PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
Elemen-elemen
Penentu Kejayaan
Komitmen Modal insan Memastikan Penggunaan
berterusan berkualiti kecekapan sistem teknologi yang
daripada pihak merupakan pengurusan dan menyeluruh
pengurusan elemen utama segala program dalam semua
tertinggi dan dalam yang dirancang proses kerja bagi
penglibatan mencapai visi serta yang memastikan mutu
sepenuhnya dan misi JPM. dilaksanakan perkhidmatan
warga JPM Pembangunan menepati yang cekap dan
dalam modal insan yang piawaian yang
melaksanakan holistik melalui telah ditetapkan. berkesan.
pengukuhan ilmu
tugas sebagai pengetahuan dan
sebuah pasukan. kemahiran serta
mempunyai
keperibadian
tinggi.
KOMITMEN DAN PENGLIBATAN
SEPENUHNYA PENGURUSAN TERTINGGI DAN
WARGA JABATAN
PENGUKUHAN KAPASITI ORGANISASI
MELALUI PERTAMBAHAN PEGAWAI YANG
BERKOMPETENSI TINGGI
PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN
YANG BERKESAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
YANG MENYELURUH
51
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
Mekanisme Pelaksanaan
Pelan Strategik JPM 2015-2020 akan dijadikan panduan utama dan dilaksanakan dengan penuh komitmen
oleh seluruh warga JPM bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Pelaksanaan strategi dan pelan
tindakan yang telah digariskan memerlukan pemantauan yang terperinci. Bagi memastikan setiap bahagian
di JPM melaksanakan peranan masing-masing, strategi dan pelan tindakan dalam pelan strategik ini akan
dipantau dan dikaji semula mengikut perancangan seperti berikut:
Mesyuarat pemantauan pelan strategik: pemantauan setiap tahun.
Penilaian pencapaian pelan strategik: setiap 3 tahun dengan mengambil kira perubahan persekitaran
dan keutamaan JPM.
2 peringkat jawatankuasa diwujudkan untuk melaksana dan memantau Pelan Strategik JPM iaitu:
Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik JPM.
Jawatankuasa Pelaksana Pelan Strategik peringkat bahagian.
52
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
Pengerusi:
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
Struktur Timbalan Pengerusi: Pem-
Jawatankuasa Pemandu
Pelan Strategik JPM Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan
bangunan)
Setiausaha:
Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengurusan
Sumber Manusia
Ahli-ahli:
Setiausaha Bahagian Pembangunan
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan
Setiausaha Bahagian Kewangan
Setiausaha Bahagian Audit Dalam
Ketua Akauntan
Ketua Unit PPA1M
Timbalan Ketua Komunikasi Korporat
Ketua Unit Integriti
Penasihat Undang-undang
Urus Setia:
Seksyen Pengurusan Inovasi dan Dasar,
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
53
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
Jawatankuasa Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik JPM
Pemandu bertanggungjawab untuk memantau secara keseluruhan
Pelan Strategik JPM pelaksanaan dan pencapaian program/aktiviti dan petunjuk
prestasi yang disasarkan dalam Pelan Strategik ini.
Jawatankuasa dipantau oleh Timbalan Ketua Setiausaha
Kanan, Jabatan Perdana Menteri dengan ahli-ahlinya terdiri
daripada Timbalan Ketua Setiausaha dan Setiausaha-
setiausaha Bahagian. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat
mengikut keperluan dan lazimnya dibincangkan bersekali
semasa Mesyuarat Pencapaian Pelan Strategik dan Sasaran
Kerja Tahunan JPM, Mesyuarat Mingguan TKSUK JPM atau
dibincangkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat
Pengurusan Mingguan TKSUK JPM. Fungsi Jawatankuasa ini
ialah seperti berikut:
1. Memantau pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
semua Bahagian/Unit seperti yang ditetapkan dalam
Pelan Strategik.
2. Menilai impak aktiviti/perkhidmatan yang disediakan
kepada pelanggan.
3. Membuat penyesuaian strategik kepada perancangan
yang sedia ada sekiranya berlaku perubahan dan
persekitaran operasi jabatan.
4. Menyelesaikan isu-isu dasar yang menyentuh
pelaksanaan Pelan Strategik.
