The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAIL A1 PENGURUSAN PENTADBIRAN MUSOLLA NUR SALAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL HAZWANI BINTI BAHRIM KPM-Guru, 2023-07-23 18:46:59

FAIL A1 PENGURUSAN PENTADBIRAN

FAIL A1 PENGURUSAN PENTADBIRAN MUSOLLA NUR SALAM

Keywords: MUSOLLA,FAIL PERSIS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG, TAMAN SERI SERDANG, SELANGOR. FAIL A PENGURUSAN A1 PENGURUSAN PENTADBIRAN


INDEKS : FAIL A - PENGURUSAN BIL INDEKS CATATAN FAIL A1 - PENTADBIRAN 1. MISI DAN VISI 2. PIAGAM PELANGGAN 3. LOGO MUSALLA 4. CARTA ORGANISASI INDUK 5. CARTA ORGANISASI MURID 6. MESYUARAT DAN MINIT MESYUARAT 7. TAKWIM TAHUNAN 8. JADUAL BERTUGAS HARIAN 9. ADAB PENGGUNAAN SURAU 10. PERATURAN KHAS SURAU 11. SOP COVID -19 12. GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH (KPM) FAIL A2 - KEWANGAN 13. BUKU TUNAI FAIL A3 – STOK / INVENTORI FAIL A4 – BUKU REKOD 14. PELAWAT 15. PENGGUNAAN 16. PEMANTAUAN 17. PINJAMAN DAN PERALATAN FAIL A5 – PETI CADANGAN


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN VISI & MISI


VISI MUSOLLA NUR SALAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG


MISI MUSOLLA NUR SALAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM PELANGGAN MUSOLLA NUR SALAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN LOGO MUSOLLA


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN CARTA ORGANISASI INDUK


CARTA ORGANISASI INDUK MUSOLLA NUR SALAM PENAUNG: PN. SERINA BINTI JAAFAR PENGERUSI: PN. NUR ILYANI BINTI IBRAHIM PN. NIK HASLINDAR BINTI CHE HAMID PN. NOORSABANUM BINTI BAKR PN. NURUL ILLUNILHAYATI BINTI MAT LUDIN PN.ZAHANOM BINTI JALAL NAIB PENGERUSI: PENYELARAS: PN. NORMA BINTI OTHMAN SETIAUSAHA: BENDAHARI: 1. PN. SURIANI BINTI MUHAMMAD 2. PN. NURUL HAZWANI BINTI BAHRIM 1. PN. WAN NOR HAYATI BINTI WAN MUHAMMAD 2. PN. SALWA BINTI SAID @ IBRAHIM


FAIL A1 PENGURUSAN PENTADBIRAN CARTA ORGANISASI MURID


PN. NURUL HAZWANI BINTI BAHRIM GURU PENASIHAT KHAIRUL IKRAM BIN ABDULLAH PENGERUSI MUHAMMAD IRFAN ZAQUAN BIN AHMAD HISHAM NAIB PENGERUSI AFIF NAJMI BIN SHAHRIZAL SETIAUSAHA MUHAMMAD ADAM BIN AZMAN NAIB SETIAUSAHA MUHAMMAD NAUFAL DANISH BIN ISHAK BENDAHARI JAWATANKUASA M.IRFAN M.FIRAS MUSYRIF RAIHAN EIZZ FARIS M.ASYRAF


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN MESYUARAT & MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM, BAHASA ARAB, DAN KKQ BILANGAN 1 TAHUN 2023 Tarikh : 15 Mac 2023 ( Rabu ) Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Guru KEHADIRAN : Bil. Nama Jawatan 1. Pn. Norma binti Othman GKMP Kemanusiaan / GPI 2. Pn. Suriani binti Muhammad Ketua Panitia Pendidikan Islam 3. Pn. Nurul Hazwani binti Bahrim Penolong Ketua Panitia Pend. Islam 4. Pn. Zunaidah binti Abdullah GPI / KP Bahasa Arab 5. Pn. Radin Khatijah binti Bidah GPI / KP Tasawwur Islam 6. Pn. Rodhiah binti Ismail GPI / KP KKQ 7. En. Muhd Zarimi bin Mohamad@Abdullah GPI 8. Pn. Salwa binti Said GPI 9. Pn. Nor Atiqah binti Abd Kadir GPI TIDAK HADIR BERSEBAB : Bil. Nama Jawatan Sebab 1. Pn. Wan Norhayati binti Muhammad GPI Urusan SPBT Urus Setia Mesyuarat : PN NURUL HAZWANI BINTI BAHRIM


1. PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli panitia. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang, berintegriti dan amanah pada tahun 2022 dan mengharapkan ahli-ahli panitia akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2023. Tindakan: Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat Bil.4/2022 disahkan sebulat suara tanpa sebarang pindaan. 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara yang dibangkitkan. 4. PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 Kaedah PDPC Pengerusi menjelaskan secara ringkas kaedah-kaedah PdPc mengikut 4 kaedah iaitu komuniti pembelajaran professional, kemahiran berfikir aras tinggi (kBAT), Peta I-Think, Pembelajaran Abad ke-21 dan Google Classroom diteruskan seperti biasa. Tindakan: Semua GPI 4.2 DSKP Pengerusi memaklumkam penggunaan DSKP kekal sama dan pihak panitia telah menyediakan mengikut bilangan guru matapelajaran. Walaubagaimanapun untuk penghantaran kepada pihak pentadbir hanya menggunakan QR Code sahaja. Tindakan: Semua GPI 4.3 Pencerapan Pengerusi menjelaskan tentang jadual waktu pencerapan diadakan secara berperingkat. Jadual boleh dirujuk secara manual pada buku pengurusan. Pengerusi mamaklumkan pencerapan kendiri diadakan pada bulan Mac, pencerapan 1 akan diadakan antara bulan April hingga Julai, manakala pencerapan ke-2 akan diadakan pada bulan Ogos sehingga November. Tindakan: Semua GPI


4.4 Semakan Buku Latihan Semakan buku latihan akan dilaksanakan semasa waktu pencerapan. Pengerusi menjelaskan bahawa penghantaran buku untuk semakan adalah sebanyak 3 buah buku untuk kategori murid baik, 1 kategori murid sederhana, dan 1 kategori murid lemah. Pihak panitia telah menetapkan penggunaan sebuah buku tulis kecil dan sebuah buku aktiviti kepada murid-murid. Tindakan: Semua GPI 4.5 Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pengerusi memaklumkan supaya penulisan RPH perlulah selaras dalam kalangan ahli panitia. RPH hendaklah mengandungi objektif pembelajaran, aktiviti ( set induksi, pengembangan aktiviti dan penutup ), kehadiran dan refleksi. BRM perlu dihantar kepada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) pada 7 April 2023 yang perlu disertakan adalah Rancangan Pengajaran Tahunan, Dokumen Standard Prestasi atau Sukatan Pelajaran atau mengikut isi kandungan seperti dalam fail rekod mengajar tersebut. Tindakan: Semua GPI 4.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia supaya menjalankan PBD di dalam kelas masing-masing. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pentaksiran mengikut kesesuaian dan tahap pencapaian pelajar. 4.1.2 Penggunaan tapak PBD adalah yang asal dan ahli panitia diminta untuk print dan simpan untuk simpanan sendiri. Tindakan: Semua ahli panitia 4.7 Penggubalan Soalan 4.71 Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia untuk merujuk jadual guru penggubal soalan yang akan dimaklumkan nanti. Ahli panitia diminta cakna dan akur kepada tarikh-tarikh pentaksiran yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir supaya pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lancar. 4.7.2 Pengerusi mengingatkan kepada ahli panitia supaya menghantar kertas soalan ke bilik peperiksaan selewat-lewatnya 3 hari sebelum peperiksaan. Tindakan: Semua GPI


4.8 Anggaran Belanja Mengurus Panitia ( ABM ) Pengerusi memaklumkan agar ahli panitia dapat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan berhemah. Pengerusi meminta ahli-ahli panitia memaklumkan bahan atau peralatan yang diperlukan untuk digunakan dalam PDPC. Tindakan: Semua ahli panitia 5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Pembentangan dilakukan oleh Pn. Suriani berkenaan Program Pemantapan Rohani dan Sahsiah. Pengerusi memaklumkan agihan tugas Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2023 telah ditetapkan. Agihan tugas ini merangkumi jawatankuasa program-program yang akan dilaksanakan. Pengerusi meminta agar ahli-ahli panitia dapat menerima tugasan yang telah diagihkan dan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bagi melancarkan pengurusan panitia. Tindakan: Semua GPI 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Penyelaras Tasawwur Islam Ustazah Radin menerangkan bahawa mata pelajaran Tasawwur Islam pada tahun ini adalah terbuka kepada yang berminat sahaja. Kelas akan dilaksanakan diluar jadual. Ustazah Radin juga memaklumkan bahawa taklimat akan diberi kepada pelajar dalam masa terdekat dan murid-murid diminta untuk mengisi ‘Google Form’. Tindakan: Ustazah Radin 6.2 Penyelaras KKQ 6.2.1 Ustazah Rodhiah mencadangkan wujud 2 kelas KAA pada tahun ini memandangkan permintaan muid yang ramai. Perbincangan dibuat bersama Penolong Kanan 1 untuk tindakan susulan. 6.2.2 Pihak penyelaras KKQ menyatakan penetapan buku latihan topical khusus untuk hafazan. Tindakan: Ustazah Rodhiah


