The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AJK INDUK PIBG 2022 KALI-1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliawatiyaacob, 2022-08-21 22:22:23

MINIT MESYUARAT AJK INDUK KALI PERTAMA

MINIT MESYUARAT AJK INDUK PIBG 2022 KALI-1

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK
KALI PERTAMA SESI 2022/2023

Tarikh : 29 Mei 2022
Hari : Ahad
Masa : 2 .30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBLM
Kehadiran : 16 orang

Hadir :

Bil Nama Jawatan

1. Encik Hizaruddin bin Razak Yang Dipertua (Pengerusi)

2. Encik Mohamad Fadzieli bin Samat Penasihat

3. Encik Darul Samri bin Daniyan PK Kokurikulum

4. Pn Juliawati binti Ya’acob Setiausaha

5. Pn Nurul Ashikin binti Ali Hanafiyah Bendahari

6. Encik. Harfizan bin Mohamed Kassim Juru Audit

7. Encik Muhamad Najmi bin Nadzir AJK Waris

8. Encik Mohd Ikhwan bin Mohd Nasir AJK Waris

9. Pn. Norhafizzah binti Zulkifli AJK Waris

10. Pn. Sri Hazrina binti Shabares AJK Waris

11. Encik Mohd Nasreeq Aswadi bin Sobri AJK Waris

12. Encik Faizal bin Che Rus AJK Guru

13. En. Mohd Hisham bin Shahrir AJK Guru

14. Pn. Rozila binti Rasdi. AJK Guru

15. Encik Mohd Nizam bin Abdul Manap AJK Surau

16. Pn. Muniyati binti Abdul Kadir Bendahari Surau

Tidak Hadir Bersebab :

Bil Nama Jawatan

1. Encik Mahfuz Bin Ramli Naib Yang Dipertua

2. Pn. Firdaus binti Munir AJK Guru
3. Pn. Nor Hidayah binti Yusof Juru Audit

Agenda 1 : Kata Alu-aluan Pengerusi (Yang Dipertua)

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan
Tuan Guru Besar, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Induk PIBG ke mesyuarat
AJK induk PIBG kali pertama, sesi 2022/ 2023 . Alhamdulillah mesyuarat pada kali
ini dapat diadakan secara bersemuka.

1.2 Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan kepada
semua AJK Induk PIBG sesi 2022/2023. Beliau juga memperkenalkan diri dan
memberikan sedikit latar belakang tentang pekerjaan dan pengalaman beliau serta
berharap dapat bertukar-tukar fikiran dalam pengurusan PIBG yang baru dilantik
ini.

1.3 Tuan Pengerusi juga meminta semua AJK induk untuk memperkenalkan diri bagi
mengetahui serba sedikit latar belakang dan pengalaman yang boleh dikongsi
bersama bagi membentuk sebuah pasukan dalam membantu pihak sekolah.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 : Ucapan Penasihat.

2.1 Tuan Guru Besar selaku penasihat PIBG SKBLM mengucapkan salam serta
berterima kasih kepada Yang Dihormati Encik Hizaruddin bin Razak YDP PIBG,
jawatankuasa induk PIBG serta guru-guru kerana menghadiri mesyuarat AJK
Induk PIBG kali pertama sesi 2022/2023 yang dilaksanakan secara bersemuka.

2.2 Guru Besar merakamkan ucapan alu-aluan dan tahniah kepada semua
jawatankuasa PIBG yang baru dilantik. Semua AJK yang dilantik adalah
dikalangan yang terhebat serta mampu memberi sumbangan besar dalam
menerajui PIBG.

2.3 Guru besar memohon maaf kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 tidak dapat
diadakan secara bersemuka kerana patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

2.4 Guru besar menjelaskan pembukaan sekolah secara bersemuka dan menyeluruh
akan memperlihatkan program dan aktiviti di sekolah secara lebih pro-aktif. Dasar
Pendidikan Negara yang menjurus kepada aktiviti berpusatkan murid akan
merubah peranan guru dalam melahirkan murid-murid yang berkebolehan,
berketerampilan dan penglibatan murid selari dengan kehendak bertaraf dunia.

