SK JALAN BAHARU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG Kali Ke-56 24 Jun 2023 (Sabtu) 8.30 Pagi Dewan Seri Mutiara
Isi Kandungan 01 TENTATIF PROGRAM 02 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SK JALAN BAHARU KALI KE-56 03 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SK JALAN BAHARU KALI KE-56 04 UCAPAN PENGHARGAAN YDP PIBG 05 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR 06 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-56 LAPORAN TAHUNAN 2022/2023 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-55 USUL DAN CADANGAN JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 PENGHARGAAN 07 08 09 10 11 12 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022/2023 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN 2022 13 m/s ii 1 2 3 4 5 6 8-20 21-25 26-28 29-30 31 32 i
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan Guru Besar Ucapan YDP PIBG Ucapan Perasmian Cabutan Bertuah Penyampaian Cenderahati Ucapan Pengerusi Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 / 2023 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022 / 2023 Perbahasan Usul (sekiranya ada) Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2023 Pemilihan dan Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023 / 2024 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah 8.30 pagi: Pendaftaran 9.00 pagi: 10.00 pagi: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 12.00 t/hari: Bersurai ii tentatif program
Ucapan Pengerusi Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 / 2023 berakhir 31 Disember 2022 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022 / 2023 Perbahasan Usul (sekiranya ada) Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2023 Pemilihan dan pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023 / 2024 Hal-hal lain dan; Ucapan Penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SK JALAN BAHARU KALI KE-56 1
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SK JALAN BAHARU KALI KE-56 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] Rujukan:SKJB (MASY) 900-4 /3 ( ) Tarikh : 2
Ucapan Penghargaan YDP PIBG Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-nya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-56 dapat dilaksanakan mengikut apa yang direncanakan. Selaku Yang Di-pertua PIBG SK Jalan Baharu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama kepada pihak pentadbir dan Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 kerana tidak jemu-jemu menyumbang masa, tenaga, idea dan wang ringgit dalam memastikan setiap program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga pengorbanan setiap ahli yang turut turun padang setiap kali sesuatu program dijalankan. Dalam pada itu, turut tidak dilupakan sokongan dan dokongan daripada ibu bapa dan waris yang sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di sekolah. Malah penglibatan semua ibu bapa dan waris dalam setiap program yang dijalankan memberikan gambaran bahawa sekolah, PIBG dan ibu bapa saling bekerjasama. Semoga Kerjasama dan hubungan yang terjalin antara ibu bapa dan persatuan ini dapat meningkatkan lagi kemenjadian anak-anak kita di sekolah dan dapat membantu dalam membentuk sahsiah yang baik buat anak-anak kita. SekianTerima Kasih MUHAMMAD YUSOF BIN IBRAHIM 3
SUHARDI BIN ABDUL TALIB Kata Alu-Aluan Guru Besar Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat sama-sama berkumpul dalam menjayakan Mesyuarat Agung SK Jalan Baharu Kali Ke-56 pada tahun ini. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 atas pengorbanan tuan-puan meluangkan masa, mencurahkan tenaga, mengerah idea dan mencari dana dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak PIBG mahupun sekolah. Semoga keprihatinan dan komitmen tuan-puan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Diharapkan segala usaha pihak PIBG membantu anak-anak permata SEKEJAB juga mendatangkan impak positif dalam aspek kemenjadian murid iaitu akademik, kokurikulum serta sahsiah diri selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan "Anak Baik lagi Cerdik (ABC)". Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada semua guru SEKEJAB yang bertungkus lumus dan berusaha keras bagi memastikan mesyuarat agung ini berjalan lancar. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak daripada para pentadbir, guru-guru dan juga staf SK Jalan Baharu senada dengan tema kita "selangkah ke hadapan janji bersama" bagi memastikan pencapaian anak-anak permata SEKEJAB dalam semua bidang akan tercapai. Akhir sekali, saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan AJK PIBG, guru-guru, semua ibu bapa dan penjaga serta warga kerja SK Jalan Baharu atas segala sumbang bakti ke arah kecemerlangan murid, guru dan sekolah selama ini dan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "Malaysia Madani" "Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara" 4