6.3 Penyelaras Bahasa Arab 6.3.1 Ustazah Zunaidah memaklumkan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak penyelaras Bahasa Arab untuk menarik minat murid-murid untuk bercakap dalam Bahasa Arab. 6.3.2 Pihak peneyelaras Bahasa Arab menetapkan penggunaan buku hasil penulisan Abu Sakinah sebagai rujukan dan latihan kepada murid-murid. Tindakan: Ustazah Zunaidah 6.4 Program Ihya’ Ramadan Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat dalam bulan Ramadan seperti Tadarus al-Quran, Zikir dan Tazkirah pagi, Majlis Khatam al-Quran, dan Infaq Ramadan. Hasil perbincangan adalah mengikut ketetapan berikut: 6.4.1 Majlis Khatam al-Quran akan dilaksanakan pada 14 April 2023 di Dewan Seri dan diketuai oleh Ustazah Wan Norhayati . Beberapa orang murid akan dipilih untuk membaca ketika majlis khatam tersebut. 6.4.2 Pemberian infaq Ramadan akan dilakukan pada tarikh yang sama Majlis Khatam al-Quran iaitu 14 April 2023. Pengerusi memaklumkan senarai nama penerima infaq untuk sesi pagi pada Ustazah Suriani, manakala sesi petang pada Ustazah Nurul Hazwani. Pengerusi juga memaklumkan pemberian infaq adalah berbentuk wang dan pembukusan makanan. 6.4.3 Risalah-risalah Ramadan akan diedarkan ke setiap kelas sebagai sudut Ramadan Tindakan: Semua ahli panitia 6.5 Program Dakwah (PEKDIS) Ustaz Zarimi memaklumkan bayaran yuran PEKDIS adalah sebanyak RM12. Tindakan: Ustaz Zarimi bin Mohamad@Abdullah 6.6 Penambahan RPH Sivik Pengerusi mengingatkan kepada ahli panitia bahawa penambahan RPH Sivik mesti dimasukkan dalam PDPC setiap minggu ke-4 pembelajaran. Tindakan : Semua ahli panitia 6.7 Pertandingan MTQS Pengerusi meminta supaya kertas kerja program MTQS perlu disiapkan untuk pembahagian tugas masing-masing. Pengerusi memaklumkan bahawa penghantaran peserta perlu dilakukan dengan segera.


Tindakan : Ustazah Rodhiah Ismail 6.8. Musolla Pengerusi memaklumkan penyelaras musolla sesi ini adalah Puan Wan Norhayati untuk sesi pagi dan Pn Nurul Hazwani untuk sesi petang. Semoga pengurusan akan lebih ceria daripada sebelumnya. Tentang pertandingan musola, panitia belum dapat apa-apa maklumat daripada Pejabat Pendidikan Daerah. Segala perubahan akan dimaklumkan. Tindakan :Penyelaras Musolla 7. PENANGGUHAN Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi. Urus Setia Panitia Pendidikan Islam Tarikh : 17 Mac 2023


PERKARA : Maklum Balas Minit Mesyuarat Kali Pertama Panitia TARIKH : 15 Mac 2023 ( Rabu ) TEMPAT : Bilik Guru M/S PARA PERKARA 3 4.5 Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Penulisan Ranc Pengajaran Harian (RPH). Ketua Panitia mengingatkan BRM perlu dihantar kepada Kanan Mata Pelajaran (GKMP) pada 7 April 2023 dan sertakan Rancangan Pengajaran Tahunan, Dokumen Sta dan Sukatan Pelajaran. 5 6.0 6.4 Program Ihya’ Ramadan Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam bulan Ram seperti Tadarus al-Quran, Zikir dan Tazkirah pagi, Majlis K al-Quran, dan Infaq Ramadan. 5 6.0 6.5 Program PEKDIS Ustaz Zarimi memaklumkan bayaran yuran PEKDIS a sebanyak RM12. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN S


