TEKS MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK KAMPONG BEDAL TAHUN 2023 Pengacara Majlis : 1. Cikgu Wafi bin Jalaludin 2. Cikgu Humaira Husna binti Ghazali
TEKS MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAN SK KAMPONG BEDAL TAHUN 2023 Pengumuman Dijemput para guru-guru dan murid-murid bersedia kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Salutation Pengerusi Majlis Yang Berusaha, Cikgu Mohd Radhi bin Hamzah, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal. Yang Berusaha, Cikgu Norhashima Binti Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal Yang Berusaha, Cikgu Saidi Bin Salleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal Yang Berusaha, Cikgu Mohd Hakimi Bin Md Setapa Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal Barisan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Ceria wajah terserlah manis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur, kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, bersatu di sini bersempena MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN peringkat SK Kampong Bedal bagi tahun 2023. Para guru dan murid yang dihormati, Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-66 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan. Bacaan Doa Sanggul berbunga indah tersemat Rambut mengurai rapi terikat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Wan Abdul Muhaimin bin Wan Yusuff. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. --------------------------------------BACAAN DOA------------------------------------
Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Wan Abdul Muhaimin bin Wan Yusuff atas bacaan doa sebentar tadi. Nyanyian Lagu Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku. …………………………..NYANYIAN LAGU……………………………….. Hadirin dipersilakan duduk. Bacaan Ikrar Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepian pagar, Bukan jemput sebarang jemput, Tampil ke pentas baca ikrar. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ketua Pengawas SK Kampong Bedal, Tuan Muhammad Hadi bin Tuan Mohd Termizi bagi memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara. Dipersilakan. -------------------------- IKRAR RUKUN NEGARA-------------------------------- Terima kasih diucapkan kepada Tuan Muhammad Hadi bin Tuan Mohd Termizi atas bacaan ikrar Rukun Negara sebentar tadi. Ucapan Guru Besar SKKB Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi, Duhai pahlawan kesatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Hadirin Warga Dewan sekalian, Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Cikgu Mohd Radhi bin Hamzah, Guru Besar SK Kampong Bedal, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Kampong Bedal Tahun 2023. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan. ------------------------UCAPAN GURU BESAR SKKB-------------------------- ----------------------------------GIMIK PERASMIAN--------------------------------- Gimik Kemerdekaan Hadirin sekalian, demikianlah tadi gimik perasmian yang cukup menarik sebagai simbolik pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal bagi tahun 2023. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Yang Berusaha, Cikgu Mohd Radhi Bin Hamzah, Guru Besar SK Kampong Bedal atas kesudian menyempurnakan perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Kampong Bedal bagi tahun 2023. Persembahan Murid Penglipur lara mengubat duka, Jenaka dihulur menghibur taulan, Majlis kita berehat seketika, Persembahan murid kita saksikan. Hadirin warga dewan sekalian, Kita gamatkan lagi suasana meriah pada hari ini dengan persembahan Sajak yang akan dideklamasikan oleh Tuan Muhammad Adniaisar bin Tuan Mohd Termizi. Ayuh kita sama-sama saksikan. --------------------------------PERSEMBAHAN SAJAK---------------------------- Kita berikan tepukan yang gemuruh buat Tuan Muhammad Adniaisar bin Tuan Mohd Termizi atas persembahan Sajak yang cukup memukau itu tadi.
Nyanyian Lagu Patriotik dan Laungan Merdeka Hadirin yang dihormati, Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian beberapa lagu patriotik Hadirin dipersilakan berdiri. ------------------------NYANYIAN LAGU PATRIOTIK---------------------------- Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Kita kini tiba ke kemuncak acara iaitu Laungan Merdeka. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Muhammad Khaliff Aiman bin Mohd Khaidir untuk memimpin Laungan Merdeka. Dipersilakan. ------------------------------LAUNGAN MERDEKA--------------------------------- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhammad Khaliff Aiman bin Mohd Khaidir atas pimpinan laungan keramat penuh semangat itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Penutup Warga dewan yang dikasihi, Ibarat sampan didayung telah sampai ke kuala, Ibarat larian dimula telah sampai garisan penamatnya, Majlis kita kini sampai penghujungnya. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru serta murid murid kerana telah menyempurnakan majlis kita pada hari ini. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Kampong Bedal Tahun 2023 kini melabuhkan tirai. Mohon ampun dan maaf jika ada tersilap tutur bicara sepanjang kami mengendalikan majlis pada hari ini.
Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum W.B.T Cap Tapak Tangan pada Bendera Gergasi SKKB Pengumuman kepada semua murid untuk cap tapak tangan masingmasing pada Bendera Gergasi SKKB di koridor dewan