Jawatankuasa PIBG SK Jalan Baharu 2022 / 2023 Ex-Officio (Penasihat): Guru Besar Yang Di-Pertua (YDP): En. Muhamad Yusof Bin Ibrahim Naib Yang Di-Pertua (NYDP): Pn. Noormala binti Harun Setiausaha: Pn. Rafiza binti Abdul Razak Bendahari: Pn. Salina binti Mansor Pn. Choo Wai Ling En. Muhammad Suyuthi bin Abdul Samad Pn. Norhasnita binti Mohd Said En. Sawira bin Mat Isa Pn. Suraty binti Saad Ahli Jawatankuasa Guru: Pn. Anis Tasnim binti Md Yusof Pn. Norafilah binti Said En. Mohd Shukri bin Hj. Mohamed Pn. Noor Linda Saeila binti Harun En. Mohd Kamarulzaman bin Zulkepeli Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa: Pn. Noor Mazwan binti Abu Bakar Pn. Aida Shariza binti Said Juruaudit Dalaman: 5
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Baharu 2023 Ex-Officio (Penasihat): En. Suhardi bin Abdul Talib (Guru Besar) Yang Di-Pertua (YDP): En. Mohd Yusof bin Ibrahim Naib Yang Di-Pertua (NYDP): Pn. Noormala binti Harun Setiausaha: Pn. Rafiza binti Abdul Razak Bendahari: Pn. Salina binti Mansor Barisan Pentadbir Barisan JK PIBG Pn. Aida Shariza binti Said Pn. Norasifah binti Mat Kosim En. Mohd Hanis bin Abu Hasan En. Mohd Sawira bin Mat Isa En. Abdul Sharil Hazri bin Nordin Pn.Rohani binti Abu Bakar Pn. Sanariza binti Ahmad Rahim En. Aznan bin Bakar En. Mohammad Hasan bin Mohamad Yasin Pn. Norshida binti Ja'afar Pn. Noris binti Kasim Pn. Sunitha Sai a/p K. Krishnan En. Mohd Aimerul Haidhar bin Mhd Yousop En. Mohd Hairul bin Abd Malek En. Anas bin Ahmad Pn. Nur Atiqah binti Mokhtar Pn. Nor Zihan binti Hamid Pn. Kogeela Muniandy JK Jemputan & Sambutan: Juruacara Majlis; Bacaan Doa: Pengerusi Sementara: JK Buku Program: JK Persiapan Tempat (sebelum): JK Persiapan Tempat (selepas): Pn. Norhasnita binti Mohd Said Pn. Rosyidatun Husna binti Che Makhtar Pn. Ng Lee May Pn. Krishna Latha a/p Yanasakaran Pn. Zaharah binti Ahmad Pn. Siti Mariyam binti Abdullah Pn. Norjamiza binti Mohamad Nor Pn. Kamarieh binti Jahaya Pn. Farhaini binti Aziz Pn. Jamaliah binti Abu Bakar Pn. Norizah binti Mansor Pn. Aizra Rohaizad binti Abdullah Pn. Norfishah binti Osman Pn. Hjh. Sanisah binti Che Yunus Pn. Nurul Huda binti Wahab Pn. Rohani binti Omar Pn. Norliza binti Ramli Pn. Azizah binti Hashim Pn. Fadilah binti Senapi Pn. Rozina binti Mohamed Pn. Zainah binti Mohamed Pn. Aniza binti Umar Pn. Hartini binti Abdul Rahim JK Pendaftaran: JK Jamuan (VIP): JK Jamuan (Guru): JK Jamuan (Ibu Bapa): JK Persiapan Pentas: 6
Pn. Choo Wai Ling Pn. Zahira binti Abdul Aziz Pn. Zumilda binti Zainol Pn. Fadzilah binti Zanil@Zainal Pn. Normala binti Harun (PIBG) Pn. Anis Tasnim binti Md. Yusuf (PIBG) Pn. Norafilah binti Said (PIBG) Pn. Noor Linda Saiela binti Harun (PIBG) Pn. Suraty binti Saad Pn. Hjh. Amilah binti Shukor@Abd Shukor Pn. Nazirah binti Murad Pn. Samsiah binti Hamid En. Ahmad Halmi bin Hamil En. Muhammad Suyuthi bin Abdul Samad En. Muhammad Najmi bin Tajuddin En. Rozman bin Abdul rahim En. Hisham bin Salleh Pn. Lai Shu Ling Pn. Faridatulnur binti A.Aziz Pn. Fadilah binti Ung Feout Pn. Busyra binti Mohd Ali Pn. Shukriyah binti Saidin Pn. Amira binti Zainul Abidin Pn. Rosmaniza binti Mat Zain Sambungan.. JK Cenderahati , Sijil & Banner/ Gegantung: JK Cabutan Bertuah: JK Teknikal, Siar Raya & Multimedia: Jurugambar: JK Pencatat Minit Mesyuarat: JK Undian; Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Baharu 2023 7
LAPORAN TAHUNAN 2022 / 2023 8
Pengurusan Pentadbiran Pengurusan Kurikulum Pentadbiran / Kurikulum Pengemaskinian data sekolah Pengemaskinian jadual waktu / MMI Penataran Program Pembangunan Profesionalisme Bersepadu Pegawai Pendidikan Pengemaskinian stok dan aset sekolah serta naik taraf prasarana Pengurusan Badan Kebajikan Guru dan Staf (BAGUS) Majlis Persaraan Guru Majlis Pertukaran Guru Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah Pesta Buah-buahan Program Bakul Kongsi Rezeki dan Ambang Aidilfitri Sambutan Hari Guru Hari Keluarga di Pulau Pangkor Pertandingan Boling Tenpin Program Transisi Tahun 1 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Pemantapan Pengurusan Panitia Peringkat Sekolah Pemantapan Pelaksanaan Program NILAM, STEM dan Pemulihan Khas Majlis Apresiasi Peringkat Sekolah Program Kecemerlangan Kurikulum Pemerkasaan Program HIP Minggu Bahasa Bacaan Yasin Mingguan Pelaksanaan UASA Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 9 PENOLONG KANAN 1: PN. NOORIANI ABDUL RAHMAN