2.5 Guru besar juga memaklumkan bahawa SKBLM telah berjaya merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang mengutamakan kemenjadian murid.
Banyak kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa sehingga ke peringkat
Antarabangsa. Potensi murid-murid sekolah ini telah dapat dicungkil dalam
pelbagai bidang. Paling manis setakat ini, hampir 30 orang murid-murid berjaya
menempatkan diri ke MRSM, SBP dan Sekolah Rancangan Khas.

2.6 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ibubapa dalam
membantu anak-anak menyertai pelbagai pertandingan dalam talian sepanjang
pendemik. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum kerana penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti membolehkan
pengisian laporan PAJSK yang membanggakan.

Tindakan : Makluman

2.7 Guru besar juga membentangkan aktiviti yang telah dilaksanakan sehingga bulan
Mei 2022. Diantaranya ialah Sambutan Hari Guru/ Hari Raya iaitu pada 16 Mei

2022.Pameran Bertema yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, Karnival
STEM anjuran Panitia Sains bersama Panitia Matematik. Karnival ini

menggalakkan murid menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi di
samping persembahan berbentuk didik hibur yang memberi keseronokan dalam

pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini tidak terikat di dalam bilik darjah sahaja dan
menjurus ke arah budaya berdaya saing.

2.8 Guru besar memaklumkan bahawa kesan daripada perintah kawalan pergerakan

(PKP) segelintir murid tidak dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan di dalam
bilik darjah. Ini memberi kesan yang sangat besar dalam perkembangan emosi
murid-murid. Unit Bimbingan Dan Kaunseling berperanan sangat penting dalam

menangani masalah ini. Aktiviti sukan dan permainan adalah satu cara menarik
semula minat murid untuk hadir ke sekolah kerana memberi keseronokan di

samping memupuk semangat kesukanan.

2.9 Guru besar juga menerangkan serba sedikit tentang 14 elemen konsep Sekolahku
SEJAHERA. Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi

penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara
semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

2.10 Guru Besar memaklumkan tentang masalah keselamatan bangunan sekolah.
Terdapat banyak kerosakan pada bangunan sekolah yang tidak dapat

diselesaikan kerana Sijil Layak Menduduki (CF) masih belum diluluskan. Segala
kerosakan perlu ditanggung dengan menggunakan dana atau peruntukan dari

pihak sekolah sendiri. Yang Dipertua berjanji untuk cuba menyelesaikan masalah
ini.

Tindakan : JK Prasarana

Agenda 3 : Pengesahan Pelantikan AJK sesi 2022.

3.1 Yang Dipertua membentangkan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
dan mohon pengesahan dari semua ahli mesyuarat.

JAWATAKUASA PIBG SKBLM 2022/2023

YANG DIPERTUA : EN HIZARUDDIN BIN RAZAK

NAIB YANG DIPERTUA : TN HJ MAHFUZ BIN RAMLI

SETIAUSAHA : PN JULIAWATI BT YA’ACOB

BENDAHARI : PN NURUL ASHIKIN BINTI MAT ALI NAPIYAH

AJK WARIS : EN MUHAMAD NAJMI BIN NADZIR
: EN MOHD IKHWAN BIN MOHD NASIR
: PN NORHAFIZZAH BINTI ZULKIFLI
: PN. SRI HAZRINA BINTI SHABARES

: EN MOHD NASREEQ ASWADI BIN SOBRI

AJK GURU : EN MOHD FAIZAL BIN CHE RUS
: EN MOHD HISHAM BIN SHAHRIR

: PN ROZILA BT RASDI
: PN FIRDAUS BT MUNIR

JURU AUDIT : EN HARFIZAN BIN MOHD KASSIM
: PN NOR HIDAYAH BT YUSOF

3.2 Ahli mesyuarat sebulat suara mengesahkan pelantikan AJK PIBG sesi
2022/2023.

Tindakan : Makluman

Agenda 4 : Membentangkan Penyata Kewangan PIBG

4.1 Bendahari Puan Nurul Asyikin binti Mat Ali Napiyah membentangkan Penyata
Kewangan PIBG berakhir 29 Mei 2022.

4.2 Pengerusi berharap pada tahun ini, semua waris dapat memberikan sumbangan
PIBG sebanyak RM50 dengan kadar segera.
Tindakan : Bendahari

4.3 Encik Mohamad Ikhwan bin Mohamad Zahir mencadangkan penyata kewangan
diterima. Pn. Sri Hazrina binti Shabares memberikan sokongan penerimaan
penyata kewangan.

