The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amir Ikhwan, 2022-10-07 19:14:56

BUKU PROGRAM MICT 2022

MRSM Pengkalan Chepa

Program

MOCK INTERVIEW DAN

BICARA KERJAYA

2022

MRSM PENGKALAN CHEPA

dengan kerjasama

ANSARA KB

Tarikh : 7 & 8 Oktober 2022
Masa : 8.00-6.00 ptg
Tempat : Dewan Bitara MRSM Pengkalan Chepa

Sebaris madah

PENGETUA MRSMPC




Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya, saya diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana dapat menyempurnakan Program Mock Interview dan Bicara Kerjaya
ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu program ini tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Untuk makluman semua, perancangan untuk MICT 2022 pada awalnya
telah dirancang sejak pertengahan tahun 2021. Walau bagaimanapun, tarikh yang ditetapkan pada waktu itu
terpaksa ditunda sebanyak dua kali akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.

Oleh itu, saya selaku Pengetua MRSM Pengkalan Chepa ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran
kepada Yang Maha Esa kerana pada tahun 2022 ini, kita diberi kesempatan untuk menjayakan program
MICT 2022 dengan kerjasama pihak ANSARA KB yang sudi turun padang dalam program ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ANSARA KB kerana
mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan program MICT 2022 untuk anak-anak MRSM Pengkalan
Chepa. Tidak dilupakan juga, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa
Program MICT 2022 dan semua warga MRSMPC yang telah berusaha gigih sehingga berjaya
menyempurnakan Program MICT 2022 dengan jayanya.

Akhir kalam, diharapkan dengan terlaksananya program MICT 2022 ini, anak-anak MRSMPC memperoleh
pengalaman serta ilmu yang berguna untuk dijadikan panduan pada masa yang akan datang. Mudah-
mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi ganjaran amal soleh kita di kemudian hari. Insya'Allah.

Sekian. Wassalam
Hj. Ahmad Naszeri bin Salleh
Pengetua MRSM Pengkalan Chepa

Seuntai kata

ANSARA KB

Assalamualaikum wbkt
Dimulakan dengan Bismillah hirRahman nirRahim.

Syukur Alhamdulillah sukacitanya dapat kita bertemu lagi di dalam program MICT secara fizikal setelah 2 tahun kita
menjalankannya secara virtual. Perancangan untuk MICT2022 telah bermula sejak pertengahan tahun 2021 namun tarikh
yang dipilih terpaksa ditunda dua kali akibat perubahan jadual persekolahan tatkala Negara kita masih dalam proses
pemulihan dari pandemik Covid19.

Tahun ini kita akan bersama 294 pelajar tingkatan 5 untuk sesi Mock Interview manakala untuk sesi Ceramah Kerjaya (Career
Talk), seramai 278 pelajar Tingkatan 4 akan turut serta. Segala persiapan sedang hangat dijalankan di pihak ANSARA KB dan
kami sangat teruja untuk memastikan program ini akan berlangsung dengan jayanya. Ini adalah salah satu program tahunan
ANSARA KB dengan kerjasama MRSM PC yang bermula sejak awal tahun 2000, bagi memenuhi antara misi dan visi ANSARA
iaitu menabur bakti kepada alma mater kami yang tercinta.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi Terima Kasih kepada Pengetua YBhg Tuan Hj Ahmad Naszeri Salleh serta pihak
Kaunselor dan semua kakitangan dan pelajar MRSM Pengkalan Chepa yang membantu menjayakan program MICT2022 ini.
Juga, ribuan Terima Kasih kepada Jawatankuasa Kerja MICT2022 yang telah bertungkus lumus menyelaraskan Program ini.

Akhir sekali, setinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada kesemua 97 Ahli Panel MICT2022 yang sudi hadir dari dekat dan
jauh bagi menjayakan Program ini. Barisan Ahli-ahli Panel kita tahun ini bukan sahaja dari ANSARA KB malah juga dari
ANSARA Cawangan lain serta cendikiawan dari pelbagai sektor dan alumni. Semoga adik-adik kita dapat meraih sebanyak
ilmu dan pengalaman sepanjang bersama abang-abang dan kakak-kakak di program yang sangat bermakna ini. InsyaAllah.

Sekian, wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullah.

Nuraiza Dato’ Seri Zaharin
Ketua Cawangan
ANSARA Kota Bharu
1 Oktober 2022
#giveback
#MICT2022
#stailkitocarokito

Atur Cara





AHLI PANEL

MICT 2022





AHLI

JAWATANKUASA

AnsaraKB

AHLI

JAWATANKUIAnSdAuk

AHLI

JAWATANKUASA
Pelaksana

SEKALUNG

Penghargaan

Pihak MICT 2022 MRSM Pengkalan
Chepa ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan

Program Mock Interview dan
Bicara Kerjaya bagi tahun 2022.

ANJURAN BERSAMA

MRSM Pengkalan Chepa
Ansara KBPC


Click to View FlipBook Version