10 Dokumentasi aktiviti Pentadbiran / Kurikulum 2022/23
Bantuan Pakaian - Zakat Bantuan Awal Persekolahan Bantuan Bakul Makanan Ramadan Karem 3 kali dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru / Staf (BAGUS) Program Gunting Rambut Percuma Bantuan Cermin Mata dengan kerjasama NGO Bantuan dan Kebajikan Disiplin dan Pengawas Unit Tabungan 3K PPDa 11 Hal Ehwal Murid Pemeriksaan penampilan diri murid setiap hari isnin selepas perhimpunan Ceramah anti buli peringkat sekolah (19 Mei 2022) Pemeriksaan kelas siri 1 (11 Mei 2022) Jamuan Pemimpin Muda Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Jom Simpan Duit Raya dalam BSN Program Pendidikan Awal Remaja (Libresse) Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes Pertandingan Keceriaan Kelas Menyertai e-Karnival PPDa Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Program Transisi Tahun 1 Pertandingan Mewarna Minda Sihat Ziarah Cakna Prihatin Program Anti Buli Kehadiran Cemerlang Bulanan (hadiah galakan sumbangan PIBG) Sambutan Hari Kanak-kanak pada 30 Nov. 2022 PENOLONG KANAN HEM: TN. HJ. MAHADZIR BIN TAHIR
12 DOKUMENTASI Hal Ehwal Murid
Unit Beruniform Perkara Peringkat Pencapaian Cabaran Pengetahuan Badan Beruniform 2022 Negeri Johan Pertandingan Kawad Kaki Daerah Naib Johan (Pengakap) - Kategori Putera NGO Naib Johan (Puteri Islam) - Kategori Puteri NGO Ketua Platun Terbaik Puteri Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Negeri Naib Johan (Kategori Pengakap Lebah) Kuiz Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa Kebangsaan Penyertaan Kuiz Hari Asas Pengakap 2022 Negeri Penyertaan Kuiz Asas Tali Temali Negeri Penyertaan Kuiz Asas Kemahiran Kayak Negeri Penyertaan Kokurikulum 13 PENOLONG KOKURIKULUM: PN. NURULASHIKIN SHUHAILY BINTI SHUHAIMI
Kokurikulum Sukan dan Permainan Perkara Peringkat Pencapaian Kejohanan Bola Jaring MSSPP 2022 Daerah Penyertaan Seorang atlet terpilih mewakili pasukan ke Peringkat Negeri Kejohanan Bola Sepak MSSPP 2022 Daerah Penyertaan Kejohanan Bola Baling MSSPP 2022 Daerah Penyertaan Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 2022 Daerah Penyertaan Kejohanan Badminton MSSPP 2022 Negeri Penyertaan Kejohanan Akuatik MSSPP 2022 Negeri Penyertaan Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2022 Negeri Penyertaan Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSPP 2022 Daerah Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSPP 2022 Negeri Penyertaan Program Pembangunan Bakat Sukan Sekolah Penganjuran Dalaman 14 Perkara Peringkat Pencapaian Pertandingan Video Wartawan Kesihatan Take 5 sempena Minggu Sihat HePiLI 2022 (Kelab Doktor Muda) Kebangsaan Tempat Ketiga Pertandingan Kolaj Kesihatan Take 5 sempena Minggu Sihat HePiLI 2022 (Kelab Doktor Muda) Negeri Penyertaan Pertandingan Projek "WONDER KIDS" Prasekolah KPM 2022 Negeri Penyertaan Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris 2022 (Persatuan Bahasa Inggeris) Negeri Penyertaan Pertandingan Art & Craft 2022 (Persatuan Bahasa Inggeris) Kebangsaan Penyertaan Kelab dan Persatuan
Dokumentasi aktiviti Kokurikulum 2022/23 15
16 Dokumentasi aktiviti Kokurikulum 2022/23
Pengurusan dan Pentadbiran Bil. Perkara 1 PLC: Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran PPKI Peringkat Sekolah 2. Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 Pendidikan Khas 3. Projek Naik Taraf Prasarana Mesra OKU 4. Pengurusan Bilik Darjah dan; Program Pembangunan Profesionalisme Guru/ PPM Pendidikan Khas 5. Penempatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) 6. Penataran Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) PROGRAM Pendidikan Khas INTEGRASI (PPKI) Kurikulum Bil. Perkara 1 Hari Terbuka Akademik (Pelaporan PBD dan Sidang RPI) 2. Program Jalinan Kolaboratif melalui PdPc secara hibrid En. Abdul Sharil Hazri (Guru PPKI SK Jalan Baharu) dengan PPKI SK Batu 8, Changlun, Kedah 3. Program Ihya' Ramadan 4. Penyertaan Gallery Walk Program Pendidikan Inklusif (PPI) Peringkat Daerah 5. Majlis Apresiasi dan Graduasi Pendidikan Khas 6. Program Pembelajaran Bersepadu (Budaya Tutup Sekolah) 7. Program NILAM 8. Program Lawatan Sambil Belajar ke Taiping 9. Program Luar Bilik Darjah (Boling/ Renang) 10. Kite Flying Day 11. Program Simulasi Pilihanraya Cilik Hal Ehwal Murid Bil. Perkara 1 Program Amalan Guru Penyayang (Sambutan Hari Lahir & Hari Guru) 2. Program Galakan Sifar Ponteng (Kehadiran Cemerlang ke Sekolah) 3. Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) 4. Bengkel Pesanan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Daerah SPT 5. Sambutan Hari Kanak-kanak 6. Program Gunting Rambut Percuma 7. Program Infa' Ramadan 8. Pelantikan Pemimpin Muda PPKI (Pengawas Sekolah, SPBT, PSS dan PRS) 9. Sumbangan Kerusi Roda oleh KPJ Penang Specialist Hospital 10. Sumbangan Baju Raya oleh Syarikat Beautehida & Klinik Dr Azrin, Padang Serai 17 PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS: PN. ARNIZA ARIFFIN
Kokurikulum Bil. Perkara Peringkat Pencapaian 1. Kelab Usahawan Muda Kelab Doktor Muda (Inklusif) Unit Beruniform: Pengakap Kanak-Kanak Kelab/ Persatuan: Sukan / Permainan: Olahraga dan Futsal Sekolah 2. Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas 2022 Tempat: SMK Permatang To' Jaya, SPU Negeri Penyertaan 3. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2022 Tempat: Stadium Batu Kawan, SPS Daerah Penyertaan 4. Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas 2022 Negeri/ Kebangsaan Muhammad Kasyrul Hasyri (eBercerita) Afiq Hazim (Penyertaan Nyanyian Solo) Umar Muazzam (Penyertaan Hafazan) Negeri/Kebangsaan - Johan/Penyertaan 5. Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (SIRIM Invention, Innovation & Technology) Sekolah Penyertaan 6. Program Pembangunan Bakat (Sukan Bola Sepak) Sekolah Penyertaan 7. Pertandingan e-NILAM Pendidikan Khas 2023 Negeri 1.Umar Muazzam - Tempat Ketiga 8. Kem Jati Diri "Anda Juara" di Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pinang Daerah PPKI SK Jalan Baharu PPKI SK Machang Bubok II 1. 2. 9. Majlis Apresiasi Kelab Usahawan Muda Sekolah PROGRAM Pendidikan Khas INTEGRASI (PPKI) 18
dokumentasi aktiviti ppki 2022/23 19
20 dokumentasi aktiviti ppki 2022/23
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-55 / 2022 Tarikh : 29 Jun 2022 Hari : Rabu Masa : 2.30 petang Kehadiran : 207 orang 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR SKJB) 1.1 Guru Besar, Pn. Yusniza binti Yahaya mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana dapat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-55 ini secara atas talian demi kesejahteraan dan kebaikan semua pihak khususnya kebajikan dan kemenjadian murid. 1.2 Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa tentang enrolmen keseluruhan murid SKJB semasa ini terdiri daripada 863 orang murid (459 murid lelaki dan 404 orang murid perempuan). 1.3. Beliau juga memaklumkan bahawa murid Melayu seramai 839 orang (97.2%), 11 orang murid India dan 3 orang murid Cina. Manakala bilangan gurudan staf pula seramai 70 orang guru, 7 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 2 orang kerani serta seorang pembantu pejabat. 1.4 Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa atas kerjasama sepanjang pembelajaran dalam talian serta sokongan dan bimbingan yang diberikan kepada anak-anak permata SK Jalan Baharu dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan secara dalam talian. 1.5 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu “Sekolahku Sejahtera’’ dengan memberi penekanan terhadap nilai-nilai murni kepada murid. 1.6 Guru Besar memaklumkan dengan berakhirnya pandemik, semua aktiviti atau program sekolah boleh diikuti oleh semua murid arus perdana dan murid berkeperluan khas iaitu muridmurid PPKI berdasarkan SOP yang ditetapkan. 1.7 Isu beg berat, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu anjal selaras dengan arahan KPM meminta murid Tahap 1 meninggalkan buku di dalam laci meja serta kebanyakkan guru Tahap 1 juga mengutip buku untuk disimpan oleh guru mata pelajaran terbabit. Manakala, murid Tahap 2 tidak digalakkan meninggalkan buku di dalam laci meja kerana mereka sewajarnya boleh memahami dan mengikut jadual waktu dengan baik. 1.8 Guru Besar juga memaklumkan saluran bantuan persekolahan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan juga Bantuan Kewangan Murid Miskin ataupun Elaun Murid Berkeperluan Khas akan disalurkan terus ke akaun murid bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini, mengurangkan kesesakkan dan juga agar waris tidak perlu lagi mengambil cuti. Sambungan di muka surat sebelah... 21
