The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.1.2 RBT -MENGENALPASTI ELEMEN MEKATRONIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082801, 2021-08-17 21:58:03

1.1.2 RBT -MENGENALPASTI ELEMEN MEKATRONIK

1.1.2 RBT -MENGENALPASTI ELEMEN MEKATRONIK

REKA BENTUK
TEKNOLOGI
TINGKATAN 3

NAMA GURU : CIKGU JULIATI

BAB 1 REKA BENTUK
MEKATRONIK

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk mekatronik
1.1.2 Mengenalpasti elemen mekatronik

mengenal pasti elemen reka bentuk
mekatronik

Mekatronik merupakan bidang ilmu yang menggabungkan semua
elemen asas kejuruteraan ,iaitu :
v sistem elektrik
v sistem mekanikal
v sistem elektronik
v sistem kawalan dan pengaturcaraan

Sistem elektrik

v Merujuk kepada sistem yang menggunakan arus elektrik,
sama ada arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU)
sebagai sumber bekalan kuasa.

v Berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi
membolehkan peranti mekatronik menjalankan fungsi
yang ditetapkan

v mengambil kira aspek keselamatan, kedudukan peranti
dalam litar dan sambungan litar.



Sistem mekanikal

v Gabungan beberapa komponen mekanikal yang
berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu
sumber gerakan (motor) kepada bentuk yang lain

v Membolehkan produk berfungsi sama ada secara
bergerak atau berputar

v Contohnya gear dan tali sawat digunakan bagi
membolehkan pemain DVD dibuka dan ditutup



Sistem elektronik

v Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen
elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi
sesuatu sistem.

v Contoh komponen elektronik ialah perintang, diod, papan
litar, suis, penderia, transistor, kapasitor, litar bersepadu
dan lain-lain.



Sistem kawalan dan pengaturcaraan

v SISTEM KAWALAN

v Merupakan satu kaedah kawalan sistem yang digunakan
untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi
memastikan reka bentuk Mekatronik berfungsi secara
automatik dengan sempurna.



v PENGATURCARAAN

v Pengaturcaraan komputer ialah proses untuk membangunkan
atur cara komputer dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan seperti Java, Python, Visual Basic dan C++.

v Bahasa-bahasa pengaturcaraan ini menggunakan kod
berbentuk teks. Terdapat juga bahasa pengaturcaraan yang
tidak memerlukan penulisan kod berbentuk teks tetapi
menggunakan blok arahan yang sedia ada.

v Contoh bahasa pengaturcaraan ini ialah Scratch, mBlock,
JavaScript Block dan Ardublock.



TERIMA 01
KASIH 02
03
04
05
06


Click to View FlipBook Version