Agenda 5 : Laporan pembinaan dan dana kewangan surau SKBLM

5.1 Encik Mohd Nizam bin Abdul Manap membentangkan laporan pembinaan surau
SKBLM. Beliau menerangkan bahawa surat kebenaran mengumpul dana untuk
pembinaan surau akan berakhir pada 31 Disember 2022. Permohonan
pembinaan surau hanya boleh dihantar sekiranya dana yang di kumpul
mencapai 40% daripada jumlah anggaran sebenar. AJK surau bercadang untuk
melantik arkitek baru kerana pelan lantai yang terdahulu melebihi anggaran iaitu
RM800K. Anggaran asal adalah RM300K sahaja. Cadangan pelan baharu
seperti surau SK Haji Sulaiman. Terdapat juga cadangan untuk memohon
sumbangan one-off sebanyak RM50 satu keluarga dari semua warga SKBLM.

Yang Dipertua mencadangkan agar pelan lantai surau dilukis mengikut
kesesuaian bajet asal agar memenuhi syarat untuk proses permohonan dan
permulaan pembinaan tapak. Beliau juga bersetuju dengan cadangan untuk
memohon sumbangan one-off sebanyak RM50 satu keluarga dari warga SKBLM
namun bukanlah satu paksaan.

Tindakan : En Mohd Nizam Bin Abdul Manap

5.2 Pn. Muniyati binti Abdul Kadir selaku bendahari surau membentangkan jumlah
dana yang terkumpul berakhir 29 Mei 2022 ialah RM119,556.06. Beliau
menyatakan dana ini adalah hasil sumbangan dari pelbagai pihak. Sumbangan
terbesar adalah dari warga SKBLM iaitu waris dan guru. Beliau juga
memaklumkan jualan kupon surau tidak berjalan seperti apa yang diharapkan.
Lambakan kupon yang tidak terjual amat mendukacitakan. Bagi merealisasikan
pembinaan surau ini, sumbangan dari pihak luar amatlah diperlukan, tidak hanya
tertumpu kepada warga SKBLM semata-mata.

Encik. Harfizan bin Mohamed Kassim mencadangkan penganjuran program
seperti makan malam, forum dan sebagainya untuk mengumpul dana daripada
pihak luar. Penjualan kupon surau juga dapat diteruskan sekiranya program
seperti ini dilaksanakan.

Tindakan : Pn Muniyati Bt Abdul Kadir
.
Agenda 6 : Pembukaan Akaun Maybank dan Pelantikan Pertukaran
Tandatangan (Maker dan Checker) Bank Muamalat.

6.1 Pn Nurul Ashikin binti Mat Ali Napiyah mencadangkan agar membuka satu lagi
akaun di Bank Maybank bagi mengasingkan wang dana surau dan sumbangan
PIBG. Ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan kewangan dari dua sumber
yang berlainan. Beliau mencadangkan wang sumbangan PIBG menggunakan
akaun Maybank manakala dana surau menggunakan akaun Bank Muamalat
yang sedia ada. Pemilihan Bank Maybank juga adalah bertujuan untuk
memudahkan para waris membuat bayaran sumbangan PIBG secara dalam
talian.

6.2 Encik. Harfizan Bin Mohamed Kassim mencadangkan agar menggunakan satu
akaun bank sahaja bagi memudahkan pengurusan. Pembukaan akaun di
Maybank akan memudahkan waris untuk membuat pembayaran secara atas
talian.

6.3 Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka akaun di Bank
Maybank dan akan menutup akaun di Bank Mualamat bagi memudahkan
pengurusan.

6.4 Ahli mesyuarat juga sebulat suara melantik Encik Hizaruddin bin Razak selaku
YDP PIBG dan Pn. Juliawati binti Yaacob selaku Setiausaha PIBG sebagai
Checker serta Pn. Nurul Ashikin binti Mat Ali Napiyah selaku bendahari sebagai
Maker di akaun Bank Muamalat.

Tindakan : Bendahari

Agenda 7 : Pelantikan Jawatankuasa Kecil PIBG

7.1 Tuan pengerusi mencadangkan penubuhan Jawatankuasa kecil dikalangan AJK
induk yang terdiri daripada 10 orang ahli bagi setiap bidang. 10 orang ahli boleh
dilantik dikalangan waris dan guru.