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] 2.0 UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG 2.1 Tuan Yang Di-Pertua (YDP) PIBG, En. Mohd Luqman mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah di atas penganjuran Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. 2.2 YDP juga menyampaikan serba sedikit laporan aktiviti yang telah PIBG jalankan sepanjang sesi ini. 2.3 Tiga usul tahun lepas telah berjaya dilaksanakan iaitu mewujudkan Tabung Bencana di mana tabung ini telah memberi bantuan kepada lima orang murid SK Jalan Baharu, mewujudkan laman sosial iaitu Facebook PIBG untuk memberi info berkenaan aktiviti PIBG kepada masyarakat dan projek laluan berbumbung yang telah menerima sumbangan daripada pihak swasta dan ibu bapa serta guru. 2.4 PIBG SK Jalan Baharu juga telah meluluskan peruntukan untuk pembelian “green screen” dan menambah baik pondok sarana. 2.5 Di samping itu juga, PIBG turut memberi sumbangan dalam pembelian alatan pengurusan dan pengoperasian pencegahan Covid-19. 2.6 YDP juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua AJK PIBG sesi 2021/22 serta berharap AJK baharu yang akan dilantik dapat terus membantu pihak sekolah dalam memastikan sekolah ini terus cemerlang. 3.0 UCAPAN PERASMI (Wakil Perasmi Encik Safwan Bin Hashim) 3.1 Beliau menyampaikan salam dari pihak perasmi iaitu Encik Shahrizal Bin Che Mek iaitu seorang usahawan yang juga merupakan alumni SK Jalan Baharu. 3.2 Beliau menceritakan sejarah perjalanan perniagaan En Shahrizal sehingga berjaya dan berkembang pesat sehingga sekarang. 3.3 Beliau berharap agar kejayaan En. Shahrizal dapat dijadikan contoh kepada semua murid SK Jalan Baharu. 3.4 En. Safwan juga berharap waris mestilah sentiasa mengambil berat dan memastikan anakanak sentiasa hadir ke sekolah agar anak-anak tidak terus ketinggalan dalam pembelajaran disamping itu, sekolah dapat membentuk jati diri murid lebih berdisiplin. 3.5 En. Safwan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Jalan Baharu kali ke–55 dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim. Sambungan di muka surat sebelah... 1.9 Pembukaan pintu pagar C telah dibuka sepenuhnya untuk kegunaan murid yang berjalan kaki dan juga yang menggunakan jejantas. Manakala, pintu pagar A pula hanya dibuka untuk kenderaan guru/ staf keluar masuk. Pihak sekolah memohon kerjasama daripada waris yang menaiki kenderaan agar tidak mengambil kesempatan untuk mengambil jalan mudah memberhentikan kenderaan tanpa memikirkan keselamatan anak serta murid yang lain. 1.10 Akhir sekali, Guru Besar mengingatkan kepada ibu bapa jika ada sebarang permasalahan, boleh datang ke sekolah untuk berbincang dengan menggunakan saluran yang betul. 22
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] Sambungan di muka surat sebelah... 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-55 4.1 Pn. Rafiza binti Abdul Razak, yang menjalankan tugas setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Jalan Baharu Kali Ke-55 pada muka surat 13 hingga 18. Cadangan disahkan: En. Muhamad Yusof bin Ibrahim Sokongan : Pn. Noor Linda Saiela binti Harun 5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 5.1 Pn. Salina binti Mansor selaku Bendahari PIBG sesi 2021/2022 membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021. Cadangan disahkan: Pn. Noor Linda Saiela binti Harun Sokongan : Pn. Anis Tasnim binti Md Yusoff Beliau mencadangkan untuk mewujudkan mercu tanda “We Love SKJB” dan juga mencadangkan pelaksanaan program lawatan sambil belajar daripada unit kokurikulum. En. Muhamad Yusof Bin Ibrahim menyokong usul ini dan menyatakan cadangan ini sangat baik sebagai tanda sokongan ibu bapa dalam membangunkan kejayaan dalam pembelajaran dan juga sebagai mercu tanda kebanggaan pihak sekolah. En. Mohd Izzat dan Pn Salmi Hasan menyokong usul ini. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong usul ini. Beliau mencadangkan kutipan sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50 sekeluarga dan bagi meningkatkan sumber pendapatan PIBG kita mengadakan Ceriathon pada tahun 2022 atau pada tahun 2023. En. Muhamad Yusof Bin Ibrahim menyokong usul ini dan menyatakan cadangan ini sangat baik sebagai tanda sokongan ibu bapa dalam usaha meningkatkan sumbangan dan sumber kewangan PIBG sekolah ini. Ahli sebulat suara menyokong usul ini. Beliau mencadangkan supaya mesyuarat Agung Tahunan PIBG dapat diadakan secara bersemuka. YDP memberi respon bahawa ia adalah cadangan bukannya usul serta beliau menjelaskan terdapat sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan menyebabkan mesyuarat kali ini terpaksa diadakan secara atas talian. Beliau mencadangkan agar pengawal keselamatan sekolah atau guru memantau kenderaan yang diletak di hadapan pintu pagar B. Penjelasan Guru Besar ialah agak sukar untuk dipantau kerana hal ini memerlukan kerjasama daripada ibu bapa terlibat. Namun begitu memang ada pengawal keselamatan dan juga guru yang bertugas semasa waktu pagi ddan balik. 6.0 MEMBAHAS USUL-USUL 6.1 Usul pertama daripada Encik Mohd Sawira Bin Mat Isa; 6.2 Usul kedua daripada Pn. Normala binti Harun; 6.3 Usul ketiga dari En Mohd Hafiz bin Abu Hassan; 6.4 Usul keempat daripada Puan Nor Hayati binti Bashah; 23