5. Menjalankan kajian semula ke atas Pelan Strategik.
Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksana Pelan Strategik merupakan
Pelaksana mekanisme pemantauan di peringkat Bahagian-bahagian di
Pelan Strategik Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa ini dipengerusikan
Peringkat Bahagian oleh Setiausaha Bahagian dengan keahliannya terdiri daripada
Ketua-ketua Seksyen di bahagian tersebut. Jawatankuasa
akan bermesyuarat mengikut keperluan dan lazimnya akan
bermesyuarat bersekali dengan Mesyuarat Bahagian atau
Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan Bahagian. Fungsi
Jawatankuasa ini ialah seperti berikut:
1. Mewar-warkan kandungan Pelan Strategik kepada
seluruh pegawai di Bahagian/Unit berkenaan serta
memupuk komitmen mereka.
2. Menyelaras SKT supaya selaras dengan Pelan
Strategik.
3. Memantau pencapaian SKT setiap seksyen di peringkat
Bahagian/Unit.
4. Menyelesaikan isu-isu teknikal untuk melicinkan
pelaksanaan Pelan Strategik.
5. Menilai impak kepada aktiviti/perkhidmatan yang
disediakan kepada pelanggan.
54
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
BAB 4
Penutup
“Sebagai tunjang kepada pelaksanaan dasar negara, penjawat awam perlulah menumpukan
segala usaha dan tenaga ke arah merealisasikan agenda Transformasi Perkhidmatan Awam
demi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan kejayaan program serta inisiatif
transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan.”
YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
Majlis Taklimat Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
9 Mac 2015
55
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
The Way Forward
Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan amat diperlukan untuk memastikan
agenda transformasi negara dapat dicapai. Perubahan persekitaran serta ekspektasi pelanggan dan
pemegang taruh (stakeholders) yang semakin meningkat memerlukan tindakan yang pantas dan proaktif oleh
agensi sektor awam. Keberkesanan sektor awam selaku pemudah cara yang efektif dan berintegriti adalah
penting untuk memastikan agenda transformasi negara dapat dicapai.
JPM akan terus memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan perancangan yang dilaksanakan dapat
menghasilkan impak yang besar dan signifikan kepada pembangunan negara. Pelan Strategik JPM 2015-2020
yang dirangka dengan menggariskan fokus utama berserta pelan tindakan diharap dapat memandu JPM
memperkukuhkan hala tuju dalam kerangka agenda Program Transformasi Kerajaan yang diinspirasikan oleh
pemimpin negara.
Selepas berakhirnya tempoh pelan strategik ini pada tahun 2020, diharapkan semua sasaran yang telah
ditetapkan dapat dipenuhi dan JPM akan lebih menyerlah dari aspek perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
penyelarasan program-program berkaitan. JPM akan terus menitikberatkan perkara-perkara berikut:
Pengurusan dan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi sahsiah, keperibadian dan
berprestasi tinggi;
Pengurusan kewangan yang cekap dan berintegriti
Pengurusan projek-projek pembangunan yang cekap, berkesan serta memberi impak dari segi nilai
untuk wang;
Penyampaian perkhidmatan yang proaktif, cekap dan responsif
Pemantapan kapasiti dan tadbir urus organisasi;
Pelaksanaan kolaborasi dan rangkaian strategik dengan jabatan/agensi lain yang berkaitan; dan
Peningkatan kreativiti dan inovasi.
56
PELAN STRATEGIK JABATAN PERDANA MENTERI 2015 : 2020
Rumusan
Pelan Strategik JPM 2015-2020 adalah aspirasi warga JPM untuk menjadi peneraju penyampaian
perkhidmatan dan tadbir urus terbaik dalam Sektor Awam. Ia juga merupakan pelan yang menetapkan hala
tuju JPM bagi tempoh enam tahun akan datang.
Dengan berlandaskan kepada Pelan Strategik ini, JPM akan terus berusaha untuk memantapkan
penyampaian perkhidmatan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan pentadbiran awam sebagai
jentera yang cekap, mesra pelanggan dan responsif terhadap peranan dan keperluan semasa stakeholders
dan pelanggan.
Oleh itu, koordinasi, kerjasama berpasukan dan rasa pemilikan bersama dalam kalangan pelbagai pihak di
JPM adalah amat penting. Semoga inisiatif-inisiatif yang digariskan dalam pelan ini dapat dijadikan panduan
kepada warga dalam melaksanakan peranan JPM bagi memartabatkan sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan yang progresif, mempunyai daya perubahan tinggi serta memandang ke hadapan.
57