SeK. Keb. Sungai sumun
36300 sungai sumun
perak
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Kali Ke 57
Perasmi:
EN. MOHD SHARIN NIZAM BIN HJ MAD SAAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK
SIMPANG TIGA
TARIKH: 25.09.2021 (SABTU)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-
ISI KANDUNGAN :
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG……………………………………. 3
2. Ucapan Guru Besar………………………………………………. 4
3. Aturcara Majlis…………………………………………………….. 5
4. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali 6
Ke 57 Sesi2020/2021………………………………………..
5. Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021………………………….. 7
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke56……………………….. 8-12
7. Penyata Kewangan Tahunan PIBG 13
01 Januari 2020 Hingga 31 Disember 2020
8. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022……………………... 14
9. Usul Dan Cadangan Ibubapa 2021…………………………… 15
10. Penghargaan. 16
2
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat
kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-57
pada tahun ini dengan norma baharu. Semoga kita semua dijauhkan dari
wabak Covid-19. Insyallah.
Saya turut bersyukur kerana sokongan semua pihak terutama daripada ibu bapa
serta penjaga semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. Sokongan
sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam mem-
bantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik
ma- hupun bukan akademik. Saya juga ingin merakam terima kasih kepada
barisan pentadbir dan guru sekolah ini yang sentiasa berkorban dari segi masa dan
tenaga untuk PDPR bagi memastikan kejayaan anak-anak kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi
2020/2021 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini.
Kami AJK PIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang ter-
baik dalam segala tindakan, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan
anak-anak kita. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya un-
tuk membantu mengadakan pelbagai program sekolah bertujuan
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
memberi kerjasama yang baik sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG sela-
ma ini.
Sekian Terima Kasih, Wassalam
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MOHD LOKMANULHAKIM BIN MD GHAZALI
YDP PIBG
SK SUNGAI SUMUN
3
UCAPAN GURU BESAR
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya kita dapat men- gadakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-57 bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun pada tahun 2021.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
serta terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa dan waris murid atas kesudian
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara atas talian menggunakan Google Meet pada kali
ini. Kehadiran ibubapa walaupun secara atas talian menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah murid.
Ini merupakan julung kalinya kita bermesyuarat secara maya dan kita mestilah dapat me-
nyesuaikan diri dengan suasana baru ini dengan kedatangan pandemik Covid-19. Tahun ini kita dikejut-
kan dengan penularan wabak Covid-19 menyebabkan aturan persekolahan berubah. Guru dan
murid
terpaksa mengajar dan belajar dalam norma baharu. Di sinilah peranan sekolah dan ibubapa sangat di-
perlukan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Kami pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya menyedia dan mengunakan segala kemudahan untuk
memastikan anak-anak dapat mengikuti pelajaran dan tidak ketinggalan. Penjajaran sukatan dibu- at,
pengajaran dipelbagaikan menerusi pelbagai platform walaupun melalui luar talian seperti
penggunaan aplikasi WhatsApp, You Tube, bahan pentaksiran yang pelbagai dan penyediaan
modul PdPR melalui kaunter ambil dan hantar bahan oleh ibu bapa di sekolah.
Rahmat disebalik Covid-19 ini memberi peluang kepada kita untuk mendekati anak-anak serta
merancang dan menyesuaikan kaedah baharu dalam mendidik anak anak. Semoga ancaman Covid-19
berakhir dan anak-anak dapat bersekolah seperti biasa. Kepada Allah jua kita bertawakal.
Dalam situasi beginilah, peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) diperlukan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru. Permuafakatan inilah yang akan membina kese-
fahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu
kualiti murid seterusnya dapat menghasilkan kualiti sekolah yang baik selaras dengan visi sekolah SK.