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] Sambungan di muka surat sebelah... Beliau memohon pembinaan laluan berbumbung dari pagar B ke Blok C dapat dipercepatkan. YDP memberitahu bahawa pihak PIBG sedang berusaha sebaik mungkin mempercepatkan proses pembinaan laluan berbumbung selepas membuat permohonan dan mendapat kelulusan JPN/PPD. Beliau mencadangkan pemasangan penghawa dingin di surau untuk kegunaan guru dan murid. YDP memberitahu beberapa perkara perlu difikirkan jika pemasangan dibuat seperti kos pemasangan, penyelenggaraan dan pembayaran bil. Walau bagaimanapun, PIBG akan mempertimbangkan cadangan ini. Encik Muhamad Yusof bin Ibrahim sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan disokong oleh En. Muhd Shukri. Pn. Norhasnita binti Mohd Said mencadangkan cadangan ditutup. En.Muhamad Yusof Bin Ibrahim dilantik secara sebulat suara sebagai YDP PIBG sesi 2022/23. En. Zaiful Akmar sebagai NYDP. walau bagaimanapun, En. Zaiful meminta agar tidak memilih beliau atas sebab-sebab tertentu. Pn. Anis Tasneem mencadangkan Pn. Noormala binti Harun dan disokong En. Abdul Sharil Hazri. En. Kesevan mencadangkan cadangan ditutup dan Pn. Noormala binti Harun kekal sebagai NYDP. En. Abdul Sharil mencadangkan agar AJK sesi lalu dikekalkan kecuali En. Zaiful yang menarik diri daripada dilantik sebagai AJK. Pn. Anis Tasneem, En. Mohd Kamarulzaman, Pn. Linda Saiela dan Pn. Nurafilah dikekalkan. Seorang AJK waris perlu dilantik baru. Pn. Norhasnita binti Mohd Said mencadangkan En. Mohd Shukri sebagai AJK mengganti En. Zaiful. Majoriti bersetuju dengan cadangan di atas. 6.5 Usul kelima daripada Encik Hafizi bin Mohd Zawawi; 6.6 Usul Keenam Puan Anim Tasneem; 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 7.1 YDP PIBG membubarkan Jawatankuasa PIBG SKJB sesi 2021/2022 dan disokong oleh sebulat suara ahli mesyuarat. 7.2 Seterusnya, mesyuarat sebulat suara melantik En. Sawira bin Mat Isa untuk menjadi pengerusi mesyuarat sementara. 8.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/23 8.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Sawira bin Mat Isa selaku pengerusi sementara untuk sesi pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2022/23. 8.2 Undian menggunakan poll di dalam Google Meet. 8.3 Pn. Rosnani binti Ismail mencadangkan; 8.4 Pn.Salmi binti Hassan mencadangkan; 8.5 Pn. Yusniza binti Yahaya iaitu Guru Besar memaklumkan jawatan Setiausaha diambil alih oleh Pn. Rafiza binti Abdul Razak bagi menggantikan Pn. Nurul Izza binti Kechik yang telah berpindah. 8.6 Pemilihan AJK Waris sesi 2021/2022; 24
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI, PULAU PINANG Telefon : 04-390 1007 Faks : 04-399 5673 E-mel : [email protected] : [email protected] En. Muhammad Suyuthi bin Abd Samad En. Mohd Sawira bin Mat Isa Pn. Choo Wai Ling Pn. Norhasnita binti Mohd Said Pn. Suraty binti Said En. Mohd Shukri Bin Haji Mohamed Pn. Anis Tasnim binti Md. Yusof Pn. Nurafilah binti Said Pn. Noor Linda Saiela binti Harun En. Mohd Kamarulzaman bin Zulkepeli Pn. Aida Shariza binti Said Pn. Noor Mazwan binti Abu Bakar 8.7 Berikut adalah keputusan yang didapati selepas cadangan dilakukan; Yang Di-Pertua : En. Muhamad Yusof bin Ibrahim Naib Yang Di-Pertua : Pn. Noormala binti Harun Setiausaha : Pn. Rafiza binti Abdul Razak Bendahari : Pn. Salina binti Mansor AJK Guru: 1. 2. 3. 4. 5. AJK Ibu Bapa: 1. 2. 3. 4. 5. Pemeriksa Kira-Kira: 1. 2. 8.8 Disebabkan pertukaran YDP dan Setiausaha PIBG maka tandatangan pada buku cek akan dilakukan pada nombor akaun 100680010653 di Affin Bank Seberang Jaya. 9.0 HAL-HAL LAIN Tiada Hal-hal Lain 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP PIBG yang baharu, En. Muhamad Yusof bin Ibrahim memohon kerjasama daripada semua waris agar dapat terus memberikan sokongan kepada barisan AJK yang baru dilantik. 10.2 YDP akan cuba sehabis baik memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada SK Jalan Baharu. 10.3 YDP juga berharap SKJB akan menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik dan menghasilkan murid yang cemerlang. Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.41 petang. Disediakan oleh : Disahkan oleh : ------------------------ -------------------------------- (RAFIZA BINTI ABDUL RAZAK) (MUHAMAD YUSOF B IBRAHIM ) Setiausaha Yang Di-Pertua PIBG Sesi 2022/2023 PIBG Sesi 2022/2023 SK Jalan Baharu SK Jalan Baharu 25