P.Islam, Tasawwur Islam dan Bahasa Arab UNIT/ PANITIA TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/ ULASAN cangan a Guru perlu andard Tindakan : Semua GPI Semua GPI telah membuat dan dalam proses penghantaran madan hatam Tindakan : Semua guru Sedang dilaksanakan adalah Tindakan : Guru berkenaan Selesai SERI SERDANG


6 6.0 6.7 Pertandingan MTQS Pengerusi meminta supaya kertas kerja program MTQS pe disiapkan untuk pembahagian tugas masing-masing. Penge memaklumkan bahawa penghantaran peserta perlu dilaku dengan segera. Disediakan oleh: ………………………………………………… ( PN NURUL HAZWANI BINTI BAHRIM) Tarikh : ………………………


erlu erusi ukan Tindakan : Guru berkenaan Nama-nama peserta telah dikumpulkan dan akan dihantar kepada pihak PPD. Disahkan oleh: ………………………………………………… (PUAN SERINA BT JAAFAR) ………….


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN TAKWIM TAHUNAN


TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2023/2024 BIL AKTIVITI/PERKARA TARIKH TINDAKAN 1 Pecutan Akhir SPM Jan-Feb 2023 Semua GPI 2 Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 Jan 2023 GPI Ting 4 3 Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 1,2,3 Februari 2023 GPI Men.Rendah 4 Mesyuarat Kurikulum 14hb Mac 2023 Semua GPI & Guru SMKSS 5 Mesyuarat Panitia Kali 1/2023 15hb Mac 2023 Semua GPI 6 Program Peningkatan GPI (PLC) kali-1 15hb Mac 2023 KP PI 7 Pelancaran Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan 24hb Mac 2023 Penyelaras Tasawur Islam 8 Bacaan Yaasin Setiap Pagi Jumaat GPI Bertugas 9 Program Keceriaan Musola Sepanjang tahun KP,Pen KP,Penyelaras 10 Program Khatam Al-Quran, Infak ,Iftar 14hb April 2023 Semua GPI 11 Pertandingan aktiviti ADNI/MQSS peringkat sekolah 12hb Mei 2023 Penyelaras B.Arab/KKQ 12 Latihan peserta ADNI/MQSS April-Mei 2023 Penyelaras Aktiviti 13 Pentaksiran Setara 1 15hb Mei 2023 Semua GPI 14 Program Peningkatan GPI (PLC) kali-2 Jun 2023 Penyelaras B.Arab 15 Pelantikan Lembaga Musola 19hb Jun 2023 Guru Lembaga Musola 16 Program Idola Pujaan Hati April – Feb (murid Ting 1-Ting 5) Semua GPI 17 Program Gemilang Pendidikan Islam (murid Ting 1 dan Ting 5) Mac – Februari 2024 Semua GPI 18 Program Insan Cemerlang (Semua murid Ting 1 dan 5) Mac – Januari 2024 Semua GPI 19 Tuisyen Bersepadu (Kelas Kepong/Kem Akademik Ting 5) Mei- Februari GPI Ting 4 & Ting 5 20 Mesyuarat Bidang Kemanusiaan Kali2 6hb Julai KP dan Pen KP 21 Mesyuarat Panitia Kali 2/2023 7hb Julai Semua GPI 22 Program Awal Muharam Julai-Ogos 2023 GPI Petang (Pn Nurul Hazwani) 23 Bulan Akademik /Kibar Jalur Gemilang Pengurusan Jenazah Ogos- September Pn Salwa 24 Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 dan 5 7hb Ogos 2023 Semua GPI 25 Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 1,2,3 15hb Ogos 2023 Semua GPI 26 Pelancaran Bulan Akademik /Kibar Jalur Gemilang/Solat hajat 1 29hb Ogos 2023 Semua GPI SMK SERI SERDANG, TAMAN SERI SERDANG 43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR KOD:BEA8606 TEL : 0389489199 FAX : 0389488995