7.2 Ahli mesyuarat bersependapat untuk mewujudkan Jawatankuasa Kecil seperti
berikut:-

Bidang Pengerusi Jawatankuasa Kecil

ICT EN MOHD IKHWAN BIN MOHD NASIR

KEBAJIKAN/ BNK PN JULIAWATI BT YA’ACOB
PRASARANA EN HIZARUDDIN BIN RAZAK

SUKAN & REKREASI EN MOHD NASREEQ ASWADI BIN SOBRI
KESENIAN & KEBUDAYAAN PN. SRI HAZRINA BINTI SHABARES

INTELEKTUAL/EDUCATION EN MUHAMAD NAJMI BIN NADZIR
PUBLIC RELATION EN MAHFUZ BIN RAMLI

Tindakan : Semua AJK Waris

Agenda 8 : Aduan Waris

8.1 Yang Dipertua memaklumkan terdapat beberapa rungutan yang diterima daripada
waris berkaitan penjualan barangan bukan akademik di Koperasi Sekolah. Guru
besar mengambil maklum tentang perkara ini dan akan memantau dari semasa
ke semasa. YDP juga akan membuat lawatan ke Koperasi sekolah sebagai
tindakan susulan.
Tindakan : Yang Dipertua

8.2 Yang Dipertua juga bertanyakan tentang kapasiti di kantin sekolah dengan
bilangan meja dan kerusi samada mencukupi untuk semua murid bagi setiap sesi
waktu rehat. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa kerusi dan meja adalah
mencukupi bagi 3 sesi waktu rehat. Namun demikian segelintir murid tidak mahu
duduk di tempat yang disediakan dan memilih untuk bersama rakan-rakan di
kawasan yang mereka sukai.
Tindakan : Bendahari

Agenda 9 : Hal-hal lain

9.1 Encik Darul Samri bin Daniyan memohon kebenaran untuk mengadakan kelas
taekwando di bawah kelolaan jurulatih luar pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi-
10.00 pagi dengan yuran tahunan RM40 dan yuran bulanan sebanyak RM30. YDP
bersetuju memberi kebenaran tersebut dengan ketetapan 10% daripada yuran
yang di kumpul disalurkan ke akaun PIBG. Wang yang di kumpul akan digunakan
untuk pembangunan murid dalam bidang kokurikulum juga.

Tindakan : Bendahari

9.2 Encik Darul Samri bin Daniyan juga memberi cadangan supaya membuat
tempahan baju khas untuk AJK PIBG. Ahli mesyuarat bersetuju dan melantik
Encik Muhamad Najmi bin Nadzir untuk menguruskannya.

Tindakan : JK Intelektual/ Education

9.3 Yang Dipertua menyarankan agar diwujudkan akaun Facebook PIBG dan
melantik Encik Mohd Nasreeq Aswadi bin Sobri untuk menguruskan akaun terbut.
Semoga kewujudan akaun tersebut membolehkan penyebaran maklumat dan
pelaporan aktiviti dapat dihebahkan dari semasa ke semasa.

Tindakan : JK Sukan / Rekreasi

9.4 Puan Nurul Asyikin binti Mat Ali Napiyah memaklumkan satu program kerjasama
bersama syarikat Intel berkaitan dengan inovasi akan dijalankan. Mohon
kepakaran daripada mana-mana AJK induk untuk membantu menjayakan
program tersebut.
Tindakan : JK ICT

Agenda 10 : Ucapan Penangguhan

10.1 Encik Hizaruddin Bin Razak Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima
kasih terutamanya kepada Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahli
Jawatankuasa PIBG dan guru-guru yang sama-sama menjayakan Mesyuarat
Jawatankuasa Induk PIBG kali pertama. Beliau mengharapkan kerjasama dan
sokongan semua pihak untuk sama-sama membantu pihak sekolah meneruskan
kecemerlangan.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk PIBG kali pertama ditangguhkan pada jam 5.45
petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

............................................ ...............................................
(JULIAWATI BT YA’ACOB) (HIZARUDDIN BIN RAZAK)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Laguna Merbok SK Bandar Laguna Merbok


Click to View FlipBook Version