A PENERIMAAN RM RM 1. Tunai 538.45 538.45 B PENDAPATAN 1. Sumbangan PIBG 14,500.00 2. Tunggakan sumbangan PIBG 2020 4,010.00 3. Sumbangan Wakaf Bumbung 9,480.00 4. Sumbangan Datuk Mohd Zaidi 3,000.00 30,990.00 JUMLAH PENDAPATAN 31,528.45 C PERBELANJAAN Perbelanjaan Sekolah 1. Sumbangan PIBG (kontra) 7,000.00 2. Tunggakan sumbangan PIBG (kontra) 4,010.00 3. Fotostat surat wakaf 50.00 4. Sumbangan penceramah Ihya Ramadhan 200.00 5. Lebihan Sumbangan Datuk Zaidi (kontra) 440.00 6. Sumbangan Wakaf Bumbung (kontra bank) 9,480.00 7. Sumbangan menu sate Sambutan Hari Raya SKJB 2,076.00 8. Belian tikar tarpan 190.00 9. Sumbangan printer (PAK21) 1,320.00 10. Tempahan banner 50.00 11. Naik Taraf Capaian Internet 1,647.00 12. Saguhati Pelajar Politeknik Seberang Perai 300.00 13. Sumbangan jurulatih jemputan senamrobik sempena Hari Sukan 100.00 14. Jamuan pelajar dan staf Politeknik Seberang Perai 96.00 15. Goodies bag 13.50 16. Hadiah Persaraan Pn. Salina Binti Mat (PKHEM) Kek Persaraan 100.00 75.00 17. Jamuan Hari Kanak-Kanak (sumb. Datuk Mohd Zaidi) 3,000.00 18. Cenderahati VIP 100.00 30,247.50 Penyata Kewangan PIBG (Tunai) berakhir pada 31 Disember 2022 Sambungan di muka surat sebelah... 26
Perbelanjaan PIBG RM RM 1. Jamuan Mesyuarat Agung 141.50 2. Jamuan mesyuarat AJK PIBG 110.00 3. Buku resit 77.00 4. Cenderahati AJK PIBG 380.00 5. Cenderahati Pn. Nurul Izza Kechik (S/U PIBG bertukar sekolah) 60.00 6. Cenderahati Guru Bertukar Sekolah (En. Mansor Sidi) 65.00 7. Sumbangan Pelajar ditimpa musibah 200.00 1,033.50 JUMLAH PERBELANJAAN 31,281.00 D Baki sehingga 31.12.2022 (Baki di tangan) 247.45 Penyata Kewangan PIBG (Bank) berakhir pada 31 Disember 2022 A PENERIMAAN RM RM 1. Bank - Affin Bank 14,555.26 14,555.26 B PENDAPATAN 1. Sumbangan PIBG (Kontra Tunai) 7,000.00 2. Sumbangan PIBG 1,350.00 3. Tunggakan Sumbangan PIBG (kontra) 4,010.00 4. Sumbangan Wakaf Bumbung 13,035.00 5. Sumbangan Wakaf Bumbung (kontra) 9,480.00 6. Lebihan Sumbangan Datuk Mohd Zaidi (kontra) 440.00 7. Sumbangan VIP 1,000.00 8. Mesin Pencetak (PAK21) 1,320.00 9. Tabung Bencana (Adik Muaz) 370.00 10. Sumbangan Kontinjen Boling MSSM 600.00 11. Sumbangan Dr. Afif 10,000.00 48,605.00 JUMLAH PENDAPATAN 63,160.26 Sambungan di muka surat sebelah... 27
C PERBELANJAAN Sekolah 1. LCD bilik PAK21 1,399.00 2. Sukan Tahunan Sekolah 2,520.00 3. MSSM Boling 600.00 4. Penambahbaikan laluan hadapan Bilik Kaunseling 9,348.00 5. Hadiah Sambutan Hari Kanak-kanak 1,000.00 14,867.00 Bank 1. 2. Yuran Proses Cek Service Charge 2.50 20.00 22.50 JUMLAH PERBELANJAAN 14,889.50 Baki sehingga 31 Dis.2022 (Baki di Bank) 48,270.76 Disediakan oleh : …………………………………....... (PN. SALINA BINTI MANSOR) Bendahari PIBG Sesi 2022/2023 Disemak oleh: Disemak oleh: Mazwan Aida Shariza .....................................................…………. ...........................................................………… (PN. MAZWAN BINTI AHMAD ) (PN. AIDA SHARIZA BINTI SAID) Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 28
Laporan Aktiviti PIBG 2022 / 2023 29
30 BIL. PROGRAM/AKTIVITI TARIKH 1. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-55 29 Jun 2022 2. Memberi sumbangan kepada murid yatim piatu bernama Muaz yang kematian ibu. 24 Ogos 2022 3. Sumbangan wang tunai bagi menjayakan Hari Sukan SKJB 27 Ogos 2022 4. Majlis penyerahan projek naik taraf wifi Pusat Sumber dan surau sekolah oleh Politeknik Seberang Perai. 14 Okt. 2022 5. Menyertai pertandingan Boling anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staf (BAGUS) SKJB 31 Jan. 2023 6. Memberi sumbangan sarapan pagi kepada rombongan guru dan murid melawat Pulau Pinang. 1 Feb. 2023 7. Penyelenggaraan fasiliti di dewan sekolah, bilik guru, makmal komputer dan sebagainya. 1 Feb. 2023 8. Membuka tender terbuka pembinaan laluan berbumbung. 