KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 Anjuran: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 2 1.0 PENGENALAN 1.1 Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran serta digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan. 1.2 Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis yang seirama dengan isi bacaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan puisi. 2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa. 2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi. 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan) peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat kebangsaan. 3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh KPM bersamasama JPN Pengelola yang telah dilantik. 4.0 KATEGORI 4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat kategori secara individu seperti berikut: 4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4-6 4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1-3 4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4-5 4.1.4 Murid Tingkatan 6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 3 5.0 SYARAT-SYARAT 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Peserta perlu memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu lengkap bagi peserta lelaki manakala peserta perempuan memakai baju kurung atau kebaya. Penggunaan tatarias dibenarkan tetapi tidak berlebihan. 5.4 Masa dikira pada ujaran pertama (sejurus saja peserta bercakap). Setiap peserta diberikan masa seperti berikut: 5.5.1 Murid Tahun 4-6 : tiga hingga lima minit sahaja 5.5.2 Murid Tingkatan 1-3 : tiga hingga tujuh minit sahaja 5.5.3 Murid Tingkatan 4-5 : tiga hingga tujuh minit sahaja 5.5.4 Murid Tingkatan 6 : tiga hingga tujuh minit sahaja 5.5 Pilihan irama bagi dendangkan syair seperti berikut: 5.5.1 Irama Perindu 5.5.2 Irama Tuk Kenali 5.5.3 Irama Perantau 5.5.4 Irama Rawi 5.5.5 Irama Mayang 5.5.6 Irama Narasi/Sarawak 5.5.7 Irama Batu Belah 5.5.8 Irama Dodoi 5.6 Peserta hendaklah menyatakan tajuk dan pencipta syair sebelum mendendangan syair di antara enam hingga sembilan rangkap. 5.7 Peserta hendaklah menghafal teks syair 5.8 Tema adalah bebas. 5.9 Muzik latar tidak dibenarkan. 5.10 Pergerakan kaki hanya dibenarkan selangkah saja setiap kali pergerakan. 5.11 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 4 6.0 SUMBER BAHAN 6.1 Peserta boleh mencipta atau mengambil syair sedia ada dan mendendangkan syair. 6.2 Teks syair hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan. 7.0 ASPEK PEMARKAHAN 7.1 Butiran penilaian dalam persembahan dendangan syair seperti berikut: 7.1.1 Irama 30 markah 7.1.2 Vokal 20 markah 7.1.3 Artikulasi 10 markah 7.1.4 Kelancaran 10 markah 7.1.5 Penghayatan 10 markah 7.1.6 Kelembutan/kemanisan 5 markah 7.1.7 Mimik muka/bahasa tubuh 5 markah 7.1.8 Ketertiban 5 markah 7.1.9 Keterampilan 5 markah Jumlah 100 markah 8.0 PENGHAKIMAN 8.1 Peringkat kebangsaan dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim. 8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem agregat dan sistem juri. 8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep KPM. 8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 9.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala sijil penghargaan bagi guru pembimbing. Senarai hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut: 9.1 Johan : Piala dan sijil pencapaian 9.2 Naib Johan : Piala dan sijil pencapaian 9.3 Tempat Ketiga : Piala dan sijil pencapaian
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 5 10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN 10.1 KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 10.2 KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan. 10.3 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang terdiri daripada KPM dan JPN Pengelola. 10.4 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2024 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada KPM dan boleh digunakan dalam semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. 10.5 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 6 BORANG PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 A. MAKLUMAT PESERTA Gambar peserta Nama peserta : No. kad pengenalan : Tarikh lahir : Umur : Bangsa : Jantina : No. telefon bimbit (jika ada) : E-mel : Nama sekolah : Alamat sekolah : Tahap/Tingkatan : Tajuk sajak : Pautan teks syair : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama guru pembimbing : No. telefon bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar. Tandatangan Guru Besar/Pengetua : Cap sekolah : No. telefon :
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 7 BORANG PEMARKAHAN SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6 Giliran peserta: ……………… Aspek Penilaian Markah Maksimum Markah diperoleh Catatan hakim Suara (70%) Irama 30 Vokal 20 Artikulasi 10 Kelancaran 10 Gaya dan Teknik (30%) Penghayatan 10 Kelembutan/kemanisan 5 Mimik muka/bahasa tubuh 5 Ketertiban 5 Keterampilan 5 Jumlah 100 ……………………………………… ( Nama ) Ulasan hakim: Pengesahan oleh hakim
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 8 BORANG RUMUSAN HAKIM SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6 Giliran peserta Markah peserta Kedudukan Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh hakim ……………………………………… ( Nama )
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 9 BORANG RUMUSAN KESELURUHAN HAKIM SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6 Giliran peserta Kedudukan peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Agregat/ Purata Keputusan panel hakim 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh Ketua Hakim ……………………………………… ( Nama )
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 10 BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6 KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA JOHAN NAIB JOHAN KETIGA Pengesahan oleh Ketua Hakim ……………………………………… ( Nama ) -TAMAT-