangan yang telah sedia ada.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Laporan Kehadiran Ke Kehadiran Kokurikulum 2019
Tingkatan Unit Uniform Kelab dan Persatuan Sukan Dan Permainan
1 77 73 76
2 78 72 75
3 76 74 74
4 78 75 80
5 82 79 68
78%
% Keseluruhan
Rumusannya: Tidak mencapai KPI 2019 iaitu peningkatan 10% kepada 87%
Tindakan: Makluman
4.4.3 Pencapaian KPI aktiviti Kokurikulum -Pada tahun 2019 ada 5 KPI yang berjaya dicapai oleh
unit kokurikulum antaranya Naib Johan Bahas Piala MAWIP, Wiser Sport, dan sebagainya.
13
PPK O7 LAMPIRAN 3
Tindakan: Makluman
4.4.4 Jadual Perjumpaan Kelab dan Persatuan- pada tahun 2020 perjumpaan kokurikulum adalah
pada hari rabu iaitu 2.30-3.30 Kelab dan Persatuan atau Unit Beruniform dan 3.30-4.30 Sukan dan
Permainan. Perjumpaan ini ada giliran dan mohon rujuk takwim.
Tindakan: Makluman semua guru
4.4.5 Pendaftaran Koko dan Mesyuarat Agung Koko- akan diadakan pada tetetapan berikut;
Tarikh Masa Aktiviti
02. Januari.2020 11pagi-12.30 pagi (Khamis) -Pendaftaran Koko
08 Januari 2020 2.30-3.30 Mesyuarat Agong Unit
Beruniform
15 Januari 2020 3.30-4.30 Mesyuarat Agung Kelab dan
Persatuan
2.30-3.30 Sukan dan Permainan
3.30-4.30 Rumah sukan
Tindakan : Makluman semua Guru
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Program NILAM- Guru Pusat sumber, En. Lutfi telah memohon guru-guru yang membawa murid
ke PSS agar melaksanakan program NILAM dengan mengisi buku perekodannya serta menanda tangan
buku NILAM tersebut. Guru juga diingatkan agar memantau murid semasa di dalam PSS untuk
mengelakkan kejadian vandalisme terhadap pusat sumber sekolah.
Tindakan; Makluman Semua Guru
5.2 Minggu Orientasi- Kaunselor melaporkan bahawa Minggu Orientasi pada 2020 formatnya adalah
sama dengan tahun 2019 secara umummya.
Tindakan: Makluman
5.3 TSR Cloud- En. Mohd.Zaim pula telah memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi yang boleh
digunakan untuk capaian ke Sistem Pengurusan Maklumat sekolah oleh para guru melalui telefon
android.
Tindakan: Makluman semua Guru
5.4 Murid Inklusif- Penolong Kanan PPKI telah menyatakan beberapa nama murid PPKI yang berada
dialiran perdana dan sekiranya bermasalah boleh berjumpa dengan mereka di PPKI
5.5 Penyampaian Hadiah Hari Lahir- Pengerusi telah menyampaikan hadiah hari lahir kepada PN.
Rosnani bt Zakaria pada hari ini.
Tindakan: Makluman
14
PPK O7 LAMPIRAN 3
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari
Disediakan Oleh;
(PN.ZUBAIDAH BT MOHAMAD NOOR)
Setiausaha Mesyuarat Guru 2020
05/1/2020
15
PPK O7 LAMPIRAN 3
16