BAB 3 KELESTARIAN
ALAM SEKITAR
SAINS
(TINGKATAN 5)
3.2 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Jenis dan Punca
Pencemaran Alam Sekitar
u Pencemaran alam sekitar merupakan
perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi
yang tidak dikehendaki dalam komponen
alam sekitar, iaitu udara, air dan tanah.
u Pencemaran alam sekitar menyebabkan
kemudaratan dan ketidakselesaan kepada
semua hidupan.
u Pencemaran alam sekitar juga
menyebabkan isu alam sekitar seperti banjir
kilat.
Pencemaran udara
u Pembakaran bahan api fosil dan
biojisim, gas ekzos automobil,
pereputan bahan dan sisa organik
yang membebaskan gas rumah hijau
dan pelbagai jenis gas toksik seperti
sulfur dioksida ke dalam udara.
u Pencemaran udara semula jadi –
letusan gunung berapi– pembakaran
hutan– ribut debu– sisa organik yang
mereput
Pencemaran
udara
u Pencemaran udara buatan
manusia – gas ekzos daripada
alat atau kenderaan bermotor–
relau bagas– stesen jana kuasa
terma– industri dan tapak
pelupusan sampah
Pencemaran air
u Sisa– air sisa– sisa domestik
seperti detergen dan
kumbahan – sisa pepejal
seperti sampah sarap–
bahan buangan industri
seperti gris
u Bahan kimia yang
digunakan dalam pertanian
seperti baja kimia dan
racun perosak
u Tumpahan minyak
Pencemaran tanah
u Penggunaan baja dan racun
serangga yang berlebihan
u Pengurusan sisa pepejal yang
kurang sesuai
u Hujan asid
u Sisa nuklear
u Sisa elektronik
Pencemaran terma
u Penyahhutanan
u Aktiviti perindustrian
u Pembakaran bahan api
dalam kenderaan atau
mesin
Tahap Pencemaran Air daripada Sisa Domestik
u Indeks Pencemaran Udara (IPU)
merupakan parameter
pencemaran udara yang
diukur untuk menentukan tahap
pencemaran udara
u Biochemical Oxygen Demand
(BOD) merupakan parameter
pencemaran air yang diukur
untuk menentukan tahap
pencemaran air.
Tahap Pencemaran Air
daripada Sisa Domestik
u Eutrofikasi ialah respons ekosistem
terhadap penambahan ion fosfat dan ion
nitrat (daripada detergen, baja dan
sampah) ke dalam suatu ekosistem
akuatik.
u Pertumbuhan alga yang pesat dalam air
yang mengandungi bekalan ion nitrat yang
berlebihan adalah satu contoh eutrofikasi.
u Kesan negatif eutrofikasi termasuklah
pengurangan kandungan oksigen dalam
air yang boleh menyebabkan kematian
haiwan dan tumbuhan akuatik.
Biochemical Oxygen Demand (BOD)
u Biochemical Oxygen Demand
(BOD) ialah jumlah oksigen
terlarut yang diperlukan oleh
mikroorganisma seperti bakteria
untuk menguraikan bahan
organik di dalam sesuatu sumber
air
u Semakin tinggi BOD bagi sesuatu
sampel air, semakin banyak
mikroorganisma yang berada
dalam sampel air itu.
Biochemical Oxygen
Demand (BOD)
u Tahap pencemaran air bagi sesuatu
sampel air boleh ditentukan dengan
mengukur masa yang diambil untuk
warna larutan metilena biru luntur
setelah dicampurkan dengan sampel air
tersebut.
u Apabila larutan metilena biru
dimasukkan ke dalam sesuatu sampel
air yang tercemar yang mengandungi
kandungan oksigen terlarut yang
rendah, warna biru larutan metilena biru
akan luntur dengan cepatnya.
u Semakin tinggi tahap pencemaran air,
semakin singkat masa yang diambil
untuk warna larutan metilena biru luntur.
Kaedah Pembersihan Air yang
Tercemar dengan Penggunaan
Teknologi Hijau
u Penggunaan Bebola Lumpur Mikroorganisma
Efektif (Effective Microorganism, EM) Usaha
mereka cipta kaedah pembersihan air yang
tercemar dengan penggunaan Teknologi
Hijau merupakan satu proses yang berterusan
di Malaysia
u Antara kaedah Teknologi Hijau yang
digunakan untuk merawat air sungai yang
tercemar di Malaysia termasuklah
penggunaan bebola lumpur mikroorganisma
efektif (Effective Microorganism, EM)
Mikroorganisma
efektif (EM)
u Bakteria asid laktik
seperti
Lactobacillus
casei
u Bakteria
fotosintetik seperti
Rhodopseudomon
as palustris
u Yis
(Saccharomyces
cerevisiae)
Bakteria asid laktik seperti
Lactobacillus casei
u Bakteria Lactobacillus casei
merawat sisa kumbahan,
menyingkirkan bau busuk air,
merencatkan pertumbuhan
mikroorganisma berbahaya
dan memudahkan pereputan
bahan organik.
Bakteria fotosintetik seperti
Rhodopseudomonas
palustris
u Bakteria fotosintetik
menggunakan bahan
organik untuk
mensintesis bahan yang
berguna seperti asid
amino dan gula untuk
pemakanan haiwan
dan tumbuhan akuatik.
Yis
(Saccharomyces
cerevisiae)
YIS MENGHASILKAN
BAHAN KEPERLUAN
BAGI PERTUMBUHAN
TUMBUHAN HIJAU.
LATIHAN :
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&g=T5&s=
Sains&t=fomq2k2ouo7&sr=n&ms=uz&af=sy&l=bj&i
=nxudtx&r=hg&db=2&f=dzduzxdc&cd=pejvt5c5jxj
3lfqlmxnzmwb5ngnxgmnkpixg
TAMAT