27 Bengkel Teknik Menjawab SPM Slot 1 Slot 2 8hb 11hb September Pn Suriani Pn Radin Khadijah 28 Bulan Akademik /Kibar Jalur Gemilang Solat Hajat 1 Oktober Pn Wan Norhayati 29 Mesyuarat Panitia Kali 3 Program Peningkatan GPI (PLC) kali-3 September Semua GPI Penyelaras Tasawur Islam 30 Pentaksiran Pusat UTQH SPM 10hb Oktober GPI Men.Atas 31 Sambutan Maulidurasul Oktober GPI Petang 32 Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 4hb Disember 2023 Semua GPI 33 Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 1,2,3 8hb Januari 2024 34 Mesyuarat Panitia Kali 4/2022 5hb Februari 2024 Semua GPI 35 Hari Kebesaran Islam Bulan Rejab/Syaaban Solat Hajat Perdana 8hb Februari 2024 Pn Wan Norhayati Us Muhd Zarimi DISEDIAKAN OLEH ………………………….. SURIANI BINTI MUHAMMAD


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN JADUAL BERTUGAS


JADUAL BERTUGAS PENGAWAS MUS DAN DI DEWAN SERI (MAJLIS BACAAN Y HARI NAMA PENGAWAS MUSOLLA SELASA 1. Marsya Raihani binti Mohd Ramzi (4PA1) 2. Nur Elisa Shamylia binti Ahmad Hisham (4 PA1) 3. Iman Sofiyah binti Luqman Nul Hakim (4STT) KHAMIS 1. Ainnur Sarah binti Zainal Abidin (5PN) 2. Nur Aqilah Maisarah binti Aidil Mustafa (4ST) JUMAAT 1. Nurul Iman bin ti Abdul Hadi (5PN) 2. Nur Shakira Amylea binti Ahmad Farizal (5PN) 3. Nur Maisarah binti Novbli (5PN) 4. Putri Afifah binti Amirkahar (4 Ekonomi 2) 5. Putri Afiqah binti Amirkahar (4 Ekonomi 2) JUMAAT 1. Bazli Muhaimin bin Badrul Hisyam (5ST) 2. Muhammad Nafizzuddin Azri bin Abd Sukor (5STT) 3. Aliff Irfan bin Arba’in (5PN) 4. Muhammad Firdaus Yong Bin Mohd Ridzuan Yong (5PN) 5. Zaim Bin Abdul Aziz (5PN) 6. Muhammad Aminullah Bin Roslan (5PN) 7. Muhammad Izzriq Zaquan Bin Mohd Fazriq (5PN 8. Muhammad Fakhrul Al-Hakim Bin Mohd Farid (5PN)


OLLA DI MUSOLLA NUR SALAM YAASIN) SESI 2023/2024 – SESI PAGI MASA TUGASAN ) 1.00 – 2.00 Petang 1. Sapu lantai musolla (GUNA PENYAPU BAHAGIAN DALAM MUSOLLA SAHAJA) 2. Sapu lantai bahagian koridor yang berpagar besi (GUNA PENYAPU KORIDOR SAHAJA) 3. Pastikan sejadah dan telekung solat disusun rapi 4. Lap almari cermin (permukaan atas dan cermin pintu) 5. Pastikan tempat mesin air Cuckoo tidak dibasahi air 6. Pastikan tempat wuduk lelaki dan perempuan bersih 12.30-1.30 T/hari N) 7.00-7.30 pagi 1. Susun kerusi di bahagian depan dewan untuk pembaca Yaasin dan guru-guru lelaki duduk. 2. Susun kerusi di bahagian belakang (kiri dan kanan dewan) untuk guru perempuan duduk. 3. Keluarkan surah Yaasin dari tempat simpanan di belakang dewan. 4. Kemas dewan setelah majlis bacaan Yaasin bersurai.


JADUAL BERTUGAS PENGAWAS MUS DAN DI BALAI SERI (SESI 202 HARI NAMA PENGAWAS MUSOLLA ISNIN 1. Muhammad Asyraf Bin Azman 2. Muhammad Naufal Danish Bin Ishak 3. Mawaddah Binti Nazaruddin 4. Nur Aleesya Umairah Binti Zawawi SELASA 1. Muhammad Firas Danish Bin Muhammad Farid 2. Muhammad Eizz Faris Bin Badrul Hisham RABU 1. Muhammad Irfan Bin Mohd Taufiq 2. Ammar Ryzky Bin Mohd Farid 3. Muhammad Adam Bin Azman KHAMIS 1. Muhammad Musyrif Raihan Bin Mohd Ramzi 2. Khairul Iqram Bin Abdullah 3. Mawaddah Binti Nazaruddin 4. Nur Aleesya Umairah Binti Zawawi JUMAAT 1. Muhammad Irfan Zaquan Bin Ahmad Hisham 2. Afif Najmi Bin Shahrizal