7 Feb. 2023 9. Sumbangan wang tunai Kehadiran Terbaik Bulanan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling 13 Feb. 2023 10. Perjumpaan PIBG bersama kontraktor berkaitan pembinaan laluan berbumbung 16 Feb. 2023 11. Menghadiri Program Iftar Jamai’e peringkat sekolah anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staf (BAGUS) 15 April 2023 12. Sumbangan Kek Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 18 Mei 2023 13. Sumbangan wang tunai menjayakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 23 Mei 2023 15. Ziarah Cakna AJK yang sakit 10 Jun 2023 Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama pada 29 Julai 2023: Sesi suai kenal dan penubuhan biro. Mesyuarat Jawatankuasa Kali Kedua pada 25 Januari 2023: Membincangkan tentang meluluskan bajet untuk Hari Apreasiasi Sekolah dan Majlis Tahun 6. Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ketiga pada 10 Mei 2023: Pemilihan kontraktor untuk projek laluan berbumbung dan persediaan Mesyuarat Agung Tahunan. MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 1. 2. 3.
Usul dan Cadangan Cadangan dan usul yang dikemukakan akan dijawab secara lisan. Ibu Bapa yang mencadangkan perlu hadir dalam mesyuarat yang diadakan. Jika ibu bapa yang mengemukakan cadangan dan usul tidak hadir, pihak jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk tidak menjawab cadangan dan usul tersebut. NOTA: 31 1. En. Mohd Hafizi Bin Mohd Zawawi bertanyakan tentang status wang kutipan dan cadangan membina laluan berbumbung daripada bangunan sekolah ke pintu pagar B. 2. Pn. Roziah Bt Mohd Isa mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan kelas tambahan untuk murid-murid yang sukar membaca dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan untuk pelajar hadir ke sekolah. 3. En. Mohd Shahril Zuraide mencadangkan sebarang pemberian bantuan kewangan diberi secara tunai. 4. Pn. Noormala Bt. Harun mencadangkan dua cadangan: i) Pohon pihak sekolah membenarkan ibu bapa menghantar anak ke dalam kawasan sekolah apabila hari hujan. ii) Membuat kutipan bagi setiap murid RM10 seorang setahun sekali bagi membiayai kos servis water cooler.
Jawatankuasa PIBG 2023 / 2024 Yang Di-Pertua : .................................................................................................. Naib Yang Di-Pertua : .......................................................................................... Setiausaha Kehormat : ...................................................................................... Bendahari Kehormat : ....................................................................................... AJK Ibu bapa (5 Orang Wakil Ibu Bapa) : .................................................................................................... : .................................................................................................... : ................................................................................................... : .................................................................................................... : .................................................................................................... AJK Guru (5 Orang Wakil Guru) : .................................................................................................... : .................................................................................................... : ................................................................................................... : .................................................................................................... : .................................................................................................... Pemeriksa kira-kira (Wakil Guru) : .......................................................................................... (Seorang Wakil Ibu Bapa) : .......................................................................................... 32
Penghargaan Pihak Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/23 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada pihak sekolah, KSIB dan ahliahlinya di atas segala sumbangan, sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan segala program dan aktiviti anjuran PIBG. Semoga segala usaha kita akan diberkati Allah S.W.T. Sesungguhnya hanya Allah sahaja dapat membalas sumbangan tenaga, masa, idea dan wang ringgit yang tuan/puan sumbangkan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyelesaikan satu wawasan ke arah melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat khususnya anak-anak Permata SEKEJAB. "Anak Baik lagi Cerdik (ABC)"Amin.