Sungai Sumun “Sekolah Berkualiti Penjana Generasi Holistik”
Ibubapa dan guru berpisah tiada, mempunyai peranan saling melengkapi, bersatu hati, berat sa- ma
dipikul, ringan sama dijinjing dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Justeru itu, saya berharap agar permuafakatan
yang terjalin akan terus padu antara ibubapa, guru dan masyarakat. “Seikat bagai sirih, serumpun bagai
serai” bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang akhlak, akademik dan kebolehpasaran yang
tinggi serta menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Sekian, terima kasih.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
MAIZATUL MUNA BT SAMSUDDIN
Guru Besar
SK Sungai Sumun
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-57 SESI 2020/2021
9.00 Malam Kehadiran dan pendaftaran Ibu Bapa dan guru /
Kehadiran Perasmi
9.15 Malam Aluan Pengacara Majlis Bacaan doa
Ucapan Aluan YDP PIBG Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Sharin Nizam
Bin Haji Mad Saad
Gimik Penyampaian Hadiah Kepada Perasmi
10.00 Malam Mesyuarat Agung PIBG
11.00 Malam (Di Pengerusikan oleh YDP)
Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat
PIBG kali ke -56
Perkara-perkara berbangkit
Membentang dan Menerima Penyata Kewangan
Tahun 2020
Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
Pembentangan Usul/Membahaskan usul
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan
Majlis Bersurai
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 57
SESI 2020/2021
PENASIHAT : PN. MAIZATUL MUNA BT SAMSUDDIN
(Guru Besar)
NAIB PENASIHAT I : PN HJH SITI SANIAH BT BANGI @ HJ MOHD ALI
(Penolong Kanan HEM)
NAIB PENASIHAT II : EN MOHD BAKHTIAR BIN MOHD ROBIAI
(Penolong Kanan Pentadbiran)
NAIB PENASIHAT III : EN MOHD FIZAL BIN ABU HASSAN
(Penolong Kanan Kokurikulum)
PENGERUSI : EN. MOHD LOKMANULHAKIM BIN MD GHAZALI
(Yang Dipertua PIBG)
NAIB PENGERUSI : EN. MOHAMMAD YADDI AMRI BIN MOHD JAJULI
(Naib Yang Dipertua PIBG)
SETIAUSAHA : PN NAZIRAH BT TARIAH @ ZURIAT
BENDAHARI : PN NOR FADHILLAH BT UMAR
PENGACARA MAJLIS : EN. MOHD HANIF BIN ABU HASSAN
HOST GOOGLE MEET : EN. MOHD NOOR KHAMIS BIN A.B. RAZAK
BUKU PROGRAM : CIK NAGA VIANOSHINY A/P DHARMARAJ
PENCATAT KEHADIRAN : PN. SALEHA BT HAMID
BACAAN DOA : EN MOHD NOOR KHAMIS BIN AB RAZAK
: PN NORSHUHADA BT MUSA
PENCATAT MINIT MESYUARAT
PN NOR MAZILAH BT LIMAN @ LIMAN
Penasihat JAWATANKUASA PIBG
Yang Dipertua SESI 2020/2021
Naib YDP
Setiausaha Pn. Maizatul Muna Bt Samsuddin
Naib Setiausaha En. Mohd Lokmanulhakim Bin Md Ghazali
Bendahari En. Mohammad Yaddi Amri Bin Mohd Jajuli
AJK Ibu Bapa Pn. Nazirah Bt Tariah @ Zuriat
Pn. Nor Mazilah bt Liman @ Liman
Pn. Nor Fadhillah Bt Umar
En. Bahrin Bin Napiah
En. Toni Mardianto Bin Mohamad
En. Zafuan Nizul Bin Zunkfely
En. Mohd Sukri Bin Sabani
Pn. Effarina Bt Hamili Pn. Asliza
bt Mohd Dani
Pn. Nor Bashariah bt Mokhtar
Pn. Farah Iryani bt Jamaludin
AJK Guru Pn. Saleha binti Hamid
En. Mohd Noor Khamis Bin Ab. Razak
Cik Naga Vianoshiny A/P Dharmaraj
Juru Audit Pn. Noor Zarina Bt Zamzuri
Pn. Ruzita Bt Ahmad
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK Sungai sumun 36300 SUNGAI
SUMUN PERAK
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-56
Tarikh:
13 Februari 2020 (Khamis)
Masa:
2.30 petang
Tempat:
Dewan Terbuka SK Sungai Sumun
1.0 Ucapan YDP PIBG (En. Rosdi b Shamsuddin)
1. Ucapan salam dan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran ibu
bapa ke Mesyuarat Agung kali ke-56 bagi sesi 2020/2021.
2. Menjemput semua AJK hadir ke hadapan untuk memulakan
mesyuarat.
3. Beliau berharap mesyuarat kali ini dapat kata putus yang baik serta
memberikan impak yang baik kepada warga sekolah.
4. Membentangkan agenda Mesyuarat Agung termasuk
memaklumkan tentang pembubaran dan pelantikan Jawatankuasa
PIBG SK Sungai Sumun bagi sesi 2020/2021 yang baru.
2.0 Ucapan Penasihat (Pn. Maizatul Muna bt Shamsuddin)
1. Ucapan salam dan terima kasih, serta mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa ke Mesyuarat Agung kali ke-56 dan sentiasa
berbincang dengan pihak sekolah untuk mencari jalan
penyelesaian.
2. Beliau menyatakan bahawa sekolah ingin mewujudkan suasana
yang kondusif dengan mewujudkan sudut-sudut yang boleh
dibaca oleh murid. Oleh itu, beliau mengharapkan program
Bacathon dapat dijalankan.
3. Beliau juga berharap Jawatankuasa baru yang akan dilantik
dapat bekerjasama demi pendidikan anak murid di SK Sungai
Sumun.
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke-55 (Pn.
Nazirah bt Tariah @ Zuriat - SETIAUSAHA)
1. Minit dibentangkan oleh Setiausaha PIBG SK Sungai
Sumun,
2. Pengesahan Minit Mesyuarat.
Dicadang : En. Ahmad Sahar b Nasiruddin
Disokong : En. Anuar b Salleh
4.0 Perkara Berbangkit
- Tiada Perkara berbangkit.