SOLLA DI MUSOLLA NUR SALAM 23/2024) – SESI PETANG TUGASAN 1. Sapu lantai musolla dan Balai Seri (GUNA PENYAPU BAHAGIAN DALAM MUSOLLA SAHAJA) 2. Sapu lantai bahagian koridor yang berpagar besi (GUNA PENYAPU KORIDOR SAHAJA) 3. Pastikan sejadah dan telekung solat disusun rapi 4. Lap almari cermin (permukaan atas dan cermin pintu) 5. Pastikan tempat mesin air Cuckoo tidak dibasahi air 6. Pastikan tempat wuduk lelaki dan perempuan bersih 7. Susun kerusi di bahagian depan dewan untuk pembaca Yaasin dan guru-guru lelaki duduk. 8. Susun kerusi di bahagian belakang (kiri dan kanan dewan) untuk guru perempuan duduk. 9. Keluarkan surah Yaasin dari tempat simpanan di belakang dewan. 10. Kemas dewan setelah majlis bacaan Yaasin bersurai. 11. Pastikan pintu, pili air, kipas, lampu dan tingkap di Balai Seri dan Musolla ditutup selepas waktu Asar.


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN ADAB PENGGUNAAN MUSOLLA


ADAB PENGGUNAAN MUSOLLA • Sila tanggalkan kasut sebelum masuk. Kasut hendaklah diletakkan dalam keadaan yang teratur. • Dilarang makan dan minum di dalam dan di sekitar musolla. • Dilarang melepak di dalam dan di sekitar musolla. •Jaga kebersihan ketika berada di dalam musolla dan selepas menggunakannya. • Dilarang menconteng atau merosakkan segala kemudahan yang terdapat di dalam musolla. •Jimatkan penggunaan elektrik. Pastikan suis lampu, kipas dan sebagainya ditutup sebaik sahaja selesai digunakan. • Guru mesti bersama pelajar ketika berada di dalam musolla. •Jaga semua peralatan yang telah disediakan di musolla. • Simpan semula semula peralatan atau kemudahan yang telah digunakan seperti sejadah, telekung dan lain-lain. • Sila pastikan keselamatan barang sendiri. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kecurian. • Tutup semua tingkap dan pintu sebelum meninggalkan surau.


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN PERATURAN KHAS MUSOLLA


PERATURAN KHAS MUSOLLA Memakai pakaian yang kemas, bersih dan menutup aurat ketika di surau. Mengambil wuduk sebelum masuk ke surau. Masuk ke surau dengan mendahulukan kaki kanan. Membaca doa masuk ke surau َوا َب َر ْح َمتِ َك" ْب َ ْي أ تَ ْح ِل ُهَّم افْ َّ " اَلل Mengucapkan salam kepada orang yang berada di dalam surau. Sekiranya tiada ucapkanlah "Assalamu'alaina wa 'ala iba dilla hisso lihin". Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Duduk beriktikaf dengan khusyuk, bersopan serta menghadap kiblat. Melakukan ibadah seperti berwirid, berzikir, membaca al-Quran atau berdoa. Tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain di surau. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna. Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang solat. Keluar dari surau dengan tenang. Keluar dari surau dengan kaki kiri. َك ِم ْن فَ ْضِلك masjid dari keluar doa Membaca ُ ل َ ْسأ َ ِنِِّي أ ُهَّم إ َّ "اَلل


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN SOP COVID-19 (MKN)


SOP COVID-19 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA


FAIL A1 : PENGURUSAN PENTADBIRAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH (KPM)


GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH


KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Tujuan 3 2. Peranan dan Tanggungjawab 4 2.1 Pentadbir 4 2.2 Penyelaras Surau 4 3. Pelaksanaan 5 3.1 Solat Secara Bersendirian 5 3.2 Solat Berjemaah bagi Murid di Sekolah 5 3.3 Solat Berjemaah bagi Murid di Asrama 6 3.4 Surau Sekolah untuk Solat Jumaat 6 3.5 Sebelum ke Surau 7 3.6 Semasa di Surau 7 3.7 Selepas Solat 8


1. Tujuan 1.1. Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolahrendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftardengan KPM. 1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan: 1.2.1. Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020); 1.2.2. surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri bawah naungan raja- raja dan enakmen negeri; dan 1.2.3 surat pekeliling ikhtisas,suratsiaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.


2. Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti berikut: 2.1. Pentadbir Sekolah 2.1.1. surau sekolah dalam keadaan bersih dan selamatuntuk digunakan oleh murid dan warga sekolah; dan 2.1.2. garis panduan ini dipatuhi sepenuhnya oleh murid dan warga sekolah. 2.2 Penyelaras Surau Penyelaras surau perlu menyediakan: 2.2.1 jadual bertugas; 2.2.2 sabun/pensanitasi tangan; 2.2.3 pelan laluan arah keluar dan masuk murid ke surau; dan 2.2.4 tanda penjarakan satu (1) meter di pintu masuk dan keluar surau, semua ruangan solat, tempat wuduk dan tandas.


3. Pelaksanaan 3.1. Solat Secara Bersendirian 3.1.1. Murid boleh mendirikan solat secara bersendirian di surau atau bilik-bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. 3.1.2. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan murid lain semasa berada di surau dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial. 3.2. Solat Berjemaah bagi Murid di Sekolah 3.2.1. Murid boleh menggunakan surau sekolah untuk menunaikan solat secara berjemaah berdasarkan kapasiti yang telah ditetapkan dengan mengambil kira penjarakansosial. 3.2.2. Murid perlu segera menunaikan solat berjemaah di surau bagimemberikanlaluankepada jemaahyang berikutnya. 3.2.3. Murid juga boleh mendirikan solat berjemaah di bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. 3.3. Solat Berjemaah bagi Murid di Asrama 3.3.1. Sekiranya kapasiti murid melebihi daripada jumlah jemaah yang dibenarkan pada satu-satu masa,


kaedah penggiliran boleh dilaksanakan. 3.3.2. Murid juga boleh mendirikan solat sama ada di bilik (dorm) atau di bilik-bilik khas di kawasan asrama mengikut ketetapan serta peraturan pihak sekolah. 3.4. Surau Sekolah untuk Solat Jumaat 3.4.1. Tertakluk pada Jabatan Agama Islam Negeri bawah naungan raja-raja dan surat siaran serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. 3.4.2 Tertakluk pada pemakluman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa, jemaah hanya dibenarkan kepada untuk murid, guru, warga sekolah dan individu seperti berikut: a. imam, bilal dan ahli jawatankuasa surau yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau komuniti untuk mengendali urusan solat Jumaat di surau sekolah; b. pekerja kontrak kebersihan; c. pekerja kantin sekolah;


d. pekerja perkhidmatan makanan bermasak di asrama; dan e. pengawal keselamatan. 3.5. Sebelum ke Surau 3.5.1. Setiap murid mesti membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk kegunaan semasa di surau atau bilik- bilik khas yang telah ditetapkan sebagai tempat solat. 3.5.2. Murid tidak dibenarkan berkongsi kelengkapan tersebut. 3.5.3. Murid hendaklah berwuduk di tempat yang telah ditetapkan. 3.6. Semasa di Surau 3.6.1. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan murid lain semasa berada disurau serta sentiasa mematuhi penjarakan sosial. 3.6.2. PdP seperti tasmik untuk Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) boleh dilaksanakan dengan mematuhi penjarakan sosial.


3.7. Selepas Solat 3.7.1. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas menunaikan solat. 3.7.2. Murid perlu segera beredar sebaik selesaimenunaikan solat. - TAMAT -


SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN DENGAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. Adakah penggunaan surau sekolah dibenarkan? Ya, untuk solat dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). 2. Adakah orang luar dibenarkan solat di surau sekolah? Tidak. Surau sekolah hanya dibenarkan untuk murid, guru, warga sekolah dan individu seperti berikut: a. imam, bilal dan ahli jawatankuasa surau yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau komuniti untuk mengendali urusan solat Jumaat di surau sekolah; b. pekerja kontrak kebersihan; c. pekerja kantin sekolah; d. pekerja perkhidmatan makanan bermasak di asrama; dan e. pengawal keselamatan. 3. Adakah aktiviti kuliah atau pengajian kitab dibenarkan di surausekolah? Tidak, kecuali aktiviti PdP.


4. Adakah aktiviti korban boleh dianjurkan di surau sekolah? Tidak. -TAMAT-


Click to View FlipBook Version