PERMOHONAN PENTAKSIRAN
KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS
(PKSK)
TINGKATAN 1 & 4 SESI PERSEKOLAHAN 2022
TARIKH PERMOHONAN : 10 OKT- 15 NOV 2021
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMKDD1
PENGENALAN
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai
pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi
pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah
berikut:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
Apakah PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard
secara berpusat bagi kemasukan murid ke
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus
bagi tahun 2022 secara dalam talian yang
menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem
permohonan yang menggunakan platform berpusat
secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah
khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM).
Apakah Sekolah Khusus?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik
(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera
Diraja (MTD).
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan
Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
secara online untuk menyimpan segala maklumat
berkenaan murid.
Format PKSK
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan
SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan
Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
Cara Pelaksanaan PKSK 2022
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi
terbahagi kepada 2 fasa.
Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C
iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah
perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan
bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam
masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan
Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90
minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja
mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Tarikh Permohonan PKSK 2022
Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah
diumumkan oleh KPM seperti berikut:
Tarikh buka: 10 Oktober 2021
Tarikh tutup: 15 November 2021
Syarat Permohonan
Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus
adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Mendaftar dalam sistem APDM KPM
Murid Tahun 6 Tahun 2021
Berumur 12 tahun atau
Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
Murid Tingkatan 3 2021
Berumur 15 tahun atau
Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007
Cara Permohonan PKSK 2022
Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara
online melalui:
Tingkatan Satu boleh diakses melalui
pautan https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat melalui
pautan https://spskt4.moe.gov.my
Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan
MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga
Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki
sistem.
Sistem akan membuat padanan dengan maklumat
murid yang terdapat dalam APDM.
Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus
(SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama
sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta
beberapa butiran lain yang diperlukan.
Semakan Pusat Pentaksiran
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat
pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
bermula dari 1 Disember 2021.
Pentaksiran akan bermula pada tarikh berikut:
Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022
Keputusan PKSK
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan
pada 15 Mac 2022.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Damansara Damai 1
Sekian