5.0 Pembentangan Laporan Kewangan (Puan Norfadhillah binti
Umar -BENDAHARI)
5.1 Puan Nor Fadhillah Umar membentangkan laporan kewangan
bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
5.2 Pengesahan Laporan Kewangan
Dicadang : Pn. Bedah binti Karim
Disokong : Pn. Farah Iryani binti Jamaluddin
6.0 Pembubaran AJK 2019/2020 dan Pelantikan AJK PIBG
2020/2021
1. YDP membubarkan AJK PIBG 2019/2020 dan menyerahkan
kepada Ustaz Mohd Sha’rin Nizam bin Mat Saad, PK HEM SK Sungai
Sumun untuk mengen- dalikan proses lantikan AJK PIBG 2020/2021.
2. Ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk melantik En.
Mohd Lokmanulhakim bin Md Gahzali sebagai YDP bagi penggal
seterusnya.
3. Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020/2021 seperti berikut:
1.Penasihat : Pn. Maizatul Muna bt Samsuddin
2.Yang Dipertua : En. Mohd Lokmanulhakim bin Md Ghazali
3.Naib Yang Dipertua : En. Mohammad Yaddi Amri bin Mohd Jajuli
4. Setiausaha : Pn. Nazirah binti Tariah @ Zuriat
5. P/ Setiausaha : Pn.Normazilah binti Liman
6. Bendahari : Pn.Nor Fadhillah binti. Umar
7.AJK : En. Bahrin bin Napiah
: En. Toni Mardianto bin Mohamad
: En. Zafuan Nizul bin Zunkefly
: En. Mohd Sukri bin Sabani
: Pn. NorBashariah binti Mokhtar
: Pn. Asliza binti Mohamad Dani
: Pn. Effarina binti Hamili
: Pn. Farah Iryani binti Jamaludin
: Pn. Saleha binti Abdul Hamid
: En. Mohd Nor Khamis bin Ab.Razak
: Cik Vianoshiny A/P Dharmaraj
8. Juru Audit : 1. Pn. Rozita binti Ahmad
: 2. Pn. Noor Zarina binti Zamzuri
7.0 Usul / Cadangan
7.1. Memohon Yuran PIBG tahun 2020 ini dikekalkan sama seperti
tahun yang lepas. Oleh itu kadar kutipan Derma PIBG SKSS dan bayaran
Program Peningkatan Akademik tidak berubah seperti di dalam jadual di
bawah:
Bil Perkara Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6
1. Derma PIBG SKSS RM 30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30
(1penjaga)
2. Program Pening- - -- -- RM50
katan Akademik
JUMLAH RM 30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM80
Cadangan : En. Bahrin bin Napiah
Sokongan : En. Mohammad Yaddi Amri bin Mohd Jajuli
2. Memohon untuk membina sebuah wakaf untuk ibubapa yang
menunggu anak di luar pagar sekolah kerana wakaf yang sedia ada
terlalu usang. (Pn. Zubaidah bt Bostany).
-PIBG mencadangkan akan dibuat secara gotong- royong bersama
ibubapa pa-
da satu masa yang sesuai.
3. Cadangan untuk mengadakan “Bacathon” sebagai salah satu
inisiatif untuk mengutip dana PIBG. (Penolong Kanan
Kokurikulum – En. Mohd Fizal bin Abu Hassan)
- Usul yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat PIBG ini
akan dibin- cangkan pelaksanaan pada mesyuarat jawatankuasa
(PIBG) yang akan datang.
Cadangan : Pn. Nor Bashariah binti Mothar
Sokongan : Pn. Bedah binti Karim
- Secara dasarnya usul ini diterima dan dipersetujui oleh ahli
mesyuarat.
8.0 Hal – hal lain.
8.1. Pn. Mazilah memohon supaya PIBG mempertimbangkan 15%
hasil daripada kutipan Bacathon tahun 2020 ini diberi kepada kelab
staf.
- Permohonan ini dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1. En. Mohd Lokmanulhakim bin Md Ghazali selaku Yang diPertua
PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang
diberikan dan berharap AJK PIBG yang telah dilantik akan bekerja
bersama-sama dengan pihak sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan dan prestasi SK Sungai Sumun pada tahun 2020
ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang
Dicatat oleh
PN. NAZIRAH BINTI TARIAH @ ZURIAT
Setiausaha PIBG SK Sungai Sumun
Disemak oleh,
EN. MOHD LOKMANULHAKIM BIN MAD GHAZALI
YDP PIBG,
SK Sungai Sumun
Disahkan oleh,
PN. MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDDIN
Penasihat PIBG SK Sungai Sumun
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG
SK SUNGAI SUMUN
01 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER
2020
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022
USUL DAN CADANGAN IBUBAPA 2021
Bil Perkara Catatan
1. Mohon bayaran sumbangan PIBG RM 30 - PN NOR MAZILAH BT LIMAN
diteruskan untuk Tahun 2021 atas sebab @ LIMAN
Pandemik Covid-19
2
3.
4.
5.
PENGHARGAAN
Sekalung Penghargaan Kepada Semua Pihak
Yang Terlibat Dalam Menjayakan Dan Me-
nyumbang Dana Bagi Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke 57.
-TERIMA KASIH DAUN KELADI-